TREND PEMAKANAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN: … · 2019-11-19 · TREND PEMAKANAN DAN PENJAGAAN...
Transcript of TREND PEMAKANAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN: … · 2019-11-19 · TREND PEMAKANAN DAN PENJAGAAN...
1
TREND PEMAKANAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN: PERSPEKTIF SAINS
KESIHATAN DAN AMALAN PEMAKANAN ISLAMI
Mohammad Mustaqim Bin Malek
Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2, Langgak
Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480, Kuala Lumpur
Pengenalan
Makanan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Makanan menjadi sumber
tenaga yang penting buat manusia untuk membesar dan terus hidup. Dalam Islam, perbincangan
tentang makanan adalah antara aspek yang penting. Islam memberikan banyak garis panduan
berhubung makanan dan pemakanan. Trend pemakanan masyarakat pada masa kini menjurus
kepada pengambilan makanan yang mempunyai fungsi tertentu seperti makanan untuk penjagaan
kesihatan, kawalan dan penyembuhan penyakit, dan penambahbaikan fungsi tubuh. Dalam
kalangan masyarakat khususnya yang beragama Islam, makanan yang dipercayai memberikan
fungsi-fungsi tersebut ialah makanan-makanan yang diklasifikasikan sebagai “makanan sunnah.”
Pengambilan makanan sunnah sebagai salah satu trend penjagaan kesihatan memberikan kesan
tertentu. Kertas ini bertujuan untuk: (1) mengutarakan aspek penjagaan kesihatan dalam amalan
pemakanan Islami, (2) merungkai trend pemakanan masyarakat berhubung penjagaan kesihatan,
dan (3) menganalisis trend pemakanan masyarakat menurut perspekif Islam dan kesihatan.
Aspek Penjagaan kesihatan dalam Amalan pemakanan Islami
Amalan pemakanan yang bersifat Islami merujuk kepada pengambilan makanan yang mengikut
tatacara dan adab yang digariskan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Dalam kalangan masyarakat
awam, amalan yang biasa dirujuk ialah yang berkaitan dengan amalan dalam sunnah Nabi
Muhammad SAW. Sunnah merupakan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad
SAW, baik dari segi percakapan, perbuatan atau pun taqrirnya. Kecintaan kepada Nabi
Muhammad SAW menjadikan semangat untuk mencontohi amalan pemakanan baginda
berkobar-kobar.
Amalan pemakanan Islami yang merangkumi saranan-saranan oleh al-Quran dan baginda
SAW pelbagai aspek. Antara aspek amalan yang dimaksudkan ialah: (1) amalan yang berkait
2
dengan gaya pengambilan makanan, (2) adab pengendalian dan pengambilan makanan, dan (3)
amalan pengambilan jenis-jenis makanan yang berkhasiat.
Dalam aspek gaya pengambilan makanan, terdapat beberapa nas-nas yang boleh
dijadikan panduan. Antaranya, berhubung suruhan memilih makanan dan minuman yang
diharuskan dan mengelak daripada mengambil makanan dan minuman yang diharamkan. Hal ini
berdasarkan firman Allah SWT yang berbunyi:
رأضم حللا طيباا ول ت تبمعوا خطواتم الشيأطانم يا أي إمنه لكمأ عدو م بمين ها الناس كلوا مما فم الأ
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi,
yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana
sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.1
Bagi manfaat kehidupan manusia, Allah SWT telah menciptakan pelbagai jenis makanan
daripada haiwan dan tumbuhan. Sebahagian besar daripada haiwan dan tumbuhan yang
diciptakan diharuskan bagi manusia. Hanya sebahagian yang diharamkan oleh Allah untuk
dimakan dan yang disarankan untuk dielakkan kerana keburukan dan bahaya padanya. Meskipun
dilimpahkan dengan pelbagai nikmat ini, Allah turut mengingatkan agar mengamalkan sikap
berpada-pada dan bersederhana dalam pengambilan makanan. Antaranya, Allah berfirman:
رمفوا ربوا ول تسأ رمفمي وكلوا واشأ إمنه ل يمب الأمسأ
Maksudnya: ...dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu
melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui
batas.2
Berdasarkan ayat yang dinyatakan, Allah membenci sikap berlebih-lebihan dalam
mengambil makanan. Apatah lagi apabila sikap berlebih-lebihan ini mengakibatkan kesan yang
buruk terhadap kesihatan. Berdasarkan amalan pemakanan baginda, terdapat panduan yang
berguna berkaitan dengan kuantiti makanan serta komposisi nutrien yang diperlukan oleh
seorang Muslim. Panduan ini berdasarkan hadis yang disampaikan oleh Miqdam Bin Ma‘dikarib.
Beliau meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
1 Al-Baqarah (2): 168.
2 Al-A‘raf (7): 31.
3
سه ما مأل آدممي ومعاءا ن صلأبه فإمنأ غلبتم اآلدممي ن فأ ب اآلدممي لقيأماتن يقممأ شرا ممنأ بطأن حسأ. ف ث لثن لملطعامم وث لثن لملشرابم وث لثن لملن فسم
Maksudnya: Tidaklah seorang anak Adam mengisi bekas yang lebih buruk
daripada perutnya. Sebenarnya beberapa suap sahaja sudah cukup untuk
menegakkan tulang rusuknya. Jika terpaksa diia harus mengisinya, maka
sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi
untuk bernafas.3
Pengambilan makanan dan minuman secara sederhana dapat membantu agar dapat fokus
dalam melaksanakan ibadah. Pengambilan makanan secara berlebihan dan komposisi nutrien
yang tidak seimbang memudaratkan tubuh badan. Ia menyebabkan kelesuan dan mengalihkan
fokus dalam beribadah. Dalam jangka masa panjang pula, ia menyumbang kepada penyakit
kronik seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti dan penyakit jantung.
