Trial Pahang

24
SULIT 02/1 Bahasa Melayu Ogos 2008 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2008 TINGKATAN 3 BAHASA MELAYU KERTAS 1 Masa : 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan. 2. Jawab semua soalan 3. Semua jawapan anda hendaklahdihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan. ________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak

Transcript of Trial Pahang

Page 1: Trial Pahang

SULIT

02/1

Bahasa Melayu

Ogos 2008

1 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2008

TINGKATAN 3

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

Masa : 2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.

2. Jawab semua soalan

3. Semua jawapan anda hendaklahdihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan.

________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak

Page 2: Trial Pahang

Soalan 1 – 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Para penonton terpesona oleh bunyi gesekan biola yang ____________ itu.

A merdu

B lunak

C mersik

D nyaring

2. Guru muda itu sentiasa memberikan perhatian _____________ kebajikan

pelajar-pelajarnya.

A akan

B kepada

C terhadap

D tentang

3. Tikus itu lari ________________ di celah-celah perabot di rumah saya.

A susup – sasap

B pontang –panting

C lintang – pukang

D kelam – kabut

4 Larva panas yang _____________ oleh gunung berapi telah memusnahkan

banyak rumah di Bandar Raya Jakarta.

A dimuntahkan

B dilambakkan

C diluahkan

D diterbitkan

Page 3: Trial Pahang

5 Haji Soleh ingin sangat _______________ seorang yang berpelajaran tinggi.

A menantu

B bermenantu

C memenantukan

D bermenantukan

6 Pihak kerajaan sedang berusaha untuk menyekat _______________ pendatang

asing yang semakin meningkat sejak belakangan ini.

A kunjungan

B kemasukan

C kehadiran

D kedatangan

7 Kawasan pedalaman di Sarawak boleh _______________ melalui jalan sungai

dan jalan udara.

A diseberangi

B dihubungi

C disusuri

D dilalui

Page 4: Trial Pahang

Soalan 8 – 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A,B

atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Lori yang sarat dengan muatan itu telah terlanggar tembok yang terbina oleh

A B C

penduduk-penduduk di kampung tersebut. Tiada kesalahan

D

9. Dia menggelengkan kepalanya kerana tidak memahami akan maksud bait

A B C

sajak itu. Tiada kesalahan.

D

10. Bagi meningkatkan pencapaian dalam pelajaran kita perlulah berusaha dengan

A B

lebih gigih sejak dari sekarang. Tiada kesalahan

C D

11. Menteri luar-menteri luar sedang berbincang tentang masalah kegawatan

A B

ekonomi yang timbul kesan daripada serangan Tentera Penceroboh terhadap

C

Gaza.Tiada kesalahan.

D

12. Nenek berjalan mundar mandir di dalam rumah sementara menunggu

Page 5: Trial Pahang

A B

kepulangan cucunya daripada majlis kenduri kesyukuran. Tiada kesalahan

C D

13. Saya tidak dapat menjalani latihan pada petang semalam sebab keadaan

A B C

padang yang becak. Tiada kesalahan.

D

14. Adalah dimaklumkan bahawa, kerajaan telah bersetuju untuk mengadakan majlis

A B

rumah terbuka pada setiap tahun bagi semua perayaan pelbagai kaum di negara

C

ini. Tiada kesalahan.

D

Page 6: Trial Pahang

Soalan 15 – 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

15. I Kata-kata datuknya yang tajam itu meninggalkan kesan yang amat mendalam

terhadap jiwanya.

II Mata nenek masih tajam walaupun telah lanjut usia.

III Deria bau yang tajam membolehkan kucing mengesan mangsanya pada

waktu malam.

IV Soalan peperiksaan yang sukar itu masih mampu dijawab oleh pelajar

Tingkatan 3 Ibnu Sina yang mempunyai akal yang tajam.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I, II, dan IV

16. I Perahu nelayan yang tertambat pada sebatang tiang itu terolang-aling dipukul

ombak.

II Dia tetap akan meneruskan cita-citanya walaupun tertambat oleh kemiskinan

keluarga.

III Hati pelancong itu tertambat oleh keindahan pulau-pulau di Malaysia.

IV Lembu yang tertambat di pokok itu kepunyaan Wak Lan.

A I dan III

B II dan IV

C I, III dan IV

D I, II, III dan IV

Page 7: Trial Pahang

17. I Kipas-kipas itu hendaklah dipasang supaya dapat menarik udara yang bersih

dari luar masuk ke dalam bilik.

II Dia berhasrat untuk menarik diri daripada jawatannya atas sebab kesihatan.

III Pak Deen menarik sampannya ke tebing supaya tidak dihanyutkan oleh arus

sungai.

