Transisi 2

40
S EBAGAI anggota tentera, wajib saya mempertahankan institusi Kesultanan Melayu”. Itulah luahan Pakar Perubatan Penyakit Dala- man (Physician), Kolonel Dr Amir Ramli, juga doktor peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. Menurut Dr Amir, pelantikannya memer- lukan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan tanggungjawabnya lebih besar berbanding doktor di bawah Kementerian Kesihatan. Justeru, selaku pegawai kerajaan, tugas beliau bukan saja merawat pesakit, malah wajib mempertahankan kedaulatan negara daripada anasir tidak bertanggungjawab. Ikuti luahan Dr Amir secara eksklusif ke- pada penulis Transisi, RAZALI YAHAYA, RUDYSHAM ABD RAOF dan jurufoto, NORATIKAH AB RAHIM mengenai tugas beliau ketika bertugas sebagai dok- tor peribadi Sultan Kelantan sejak dari awal baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan selepas menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, awal Mac lalu. “Pertama kali saya bertemu Tuanku Sultan dalam pesawat penerbangan khas Kerajaan Malaysia. Ketika itu, saya dibantu Kolonel Dr Razin Kamarul- zaman, salah seorang doktor peribadi baginda, juga Pakar Perubatan Pener- bangan yang arif mengenai isu trans- portasi udara. BICARA BILANGAN: 02/2010 18.06 - 01.07.2010 Edisi Kedua Jun 05 REJAB - 18 REJAB 1431H RM2.50 Akhbar Dua Minggu Sekali Sketsa Qaliff Umar 40 RAJA-RAJA MELAYU 8 - 33 Rashid teringin menyanyi 3 doktor Sultan Lagi berita di muka 5 • Detik cemas Dr Amir >> Lihat MUKA 4 Reaksi Dr Amir ketika memberikan pandangannya. Luahan IKON 9

description

Keluaran 2

Transcript of Transisi 2

Page 1: Transisi 2

“SEBAGAI anggota tentera, wajib saya mempertahankan institusi Kesultanan Melayu”. Itulah

luahan Pakar Perubatan Penyakit Dala-man (Physician), Kolonel Dr Amir Ramli, juga doktor peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Menurut Dr Amir, pelantikannya memer-lukan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan tanggungjawabnya lebih besar berbanding doktor di bawah Kementerian Kesihatan.

Justeru, selaku pegawai kerajaan, tugas beliau bukan saja merawat pesakit, malah wajib mempertahankan kedaulatan negara daripada anasir tidak bertanggungjawab.

Ikuti luahan Dr Amir secara eksklusif ke-pada penulis Transisi, RAZALI YAHAYA, RUDYSHAM ABD RAOF dan jurufoto, NORATIKAH AB RAHIM mengenai tugas

beliau ketika bertugas sebagai dok-tor peribadi Sultan Kelantan sejak dari awal baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan selepas menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, awal Mac lalu.

“Pertama kali saya bertemu Tuanku Sultan dalam pesawat penerbangan khas Kerajaan Malaysia. Ketika itu, saya dibantu Kolonel Dr Razin Kamarul-zaman, salah seorang doktor peribadi baginda, juga Pakar Perubatan Pener-bangan yang arif mengenai isu trans-portasi udara.

BICARA

BILANGAN: 02/2010

18.06 - 01.07.2010Edisi Kedua Jun05 REJAB - 18 REJAB 1431H

RM

2.50

AkhbarDua Minggu Sekali

SketsaQaliff Umar

40

RAJA-RAJA MELAYU

8 - 33Rashid teringin menyanyi

3

doktor Sultan

Lagi berita di muka 5• Detik cemas Dr Amir

>> Lihat MUKA 4

Reaksi Dr Amir ketika memberikan pandangannya.

Luahan

IKON

9

Page 2: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 20102 ISU

ROMBAKAN Kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah

menjawab semua teka teki siapa calon disenaraikan dan siapa pula diketepikan. Keputusan itu turut melenyapkan impian beberapa pihak dalam kompo-nen Barisan Nasional (BN) yang nampak kecewa apabila calon mereka sekali lagi gagal men-dapat tempat di hati Perdana Menteri.

Apa pun, baik UMNO, MCA, MIC dan tidak kurang PPP, ada yang menzahirkan rasa tidak senang dengan senarai rom-bakan Kabinet oleh Perdana Menteri itu. Apa yang pasti, keputusan itu sedikit sebanyak menggambarkan kesedaran mengenai perubahan kepimpi-nan dalam MCA dua bulan lalu dan yang pasti Najib semacam berhasrat untuk meletakkan-nya dalam perspektif betul bagi masyarakat Cina.

Secara umum, MCA di bawah kepemimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semacam berjaya melobi bagi partinya untuk dua portfolio iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini kerana beberapa pegawai MCA sendiri sejak sekian lama mahu parti mereka meminta dua portfolio yang strategik itu kerana mempunyai hubungan langsung dengan masyarakat Cina.

Selalunya, MCA diperun-tukkan bagi jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Bagaim-anapun, selepas Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU 11) pada 2004, ia digantikan dengan port-folio Kementerian Pelancongan dan kemudiannya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Bagi MCA, dua portfolio itu sangat signifikan kepada mere-ka. Ia menggambarkan simbol kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri dan pimpi-nan tertinggi BN kepada MCA. Sebahagian besar anggota MCA menyambutnya penuh gembira bahawa Najib masih menaruh kepercayaan kepada MCA bagi membina semula sokongan masyarakat Cina sekalipun

MCA mencari penawar kabinet

TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULASOleh Razali Yahaya

sokongan kaum Cina kepada BN telah pudar dan merosot sejak PRU 12 dan beberapa pilihan raya kecil berikutnya.

Perkara penting sekarang bagi kepemimpinan parti dan mereka yang dilantik sebagai timbalan menteri dan menteri ialah untuk melaksanakan tugas dengan baik.

Bagaimanapun, sesetengah anggota veteran parti itu tetap mengingatkan bahawa den-gan mempunyai kedudukan yang signifikan dalam kerajaan adalah satu perkara lain dan ia sebenarnya belum menjamin MCA boleh secara automatik mendapatkan semula sokongan kerana prestasi menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dinilai terlebih dahulu se-belum sokongan menjadi kuat.

Sebagai contoh, dalam per-tanian, bolehkah mereka yang terbabit membantu petani yang tidak bertanah mendapat tanah atau membantu nelayan menda-pat lesen? Ramai percaya MCA masih mempunyai tanggungja-wab berat untuk mendapatkan

semula sokongan daripada masyarakat jika BN bersedia mengkaji semula sesetengah polisi yang dianggap tidak men-guntungkan.

Keseluruhannya, ia bukan in-dividu tetapi lebih kepada dasar kerajaan dan pelaksanaannya. Ini kerana orang ramai akan menilai sama ada ia selaras dengan semangat 1Malaysia atau sebaliknya.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Dr Chua Soi Lek telah melakukan pendekatan yang boleh dikira bagus dengan meletakkan parti pada lan-dasan yang betul dan meng-gabungkan jenteranya untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sama ada ia berjaya atau tidak, kita akan tahu menjelang PRU13 akan datang. Dalam keadaan sekarang, ia masih terlalu awal dan Dr Chua perlu masa untuk menyesuaikannya sebelum berupaya mengembalikan semula sokongan masyarakat Cina kepada BN.

Begitupun, bagi mereka

yang anti dengan Dr Chua, mendakwa bahawa beliau telah mengingkari janji awalnya untuk menyatupadukan pelbagai puak dalam parti dengan tidak menyingkirkan pemimpin puak yang utama atau mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan saingan politknya dari kedudukan kerajaan.

Paling ketara, mereka tidak puas hati apabila Dr Chua me-namakan anaknya, Chua Tee Yong, 33, menjadi timbalan menteri. Bagaimanapun, Presi-den MCA itu mempertahankan tindakannya. Baginya MCA mempunyai pilihan yang sedikit kerana ia hanya mempunyai be-berapa wakil rakyat untuk dipilih dan Tee Yong adalah antara dua Anggota Parlimen yang tidak mempunyai atau tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sebelum ini.

MCA mempunyai 15 Anggota Parlimen. Daripada jumlah itu, 13 sama ada memegang jawa-tan atau pernah memegang ja-watan dalam kerajaan sebelum ini. Dua nama iaitu Chua Tee

Yong (Labis) dan Senator Gan Ping Sieu telah dihantar kepada Perdana Menteri.

Mereka menyifatkan ‘kom-promi’ berlaku antara Najib dan MCA kerana Dr Chua sendiri tidak memegang sebarang jawa-tan Kabinet. Mungkin atas dasar ini, Najib sendiri mungkin tidak punya banyak pilihan dan ter-paksa mengambil jalan mudah melantik anak Dr Chua untuk jawatan timbalan menteri.

Tindakan seumpama ini se-benarnya tidak menghairankan dan ia bukan perkara baru dalam MCA. Pada masa lepas, bekas presiden parti (Ong Ka Ting) melantik abangnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan menjadi se-tiausaha agung parti dan kemu-diannya diberikan satu kedudu-kan sebagai menteri selepas memutuskan tidak menamakan dirinya bagi jawatan kabinet berikutan prestasi buruk pada PRU12 2008.

Apa yang pasti, sebagai presiden parti, Dr Chua te-lah melakukan satu tindakan strategik bagi menangani politik dalaman dengan menyingkir-kan beberapa pemimpin utama seperti saingannya dan bekas Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat yang digugurkan sebagai Menteri Pengangkutan; dan Datuk Wee Jeck Seng yang diketepikan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ong Ka Ting.

Apa sekalipun, perkara yang berlaku sudah pun berlaku. Perlantikan anaknya dalam kabinet Najib memang dilihat semacam ‘kompromi’ dan yang jelas ‘cakap-cakap belakang’ pasti berterusan dan jika tersilap langkah, ia akan terus menjadi beban yang tidak tertanggung oleh MCA selepas ini.

Tidak dapat tidak MCA di ba-wah rejim Dr Chua perlu bingkas dengan sepantas mungkin untuk bekerja keras dalam mengem-balikan semula sokongan kaum Cina kepada BN dalam meng-hadapi PRU 13. Jika tidak, ia pasti dianggap satu kerja sia-sia kerana sebahagian besar kom-ponen BN terus bermasalah.

CHUA SOI LEK CHUA TEE YONG GAN PING SIEU

Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3,Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,Selangor Darul EhsanTel: 603-5511 3888Faks: 603-5101 3608

Ketua PengarangZian Johari

Pengarang EksekutifRazali Yahaya

Penulis KhasMuhammad Amsyari IsmailRudysham Abdul Raof

Penyunting/PenulisMohd Azhan Othman

Pereka Kreatif KananSarina Hj AliPereka KreatifNoor Dina DaudJurufotoNooratikah Ab Rahim

Pengurus Kanan Iklan dan PromosiFuzilah Hassan

Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar

Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046

Page 3: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 3IKON

Anda ada mengikuti perkembangan Piala Dunia? Siapa pasukan kegemaran anda?Saya layan juga Piala Dunia dan memilih Brazil sebagai juara.

Pemain paling diminati dalam skuad Brazil? Kaka. Tapi lebih meminati pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo kerana memiliki skil tinggi.

Apa maksud kebahagiaan sempurna dalam hidup anda? Mencapai kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga dan karier.

Apa yang paling anda takuti?Tidak mengikut perintah Maha Pencipta.

Siapa ikon yang anda sanjungi? Tun Mahathir Mohamed kerana banyak menyumbang kejayaan dan pembangunan kepada Malaysia. Meletakkan Malaysia dikenali di persada dunia.

Apa yang anda rasa paling membazir?Masa yang tidak dipenuhi dengan perkara berfaedah. Setiap hari mesti dilakukan dengan perkara bermanfaat kepada diri.

Waktu bilakah anda menipu?Selalunya menggunakan ayat ‘On The Way’ apabila dihubungi rakan.

Apakah yang anda tidak suka tentang penampilan anda?Susah untuk dijawab.

Siapakah yang anda benci?Pada saya, perasaan benci tidak boleh ada pada diri.

Kualiti yang perlu ada pada seseorang lelaki?Berprinsip dan teguh iman. Boleh memberi panduan kepada orang lain.

Ketua jurulatih badminton negara

Apakah kualiti yang anda suka pada seorang perempuan?Kalau isteri perlu patuh dan taat kepada suami.

Apakah perkataan atau ayat yang paling anda terlebih guna?“Semua Ok”

Siapakah yang menjadi cinta paling agung dalam hidup anda?Sudah tentu ibu bapa saya.

Bila dan di mana saat paling bahagia anda?Saat di mana saya menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga.

Apakah bakat yang paling anda mahu selain hebat bermain badminton?Saya tidak pandai menyanyi tapi teringin sangat untuk pandai menyanyi.

Apakah yang akan anda ubah dalam diri anda?Saya ingin petah bercakap.

Kenangan manis dalam hidup anda?Membantu negara menjuarai Piala Thomas pada 1992 di KL. Bagi individu pula, saya bangga meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 1996.

Apakah yang paling bernilai dalam hidup anda?Tiada yang terlalu khusus.

Apakah yang anda ingin dari kawan-kawan?Saya amat mementingkan persahabatan.

Apakah perkara yang paling susah pernah anda dilalui?Ketika sebagai pemain badminton dulu, sudah pasti tiba saat menjalani latihan. Banyak latihan keras terpaksa dilalui.

Tanggapan salah tentang diri anda? Orang selalu kata saya sombong dan susah untuk dibawa berbual. Tetapi apabila dah kenal, tanggapan itu ternyata ia salah.

Bahan bacaan yang anda gemar?Sekadar suratkhabar. Mudah dan senang didapati.

Genre filem yang anda minat?Aksi. Terbaru menonton filem Robin Hood dan Prince of Persia.

Adakah anda pernah menyesali sesuatu dalam hidup anda? Gagal meraih pingat emas Sukan Olimpik walaupun yakin mampu melakukannya.

Pemain badminton sekarang yang anda suka tengok?Lin Dan kerana dia memiliki pergerakan dan kawalan permainan yang menarik. Aksinya di gelanggang tenang dan bersahaja.

Motto hidup anda?Sentiasa berazam untuk memperbaiki kualiti diri.

Rashid teringin menyanyi

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

[email protected]

Page 4: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 20104

>> Dari Muka 1

Semasa mengiringi baginda, hati kecil saya berkata keadaan Tuanku tidaklah seteruk seperti digambarkan beberapa akhbar arus perdana. Saya tidak mempunyai apa-apa perhubungan dengan Tuanku Sultan mahupun kerabat baginda. Saya juga tidak pernah menjejak kaki ke mana-mana istana di Kelantan atau negeri-negeri lain luar Kelantan.

Misi saya berjalan seperti dirancang dan baginda berjaya dibawa balik ke Istana Mahkota pada 4 Mac lalu. Saya ingatkan misi sudah tamat, tetapi sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur, saya dititahkan untuk turut serta dalam perbincangan antara pakar perubatan Singapura dan doktor tempatan di Istana Kota Lama.

Saya terlibat secara langsung sepanjang perbincan-gan berkenaan. Saya begitu terkejut apabila laporan perubatan dari Singapura jauh lebih baik daripada apa yang dikatakan wakil istana seperti disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Saya bertanya kepada diri, apakah sedang berlaku di Istana Kelantan sekarang? Siapa bercakap bohong mengenai isu kesihatan Tuanku? Apakah doktor Singapura atau pihak Istana Kelantan? Apakah tujuan mereka berbuat demikian? Apakah implikasi mengenai laporan perubatan ini ke-pada Tuanku? Ini adalah pelbagai isu yang bermain di benak hati saya.

Saya juga terlalu takut dengan isu-isu tersebut, lebih-lebih lagi difahamkan semua ini disebabkan rancangan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk tidak membolehkan Tuanku pulih seperti sedia kala. Nauzubillah! Sampai hati seorang isteri dan anak memperlakukan kepada seorang suami dan ayah begitu. Itu adalah persepsi saya ketika mula saya menjejak kaki di Istana Mahkota.

Dalam takut dan cemas, saya menjalankan tugas sebagai doktor dengan berhati-hati. Daripada mesyuar-at pertama dengan Raja Perempuan, saya ditugaskan membuat koordinasi rawatan Tuanku antara doktor lantikan Kementerian Kesihatan dan doktor Singapura. Mesyuarat pertama itu membebaskan saya daripada segala buruk sangka terhadap Raja Perempuan. Teng-ku Anis bertitah, “Dr Amir, sila buat apa yang terbaik un-tuk kesihatan dan keselamatan Tuanku Sultan. Jangan persoal mengenai wang ringgit, titik peluh, kesusahan dan keperitan kita semua, yang penting Tuanku sihat”.

“Ya, Allah, betapa mulia hati Raja Perempuan. Engkau sudah bebaskan aku daripada fitnah terha-dap Tengku Anis”. Itu adalah luahan hati saya ketika pertama kali bertemu Raja Perempuan. Kemudian, kami dibawa kepada Tuanku Sultan dan setiap pelan rawatan, daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar-nya, perlu dipersembahkan Raja Perempuan kepada Tuanku Sultan. Jadi, satu lagi pelajaran saya dapat, kita tidak boleh pandai-pandai dalam isu rawatan Tuanku. Semuanya hendaklah dipersembahkan untuk mendapat persetujuan baginda. Jika Tuanku cakap ya... yalah kita, kalau tak... jangan.

Ini kerana Tuanku sudah boleh bercakap, berinterak-si secara ilmiah, boleh membuat penilaian secara waras dan tidak cacat pemikiran.

Tanggungjawab saya sebagai doktor, yang berpe-ranan menjalankan koordinasi rawatan Tuanku akan saya laksanakan dengan baik. Saya berjanji tidak akan terlibat dalam konflik yang dikatakan ‘Konflik Keluarga’ itu. Buat pengetahuan umum, semua doktor yang ada

di Istana Mahkota diperkenankan oleh Tuanku tanpa campur tangan mana-mana pihak, termasuk Tengku Anis atau Tengku Fakhry seperti yang difitnahkan sesetengah orang. Saya sentiasa berada di sisi Tuanku sepanjang proses rawatan.

Berbekalkan pengalaman semasa bertugas di bawah Program Bantuan Kemanusian seperti di Aceh, Indonesia untuk membantu mangsa Tsunami, juga pengalaman semasa bertugas di Pakistan, ia sedikit se-banyak membantu saya merawat Tuanku. Semua perlu dibuat secara teliti dan sistematik.

Penekanan kepada aspek urutan, senaman, fisio-terapi, terapi cara kerja dan pertuturan dibuat sejajar dengan saranan doktor Singapura. Tuanku Sultan memberikan komitmen penuh untuk terbabit secara aktif dalam program dirancang. Cita-cita baginda untuk kem-bali bersemayam di singgahsana menyebabkan proses pemulihan berjalan tanpa banyak masalah.

Tuanku Sultan begitu tekun dan sabar. Ini menyebab-

kan kesihatan baginda menunjukkan kesan positif dalam jangka masa singkat. Tetapi, proses pemulihan itu menjadi bahan mainan pihak-pihak tertentu. Mereka yang tidak pernah berjumpa Tuanku membuat kenyat-aan mengenai kesihatan Tuanku yang tidak tepat, tidak terkini dan jauh menyimpang daripada perkembangan asal.

Mereka mewayangkan institusi raja dan meletakkan rakyat sebagai juri. Ini menyebabkan rakyat percaya bahawa Tuanku gering seperti hanya menunggu ajal saja. Rakyat keliru dan ini adalah hasutan.

Mengapa Tuanku memilih doktor tentera? Ini kerana baginda adalah Kolonel Yang Dipertua Kor Risik dan Kor Artelari dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebab itulah, baginda meminta pertolongan doktor ATM mengiringi baginda. Baginda ketika sihat sentiasa memandang tinggi profesion ketenteraan. Namun, memang ada seorang wakil doktor dari Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) mengiringi baginda semasa dalam perjalanan pulang.

Ada pihak mengatakan Tuanku Sultan ada masalah dengan doktor KKM. Itu tidak benar. Baginda cuma tidak bersetuju dengan cadangan Kerajan Negeri melantik Lembaga Perubatan (Medical Board). Ini kerana baginda bukan penjawat awam yang tertakluk kepada undang-undang yang perlu dirujuk kepada Lembaga Perubatan. Jika itu berlaku, mungkin ini kes pertama di Malaysia dan dunia, di mana seorang Sultan diturunkan takhta dengan menggunakan kuasa Lem-baga Perubatan.

Banyak pihak kata saya terlalu berani mempersoal-kan kesahihan panel doktor lantikan Kerajaan Negeri untuk menilai tahap kesihatan Tuanku ketika dimasu-kkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada 7 Mei lalu. Saya berani kerana benar. Saya ada fakta dan bukti dalam kes ini.

Saya tidak akan jual profesion saya dengan wang ringgit, pingat atau pangkat. Saya terpaksa meletakkan karier saya di mata pedang kerana saya merasakan begitu banyak kemurkaan dan kedurjanaan berlaku. Banyak fitnah terjadi. Mereka yang diberi kuasa tidak menggunakan dengan betul. Orang yang diberi amanah tidak menjalankan dengan betul. Semua takut!

Saya ada bersama Tuanku semasa rombongan kami ditahan oleh skuad ‘ala mafia’. Saya berada di be-lakang Tuanku dan Raja Perempuan semasa kejadian. Tuanku bertanya, “Gapo ni? Gapo ni?” ( Apa ini? Apa ini?). Saya peluk Tuanku dari belakang tempat duduk kereta. Saya tenangkan Tuanku, “Sabar Tuanku, kita ditahan. Kita jangan melawan. Kita ikut apa saja arahan mereka”. Tuanku dalam keadaan menggigil, takut dan trauma menjawab “Baik.... Baik”.

Penahanan itu menyebabkan Tuanku berada dalam trauma dan ketakutan hingga sekarang. Penggunaan skuad ‘mafia’ untuk menahan seorang Sultan bagi saya adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas lagi nyata. Lebih-lebih lagi Sultan sekarang dalam proses sembuh daripada gering, tidak mengancam keselamatan negeri atau negara dan tidak mencetuskan apa-apa ketidak-stabilan. Apakah adil menggunakan kekuatan luar biasa menahan baginda di HUSM untuk rujukan ke panel doktor?

Saya ada bersama Tuanku dan Raja Perempuan sepanjang adegan penahanan Tuanku itu. Kejadian tersebut menyebabkan Tuanku tidak dapat tidur nyen-yak. Termimpi-mimpi adegan orang bertopeng meny-erang dan cuba mencederakan baginda. Saya lihat Tuanku meronta-ronta dan minta dilepaskan bagi mem-bolehkan baginda pulang semula ke Istana Mahkota, tetapi tidak dihiraukan.

Memandangkan baginda marah, agresif dan tidak terkawal pada malam itu, doktor yang bertugas malam tersebut terpaksa memberikan ubat penenang. Bagi sesiapa kurang arif mengenai kesan sampingan ubat penenang ini, ia menyebabkan seseorang pesakit tertidur dan mengantuk. Kadang-kadang menyebabkan pesakit tidak boleh berfikir waras dan normal.

Selepas tidak dapat tidur dua malam berturut-turut akibat takut, trauma dan diberi ubat penenang pada esok hari, panel doktor itu pun datang menilai tahap pemikiran Tuanku. Apakah adil Tuanku menjawab pel-bagai soalan diajukan mereka? Atas dasar inilah saya mempersoalkan kesahihan panel doktor berkenaan.