Pendek kata, gaya pemakanan yang disarankan dalam Islam mempunyai nilai yang tinggi
dalam penjagaan kesihatan, disamping memenuhi matlamat asas iaitu memberi tenaga untuk
beribadah. Oleh kerana itu, terdapat juga saranan-saranan pengambilan jenis-jenis makanan yang
tertentu kerana khasiat dan kebaikannya. Misalnya, terdapat hadis yang menceritakan kebaikan
kurma seperti yang diriwayatkan oleh ‘Amir bin Sa’d daripada bapanya bahawa Nabi SAW
bersabda:
رن حأ وةا لأ يضر ه فم ذلمك الأي وأمم سم ول سم منأ تصبح كل ي وأم سبأع ترات عجأ
Maksudnya: Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ajwa pada setiap pagi,
maka dia tidak akan terkena racun dan sihir.4
Selain daripada kurma, pengambilan madu dan habbatus sauda turut diriwayatkan
sebagai kaedah penawar penyakit dan manfaatnya yang tinggi kepada kesihatan tubuh badan.
Misalnya hadis yang menyentuh tentang madu dan habbatus sauda’ sebagai penawar. Berhubung
madu, Ibn Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW:
الشفاء فم ثلثة شرأطةم ممأجم، أوأ شرأبةم عسل، أوأ كية بمنار، وأن أهى أمتم عنم الأكى 3 Hadis riwayat Ibn Majah, dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-At‘amah, Hadis 3474. Hadis ini dihukumkan sahih
oleh al-Albani. Lihat Naṣiruddin al-Albāni, Ṣaḥīḥ Ibn Majah, (Maktab al-Tarbiyyah al-'Arabiy li Dawli Khalīj,
1409H), 3474. 4 Hadis riwayat Bukhari, dalam Sahih Bukhari, Kitab al-At‘amah, Bab al-‘Ajwah, Hadis 5445. Lihat Muhammad
Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, ed. Muhibuddin al-Khatib, (Kaherah: Maktabah al-Salafiyyah, 1400H),
5445.
4
Maksudnya: Penawar itu ada pada tiga (perkara) meminum madu, berbekam,
dan dengan besi panas, dan aku melarang ummatku dari besi panas.5
Berkenaan habbatus sauda’ pula, terdapat riwayat daripada Abu Hurairah bahawa Nabi
SAW bersabda:
فاءن ممنأ كل داء إمل السام داءم شم بةم السوأ فم الأ
Maksudnya: Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali
mati.6
Dalam sejarah tamadun-tamadun terdahulu, termasuk dalam amalan perawatan
masyarakat ketika zaman baginda SAW, sememangnya terdapat banyak catatan yang
menunjukkan pengambilan habbatus sauda’ dan madu sebagai makanan berkhasiat yang
berupaya memberi kesembuhan kepada pelbagai penyakit seperti kembung perut, batu karang,
cirit-birit, demam, dan penyembuhan luka.7
Selain amalan pemakanan yang mempunyai manfaat daripada sudut fizikal dan zahir,
Islam turut mementingkan amalan dalam bentuk adab-adab tertentu. Ia sebagai cara
menggambarkan perhambaan kepada Allah yang memberikan rezeki dan memohon keberkatan
daripadaNya disamping menunjukkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan. Amalan adab-
adab ini tidak melibatkan manfaat secara zahir tetapi lebih kepada akhlak Islami.
Adab-adab pemakanan banyak digambarkan dalam hadis Nabi SAW. Antaranya ialah
saranan menyebut nama Allah ketika hendak makan. Diriwayatkan daripada Aishah RA, bahawa
Nabi SAW bersabda:
م اللهم ت عال فم أولمهم ي أنأ يذأكر اسأ م اللهم ت عال فإمنأ نسم مم إمذا أكل أحدكمأ ف لأيذأكرم اسأ ف لأي قلأ بمسأ
ره اللهم أوله وآخم
5 Hadis riwayat Bukhari, dalam Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, Bab al-Syifa’ fi Thalathin, Hadis 5681. Lihat ibid.,
5681. 6 Hadis riwayat Bukhari, dalam Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, Bab al-Habbah al-Sauda’, Hadis 5688 dan riwayat
Muslim, dalam Sahih Muslim, Kitab al-Salam, Bab al-Tadawi bi al-Habbah al-Sauda’, Hadis 2215. Ibid., 5688.;
Muslim Ibn Hajjaj Al-Qusyairi Al-Naysaburi, Sahih Muslim, ed. Muhammad Fuad al-Baqi, (Cairo: Dar Ihyaa
al-Kutub al-'Arabiyyah, 1374H), 2215. 7 Tahereh Eteraf-Oskouei & Moslem Najafi, "Traditional and modern uses of natural honey in human diseases: a
review," Iranian journal of basic medical sciences 16, no. 6 (2013): 731-742.; Abu Zakaria Yahya Ibn Sharaf al-
Nawawi, Sharh Sahih Muslim, jilid 14 (Beirut: Dar al-Turath al-Arabi, 1972), 197.; Ibn Hajar Al-Asqalani, Fath
al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, jilid 10 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2012), 144.
5
Maksudnya: Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaklah dia
menyebutkan nama Allah SWT. Jika dia terlupa untuk menyebut nama Allah
SWT pada awalnya, hendaklah dia mengucapkan: له وآخره أو Dengan) بسم للاه
nama Allah pada setiap permulaannya dan pengakhirannya).8
Selain itu, terdapat juga adab pemakanan yang dianjurkan oleh baginda SAW berkenaan
penggunaan tangan kanan berbanding tangan kiri. Daripada Abdullah Ibn Umar, Nabi
Muhammad SAW bersabda:
رب إمذا أكل أحدكمأ مالمهم ويشأ ينمهم فإمن الشيأطان يأأكل بمشم ربأ بميمم ينمهم وإمذا شرمب ف لأيشأ ف لأيأأكلأ بميمم
مالمهم بمشم
Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaklah dia makan dengan
tangan kanannya. Jika minum maka hendaklah juga minum dengan tangan
kanannya, kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan
tangan kirinya pula.9
Mengikuti dan mengamalkan adab yang digambarkan oleh sunnah Nabi Muhammad
SAW merupakan sesuatu yang sangat dianjurkan. Hal ini kerana baginda SAW merupakan
contoh dan tauladan yang terbaik dalam segala aspek kehidupan. Allah memperakukan dalam
al-Quran tentang anjuran ini, iaitu:
ر وذكر الل خم وةن حسنةن لمن كان ي رأجو الل ه والأي وأم اآلأ ه كثمرياالقدأ كان لكمأ فم رسولم الل هم أسأ
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).10
Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam pelbagai aspek kehidupan merupakan panduan
dan adab yang dianjurkan dalam Islam untuk diikuti. Hal ini menepati matlamat baginda