IV Suaranya yang menarik itu telah memukau ribuan penonton yang hadir ke

konsert tersebut.

A I dan II

B II dan III

C II dan IV

D I, II, dan III

Soalan 18 – 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

18. Saya tidak sangka kejadian sebegini akan menimpa diri dan keluarga saya.

A menyangka akan kejadian

B menyangka bahawa kejadian

C sangka akan kejadian

D sangka kejadian

19. Pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terlibat

dalam kegiatan gansterisme.

A tindakan tegas kepada pelajar

B tindakan tegas dengan pelajar

C tindakan tegas ke atas pelajar

D tindakan tegas terhadap pelajar

Page 8: Trial Pahang

20. Penceramah itu hendak menjelaskan lagi perkara itu supaya difahami oleh

semua peserta yang hadir.

A hendak memperjelas lagi perkara itu

B hendak memperjelas perkara itu

C hendak menjelasi perkara itu

D hendak menjelaskan lagi perkara itu

21. Pertandingan bahas antara sekolah-sekolah menengah sedang berlangsung di

dewan Walinongsari.

A antara sekolah menengah

B di antara sekolah menengah

C di antara sekolah-sekolah menengah

D antara sekolah-sekolah menengah

Soalan 22 – 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir

dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Kondominium yang runtuh itu telah mengakibatkan beratus-ratus nyawa

penghuninya yang tidak sempat menyelamatkan diri terkorban.

A Beratus-ratus nyawa penghuni bangunan tinggi itu telah terkorban begitu

sahaja apabila bangunan yang runtuh itu tidak dapat diselamatkan.

B Keruntuhan kondominium itu telah menyebabkan kematian beratus-ratus

orang penghuninya yang tidak sempat menyelamatkan diri.

C Beratus-ratus nyawa penghuni kondominium itu terkorban apabila

kondominium tersebut runtuh tanpa disedari.

D Penghuni kondominium itu tidak sempat melarikan diri sehingga

menyebabkan bangunan itu runtuh lalu menimpa mereka.

Page 9: Trial Pahang

23. Pengetua menjelaskan bahawa pembinaan sebuah makmal komputer di

sekolah itu dapat memberi peluang kepada pelajar untuk megambil mata

pelajaran Teknologi Maklumat.

A Pembinaan sebuah makmal komputer di sekolah, menurut pengetua akan

memberi peluang kepada pelajar mempelajari Teknologi Maklumat.

B Teknologi Maklumat hanya dapat diambil oleh pelajar sekiranya pengetua

dapat membina sebuah makmal komputer di sekolah itu.

C Pembinaan sebuah makmal komputer akan memberi peluang kepada pelajar

untuk memilih mata pelajaran Teknologi Makmlumat seperti yang dijelaskan

oleh pengetua.

D Menurut pengetua, mata pelajaran Teknologi Maklumat dapat diambil oleh

pelajar sekirannya sekolah itu membina sebuah makmal komputer

24. Usaha kerajaan mengembangkan pertumbuhan industri kecil dan

sederhana memberi peluang kepada usahawan muda untuk menampilkan

diri dalam dunia perniagaan yang lebih mencabar.

A Usahawan muda berpeluang menceburi dunia perniagaan yang lebih

mencabar dengan adanya pertumbuhan kecil dan sederhana.

B Dengan berkembangnya industri kecil dan sederhana, kerajaan memberi

peluang kepada peniaga-peniaga muda untuk menceburi dunia perniagaan

yang lebih mencabar.

C Usahawan muda berpeluang menonjolkan diri dalam dunia perniagaan yang

lebih mencabar dengan adanya usaha kerajaan memperluas pertumbuhan

industri kecil dan sederhana.

D Dunia perniagaan usahawan muda semakin mencabar kerana kerajaan telah

membuka peluang dengan meningkatkan pertumbuhan industri kecil dan

sederhana.

Page 10: Trial Pahang

Soalan 25.- 27

Pilih ayat-ayat yang betul

25. I Peristiwa yang pahit itu telah luput dari ingatan kami.

II Semoga kebahagiaanmu berlanjutan hingga ke anak cucu.

III Dia ke pejabat untuk bertemu dengan pegawai yang bertugas bagi

menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

IV Objek itu kelihatan lain daripada yang lain.

A I dan II

B I dan III

C III dan IV

D I, II, III dan IV

26. I Anak emas-anak emas Pak Ali telah pulang berhari raya di kampung pada

tahun ini.

II Yang berjuang menentang Malayan Union itu telah diberi penghormatan.

III Novel Timulak Kapal Perang saya telah baca berulang-ulang kali sebagai

persediaan bagi menghadapi peperiksaan.

IV Para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR itu sedar bahawa

mereka harus belajar bersungguh-sungguh.

