Tugasan 2

6
Tugasan 2 Guru kerap diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri bagi menerangi yang lain atau ibarat sang matahari yang menerangi alam semesta. Dalam aspek ini, sememangnya sudah diketahui bahawa profesion sebagai seorang guru di dalam sektor pendidikan bukan suatu kerja yang enteng dan memerlukan jiwa yang utuh serta keazaman yang tinggi bagi menempuh segala macam dugaan serta ujian. Secara teoretikalnya, menurut Trotter (1996 ), profesion sebagai seorang guru bermula daripada peringkat novis atau guru permulaan , guru novis lanjutan, guru cekap, guru mahir dan seterusnya guru pakar. Bagi meningkat diri dari satu peringkat ke peringkat yang lain pula , ia akan melibatkan peningkatan dari segi mutu kerja , pengalaman kerjaya dan peningkatan ilmu pengetahuan serta kepakaran dalam bidang tertentu dalam pendidikan. Oleh itu, berdasarkan teori ini dan beberapa teori lain yang akan saya ulas kemudian, saya telah membuat perancangan dalam kerjaya saya sebagai seorang guru kelak. Menurut Trotter , pada fasa guru permulaan atau guru novis,masalah yang sering dihadapi oleh guru pada peringkat ini adalah seperti masalah dari segi sosialisasi dengan guru besar serta rakan guru yang lain, masalah mempelajari peranan sebagai seorang guru di luar bidang tugas mengajar dan masalah di dalam menangani masalah pembelajaran serta disiplin murid di dalam bilik darjah atau secara amnya di sekolah. Menurutnya lagi, guru permulaan ini kurang mahir di dalam menguruskan aktiviti-aktiviti di sekolah, kurang memahami peraturan dan disiplin di sekolah, kurang di dalam kemahiran bersosial serta masih kurang dari segi pedagogi dan amalan latihan dari segi pengajaran di sekolah. Oleh itu,untuk fasa pertama iaitu pada 3 tahun

description

bacalah

Transcript of Tugasan 2

Page 1: Tugasan 2

Tugasan 2

Guru kerap diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri bagi menerangi yang lain atau

ibarat sang matahari yang menerangi alam semesta. Dalam aspek ini, sememangnya sudah

diketahui bahawa profesion sebagai seorang guru di dalam sektor pendidikan bukan suatu kerja

yang enteng dan memerlukan jiwa yang utuh serta keazaman yang tinggi bagi menempuh

segala macam dugaan serta ujian. Secara teoretikalnya, menurut Trotter (1996 ), profesion

sebagai seorang guru bermula daripada peringkat novis atau guru permulaan , guru novis

lanjutan, guru cekap, guru mahir dan seterusnya guru pakar. Bagi meningkat diri dari satu

peringkat ke peringkat yang lain pula , ia akan melibatkan peningkatan dari segi mutu kerja ,

pengalaman kerjaya dan peningkatan ilmu pengetahuan serta kepakaran dalam bidang tertentu

dalam pendidikan. Oleh itu, berdasarkan teori ini dan beberapa teori lain yang akan saya ulas

kemudian, saya telah membuat perancangan dalam kerjaya saya sebagai seorang guru kelak.

Menurut Trotter , pada fasa guru permulaan atau guru novis,masalah yang sering

dihadapi oleh guru pada peringkat ini adalah seperti masalah dari segi sosialisasi dengan guru

besar serta rakan guru yang lain, masalah mempelajari peranan sebagai seorang guru di luar

bidang tugas mengajar dan masalah di dalam menangani masalah pembelajaran serta disiplin

murid di dalam bilik darjah atau secara amnya di sekolah. Menurutnya lagi, guru permulaan ini

kurang mahir di dalam menguruskan aktiviti-aktiviti di sekolah, kurang memahami peraturan dan

disiplin di sekolah, kurang di dalam kemahiran bersosial serta masih kurang dari segi pedagogi

dan amalan latihan dari segi pengajaran di sekolah. Oleh itu,untuk fasa pertama iaitu pada 3

tahun pertama kerjaya saya sebagai seorang guru pada umur saya sekitar 28 sehingga 30

tahun, yang mana pada tahap ini saya boleh dikatakan sebagai seorang guru novis, saya akan

cuba untuk menghadiri seberapa banyak kursus atau bengkel yang mungkin bagi membolehkan

saya menimba ilmu pengetahuan yang dapat membantu di dalam meningkatkan kemahiran

pedagogi serta pengetahuan di dalam pendidikan subjek matematik khususnya.Hal ini adalah

bagi membolehkan saya sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu pedagogi yang

sesuai,terkini dan berkesan serta dapat membantu saya di dalam membina identiti cara

pengajaran yang ideal serta efektif di sekolah. Saya juga akan cuba untuk melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti-aktiviti di sekolah supaya saya dapat menambahbaik hubungan