diutuskan untuk memberikan panduan kepada sekalian alam dan membimbing ke arah
8 Hadis riwayat Abu Daud, dalam Sunan Abi Daud, Kitab al-At‘imah, Bab al-Tasmiah ‘ala Ta‘am, Hadis 3767.
Hadis dihukumkan sahih oleh al-Albani. Hadis Naṣiruddin al-Albāni, Ṣaḥīḥ Sunan Abi Dawud, (Maktab al-
Tarbiyyah al-'Arabiy li Dawli Khalīj, 1409H), 3767. 9 Hadis riwayat Muslim, dalam Sahih Muslim, Kitab al-Asyrabah, Bab Adab al-Ta‘am wa al-Syarabi wa
Ahkamihima, Hadis 2020. Lihat Al-Naysaburi, Sahih Muslim, 2020. 10
Al-Ahzab (33): 21.
6
kesempurnaan akhlak. Anjuran mengikut adab baginda selari dengan firman Allah SWT yang
memperihalkan keangungan akhlak baginda. Firman tersebut berbunyi:
وإمنك لعلى خلق عظميم
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat
mulia.11
Trend Pemakanan Pada Masa Kini
Pengamalan sunnah Nabi Muhammad SAW membawa manfaat yang besar sama dari sudut
ganjaran pahala atau manfaat yang bersifat zahir. Antara manfaat secara zahir yang terlihat ialah
pada rupa paras dan fizikal baginda. Berdasarkan daripada pelbagai riwayat, baginda
diperihalkan dengan fizikal yang sihat dan sempurna. Lantaran itu, dalam mencapai manfaat
fizikal ini tumpuan diberikan kepada sunnah Baginda SAW yang dipercayai membawa manfaat
kesihatan kepada tubuh badan.
Namun, dalam banyak amalan pemakanan Islami yang telah dibincangkan, trend
pemakanan masyarakat pada masa kini lebih menjurus kepada pengambilan jenis makanan yang
diamalkan oleh Nabi SAW. Melalui trend ini, muncul istilah yang menjadi kebiasaan dalam
kalangan masyarakat iaitu “makanan sunnah.” Makanan sunnah mempunyai definisi yang
pelbagai. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa makanan sunnah ialah makanan yang
disebutkan dalam quran dan hadith.12
Pada masa yang sama, ada juga yang menghadkan
makanan sunnah kepada beberapa jenis makanan yang disebutkan dalam al-Quran dan sunnah,
seperti kurma, delima, madu, kismis, dan habbatus sauda’.13
Ada juga yang menyatakan segala
jenis makan yang membawa kebaikan disebut sebagai makanan sunnah.14
Dalam konteks
masyarakat secara umumnya, kefahaman istilah makanan sunnah lebih menjurus kepada
makanan-makanan yang disebutkan dalam nas-nas al-Quran dan hadis.
Pengamalan makanan sunnah dalam kalangan masyarakat dipengaruhi oleh motivasi diri
untuk memperoleh manfaat kesihatan yang cepat. Dalam kalangan masyarakat, makanan sunnah
11
Al-Qalam (68): 4. 12
Khadher Ahmad, Mohd Yakub, Zulkifli Mohd Yusoff & Mohd Farhan Md Ariffin, "Salah Faham Terhadap
Istilah “Makanan Sunnah” Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia: Satu Analisis," Jabatan al-Quran
dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya (2015): 142. 13
ibid., 143. 14
ibid.
7
dipercayai memberi kesan yang pantas dalam aspek penjagaan kesihatan. 15
Oleh kerana itu,
pemasaran makanan sunnah atas semangat menjaga kesihatan semakin mendapat perhatian.
Bahkan, makanan-makanan ini diinovasi dan diolah menjadi pelbagai bentuk produk baharu
seperti tablet, kapsul, jus, tonik dan kopi.16
Masyarakat cenderung untuk mengambil makanan sunnah yang diformulasikan ke dalam
bentuk yang baharu ini sebagai kaedah perawatan dan pencegahan penyakit.17
Pengambilan
produk-produk ini sebagai satu bentuk perubatan alternatif untuk merawat penyakit kronik,
disamping mengambil ubat yang ditetap olek doktor. Selain itu, pengambilan makanan sunnah
turut didorong oleh keinginan meningkatkan fungsi dan daya tubuh badan sepert menjana tenaga
untuk bekerja dan belajar, menghilangkan lesu, serta meningkatkan kemampuan minda
terutamanya dalam kalangan pelajar.18
Sambutan terhadap produk-produk yang diformulasikan daripada makanan sunnah
memberangsangkan kerana kepercayaan yang tinggi terhadapnya dan mempunyai sandaran yang
kuat iaitu hadis Nabi SAW.19
Walau bagaimanapun, manfaat dan kesan buruk daripada produk-
produk ini masih menjadi tanda tanya? Adakah ia sememangnya berkesan? Adakah sekiranya ia
tidak berkesan, ia boleh menggugat kepercayaan terhadap sunnah baginda SAW?
Analisis menurut Perspektif Kesihatan dan Amalan Pemakanan Islami
Realiti kesihatan masyarakat pada ketika ini menunjukkan trend yang tidak baik. Penyakit-
penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi kian menjadi kebiasaan dalam kalangan
masyarakat. Gaya pemakanan menjadi punca dan penyumbang yang utama terhadap situasi ini.20
Menurut laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan berkenaan penyakit-penyakit
tidak berjangkit (National Health and Morbidity Survey: Non-Communicable Diseases) yang
15
Siti Atikah Pauzi & Wan Haslan Khairuddin, "Trend dan Sikap Masyarakat Terhadap Makanan Sunnah,"
Fikiran Masyarakat 6, no. 3 (2018): 125. 16
ibid.; Ahmad, Yakub, Yusoff & Ariffin, "Salah Faham Terhadap Istilah “Makanan Sunnah” Dalam Kalangan
Masyarakat Islam Di Malaysia: Satu Analisis," 191-203. 17
Rozilah Hamdan, Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak & Nurhanie Mahjom, "The Tendency to Use Sunnah
Functional Food among Students in Malaysia," International Journal of Academic Research in Business and
Social Sciences 8, no. 1 (2018): 752. 18
Ahmad, Yakub, Yusoff & Ariffin, "Salah Faham Terhadap Istilah “Makanan Sunnah” Dalam Kalangan
Masyarakat Islam Di Malaysia: Satu Analisis," 144. 19
ibid., 137-157. 20
Noor Safiza Mohamad Nor, Rashidah Ambak, Norazian Mohd Zaki, Nur Shahida Abdul Aziz, Siew Man
Cheong, Mohamad Aznuddin Abd Razak, Muslimah Yusof, Mohamad Hasnan Ahmad, Azli Baharuddin &
Megat Rusydi Megat Radzi, "An update on obesity research pattern among adults in Malaysia: a scoping
review," BMC women's health 18, no. 1 (2018): 114.