A I dan III

B III dan IV

C I, II dan IV

D II, III dan IV

Page 11: Trial Pahang

27. I Gadis itu sanggup mengetepikan impiannya ke menara gading kerana

kemiskinan keluarga.

II Novel Hujan Panas karya A. Samad Said yang tebal itu terbaca olehku.

III Datuk lebih suka berdukun dari menerima rawatan doktor.

IV Kami yakin kakak akan berjaya dalam pertandingan itu nanti.

A I dan II

B II dan IV

C I, II dan III

D I, II, III dan IV

Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataanpernyataan

yang berikut.

28. “Perkara yang lepas usahlah diungkit-ungkitkan lagi, lebih baik kamu berbaikbaik

semula,” nasihat ayah kepada kedua-dua orang jirannya.

Nasihat ayah itu sesuai dengan peribahasa

A Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.

B Buang yang keruh, ambil yang jernih

C Ikut hati mati, ikut rasa binasa

. D Berpatah arang berkerat rotan

29. Dalam program Pertukaran Pelajar baru-baru ini, Sizuka yang berasal dari

Jepun, telah dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat Melayu

semasa tinggal di rumah keluarga angkatnya.

Perbuatannya umpama

A Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

B Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Page 12: Trial Pahang

C Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

D Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri baik lagi negeri

sendiri.

30. Walaupun mesyuarat yang diadakan telah mencapai keputusannya tetapi masih

terdapat beberapa orang ahli yang melahirkan rasa tidak puas hati.

Peribahasa yang sesuai dengan makna di atas ialah ….

A Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

B Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

C Berani kerana benar, takut kerana salah.

D Rumah siap, pahat berbunyi.

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.

PEGUAM : Ha, begitulah Encik Sulung. Semua wasiat yang telah diamanahkan

kepada saya oleh arwah Encik Anjang tu dah saya bacakan. Saya

harap semua yang berkenaan berpuas hatilah. Dan kalau ada apa-apa

masalah lagi silakanlah datang ke pejabat saya.

SULUNG : Ya, ya, tuan. Terima kasih.

BUSU : Pertanyaan! Err… Pejabat tuan dekat mana?

MAK TEH : Busu … Abang Sulung kau tahu di mana pejabat itu!

PEGUAM : Ya, Encik Sulung tahu. Aaa ... kalau tak ada apa-apa lagi, saya rasa

bolehlah saya beransur dulu, Encik Sulung, mak cik.

MAK TEH : Eh, kenapa cepat sangat tuan? Tunggulah makan sekali di sini.

SULUNG : Sudikanlah tuan, lauk-lauk kampung itu adalah.

PEGUAM : Oh, terima kasih. Sebenarnya banyak lagi hal yang mesti saya uruskan.

Jadi, saya terpaksa pergi sekarang. Saya harap Encik Sulung faham.

Page 13: Trial Pahang

SULUNG : Ya, saya faham tuan.

PEGUAM : Kalau begitu saya minta diri dulu.

MAK TEH : Busu ….

Busu terdiam. Dia duduk perlahan-lahan sambil merungut.

PEGUAM : (Sambil keluar melalui pintu besar) Jumpa lagi Encik Sulung.

SULUNG : Ya, terima kasih banyak-banyak tuan.

KESAN BUNYI (Enjin kereta dihidupkan dan kereta menderum pergi)

LAMBAK : (Membentak tiba-tiba) Saya tak setuju! Saya tak setuju!

SITI : Saya juga tak setuju! Pembahagian ini tidak adil. Wasiat tu tak betul!

Tak boleh pakai!

SULUNG : Eh, apa hal ini? Tiba-tiba saja tak setuju, tidak adil!

MAK TEH : Ini wasiat! Kamu nak main-mainkan wasiat orang yang dah mati ya?

LAMBAK : Ini mesti ada sesiapa yang pengaruhi arwah ayah! Wasiat itu buka

arwah ayah yang membuatnya. Mesti ada orang lain!

SITI : Kenapa awak semua dapat berekar-ekar, sedang kami dapat setengah

ekar seorang? Adil ke macam tu? Patut ke?

MAK TEH : Hei, Lambak, Siti! Kau sedar tak kau tu siapa?

LAMBAK : Kami sedar kami hanya anak tiri pada arwah ayah. Tapi arwah tu dah

anggap kami macam anak sendiri, macam anak kandung! Dan arwah

juga dah berjanji nak beri sekurang-kurangnya dua ekar seorang

kepada kami.

(Sumber dipetik daripada Drama Penunggu Pusaka. Karya Zakaria Ariffin,

Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa.)