<< Ke Muka 5

Siapa cakap bohong?

SAYA tidak akan jual profe-sion saya dengan wang ring-git, pingat atau pangkat. Saya terpaksa meletakkan karier saya di mata pedang kerana saya merasakan begitu banyak kemurkaan dan kedurjanaan berlaku. Banyak fitnah terjadi. Mereka yang diberi kuasa tidak menggunakan dengan betul. Orang yang diberi amanah ti-dak menjalankan dengan betul. Semua takut!

ISU

Page 5: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 5ISU

DI SEBALIK kemelut Istana Kelantan yang dilihat belum menampakkan jalan penyelesaian, timbul pula isu menggemparkan dalam sejarah institusi

diraja negeri Cik Siti Wan Kembang itu apabila ada pihak tertentu menggunakan kuasa mereka menahan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan rombongan, mirip ‘ala mafia’ sebaik keluar dari Istana Mahkota Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, bulan lalu.

Kejadian 4 Mei lalu, jelas menggambarkan betapa rumit kedudukan Tuanku Sultan ketika ini - lebih mengecewakan dan menjadi tanda tanya rakyat negeri Serambi Mekah itu - mengapa ada pihak tergamak mengambil tindakan ‘ala mafia’ menahan rombongan diraja daripada menaiki pesawat untuk berangkat ke Singapura?

Bukan saja Tuanku Sultan ditahan, malah dalam rombongan itu, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan doktor peribadi, Kolonel Dr Amir Ramli turut ditahan dan dibawa secara paksa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan tanpa perkenan baginda.

Selain Tengku Anis dan Dr Amir, dalam konvoi itu adalah pasukan pengiring; Tengku Temenggung, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang menaiki kend-eraan lain, seorang lagi doktor peribadi Sultan Kelan-tan, Kolonel Dr Mohammad Razin Kamarulzaman dan kerabat diraja Kelantan.

Menceritakan detik cemas itu, Dr Amir menjelaskan beliau yang bersama Tuanku Sultan dalam kender-aan baginda baru keluar dari Istana Mahkota, Kubang Kerian menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa - tetapi dihalang beberapa kenderaan tanpa sebarang amaran.

Lebih mengejutkan, Dr Amir mendakwa anggota

‘ala mafia’ itu menyerbu kenderaan dinaiki mereka dan berteriak seolah-olah rombongan tersebut pengganas berprofil tinggi.

“Saya pada mulanya terkejut kami dihalang, tetapi lebih mengecewakan kerana kami tahu siapa anggota berkenaan. Mereka berteriak meminta kami keluar dari kenderaan secara paksa, sedangkan anggota tersebut tahu Tuanku Sultan masih dalam rawatan.

“Ia seperti dalam filem aksi. Saya tidak percaya ia berlaku ketika baginda dalam keadaan tidak sempurna. Saya agak terkilan kerana saya sendiri berada di sisi Tuanku Sultan ketika kejadian dan saya memeluk erat baginda supaya bertenang.

“Saya rasa perkara ini tidak masuk akal kerana cara digunakan tidak betul. Semua tahu Tuanku Sultan masih gering dan perlukan penjagaan sempurna.

Sampai hati mereka melakukan perkara ini tanpa belas kasihan,” katanya.

Walaupun Tuanku Sultan diiringi beberapa anggota keselamatan, tetapi tindakan ‘mafia’ itu agak keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku kerana sikap toleransi dalam menangani situasi genting lebih diperlukan.

“Saya melihat ia tindakan yang tidak betul. Kita tidak perlukan bom untuk membunuh seekor semut. Kenapa perlu guna tindakan ‘mafia’ untuk tahan rombongan Tu-

anku Sultan? Tidakkah mereka kasihan dengan situasi Tuanku ketika itu?

“Masih banyak lagi cara betul boleh digunakan (me-nahan kami), bukan dengan kekerasan atau memer-lukan ‘mafia’. Saya macam tidak percaya ia berlaku di depan mata saya,” kata Dr Amir.

Sementara itu, rakannya, Dr Razin juga mengesa-hkan beliau turut berada dalam rombongan Tuanku Sultan ketika kejadian berlaku.

“Saya dan Dr Amir berada dalam kenderaan bersa-ma Tuanku Sultan dan Raja Perempuan ketika itu. Saya kecewa kerana mereka diberi tanggungjawab menahan kami. Ia tidak masuk akal kerana agak keterlaluan.

“Saya berharap perkara ini dibawa ke tengah dan tidak berlaku pada kemudian hari kerana ia membabit-kan kesihatan Tuanku Sultan,” kata Dr Razin.

Mengenai kedudukan institusi diraja ketika ini, Dr Amir berkata, beliau mahu semua pihak mengetahui kedudukan sebenar tanpa sebarang prejudis.

“Banyak kisah kita dengar perihal kedudukan di Istana Kelantan. Saya melihat ramai keliru dengan apa yang berlaku,” katanya.

Jelas Dr Amir, sejak dilantik sebagai doktor peribadi Tuanku Sultan, beliau memang begitu bersimpati den-gan apa yang berlaku ke atas baginda.

“Saya adalah antara orang paling hampir dengan baginda. Saya tahu apa yang berlaku. Baginda memer-lukan perhatian semua pihak. Saya berkhidmat kerana Allah. Tuanku Sultan dan Raja Perempuan adalah raja yang baik dan baginda berdua mengharapkan suasana aman seperti sedia kala.

“Ramai keliru terhadap kesihatan baginda. Saya ingin jelaskan bahawa Tuanku Sultan semakin baik dan janganlah buat kesimpulan sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan beberapa pihak men-gatakan kesihatan Tuanku Sultan semakin membim-bangkan, Dr Amir berkata, jangan buat spekulasi jika tidak tahu hal sebenarnya.

“Saya bercakap apa yang benar kerana saya seorang doktor. Doktor tidak boleh menipu mengenai kesihatan seseorang pesakit. Jika tidak percaya, datang lihat sendiri keadaan sebenar Tuanku Sultan.

“Pihak bercakap itu tidak pernah melawat Tuanku Sultan dan melihat keadaan sebenar baginda. Jadi, jangan buat spekulasi kerana ia bukan saja memberi impak negatif terhadap institusi diraja Kelantan, malah mampu mengelirukan semua pihak, terutama rakyat Cik Siti Wan Kembang.

“Saya sebagai doktor peribadi Sultan Kelantan yakin dan percaya dengan doa dan kuasa Allah, kesihatan Tuanku Sultan akan pulih seperti biasa,” kata Dr Amir.

Detikcemas Dr Amir

>> Dari Muka 4

Saya begitu sedih kerana terpaksa melakukan semua ini kerana majoriti barisan panel adalah kalangan doktor terkenal tanah air. Saya begitu menghor-mati .

Sebahagian mereka adalah ‘tok guru’ saya. Tetapi, saya rasa mereka tidak tahu apa yang berlaku sebelum-nya dan mereka tidak tahu bagaimana Tuanku dimasukkan ke HUSM serta bagaimana layanan seperti penjenayah dialami baginda.

Mungkin ada kalangan mereka tidak mengetahui bahawa Tuanku tidak dapat tidur dan diberikan ubat penenang.

Namun, alhamdulillah, Tuanku berjaya menjawab dengan betul dan ilmiah majoriti soalan dilontarkan oleh Panel Doktor itu.Lebih mengecewakan, ketua panel doktor yang dilantik Kerajaan Negeri (tidak perlu disebut nama) hingga sekarang belum pernah melawat Tuanku sejak baginda kembali ke Istana Mahkota.

Seperti saya nyatakan sebelum ini, ada perbezaan nyata antara doktor yang merawat sendiri dan panel doktor yang datang menilai tahap kesihatan Tuanku.

Memang ramai rakan saya diberi amaran oleh pihak tertentu supaya tidak terlibat dengan krisis Istana Kelantan. Saya pun terbabit sama. Saya ditekan dari pelbagai sudut, tetapi saya yakin

dengan perjuangan saya. Saya bercakap benar atas fakta

terkini, hasil daripada pemeriksaan dan pemantauan berkala dilakukan pasukan perubatan yang merawat Tuanku.

Saya tidak boleh lari daripada tang-gungjawab tersebut kerana ia diarahkan kepimpinan tertinggi ATM.

Saya anggap semua ini adalah pepe-rangan yang Tuanku Sultan dan Raja Perempuan sedang hadapi.

Justeru, saya yang ditugaskan mem-bantu wajib mempertahankan amanat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kita tidak boleh mem-benarkan sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu yang didalangi orang-orang

tertentu tercipta kerana kelak ia akan menjadi ikutan sejarah.

Apa akan diwariskan kepada anak cucu kita jika pekara sebegini dibiarkan begitu sahaja? Jangan ada dalang yang cuba ‘menangguk di air keruh’ serta mengambil kesempatan untuk mencipta babak panjang dalam ‘krisis Istana Kelantan’ seperti pernah dinyatakan oleh Raja Perempuan Kelantan. Saya tidak akan berundur walaupun seinci.

Jika tidak, imej pasukan tentera dibawa saya akan tercalar. Saya malu menjadi tentera yang lari dari medan perang. Biar mati sebagai syuhada daripada lari seperti bacul dan pengecut! Pantang Melayu undur!

Transisi 04 - 17 JUN 2010ISU4

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana berkat doa saya dan keluarga serta rakyat secara keseluruhan, kesihatan Tuanku sehingga sekarang me-mang banyak berubah,” katanya.

Beliau berkata: “Sebagai insan kerdil, saya reda dengan apa juga yang berlaku ke atas keluarga saya sekarang. Allah sedang menguji saya dan keluarga. Saya menerima-nya dengan penuh kesabaran dan saya yakin ada hikmah besar di sebalik apa yang berlaku sekarang ini”.

Katanya, dalam situasi sekarang, selain rawatan peru-batan moden, saya dengan keluarga juga tidak ketinggalan berusaha mendapat pelbagai rawatan tradisional demi memastikan Tuanku dapat pulih secepat mungkin.

“Untuk pulih dan sembuh seperti biasa, selain ber-doa, saya juga tidak jemu untuk terus berusaha pelbagai perubatan demi kesihatan Tuanku. Saya yakin Tuanku akan pulih berdasarkan perkembangan kesihatan Tuanku menunjukkan tanda-tanda positif dari semasa ke semasa,” katanya penuh bersemangat.

Tengku Anis berkata demikian dalam wawancara eksklu-sif akhbar tabloid nasional terbaru, Transisi yang berlang-sung di Istana Mahkota Kubang Kerian, di sini baru-baru ini.

Tengku Anis berkata, sejak rawatan di Singapura lagi, doktor yang merawat Tuanku Ismail melahirkan rasa kagum dengan kebesaran ayat Al-Quran serta solat hajat yang diadakan sebelum itu kerana mampu menyedarkan kembali baginda.

“Kalau ikut perubatan, doktor tidak memberikan banyak harapan Tuanku mampu sembuh tetapi kebesaran Allah mengatasi segala-galanya. Melalui berkat doa semua pi-hak, bacaan Yasin dan juga solat hajat di hospital, tiba-tiba Tuanku sedarkan diri.

“Ia memang satu keajaiban dan Allah telah makbul-kan doa saya dan semua pihak yang sayangkan Tuanku. Doktor yang merawat Tuanku pun berasa kagum dengan ayat Quran yang dibaca. Betapa mustahaknya kita semua baca Al-Quran,” kata Tengku Anis sebak ketika mengimbau kembali detik-detik kebesaran Allah terhadap kesihatan suaminya semasa menjalani rawatan di negara jiran itu.

Apa yang pasti, Tengku Anis dan keluarga tidak pernah jemu dan sentiasa memastikan rawatan ke atas Tuanku Ismail berjalan dengan baik sama ada melalui rawatan moden mahupun secara tradisional.

Dalam masa yang sama, Tengku Anis agak terkilan den-gan beberapa fitnah yang mendakwa Tuanku Ismail tidak boleh bercakap dan santap seperti mana yang dinyatakan sesetengah pihak.

“Sekarang, kesihatan Tuanku Ismail menunjukkan banyak perubahan berkat doa rakyat sekalian. Jangan-lah anggap Tuanku tidak mampu lagi untuk sembuh dan kembali memerintah. Mengapa ada manusia tidak berhati perut macam ini. Saya hanya mampu berdoa dan berserah, semoga Tuhan membalas siapa yang membuat fitnah terhadap keluarga saya.

“Kenapa mereka yang berkenaan mahu buat macam tu. Sampai hati ada orang buat Tuanku macam itu. Sebaiknya, marilah kita berdoa agar Tuanku cepat sembuh, pulih dan dapat memerintah seperti dulu,” katanya.

Apa yang pasti, Tengku Anis adalah seorang yang bersemangat, kuat dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan termasuk fitnah terhadap dirinya sejak Sultan Ke-lantan, Tuanku Ismail Petra gering tahun lalu sehinggalah

baginda meneruskan rawatan di Istana Mahkota sekarang.Sejak Tuanku mendapat rawatan di Singapura, ada pi-

hak mengambil kesempatan ‘menangguk di air keruh’ untuk mencipta babak berpanjangan ‘krisis Istana Kelantan’ yang semacam belum selesai sehingga sekarang.

Dalam tinjauan rambang sepanjang tiga hari berada di sini, pelbagai pihak yang ditemui memberikan gambaran positif untuk memulihkan suasana harmoni terhadap krisis yang timbul itu.

Bagi mereka, kekeruhan Istana Kelantan akan kembali sedia kala sebaik Tuanku Ismail pulih dan meneruskan pemerintahannya. Jadi, perkembangan kesihatan Tuanku yang semakin bertambah baik, menjadikan tidak ada siapa boleh berbuat sesuka hati untuk menafikan kewujudan Sul-tan Kelantan selagi baginda masih hidup dan berkuasa.

Dengan izin Allah dan andainya Sultan Kelantan dapat pulih berkat doa pelbagai pihak, hanya Tuanku boleh sediakan wasiat kepada siapa patut diserahkan takhta kerajaan negeri dan jajahan takluknya nanti.

Saya reda ketentuan AllahIa memang satu keajaiban dan Allah telah makbulkan doa saya dan semua pihak yang sayangkan Tuanku. Doktor yang merawat Tuanku pun berasa kagum dengan ayat Quran yang dibaca. Betapa mustahaknya kita semua baca Al-Quran.

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid tabah menghadapi ujian Allah.

>> Dari Muka 1

Page 6: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 20106 ISU

Ketika ditanya adakah pemilihannya selaku ikon 1Belia 1Malaysia Mac lalu sebagai satu beban kepada dirinya, Muhammad Jan al-Jefri

dengan penuh yakin menjawab, dia tidak menganggap-nya sebagai satu beban atau tekanan kepada dirinya se-baliknya ia menyemarakkan semangatnya untuk berjaya dalam karier yang diceburi.

“Saya mahu menjadi diri sendiri dan berusaha melakukan yang terbaik untuk menjadi contoh kepada belia negara ini.

“Ia adalah satu penghormatan kerana dipilih sebagai ikon 1Belia 1Malaysia. Negara ketika ini sedang beru-saha ke arah perpaduan dan kejayaan, jadi saya sangat bangga kerana dapat menyumbang ke arah itu,” katanya ketika ditemui penulis di Fitness First The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Nabil, 17, dipilih ikon 1Belia 1Malaysia oleh Kemen-terian Belia dan Sukan dan menurut Menterinya, Datuk Ahmad Shabery, pemilihan pelumba remaja Formula BMW Pacific 2010 adalah tepat memandangkan dia dianggap individu terbaik yang berupaya membawa dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Pemilihannya berdasarkan komitmen dan disiplin tinggi ditunjukkan penuntut Sekolah Menengah Kebang-saan Damansara Utama ini yang mampu bertahan dan berada sehingga ke tahap ini pada usianya yang muda.

Walaupun sibuk dengan jadual ketatnya selaku pela-jar dan atlet, Nabil bijak membahagikan masanya den-gan teratur. Dia akan bangun seawal enam pagi untuk berjoging dan akan ke Fitness First empat kali seminggu untuk menjaga tahap kecergasannya. Menjelang per-lumbaan pula, dia akan kerap ke litar untuk menjalani latihan. Nabil turut mengikuti kelas tuisyen agar dia dapat mencapai pencapaian ‘garang’ seperti aksinya di litar lumba.

Setakat ini, dia berjaya mengimbangkan pencapaian akademiknya apabila berjaya meraih 5A dalam Ujian Pe-

nilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Berbekalkan pencapaian terbaik menduduki kedudu-kan ke-16 di World Finals di Sham Al-Sheikh, Mesir 2009 dan juara keseluruhan Asia Rotax Max Asia 2008 dan 2009, Nabil tekad untuk mempamerkan tunggangan terbaiknya dalam siri perlumbaan Formula BMW Pacific 2010.

Bagi anak kepada pasangan Jan Al-Jefri Abdul Rashid dan Farisha Pawanteh Che Din ini, dia melihat ada perbezaan antara go-kart dan Formula BMW adalah dari segi tuntutan tahap kecergasan dalam kategori baru yang diceburinya tahun ini.

“ Go kart kurang memerlukan tenaga tetapi apabila berjinak dengan Formula BMW, saya dapati tahap kecer-gasan amat menjadi keuta-maan. Jadi saya sentiasa perlu sentiasa cergas,” katanya.

Percakapan anak muda ini menampakkan dia amat bersungguh-sungguh dalam sukan pemotoran ini. Malah ketika kami berbual mengenai bagaimana dia melihat dirinya dalam lima tahun akan datang, Nabil yang menjadikan pemandu McLaren Mercedes , Lewis Hamilton sebagai idolanya berkata, dia ingin memandu jentera Formula Satu (F1) ketika itu.

“Saya mahu menjadi seperti Hamilton. Dia adalah ikon saya dalam sukan ini. Bukan mudah untuk menjadi pemandu termuda muncul juara dunia sepertinya,” katanya.

Baginya, persaingan F1 musim ini agak sengit teruta-ma dari Red Bull, McLaren Mercedes dan Ferrari. Tetapi menganggap pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Mark Webber akan menguasai perlumbaan musim ini.

Selain sukan pemotoran, Nabil turut gemar bermain futsal, bola sepak dan badminton di waktu lapangnya. Dia juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan Piala Dunia 2010 yang rancak berlangsung ketika ini dan memilih Sepanyol sebagai pilihan juara kerana memiliki sentuhan pemain kegemarannya, Fernando Torres.

Sebelum kami menamatkan perbualan kami, Nabil sempat menasihatkan belia seusianya yang meminati sukan pemotoran agar tunjukkan bakat mereka di plat-form yang betul iaitu di litar lumba.

Pandu F1 impian NabilOleh: Muhammad Amsyari [email protected]

PROFILMUHAMMAD NABIL JAN AL JEFRI

Umur: 17 tahun Tarikh: 24 Oktober 1993 Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama

Tinggi : 173 sentimeter Berat: 63 kilogram Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) – 5A Penilaian Menengah Rendah (PMR) - 8A

Pencapaian terbaik : KEDUDUKAN KE-16 DI WORLD FINALS DI SHAM AL-SHEIKH, MESIR 2009

JUARA KESELURUHAN ASIA ROTAX MAX ASIA 2008, 2009Nama ayah: JAN AL-JEFRI ABDUL RASHID Nama ibu: FARISHA PAWANTEH CHE DIN

Nabil (kanan) tekun menjalani latihan kecergasan.

Page 7: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 7ISU

KUALA LUMPUR: Satu majlis doa selamat dan kes-yukuran diadakan pada 11 Jun lalu sempena pelan-caran edisi sulung akhbar Transisi terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berada di pasaran sejak 4 Jun lalu.

Majlis berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lum-pur, di mana hadirin menunaikan solat Maghrib berje-maah dengan diimamkan Pegawai Kanan Pendidikan Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Hadirin kemudian menunaikan solat Hajat dan membaca surah Yasin sebelum disusuli dengan solat Isyak berjemaah.

Mereka dijemput menjamu selera di Dewan Makan, Masjid Negara.

Antara pegawai UUM yang hadir semasa adalah Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi, Pemang-ku Pendaftar UUM, Mohamad Akhir Yusuf, Bendahari UUM, Amron Man, Pengarah Canselori, Maimunah Mohamad dan Pegawai Khas Media, Azahar Kasim.

Wakil Transisi terdiri daripada Ketua Pengarang, Zian Johari, Pengarang Eksekutif, Razali Yahaya, Pengurus Kanan Iklan dan Promosi, Fuzilah Has-san, Pengurus Iklan, Azleen Abu Bakar dan Pengurus Pengedaran, Khairi Ng Abdullah.

Wakil-wakil media juga dijemput antaranya Penga-rang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Ka-marul Shahid, Editor Millenia, Zainuddin Ayip, Bekas Ketua Penyunting Berita Minggu, Fadzil Abdullah dan Jalil Husin.

Turut memeriahkan majlis malam itu adalah blogger Sukan, Rizal Hashim, Penerbit Teguh Ringgit, Rodly Nayan, Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi Perhubungan Awam Universiti Tun Abdul Razak (Uni-tar), Hisham Ab Karim dan bilal Masjid Negara, Jeffri Bujang.

Majlis kesyukuran akhbar Transisi

SINTOK: Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak, 50, dilantik

sebagai Naib Canselor UUM yang baru. Pelantikan beliau berkuat kuasa 16 Jun lalu hingga 15

Jun 2013.Mustafa akan menggantikan Tan Sri Datuk Dr Nordin

Kardi, 58, yang bersara bermula 16 Jun lalu selepas me-megang jawatan itu selama lima tahun bermula Jun 2005.

Beliau berkelulusan PHD (Political Sociology) dari Uni-versity of Leeds dan MA (Politics) dari Univeristy of York, England.

Mustafa memulakan kerjaya akademik dari peringkat bawah sebagai tutor dan kemudian pensyarah hingga di-lantik sebagai profesor dalam bidang Politik dan Pengajian Antarabangsa.

Pengalamannya sebagai TNC memberi kelebihan kepa-

da beliau untuk memahami budaya, sejarah dan kekuatan UUM dan seterusnya memacu kemajuan universiti itu.

Beliau juga dikenali kerana sering menulis dan menyum-bang komentar serta analisis politik nasional dan antara-bangsa.

Semua hasil tulisannya itu pernah disiarkan di pelbagai media dalam dan luar negara atas kepakarannya sebagai Profesor dalam bidang Sains Politik dan Hal Ehwal Antara-bangsa.

Di peringkat nasional, beliau adalah Ketua Kluster Poli-tik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Pro-fesor Negara. Beliau juga menyandang Presiden Persatuan Pengajian Antarabangsa.

Kementerian Pengajian Tinggi turut merakamkan peng-hargaan dan terima kasih kepada Nordin selaku mantan NC UUM atas perkhidmatannya.

Mustafa NC baru UUM

MOHAMED MUSTAFA ISHAK

Page 8: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 20108

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4.Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja- Raja Melayu memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Pemilihan Yang di-Pertuan AgongTujuh wasiat Raja-Raja Melayu

Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Wasiat yang disampai-kan semasa Raja-Raja Melayu menurun-kan

tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 :

Malaysia bukanlah kerajaan beraja, tetapi Malaysia mempunyai Raja atau Yang di-Pertuan Agong. Apa yang menarik dan unik ialah, Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam

Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.

CIRI-CIRI KELAYAKAN

• Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih.• Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.• Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah

dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX. Selepas itu satu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan ke-pada kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).