8
dijalankan pada tahun 2011 dan 2015, terdapat peningkatan pada peratusan berat badan
berlebihan dan obesiti dalam kalangan penduduk Malaysia. Laporan mencatatkan bahawa
peratusan berat badan berlebihan adalah sebanyak 29.4% bagi tahun 201121
dan 30.0% pada
tahun 2015. 22
Dalam konteks obesiti pula, laporan mencatatkan peratusan obesiti pada tahun
2011 ialah sebanyak 15.1%23
dan pada tahun 2015 sebanyak 17.7%.24
Peningkatan ini memaparkan perkembangan yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat.
Ia menjadi semakin serius apabila gaya pemakanan tidak sihat yang membawa kepada penyakit-
penyakit kronik ini turut menyumbang kepada berlakunya penyakit jantung, iaitu pembunuh
nombor satu di Malaysia. 25
Dalam tempoh 10, semenjak 2007 hingga 2017, sebanyak 54 peratus
pertambahan kes penyakit jantung berlaku dengan 13,503 kematian pada 2017 berbanding 8,776
kematian pada 2007. 26
Selain daripada penyakit jantung, kes kegagalan organ turut menjadi perkara yang serius.
Difahamkan bahawa lebih 20,000 pesakit dalam senarai menunggu pendermaan organ,
terutamanya buah pinggang.27
64% daripada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang
turut mengalami diabetes dan ia berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak sihat.28
Pengamalan makanan sunnah tidak dapat membantu menambahbaik keadaan kesihatan
masyarakat sekiranya gaya pemakanan secara keseluruhannya tidak diubah. Penjagaan kesihatan
yang bergantung kepada pengamalan makanan sunnah merupakan pengamalan amalan
pemakanan Islami dalam skop yang sempit. Amalan pemakanan Islami merangkumi gaya
pemakanan yang lebih luas. Ia tidak hanya tertakluk kepada jenis makan, tetapi cara pemakanan.
Dalam konteks situasi kesihatan masyarakat pada masa kini, secara umumnya, amalan
21
Institute for Public Health, National Health and Morbidity Survey 2011: Non-Communicable Diseases, jilid 2
(Kuala Lumpur: Ministry of Health Malaysia, 2011), 31-35. 22
Institute for Public Health, National Health and Morbidity Survey 2015: Non-Communicable Diseases, jilid 2
(Kuala Lumpur: Ministry of Health Malaysia, 2015), 51-72. 23
Institute for Public Health, National Health and Morbidity Survey 2011: Non-Communicable Diseases, 2, 31-35. 24
Institute for Public Health, National Health and Morbidity Survey 2015: Non-Communicable Diseases, 2, 51-72. 25
Nor Afzan Mohamad Yusof, "Penyakit jantung kekal punca utama kematian sejak 13 tahun lalu," Berita Harian,
2019, diakses pada 6 November 2019, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/523136/penyakit-
jantung-kekal-punca-utama-kematian-sejak-13-tahun-lalu. 26
ibid. 27
Sarban Singh, "Ministry fine-tunes procedures," The Star Online, 2019, diakses pada 7 November 2019,
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/11/07/ministry-fine-tunes-procedures. 28
Bernama, "Pesakit buah pinggang dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang 2040," Astro Awani,
2019, diakses pada 7 November 2019, http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesakit-buah-pinggang-
dijangka-meningkat-sehingga-106-000-orang-menjelang-2040-215261.; Nor, Ambak, Zaki, Aziz, Cheong,
Razak, Yusof, Ahmad, Baharuddin & Radzi, "An update on obesity research pattern among adults in Malaysia: a
scoping review," 114.
9
pemakanan Islami yang turut perlu diberikan penenkanan ialah kuantiti dan komposisi makanan.
Hal ini telah diterangkan dalam perenggan di atas berhubung larangan dalam al-Quran untuk
berlebih-lebihan dalam pengambilan makanan dan saranan sukatan pengambilan makanan oleh
Nabi SAW.
Dari sudut yang lain, pengamalan yang menjurus kepada makanan sunnah tanpa
menghiraukan saranan pemakanan Islami yang lain boleh mengundang kepada kesan buruk.
Apatah lagi sekiranya ia melibatkan pengambilan produk yang diinovasi daripada makanan
sunnah dengan campuran pelbagai bahan tanpa kawalan. Hal ini dapat dilihat dengan kes
larangan penjualan satu produk jus sunnah keluaran sebuah syarikat yang tidak berdaftar. Jus
sunnah yang tersebut menggabungkan pelbagai jenis makanan yang disebut dalam hadis seperti
delima, kurma, dan madu.29
Malangnya, jus tersebut dikesan mengandungi steroid iaitu
dexamethasone dan prednisolone yang membawa kesan sampingan seperti kelemahan otot,
kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan
risiko jangkitan dan sindrom crushing.30
Terdapat kes yang dilaporkan melibatkan kesan buruk terhadap pengguna produk jus
sunnah yang dinyatakan. Di Singapura, dilaporkan bahawa lima orang termasuk seorang kanak-
kanak yang mengambil produk berkenaan mengalami kesan sampingan yang buruk.31
Mereka
mengalami sindrom crushing, iaitu sindrom yang menyebabkan wajah seseorang menjadi bulat
(moon-faced) serta obesiti pada bahagian atas badan. 32
Mereka turut mengalami peningkatan
paras gula dalam darah secara mendadak yang membawa kepada diabetes dan pelbagai siri
komplikasi lain.33
Dalam kes ini, ada dua perkara penting yang perlu diberikan perhatian. Pertama,
pengamalan makanan sunnah yang terbaik sepatutnya mengambil kira cara pengambilan yang
disarankan oleh baginda SAW. Misalnya, Nabi SAW mengambil kurma dalam bentuknya yang
asli tanpa diformulasi atau dicampur aduk menjadi bahan yang lain. Pengambilan dalam bentuk
29
Noor Hisham Abdullah, "Larangan Jualan Produk Jus al-Sunnah, Jus al-Sunnah Gold, dan Jus Penawar Keluaran
Sri Saga Marketing S/B " kenyataan akhbar, 24 September, 2018,
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/337/1055. 30
ibid. 31
Nurulkhasanah Agost, "5 orang di S'pura termasuk 1 kanak-kanak alami kesan sampingan serius selepas ambil
Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold," Berita Mediacorp, 2018, diakses pada 14 November 2019,
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/5-orang-di-s-pura-termasuk-1-kanak-kanak-alami-kesan-
sampingan/4140108.html. 32
ibid. 33
ibid.
