Tugasan 2 (trend and issue)

8
SME3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES TUGASAN 2 PENULISAN ISU : PENTAKSIRAN MATEMATIK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH NAMA : NUR ILHAM BINTI HARON NO. MATRIK : D20111048008 KUMPULAN : A PROGRAM : ISMP MATEMATIK (AT14) SEMESTER : 8 SESI : 2014/2015 PENSYARAH : DR. MAZLINI ADNAN

Transcript of Tugasan 2 (trend and issue)

Page 1: Tugasan 2 (trend and issue)

SME3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR

MATHEMATICAL SCIENCES

TUGASAN 2

PENULISAN ISU :

PENTAKSIRAN MATEMATIK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

NAMA : NUR ILHAM BINTI HARON

NO. MATRIK : D20111048008

KUMPULAN : A

PROGRAM : ISMP MATEMATIK (AT14)

SEMESTER : 8

SESI : 2014/2015

PENSYARAH : DR. MAZLINI ADNAN

Page 2: Tugasan 2 (trend and issue)

Pengenalan

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran

dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya

bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan

pembelajaran (PdP) di dalam kelas, pentaksiran dilakukan bagi memastikan bahawa guru

mengajar dan pelajar belajar (Shakir bin Mohamed Johar).

Melalui pentaksiran PdP, para guru, pelajar dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan

pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru

dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah, aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan

proses PdP di kelas. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada PdP berkesan

atau tidak. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana

perkembangannya pada hari ini.

Justeru, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti

emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu PdP yang diperoleh menggunakan pengukuran

perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di kelas sering menggunakan ujian, pengujian

merupakan salah satu aspek utama dalam bidang PdP di kelas.

Pentaksiran

Menurut Dunn (dalam Noraini Idris, 2005), pentaksiran adalah satu proses

pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan

mereka. Dodge et. Al (dalam Anastassia Titus, 2015) menyatakan bahawa pentaksiran

merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek

pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian,

dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Lembaga Peperiksann Malaysia (2000)

menghuraikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan

menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu

(Anastassia Titus, 2015). Menurut Noraini Idris (2005) lagi, pentaksiran dirancang dan

Page 3: Tugasan 2 (trend and issue)

dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan

dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan

yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk

menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir

melalui ujian bertulis.

Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014 memdefinisikan pentaksiran sebagai satu proses

mendapatkan maklumat tentang pengetahuan matematik pelajar, kebolehan pelajar

menggunakan matematik dan disposisi terhadap matematik dan seterusnya membuat

penghakiman daripada bukti-bukti yang diperoleh untuk pelbagai tujuan. Disposisi terhadap

matematik merujuk kepada minat dan kebolehan menghargai matematik. Ini merangkumi

keyakinan, perasaan ingin tahu, ketekalan, daya reka cipta dan kebolehan mereflek dalam

membuat matematik. Secara amnya, pentaksiran adalah proses untuk mengetahui apa yang

pelajar tahu, boleh buat dan amalkan (Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014). Pentaksiran

melibatkan tiga proses utama iaitu pengujian, pengukuran dan penilaian.

Pengujian ialah cara lazim untuk mendapatkan maklumat bagi penilaian. Abd. Rashid

Johar dan Siti Rahayah Ariffin (2001) menyatakan bahawa pengujian ialah satu cara yang

sistematik untuk mengukur sebahagian perubahan tingkah laku seseorang individu berhubung

dengan aspek pendidikan dan psikologi. Ujian merupakan alat pengukuran untuk mentaksir

dan merekod pembelajaran pelajar (Hart, 1994). Pengujian digunakan untuk mengukur dan

merekod perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar. Gagne

(1970) menjelaskan bahawa ujian merupakan cara yang bersistematik untuk mengukur tingkah

laku seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkah laku.