YANG TIDAK LAYAK DIPILIH

• Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:

• Raja itu belum dewasa;• Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda

tidak berhasrat dipilih; atau• Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah

tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli Majlis.

LANGKAH-LANGKAH AWAL SEBELUM PEMILIHAN

• Mohon perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan.• Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.

• Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menulis surat kepada setiap Raja bertan-yakan sama ada baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Per-tuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Raja-Raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dan

RAJA-RAJA MELAYU

Page 9: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 9BICARA

MENYEBUT Kampung Baru, ia bukan lagi isu baru di negara ini. Hampir dua dekad diperdebatkan sama ada di media cetak, mahupun kedai kopi. Malah pelbagai rupa dan nama menteri silih berganti. Namun, isu Kampung Baru

masih belum menampakkan plot penyelesaian.Berdasarkan penilaian tanah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tiga

tahun lalu, setiap kaki persegi (kps) kawasan itu bernilai RM270 hingga RM300 kps bagi tanah kediaman dan RM500 hingga RM600 kps bagi tanah perdagangan.

Penulis Transisi, RAZALI YAHAYA dan RUDYSHAM ABD RAOF bersama jurufoto, NORATIKAH AB RAHIM mewawancara ‘Bapa Arkitek Pembangunan Kuala Lumpur’, juga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar, 74, mengupas projek pemban-gunan Kampung Baru dan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mewujudkan nisbah 60:40 kepada Bu-miputera dan bukan Bumiputera.

TRANSISI: Tan Sri paling rapat dengan perancangan membangunkan Kampung Baru ketika menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur dari 1981-1992. Jelaskan usaha itu?ELYAS: Pembangunan kawasan Kam-pung Baru adalah inisiatif semua pihak, terutama Kerajaan. Saya bersyukur ker-ana terbabit.Cuma terkilan kerana hingga kini ia masih tidak berhasil. Dulu, saya mahukan pembangunan Kampung Baru dilaksanakan secara komprehensif dan tidak gemar pembangunan berperingkat kerana akan menghadapi banyak ma-salah. Masalah utama ialah terlalu sukar mengenal pasti pemilik tanah kerana ada penduduk sudah tidak menetap di situ. Malah, ada yang meninggal dunia. Jika kita mahu merancang pembangunan, ia perlukan strategi iaitu melalui pembangu-nan komprehensif.TRANSISI: Raja Nong Chik mencadan-gkan pelaksanaan pembangunan Kam-pung Baru mengikut nisbah 60:40 kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera?ELYAS: Perkara sudah dibangkitkan dan didebatkan semua pihak, termasuk saya. Menteri pula mengatakan ia hanya cadan-gan. Saya tidak mahu ulas panjang men-genai cadangan beliau. Bagi saya, keselu-ruhan pembangunan Kampung Baru perlu dilaksanakan orang Melayu 100 peratus kerana pemilik Kampung Baru adalah Melayu. Jadi, saya kurang setuju cadan-gan itu. Malah, saya percaya pemilik tanah Kampung Baru lebih yakin menyerahkan tanggungjawab kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) bagi menguruskan pem-bangunan hartanah jika tidak membabit-kan pertukaran hak milik tanah. Justeru, pemilik tanah dapat keuntungan daripada projek pembangunan itu tanpa perlu me-nukar hak milik tanah. Jadi, nisbah pemi-likan 60:40 dalam membangunkan Kam-pung Baru bukan penyelesaian terbaik. Negara memiliki banyak syarikat gergasi milik Kerajaan seperti Tabung Haji, Kha-

zanah, Amanah Raya Berhad (ARB) dan Petronas yang boleh berkecimpung mem-bangun dan membeli bangunan itu. Pemi-lik tanah boleh berurusan dengan syarikat itu menerusi saham yang akan dimiliki. Sudah tentu pemilik tanah di Kampung Baru akan tetap menuai keuntungan se-tiap tahun menerusi pembahagian dividen saham. Apa yang penting, tanah itu tetap milik mereka.TRANSISI: Tan Sri antara tokoh kepercay-aan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk me-mastikan kewujudan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) berjaya, sekali gus menjadi ikon Malaysia. Jelaskan?ELYAS: Saya beri cadangan kepada be-liau (Tun Mahathir) supaya bina dua ban-gunan tinggi, merangkumi bangunan ke-diaman dan perniagaan. Itu yang akhirnya menjadi Twin Tower (KLCC). Saya juga beri cadangan bangunan dibina secara menegak kerana ruang udara percuma. Jika pembangunan dibuat secara lebar menggunakan tanah, itu akan merugikan. Ketika itulah rancangan pembangunan komprehensif terlaksana.TRANSISI: Apakah pembangunan kom-prehensif seperti dilaksanakan di kawasan KLCC yang Tan Sri mahukan dalam mem-bangunkan Kampung Baru?ELYAS: Pendekatan ini sepatutnya dilak-sanakan kerana kita tidak boleh membuat lakaran pelan bangunan seperti pembi-naan Puncak Baru (City Hall). Bukan tidak boleh, saya lihat sesetengah tempat boleh dilaksanakan ‘layout plan’. Pelan itu hen-daklah seperti pelan indikatif dan bukan pelan definitif terperinci seperti sekarang. Pelan terperinci ini mengikat pelabur dan pemaju tanah. Pelabur dan pemaju mesti diberi kebebasan bersama pemilik tanah menentukan corak pembangunan mengi-kut situasi pasaran, permintaan komer-sial dan teknologi terkini. Paling penting, reka bentuk setiap bangunan perlu men-arik dan tidak terkongkong kepada pelan sempit. Saya lebih suka jika bangunan di

Kampung Baru tidak menyaingi ketinggian KLCC. Sama tinggi tidak mengapa kerana saya mahu lihat ada sebuah bangunan mampu menjadi ikon untuk Kampung Baru kerana ia melambangkan keutuhan orang Melayu di kawasan itu.TRANSISI: Andai pembangunan kompre-hensif dilaksanakan di Kampung Baru, tentu jalan kampung perlu dihapuskan?ELYAS: Jalan kecil di Kampung Baru memang tidak diperlukan kecuali jalan utama kerana ia punca kesesakan. Jalan raya kecil tidak boleh dikekalkan kerana mengehadkan kebebasan perancangan (freedom of planning and development). Namun, selepas Kampung Baru diban-gunkan, nama-nama sejarah boleh diberi dan dikekalkan kepada jalan baru itu.TRANSISI: Pandangan terhadap syari-kat GLC membantu penduduk Kampung Baru?ELYAS: Pemilik tanah boleh joint venture (kerjasama) dengan syarikat gergasi un-tuk menubuhkan koperasi bagi membo-lehkan pemilik tanah memiliki saham dan hak pada tanah, tetapi bukan menubuh-kan syarikat. Jika menubuhkan syarikat, Kerajaan boleh membantu membangunk-an pembangunan. Koperasi itu memudah-kan usahama dengan syarikat gergasi lain seperti Petronas, Tabung Haji dan lain-lain. Tiada masalah jika ada koperasi luar ingin bekerjasama, tetapi mesti secara berperingkat dan mungkin mengambil masa hingga 20 tahun.TRANSISI: Hanya Kampung Baru perlu dibangunkan atau kawasan sekitarnya?

Kampung Baru perlu bangunan ikon Melayu

ELYAS: Kawasan sekitar Kam-pung Baru seperti Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) serta Hospital Kuala Lum-pur (HKL) boleh dibangunkan ber-sama, kerana saya lihat keadaan hospital terlalu usang. Malah, se-luruh kawasan dari Jalan Sultan Ismail hingga Jalan Tun Razak boleh dibangunkan secara kom-prehensif. Saya khuatir jika cara pembangunan dilaksanakan se-cara lot sahaja dan terpaksa ber-gantung kepada inisiatif. Saya merasakan sehingga 50 tahun pun tiada pembangunan. Itulah masalah dihadapi sejak 20 tahun.TRANSISI: Harapan mengenai pembangunan Kampung Baru?ELYAS: Kita melaksanakan pro-jek bukan hanya untuk Kampung Baru, tetapi pembangunan me-nyeluruh (Regional Development within Wilayah Persekutuan) iaitu

wilayah dalam Wilayah Persekutu-an, termasuk Kampung Baru, Pasar Chow Kit, HKL, Jalan Pahang dan Jalan Tun Razak. Ini ambil masa 20 tahun. Kita buat pelan bangunkan KLCC pun ambil masa sama. Bagi mengekalkan ciri keaslian, kita tidak boleh bangunkan seluruh kawasan itu. Mana ada bangunan bersejarah di situ. Kampung Baru perlu sentiasa baru dan ciri-ciri penduduk dikekalkan. Sebanyak 30 peratus pembangunan boleh dibina dengan mempamerkan ciri-ciri sejarah kawasan. TRANSISI: Bagaimana nasib orang Me-layu, apakah mereka dipinggirkan?ELYAS: Saya tidak melihat penduduk dip-inggirkan jika pembangunan dilaksanakan. Malah, pemilik tanah di kawasan itu akan menjadi kaya. Misalnya, tanah dijual ke-pada Petronas untuk projek KLCC. Keban-yakkan pemilik kini menjadi jutawan. Jika pemilik tanah di KLCC berkeluasan 160 ekar boleh jadi jutawan. Kita mengambil se-cara keseluruhan. Ini adalah peluang orang Melayu mendapat keuntungan. Pembangu-nan itu boleh menjangkau hingga 25 tahun. Sewajarnya ditubuhkan koperasi. Kerajaan patut mewujudkan mekanisme memban-gunkan institusi kewangan khas bagi mem-biayai projek itu. Orang Melayu di situ tiada modal selain hanya memiliki tanah. Tanah patut dinilai mengikut pasaran dan diberi modal berdasarkan pasaran dan nilai ta-nah. Jika ada rancangan lebih inovatif dan besar, saya tidak nampak pemilik tanah ada masalah mengenai nasib mereka. Isu siapa sisih siapa, itu tidak timbul kerana itu tanah mereka.

Page 10: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 201010 BISNES

PERDANA Menteri menggar-iskan lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia

Ke-10 (RMK10), ke arah mencapai sta-tus negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk tujuan itu, Malaysia perlu merang-ka pendekatan baru yang mengutamak-an modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti selain kerajaan bertindak um-pama syarikat yang berdaya saing.

Beliau ketika membentangkan RMK10 di Dewan Rakyat baru-baru ini berkata, Malaysia tidak lagi boleh bergantung ke-pada struktur kos rendah untuk berdaya saing kerana arus globalisasi dan liber-alisasi mewujudkan persaingan sengit dengan negara seperti China, India, Bra-zil, Rusia dan negara jiran.

Teras pertama ialah menggubah fal-safah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).

Teras kedua ialah dengan mewujud-kan persekitaran kondusif bagi mengger-akkan pertumbuhan ekonomi.

Teras ketiga, dengan menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Teras keempat dan kelima ialah membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia serta mewujudkan persekitaran kondusif ke arah memper-tingkatkan kualiti hidup.

Dalam RMK10 yang bertemakan ‘Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial’, kerajaan memperun-tukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun itu.

Najib selanjutnya berkata, bagi men-transformasikan negara ke arah menca-pai Wawasan 2020, RMK10 digagaskan

DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, agenda pembangunan Bumiputera tetap diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke10 (RMK10)

dengan pendekatan baru berasaskan merit.Bagi tujuan itu, Perdana Menteri mengumumkan

penubuhan majlis peringkat tertinggi diketuai beliau sendiri yang akan berfungsi merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda berkenaan.

Penubuhan majlis itu adalah satu daripada lima ini-siatif strategik yang dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan masyarakat Bumiputera dalam ekonomi negara.

Empat inisiatif strategik lain adalah meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui institusi berkaitan kerajaan; mempertingkat pegangan hartanah; menam-bah baik program pembangunan kemahiran dan keusa-hawanan serta membangun guna tenaga profesional secara tuntas.

“Berikutan persekitaran ekonomi global dan domes-tik lebih mencabar, sudah tiba masa kita melaksanakan transformasi dalam agenda pembangunan Bumiputera

bagi mewujudkan penyertaan syarikat yang berdaya sa-ing dan berdaya maju.

“Pendekatan baru ini akan berasaskan empat prinsip, iaitu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan kelulusan,” katanya ketika berucap membentangkan RMK10 di Parlimen, baru-baru ini.

Najib berkata, majlis itu akan dianggotai beberapa menteri Kabinet, pegawai kanan Kerajaan dan pihak swasta serta Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bertindak sebagai urusetia.

Menurutnya, Unit Pengurusan Projek Kementerian Kewangan akan memantau program berkaitan bagi me-mastikan pelaksanaan cekap dan berkesan.

Bagi memperluaskan pemilikan dan kawalan ekuiti Bumiputera, Najib menyatakan program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan yang ada kaitan dengan ker-ajaan seperti Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Lem-baga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dan diperluaskan.

Beliau berkata, institusi pelaburan ekuiti swasta Bu-miputera yang ditubuhkan kerajaan iaitu Ekuiti Nasional

Bhd (Ekuinas) pula akan membawa pendekatan baru yang lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.

“Ekuinas akan melabur dalam syarikat sederhana be-sar yang berpotensi tinggi agar dapat disokong hingga menjadi jaguh serta peneraju utama dalam sektor mas-ing-masing,” katanya.

Dalam usaha mempertingkatkan pemilikan harta-nah Bumiputera, Pelaburan Hartanah Bhd akan me-nubuhkan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah bagi mengurangkan kekangan untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri serta mendapat faedah daripada peningkatan nilai hartanah tersebut, katanya.

Najib turut menyentuh mengenai Kampung Baru dengan memberi jaminan aset Bumiputera di tengah ibu kota akan dibangunkan tanpa menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai pemilik asal tanah-tanah di ka-wasan itu.

Kerajaan juga akan mengukuhkan agensi pemban-gunan keusahawanan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Nasional Bhd (PUNB) dengan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

5 teras realisasi RMK10

Agenda Bumiputera berasas merit

daripada 10 idea, antaranya memacu eko-nomi domestik dengan kepekaan perseki-taran luar negara.

Najib, juga Menteri Kewangan, ber-kata, RMK10 dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan dan berproduk-tiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Eko-nomi (MBE) yang diperkenalkan.

Dalam rancangan itu, beliau berkata Pendapatan Negara Kasar per kapita telah disasarkan untuk meningkat kepada RM38,850 atau AS$12,140 pada tahun 2015.

Katanya, pertumbuhan akan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan di samping menggiatkan semula sektor per-tanian bernilai tambah tinggi dan penyera-pan kaedah ICT bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

Najib berkata, dalam RMK10, kerajaan memberi tumpuan kepada usaha mem-bangunkan infrastruktur bukan fizikal ter-masuk pembangunan modal insan seperti pembangunan kemahiran serta keupayaan inovasi yang lebih mantap.

Selanjutnya, peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal telah meningkat kepada 40 peratus berbanding 21.8 pera-tus dalam RMK9.

“Tumpuan akan diberikan kepada pro-gram pembangunan kemahiran dan juga aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta modal teroka ke arah memu-

puk tahap inovasi negara yang lebih mem-berangsangkan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan itu juga adalah selaras dengan usaha menggal-akkan sektor swasta untuk turut melabur dalam infrastruktur fizikal dan juga menye-diakan perkhidmatan seperti latihan kema-hiran.

Najib berkata, RMK10 juga akan mem-beri fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kum-pulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan Bumiputera adalah bilan-gan terbesar iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan itu.

Menurutnya, sebagai langkah mening-katkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berper-ingkat untuk menghapuskan penyelewen-gan pasaran dan penyelewengan.

“Bagaimanapun, keputusan penguran-gan subsidi akan dilaksanakan selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

“Senarai terperinci program dan pro-jek bagi pelan pusingan pertama ini akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010. Bagi melaksanakan program pembangunan RMK10, kerajaan akan menyediakan siling peruntukan sebanyak RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

“Untuk tujuan ini, sebanyak 55 peratus akan diagihkan kepada sektor ekonomi,

30 peratus kepada sektor sosial, 10 pera-tus kepada sektor keselamatan dan lima peratus kepada sektor pentadbiran am,” katanya.

Dengan merujuk semangat Piala Du-nia, Perdana Menteri berkata, rakyat neg-ara ini boleh mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi pasukan bola yang berjaya.

“Bagi sesebuah pasukan bola, untuk berjaya, semua pemain daripada pasu-kan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan.

“Jika tidak, mereka bukan saja tidak mungkin menang, malah boleh kalah ter-uk. Setiap pemain bermula daripada pen-jaga gol, pemain pertahanan, pemain ten-gah dan penyerang adalah sama penting.

“Bagaimana hebat pun pemain bermain secara individu, tetapi mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan. Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensinya bagi mencapai kejayaan,” ka-tanya.

NAJIB TUN RAZAK

Page 11: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 11BISNES

SUBANG JAYA: Seribu produk berasaskan pertanian yang di-usahakan 200 usahawan tani di

seluruh negara bakal diberi kelulusan menggunakan jenama 1Malaysia Best diperkenalkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), bulan ini.

Fama kini memperuntukkan lesen penggunaan jenama 1Malaysia Best ke-pada kira-kira 600 produk yang diusa-hakan 138 usahawan sejak ia dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Pengerusi Fama, Datuk Badruddin Amiruldin berkata, menerusi penggunaan jenama itu, usahawan berpeluang me-langkah lebih jauh sekali gus meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa den-gan lebih mudah serta memperoleh pelb-

1,000 produk jenama1MALAYSIA BEST

KUALA LUMPUR: Pengerusi Ekse-kutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, Datuk SM Faisal SM Na-

simuddin berkata, kejayaan Cruze di rantau ini mengukuhkan lagi keyakinan bergabung tenaga dengan General Motors (GM) Asia Tenggara menerusi syarikat sekutunya, Pa-vilion Crest Sdn Bhd (Pavilion Crest).

“Kami akan bekerjasama erat dalam me-nilai kemampuan program pemasangan au-tomotif di Malaysia di samping meningkat-kan kemungkinan sokongan kolabiratif bagi memenuhi permintaan serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Chevrolet Cruze di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan kemun-culan pertama Chevrolet Cruze di negara ini dengan tawaran harga pasaran menarik bermula RM97,888.

Sedan kompak 1.8 liter (1,796cc) itu, yang laris di pasaran Eropah, Australia, India dan rantau Asia, dipacu pemanduan tayar hadapan menerusi transmisi automa-tik enam kelajuan terbaru dalam kelasnya

tersendiri dengan fungsi shiftronik.Chevrolet Cruze turut merangkul 35

anugerah termasuk pencapaian kes-elamatan lima bintang oleh Program Pe-nilaian Kenderaan Baru Eropah dan Austra-lia (Euro-NCAP dan ANCAP).

Hadir sama, Presiden General Motors Operasi Asia Tenggara, Martin Apfel; Peng-arah Chevrolet Malaysia, Sanjeev Garg dan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion Crest Sdn Bhd, Datuk Marwan Mohd Said.

Dalam perkembangan lain, Martin Apfel menegaskan keyakinan pihaknya dalam membawakan produk automotif terbaiknya kepada pasaran tempatan mengikut spesi-fikasi dan keperluan rakyat.

“Contohnya Cruze mempunyai ciri teknologi dan pacuan kuasa selain reka bentuk struktur yang stabil, selesa dan din-amik untuk pemanduan efisien. Antaranya sistem penyerapan gegaran dan bunyi dari memasuki kabin kenderaan,” katanya.

Bagi memantapkan lagi ciri keselamatan, Cruze memenuhi Sistem Peningkatan Ke-stabilan Kenderaan menggunakan brek elektronik untuk ketepatan kawalan peman-duan.

Naza, GM jalin kerjasamaautomatif

agai insentif kerajaan.“Antaranya pihak pengusaha mampu

mengadakan promosi setiap produk diperke-nalkan dan membuka peluang niaga untuk mereka di peringkat antarabangsa.

“Bagi memperkasa jenama 1Malay-sia Best ini, kami akan mengadakan lebih banyak kempen pengiklanan dan promosi berterusan melalui Kempen Kesedaran Jen-ama di media cetak serta elektronik.

“Promosi juga diadakan di pasar raya, pasar tani, cawangan Fama dan pelbagai program pameran seluruh negara,” katanya kepada media pada majlis pelacaran di Sub-ang Jaya, baru-baru ini.

Beliau berkata, Fama memperkenalkan jenama 1Malaysia Best untuk membantu meningkatkan taraf dan mempromosikan produk berasaskan pertanian keluaran tem-patan terutama di pasaran antarabangsa

dan mewujudkan kestabilan ekonomi kepa-da pengusaha.

“Jika sebelum ini pengusaha hendak promosi produk di luar negara terpaksa pergi sendiri, tetapi dengan jenama 1Malay-sia Best ini, kita boleh bawa semua sekali bawah satu jenama dengan perbelanjaan ditanggung kerajaan. Kita memang diberi peruntukan untuk mempromosikan produk seperti ini.

“Selain itu, kementerian akan menang-gung 50 peratus daripada kos pengiklanan produk jenama ini bagi tujuan promosi di televisyen atau saluran media lain,” katanya.

Menurut Badruddin, Fama difahamkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang menimbang meluaskan

penggunaan jenama 1Malaysia Best bagi produk makanan bukan berasaskan perta-nian pada masa depan.

Perodua kekal kuasai pasaran

BADRUDDIN AMIRULDIN

RAWANG: Perodua mengekalkan penguasaan pasaran pada Mei lalu dengan jualan 15,000 kereta

dan anggaran agihan pasaran 29.6 per-atus berikutan permintaan kukuh berter-usan mendapatkan kenderaan.

“Jualan 15,000 unit itu meningkat 13.6 peratus berbanding 13,200 unit di-catatkan pada Mei tahun lalu,” kata Pen-garah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh.

Sehingga kini, Perodua sudah men-jual 78,700 kereta, meningkat 5.64 pera-tus berbanding 74,500 unit, diunjurkan bagi tempoh lima bulan tahun ini.

Ia melonjak 23.16 peratus berbanding jualan 63,900 unit bagi tempoh Januari-Mei 2009.

Perodua mengunjurkan untuk men-jual 176,000 unit kereta pada tahun ini berbanding 166,700 unit yang dijual

pada tahun lalu.“Kami sangat teruja dengan bilangan

jualan dan percaya catatan sehingga separuh kedua akan menunjukkan ang-ka lebih baik memandangkan jangkaan permintaan semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali nanti,” kata Aminar.

Beliau berkata, jualan kereta di Ma-laysia secara tradisi meningkat pada suku ketiga setiap tahun.

Aminar ketika mengulas mengenai prestasi selepas jualan Perodua berkata, pada Mei lalu, sebanyak 137,000 peng-hantaran servis dicatatkan berbanding dengan unjuran 130,000 penghantaran.

Bagi tempoh lima bulan pertama ta-hun ini, keseluruhan 681,000 penghan-taran atau 46 peratus daripada agihan pasaran dicatatkan berbanding dengan 666,000 penghantaran sepanjang tem-poh Januari-Mei 2009.

Alza antara produk Perodua yang mendapat sambutan.

SM FAISAL

Page 12: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 201012

Beberapa minggu lagi, Facebook se-cara rasmi akan mencatatkan rekod 500 juta pengguna aktif di seluruh

dunia.Jika Facebook diibaratkan sebagai

daratan, laman web jaringan sosial itu akan menjadi negara ketiga yang memiliki populasi terbesar di dunia, dua pertiga lebih besar daripada Amerika Syarikat (AS).

