Tugasan Hbal 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab -Ustazah Sti Eshah Salleh Oum
-
Upload
norafsah-awang-kati -
Category
Documents
-
view
166 -
download
5
Transcript of Tugasan Hbal 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab -Ustazah Sti Eshah Salleh Oum
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
ISI KANDUNGAN
PRAKATA 2
1. PENGENALAN : TEKNIK PERMAINAN BAHASA DALAM 3
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
1.1 Definisi Teknik Pengajaran & Pembelajaran 3
1.2 Definisi Permainan Bahasa 3
1.3 Jenis-Jenis Permainan Bahasa 4
2. OBJEKTIF UNSUR PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN & 4
PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
3. KEISTIMEWAAN PERMAINAN BAHASA DALAM 5
PENGAJARAN BAHASA ARAB
4. CARA PENGELOLAAN AKTIVITI PERMAINAN BAHASA 5
4.1 Pengelolaan Secara Berkumpulan 6
4.2 Pengelolaan Secara Berpasangan 6
4.3 Pengelolaan Secara Individu 7
5. PANDUAN PEMILIHAN & PELAKSANAAN 7
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
6. HASIL BINAAN SENDIRI : PERMAINAN MENEKA LUKISAN 8
DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB MURID TAHUN 2
DI SEKOLAH KEBANGSAAN
6.1 Objektif Permainan Meneka Lukisan 9
6.2 Kaedah Pengelolaan & Bahan Permainan Meneka Lukisan 9
6.3 Langkah-Langkah Permainan Bahasa Meneka Lukisan 9
6.4 Rancangan Pengajaran Harian 10
Bahasa Arab (Murid Tahun 2)
6.5 Manfaat Permainan Bahasa Meneka Lukisan 15
7. PENUTUP 17
BIBILIOGRAFI 18
1 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
PRAKATA
Al-Hamdulillah, dengan izin dan bantuan Allah (s.w.t.) tugasan Pengenalan
Pendidikan Bahasa Arab / HBAL1103 ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat
sokongan serta bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Tugasan ini membincangkan tentang teknik permainan bahasa yang relevan dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Tugasan ini terbahagi kepada enam isi utama
iaitu:
i. Pengenalan : Teknik Permainan Bahasa Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa
Arab.
ii. Objektif Unsur Permainan Bahasa Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab.
iii. Keistimewaan Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Bahasa Arab.
iv. Cara Pengelolaan Aktiviti Permainan Bahasa.
v. Panduan Pemilihan & Pelaksanaan Teknik Permainan Bahasa.
vi. Hasil Binaan Sendiri : Permainan Meneka Lukisan Dalam Pengajaran Bahasa Arab
Murid Tahun 2 Di Sekolah Kebangsaan
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada
barisan tutor/penyelia tugasan yang tidak jemu-jemu membimbing dan menunjuk ajar dengan
penuh kesabaran atas segala dorongan dan motivasi yang diberikan sehingga tugasan ini
dapat disiapkan. Semoga beliau dikurniakan rahmat dan berkat serta memperoleh ganjaran
daripada Allah (s.w.t) di dunia dan di akhirat.
Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan kajian ini. Akhir kata, kepada Allah ( s.w.t. ) dipohonkan keredaan dan
keberkatan atas segala usaha yang kerdil ini, beriring harapan semoga tugasan ini dapat
menyumbang dalam dunia ilmu yang tiada sempadan. Sesungguhnya Allah Maha Luas ilmu-
Nya.
Disediakan oleh :
SITI ESHAH SALLEH
(650121035766001)
2 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
1. PENGENALAN : TEKNIK PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Permainan bahasa merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa secara umumnya serta dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
secara khususnya. Ia berperanan sebagai aktiviti tambahan yang menyeronokkan murid-
murid dan dalam masa yang sama murid berpeluang mengaplikasi kemahiran bahasa iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca serta kemahiran menulis.
Ia juga satu aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana ia
mempunyai hubung kait dengan kandungan isi pelajaran secara langsung mahupun
sebaliknya.
1.1 Definisi Teknik Pengajaran & Pembelajaran
Edward M. Anthony (1963) yang dipetik daripada Kamarudin Hj. Husin (1988:77)
mendefinisikan teknik seperti berikut :
“ A technique is implementational – that which actually takes place in a classroom. It
is a particular trick, stratagem or contrivance used to accomplish an immediate objective.