Menurut Cronbach (1970), ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati

perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan dengan

skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Milagros (dalam Raminah Haji Sabran,

1991) menegaskan bahawa ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan

yang diperlihatkan oleh pelanggan di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat

yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Pengukuran adalah penghuraian kuantitatif tentang tingkah laku, pengetahuan dan

kebolehan kognitif pelajar (NCTM, 1995). Menurut Siti Rahayah (2003), pengukuran

merupakan suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang

sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan

Page 4: Tugasan 2 (trend and issue)

instrumen. Oleh itu, pengukuran adalah proses menghasilkan nilai kuantitatif kepada pelajar

berdasarkan peraturan tertentu seperti gred dan peratus untuk mengukur peringkat pencapaian

bagi menentukan kedudukan prestasi pelajar (Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014). Ini

merupakan proses menghasilkan data untuk analisis supaya keputusan dapat diambil.

Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat berkenaan perkembangan dan

kemajuan pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah. Gronlund (1993) memberikan

pendapat bahawa penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana

objektif pengajaran telah dicapai oleh pelajar. Stufflebeam (1971) menyatakan penilaian

sebagai proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi

keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita (Shakir bin Mohamad Johar).

Ini disokong Terry D. Tenbrink (1974) yang berpendapat penilaian sebagai suatu proses

mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya

digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian adalah proses menentukan nilai atau memberi

sesuatu nilai kepada sesuatu berdasarkan pemerhatian dan penghakiman yang teliti (NCTM,

1995). Dengan perkataan lain, penilaian ialah proses membuat keputusan mengenai

pembelajaran pelajar dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang

aktiviiti PdP selanjutnya dengan cara yang berkesan.

Kesimpulannya, pengujian adalah cara atau prosedur yang digunakan untuk membuat

penilaian. Pengukuran pula sebagai alat untuk mengukur keupayaan pelajar mengikut prinsip-

prinsip yang tertentu. Penilaian pula boleh disimpulkan sebagai maklumat yang diambil

daripada hasil pengujian yang telah dilaksanakan.

Berdasarkan kepada NCTM (dalam Hilezan, Parimalarani, & Tan, 2014), tujuan

pentaksiran adalah seperti berikut :

Memantau kemajuan pelajar untuk menggalakkan tumbesaran

Membuat keputusan pengajaran bertujuan menambah baik pengajaran

Menilai pencapaian pelajar untuk memberi pengiktirafan kejayaan

Menilai program bertujuan mengubah suai program

Menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku

Menilai kesediaan pelajar mempelajari topik baharu

Memberi maklum balas kepada pelajar tentang kemajuan mereka

Membantu guru membuat tindakan susulan

Memberi gred berdasarkan pencapaian pelajar

Page 5: Tugasan 2 (trend and issue)

Menentukan penempatan pelajar ikut kebolehan

Memberi guru maklum balas tentang keberkesanan pengajarannya

Menentukan tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan pelajar dalam proses

PdP

Mengikut KPM (dalam Hilezan, Parimalarani & Tam, 2014), tujuan utama pentaksiran

bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran

Matematik.

Isu Pentaksiran : Bias dalam Penilaian

Terdapat beberapa perspektif yang menjeaskan tentang definisi bias dalam penilaian.

Menurut Hambleton, Ronald dan Janne (1995), bias adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu

dalam memberi kesan yang berbeza terhadap pencapaian individu dengan kebolehan yang

sama dari kumpulan, etnik, jantina, budaya dan agama yang berbeza. Jika sesuatu item itu

berfungsi berbeza kepada sesuatu kumpulan dengan yang lain, ia secara terangan adalah bias

(Dorans dan Holland, 1993). Definisi bias menurut The American Heritage Dictionary pula

adalah sebagai kecenderungan atau kecondongan yang menghalang penilaian yang adil.

Berdasarkan ketiga-tiga perspektif tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bias dalam penilaian

adalah ketidakadilan yang wujud ketika proses penilaian dilakukan.