Lebih seorang daripada empat orang yang melayari Internet bukan setakat me-miliki akaun Facebook. Malahan, mereka kembali semula ke laman web tersebut dalam tempoh 30 hari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg, 26, mencipta Facebook ketika beliau masih menuntut di Universiti Harvard sebagai platform komunikasi un-tuk pelajar-pelajar dalam kumpulan atlet, Ivy League membabitkan lapan institut pengajian tinggi di timur laut AS.

Namun, selepas enam tahun mencipta laman web ajaib itu, syarikat beliau kini berjaya tersenarai dalam kalangan kuasa besar web dunia seperti Microsoft dan Google.

Microsoft membuatkan komputer begitu mudah digunakan setiap orang. Google membantu pengguna Internet mencari data manakala YouTube mencetuskan fenomena hiburan menerusi video talian.

Kemunculan Facebook pula jauh men-gatasi laman-laman web tersebut, iaitu dengan pelaburan bercirikan emosional terhadap pengguna-penggunanya.

Facebook membuatkan kita tersenyum selain menimbulkan perasaan ingin bergaya dalam foto supaya dapat meli-hat diri sendiri di talian.

Malah, ia mem-buatkan kita be-rasa gelisah apabila tiada sesiapa mem-beri sebarang respon terhadap komen lucu yang disiarkan.

Kita juga dengan mudah akan ketawa melihat tubuh rakan-rakan sekolah yang berubah menjadi gemuk selepas me-namatkan pengajian masing-masing selain berhenti sejenak menyaksikan foto-foto perkahwinan hingga kepada mem-baca kemas kini status peribadi mereka.

Kini, ramai pengguna Internet seluruh dunia begitu selesa menjalani kehidupan seharian bersama Facebook yang berjaya mencetuskan pertembungan budaya luar biasa.

Ini dikukuhkan menerusi fakta 28 pera-tus pengguna Facebook adalah golongan

berusia 34 tahun ke atas, mencatatkan pertumbuhan demografi terpantas dalam kalangan penggunanya.

Facebook berjaya mengubah kitaran sosial masyarakat global hari inidengan membuatkan kita terbiasa kepada keter-bukaan.

Namun, ironinya, gergasi Internet itu mengambil peluang mengautkan keun-tungan berbilion dolar daripada kegem-biraan dan kesedihan yang diluahkan penggunanya.

Kesediaan pengguna berkongsi apa saja, daripada masalah peribadi hingga kritikan pedas terhadap majikan, kini menjadi situasi kritikal bagi kejayaan Facebook berikutan perdebatan hangat umum mengenai tahap privasi laman web itu.

Ia bermula pada 2007 apabila tetapan asal dalam inisiatif Facebook Beacon membolehkan semua kemas kini oleh rakan Facebook dihantar ke laman web pihak ketiga.

Namun, fungsi Beacon itu mencetus-kan pertikaian apabila akaun pengguna didaftarkan secara automatik dalam pangkalan data laman web pihak ketiga itu dengan memaksa Zuckerberg muncul menyuarakan permohonan maaf secara terbuka.

Justeru, sebagai langkah mengatasi kebimbangan itu, Facebook mula men-gorak langkah meningkatkan kawalan privasi dalam laman web jaringan sosial tersebut.

Perubahan itu muncul susulan daripada aduan disampaikan kepada Suruhanjaya Perda-gangan Persekutuan (FTC) pada 5 Mei lalu oleh Pusat Maklumat Privasi Elektronik.

Aduan setebal 38 halaman itu menggesa FTC supaya memberi penjelasan men-genai tetapan privasi bagi

setiap maklumat disiarkan pengguna. Ini termasuk apa yang

berlaku kepada data tersebut selepas pengguna berkongsi data itu di laman Facebook mereka.

Facebook kemudian memutuskan menggubal semula polisi privasi ketika kepentingannya dalam capaian maklumat peribadi pengguna masih belum meluas.

Pada April lalu, Facebook melancarkan inisiatif baru dan terbesar dipanggil Open Graph yang membenarkan pengguna menentukan apa disukai mereka untuk disiarkan di talian.

Logik inisiatif ini menyatakan jika ada rakan menyarankan sesuatu aplikasi kepada pengguna Facebook, mereka biasanya akan cenderung menyukai

Facebook cetus fenomena duniaIsu privasi tidak halang Zuckerberg dominasi budaya baru komunikasi

saranan itu.Justeru atas kapasiti pengguna ramai,

termasuk banyak syarikat berhasrat menarik perhatian kumpulan sasaran tertentu, Facebook kini berjaya meraih semula kepercayaan pengguna untuk memaparkan maklumat peribadi mereka di laman-laman web lain.

Hasilnya, kurang daripada sebulan selepas pelancaran Open Graph, lebih 100,000 laman web sudah melakukan integrasi dengan protokol tersebut.

Bagi Zuckerberg, misi syarikatnya adalah untuk mewujudkan dunia yang lebih terbuka dan saling berhubungan.

“Kami membina web, di mana asas-nya adalah sosial,” kata Zuckerberg ketika mengumumkan Open Graph.

Walaupun privasi menjadi isu utama yang sering diperdebatkan, Facebok dijangka terus relevan dalam beberapa tahun akan datang sebagai bentuk budaya baru masyarakat dunia dalam berkomunikasi dan bersosial.

Facebook117 juta

MySpace42 juta

Twitter20 juta

Linkedln14 juta

Pelawat sepanjang Mac (AS)

“Kami membina web,di mana asasnyaadalah sosial”

- CEO Facebook, Mark Zuckerberg

GLOBAL

Page 13: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 13GLOBAL

TURKI, Iran dan Syria mula membentuk perikatan kuat menentang Israel susulan daripada insiden serangan komando ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza

hujung bulan lalu.Ketiga-tiga negara itu, yang banyak menyimpan kenangan

pahit mengenai negara Yahudi itu, nekad untuk mengawasi kuasa ketenteraan Israel di rantau Timur Tengah.

Ankara, yang pernah menjadi sekutu Tel Aviv, kini menget-uai kempen menentang kerajaan rejim tersebut selepas sem-bilan warganya mati dibunuh komando Israel dalam serbuan ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu.

Berbanding Turki, Iran dan Syria sudah lama menjadi mu-suh utama Israel sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Perkembangan terbaru itu membukapeluang kepada Tehran dan Damsyik untuk mengubah kes-eimbangan di rantau tersebut supaya lebih menguntungkan mereka.

Beberapa minggu lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menganjurkan persidangan di Istanbul bagi

Dominasi Israel dicabarInsiden Flotilla paksa Turki sertai Iran, Syria bentuk perikatan

Oleh Mohd Azhan Othman

KEBERANIAN wartawan veteran Rumah Putih, Helen Thomas, 89, mengeluarkan kenyataan keras mengenai Israel bulan lalu mengejutkan

banyak pihak kerana ia jelas bertentangan dengan dasar pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang pro kepada kera-jaan rejim Yahudi itu.

Helen ketika diajukan soalan oleh wartawan semasa Sambutan Warisan Yahudi di Rumah Putih pada 27 Mei lalu mendesak Israel supaya berambus dari bumi Pales-tin.

Namun, kontroversi kenyataannya itu mula memuncak selepas ia tersiar dalam laman web perkongsian video, YouTube beberapa minggu lalu, seiring dengan tindakan ganas komando rejim menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.

Komen yang disifatkan sebagai anti-semitik itu pantas mengundang kecaman keras pelbagai pihak, terutama daripada pertubuhan dan kumpulan pelobi Yahudi anta-rabangsa dan AS.

Namun, beberapa pihak lain, terutama kalangan nega-ra Arab dan Islam, pendirian Helen mendapat pujian dan dia dianggap lebih berani berbanding Presiden Barack Obama dan anggota Kongres AS sendiri.

Ada pihak menganggap komen Helen itu dipengaruhi latar belakangnya sebagai anak kepada migran dari Leb-anon. Justeru, tidak menghairankan sentimen Timur Ten-gah mempengaruhi persepsinya terhadap Israel.

Bagaimanapun, jika diimbas rekod lalu sepanjang dia membuat liputan sejak pentadbiran Presiden John F Ken-nedy, Helen adalah antara kelompok wartawan yang san-gat kritikal kepada dasar-dasar AS, terutama membabit-kan isu integriti dan keselamatan negara.

Semasa sidang media di Rumah Putih pada 27 Mei lalu, Helen pernah bertanya kepada Obama bilakah be-liau akan memanggil pulang askar AS dari Afghanistan, pertanyaan sama yang juga pernah diajukan kepada bekas Presiden George W Bush mengenai perang di Iraq.

Helen berpendapat AS sudah jauh tersasar daripada dasar sebenar negara itu yang kononnya menyanjung tinggi kebebasan dan hak asasi manusia.

Hakikatnya, Washington sendiri campur tangan dalam menentukan pentadbiran sesebuah negara seperti dilaku-kannya di Iraq dan Afghanistan.

Lebih menghairankan, Rumah Putih tiba-tiba menikus dan kecut perut ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan secara terbuka Tel Aviv akan meneruskan peluasan penempatan haram Yahudi di Bait-ulmaqdis Timur.

Ini termasuk reaksi lembik Washington ketika mengu-las insiden serangan ke atas konvoi antarabangsa baru-baru ini.

Bagi Helen, pengaruh Tel Aviv dalam mencorak struk-tur pentadbiran AS adalah sesuatu yang sukar diterima rakyat AS kerana ia mampu menjejaskan integriti selain mengancam keselamatan negara tersebut.

Sudahnya, Helen membayar harga cukup tinggi atas sikap kritikalnya itu dengan terpaksa melepaskan jawatan sebagai kolumnis akhbar dalam Hearsts Corp selepas menerima pelbagai desakan dan kecaman daripada me-dia-media tempatan yang dikuasai Yahudi.

Penduduk AS turut mengutuk serangan Israel.

Washington kecut perut hadapi pengaruh Yahudi

membincangkan pel-bagai konflik di rantau berkenaan.

Persidangan itu bu-kan saja menumpukan kepada isu serangan Israel ke atas konvoi Flotilla, tetapi turut me-nyentuh pembabitan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan.

Persengketaan AS dan Iran berhubung program nuklear diban-gunkan Tehran juga dibangkitkan, termasuk beberapa mesyuarat dua hala lain.

Antara pemimpin terkenal yang hadir adalah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan pegawai-pegawai kanan dari China, India dan Pakistan.

Presiden Syria, Bashar al-Assad dan Presiden Pal-estin, Mahmoud Abbas diundang sebagai tetamu jem-putan.

Dalam usaha menambah tekanan ke atas Israel berhubung isu Gaza, Turki menggunakan pengaruh-nya untuk menenangkan situasi di Afghanistan dengan menganjurkan persidangan tersebut bersama Presiden Hamid dan Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi.

Walaupun Kabul dan Islamabad kini sedang berge-lut menentang Taliban di negara masing-masing, tetapi kedua-dua kerajaan itu saling mencurigai satu sama lain mengenai motif dan sasaran sebenar mereka.

Hamid sedang cuba membabitkan kepimpinan Tal-iban dalam rundingan damai. Sebaliknya, Pakistan pula, yang bekerja keras menangani pengaruh India di Afghanistan, mahu memastikan mereka diberi peranan utama dalam sebarang rundingan damai.

Persidangan kali ini disusuli dengan Forum Kerjasa-ma Turki-Arab yang dihadirimenteri-menteri luar dari Liga Arab dan Turki sendiri dengan semua keputusan menumpukan kepada menambahkan tekanan ke atas Israel.

Beberapa tuntutan spesifik digubal bagi mendesak Israel menarik semula sekatan ke atas Gaza dan ber-setuju membenarkan suruhanjaya bebas antarabangsa menyiasat serangan terhadap konvoi Flotilla.

Namun, Israel terus berdegil dengan menolak ked-ua-dua tuntutan tersebut dengan menggunakan pelb-agai alasan bagi mewajarkan tindakan ganas mereka.

Recep muncul mengulangi tuduhannya bahawa Is-rael jelas melakukan kesalahan besar yang ada kaitan dengan keganasan terancang.

Beliau kemudian menegaskan Ankara tidak akan memulihkan hubungan dengan Tel Aviv selagi negara Yahudi itu enggan bersetuju supaya siasatan bebas di-jalankan.

Recep turut mengambil kesempatan menggesa Presiden Mahmoud mencapai perdamaian dengan se-teru politiknya, Hamas kerana syarat awal diperlukan ke arah mewujudkan negara Palestin merdeka.

Mahmoud kemudian mengumumkan akan meng-hantar delegasi ke Gaza dan menggesa pemimpin-pemimpin Hamas menerima pelan damai Mesir dalam usaha meredakan konflik dalaman.

Hasrat Israel menggunakan kekuatan ketenteraan dalam menghadapi konflik serantau dijangka mengha-dapi kesukaran berikutan usaha Turki menggalakkan perdamaian di negara-negara sasaran Tel Aviv.

Namun, kemunculan Turki sebagai musuh baru Is-rael diramalkan tidak mampu mengubah kedegilan Tel Aviv walaupun menghadapi tambahan tekanan.

Ini kerana Israel masih memiliki sokongan besar se-kutu kuatnya, AS melalui kekuatan kumpulan media dan pelobi yang menguasai sebahagian besar struktur organ-isasi negara tersebut.

Page 14: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 201014

Lignozorp buat hidupan air terus bernafas

SEMEMANGNYA tasik rekreasi, takungan rawatan kumbahan dan air bertakung termasuk air sungai

beraliran perlahan, sentiasa terdedah kepada pencemaran dari pelbagai sum-ber sisa kotoran. Sisa kotoran boleh didapati dalam pelbagai bentuk sama ada tenggelam, terapung dan separa terapung seperti sisa masakan, sisa in-dustri, sampah-sarap yang dibawa arus air permukaan tanah masuk ke sungai, tasik dan sebagainya.

Justeru, sebagai pihak yang prihatin sudah tentu usaha untuk membersih-kan perairan itu perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikuti jadual atau tempoh berkala, bergantung kepa-da kadar kemasukan sisa pencemaran. Ketika ini dan sebelumnya, air ber-takung dan air sungai ini dibersihkan menggunakan kaedah konvensional iaitu secara menggunakan kren peng-orek berantai yang mempunyai struktur lengan yang panjang.

KAJIAN ILMIAH

BANGGA.... Prof Dr Nasir (dua dari kanan ) bersama di ITEX’10.

Gambar Hiasan

Page 15: Transisi 2

www.facebook.com/TransisiPIALA DUNIA

11 Jun - 12 Julai 2010

AKSI Park Ji Sung di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan semakin mendapat per-hatian apabila tampil cemerlang dengan meledakkan salah satu gol ketika menewaskan bekas juara Eropah, Greece 2-0 dalam perlawanan pembukaan

Kumpulan B.Jika Korea Selatan berhasrat mengulangi pencapaian separuh akhir 2002, wakil

Asia yang mendapat julukan Taeguk Warriors itu pasti menagih khidmat Ji Sung un-tuk berada pada tahap terbaik.

Ji Sung berkata, gol dijaringkannya ketika menumpaskan Greece adalah gol ketiga sepanjang penampilannya dalam Piala Dunia.

Namun, baginya apa yang lebih penting adalah kemenangan pasukan. “Ini satu keputusan baik dan kami amat teruja,” katanya, sebaik tamat perlawanan

menentang Greece.

>> Muka 17

Ji Sung memukau

Nama : Park Ji SungTarikh Lahir : 25 Februari 1981Asal : Seoul, Korea SelatanTinggi : 175smPosisi : TengahPasukan kebangsaan : Korea SelatanKelab sekarang : Manchester UnitedNombor jersi : 13 Bekas kelab : Kyoto Purple Sanga (2000-2002)PSV Eindhoven - (2003-2005)Manchester United (2005-sekarang)

26

Kasut Emas milik siapa?Poster Gamat Bola

18 & 23

18 Jun -01 Julai 2010/05 Rejab-18 Rejab1431H

Page 16: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 2010PIALA DUNIA16

Tarikh Lahir: 17 November 1966Asal : Parit Buntar, PerakTinggi : 174 sentimeterKerjaya : GuruHobi : Bowling, snukerPenampilan Antarabangsa Sejak : 2000

• Dipilih sebagai pengadil Piala Dunia Fifa 2007 bawah 20 tahun di Kanada dengan mengadili perlawanan peringkat kumpulan antara Panama dan Argentina.

• Pernah melayangkan kad merah kepada tiga pemain ketika mengadili perlawanan antara Chile dan Portugal.• Antara pengalaman dramatik dilalui adalah tindakan be-rani seorang pemain Portugal, Zequinha merampas kad merah ketika beliau sedang menga-rahkan rakan sepasukan, Manu keluar padang.• Turut diberi tanggungjawab mengadili perlawanan antara Scotland dan Costa Rica.

Antara tugas di Afrika Selatan:• Pegawai keempat bagi perla-wanan Serbia bertemu Ghana dalam Kumpulan D pada 13 Jun.• Juga pegawai keempat per-lawanan Brazil bertemu Korea Utara dalam Kumpulan G (5 Jun).

SUBKHIDDIN MOHD SALLEH WALAUPUN pasukan bola sepak kebang-saan tidak berada dalam 32 negara beraksi di pentas Piala Dunia 2010,

Afrika Selatan, tetapi mata peminat tempatan pasti tertumpu ke arah kelibat seorang warga Malaysia bernama Subkhiddin Mohd Salleh.

Pemilihan Subkhiddin, 44, sebagai pengadil Malaysia pertama yang mengadili perlawanan Piala Dunia dengan diberi kepercayaan menjadi pegawai perlawanan keempat dalam aksi pembu-kaan membabitkan Afrika Selatan dan Mexico pasti mengharumkan nama negara.

Subkhiddin diberi tanggungjawab membantu Ravshan Irmattov dari Uzbekistan pada perlawan-an pembuka tirai antara tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico di Stadium Soccer City, Johannes-burg di samping Rafael Ilyasov (Uzbekistan) dan Bakhadyr Kochkarov (Kyrgyzstan).

Seramai 30 pengadil akan bertugas mengen-dalikan 64 perlawanan sepanjang Piala Dunia berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai.

Sebelum ini, dua rakyat Malaysia pernah terpilih sebagai pembantu pengadil iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid pada Piala Dunia 1998 di Perancis, manakala Mat Lazim Awang Hamat di Piala Dunia 2002 yang diadakan secara bersama oleh Korea Selatan dan Jepun.

Selain Subkhiddin, dua wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Dell Akhbar Khan akan terlibat dalam aspek keselamatan, manakala Paul Windsor sebagai komisioner perla-wanan serta penyelaras gelanggang Piala Dunia 2010.

Subkhiddin memulakan karier sebagai pengadil bola sepak pada 20 tahun lalu di peringkat daerah. Dia, juga guru di Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang , memiliki kelayakan sebagai pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa)

sejak 2000. Selepas dipilih bersama pengadil lain, Subkhid-

din terus menjalani latihan penyesuaian termasuk latihan fizikal dan di-dedahkan dengan aplikasi undang-undang pertandingan dalam satu perlawa-nan ujian.

Sebagai calon pengadil perlawanan bola sepak Piala Dunia, Subkhiddin dan pengadil lain perlu bersedia sejak tahun 2007 daripada segi fizikal, mental dan psikologi.

Pada Piala Dunia Fifa 2010, Subkhiddin akan dibantu dua penjaga garisan iaitu Yuxin Mu dari China dan Jeffrey Gek Pheng dari Singapura.

Pemilihan Subkhiddin diharapkan dapat me-nyuntik inspirasi kepada pengadil-pengadil lain dan generasi muda untuk melibatkan diri dalam bidang pengadilan bola sepak.

Malah, jika kena pada gayanya, tidak mustahil hasrat untuk mengadili perlawanan Piala Dunia mampu menjadi kenyataan dan ini perlu dijadikan ‘ultimate goal’ bagi seseorang pengadil.

Ketika berjinak sebagai pengadil Fifa pada 2000, orang pertama mendekati Subkhiddin ialah Allahyarham Ahmad Nazri Abdullah. Mereka sering menjalani latihan bersama dan arwah sering mem-berikan galakan dan kata semangat kepadanya untuk menjadi pengadil terbaik.

Subkhiddin akan bersara daripada bidang pengadilan di peringkat antarabangsa pada 2012 nanti memandangkan Fifa menetap-kan had umur pengadil yang mewakili badan bola sepak dunia itu adalah tidak melebihi 45 tahun.

Kelibat Subkhiddin kebanggaan negara

DEMAM Piala Dunia kembali hangat dirasai kalangan peminat fanatik bola sepak antarabangsa dengan setiap peminat sudah memiliki pasukan kegemaran

masing-masing.Hotel Olympic Sports di bawah pengurusan Waz Lian

Hotel Management Sdn Bhd di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur turut memeriahkan Piala Dunia tahun ini.

Pengarah Urusan Waz Lian Management, Mirnawan Nawawi, juga bekas pemain hoki kebangsaan berkata, pameran yang berlangsung lebih sebulan lalu bertujuan mempamerkan koleksi pemain-pemain bola sepak terkenal dunia.

Menurutnya, idea mengenai pameran ini adalah cetusan daripada salah seorang rakan yang bertanggungjawab menyumbangkan semua koleksi dalam pameran tersebut.

“Antara koleksi dipamerkan adalah jersi, autograf pe-main dan poster piala dunia sejak 1930 hingga 2006.

“Saya diberikan kepercayaan oleh rakan saya untuk menjadikan hotel ini sebagai pusat pameran bagi memeri-ahkan lagi sambutan Piala Dunia kali ini.

“Pameran ini berbeza dengan hotel-hotel lain. Koleksi di-pamerkan adalah barangan peribadi yang ditandatangani sendiri oleh pemain tersebut seperti jersi dipakai Roberto Carlos dan Ronaldo serta pemain veteran lain,” katanya.

Mirnawan turut bersama bekas pemain hoki kebang-saan, Ow Soon Kooi bagi menjayakan pameran berkenaan dalam usaha mengenang kembali jasa pemain veteran negara selain mempromosikan hotel itu.

Skrin layar gergasi juga disediakan untuk memberi peluang kepada penonton menyaksikan perlawanan secara langsung dari ruang santai Coffee House di hotel tersebut.

Orang ramai boleh mengunjungi pameran tersebut secara percuma yang berlangsung sepanjang musim Piala Dunia.

Hotel Olympic Sports meriahkan Piala DuniaOleh Gan Yong Li

Mirnawan(kiri) dan Ow Soon Kooi bergambar

bersama antara koleksi yang dipamerkan.

Page 17: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 PIALA DUNIA 17

JIKA diberi pilihan, sudah pasti saya tidak mahu memilih siapa pemilik tunggal trofi Piala Dunia 2010 di Afrika Se-latan. Bukan mahu menafikan keupayaan pemain hebat du-

nia, tetapi aksi di peringkat perlawanan awal peringkat kumpulan membuatkan saya menjadi tanda tanya adakah mereka benar-benar mahu membantu negara masing-masing atau berusaha sehingga ke kemuncak. Itu coretan hati ketua pasukan Selangor, Mohd Amri Yahyah kepada Transisi.

Pasukan pilihan saya, Perancis mengejutkan ramai pemerhati den-gan aksi di bawah tahap sebenar

ketika terikat 0-0 dengan Uruguay dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A pada 12 Jun lalu. Jika aksi sama diteruskan Les Blues, juara 1998 itu, sukar bagi mer-eka untuk mara ke pusingan seterusnya.