31. Apakah yang menyebabkan Lambak dan Siti begitu marah?

A Surat wasiat itu ditulis oleh orang lain

B Menganggap pembahagian harta pusaka tidak adil

C Wasiat arwah ayahnya tidak boleh dibacakan oleh peguam

Page 14: Trial Pahang

D Tidak diberikan rumah yang dijanjikan oleh arwah ayahnya.

32. Lambak telah menuduh adik-beradik tirinya

A Cuba mempengaruhi arwah ayahnya

B menulis surat wasiat itu

C hendak membolot semua harta pusaka

D berpakat dengan peguam untuk menipunya

33 Tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh Mak Teh ialah

A mencadangkan mereka yang tidak berpuas hati membawa masalah itu ke

Mahkamah

B merayu agar mereka bertolak ansur dan membahagikan harta pusaka secara

sama rata.

C membatalkan sahaja surat wasiat itu dan membahagi sendiri harta pusaka itu

meminta

D semua orang mematuhi wasiat dengan hati yang terbuka

34. Apakah tujuan peguam ke rumah keluarga arwah Encik Anjang?

A untuk mengagihkan harta pusaka arwah Encik Anjang.

B untuk menyerahkan surat wasiat arwah Encik Anjang.

C untuk membaca surat wasiat arwah Encik Anjang.

D untuk menunaikan amanah membahagikan harta pusaka arwah Encik Anjang

35. Susun urutan drama “Penunggu Pusaka”

A Saudara tiri berpakat --- kehadiran peguam ---- Lambak bertemu bomoh

Busu menggagalkan rancangan Lambak

B Busu menggagalkan rancangan Lambak --- bertemu bomoh --- Saudara

tiri berpakat --- Kehadiran peguam

C Lambak bertemu bomoh --- Saudari tiri berpakat ---- Kehadiran peguam

Page 15: Trial Pahang

Busu menggagalkan rancangan Lambak

D Kehadiran peguam --- Saudari tiri berpakat --- Lambak bertemu bomoh

Busu menggagalkan rancangan Lambak

Soalan 36 – 40

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

SYAIR TENAGA PEMUDA

(Gustam Negara)

Tenaga pemuda kalau diasuh,

Pimpin dan didik kotor dibasuh,

Tidaklah ia menjadi lusuh,

Amat berguna menentang musuh.

Tenaga pemuda memang terbilang,

Tenaga yang sedang gilang-gemilang,

Beban yang berat dapat dijulang,

Benda yang jauh dapat dijelang,

Tenaga pemuda,tenaga bererti,

Tenaga yang berani menempah mati,

Tidak mengenal erti nanti,

Hanya penuh kemahuan mesti.

Tenaga pemuda mestilah sayang,

Jangan dibiarkan lemah dan goyang,

Diwaktu muda tenaga kencang,

Berani sampai berputih tulang.

Tenaga pemuda kalau dijaga,

Kelak akhirnya sangat berharga,

Tenaga yang menjadi harapan bangsa,

Gagah berani mempertahankan negara.

Page 16: Trial Pahang

( Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta,

Tingkatan Tiga, Dewan Bahasa Pustaka )

36.Bilakah golongan pemuda yang berpendidikan penting kepada negara?

A ketika bekerja bersungguh-sungguh

B ketika negara huru-hara

C ketika menjadi pemimpin

D ketika melakukan kerja berat

37.Mengapakah tenaga pemuda sangat tinggi nilainya?

A kerana dapat mempertahankan negara

B kerana menjadi sandaran rakyat

C kerana memiliki tenaga yang kuat

D kerana menentukan kejayaan negara

38 Apakah maksud,

Tidak mengenal erti “nanti”

Hanya penuh kemahuan “mesti”

A Sanggup menjalankan sebarang kerja

B Tidak suka menangguhkan kerja

C Melakukan kerja sehingga selesai

D Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh

39. Dalam rangkap kelima, disarankan supaya kita

A menyayangi tenaga pemuda

B menyemai cita-cita semasa muda

C memenuhi keinginan semasa muda

D jangan mensesiakan usaha pemuda

Page 17: Trial Pahang

40. Keseluruhan puisi di atas menggambarkan

A jasa pemuda

B kehidupan pemuda

C kepentingan pemuda

D tanggungjawab pemuda

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 18: Trial Pahang

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 PMR

PERCUBAAN TAHUN 2008

1 C 21 A

2 D 22 B

3 A 23 A

4 A 24 C

5 D 25 C

6 C 26 C

7 B 27 A

8 D 28 B

9 B 29 A

10 C 30 D

11 A 31 B

12 C 32 D

13 C 33 D

14 A 34 C

15 D 35 A

16 C 36 B

17 D 37 A

18 B 38 B

19 D 39 A

20 B 40 C

Page 19: Trial Pahang