Terdapat empat aspek yang menjelaskan kewujudan bias dalam penilaian iaitu item

soalan ujian, penilaian melalui pemerhatian, penilaian secara lisan dan penilaian melalui

penulisan. Aspek yang pertama ialah bias dalam item soalan ujian. Menurut Zaubedah (2007)

dalam kajiannya yang berjudul mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran

Perdagangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat menyatakan

bahawa sesuatu item itu bias apabila seseorang individu yang sama tahap kebolehan, daripada

kumpulan yang berbeza tidak mempunyai kebarangkalian yang sama untuk menjawab item

tersebut dengan betul. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mengesan item-

item ujian yang bias atau tidak memihak kepada responden mengikut jantina, lokasi sekolah,

agama, bangsa, dan linguistik. Jantina merupakan faktor yang sering dikaitkan dengan

kewujudan bias dalam item soalan.

Page 6: Tugasan 2 (trend and issue)

Item soalan akan menjadi bias mengikut jantina apabila item soalan yang dibina

cenderung kepada satu jantina sahaja. Menurut Black (1998), pengujian yang menggunakan

soalan yang berkaitan dengan permainan mekanikal lebih cenderung kepada pelajar lelaki

manakala set yang menggunakan contoh dan situasi daripada anak patung atau kerja-kerja

dapur lebih cenderung kepada pelajar perempuan. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar

perempua secara umumnya tidak begitu ppandai dalam soalan objektif berbanding soalan esei

keranan mereka tidak suka menek apabila tidak boleh menjawab seperti yang dilakukan oleh

pelajar lelaki. Kajian TIMSS-R (1998) pula menyatakan bahawa item-item matematik yang

berbentuk ayat panjang dan memerlukan calon membaca dan memahami maksud lebih

memihak kepada pelajar perempuan manakala item-item yang memerlukan keupayaan visual

lebih memihak kepada pelajar lelaki.

Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing

dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, guru haruslah mengambil beberapa tindakan bagi

mengelakkan bias berlaku dalam pembinaan item soalan ujian. Antaranya ialah guru haruslah

mengimbangi bilangan topik dalam kertas soalan, seimbangkan bentuk soalan iaitu terdapat

soalan objektif dan soalan subjektif dan seimbangkan corak soalan iaitu mengambil kira

tentang sterotaip jantina pelajar.

Aspek yang kedua ialah bias dalam penilaian melalui pemerhatian. Penilaian melalui

pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu, bagaimana hendak

melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam kelas. Tujuan penilaian ini adalah untuk

membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuk proses

dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses PdP

berlaku. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk aspek afektif dan psikomotor

pelajar. Perkara yang dinilai melalui pemerhatian adalah hasil kerja, tingkah laku, komunikasi

dan interaksi pelajar. Bias berlaku semasa penilaian melalui pemerhatian disebabkan oleh

persepsi guru terhadap pelajar dan guru hanya menilai secara mata kasar. Persepsi guru akan

mempengaruhi cara penilaian atau pemarkahan dan mata kasar daripada seorang guru hanyalah

pandangan luaran yang tidak dapat membuktikan atau menyatakan perihal sebenar seseorang

pelajar. Melalui pemerhatian juga, guru sukar untuk membezakan pelajar yang berpura-pura

faham dengan pelajar yang benar-benar faham tentang perkara yang disampaikan oleh guru

(Farhan Nashrah et. Al, 2012).

Page 7: Tugasan 2 (trend and issue)

Aspek yang seterusnya adalah bias dalam penilaian secara lisan dan penulisan.

Penilaian secara lisan adalah satu proses untuk mengumpul maklumat secara interaksi antara

pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Penilaian melalui penulisan pula adalah satu

proses yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan.

Penilaian ini dianggap sebagai satu medium yang boleh dipercayai dalam menilai pelajar

kerana boleh dijadikan bukti yang dapat dilihat oleh guru. Bias dalam penilaian secara lisan

dan penulisan berlaku dipengaruhi oleh kesukaran pelajar berbahasa, ketakutan pelajar

terhadap guru dan cara pemarkahan guru.

Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001) menjelaskan bahawa ujian piawai

dikatakan berat sebelah kepada sebahagian pelajar dan ia dikatakan berat sebelah kepada

golongan etnik atau bangsa yang minoriti, mengikut jantina, golongan pelajar yang mempunyai

kemahiran membaca yang kurang dan golongan pelajar yang menguasai Bahasa lain dan tidak

dapat menguasai Bahasa Inggeris. Kesukaran pelajar berbahasa akan menyebabkan guru

memberikan tanggapan bahawa pelajar tersebut tidak mencapai tahap pemahaman yang baik

dalam sesuatu topik pembelajaran. Terdapat sesetengan pelajar yang sukar untuk menyatakan

secara lisan disebabkan oleh kelemahan dalam berbahasa. Namun, kelemahan mereka

berbahasa tidak membawa maksud bahawa mereka langsung tidak memahami apa yang telah

diajar oleh guru. Selain itu, ketakutan pelajar terhadap guru juga akan menimbulkan perasaan

risau, gemuruh dan bimbang dalam diri pelajar dan ini menjadi salah satu penghalang kepada

pelajar untuk memberi pendapat atau jawapan mereka terhadap pertanyaan guru. Persepsi guru

terhadap pelajar akan menyebabkan penilaian secara penulisan menjadi bias kerana cara

pemarkahan guru dipengaruhi oleh pandangan guru terhadap pelajar. Selain itu, pelajar

mempunyai tahap kefahaman yang berbeza antara satu sama lain dan skema jawapan antara

guru-guru juga tidak setara.

Bias dalam penilaian merupakan penyebab kepada sesuatu penilaian yang dilakukan

kurang baik atau kurang berkualiti terhadap pelajar. Apabila tahap bias itu terlalu tinggi dalam

diri seseorang guru, ia akan menyumbang kepada ketidakadilan dalam penilaian yang sekaligus

menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar. Bagi mengurangkan masalah ini, guru haruslah

mengambil beberapa inisiatif atau langkah untuk mengurangkan bias dalam penilaian. Antara

langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah guru perlu bijak dan teliti dalam

memilih item soalan untuk pengujian. Selain itu, guru juga boleh melakukan penilaian secara

berulang-ulang agar bias dalam penilaian dapat dikurangkan. Seterusnya, guru seharusnya

bersikap adil kepada semua pelajar dan elakkan sikap ketidakadilan muncul dalam diri.

Page 8: Tugasan 2 (trend and issue)

RUJUKAN

Hilezan Bt Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, & Tan Kim Lan (2014). Amalan

pentaksiran dalam matematik. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Shakir bin Mohamed Johar. Mengaitkan pentaksiran dengan pengajaran matematik.

Diperolehi daripada http://www.geocities.ws/gardner02_6/sinopsis_shakir.htm

Dyg Khairunnisa (2012). Penulisan ilmiah SME3023. Diperoleh pada Mac 31, 2015 daripada

http://www.slideshare.net/lalalalallalalalalaallaal/penulisan-ilmiah-sme3023-12998383

Farhan Nasharah Bt Fudzil et. Al (2012). Isu kontemporari dalam pendidikan matematik :

penilaian. Diperoleh pada Mac 31 2015 daripada

http://daripenacikguku.blogspot.com/2012/04/pentaksiran-matematik.html

Anastassia Titus (2015). Definisi pentaksiran dan penilaian. Diperoleh pada 31 Mac 2015

daripada http://www.academia.edu/5622834/Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian

Zaubedah (2007). Mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran perdagangan sijil

pelajaran Malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat. Tesis Sarjana, Universiti

Sains Malaysia.

Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001). Isu pengukuran dan penilaian pendidikan.

Bangi : Penerbitan Fakulti Pendidikan.