10
yang asli mengekalkan ciri-ciri nutrien yang lain terutamanya serat yang membantu proses
pencernaan. Kedua, inovasi dan campur aduk makanan sunnah boleh memberi kesan kepada
kandungan nutrien dalam produk akhir. Campur aduk pelbagai makanan sunnah boleh
menyebabkan kandungan yang tinggi.
Bahkan, dalam hadis Nabi SAW, baginda pernah melarang mencampurkan sesetengah
makanan seperti percampuran antara kismis dan kurma, serta mencampurkan busr (sejenis
kurma) dan rutab (kurma segar) terutamanya dalam bentuk minuman. Hal ini boleh dilihat dalam
hadis riwayat Abu Sa‘id al-Khudri:
و ن هى رسول اللهم صلى اهلل ر والزهأ و والتمأ ر والزبميب وأنأ يألط الزهأ عليه وسلم أنأ يألط التمأ
ر والأبسأ
Maksudnya: Janganlah mencampurkan kismis dan kurma kering, dan jangan
mencampurkan kurma muda dan kurma kering.34
Tuntasnya, dalam konteks kesihatan, percampuran itu menyebabkan kandungan gula
yang keterlaluan sehingg berpotensi membawa kesan buruk terhadap kesihatan terutamanya
apabila diambil dalam jangka masa panjang. Pengambilan produk sebegini meskipun atas
semangat mengamalkan sunnah perlu diteliti dan difahami dengan baik. Saranan memakan
makanan tertentu seperti kurma adalah saranan secara umum. Pengambilan makanan tersebut
perlu juga dilihat dari sudut keadaan kesihatan seseorang individu. Hal ini misalnya boleh dilihat
dalam hadis yang diriwayatkan daripada Umm Mundhir binti Qais Ansariyyah:
نا رسول اللهم صلى اهلل عليه وسلم ومعه علمي بأن أبم طالمب وعلمي ناقمهن ممنأ مرض ول نا دخل علي أها ف ت ناول علمي لميأأكل ف قال النبم صلى دوالم معلقةن وكان النبم صلى اهلل عليه وسلم يأأ ن أ كل مم
لأقاا وشعمرياا .مهأ يا علمي إمنك ناقمهن اهلل عليه وسلم صلى اهلل عليه وسلم سم قالتأ فصن عأت لملنبم " هذا فأصمبأ فإمنه أن أفع لك يا علمي ممنأ ف قال النبم صلى اهلل عليه وسلم
Maksudnya: Rasulullah s.a.w telah datang kepada kami dan bersama Baginda
s.a.w ialah Saidina Ali bin Abi Talib, ketika itu Ali baru sahaja sembuh dari
34
Hadis riwayat al-Nasa’i, dalam Sunan al-Nasa’i, Kitab al-Asyribah, Bab Khalit al-Busr wa al-Rutab, Hadis 5553.
Hadis dihukumkan sahih oleh al-Albani. Lihat Naṣir al-Dīn al-Albānī, Ṣaḥīḥ Sunan al-Nasāʼi, (Maktab al-
Tarbiyyah al-'Arabī li Dawli Khalīj, 1409H), 5553.
11
sakitnya. Dan kami mempunyai buah kurma yang masih bergantung. Nabi
s.a.w makan beberapa biji darinya. Kemudian Ali juga turut mengambilnya dan
memakannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : “Jangan wahai Ali, kamu
baru sahaja sembuh”. Ummu Al Mundzir berkata, “Kemudian aku
membuatkan makanan dari ubi dan gandum untuk Nabi SAW, Nabi SAW lalu
bersabda: “Wahai Ali, makanlah makanan ini, kerana ia bermanfaat bagimu.35
Hadis ini menunjukkan secara khusus saranan Nabi SAW kepada Saidina Ali r.a. untuk
mengelakkan diri daripada memakan kurma atas faktor kesihatannya. Hal ini menunjukkan
pengambilan kurma tidak semestinya baik untuk semua keadaan. Kefahaman sebegini perlu
diterjemahkan dalam konteks penjagaan kesihatan pada masa kini. Misalnya, dalam konteks
masa kini, pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula termasuk kurma bagi mereka yang
mengalami penyakit kencing manis adalah berbahaya dan perlu dielakkan.