Ini bererti Edward M. Anthony (1963) berpendapat bahawa teknik adalah implementasi iaitu
tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kelas. Ia adalah satu helah tertentu, muslihat
atau perekaan yang digunakan untuk mencapai objektif serta-merta.
Menurut Abd. Gafar (2003) menjelaskan bahawa teknik adalah peringkat pelaksanaan
pengajaran di bilik darjah. Dalam sesuatu kaedah pengajaran, mungkin terdapat satu atau
lebih teknik yang digunakan. Misalnya, ketika menggunakan kaedah kuliah atau syarahan,
guru juga menggunakan teknik penceritaan. Demikianlah apa yang dikatakan oleh Abd Gafar
(2003).
1.2 Definisi Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan atau murid
belajar sambil bermain (Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz, 1995:3). Ia
merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab. Teknik ini sesuai digunakan oleh guru-guru bahasa Arab sama ada di peringkat rendah
mahupun menengah. Ia juga merupakan salah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan
kepada pelbagai tahap pencapaian/penguasaan murid.
3 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
1.2 Jenis-Jenis Permainan Bahasa
Permainan bahasa boleh dibina mengikut kemahiran bahasa atau unsur-unsur bahasa
yang dipelajari. Permainan bahasa boleh diklasifikasi kepada beberapa jenis seperti :
a. Permainan berbentuk lisan, bacaan dan penulisan.
b. Permainan bentuk mengingat seperti mengingati kosa kata atau ungkapan dan
sebagainya.
c. Permainan yang merangkumi kesemua kemahiran bahasa dan unsur-unsur bahasa
tersebut.
Kesemua jenis dan bentuk permainan tersebut dilaksanakan dalam pelbagai
langkah semasa aktiviti permainan bahasa dijalankan. Contoh-contoh permainan bahasa
yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab antaranya seperti
permainan salah betul, meneka, mengingat, soal jawab, gambar, bunyi, perkataan, cerita
dan sebagainya.
2. OBJEKTIF UNSUR PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab mempunyai
beberapa objektif tertentu seperti berikut :
a. Mewujudkan interaksi verbal murid yang memberansangkan iaitu pelbagai
aktiviti yang mengkehendaki murid untuk bertutur atau menyebut ungkapan-
ungkapan bahasa Arab. Murid-murid dikehendaki terlibat secara aktif dan tiada yang
terkecuali. Guru memainkan peranannya dalam permainan bahasa untuk memberi
dorongan kepada murid supaya sentiasa cuba bertutur atau menyebut ungkapan-
ungkapan yang telah dipelajari dalam proses p&p. Pembelajaran berpusatkan murid
dan berpusatkan bahan turut dipraktikkan dalam permainan bahasa ini.
b. Meningkatkan keyakinan murid dan kefasihan berbahasa Arab iaitu murid
digalakkan untuk menggunakan unsur-unsur bahasa bermula daripada kosa kata
diikuti ungkapan, ayat-ayat mudah seterusnya pelbagai bentuk kerumitan bahasa.
Dengan itu, keyakinan murid akan bertambah setelah berusaha memberi jawapan atau
menyelesaikan masalah bahasa semasa permainan tersebut. Kefasihan berbahasa ini
4 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
merangkumi sama ada penguasaan ke atas kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
c. Mewujudkan suasana pembelajaran yang afektif dan ceria tanpa rasa bosan di
kalangan murid iaitu setiap langkah dalam permainan bahasa akan melibatkan murid
sepenuhnya dan perhatian mereka akan tertumpu kepada peraturan atau kehendak
permainan bahasa tersebut. Dalam masa yang sama murid tidak lagi merasa bosan
sebaliknya berkobar-kobar untuk mengikuti setiap langkah dalam permainan tersebut.
d. Memulihkan, mengukuhkan dan memperkaya kefahaman atau penguasaan
unsur-unsur dalam bahasa Arab iaitu permainan bahasa memainkan peranannya
dengan melibatkan murid dengan aktiviti-aktiviti yang menguji minda, menguji
kefahaman, dan meningkatkan kemahiran berfikir. Sebagaimana yang diutarakan Wan
Mohd Zahid Mohd Noordin (1993) bahawa berfikir adalah satu kemahiran dan bukan
kebolehan semulajadi, kepintaran akal atau intelligent tidak bererti mempunyai
kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu”.