Perancis seakan merindui sentuhan emas Zinedine Zidane yang membawa watak hero ketika menundukkan Brazil 3-0 di final 1998. Keengganan pengurus, Raymond Domenech menurunkan pen-jaring sepanjang zaman, Thierry Henry dalam kesebelasan utama nyata menghu-

kum diri. Sebaliknya Domenech memilih penyerang Chelsea, Nicolas Anelka yang dilihat lebih ‘all-rounded’ berbanding King Henry.

Jika saya mempunyai kuasa memilih calon serangan, saya akan menggunakan formasi 4-4-2 dengan Anelka bergand-ingan dengan Henry di sokong pula perancang Bayern Munich, Franck Ribery dan pemain Chelsea, Florent Malouda dalam perlawanan seterusnya menentang Mexico (17 Jun) dan Afrika Selatan (22 Jun).

Juara dua kali, Argentina dinafikan kecemerlangan penjaga gol Nigeria, Vin-

cent Enyeama yang menafikan beberapa percubaan Lionel Messi ketika menang tipis 1-0 ke atas Nigeria dalam saingan Kumpulan B pada 12 Jun. Tetapi saya rasa, Diego Maradona pasti lega dengan tiga mata dan gawang pasukannya tidak dibolosi. Terima kasih kepada gol tungggal, Gabriel Heinze.

Jika Argentina berhasrat memenangi kejohanan ini buat kali ketiga, saya rasa jentera serangannya diketuai Messi, Carlos Tevez dan Gunzalo Higuian perlu lebih tajam tidak seperti ketika menentang Nigeria. Maradona juga boleh menggunak-an menantunya, Sergio Aguero dan Martin Palermo jika gandingan tiga serangkai itu buntu.

Kegagalan jentera serangan juga dilihat memberi tekanan kepada benteng pertahanan Maradona- Walter Samuel dan Heinze yang bergelut dengan pasu-kan yang mengamalkan corak permainan pantas.

Memang Maradona sering dikritik sejak mengambil alih tugas jurulatih Argentina tetapi jika dia dapat menyatukan pasukan-nya, Argentina mampu dianggap pilihan juara.

Aksi kelam kabut England dan kesila-pan budak sekolah penjaga golnya, Robert Green ketika terikat 1-1 dengan Amerika Syarikat dalam saingan Kumpulan C, 13 Jun lalu menimbulkan persoalan saya, adakah skuad Fabio Capello boleh dianggap pilihan juara.

Saya rasa Capello perlu menurunkan penjaga gol muda, Joe Hart pemain Manchester City yang dipin-jamkan kepada Birmingham City berbanding Green. Bukan menafikan keu-payaan Green, tetapi Hart tampil cemerlang bersama Birmingham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Memang pengalaman Hart kurang berband-ing Green tetapi prestasi semasa pemain muda itu perlu diambil kira.

Saya juga merasakan Wayne Rooney memikul tugas berat dalam misi mem-ecah gawang lawan. Gandingannya, Emile Heskey lebih berkesan dalam membuka peluang kepada rakan mencari gol dan bukan penyudah. Ini memerlu-kan Steven Gerrard dan Frank Lampard bergerak ke depan dan ke dalam kotak penalti untuk membantu memburu gol.

Paling memikat saya setakat ini pasti Korea Selatan. Kejayaan menewaskan bekas juara Eropah 2004, Greece mem-banggakan Benua Asia.

Pemain mereka rajin dan seolah-seo-lah mempunyai tenaga luar biasa ketika mengejar bola di setiap sudut padang. Mereka bermain bola sepak dengan cara betul dan penuh keyakinan.

Saya juga kagum dengan permainan yang ditunjukkan Park Ji Sung dalam per-mainan itu. Tidak hairanlah dia diangkat sebagai pemain nombor satu Asia. Tidak mengejutkan saya jika, Korea Selatan mampu mengulangi pencapaian ke sepa-ruh akhir edisi 2002.

Saya menjangkakan dua pemain iaitu Messi dan ketua pasukan Portugal, Cris-tiano Ronaldo sebagai calon pilihan untuk menonjol di Afrika Selatan. Kedua-dua pemain ini amat merbahaya jika bola di kaki mereka.

Larian Messi mengkagumkan dan keu-payaan dia menggelecek beberapa pe-main lawan perlu diberi perhatian. Saya tertarik dengan usaha Ronaldo melaku-kan trik baru setiap kali bola di kakinya. Dia juga memiliki keupayaan melakukan sepakan percuma menarik yang digeruni penjaga gol lawan.

Namun saya lihat, kedua-dua pemain ini berkongsi kelemahan sama iaitu kurang gemar turun ke bawah membantu rakan lain ketika pasukan mereka diasak lawan.

Apa yang pasti, saya akan terus mengikuti perkembangan Piala Dunia 2010 dengan penuh minat yang men-dalam.

Perancis rindu Zidane

CRISTIANO RONALDO

LION

EL MESSI

AMRI YAHYAH

Page 18: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 2010PIALA DUNIA18

GAMAT BOLA!!!

MESRA... Jurulatih Argentina, Diego Maradona melayan kerenah jurukamera sebelum perlawanan bermula.

MERIAH... Penyokong tuan rumah tidak melepaskan peluang menyokong pasukan kesayangan mereka.

LEDAKAN PERTAMA... Pemain Afrika Selatan, Siphiwe Tshabalala menjaringkan gol pertama Piala Dunia menewaskan penjaga gol Mexico, Oscar Perez.

LOLOS... Pemain Korea Selatan, Park Ji Sung (No. 7) diasak dua

pemain Greece.

MALU... Kesilapan budak sekolah Robert Green menyebabkan England seri 1-1 dengan Amerika Syarikat.

Page 19: Transisi 2

Mara pilih universiti tersohor

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) hanya menawarkan tajaan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian luar negara di universiti tersohor, bermula tahun depan.

>> Muka 21

Kampuswww.facebook.com/Transisi

18 Jun -01 Julai 2010/05 Rejab-18 Rejab1431H

Siswa perlu aktif penyelidikan

21

4,000 lepasan SPM sertai Voctech

UUM terokai industri filem

20

22

Page 20: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 2010KAMPUS20

SEBAHAGIAN besar universiti tempatan yang menepati syarat akan diberi kuasa autonomi sepanjang Rancangan Malaysia

Ke-10 (RMK10).Laporan rancangan pembangunan lima tahun

negara (RMK10) yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini, menyebut langkah itu adalah antara usaha bersepadu kerajaan untuk mening-katkan kompetensi siswazah dan kebolehpasaran modal insan negara.

Buat masa ini, Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai kuasa autonomi.

USM adalah universiti Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) pertama sejak program itu diperkenalkan pada 2008 bertujuan meningkatkan inovasi, prestasi dan menggalakkan kecemerlangan universiti terbabit.

Universiti APEX diberi kuasa autonomi dalam bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik dan pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar.

Selain memperluaskan pemberian autonomi kepada universiti penyelidikan dan universiti awam lain, beberapa pendekatan digariskan dalam RMK10 bagi meningkatkan kompetensi siswazah di negara ini seperti berikut:

* Pembaharuan kontrak Naib Canselor bergan-tung kepada prestasi universiti dengan petunjuk prestasi utama (KPI), antara lain, adalah kebo-lehpasaran siswazah.

* Pembiayaan institusi awam akan berasaskan prestasi, antara lain, bersandarkan prestasi yang dikaitkan dengan Sistem Penarafan Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA).

* Program Perkongsian Pemindahan Pengeta-huan (KTP) akan diperkenalkan pada 2011 bagi meningkatkan kerjasama industri dengan universiti

Perluas kuasa autonomi

berkaitan dalam memperkukuhkan kerjasama industri dan penyelidikan.

* 2,730 kursus pengajian sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan kemahiran awal.

* Semua politeknik disusun semula dengan menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah serta mengurangkan secara berpering-kat kursus peringkat sijil menjelang akhir 2015.

* Tiga politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier untuk melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan bagi memupuk inovasi dan teknologi baru.

* Menjelang akhir RMK10, staf akademik berkelayakan PhD di universiti penyelidikan disasarkan sebanyak 75 peratus, manakala universiti awam lain 60 peratus berbanding 35.9 peratus pada 2009.

* Bagi mencapai sasaran ini, program My-Brain15 menetapkan matlamat meningkatkan pemegang PhD kepada 18,000 pada 2015 dan 60,000 pada 2023 dengan RM2.26 bilion dipe-runtukkan bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

Seramai 20,000 pelajar tercicir akan mendapat manfaat daripada liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang akan di-perluaskan dalam RMK10 dengan RM150 juta diperuntukkan bagi tempoh berkenaan.

KIRA-KIRA 4,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka

mengikuti pendidikan Vokasion-al-Teknikal atau Voctech sebaik saja tiga Sekolah Menengah Vokasional (SMV) baru dalam Rancangan Malaysia Kesembi-lan (RMK-9) siap sepenuhnya menjelang 2015.

Penyertaan itu dilihat me-ningkat sebanyak 20 peratus dan usaha untuk meletakkan Voctech ke tahap tertinggi men-jadi agenda utama Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Per-dana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Menurut beliau, Kement-erian Pelajaran menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menarik lebih ramai pela-jar mengikuti pendidikan aliran vokasional supaya setanding dengan Eropah yang mampu menarik 50 peratus pelajarnya mengikuti aliran itu.

Muhyiddin, juga Menteri Pe-lajaran berkata, kementeriannya akan menstrukturkan semula Sekolah Menengah Teknik (SMT) kepada SMV dalam tiga fasa dengan memfokuskan kepada program vokasional dan kemahiran.

Lepasan SPM bakalsertai Voctech

PSH jadi teras lahir masyarakat berilmuPEMBELAJARAN Sepanjang

Hayat (PSH) akan dijadikan salah satu daripada tujuh

teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dalam usaha memastikan negara mampu melahirkan masyarakat berilmu dan berkemahiran tinggi.

Menteri Pengajian Tinggi, Da-tuk Seri Mohamad Khaled Nordin, berkata PSH perlu diarusperdan-akan di negara ini supaya masyara-kat yang dilahirkan lebih bermutu tinggi dan mampu bersaing di peringkat global.

“Proses PSH adalah an-

tara pendekatan yang mampu memberi nilai tambah kepada masyarakat khususnya pekerja yang menjadi penyumbang kritikal kepada produktiviti dan pemban-gunan negara.

“Kita berada dalam zaman pen-getahuan dan maklumat, justeru kita perlu terjemahkannya sama ada benar atau tidak kita sebuah negara berpengetahuan. Segala kemajuan dan pertumbuhan eko-nomi bergantung kepada pengua-saan pengetahuan yang ada pada masyarakat,” katanya kepada media selepas merasmikan bangunan

Pusat Pembelajaran Shah Alam Open University Malaysia (OUM) baru-baru ini.

Sehingga kini, kata Mohamad Khaled, kira-kira 90,000 enrolmen pelajar yang mengambil bahagian dalam PSH di 12 institisi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini seperti OUM, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Malaysia.

“Kerajaan turut menitikberat-kan pendidikan tidak formal selain pendidikan secara formal dan di situlah relevannya PSH yang meru-

pakan salah satu daripada tujuh teras PSPTN, “ kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan PSH dapat dilak-sanakan dengan sempurna kemen-terian telah melantik Presiden/Naib Canselor OUM Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali untuk mempengerusi-kan satu jawatankuasa khas bagi menyediakan ‘blue print’ pembu-dayaan PSH.

Mohamed Khaled berkata ‘blue print’ itu diharap mampu menjadi salah satu rujukan utama kepada semua pihak dalam usaha

kementerian menjayakan serta membudayakan PSH di kalangan masyarakat.

Menerusi teras pembudayaan PSH, kementerian telah menggar-iskan empat pelan tindakan iaitu meningkatkan mekanisme dan prasarana PSH; memperkemas-kan kerangka pengiktirafan PSH; mempertingkatkan usaha promosi dalam menggalakkan orang awam menyertai PSH dan menyediakan pembiayaan secukupnya untuk menyokong program pembuday-aan PSH.

MUHYIDDIN YASSIN

Beliau berkata, Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) akan digunakan sebagai sayap utama vokasional untuk kegunaan pen-didikan di sekolah menengah harian berhampiran.

“Sebagai langkah permu-laan, dua KIP dikenal pasti un-tuk dijadikan Vocational Wings pada 2012. Kita akan menam-bah dua SMV untuk golongan murid kurang upaya (OKU) dan menghadapi masalah pembe-lajaran.

“Kini, ada dua sekolah untuk golongan ini di Indahpura, Johor dan Shah Alam, Selan-gor. Di samping itu, ada tiga sekolah menengah harian yang menawarkan mata pelajaran vokasional kepada murid OKU,” katanya.

Muhyiddin berkata, kement-erian juga akan menambahbaik-kan subjek vokasional di seko-lah menengah harian supaya setaraf dengan SMV sedia ada bagi membolehkan sekolah itu turut diiktiraf industri dan badan profesional.

Menurutnya, bagi me-ningkatkan kompetensi guru vokasional dan kemahiran sedia ada, 4,764 guru akan dilatih dan ditauliah kemahiran sekurang-kurangnya mencapai kemahiran minimum iaitu tahap tiga Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mulai tahun depan.

“Justeru, proses pengambi-lan guru vokasional dan kemahi-ran baru akan dilaksanakan se-cara berperingkat dan dijangka mencecah 10,000 orang pada 2015,” katanya.

Page 21: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 KAMPUS 21

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Mara memberi fokus tajaan ke-pada pelajar ke universiti yang mempunyai reputasi baik dan tersohor di peringkat antarabangsa.

Untuk pelaksanaan dasar baru tajaan itu, enam buah universiti yang berada dalam senarai berkenaan ialah Oxford, Harvard, Cambridge, London School of Economics, Imperial College dan Universiti Monash di Australia.

Bagaimanapun katanya, tajaan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara untuk pengajian ijazah pertama dan peringkat sarjana, akan tertakluk kepada bidang kritikal seperti perubatan, patalogi dan bius.

“Dasar baru yang dipersetujui kerajaan itu akan membolehkan Mara menguta-makan tajaan untuk pelajar di universiti tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Royal College of Medicine Perak, di Ipoh baru-baru ini.

Mohd Shafie berkata, pelaksanaan dasar baru itu akan membolehkan Mara memberi keutamaan menaja penuntut ce-merlang di universiti tempatan dan sekali

Mahasiswa digalakkan membabitkan diri dalam bidang penyelidikan bagi mencapai matlamat negara untuk

mewujudkan nisbah 60 penyelidik bagi 10,000 tenaga kerja di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, matlamat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) itu akan diteruskan ke RMK-10 memandangkan ia masih lagi jauh untuk dicapai.

“Mengikut data semasa, nisbah Peny-elidik, Saintis dan Jurutera (RSE) kepada tenaga kerja di Malaysia pada tahun 2008 ialah 17.9:10,000, dan masih jauh keting-galan dari negara-negara maju yang telah mencapai sehingga 400:10,000,” katanya kepada media selepas melancarkan Mak-mal Biokeselamatan Tahap 3 (BSL3) Pusat

Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Saifuddin berkata, selain mewajibkan pensyarah menjadi penyelidik, mahasiswa juga digalak untuk menjadi pembantu peny-elidik kepada pensyarah mereka.

Beliau berkata, program praktikal juga akan diperbanyakkan di institusi penyelidi-kan bagi mendedahkan mahasiswa tentang metodologi serta prospek kerjaya sebagai penyelidik.

“Kita akan mulakan dari awal untuk men-jadikan mahasiswa biasa dengan kerjaya penyelidik, dan kita nak cuba pupuk untuk menjadikan penyelidik sebagai kerjaya masa depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Mikrobi-ologi Perubatan PPUM Prof Dr Sazali Abu Bakar berkata, makmal itu adalah yang pal-

ing moden dan yang pertama di negara ini yang akan digunakan bagi pengesanan dan penyelidikan penyakit berjangkit mikrobak-teria khususnya penyakit Tibi.

“Fasiliti ini adalah juga yang pertama di Asia Tenggara yang memenuhi standard piawaian 2010 Australia dan New Zealand bagi makmal terkawal,” katanya.

Sazali berkata, dengan penubuhan makmal itu, pengesanan penyakit Tibi yang kebiasaannya mengambil masa satu hingga enam bulan akan dapat disingkatkan kepada dua minggu sahaja.

Selain itu, ciri-ciri makmal yang moden juga akan dapat melindungi penyelidik daripada dijangkiti penyakit yang diselidik, selain membantu mereka membuat penyeli-dikan mengenai penyakit baru.

Siswa perlu aktif penyelidikan

SAIFUDDIN ABDULLAH

gus dapat mengurangkan perbelanjaan agensi berkenaan.

Katanya, banyak universiti tempatan mempunyai kualiti dan kemudahan pembe-lajaran yang setanding dengan universiti-universiti luar negara.

“Dasar baru ini adalah berita baik untuk pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Untuk tahun ini sa-haja, kita dapat lihat persaingan mendapat-kan tajaan semakin meningkat.

“Umum mengetahui bahawa tajaan pengajian di luar negara jauh lebih mahal berbanding pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang kualiti pengaji-annya tidak kurang hebatnya,” katanya.

Beliau berkata, dasar baru pembiayaan pendidikan Mara itu akan membuka lebih

banyak peluang kepada bakal penuntut di IPT pada masa depan. Buat masa ini, hanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Mara menaja pelajar dalam jumlah yang besar.

MOHD SHAFIE APDAL

Antara enam universiti yang menjadi pilihan Mara

Enam universiti dipilih Mara

Mara memberi fokus tajaan

kepada pelajar ke universiti yang

mempunyai reputasi baik dan tersohor di

peringkat antarabangsa

UNIVERSITI PILIHAN MARA:

* Universiti Oxford* Universiti Harvard

* Universiti Cambridge* London School of

Economics* Imperial College

* Universiti Monash

>> Dari Muka 19

Page 22: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 2010KAMPUS

UUM terokai industri filem

GABUNGAN kepakaran akademik antara kalangan mahasiswa dengan penggiat industri perfileman tanah

air akan melahirkan sebuah produksi ke-banggaan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dikenali sebagai Unifilm (Uniutama Film Centre).

Menerusi penubuhan produksi milik UUM itu, ia akan menjadikan universiti berkenaan sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang media elektronik.

Unifilm yang dianggotai 20 kakitangan menempatkan studio dan kelengkapan teknikal bernilai kira-kira RM1juta itu men-gorak langkah memperkembangkan perkh-idmatannya kepada jabatan-jabatan, kolej dan pelbagai agensi sama ada swasta atau kerajaan, pihak korporat, penyelidik, tokoh akademik atau orang perseorangan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Dahlan Ismail memberitahu, penstrukturan Unifilm yang dahulunya dikenali sebagai Unit Penyiaran UUM adalah sebuah Unit Audio Visual yang bermula penubuhannya pada 1984.

Katanya, ia kini beralih arah setelah mengalami penjenamaan semula yang dikenali dengan nama Unifilm.

PEMBIKINAN... Salah satu penggambaran yang dijalankan oleh UNIFILM.

Beliau berkata, penubuhan Unifilm adalah cetusan idea Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi yang bertujuan menjana pendapatan kepada universiti melalui perkh-idmatan audio visual dan produksi.

Katanya, untuk menjadikan Unifilm ce-merlang, sokongan daripada pelbagai pihak diperlukan dan pihaknya kini bekerjasama erat dengan Persatuan Pengarah Filem (FDAM) dan Persatuan Pekerja Filem Malay-sia (PROFIMA) untuk mempelbagaikan lagi aktivitinya.

Menurut Dahlan, Unifilm telah menjalin hubungan rapat dengan Perbadanan Filem

Nasional (FINAS) dalam usaha untuk menerbitkan lebih banyak kajian bagi mempertingkatkan pemasaran, pengu-rusan dan perkembangan industri filem tanah air.

‘’Langkah ini supaya suatu hari nanti, UUM mampu dinobatkan sebagai industri yang mampu memberi pulangan besar kepada negara menerusi film.

‘’Kita juga akan mengekalkan imej kein-telektualan dalam setiap karya supaya ia dapat dihayati dan memberi kesan kepada masyarakat selain usaha yang memerlu-kan perkongsian dan percambahan idea bukan hanya daripada penulis skrip dan pengarah tetapi di kalangan ahli aka-demik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, bebera-pa projek inovasi telah dirancang dalam menjayakan Unifilm iaitu penglibatan dalam Video Klip Kemiskinan, Video Klip Kajian Kes, Produksi Filem berskala besar bertajuk Panglima Awang Hitam.

Katanya, berpegang kepada tiga prinsip iaitu Kualiti, Kepantasan dan Kos (QSC), pastinya Unifilm mampu memberi sum-bangan yang menyerlah terhadap perkem-bangan Industri Perfileman, penyiaran dan seni tanah air.

Sementara itu, Pengarah Unifilm, Zaini Kosnin, berkata, pihaknya menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk Single Camera Production (SCP), Multiple Cam-era Production (MCP) untuk aktiviti-aktiviti anjuran universiti, pertubuhan pelajar UUM serta organisasi luar pada kadar harga yang sangat kompetitif dan berpatutan.

Selain itu, pihaknya juga akan mener-bitkan video korporat, video latihan, video persembahan dan perasmian sesuatu majlis.

Katanya, krew Unifilm yang lengkap dengan penerbit rancangan, wartawan, jurukamera, pereka multimedia, arkib, juru audio, juruteknik dan beberapa kakitangan lain pastinya akan memuaskan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan produksi berkenaan.

Unifilm akan memulakan langkahnya untuk menerbitkan drama televisyen, dokumentari, filem dan lain-lain program yang akan memberi sumbangan kepada pembangunan seni tanah air

Dengan pengalaman selama 10 tahun, penulis skrip telemovie dan drama bersiri popular Halimah Jongang yakin Unifilm mampu meletakkan UUM setanding den-gan produksi tempatan yang lain.

Krew penerbitan UNIFILM yang terlibat dalam pembabitan filem pendek ‘Impian’.

Aktiviti kampus Jun 2010

DAHLAN ISMAIL

22

Program: Majlis Pembukaan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia Tarikh: 21 Jun Tempat: Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan

Program: 3rd World Halal Research Summit 2010 (WHR)Tarikh: 23-25 Jun Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Program: Minggu Perkasa Putra Pelajar Baharu Semes-ter Pertama 2010/2011 Tarikh : 26 Jun-11 Julai Tempat: Dewan Besar,UPM

Program: World Halal Research Summit 2010 Tarikh: 23 - 25 JunTempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Program: The 4th Lecturing in English Course (N-LiE4) 2010Tarikh: 21-24 JunTempat: Berjaya Hills - Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Program: Pensijilan Pengajaran dan Pembelaja-ran IPT di Universiti Malaysia KelantanTarikh : 20 – 24 Jun Tempat : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Page 23: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 PIALA DUNIA 23

GAMAT BOLA!!!

APA SALAH SAYA... Penyerang Perancis, Thierry Henry (kanan) bertikam lidah dengan pengadil, Nishimura.

SORAKAN MERAH... Penyokong Korea Selatan meraikan kemenangan pasukan mereka menewaskan Greece 2-0.

MERIAH... Penyokong tuan rumah tidak melepaskan peluang menyokong pasukan kesayangan mereka.

LAYANG KAD... Pemain Australia, Tim Cahill (No. 4)

dilayangkan kad merahLEDAKAN PERTAMA... Pemain Afrika Selatan, Siphiwe Tshabalala menjaringkan gol pertama Piala Dunia menewaskan penjaga gol Mexico, Oscar Perez.