Selain itu, dalam konteks penjagaan kesihatan, pengambilan makanan sunnah turut
menjadi isu yang besar apabila ia menjadi faktor keengganan para pesakit menjalani rawatan
hospital serta melengahkan proses mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan yang
bertauliah.36
Dalam keadaan yang lebih ekstrem, terdapat sesetengah golongan yang
meninggalkan rawatan konvensional kerana memilih rawatan alternatif termasuk yang
berasaskan makanan sunnah.37
Misalnya pengambilan habbatus sauda’ untuk merawat penyakit kerana berhujahkan
kemampuannya dalam merawat semua penyakit kecuali mati berdasarkan hadis daripada Nabi
SAW yang pernah dinyatakan dalam perenggan-perenggan sebelum ini. Namun, kefahaman
35
Hadis riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Tibb, Hadis 5638. Hadis dihukumkan hasan oleh al-
Albani. Lihat al-Albāni, Ṣaḥīḥ Ibn Majah, 5638. 36
Barrie R Cassileth, "Alternative therapies: learning from patients who choose them," The Oncologist 17, no. 5
(2012): 590-591.; Marja J Verhoef & Margaret A White, "Factors in making the decision to forgo conventional
cancer treatment," Cancer practice 10, no. 4 (2002): 201-207.; Wong Kuo Zang, Mastria Mohamed, Loh Wan
Ting & Suhadah Ahad, "Study of Traditional and Complementary Medicine (TCM) Usage among Cancer
Patients Receiving Chemotherapy in Hospital Melaka," EDITORIAL BOARD (2018): 78-86.; Norah A Alrowais
& Nada A Alyousefi, "The prevalence extent of Complementary and Alternative Medicine (CAM) use among
Saudis," Saudi Pharmaceutical Journal 25, no. 3 (2017): 306-318. 37
Cassileth, "Alternative therapies: learning from patients who choose them," 590-591.; Verhoef & White,
"Factors in making the decision to forgo conventional cancer treatment," 201-207.; Zang, Mohamed, Ting &
Ahad, "Study of Traditional and Complementary Medicine (TCM) Usage among Cancer Patients Receiving
Chemotherapy in Hospital Melaka," 78-86.; Alrowais & Alyousefi, "The prevalence extent of Complementary
and Alternative Medicine (CAM) use among Saudis," 306-318.
12
masyarakat terhadap hadis tersebut tidak melalui kaedah yang betul. Salah faham berlaku apabila
masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan hadis. Berlaku salah faham berhubung
ungkapan “penawar segala penyakit” yang digunakan dalam hadis berkenaan sehingga
masyarakat beranggapan bahawa habbatus sauda’ pengubat kepada segala penyakit kecuali mati.
Hal ini menjadi lebih buruk apabila wujud pihak berkepentingan menggunakan
kefahaman yang tidak tepat ini untuk melariskan penjualan habbatus sauda’. Bahkan, kerap kali
berlaku dakwaan bahawa produk kesihatan yang mengandungi habbatus sauda’ berupaya
mengubati segala penyakit dengan berhujahkan hadis tersebut.
Dalam isu ini, adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian tentang seuatu
hadis yang ditulis oleh para ulama.’ Hal ini kerana keupayaan masyarakat awam untuk mentafsir
sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang dimiliki adalah terhad. Rujukan kepada huraian
para ulama’ dapat mengelakkan daripada timbul tafsiran yang tidak tepat.
Para ulama menghuraikan hadis beruhubung habbatus sauda’ dengan menyatakan
bahawa terdapat banyak manfaat pada habbatus sauda’ yang mampu mengubati penyakit-
penyakit. Kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar Al-Asqalani, iaitu huraian kepada Sahih Bukhari
menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda’ sebagai penawar. Antaranya ialah apabila ia
dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh
membantu orang yang mengalami selsema akibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan
bahawa sekiranya habbatus sauda’ dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk
berkumur, ia dapat membantu melegakan sakit gigi.
Contoh-contoh kegunaan yang dinyatakan seperti dalam kitab syarah yang dinyatakan
menunjukkan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan pada habbatus sauda’. Namun, ia tidak
bermaksud habbatus sauda’ adalah ubat kepada semua penyakit di dunia ini. Dalam hal ini,
terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Antaranya ialah mendalami dan
memahami lafaz-lafaz yang digunakan dalam hadis berkenaan habbatus sauda’ ini berpandukan
ilmu usul fiqh. Ibn Hajar Al-Asqalani menukilkan bahawa Imam Al-Khattabi menerangkan
bahawa ungkapan “penawar segala penyakit” merupakan lafaz umum yang membawa maksud
yang khusus.38
Penggunaan maksud yang khusus adalah tepat kerana menurut Imam Al-Khattabi
38
Ibn Hajar Al-Asqalani, Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, 10, 144.
13
tidak ada satu pun tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT di dunia ini yang terkumpul di
dalamnya semua manfaat bagi tujuan perubatan.39
Kefahaman khusus yang sepatutnya diambil ialah habbatus sauda’ bermanfaat sebagai
penawar bagi segala penyakit yang dilihat sesuai diubati dengannya. Ibn Hajar Al-Asqalani
dalam Fathul Bari dan Imam Al-Nawawi dalam Syarah Al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim
memperincikan dengan lebih lanjut tentang maksud “penyakit yang sesuai diubati dengannya.”
Ia bermaksud bahawa habbatus sauda’ secara khususnya sesuai untuk mengubati penyakit-
penyakit yang timbul kerana cuaca sejuk dan tidak berkesan untuk penyakit-penyakit yang
timbul disebabkan panas.40
Untuk penyakit yang lembap, menyebabkan kahak, kerana habbatus
sauda bersifat panas dan kering.41
Pengkhususan keberkesanan habbatus sauda’ untuk penyakit-
penyakit “sejuk” dan pengecualian keberkesanannya untuk penyakit-penyakit panas dalam
penulisan para ulama’ menunjukkan bahawa terdapat limitasi pada kegunaan habbatus sauda’.
Sehubungan itu, kefahaman bahawa habbatus sauda’ ubat kepada segala penyakit di dunia ini
adalah tidak tepat.
Imam Al-Nawawi turut menjelaskan bahawa penyakit-penyakit yang muncul akibat sejuk
merupakan penyakit-penyakit yang biasa berlegar-legar dalam kalangan masyarakat sekitar
Baginda SAW pada zaman itu. Oleh yang demikian, hadis tentang habbatus sauda’
menggambarkan bahawa banyak manfaat yang diperoleh daripadanya kerana ia berupaya
mengubati pelbagai jenis penyakit yang menjadi kebiasaan itu.
Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya habbatus sauda’ mempunyai faedah yang
banyak. Baginda SAW menyebutkan tentang kebaikannya di dalam sunnah Baginda adalah
untuk manfaat awam. Kajian saintifik pada masa kini juga menunjukkan terdapat potensi-potensi
kegunaan habbatus sauda’ sebagai ubat untuk masalah-masalah kesihatan yang tertentu.