3. KEISTIMEWAAN PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA
ARAB
Permainan bahasa mempunyai keistimewaan atau kelebihan tertentu antaranya dapat
melibatkan murid dengan mengemukakan idea, menggalakkan pemikiran kreatif, menaakul
dan kritis.
Permainan bahasa mampu mencungkil kemampuan murid untuk menjana idea,
menghubungkaitkan, membuat inferens, meramalkan, membuat gambaran mental, mereka
cipta, membandingkan, membezakan, mengumpul dan mengelaskan, membuat urutan,
menyusun mengikut urutan,menilai dan membuat keputusan.
Permainan bahasa juga mampu melibatkan murid secara aktif tidak mengira tahap
pencapaian murid. Ia menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid dan juga berpusatkan
bahan. Sebagaimana yang kita tahu pembelajaran berpusatkan murid adalah satu pendekatan
pendidikan di mana aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian adalah berfokuskan
kepada murid.
5 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
Nilai-nilai murni dapat dipupuk di kalangan murid seperti nilai bekerjasama, tolong-
menolong, yakin dengan kemampuan diri, tidak berputus asa, bersungguh-sungguh, tekun,
jujur dan banyak lagi nilai dapat diterap melalui permainan bahasa.
Permainan bahasa juga menjadi satu proses pengukuhan terhadap topic yang telah
dipelajari sebelum menghadapi peperisaan.
Permainan bahasa juga merupakan satu teknik yang mudah diterangkan kepada
murid, mudah dilakukan oleh guru dan mudah diikuti oleh murid, boleh diubahsuai mengikut
kesesuaian aras murid, ruang kelas dan juga bilangan murid. Pembahagian kumpulan juga
bergantung kepada bilangan murid.
Permainan bahasa juga tidak memerlukan peralatan yang mudah seperti peralatan
sedia ada.
Selain itu, permainan bahasa juga fleksibel untuk semua waktu p&p. Sekiranya
dilaksanakan pada awal p&p ia bertujuan sebagai set induksi untuk menarik perhatian murid.
Sekiranya di jalankan pada penghujung waktu p&p ia bertujuan sebagai proses pengukuhan
atau ulangkaji.
4. CARA PENGELOLAAN AKTIVITI PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa boleh dikelolakan dengan tiga cara iaitu permainan bahasa secara
berkumpulan, permainan bahasa secara berpasangan dan juga permainan bahasa secara
individu.
4.1 Pengelolaan Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dijalankan dengan membuat pembahagian kumpulan.
Lazimnya, satu kumpulan terdiri daripada 4 hingga 6 ahli kumpulan. Sekiranya bilangan
murid terlalu ramai, bilangan ahli setiap setiap kumpulan juga bertambah. Bilangan murid
yang terlalu ramai boleh menimbulkan suasana kurang selesa. Kengkangan seperti keciciran
penglibatan murid kemungkinan besar boleh berlaku. Namun begitu, guru boleh ubahsuai
bentuk permainan tersebut dengan mengurangkan pergerakan murid. Sebagai alternatif lain,
guru boleh menjalankan aktiviti tersebut di luar bilik darjah seperti padang sekolah atau
dewan sekolah.
6 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
4.2 Pengelolaan Secara Berpasangan
Permainan bahasa boleh dikelola secara berpasangan yang mana murid akan
mendapat lebih banyak peluang mengikuti setiap langkah dalam permainan tersebut.
Pengisian dalam permainan bahasa tersebut sudah pasti melibatkan kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dengan itu, keciciran
murid dalam penglibatan tidak akan berlaku lagi kerana kedua-dua ahli tersebut memainkan
peranan menjalankan kehendak atau arahan dalam permainan tersebut. Kawalan murid adalah
lebih mudah bagi guru manakala murid pula akan menerima atau memahami apa yang
disampaikan dalam permainan tersebut dengan baik.
4.3 Pengelolaan Secara Individu
Permainan bahasa juga boleh dijalankan secara individu. Setiap murid berperanan
menjalankan tugas mereka dalam permainan tersebut. Cara ini amat praktikal untuk
melaksanakan aktiviti pengayaan. Murid pula akan menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan sendirian tanpa digangu oleh rakan lain. Guru akan membantu murid sekiranya
mereka kurang faham atau kurang jelas dengan aktiviti permainan tersebut.