Page 24: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 2010PIALA DUNIA24

Jurulatih Korea, Huh Jung-Moo memuji prestasi cemerlang ketua pasukannya itu.

“Dia ketua pasukan dan nadi kami. Pemain lain boleh mencontohi komitmen yang diberikannya ketika turun padang,” katanya.

Di Korea Selatan, Ji Sung boleh diibaratkan seperti bintang bola sepak terkenal, David Beckham.

Dia adalah idola, hero dan ikon anak muda di negara itu dengan ramai anak muda Korea memasang impian mahu mengikut jejaknya untuk menyarung jersi Manchester United (MU)

Bukan setakat di Korea, rakyat Asia turut berbangga dengan Ji Sung kerana dia adalah satu-satunya rakyat Asia yang berjaya menempatkan diri dalam kesebela-san kelab liga Inggeris itu.

Di Afrika Selatan, Ji Sung diberi tang-gungjawab mengetuai Korea Selatan berdasarkan pengalamannya dalam dua edisi Piala Dunia (2002, 2006).

Kehadiran Korea Selatan tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi selepas mereka berjaya mencipta kejutan layak ke separuh akhir 2002, di bawah bimbingan Guus Hiddink.

Pada kejohanan itu, Ji Sung menjar-ingkan gol kemenangan Korea Selatan ke atas Portugal pada minit ke-70 untuk membawa pasukannya ke separuh akhir.

Sebenarnya, Hiddink adalah individu penting yang bertanggungjawab mem-buka laluan kepada Ji Sung beraksi dalam kancah bola sepak Eropah.

Dia memulakan karier bola sepaknya secara profesional seawal usia 18 ta-hun bersama kelab Jepun, Kyoto Purple Sangga.

Selepas Piala Dunia 2002, yang me-nyaksikan Korea mengejutkan Sepanyol dan Itali dalam laluan ke separuh akhir, Ji Sung meninggalkan Asia untuk mengikut

Nadi Korea Selatan

Hiddink ke kelab Belanda, PSV Eindhoven. Di PSV, Ji Sung mencuri perhatian

selepas menjaringkan gol ketika menen-tang AC Milan pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 2005.

Dia perlahan-lahan mencipta reputasi di Belanda dalam musim pertamanya bersama PSV.

Dua tahun kemudian, bola sepak Er-opah sudah mula sebati dalam diri apabila membantu PSV memenangi kejuaraan berganda pada 2005.

Tuah terus menyebelahi Ji Sung apabila aksinya menarik perhatian pengurus MU, Sir Alex Ferguson dan dia kemudian dibawa ke Old Trafford pada Julai 2005 dengan harga perpindahan bernilai £4 juta (RM19 juta).

Itu pun selepas Ferguson melihat aksi Ji Sung sebanyak 20 kali sebelum membuat keputusan mengikatnya. Ketika itu, beliau dituduh membeli pemain Asia itu sekadar melariskan jualan jersi MU bagi tujuan komersial.

Namun, Ji Sung kini dianggap antara pemain yang mendapat kepercayaan juru-latih dari Scotland itu dan kerap diturunkan

dalam perlawanan penting MU.Ferguson menegaskan bahawa dia

tidak membawa Ji Sung ke Old Trafford hanya sekadar untuk menjual publisiti dan jersi kelab.

“Ketika saya melihatnya beraksi pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang PSV pada 2005, saya rasa pemain ini (Ji Sung) memahami bola sepak.

“Dia bijak dan berdisiplin serta mampu beraksi di posisi berbeza. Tetapi anda boleh katakan apa saja mengenai setiap pemain yang kami beli,” katanya.

Malah, Ferguson turut memuji aksi cemerlang Ji Sung selepas menyaksikan aksi cemerlang anak buahnya itu ketika menewaskan Greece.

“Tiada lain yang mampu saya katakan selain pujian kepada Ji Sung. Dia tidak pernah mengecewakan. Dia pemain yang berkualiti dan Korea Selatan beruntung memiliknya,” katanya.

Di Old Trafford, Ji Sung menjulang tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah walaupun tidak beraksi di perlawanan akhir menen-tang Chelsea.

Ji Sung adalah pemain yang rajin dan bertenaga walaupun posisi sebenarnya adalah di tengah.

Namun, dia juga mampu beraksi di segenap penjuru padang, termasuk membantu pasukannya memecah benteng pertahanan lawan.

Dia satu-satunya pemain Korea Selatan yang memenangi medal Liga Juara-Juara Eropah dan pemain Asia pertama beraksi di pentas final Eropah. Dia juga berjaya mendakap Piala Kelab Dunia bersama Red Devils.

Ji Sung melakukan 89 penampilan den-gan menjaringkan 13 gol bersama MU.

Tiga gol dalam tiga penampilanya di Piala Dunia untuk meletakkan dirinya sebaris penjaring sepanjang zaman Korea Selatan di Piala Dunia, Ahn Jung-Hwan.

Tarikh Perlawanan Masa18 Jun Jerman lwn Serbia 7.30 mlm

Astro

Slovenia lwn Amerika Syarikat

10 mlm Astro

19 Jun England lwn Algeria

2.30 pg Astro

Belanda lwn Jepun

7.30 mlm Astro

Ghana lwn Australia

10 mlm TV1, Astro

20 Jun Cameroon lwn Denmark

2.30 pg Astro

Slovakia lwn Paraguay

7.30 mlm TV1, Astro

Itali lwn New Zealand

10 mlm TV1, Astro

21 Jun Brazil lwn Ivory Coast

2.30 pg TV1, Astro

Portugal lwn Korea Utara

7.30 mlm TV1, Astro

Chile lwn Switzerland

10 mlm Astro

22 Jun Sepanyol lwn Honduras

2.30 pg Astro

Mexico lwn Uruguay

10 mlm Astro

Perancis lwn Afrika Selatan

10 mlm Astro

23 Jun Nigeria lwn Korea Selatan

2.30 pg TV1, Astro

Greece lwn Argentina

2.30 pg Astro

Slovenia lwn England

10 mlm Astro

Amerika Syarikat lwn Algeria

10 mlm TV1, Astro

24 Jun Australia lwn Serbia

2.30 pg Astro

Ghana lwn Jerman

2.30 pg Astro

Slovakia lwn Itali 10 mlm Astro

Paraguay lwn New Zealand

10 mlm Astro

25 Jun Denmark lwn Jepun

2.30 pg Astro

Cameroon lwn Belanda

2.30 pg TV1, Astro

Portugal lwn Brazil 10 mlm Astro

Korea Utara lwn Ivory Coast

10 mlm Astro

26 Jun Chile lwn Sepanyol

2.30 pg TV1, Astro

Switzerland lwn Honduras

2.30 pg Astro

Pusingan 16 terbaik26 Jun Plwn 1: 1A lwn 2B 10 mlm

TV1, Astro

Plwn 2: 1C lwn 2D 2.30 pg Astro

27 Jun Plwn 3: 1D lwn 2C 10 mlm Astro

Plwn 4: 1B lwn 2A 2.30 pg TV1, Astro

28 Jun Plwn 5: 1E lwn 2F 10 mlm TV1, Astro

Plwn 6: 1G lwn 2H 2.30 pg Astro

29 Jun Plwn 7: 1F lwn 2E 10 mlm Astro

Plwn 8: 1H lwn 2G 2.30 pg TV1, Astro

FAKTASemasa kanak-kanak, Ji Sung bertubuh kecil dan dipaksa ayahnya memakan katak rebus untuk membantu tumbesaran tubuhnya.

>> Dari Muka 15

Ji Sung meraikan gol jaringannya ketika menentang Greece.

PARK JI SUNG

Page 25: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 PIALA DUNIA

>> Ketika Piala Dunia 1954, 140 gol dijaringkan

dalam 26 perlawanan dengan rekod purata 5.4 gol bagi setiap perlawanan.

>> 2 kad merah dan 4 kad kuning diperoleh bintang Peran-

cis, Zinedine Zidane dalam 3 edisi Piala Dunia adalah rekod layangan kad terbanyak.

>> Sebanyak 204 negara bersaing merebut 32 slot di Piala Dunia tahun ini. Hanya tempat Afrika Selatan terjamin selaku tuan rumah.

>> 13 slot diperuntukkan untuk zon Eropah, Afrika

(5), Asia (4) dan Amerika Selatan (4), CONCACAF

(3) manakala 2 slot lagi ditentukan melalui perlawanan play-off.

25

Fakta nombor Piala Dunia 2010

>> 15,000 sukarelawan dan 41,000 pegawai polis di-tugaskan di Kejohanan

Piala Dunia 2010.

>> 10 stadium di Afrika Selatan mampu memuatkan lebih

570,000 orang sepanjang kejohanan berlangsung.

>> Penyerang Brazil, Ronaldo Luis Nazario de menjaringkan 15 gol

dalam 3 penyertaannya di Piala Dunia.

>> Pada 1994, legenda Cameroon, Roger Milla muncul pemain tertua beraksi di pentas Piala Dunia dengan usia 42 tahun dan 39

hari.

>> Jaringan terpantas Piala Dunia dicipta oleh penyerang Turki, Hakan Sukur ketika menen-

tang Korea pada 2002, iaitu 11 saat.

>> Sebanyak 3 juta tiket diperuntukkan untuk 64 perlawanan, 480,000 daripadanya adalah untuk peminat Afrika Selatan.

>> Pemenang tahun ini akan membawa pulang AS$30 juta

(RM100 juta).

>> Skuad Brazil berjaya memenangi Piala Dunia sebanyak 5 kali.

>> Pemain Jerman, Lothar Matthaeus memegang rekod penampilan

perlawanan terbanyak di Piala Dunia, 25 perlawanan antara 1982

dan 1998.

Page 26: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 2010PIALA DUNIA

Kasut Emas milik siapa?PIALA Dunia sentiasa men-

jadi medan untuk pemain-pemain bola sepak dari

segenap benua mempamerkan kehebatan masing-masing di per-ingkat teringgi.Sudah pasti jentera peledak yang bertanding dalam Piala Dunia Af-rika Selatan tahun ini merencana strategi terbaik untuk meraih ge-laran penjaring terbanyak, sekali gus memenangi anugerah Kasut Emas.

Ronaldo, Gerd Muller, Gary Lineker, Paolo Rossi adalah antara nama besar yang pernah mendakap anugerah tersebut.

Kini di Afrika Selatan, barisan penyerang terbaik dunia sekali lagi akan berentap memburu penghormatan sama.

Pada empat tahun lalu di Jer-man, legenda Brazil, Ronaldo mencatatkan sejarah tersend-iri dengan meledakkan 15 gol sepanjang tiga edisi Piala Dunia disertainya, mengatasi rekod dicipta penyerang Jerman, Muller pada 1970.

Ronaldo muncul penjaring ter-banyak pada 2002 dengan lapan gol dan turut membantu skuad samba itu muncul juara kali ke-lima.

Aksi cemerlangnya itu mem-adamkan memori pahit ketika tewas kepada Perancis semasa final 1998 selepas bermain di bawah keupayaan sebenar aki-bat masalah kesihatan.

Bekas penyerang prolifik In-ter Milan, Barcelona dan Real Madrid itu adalah pemain Brazil kelima yang menjadi penjaring

terbanyak pada pusingan akhir Piala Dunia.

Terdahulu, bekas rakan sepa-sukan, Vava dan Garrincha berkongsi status sama pada 1962 bersama empat pemain lain.

Kejohanan empat tahun lalu juga menyaksikan penyerang tinggi lampai, Miroslav Klose ber-jaya membawa pulang anugerah penjaring terbanyak dengan mengumpul tujuh gol pada pusin-gan kelayakan walaupun Jerman sekadar mara ke separuh akhir.

Justeru, Klose kali ini pasti berhajat besar untuk memburu Kasut Emas buat kali kedua se-lain membantu negaranya men-julang Piala Dunia buat kali ke-empat.

Namun, bukan Klose seorang saja menyimpan hasrat itu. Dia bakal disaingi hebat penyerang sensasi England, Wayne Rooney yang tampil cemerlang bersama kelab elit Inggeris, Manchester United musim ini.

Pada Euro 2004, penampilan awal Rooney terbatas akibat ke-cederaan dialami dan dia juga kurang cergas ketika mewakili skuad Three Lions itu pada Piala Dunia 2006.

Namun, jika ada mana-mana anak buah Fabio Capello yang mampu menyamai pencapa-ian Kasut Emas dilakukan Gary Lineker, hanya penyerang Red Devils itu dilihat berpotensi melakukannya.

Selain itu, bekas rakan sepa-sukan Rooney di Old Trafford, Cristiano Ronaldo turut diletak-

kan sebagai pilihan utama untuk menjulang trofi Kasut Emas.

Pemain kebangsaan Portugal itu menjaringkan 42 gol dalam semua kejohanan ketika menya-rung jersi United selain muncul penjaring terbanyak untuk kelab barunya, Real Madrid sepanjang penampilan sulungnya di Sepan-yol.

Brazil meletakkan tugas mem-buru gol di bahu penyerang Se-villa, Luis Fabiano yang turut tersenarai dalam calon merang-kul Kasut Emas tahun ini.

Fabiano menjaringkan lima gol ketika membantu negara itu menjuarai Piala Konfederasi pada tahun lalu.

Seteru Brazil, Argentina me-miliki banyak pilihan di jentera serangan dengan dibarisi kelibat Lionel Messi, Carlos Tevez, Gon-zalo Higuain dan Sergei Aguero, juga menantu Diego Maradona.

Bekas penyerang Argentina, Mario Kempes, yang menjaring-kan enam gol pada 1978 dan Guillermo Stabile dengan lapan gol (1930) adalah bekas pe-menang Kasut Emas dari rantau Amerika Selatan itu.

Peminat bola sepak dunia juga boleh memilih Sepanyol untuk muncul juara Kasut Emas tahun ini memandangkan skuad bimb-ingan Vincente del Bosque itu memiliki gandingan penyerang berbisa di peringkat Eropah iaitu Fernando Torres dan David Villa.

Status Torres tidak perlu di-perkenalkan lagi selepas golnya membantu Sepanyol muncul

juara Euro 2008, manaka-la Villa pula adalah penjar-ing kedua ter-banyak sepan-jang zaman di negara tersebut.

Aksi garang Villa di hadapan gawang dengan 21 gol bersama Valencia dalam saingan La Liga musim ini menarik perhatian kelab ger-gasi Sepanyol, Bar-celona mengikatnya beraksi di Nou Camp musim depan.

Bintang Atletico Madrid, Diego Forlan yang membantu kelabnya menjuarai Piala Europa musim ini akan mengetuai barisan seran-gan Uruguay dalam usaha men-juarai Piala Dunia buat kali ketiga sejak kali terakhir memenanginya pada 1950.

Beban berat juga digalas pe-nyerang Perancis, Nicolas Anelka yang beraksi cemerlang bersama Chelsea musim ini walaupun dia dilihat kurang menyerlah ketika menyarung jersi kebangsaan.

Anelka diramalkan sukar men-gulangi pencapaian cemerlang dilakukan Just Fontaine yang meledakkan 13 gol pada 1958.

Dia dijangka beraksi sebagai penyerang tunggal kerana Thi-erry Henry dijangka hanya ditu-runkan selaku supersub.

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

KEHANGATAN Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bukan saja menggamit perhatian seluruh dunia, tetapi tempias turut dirasai rakyat negara ini.

Walaupun tiada nama Malaysia dalam 32 negara bertanding, kita boleh berbangga dengan kelibat individu bernama Subkhiddin Mohd Salleh sebagai pegawai keempat perlawanan pembukaan antara pa-sukan tuan rumah dan Mexico yang berkesudahan 1-1.

Malam itu, saya lepak minum bersama rakan-rakan di kedai mamak dekat Bukit Antarabangsa. Turut bersama kami adalah seorang rakan yang kebetulan memang bukan kaki bola. Entah apa mimpi dia lepak dengan kami tidak pula saya ketahui.

“Kau sokong pasukan mana, Epoi (bukan nama sebenar)?”“Aku tak sokong mana-mana, tapi nak tengok Subkhiddin turun

padang. Kalau Malaysia main, aku tentu sokong punya!” katanya, se-lamba.

Jawapan spontan Epoi itu membuatkan kami semua ketawa sebe-lum terhenti tiba-tiba ketika menyaksikan kelibat Subkhiddin masuk

bersama pengadil perlawanan, Ravshan Irmatov dari Uz-bekistan dan dua pembantu pengadil, Rafael Ilyasov (Uz-bekistan) dan Bakhadyr Kochkarov (Kyrgyzstan).

Sedar tidak sedar setiap kami tersenyum bangga. Dalam fikiran saya terbayang senyuman mereka semua ketika melihat detik skuad kebangsaan kita memijak padang semasa kejohanan Piala Dunia.

Bola sepak Malaysia belum pernah ke Piala Dunia dan entah bila akan berjaya. Walaupun sudah dua kali layak bertanding ke Sukan Olimpik, pada 1972 dan 1980, tetapi hajat besar itu masih belum kesampaian. Kita masih lagi mencari tempat di kalangan sepuluh negara Asia Teng-gara, apatah lagi di peringat Asia.

Mungkin edisi Piala Dunia kali ini bakal menyaksikan kebangkitan bola sepak Asia. Korea Selatan membuktikan tiada apa yang mustahil apabila mengejutkan bekas juara Eropah 2004, Greece, 2-0 .

Korea Selatan, yang layak ke separuh akhir Piala Dunia 2002, menunjukkan kepada dunia betapa mereka memiliki kelas tersendiri dengan ditunjangi bintang sensasi Man-chester United, Park Ji Sung.

Malangnya, di sebalik kerancakan kejohanan bermusim itu, kita masih lagi terus dibuai dengan kenangan lama, ti-dak ubah seperti lagu ‘Sandarkan Pada Kenangan’ yang dinyanyikan penyanyi kegemaran Epoi, Jamal Abdillah.

Legenda negara, Datuk Soh Chin Aun dan Santokh

Singh berterusan mengingatkan kita mengenai rasa bangga dirasai mereka ketika menyarung jersi negara selain tidak pernah memikirkan soal imbuhan.

Hero-hero negara itu hampir berjaya mem-bawa Malaysia ke Kelayakan Piala Dunia. Malah, mereka membantu negara ke Sukan Olimpik 1972 dan 1980. Hakikatnya, kelangsungan per-juangan mereka gagal diteruskan generasi kita.

Sehingga hari ini, hanya dua kejayaan terbe-sar itu kekal dalam sejarah bola sepak negara. Selain itu, kita cuma mampu berbangga dengan beberapa kejayaan kecil seperti Sukan Sea dan Pestabola Merdeka.

Ketika beribu-ribu peminat tempatan memakai jersi Brazil, Argentina, Sepanyol dan England, kita perlahan-lahan mula melupakan keinginan dan keperluan bola sepak Malaysia beraksi di pentas dunia.

Tiada keinginan dan mudah berpuas hati den-gan bersandarkan pada kenangan lalu membuat-kan kita hilang keyakinan diri hingga mengang-gap aksi Piala Dunia adalah bukan untuk kita.

Malaysia, bila lagi?

26

LUIS FABIANO

WAYNE ROONEY

FERNANDO TORRES

Page 27: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 27

Sisa kotoran yang dikorek oleh kren

atau jentera berat yang berbentuk lumpur atau cairan pekat enap cemar biasanya dibuang ke tempat yang ditetapkan seperti di pusat pelupusan sampah atau pun dimasukkan ke loji penyahan sisa enap cemar kumba-han yang diselenggarakan oleh Indah Water Konsortium (IWK). Prosedur sebegini agak menyukarkan kerana melibatkan proses pengangkutan dan permohonan permit pembuangan sampah serta caj pengusaha pusat pelupusan yang tinggi.

Oleh itu, satu penyelidikan bertujuan mencari kaedah moden yang bebas daripada kesulitan di atas, boleh dilakukan secara setempat pada bila-bila masa dengan cara yang mudah dicipta. Satu kumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai Penyelidik Pusat Pengajian Sains Kimia, Prof Dr Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim dan Norliana Mohd Salleh, pelajar Sarjana Kimia Industri, mencipta sejarah berjaya men-emui satu teknologi pemecah kebuntuan dalam menye-lenggara pencemaran air tasik dan sungai yang dicemari bahan berat logam.

Penemuan terkini kumpulan penyelidik universiti itu nyata berupaya membolehkan air tercemar dengan sisa toksik seperti plumbum kuprum, kromium dan sebagain-ya dapat digunakan semula. Apa yang lebih menggembi-rakan ialah ciptaan itu mampu membolehkan kehidupan air boleh bernafas tanpa ada sebarang masalah.

Inovasi yang dikenali sebagai Lignozorp atau pen-jerap logam berat, sekali lagi berjaya meletakkan nama USM dalam senarai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terbaik negara apabila menerima Pingat Emas pada pameran Teknologi, Inovasi dan Merekacipta 2010 (ITEX ‘10) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Bercakap kepada Transisi, Lignozorp dihasilkan

daripada tandan kelapa sawit kosong yang diekstrak menjadi ‘lignin’ dan ia sangat sesuai digunakan untuk menjerap logam berat bagi perawatan air buangan yang dihasilkan daripada kitaran sisa pertanian.

“Kami tidak menjangka berjaya meraih pingat emas di Itex ’10 baru-baru ini. Ia satu pencapaian terbaik bagi saya dan kumpulan, terutama kepada Norli-ana. Saya hanya percaya bahawa keistimewaan yang ada pada Lignozorp ialah kos penghasilannya yang sangat rendah serta mampu jerap logam berat

dalam air sisa pertanian yang dilihat antara faktor utama kepada pencemaran alam sekitar,’’ katanya.

Dalam satu kajian sebelum ini diakui bahawa perai-ran yang bertakung dan sungai yang tercemar, sekiranya tidak dirawat akan menyebabkan satu pembentukan kualiti perairan negara merosot dan sukar untuk kembali kepada keadaan asal kecuali menggunakan kaedah berteknologi tinggi yang memerlukan kos yang amat tinggi.

Antara masalah atau isu yang dihadapi dalam mer-ekabentuk sistem perawatan air tasik dan sungai yang sudah tercemar dengan bahan logam berat ialah:

• Keperluan untuk mencuci dasar yang tidak seragam, sama rata dan berlekuk-lekuk.

• Keperluan untuk mencuci tasik atau sungai yang bentuk tepiannya tidak seragam seperti empat segi, bulat dan sebagainya.

• Sisa pepejal yang tidak seragam dari segi saiz selalunya tersangkut di jaringan penapis menyebabkan ter-sumbat dan adakalanya sehingga pam penyedut enap cemar turut tersumbat.

• Keperluan untuk mengawal bot atau kapal dari jauh agar proses penyeng-garaan tasik dan sungai dapat dilaku-kan secara kawalan jauh.

• Pemilihan teknologi proses sedia ada yang sesuai untuk merawat pelbagai jenis rawatan sisa pencemaran dalam sungai yang tidak konsisten serta keperluan mer-

ekabentuk proses baru untuk disesuaikan dengan ke-adaan dan jenis sisa pencemaran dalam mengurangkan permintaan oksigen biologi (BOD) dan pepejal terampai.

Menurut Dr Mohamad Nasir, produk Lignozorp dapat dihasilkan dengan kos serendah RM4 sekilogram (per kg) berbanding produk komersial yang mencecah se-hingga RM 900 per kg.