Meskipun banyak manfaatnya, masyarakat awam tidak boleh mengambil kefahaman secara
literal bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala macam penyakit di dunia ini kerana ia
adalah kefahaman yang tidak tepat. Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat
dengan menggunakan habbatus sauda’ terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan
39
ibid. 40
al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim, 14, 196. 41
Abdul Rahman bin Ali Ibn Jauzi, Kasyf al-Musykil min Hadith al-Sahihain, jilid 3 (Riyad: Dar al-Watn, t.t.),
364.
14
menggunakan cara tertentu bagi mengubati sesuatu penyakit tertentu seperti yang pernah
diamalkan suatu masa dahulu.
Sekiranya perkara ini tidak diberikan perhatian sewajarnya, ia boleh membawa kesan
yang buruk terhadap kesihatan. Terdapat satu kes yang berlaku melibatkan pengambilan minyak
habbatus sauda’. Kes ini melibatkan sakit perut yang teruk disebabkan pengambilan minyak
habbatus sauda’ tanpa kawalan.42
Antara perkara penting yang perlu difahami di sini ialah
meskipun sesuatu benda itu diklasifikasikan sebagai ubat, dos yang sesuai perlulah diberikan
perhatian. Sesuatu ubat sekiranya diambil pada dos yang berlebihan, boleh menyebabkan kesan
buruk.
Selain itu, pengambilan sesuatu ubat perlu dilihat kadar keberkesananannya. Dalam
perbahasan fiqh, kita dianjurkan untuk memilih ubat yang diketahui berkesan berbanding yang
tidak diketahui berkesan.43
Dalam kerangka fiqh ia dirujuk sebagai anjuran pemilihan ubat yang
bersifat maznun (tinggi kebarangkalian untuk menyembuhkan) berbanding yang bersifat
mawhum (kebarangkalian untuk menyembuhkan diragui).44
Pada zaman dahulu, penentuan
sesuatu yang maznun dan mawhum adalah berdasarkan pengalaman dan Apabila zaman telah
berkembang, disiplin perubatan diperkemaskan dengan metodologi yang tersendiri demi
memastikan ubat yang diformulasi selamat dan berkesan untuk digunakan. Oleh itu, penentuan
antara maznun dan mawhum tidak lagi berasaskan pengalaman tetapi berdasarkan ilmu perubatan
berasaskan bukti (evidence-based medicine) yang dikembangkan melalui kaedah dan metodologi
pembuktian yang tersusun dan sistematik.45
Dalam kerangka perubatan berasaskan bukti
(evidence-based medicine), pembangunan ubat-ubatan perlu melalui fasa kajian untuk
42
Kes ini dilaporkan pada tahun 2018 oleh King Abdulaziz Medical City. Kes melibatkan seorang pesakit berumur
57 tahun yang merupakan penghidap diabetes mellitus type II dan telah menjalani rawatan insulin selama
sepuluh tahun. Pesakit mengalami sakit akut pada bahagian abdomen dan sembelit selama tujuh hari sebelum
dimasukkan ke wad. Pesakit melaporkan bahawa beliau telah makan minyak habbatus sauda’ pada dos 10 gram
sehari selama tiga minggu. Pesakit membeli minyak habbatus sauda’ tersebut daripada kedai herba yang tidak
mempunyai jenama. Bantuan diagnosis daripada pengimejan tomografi komputer terhadap abdomennya
menunjukkan bahawa terdapat thrombosis yang besar pada beberapa salur vena. Berdasarkan pemeriksaan dan
rawatan lanjut, pasukan perawat mempercayai bahawa kesakitan yang dialami adalah disebabkan oleh
pengambilan minyak habbatus sauda’ yang tinggi tanpa kawalan. Lihat Abdullah Baothman & Hani Almalki,
"High dose of black seed oil: Unusual case of abdominal pain," Archives of Medicine and Health Sciences 6, no.
2 (2018): 304. 43
Omar Qureshi & Aasim I Padela, "When must a patient seek healthcare? Bringing the perspectives of Islamic
jurists and clinicians into dialogue," Zygon® 51, no. 3 (2016): 603. 44
Muhammad al-Khadim, Ishraq al-Qarar (al-Kishkar); Nazm Iyadat al-Marid; Nazm al-Tafakkur; Nazm al-
Ziyarat al-Qubur, (Nouakchott, Mauritania: Maʻhad al-Taysır lil-ʻUlum al-Sharʻiyyah wa-al-ʻArabiyyah, 2011). 45
Qureshi & Padela, "When must a patient seek healthcare? Bringing the perspectives of Islamic jurists and
clinicians into dialogue," 592-625.
15
memastikan keberkesanan dan keselamatannya.46
Usaha dan tawakkal dengan cara yang
diperakui keberkesanannya menepati konsep tawakkal yang sebenar.47
Kesimpulan
Sesuatu amalan pemakanan sememangnya memberikan kesan tertentu dalam masyarakat.
Amalan pemakanan yang digariskan dalam al-Quran dan Sunnah tidak boleh dinafikan bahawa
dapat memberikan manfaat. Walau bagaimanapun, manfaat yang diperoleh daripada saranan
pemakanan ini adalah terbatas, bahkan dalam sesetengah keadaan boleh menjejaskan kesihatan
sekiranya tidak difahami dengan betul. Pengambilan makanan untuk tujuan kesihatan
memerlukan pendekatan yang holistik. Masyarakat tidak boleh bersikap selektif dalam
mengamalkan amalan pemakanan Islami. Disamping memberikan kesungguhan kepada
mengamalkan jenis-jenis makanan yang diketengahkan al-Quran dan Sunnah, kesungguhan yang
sama perlu diberikan dalam konteks cara pengambilan dan kuantiti pengambilan agar ia dapat
memberikan manfaat yang optimum pada tahap kesihatan. Pada masa yang sama, pengamalan
jenis-jenis makanan yang diketengahkan dalam al-Quran dan Sunnah perlu mengambil kira
keadaan kesihatan seseorang.