5. PANDUAN PEMILIHAN & PELAKSANAAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Terdapat beberapa panduan bagi guru untuk melaksanakan permainan bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Panduan tersebut merangkumi pemilihan
permainan bahasa dan proses perlaksanaannya. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh
dimanfaatkan oleh guru bahasa Arab iaitu :
a. Permainan bahasa tersebut hendaklah mudah difahami oleh murid.
Penerangan tentangnya tidak memerlukan masa yang lama. Ini mengelakkan permainan
yang sukar difahami dan penetapan tempoh waktu permainan hendaklah relevan dan jelas.
b. Permainan bahasa tersebut hendaklah mudah dilakukan atau diikuti oleh murid.
Permainan itu hendaklah bersesuaian dengan struktur bilik darjah. Elakkan daripada
permainan yang mengubah banyak kedudukan meja dan kerusi.
7 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
c. Permainan yang dipilih boleh diubahsuai.
Permainan tersebut boleh diubah suai mengikut kesesuaian tahap murid. Ini bertujuan
untuk melibatkan semua murid dalam permainan tersebut.
d. Permainan bahasa tersebut menggunakan peralatan yang mudah.
Peralatan atau bahan yang terlibat dalam permainan tersebut mudah didapati, tidak perlu
kepada penyediaan bahan berkos tinggi. Penggunaan bahan yang sedia ada adalah lebih
digalakkan. Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1966), guru perlu merancang serta
mengolah bahan agar sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran dan dijalankan
mengikut jangka masa yang sesuai.
e. Permainan tersebut hendaklah dijalankan pada waktu yang sesuai.
Sekiranya guru melakukannya pada awal waktu maka ia brtujuan sebagai set induksi iaitu
ingin menari perhatian murid terhadap isi pelajaran. Sekiranya dilakukan pada akhir waktu
Maka ia bertujuan sebagai proses pengukuhan dan sebagai ulangkaji.
f. Permainan bahasa juga boleh dibuat dalam bentuk pertandingan.
Guru boleh menyediakan hadiah untuk murid atau kumpulan yang menang.
Kesimpulannya, perlaksanaan permainan bahasa hendaklah jelas dari sudut
objektifnya, tempoh masanya, cara melakukan setiap langkah-langkahnya, peraturannya,
seterusnya memberi pembayang kepada murid berdasarkan aras murid sebagai contoh
murid aras lemah pembayang yang sesuai digunakan adalah gambar, manakala murid aras
sederhana dan aras pengayaan bolehlah menggunakan ayat sebagai pembayang.
6. HASIL BINAAN SENDIRI : PERMAINAN MENEKA LUKISAN DALAM
PENGAJARAN BAHASA ARAB MURID TAHUN 2 DI SEKOLAH
KEBANGSAAN
Dalam tugasan ini, saya telah membina sendiri satu permainan bahasa iaitu permainan
Meneka Lukisan.
8 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
6.1 Objektif Permainan Meneka Lukisan
Permainan Meneka Lukisan ini mempunyai beberapa objektif iaitu :
a. Murid aras satu dapat menyebut anggota-angota badan mengikut sebutan guru.
( ع�ر - - - ش �ف ن أ �ذ�ن أ �ن ( ع ي
b. Murid aras dua dapat menyebut bunyi huruf / ي / , / / , / ه yang terkandung dalam / و
anggota badan ( د - - ي �ه ة ب ج ) iaitu ( و ج�ه ي� - - ي" ي ه� ه" ه و� و" (و
c. Murid dapat menamakan anggota-anggota badan dengan intonasi dan sebutan yang
betul. ( ص د�ر – – – – – – ه ة ب ج �س ا ر ع�ر ش �ذ�ن ا �ف ن أ �ن ( ع ي
6.2 Kaedah Pengelolaan & Bahan Permainan Meneka Lukisan
Permainan Meneka Lukisan ini dijalankan secara berkumpulan dalam dua sesi
permainan iaitu Sesi 1 guru melukis objek kemudian kumpulan murid meneka objek tersebut.