Selain murah, ia turut membuktikan Lignozorp mampu mengurangkan nilai keperluan oksigen kimia (COD) dan keperluan oksigen biologi (BOD) dalam air buangan, menjadikan ia satu produk yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.

“Bayangkan,kami hanya guna tandan kelapa sawit kosong untuk cipta Lignozorp dan bahan ini juga mampu mengitar semula sisa pertanian itu kepada produk berni-lai tinggi yang mampu menyelesaikan satu lagi masalah pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran logam berat. Di sini, boleh kita lihat bahawa kosnya begitu rendah sekali,” katanya.

Beliau berkata, produk berkenaan dibangunkan se-lama dua tahun melalui pembiayaan geran penyelidikan USM berjumlah RM18,570 dan sudahpun dipatenkan pada 31 Disember tahun lalu.

“Saya yakin ciptaan ini boleh dipasarkan tahun depan jika ada pihak tertentu mahu bekerjasama dengan USM dalam membangunkan kilang bagi menghasilkan produk berskala besar,” katanya.

Sememangnya usaha dan ciptaan yang dilakukan penyelidik USM perlu diiktiraf bukan sahaja daripada Itex, malah semua pihak yang bertanggungjawab dalam perairan negara kerana Lignozorp mampu menyele-saikan segala masalah kehidupan air sekali gus mengu-

rangkan bau busuk.

“Saya yakin ciptaan ini boleh dipasarkan tahun depan jika ada pihak tertentu mahu bekerjasama dengan USM dalam membangunkan kilang bagi menghasilkan produk berskala besar”

KAJIAN ILMIAH

UJI... Bahan Lignozorp.Teknologi digunakan untuk hasilkan Lignozorp.

Pingat emas ITEX ’10.

Page 28: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 201028 AGAMA

Boleh lakukan Solat Jama’ Atau QasarSOALAN

ASSALAMUALAIKUM. Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai solat jama’ dan qasar. Saya tinggal di Melaka dan bekerja di Subang Jaya. Setiap hari saya akan berulang dari Melaka ke tempat kerja di Kuala Lum-pur. Jika diikutkan kepada hukum, jarak itu sudah me-lebihi dua marhalah.

Soalannya, adakah saya dikira musafir? Ini kerana setiap hari saya akan berulang dari Melaka ke Subang Jaya. Jadi, apakah saya layak solat jama’ dan qasar? Ini kerana saya pasti terlepas solat maghrib setiap hari dise-babkan sampai sahaja di rumah, sudah masuk waktu isya’. Apa yang harus saya lakukan.

Mohd Daud SamadAlor Gajah, Melaka.

JAWAPAN1. Jika jarak antara tempat tinggal dengan tempat kerja melebihi dua marhalah (iaitu 85 KM), saudara harus jama’ dan qasar solat sekalipun berulang-alik setiap hari antara rumah dan tempat kerja.

2. Saudara boleh memilih sama ada hendak melaku-kan jama’ taqdim atau takhir. Jama’ taqdim ialah menyegerakan solat isyak dengan melakukannya dalam waktu maghrib (ia dilakukan sebaik selesai menunaikan solat maghrib). Jama’ takhir ialah den-gan menangguhkan solat maghrib ke dalam waktu isyak (melakukannya bersama solat isyak). Namun jika saudara berniat jama’ takhir dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke tempat tinggal saudara, tidak harus lagi saudara mengqasarkan solat kerana saudara tidak lagi dinamakan musafir (kerana sudah sampai di kawasan tempat menetap). Ini bermakna saudara perlu melakukan solat isyak secara sem-purna (4 rakaat) berserta solat maghrib (3 rakaat). Saudara tidak harus lagi mengqasarkan isyak (2 rakaat) kerana saudara tidak berada dalam safar (permusafiran).

Soal/Jawab Suami minta duit jika mahu ceraiSOALAN

SAYA baru berkahwin lima bulan. Bagaimanapun, keharmonian yang dibina itu tidak kekal lama dan kami kini mengalami masalah rumahtangga. Kami memutuskan untuk bercerai dan suami saya meminta RM5,000 jika hendak bercerai dengannya. Apakah hukumnya? Patutkah saya membayar sedangkan masalah kami berpunca dari suami?

Samsiah Mohd IsmailKota Bharu, Kelantan.

JAWAPANRumahtangga yang dibina bukan untuk dirun-

tuhkan dengan sewenang-wenangnya tanpa se-bab yang munasabah dari segi syarak. Oleh yang demikian, puan boleh membuat aduan di unit kaunseling bagi mengatasi masalah demikian. Sekiranya tiada juga jalan penyelesaian terhadap perkara berkenaan, puan boleh membawa kes itu di mahkamah syariah yang berdekatan bagi memohon perceraian.

Untuk makluman puan, perceraian tidak boleh dilakukan di luar mahkamah. Jika berlaku juga, denda akan dikenakan kepada si suami. Ini ber-gantung kepada keputusan hakim mahkamah syariah berkenaan.Mengenai duit yang dipohon oleh pihak suami, puan tidak perlu bayar kepadanya sehinggalah pi-hak mahkamah memutuskannya terlebih dahulu.

Bakal madu pening sikap isteri pertamaSOALAN

SAYA dan teman lelaki ingin berkahwin. Bagaimanapun, isterinya tidak mahu berpoligami dan tidak mahu menandatangani borang poligami.Dise-babkan situasi ini, kami tidak dapat bernikah. Adakah cara lain untuk saya bernikah tanpa perlu mendapat tandatangan isterinya? Ini kerana saya ingin berkah-win di sini dan disaksikan keluarga saya dan bukan bernikah di luar negara. Adakah terdapat dalam Islam perlu meminta persetujuan dan tandatangan isteri untuk suami berkahwin lagi, atau adakah itu hanya undang-undang ciptakan manusia?

Patimah AlimuddinAlor Setar, Kedah.

JAWAPANIslam mengharuskan poligami sekiranya suami

itu berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan. Terdapat perbezaan antara Akta atau Enakmen antara negeri-negeri berkaitan keizinan isteri per-tama untuk poligami.

Oleh itu, langkah yang paling baik berbincang dengan ahli keluarga cadangan untuk berpoligami. Sekiranya ada persetujuan, boleh membuat permohonan poligami di Mahkamah Syariah yang berdekatan.

Tidak perlu keluar saf solatSOALAN

Saya ada sedikit masalah. Imam di tempat saya apabila membaca surah-surah dan fatehah, bacaannya tidak fasih dan sebutannya tidak qari. Contoh sebutan ha disebut den-gan kho, huruf zai disebutkan huruf zo. Apakah yang harus saya buat, sama ada mufarakah atau terus mengikutinya. Kalau mufarakah, nanti timbul fitnah, tetapi mengikutinya rasanya tak redha hati saya. Tolong berikan penjelasan.

Mohd Salam AliKuantan, Pahang.

JAWAPANSalah satu syarat menjadi imam ialah seorang yang

betul dan fasih bacaannya. Dalam hal ini saudara boleh mufaraqah daripada imam dan meneruskan solat seperti biasa tanpa keluar daripada saf (tempat saudara berada semasa mengikut imam).

Bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan makmum yang lain (sekiranya saudara berada di tengah-tengah saf atau di saf hadapan) saudara boleh meneruskan solat (dengan niat mufaraqah) dan mengikut perbuatan imam.

Pasangan nikah gantung boleh ‘bersama’SOALAN

SAYA ada kemusykilan dengan adat dan syariat tentang jimak selepas nikah. Seringkali kita mendengar peristiwa seperti nikah gantung. Dikatakan mengikut adat, suami isteri dalam nikah gantung belum boleh ‘bersama’ sebelum kenduri.

Adakah itu sama dengan dosa menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal? Jika betul, siapakah yang menanggung dosa tersebut kerana menyiksa batin kedua-dua suami isteri berkenaan.

Baharudin MustaphaBangi, Selangor.

JAWAPANKonsep nikah gantung tidak wujud dalam Islam.

Dengan demikian suami isteri yang sah boleh melakukan persetubuhan walaupun belum diadakan majlis kenduri.

Apabila suami isteri telah sah berkahwin tidak timbul persoalan dosa dalam perhubungan suami isteri.

Page 29: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 29

FARAID adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah mening-gal dunia dan tidak meninggalkan

wasiat sebelum kematiannya.Oleh itu harta peninggalannya akan

dibahagikan kepada ahli warisnya sep-erti anak, isteri, suami, ibu.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggal-kan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris seperti zakat dan nazar, serta wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

1. Tanah 2. Bangunan (rumah). 3. Barang kemas (emas, perak dll). 4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

CARA PENGAMBILAN HARTA PU-SAKA

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapa di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapa yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud Golongan ini mengambil pusaka

menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8.

Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah Golongan yang akan terima

baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah.

Terdapat tiga jenis asabah iaitu:

(a) Asabah Binafsih (b) Asabah Bil Ghoir (c) Asabah Maal Ghoir.

(a) Asabah Binafsih Pembahagian pusaka dengan jalan

menghabisi semua harta, atau men-gambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain.\

Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki

saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir Pembahagian pusaka dengan

jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain.

Ia terdiri daripada empat orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir Pembahagian pusaka dengan jalan

menghabisi semua harta, atau men-gambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perem-puan lain.

Ia terdiri daripada dua orang perem-puan iaitu: saudara perempuan kand-ung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham Golongan ini akan menggantikan

golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengam-

bil bahagian harta.Tetapi biasanya golongan ini akan

terhalang menerima harta.Terdapat empat golongan Dhawil-

Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golon-gan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada dua jenis iaitu Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon Terhalang dengan mengurangi

pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana ma-sih ada ahli waris lain yang bersama-sa-manya seperti suami daripada menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman Terhalang dengan tidak menerima

pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka.

Berikut adalah bahagian yang diperolehi ahli waris mengikut syarak

1/2 Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki.

1/4 Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki.

1/4 Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki

1/8 Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

1/2 Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki.

2/3 Dua orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki

ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

1/2 Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak.

2/3 Mempunyai dua orang atau lebih DAN tiada anak.

1/6 Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan.

ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU dua anak perempuan atau lebih.

1/6 Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa.

1/3 Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri.

Sama seperti bapa Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

1/2 Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah.

2/3 Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah.

ASABAH Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk

Terhalang oleh disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki.

1/2 Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah.

2/3 Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah.

1/6 Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa

Asabah disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk.

Terhalang Oleh 1. Bapa 2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung

1/6 Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki.

1/3 Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki.

Terhalang oleh Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki.

Harta ikut faraid

Kadar dan syarat setiap ahli waris

AGAMA

Page 30: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 201030 SIHAT

RAMAI wanita tidak menyedari mereka boleh mengidap diabetes atau kencing manis ketika hamil,

sekalipun secara zahir mereka sihat dan tidak pernah menderita penyakit berkenaan.

Ini disebabkan kandungan hormon, khususnya hormon estrogen dan proges-terone yang meningkat dengan begitu tinggi semasa hamil. Hormon itu mem-

punyai kesan terhadap metabolisme gula dalam badan seseorang. Kesan peningka-tan hormon tersebut menjadikan kandun-gan gula dalam darah turut meningkat.

Jika sistem imbangan hormon tidak lancar, khususnya apabila hormon insulin dikeluarkan tidak cukup untuk menurunk-an paras gula dalam darah, maka diabetes akan berlaku.

Keadaan tersebut menjadi lebih buruk jika wanita itu mengidap kencing manis sebelum hamil dan menerima rawatan secara suntikan atau diabetesnya dikawal dengan mengurangkan ambilan gula dan kanji (dieting).

Keadaan diabetes ini lebih sukar dista-bilkan ketika wanita itu hamil. Dua situasi tersebut memiliki beberapa kesan buruk, terutama terhadap bayi dalam kandungan dan juga ibu mengandung.

Sesetengah wanita memiliki potensi mengidap diabetes ketika hamil. Ciri- cirinya adalah seperti berikut:

• Ada ahli keluarga terdekat seperti ibu, nenek, adik beradik mengidap diabetes. •Pernah mengalami keguguran, khususnya keguguran berulang kali. • Pernah melahirkan anak terlalu berat, melebihi 4.5 kilo gram. • Pernah mengalami masalah bayi dalam rahim atau bayi mati ketika dilahirkan. • Memilki berat badan berlebihan, me lebihi had Indeks Jisim Tubuh (BMI). • Pernah melahirkan anak cacat.

Jika anda termasuk dalam golongan di atas, sebaiknya dapatkan penjagaan dan pemeriksaan rapi ketika hamil supaya gejala itu tidak berulang semasa kehamilan berikut. Dia-betes juga boleh dikawal pada kehamilan seterusnya.

Diabetes yang tidak terkawal dan tidak stabil boleh menjejaskan bayi dalam kan-dungan.

Keguguran di peringkat awal boleh ber-laku dan ia lebih kerap terjadi pada pering-kat empat hingga lima bulan.

Biasanya, jika bayi itu selamat dilahir-kan, mereka memiliki berat badan berlebi-han berbanding bayi normal. Justeru, ia menimbulkan komplikasi kepada si ibu.

Situasi ini mampu menjejaskan proses kelahiran secara normal dan memerlukan pembedahan. Bayi dengan berat berlebi-han akibat diabetes juga menimbulkan ke-sulitan ketika melahirkannya secara forsep atau cara lain.

Ada kemungkinan kepala bayi atau ba-hunya cedera dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dilahirkan ibu yang men-gidap diabetes terdedah kepada masalah pernafasan atau kekuningan. Bayi yang mengalami masalah pernafasan berisiko maut pada peringkat awal, sejurus selepas dilahirkan.

Kesan diabetes kepada IbuWanita yang mempunyai ciri-ciri diabe-

tes kemungkinan besar mengidap penya-kit itu. Proses tersebut dicetuskan melalui kehamilan, terutama apabila ia berlaku berulang kali. Kehamilan dianggap seb-agai keadaan yang memberi tekanan dan mengganggu imbangan hormon dan akh-irnya mencetuskan diabetes.

Diabetes menjadi semakin tidak stabil dalam kalangan wanita hamil yang dike-san mengidap penyakit berkenaan. Mere-ka memerlukan ubat-ubatan atau suntikan yang lebih daripada dos biasa. Penye-suaian ubat amat penting dalam menga-tasi masalah yang mungkin dialami bayi dalam kandungan

Tanda kencing manisDiabetes ketika hamil tidak mempunyai

sebarang tanda. Justeru, jika memiliki ciri-ciri seperti dinyatakan, amat penting bagi mereka menjalani ujian air kencing.

Wanita hamil perlu mendapat pen-jagaan rapi sejak peringkat awal. Jika disahkan mengidap diabetes, rawatan sewajarnya boleh diberikan. Air kencing pengidap diabetes mengandungi kand-

ungan gula yang banyak. Namun, tidak semua air kencing wanita hamil yang men-gandungi gula termasuk dalam kumpulan pesakit diabetes. Sesetengahnya hanya mengalami masalah buah pinggang.

Buah pinggang yang tidak boleh me-nahan kebocoran gula dalam darah me-nyebabkan ia dikeluarkan menerusi air kencing. Ini boleh berlaku ketika wanita itu hamil kerana mekanisme penapisan gula dalam buah pinggang menjadi lemah. Na-mun, ia bukan petanda penyakit.

Menangani masalah diabetesLangkah pertama, wanita itu perlu me-

mastikan berat badan mereka tidak ber-lebihan. Ini kerana pelbagai jenis penyakit boleh berlaku akibat masalah kegemukan, terutama ketika hamil.

Jika seseorang wanita melebihi had BMI, mereka perlu mendapat nasihat pa-kar pemakanan mengenai bahan dan cara pemakanan yang baik.

Kawalan makanan, khususnya makan-an yang mengandungi gula dan zat kanji seperti nasi, roti atau mi adalah sangat penting ketika hamil. Corak pemakanan perlu dikawal rapi kerana dikhuatiri me-nyebabkan diabetes dan darah tinggi. Sebaliknya, makanan ketika hamil sepat-utnya perlu mengandungi zat protein, vita-min dan besi yang banyak terdapat dalam daging, ayam, sayur dan bijian.

Ibu hamil yang mengidap diabetes akan melahirkan anak secara normal jika mendapat penjagaan rapi. Seandainya timbul masalah, misalnya diabetes tidak dapat distabilkan atau terdapat tanda yang mengancam nyawa bayi dalam kandun-gan, ada kemungkinan kelahiran secara pembedahan diperlukan.

Namun, keadaan ini jarang berlaku. Se-bahagian besar wanita tersebut bersalin secara normal walaupun ada sebilangan kecil perlu melahirkan anak lebih cepat menerusi kaedah induction of labour.

Pada keseluruhannya, diabetes tidak begitu membahayakan wanita hamil, teta-pi ia boleh mengancam bayi dalam kand-ungan.

Tanda diabetes1. Perasaan haus terus menerus.2. Berat badan turun mendadak.3. Kerap buang air kecil.4. Cepat letih.5. Rasa gatal.6. Koma dalam kes-kes tertentu.

Komplikasi diabetes1. Kegagalan buah pinggang.2. Penyakit jantung.3. Mati pucuk.4. Kerosakan otak.5. Buta.

Tanda diabetes kronik1. Berat badan pesakit merosot.2. Rasa kebas atau sakit pada tangan atau kaki.

3. Luka pada kaki yang sukar disembuhkan4. Koma.

Cara uji pesakit diabetes1. Jika air kencing dihurung semut, kemungkinan besar orang itu mengidap diabetes.2. Gunakan kertas uristix untuk menguji air kencing. Jika warna kertas berubah, orang itu sah mengidap diabetes.

Cegah diabetes1. Bersenam secara teratur.2. Tidak merokok.3. Jaga berat badan ideal.4. Kawal kadar glukosa dalam darah.5. Lakukan pemeriksaan kesihatan.6. Buat pemeriksaan mata secara berkala.7. Ambil gula berkalori rendah.

Risiko diabetes wanita hamil

1. Makan bijan, keka-cang, ubi dan makanan berakar lebih tujuh set hidangan sehari.2. Makan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lebih lima set hidangan sehari.

3. Hadkan ambilan gula dan elak makanan diproses seperti daging burger, sosej dan naget.

4. Kurangkan am-bilan daging merah, makanan berlemak dan bergaram.5. Lakukan senaman konsisten setiap min-ggu. atau 20-30 minit sehari.

6. Jauhi alkohol dan tembakau. Jangan minum minuman ber-alkohol dan berhenti merokok.

PETUA CEGAH BARAH

Page 31: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 31SIHAT

RAHSIA keajaiban untuk kekal sihat, kelihatan muda dan bertenaga ditemui sejak berabad lama. Malah

ramai individu tidak kira wanita atau lelaki sanggup berhabisan wang ringgit untuk memiliki pakej menarik itu.

Tetapi percayakah anda, hanya dengan sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan. Mungkin agak sukar untuk kita mempercayainya tetapi itulah realitinya kerana buah itu mengandungi bahan anti oksidan tinggi.

Hasil kajian turut mendapati epal bukan sahaja dianggap bahan anti-pen-goksida, malah boleh mencegah penyakit barah.

Pengurus Unit Perniagaan Mibelle Bio-chemistry Switzerland, berkata Dr Fred Zulli, pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan.

“Sel stem epal berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan memperbaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk

pigmen kulit. “Sel hayat dalam badan manusia

mempunyai jangka hayat terhad, di sebabkan faktor peningkatan usia selain keadaan persekitaran dan pemakanan harian yang tidak sihat.

“Ia secara tidak langsung menyebab-kan kulit kurang anjal dan tegang serta otot tisu pada kulit mengedut, sekali gus mempercepatkan proses penuaan,” kat-anya ketika ditemui baru-baru ini.

Di Switzerland, penduduknya menga-malkan makan sejenis epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan.

Buah epal ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.

Sebuah syarikat tempatan, Go Cell International Sdn Bhd mengambil inisiatif berkongsi kebaikan buah-buahan dengan mengeluarkan produk minu-man kesihatan

diberi nama Go Geous. Go Geous, produk stem sel pertama

di Asia yang dihasilkan daripada ekstrak buah epal, Uttwiller Spathlauber.

Ia memiliki satu gabungan formula bahan yang sangat hebat seperti kolagen ikan, ekstrak beri acai, ekstrak batang pain, ekstrak biji anggur, L Arginine dan campuran beri. Ia adalah spektrum seim-bang yang lengkap bagi vitamin, mineral, protein, antioksida, Omega 3, 6 & 9, fiber dan nutrisiphyto lain yang diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Sel stem epal yang terdapat dalam produk ini menggunakan kaedah Phyto-CellTec. Lebih menarik buah ini kaya den-gan phytonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang panjang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazimi Hamid, berkata Go Geous boleh dijadikan makanan tambahan kepada penggunanya kerana ia bukan saja berupaya melambatkan proses penuaan malah menjadikan anda sihat dan lebih bertenaga.

“Produk ini boleh diminum sesiapa

saja tanpa mengira umur dan ia tidak mendatangkan bahaya kepada ibu men-gandung,” katanya.

Kebanyakkan orang akan kehilangan sebanyak 30 peratus fiber kolagen ketika mereka mencecah usia 40-an dengan menyebabkan kedutan dan kulit mula mengendur. Rousselot Hydrolysed Col-legen ini membantu mempertahankan dan meningkatkan fiber kolagen yang menjadikan kulit lembut, tegang dan sihat dari dalam.

Produk ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan sakit sendi.

Go Geous sememangnya produk kecantikan lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki yang mampu menjadi-kan seseorang itu kelihatan menawan, menarik, cantik, cergas dan sihat dari luar dan dalam.

Maklumat lanjut mengenai produk Go Geous boleh layari blog:http://gogeousbisnes.blogspot.com

Keajaiban sel stem epalMampu melambatkan proses penuaan

“Sel stem buah epal berkesan untuk menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk memperbaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit” - Fred Zulli

LONDON: Sepasukan saintis Britain menemui tiga faktor genetik baru bagi barah testis yang membentuk kumpulan penyakit paling kerap menyerang kalan-gan lelaki muda.

Tiga gen itu dikenal pasti sebagai TERT, ATF7IP dan DMRT1.

Ketua saintis dari Institut Penyelidikan Barah (ICR), Clare Turnbull berkata, TERT dan ATF7IP adalah gen yang san-gat penting dalam mengekalkan kepan-jangan yang betul pada penghujung kromosom, dipanggil telomeres.

Masalah kependekan telomeres dapat dikesan dalam banyak barah dan variasi genetik dalam TERT yang ada kaitan dengan barah lain, termasuk paru-paru, buah pinggang, rahim, pankreas, kulit dan prostat.

Gen DMRT1 pula memainkan per-anan penting dalam penetapan jan-tina dan sudah lama dikaitkan dengan perkembangan barah testis bagi tikus.

Penemuan terbaru itu dijangka mem-bantu pesakit barah testis dalam menda-patkan diagnosis awal dan rawatan lebih baik.

Kajian dibuat membabitkan imbasan ke atas 6,000 corak gen lelaki daripada kumpulan pengidap dan bebas barah testis.

Hasilnya, saintis mengesan variasi genetik dalam tiga bahagian besar yang biasa ditemui dalam tubuh pesakit barah.

“Kehadiran gen-gen di bahagian tersebut memberikan kami petunjuk kepada mekanisme yang menyebabkan berlaku barah testis. Ini membantu kami

membangunkan cara rawatan baru bagi penyakit berkenaan,” kata saintis ICR, Nazneen Rahman.