“kekeluargaan” bersama , bukan sahaja rakan-rakan guru tetapi dengan semua warga sekolah

supaya saya dapat bekerja dengan lebih selesa dan berkeyakinan .Di samping itu, pada

peringkat ini juga, saya akan cuba untuk memohon bagi melanjutkan pembelajaran saya di

Page 2: Tugasan 2

peringkat sarjana khususnya dalam bidang matematik secara sambilan atau sepenuh masa ,

bergantung kepada keadaan. Hal ini adalah bagi membolehkan saya meningkatkan ilmu

teoretikal berkenaan matematik yang mana dapat meningkatkan idea saya di dalam

menambahbaik mutu pengajaran saya di samping meningkatkan profil saya sebagai seorang

guru di sekolah. Selain daripada itu, saya juga akan sentiasa menjalankan kajian tindakan

terhadap topik-topik dalam subjek matematik yang telah saya ajar bagi membolehkan saya

membina cara atau kaedah serta teknik pengajaran yang lebih berkesan yang bukan sahaja

dapat membantu saya untuk mengajar tetapi juga membantu murid-murid saya kelak untuk

belajar dengan lebih efisyen. Saya meletakkan matlamat pada peringkat ini untuk menjadi

sekurang-kurangnya seorang guru yang cekap yang mana saya berkebolehan untuk

melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk mengajar dengan cekap dan

kurang membuat kesilapan. Istilah “Do it right the first time” akan menjadi pegangan saya pada

peringkat ini bagi membolehkan saya mengajar dengan penuh berdedikasi, bermatlamat dan

terancang dari segala aspek.

Pada fasa kedua pula iaitu ketika umur saya sekitar 31 tahun sehingga 42 tahun,

matlamat terbesar saya pada fasa ini adalah untuk mengejar status guru cemerlang di samping

meneruskan pembelajaran saya di peringkat doktor falsafah khususnya di dalam bidang

matematik. Pada peringkat ini, saya akan menghadiri bengkel atau kursus-kursus pemantapan

pedagogi serta taklimat-taklimat pendidikan yang mana perkara ini sememangnya perlu

senantiasa dilakukan bagi membolehkan ilmu berkenaan profesion perguruan pada diri saya

adalah sentiasa terkini dan diperbaharui dari semasa ke semasa. Hal ini juga bagi

membolehkan murid saya mendapat mutu pendidikan yang sewajarnya daripada saya di

samping menyediakan diri saya untuk mencapai status guru cemerlang yang mana kriteria

utama yang diperlukan bagi memohon status tersebut adalah guru perlu pakar dalam bidang

yang diceburi.Dalam proses memohon status guru cemerlang ini juga, saya akan bergiat secara

aktif di dalam aktiviti-aktiviti di sekolah sama ada dalam kurikulum atau ko-kurikulum. Saya akan

berusaha dengan bersungguh dan merancang untuk menjadi ketua panitia matematik di

sekolah dan terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti lain seperti sukan sekolah,

persatuan PIBG, jurulatih kepada skuad bola baling dan bola sepak sekolah serta lain-lain jika

diberikan peluang. Hal ini adalah bagi meningkat profesionalisme saya sebagai seorang guru

seterusnya dapat membantu saya di dalam menambahbaik hubungan saya dengan guru, murid

dan warga-warga sekolah bukan sahaja dari sekolah saya sendiri malahan dari sekolah-sekolah

lain. Saya juga akan memohon untuk dicalonkan sebagai pemeriksa kertas-kertas peperiksaan

awam dan dijemput untuk memberikan ceramah atau taklimat di bengkel-bengkel atau kursus-

Page 3: Tugasan 2

kursus keguruan bagi meningkatkan status saya sebagai seorang guru. Pada fasa ini juga, saya

merancang untuk membina alternatif-alternatif atau kaedah-kaedah baru di dalam bidang

matematik yang dapat membantu saya dan guru-guru matematik lain mengajar dengan lebih

baik dan memberikan pendidikan matematik yang lebih berkualiti yang mana seterusnya akan

dapat meningkatkan pencapaian serta mewujudkan individu yang berpengetahuan luas dalam

matematik di kalangan murid-murid kelak. Selepas itu, saya akan cuba untuk memohon bagi

melanjutkan pembelajaran di peringkat doktor falsafah dalam bidang matematik untuk

membolehkan saya mempunyai pengiktirafan pendidikan yang lebih tinggi seterusnya

meningkat profesionalisme serta kualiti kerjaya saya dalam bidang pendidikan.