Manakala Sesi 2, wakil setiap kumpulan murid melukis objek yang disuruh oleh guru
kemudian kumpulan murid lain meneka objek tersebut. Sesi 1 dan Sesi 2 dilakukan mengikut
giliran masing-masing sebagaimana yang ditetapkan oleh guru .
6.3 Langkah-Langkah Permainan Bahasa Meneka Lukisan
Sesi 1 :
a. Kumpulan murid dikehendaki duduk di tempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
b. Kumpulan murid diminta melihat kepada objek yang dilukis oleh guru (huruf berbaris satu
di atas - - ي� ي" ي ه� ه" ه و� و" ع�ر – – – – atau anggota-anggota badan و ش �ذ�ن ا �ف ن أ �ن ع ي
ص د�ر – – ه ة ب ج �س ا .( ر
c. Kumpulan murid diminta meneka apakah objek yang dilukis oleh guru.
d. Kumpulan murid diminta meneka objek tersebut mengikut giliran yang telah ditetapkan
oleh guru yang berperanan sebagai pengadil permainan.
e. Kumpulan murid yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira sebagai
pemenang.
Sesi 2 :
a. Murid diminta menghantar wakil dari kumpulan masing-masing apabila guru memberi
arahan untuk datang ke hadapan kelas.
b. Wakil daripada kumpulan murid diminta melukis objek yang dikehendaki di hadapan
kelas di atas kad manila yang dipaparkan pada papan putih.
c. Kumpulan murid lain diminta meneka objek tersebut.
9 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
d. Demikianlah aktiviti ini dijalankan secara bergilir-gilir mengikut giliran yang telah
ditetapkan oleh guru.
e. Kumpulan murid yang paling banyak meneka dengan betul objek yang dilukis oleh wakil
kumpulan lain dianggap sebagai pemenang.
Pemberian hadiah :
Kumpulan murid yang paling banyak meneka objek dengan betul, akan menerima
hadiah pertama. Diikuti dengan pemenang kedua.Kemudian diikuti dengan pemenang ketiga.
6.4 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab (Murid Tahun 2)
Berikut adalah satu set Rancangan Pengajaran Harian bahasa Arab Tahun 2 di sekolah
rendah yang melibatkan aktiviti permainan Meneka Lukisan :
1.Tarikh : _____________________
2. Masa : ______________________ (1 jam).
3. Mata Pelajaran : Bahasa Arab
4. Kelas : Tahun 2
5. Tajuk : �و"ي �ق ال م"ي� (muka surat 11, 12 & 13 ) ج"س�
6. Objektif Pengajaran & Pembelajaran :
a. Murid aras satu dapat menyebut anggota-angota badan mengikut sebutan guru.
( ع�ر - - - ش �ف ن أ �ذ�ن أ �ن ( ع ي
b. Murid aras dua dapat menyebut bunyi huruf / ي / , / / , / ه yang terkandung dalam / و
anggota badan ( د - - ي �ه ة ب ج ) iaitu ( و ج�ه ي� - - ي" ي ه� ه" ه و� و" (و
c. Murid dapat menamakan anggota-anggota badan dengan intonasi dan sebutan yang
betul. ( ص د�ر – – – – – – ه ة ب ج �س ا ر ع�ر ش �ذ�ن ا �ف ن أ �ن ( ع ي
7. Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur
8. Kemahiran Berfikir : Menghubungkait, mengecam dan membezakan anggota badan.
9. Penerapan Nilai Murni : Beradab ketika berdoa, tolong-menolong dan bekerjasama.
10. Bahan Bantu Belajar : Pita video, pemancar skrin dan pembesar suara (speaker), anggota-
anggota badan yang sebenar milik murid, gambar huruf berbaris
gambar anggota-anggota badan, kad manila berwarna biru, kuning dan
hijau, parmenant marker dan carta jadual markah.
10 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN
Pendahuluan
(2 Minit)
Doa belajar Murid bersama guru membaca
doa belajar beramai-ramai.
Nilai murni : Beradab
ketika berdoa
Set Induksi
(3 Minit)
Tayangan video kanak-kanak sedang menyanyikan lagu tentang anggota badan mereka sambil menunjukkan anggota badan mereka.
1. Murid diminta menyaksikan
tayangan video kanak-kanak
sedang menyanyikan lagu tentang
anggota badan mereka sambil
menunjukkan anggota badan
mereka.