Rujukan
Ahmad, Khadher, Mohd Yakub, Zulkifli Mohd Yusoff & Mohd Farhan Md Ariffin. "Salah Faham Terhadap Istilah “Makanan Sunnah” Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia: Satu Analisis." Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya (2015): 137-157.
al-Albānī, Naṣir al-Dīn. Ṣaḥīḥ Sunan al-Nasāʼi. Maktab al-Tarbiyyah al-'Arabī li Dawli Khalīj, 1409H. al-Albāni, Naṣiruddin. Ṣaḥīḥ Ibn Majah. Maktab al-Tarbiyyah al-'Arabiy li Dawli Khalīj, 1409H. ———. Ṣaḥīḥ Sunan Abi Dawud. Maktab al-Tarbiyyah al-'Arabiy li Dawli Khalīj, 1409H. al-Bukhari, Muhammad Ismail. Sahih al-Bukhari. Ed. Muhibuddin al-Khatib. Kaherah: Maktabah al-
Salafiyyah, 1400H. al-Khadim, Muhammad. Ishraq al-Qarar (al-Kishkar); Nazm Iyadat al-Marid; Nazm al-Tafakkur; Nazm al-
Ziyarat al-Qubur. Nouakchott, Mauritania: Maʻhad al-Taysır lil-ʻUlum al-Sharʻiyyah wa-al-ʻArabiyyah, 2011.
al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya Ibn Sharaf. Sharh Sahih Muslim. Jilid 14. Beirut: Dar al-Turath al-Arabi, 1972.
Al-Naysaburi, Muslim Ibn Hajjaj Al-Qusyairi. Sahih Muslim. Ed. Muhammad Fuad al-Baqi. Cairo: Dar Ihyaa al-Kutub al-'Arabiyyah, 1374H.
46
Seikagaku Corporation, "The clinical study process and paths of new drug development," diakses pada 12
November 2019, https://www.seikagaku.co.jp/en/development/flow.html. 47
Qureshi & Padela, "When must a patient seek healthcare? Bringing the perspectives of Islamic jurists and
clinicians into dialogue," 592-625.
16
Alrowais, Norah A & Nada A Alyousefi. "The prevalence extent of Complementary and Alternative Medicine (CAM) use among Saudis." Saudi Pharmaceutical Journal 25, no. 3 (2017): 306-318.
Baothman, Abdullah & Hani Almalki. "High dose of black seed oil: Unusual case of abdominal pain." Archives of Medicine and Health Sciences 6, no. 2 (2018): 304-304.
Bernama. "Pesakit buah pinggang dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang 2040." Astro Awani. 2019. Diakses pada 7 November 2019. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesakit-buah-pinggang-dijangka-meningkat-sehingga-106-000-orang-menjelang-2040-215261.
Cassileth, Barrie R. "Alternative therapies: learning from patients who choose them." The Oncologist 17, no. 5 (2012): 590-591.
Eteraf-Oskouei, Tahereh & Moslem Najafi. "Traditional and modern uses of natural honey in human diseases: a review." Iranian journal of basic medical sciences 16, no. 6 (2013): 731.
Hamdan, Rozilah, Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak & Nurhanie Mahjom. "The Tendency to Use Sunnah Functional Food among Students in Malaysia." International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 8, no. 1 (2018): 750-764.
Ibn Hajar Al-Asqalani. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Jilid 10. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2012. Ibn Jauzi, Abdul Rahman bin Ali. Kasyf al-Musykil min Hadith al-Sahihain. Jilid 3. Riyad: Dar al-Watn, t.t. Institute for Public Health. National Health and Morbidity Survey 2011: Non-Communicable Diseases.
Jilid 2. Kuala Lumpur: Ministry of Health Malaysia, 2011. ———. National Health and Morbidity Survey 2015: Non-Communicable Diseases. Jilid 2. Kuala Lumpur:
Ministry of Health Malaysia, 2015. Noor Hisham Abdullah. "Larangan Jualan Produk Jus al-Sunnah, Jus al-Sunnah Gold, dan Jus Penawar
Keluaran Sri Saga Marketing S/B " kenyataan akhbar, 24 September, 2018, http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/337/1055.
Nor Afzan Mohamad Yusof. "Penyakit jantung kekal punca utama kematian sejak 13 tahun lalu." Berita Harian. 2019. Diakses pada 6 November 2019. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/523136/penyakit-jantung-kekal-punca-utama-kematian-sejak-13-tahun-lalu.
Nor, Noor Safiza Mohamad, Rashidah Ambak, Norazian Mohd Zaki, Nur Shahida Abdul Aziz, Siew Man Cheong, Mohamad Aznuddin Abd Razak, Muslimah Yusof, Mohamad Hasnan Ahmad, Azli Baharuddin & Megat Rusydi Megat Radzi. "An update on obesity research pattern among adults in Malaysia: a scoping review." BMC women's health 18, no. 1 (2018): 114.
Nurulkhasanah Agost. "5 orang di S'pura termasuk 1 kanak-kanak alami kesan sampingan serius selepas ambil Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold." Berita Mediacorp. 2018. Diakses pada 14 November 2019. https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/5-orang-di-s-pura-termasuk-1-kanak-kanak-alami-kesan-sampingan/4140108.html.
Pauzi, Siti Atikah & Wan Haslan Khairuddin. "Trend dan Sikap Masyarakat Terhadap Makanan Sunnah." Fikiran Masyarakat 6, no. 3 (2018): 124-128.
Qureshi, Omar & Aasim I Padela. "When must a patient seek healthcare? Bringing the perspectives of Islamic jurists and clinicians into dialogue." Zygon® 51, no. 3 (2016): 592-625.
Seikagaku Corporation. "The clinical study process and paths of new drug development." Diakses pada 12 November 2019. https://www.seikagaku.co.jp/en/development/flow.html.
Singh, Sarban "Ministry fine-tunes procedures." The Star Online. 2019. Diakses pada 7 November 2019. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/11/07/ministry-fine-tunes-procedures.
Verhoef, Marja J & Margaret A White. "Factors in making the decision to forgo conventional cancer treatment." Cancer practice 10, no. 4 (2002): 201-207.
17
Zang, Wong Kuo, Mastria Mohamed, Loh Wan Ting & Suhadah Ahad. "Study of Traditional and Complementary Medicine (TCM) Usage among Cancer Patients Receiving Chemotherapy in Hospital Melaka." EDITORIAL BOARD (2018): 78-86.