Pada fasa yang ketiga pula iaitu semasa saya berumur sekitar 43 tahun sehingga 52

tahun, saya berazam untuk mencapai status guru pakar dan bertukar kerjaya dari seorang guru

sekolah kepada pensyarah di mana-mana institut pendidikan guru atau universiti-universiti

tempatan di Malaysia. Pada fasa ini yang mana saya jangkakan saya sudah berjaya

menamatkan pembelajaran saya di peringkat doktor falsafah, saya akan cuba pula untuk

mengejar status guru pakar yang mana menurut Trotter, guru pakar ini mempunyai kemahiran

pengetahuan dan kepakaran tinggi dalam matapelajaran yang diceburi khususnya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi membolehkan saya mencapai status tersebut, saya

akan cuba untuk menyerlahkan diri saya secara profesionalisme di mana saya akan banyak

mengadakan bengkel-bengkel serta kursus keguruan bagi membolehkan saya berkongsi sedikit

sebanyak ilmu yang saya ada di samping mengetengahkan teknik-teknik atau kaedah

pengajaran yang sesuai serta berkesan berdasarkan pengalaman saya yang luas. Di peringkat

ini juga, saya akan menjalankan banyak kajian serta membuat pelbagai inovasi pendidikan bagi

membolehkan saya menyerlahkan profesionalisme kerjaya saya. Jika diberikan peluang, saya

juga bercadang untuk menulis buku-buku pendidikan khususnya berkenaan ilmu teoretikal serta

pedagogikal di dalam matematik dan membantu mengemukakan cadangan di dalam

perancangan buku teks serta sistem-sistem yang baharu yang bakal dilaksanakan di dalam

sektor pendidikan kelak. Saya juga akan memohon untuk menjadi seorang pensyarah di mana-

mana institut pendidikan guru atau universiti-universiti tempatan bagi membolehkan saya

membantu di dalam sektor pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Di sini saya berazam untuk

membantu di dalam membentuk jiwa pendidik yang utuh di kalangan bakal-bakal guru yang

menuntut di insititut pengajian tinggi di samping membantu di dalam mengkaji serta mencari

jalan penyelesaian bagi isu-isu utama dalam sektor pendidikan di Malaysia.

Page 4: Tugasan 2

Pada fasa yang terakhir di dalam perancangan saya iaitu fasa keempat, iaitu ketika

umur saya berada di sekitar 53 tahun sehingga pencen yang mana saya merancang untuk

pencen awal pada umur 58 tahun jika dibenarkan, matlamat terbesar saya adalah untuk

menjawat gelaran profesor madya ataupun sekurang-kurangnya gelaran profesor. Pada

peringkat ini, saya akan memperbanyakkan kajian saya di dalam isu-isu penting di dalam sektor

pendidikan bagi membantu meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia dan membantu di

dalam memastikan pendidikan di Malaysia sejajar dengan negara-negara maju yang lain di

dunia. Saya juga akan menghadirkan diri ke mana-mana seminar atau pameran serta

konvensyen-konvensyen pendidikan bagi menambahbaik pengetahuan semasa saya di dalam

pendidikan di samping memberikan saya peluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam

tentang ilmu-ilmu pendidikan yang masih saya belum terokai. Di samping itu, saya juga akan

menerima jemputan dari mana-mana institut atau badan yang memerlukan khidmat saya untuk

memberikan taklimat atau kursus berkenaan ilmu-ilmu di dalam pendidikan dan di sini saya

akan berkongsi pengalaman dan hasil-hasil kajian saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya

bagi membolehkan ilmu-ilmu ini dapat dimanfaatkan atau ditambahbaik semula oleh guru-guru

akan datang seterusnya meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Saya juga bersedia untuk

memberi sumbangan berbentuk kewangan atau idea saya kepada sektor pendidikan negara

jika diperlukan. Pada fasa ke empat ini, saya akan mula membuat persediaan ke arah

persaraan saya di mana saya akan cuba untuk membuat sebanyak yang boleh sumbangan

terhadap bidang pendidikan supaya bukan sahaja dapat meningkatkan status saya tetapi juga

untuk memartabatkan profesion perguruan yang telah saya ceburi dan cintai selama ini.