2.Murid diminta menjawab
soalan guru apakah yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak-
kanak itu ketika mereka
menyanyi?
3. Setelah murid memberi
jawapan, guru mengaitkan
jawapan tersebut dengan tajuk
hari ini.
Kemahiran berfikir :
Menghubungkait
Teknik : Soal jawab
BBB : Pita video,
pemancar skrin dan
pembesar suara
(speaker)
Langkah 1
(5 Minit)
Anggota-angota
badan
(- - �ف - ن أ �ذ�ن أ �ن ع ي
ع�ر ( ش
1. Murid diminta menyebut
anggota-anggota badan
mengikut sebutan guru.
2. Murid diminta
mengulanginya sebanyak 3 kali
untuk setiap anggota secara
kelas dan kumpulan sambil
menunjuk kea rah anggota
badan masing-masing.
3. Murid diminta menyebut
anggota badan berdasakan
gambar yang guru tunjuk di
dadapan kelas.
Kemahiran berfikir :
mengecam dan
membezakan anggota
badan.
BBB : Anggota-anggota
badan yang sebenar
milik murid dan gambar
anggota-anggota badan.
11 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
Langkah 2
(15 Minit)
Bunyi huruf / ه / , / و
ي/ , / / yang
terkandung dalam
anggota badan (- ه�ج و
د - ي �ه ة ب ) iaitu ( ج و
ي� - - ي" ي ه� ه" ه و� و"
).
Lagu dengan rentak
“Kalau Anda Gembira
Tepuk Tangan” :
و� " و" و و� و" و
، و ج�ه
ه� ه" ه ه� ه" ه�ه ة ب ، ج
ي ي" يي ي" ي
د " ي
1.Murid diminta mengikuti
sebutan guru ke atas bunyi huruf
/ ي / , / / , / ه / و yang
terkandung dalam anggota
badan ( د - - ي �ه ة ب ج (و ج�ه
iaitu ( ي� - - ي" ي ه� ه" ه و� و" .( و
2.Murid diminta menyebut setiap huruf berbaris satu persatu mengikut apa yang sedang ditunjuk oleh guru pada gambar.
3.Murid diminta mengikuti lagu yang dinyanyikan oleh guru sambil tunjuk kea rah anggota masing-masing.
Kemahiran berfikir :
mengecam/membezakan
BBB : Gambar huruf
berbaris dan gambar
anggota badan.
12 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
Langkah 3
(15 Minit)
Permainan Meneka
Bunyi Sesi 1
a. Kumpulan murid
dikehendaki duduk di tempat atau
di dalam kumpulan masing-
masing.
b. Kumpulan murid diminta
melihat kepada objek yang
dilukis oleh guru (huruf berbaris
satu di atas - - "ي ي ه� ه" ه و� و" و
atau anggota-anggota badan ي�
�س – – – – – ا ر ع�ر ش �ذ�ن ا �ف ن أ �ن ع ي
ص د�ر – ه ة ب .( ج
c. Kumpulan murid diminta
Kemahiran berfikir :
membuat keputusan
BBB : Kad manila
Berwarna biru, kuning
dan hijau; parmenant
marker dan carta jadual
markah.
Nilai murni : tolong-menolong.
13 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
meneka apakah objek yang
dilukis oleh guru.
d. Kumpulan murid diminta
meneka objek tersebut
mengikut giliran yang telah
ditetapkan oleh guru yang
berperanan sebagai pengadil
permainan.
e. Kumpulan murid yang paling
banyak dapat meneka dengan
tepat dikira sebagai pemenang.
Langkah 4
(15 Minit)
Permainan Meneka
Bunyi Sesi 2
a. Murid diminta menghantar
wakil dari kumpulan masing-
masing apabila guru memberi
arahan untuk datang ke hadapan
kelas.
b. Wakil daripada kumpulan
murid diminta melukis objek yang
dikehendaki di hadapan kelas di
atas kad manila yang dipaparkan
pada papan putih.
c. Kumpulan murid lain diminta
meneka objek tersebut.
d. Demikianlah aktiviti ini
dijalankan secara bergilir-gilir
mengikut giliran yang telah
ditetapkan oleh guru.
e. Kumpulan murid yang paling
banyak meneka dengan betul
objek yang dilukis oleh wakil
kumpulan lain dianggap
sebagai pemenang.
Kemahiran berfikir :
Menghubungkait dan
membezakan.
BBB: Kad manila Biru,
kuning dan hijau, carta
jadual markah.
Nilai murni : Bekerjasama
14 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
Pemberian hadiah :
Kumpulan murid yang paling
banyak meneka objek dengan
betul, akan menerima hadiah
pertama. Diikuti dengan
pemenang kedua.Kemudian
diikuti dengan pemenang ketiga.
Penutup
(5 Minit)
Lembaran kerja
menyesuaikan
gambar anggota
badan pada nama-
namanya yang
sepadan.
1.Murid diminta menjawab
lembaran kerja selama 3 minit
sahaja.
2.Murid diminta mengulangi
dengan menyebut semula
kesemua anggota-anggota badan
mengikut anggota yang ditunjuk
oleh guru satu persatu
Kemahiran berfikir :
Menghubungkait,
mengecam/membezakan
6.5 Manfaat Permainan Bahasa Meneka Lukisan
Permainan bahasa Meneka Lukisan ini memberi banyak manfaatnya kepada guru dan
juga murid. Antaranya murid merasa seronok bermain sambil belajar dengan meneka
lukisan objek oleh guru diikuti dengan lukisan objek oleh wakil murid dari setiap
kumpulan.
Selain itu, tempoh masa permainan sangat tersusun, mencukupi dan relevan untuk
murid menghabiskan giliran masing-masing.
Seterusnya permainan tersebut dapat menguatkan ingatan murid terhadap isi
pelajaran (anggota-anggota badan) yang dipelajari dalam langkah satu dan langkah 2.
Ia juga dapat menghidupkan interaksi verbal dengan meneka setiap objek yang
dilukis semasa permainan tersebut dijalankan.
15 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
Ia juga dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid seperti semangat
bekerjasama dan sikap tolong-menolong semasa aktiviti permainan tersebut dijalankan.
Ia juga tidak memerlukan banyak bahan sebaliknya hanya memerlukan kad manila
dan parmanent marker sahaja.
Akhirnya, ia tidak memerlukan murid murid banyak bergerak dan tidak
mengubah kedudukan meja dan kerusi di dalam kelas. Dengan itu, ia dapat
menjimatkan masa.
7. PENUTUP
16 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
Secara keseluruhannya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa permainan bahasa
merupakan salah satu teknik yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Arab. Permainan bahasa juga telah terbukti dapat membantu guru menyampaikan isi
pelajaran dengan mudah sehingga murid mudah mengingati isi-isi tersebut. Tidak dapat
dinafikan bahawa permainan bahasa sangat dianjurkan kepada guru-guru bahasa Arab untuk
melaksanakannya sama ada di peringkat sekolah rendah mahu pun peringkat sekolah
menengah. Ia juga memaikan peranan penting untuk meningkatkan motivasi murid, memberi
pengalaman baru kepada murid seterusnya memberi peluang kepada murid untuk
mengukuhkan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Akhir sekali, permainan bahasa juga terserlah
dengan ciri-cirinya yang indah iaitu sesuai dengan semua tahap pencapaian murid, ia boleh
melibatkan ramai murid, kandungan soalan dalam permainan bahasa boleh mengajar murid
pelbagai unsur bahasa, permainan bahasa mempunyai kaitan dengan tajuk semasa yang
diajarkan, ia mudah dilaksanakan oleh guru dan mudah pula diikuti oleh murid dan
seterusnya mendatangkan semangat dan persaingan yang sihat, keseronokan dan kerehatan di
kalangan murid.
BIBILIOGRAFI
17 | HBAL 1103
TUGASAN PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
Che Radiah Mezah (2010). Pengajaran Bahasa arab, Himpunan Pedoman buat Guru dan
Bakal Guru Siri 1, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Bt Abd. Aziz (1995). Permainan Bahasa Untuk Sekolah
Rendah & Menengah, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nasif Mustafa Abd. Aziz, (1983). الألعاب الأجنبية اللغة تعليم في Riyadh : Dar al-Marikh lil , اللغوية
ai-Nasyr.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan Pengajaran
Berkesan, Selangor D.E. : Karisma Publications Sdn. Bhd.
Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009).
Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab, Malaysia : Open University
18 | HBAL 1103