Bagi mengesahkan kajian itu, pasu-kan saintis melakukan analisis susulan terhadap 670 pesakit barah testis dan 3,500 lelaki yang tidak mengidap pen-yakit tersebut.

Lelaki berusia 15 hingga 45 tahun adalah golongan yang paling ramai menderita barah testis.

Namun, penyakit itu termasuk dalam kumpulan barah yang boleh dirawat kerana ia bertindak balas dengan baik kepada rawatan kemoterapi.

Bagaimanapun, rawatan tersebut menyebabkan kebanyakan mereka yang pulih daripada penyakit itu menghadapi masalah kesuburan.

Barah testis memiliki komponen genetik kuat dan lelaki yang mempunyai saudara lelaki yang mengidap penyakit itu berisiko lapan hingga 10 kali ganda membangunkan sel barah tersebut.

Risiko mengidap barah testis daripada kaitan talian darah adalah sangat tinggi berbanding jenis barah lain iaitu sekitar dua kali ganda.

Faktor genetik pengaruhi risiko barah testis

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

sel barah dalam testis

Penyakit barah testis boleh dipulihkan meng-gunakan rawatan kemoterapi

Page 32: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 2010

3 8 9 11 4 6 5 9 8

9 3 2 48 2 1

4 7 5 3 6 21 9 4

2 3 8 66 4 2 5 7 1

1 6 4 3

SUDOKU

Anda peka?Cari 5 perkara yang sama tapi tak serupa

A

B

S uatu hari ketika si suami sedang menonton televisyen, bapa mertua lalu di hada-pan dan tiba-tiba rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabut si suami, isteri dan ibu mertua datang meluru sambil menggoncang tubuh bapa mertua.

Namun, bapa mertua hanya diam dan langsung tidak bergerak. Ibu mertua yang panik melihat situasi mencemaskan itu pantas menyuruh menantu mengajar bapa mertua mengucap. Dengan penuh keyakinan, si suami pun merapatkan mulut ke telinga bapa mer-

tuanya dan berkata;“Maaa... Rabbukaaaaa! (Siapa Tuhan kamu!)” jeritnya, kuat.Tidak sampai sesaat bapa mertua terus sedar dan terbatuk-batuk.“Bila masa kau jadi malaikat? Aku belum mati lagilah!!” kata bapa mertua dan ibu mertua tiba-tiba terjelepuk pengsan.

Menantu hantu

MELINTANG

1. Batil4. Ele5. Ngaum7. Abai8. Era9. NST11.Mei12.Guam

KE BAWAH

1. Buntang2. Lembam3. Selisik6. Uar8. Eta10.Su

1 7 9 8 2 4 3 5 63 5 2 1 6 7 9 8 48 6 4 9 3 5 2 7 15 9 1 2 8 6 4 3 76 8 7 4 9 3 5 1 22 4 3 5 7 1 8 6 99 2 5 7 1 8 6 4 34 1 6 3 5 9 7 2 87 3 8 6 4 2 1 9 5

Jawapan edisi 1

Teka silang kata Sudoku

32 UJI MINDA

1 2 3

4 5

6 7

8 9

10 11

12 13

14

MELINTANG1. Di sampaikan pada khalayak ramai4. Kata hairan7. Nama askar kepunyaan sultan8. Perbuatan kekerasan, tekanan10. Kantung12. Gagal14. Sejenis alat muzik kecil bertali bertali empat

KE BAWAH1. Huruf ke-23 dalam abjad jawi2. Mencangkul tanah 3. Unit SI yang berkaitan dengan elektrik5. Perkataan ‘dari’6. Orang ke dua tertinggi di dalam negara8. Benda tajam di perbuat daripada besi9. Tanya11. Sejenis pengangkutan awam di Singapura13. Ya, baiklah, akur, bersetuju

Teka Silang Kata

Page 33: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 33

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

RAJA-RAJA MELAYU

negerinya akan diletakkan di tempat akhir dalam sena-rai pencalonan.

PROSIDING PEMILIHAN

• Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli Majlis.

• Pemilihan dibuat secara undi sulit.• Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja

sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.• Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan

ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dima-sukkan dalam peti undi.

• Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyim-pan Mohor Besar Raja-Raja.

• Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.

• Seorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

PROSES PEMILIHAN

Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Calon mestilah mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja

yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima ta-waran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

JAWATAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong agak penting juga, tetapi kerana jawatan ini dibayangi oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka institusi dan pemegang jawatan itu tidak begitu diketahui oleh orang awam. Timbalan Yang di-Pertuan Agong biasanya lebih dikenali sebagai Raja ne-gerinya daripada sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Timbalan hanya penting apabila baginda melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong, samada semasa ketiadaan Yang di-Pertuan Agong atau semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat melaksanakan fungsinya atas sebab kesihatan atau tidak berkemampuan.

Selain itu, Perlembagaan tidak memberikan Timbalan kedudukan yang lebih tinggi daripada Raja-Raja lain. Dengan sebab memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, kedudukan Raja berkenaan tidak dianggap melebihi Raja yang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Terengganu yang hanya mendahu-lui Sultan Selangor dan Pemangku Raja Perlis dari segi kekananan.

Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diperuntuk-kan dalam perkara 33 Perlembagaan Persekutuan.

PERLUNYA TIMBALAN

Kewujudan jawatan Timbalan Ketua Negara bukanlah ama-lan yang luar biasa. Ada banyak sebab perlunya perwuju-dan jawatan sedemikian:1. Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak ada dalam negara; terutamanya apabila baginda membuat lawatan

negara ke negara asing.

2. Kesihatan yang kurang baik mungkin menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada melaksanakan fungsinya.

3. Kemungkinan berlakunya kemangkatan semasa masih memegang jawatan. Hal ini berlaku pada Yang di-Pertuan Agong yang pertama, kedua dan kesebelas.

4. Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak dapat melak-sanakan fungsinya atas sebab lain.

Dalam keadaan yang sedemikian, kehadiran Timbalan Ketua Negara yang fungsinya ditetapkan dengan jelas dalam Perlembagaan membantu masalah yang mungkin berlaku.

PROSES PEMILIHAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Selepas tamat urusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula disempurnakan mengikut proses yang sama.

SELEPAS TAMAT URUSAN PEMILIHAN

Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas bag-inda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.

Page 34: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 201034 HAWA

Asam Pedas Ikan Pari

bersama..Chef Raja Ariffin Raja Sufian

BAHAN-BAHAN:

3 ulas bawang putih1 camca the sebuk lada hitam3 biji bawang merah1 camca the kerisik1 cm kunyit & 3 cm halia1/2 cawan air asam jawa2 camca besar minyak masak1 cawan setengah air1 cawan setengah air10 biji halba1/2 kg ikan pari10 tangkai cili kering dikisarTomato serta garam secukup rasa1 camca besar rempah kari2 helai daun limau purut

CARA MENYEDIAKAN :

1.Tumbuk bawang merah,putih,halia & kunyit2.Panaskan minyak dan masukkan halba,tumis hingga naik bau kemudi an masukkan bahan yang ditumbuk sehingga garing 3. Masukkan cili kisar, rempah kari kacau sehingga garing kemudian ma sukkan daun limau, serbuk lada hitam serta kerisik.Kacau sehingga sebati.4. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya.Didihkan kemudian masukkan ikan pari selama 2-3 minit5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa serta tomato.

Hak isteri selepas kahwin atau cerai

Tempat tinggal Is-teri yang diceraikan berhak mendapat tempat tinggal dari-pada bekas suami ketika dalam idah.

Nafkah Bukan saja boleh dituntut ketika perkahwinan, tetapi juga boleh dituntut selepas perceraian, iaitu semasa dalam idah. Erti nafkah adalah termasuk makan minum, pakaian dan tempat tinggal.

Muakah Isteri juga ber-hak menuntut mutaah iaitu pemberian sagu hati oleh suami kepada bekas isteri yang diceraikan tanpa sebab.

Harta Sepencarian Iaitu harta diperoleh bersama ketika menjadi suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat ditentukan Syarak.

Cara membuat tuntutan ialah sama ada perempuan atau lelaki yang bercerai bo-leh membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keputu-san terhadap bekas suami atau isteri mengenai pemba-hagian harta sepencarian.

Bagi memudahkan mendapat hak itu, lebih baik menggunakan khidmat peguam. Mereka yang tidak mampu menggunakan khid-mat tersebut boleh memohon kepada Biro Bantuan Gua-man dan . Semua permo-honan perlu dibuat kepada Pendaftar Mahkamah Syari-ah.

Hadhanah Penjagaan kanak-kanak dalam peringkat umur tertentu dan belum mu-maiyyiz selepas ibu bapa mereka bercerai.

i) Hak penjagaanApabila berlaku per-

ceraian, hak penjagaan kanak-kanak diberikan kepa-

da ibu. Namun, ia tertakluk kepada beberapa syarat yang wajib dipenuhi.

ii) Kelayakan penjagaTidak semua orang berhak

atau layak menjadi penjaga kepada kanak-kanak kecuali selepas memenuhi kriteria iaitu: Islam; Baligh dan sem-purna akal; Berkemampuan dan boleh menjalankan tugas penjagaan serta pendidikan dengan sempurna; Amanah dan bermoral tinggi; Memiliki pertalian darah dengan kanak-kanak; Mempunyai tempat tinggal tetap; Tinggal di tempat kanak-kanak yang dipelihara; Jika yang men-gendalikan penjagaan adalah ibu sendiri, maka disyaratkan dia belum lagi berkahwin den-gan lelaki lain selain daripada bapa bayi itu.

Kelayakan di atas termak-tub seperti dalam Undang-Undang Keluarga Islam Neg-eri-Negeri.

iii) Hilang kelayakanHak penjagaan seseorang

perempuan itu akan hilang jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak itu; perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan; perempuan itu menukar per-mastautinannya dengan tu-juan untuk mencegah bapa kanak-kanak daripada men-jalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu; perempuan itu murtad; perempuan itu cuai atau men-ganiayai kanak-kanak itu.

iv) Had masaHad penjagaan kanak-

kanak akan tamat selepas mereka mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembi-lan tahun bagi perempuan. Bagaimanapun, Mahkamah atas permohonan penjaga boleh membenarkannya menjaga kanak-kanak itu se-

hingga umur sembilan tahun bagi lelaki dan 11 tahun bagi perempuan.

Apabila tamat tempoh, hak penjagaan berpindah kepada bapa. Seterusnya jika kanak-kanak itu telah mencapai umur mumaiyiz maka ia boleh memilih untuk tinggal sama ada dengan ibu atau bapan-ya.

v) Penjagaan anak luar nikah Penjagaan kanak-kanak

tak sah taraf adalah hanya oleh ibu dan saudara mara ibu.

vi) Upah kendali hadhanahApabila yang melakukan

tugas hadhanah itu adalah ibu kanak-kanak itu, maka setelah tamat masa eddahn-ya dan dia tidak lagi mendapat apa-apa nafkah daripada bekas suaminya, maka pada saat itu dia berhak dapat upah penjagaan anaknya. Ini kera-na dia telah melaksanakan satu tugas bagi pihak bapa anaknya ataupun wali anaknya.

Jika yang mengendalikan urusan hadhanah itu bukan ibunya sendiri, maka dia ber-hak mendapat upah atas pel-bagai khidmatnya terhadap kanak-kanak itu kecuali jika dia redha atau rela memberi-kan khidmatnya secara per-cuma.

Bayaran hadhanah dikira dari permulaan hari dia melaksanakan tugasnya. Bayaran ini tidak luput sama sekali kecuali dengan menjelaskannya atau meng-halalkannya sahaja.

Orang yang bertanggung-jawab membayar upah had-hanah ialah orang yang ber-tanggungjawab menanggung nafkah anak berkenaan kera-na perbelanjaan hadhanah dikira sebahagian daripada nafkah dan ia adalah wajib ke

atas seseorang bapa ataupun penjaganya.

vii) TambahanDi samping perceraian bi-

asa terdapat 3 cara lain untuk membatalkan perkahwinan bagi mengimbangi keadilan terhadap hak wanita iaitu:

Fasakh Semua negeri di Malaysia ada peruntukan Un-dang-Undang mengenai per-ceraian melalui fasakh. Isteri berhak mendapat perintah Mahkamah Syariah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh nikah atas sebab-sebab munasabah.

Khulu’ (tebus talak)Khulu’ adalah perceraian me-lalui permohonan pihak isteri yang disertai dengan bayaran tertentu. Isteri harus meminta talak dengan membayar ke-pada suaminya sesuatu ben-da yang berharga sebagai ganti. Jumlahnya tertakluk ke-pada kedua-dua pihak. Setelah dua pihak bersetuju jumlah bayarannya, maka Mahkamah akan mengarah-kan suami melafazkan per-ceraian. Talak seperti ini dina-makan ‘Bain Sughra’ iaitu perceraian yang tidak boleh dirujuk kecuali akad dan mas kahwin yang baru.

Taklik Menurut semua undang-undang Keluarga Is-lam di Malaysia, seorang wanita yang telah berkahwin boleh memohon cerai taklik. Taklik diertikan sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak.

Seorang perempuan ber-hak memohon kepada Mah-kamah mendapat perceraian kepada mahkamah mendapat perceraian menurut syarat surat perakuan taklik yang telah dibuat selepas akad ni-kah. – Jakim.

Resipi Warisan

PERCERAIAN adalah perbuatan halal yang sangat dimurkai Allah kerana ia mem-bawa kepada pelbagai implikasi dalam masyarakat. Bagi menjamin kedudukan wanita, Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri memberi beberapa hak

kepada wanita untuk menuntut keadilan akibat perceraian.Berikutan daripada perceraian biasa (bukan fasakh, khuluk dan taklik), isteri berhak

menuntut perkara berikut:

Page 35: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 35HAWA

SEMUA bangsa di dunia teruta-ma Malaysia ada cara tersend-iri menjalankan tradisi dan adat

budaya masing-masing. Begitu juga dalam upacara perkahwinan. Bagi ma-syarakat Melayu, perkahwinan adalah perkara terpenting dalam kehidupan mereka kerana ia tahap sejarah dalam hidup seseorang.

Perkahwinan perlu dirancang supaya segala upacara dapat dibuat dengan baik. Namun, dalam konteks tradisi perkah-winan Melayu, idea dan amalan dapat menjurus kepada pengertian budaya dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun.

Seperkara yang tidak boleh diketepikan dalam tradisi perkahwinan Melayu adalah tumbuhan semula jadi. Lebih daripada itu, masyarakat Melayu amat berpegang ke-pada pepatah ‘biar mati anak jangan mati adat’.

Walaupun tidak ramai memahami falsa-fah dan mempelajari logik adat itu secara mendalam, sekurang-kurangnya kita ma-sih memerlukannya dalam setiap upacara perkahwinan. Ini termasuk empat perkara iaitu merisik, pertunangan, persiapan se-belum bersanding dan majlis perkahwi-nan.

Juster, proses persediaan mendirikan rumah tangga tidak semudah seperti me-nyebutnya. Selepas proses meminang, timbul pula soal wang hantaran. Jika ber-nasib baik, jumlahnya berpatutan. Seba-liknya, ia mungkin mencecah lima angka atau lebih bagi golongan elit.

Ada sebahagian ibu bapa seperti ber-lumba-lumba meletakkan harga wang hantaran anak gadis mereka. Tindakan ini menggerunkan sesetengah lelaki untuk mendirikan ‘masjid’ sedangkan keinginan untuk berkahwin amat tinggi.

MERISIKAdat istiadat merisik dalam masyara-

kat Melayu bukan sahaja dituntut dalam agama , malah adat. Ia dimulakan dengan pihak lelaki menghantar wakil ke rumah pi-hak perempuan untuk dipinang. Walaupun diketahui peminangan itu akan diterima, tetapi syarat menghantar wakil perlu di-lakukan sebagai membuka tirai bicara.

Upacara itu bertujuan menzahirkan hasrat sebenar mereka secara rasmi. Ia di-lakukan pada peringkat permulaan secara tidak langsung, tetapi ada maksud untuk bertanyakan sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Amalan berkenaan dilakukan bagi mendapatkan maklumat mengenai diri perempuan yang hendak disunting. Selepas tiba masa sesuai, wakil tersebut akan berterus terang mengenai

hajat mereka.Semasa upacara tersebut, pihak lelaki

turut membawa sebentuk cincin tanda dan tepak sirih bersama pinang , kapur serta gambir. Tepak sirih itu dipanggil sirih me-minang. Jika peminangan diterima, pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih ke-pada wakil pihak perempuan sebagai tan-da penerimaan. Cincin tanda pula sebagai tanda perjanjian penerimaan peminangan sebelum berlangsung upacara pertunan-gan.

PERTUNANGANIkatan pertunangan adalah perjanjian

yang dipersetujui kedua pihak keluarga lelaki dan perempuan untuk menjodoh-kan anak mereka dalam tempoh tertentu selepas upacara merisik dan meminang.

Lazimnya, pada hari pertunangan, pi-hak lelaki turut menghantar belanja den-gan disertakan beberapa hadiah iringan. Mengikut adat Melayu, hantaran tepak sirih adalah bingkisan paling utama dan penuh bermakna berbanding barangan lain yang dipersembahkan pihak lelaki ke-padapihak perempuan. Daun sirih terpilih digubah indah bersama kapur, gambir dan buah pinang yang dikacip.

Antara barangan hantaran yang biasa dihantar pihak lelaki kepada pihak perem-puan ialah sirih junjung yang digubah can-tik untuk mendahului hantaran, sebentuk cincin pertunangan, Al-Quran, sejadah, telekung, set bahan solek, bunga rampai, sepasang baju, kasut, kuih muih, buah-buahan dan lain-lain.

Setiap jenis hantaran diletakkan dalam sebuah pahar yang akan diketuai gubahan sirih junjung. Bilangan barangan hantaran dibuat dalam jumlah ganjil dan mengikut kemampuan pihak lelaki serta mengambil kira kemampuan pihak perempuan.

Lazimnya, buah-buahan dan bunga rampai adalah barang hantaran wajib ker-ana sifatnya manis dan berbau wangi. Ia boleh dianggap sebagai harapan kedua-dua belah pihak agar perjanjian hubungan mempelai akan berterusan dan berkeka-lan hingga gerbang perkahwinan.

Semasa upacara pertunangan, rom-bongan lelaki akan disambut mesra dan dihulur tepak sirih yang disusun kepada tetamu sebagai mengalukan kedatangan rombongan. Seperti diketahui umum, sirih, pinang, kapur dan gambir memang sinon-im dengan orang Melayu. Barang hanta-ran pertunangan lain akan diletakkan di tengah-tengah majlis. Ketua wakil pihak lelaki akan duduk berhampiran ketua wakil perempuan. Sirih junjung diletakkan di hadapan mereka sebagai bunga majlis.

Rundingan seterusnya berkisar menge-nai tempoh pertunangan, jumlah hantaran belanja dan perjanjian untuk menghadapi sebarang takdir jika pertunangan terputus separuh jalan.

Sebaik mendapat kata putus mengenai perkara dibincangkan, istiadat menya-rungkan cincin akan dijalankan. Cincin ke-mduian disarungkan ke jari manis kanan gadis. Justeru, berlangsunglah pertunan-gan secara rasmi.

SEBELUM BERSANDINGPeringkat ini meliputi segala persiapan

menyambut upacara perkahwinan. Ini ter-masuk istiadat letak kerja, hias pengantin, berinai dan berhias.

Orang yang memainkan peranan pent-ing dalam adat istiadat bersanding ialah ‘mak andam’. Tujuan utama mak andam adalah menghias pengantin perempuan selain mengendalikan majlis persandin-gan agar berjalan dengan baik.

Tugas mak andam bermula sehari se-belum hari persandingan berlangsung.

Keperluan disediakan termasuklah kain putih, limau purut, bertih, pisau cukur, gunting, sikat, setengah meter kain putih, sirih, air semangkuk, bedak, bunga tujuh jenis dan beberapa keperluan lain.

Upacara ini terpaksa dilakukan dalam bilik berasingan kerana ia membabitkan pelbagai ‘upacara perempuan’ dan orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali indi-vidu tertentu.

Selepas semua selesai, istiadat berinai akan menyusul. Ia boleh dikategorikan ke-pada berinai kecil dan berinai besar. Beri-nai berinai kecil dilakukan beberapa hari sebelum berlangsung majlis perkahwinan. Ia dilakukan terhadap pengantin perem-puan saja. Bahagian di inai ialah kedua tapak tangan, sepuluh jari tangan, baha-gian kuku jari kaki dan disekeliling tapak kaki.

Adat ini dilakukan tanpa bantuan mak andam kerana hanya dilakukan untuk ber-suka-suka saja. Kesan berinai itu boleh di-jadikan tanda bahawa seseorang itu baru saja melangsungkan perkahwinan.

BERSANDINGBersanding adalah acara kemuncak

dalam adat istiadat perkahwinan. Ia detik paling bersejarah dalam hidup seseorang terutamanya kaum wanita.

Selepas pengantin perempuan siap dihias dan bersedia untuk majlis persand-ingan, wakil pengantin perempuan akan menghantar bunga berdaun sirih kepada wakil pengantin lelaki yang bertandang

tidak jauh dari rumah pengantin perem-puan.

Pemergian pengantin lelaki dan rom-bongannya ke rumah pengantin perem-puan akan diiringi paluan kompang dan arakan bunga manggar. Bunga manggar ialah dua jambak bunga dibuat daripada kertas warna warni dan dililitkan pada lidi kelapa serta dicucuk pada dua biji buah betik atau nenas muda yang dicacak pada dua batang galah.

Ketibaan mereka itu disambut den-gan taburan bertih, beras kunyit dan air renjisan mawar. Upacara ini dilakukan orang tertentu iaitu saudara rapat den-gan pengantin perempuan, bertujuan agar perkahwinan mempelai mendapat rahmat. Selepas dua mempelai duduk atas pela-min, upacara menepung tawar atau beri-nai besar dimulakan.

Selepas upacara ini berakhir, sempur-nalah adat istiadat perkahwinan orang Melayu. Istiadat seterusnya ialah upacara menyambut menantu yang dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Natijahnya, penggunaan tumbuh-tum-buhan dalam istiadat perkahwinan ma-syarakat Melayu tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana dalam segala bentuk upacara, pantang larang yang diamalkan dan jampi mentera mak andam serta penggunaan tumbuhan tertentu seperti beras kunyit, bertih, inai dan seumpamanya memiliki signifikasi tersendiri.

Antaranya, ia bertujuan melindungi pasangan pengantin daripada gangguan makhluk halus dan lain-lain. Upacara lain seperti bersanding, adat berandam, bera-rak dengan bunga manggar dan sebagain-ya pula bertujuan memeriah majlis selain mengeratkan hubungan dua pengantin dengan saudara mara kedua belah pihak. Walaupun setiap negeri mempunyai is-tiadat berbeza, tetapi umumnya, ia hampir sama dan mempunyai matlamat tertentu.

Biar mati anak jangan mati adat

Rasulullah SAW bersabda, “Hak suami ke atas isterinya (tang-

gungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian sua-minya, hendaklah taat kepada perintah

suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin

suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci

suaminya masuk ke dalam rumahnya.” - Hadis riwayat al-Tabrani)

Page 36: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 201036 HIBURAN

Orlando hidap Dylexia

“Ibu selalu cakap, kalau kamu boleh habiskan 50 buku, ibu akan belikan mo-tor. Tetapi, saya tidak berjaya lakukannya. Jadi, saya tidak pernah mendapat hadiah dijanjikannya itu,” katanya dipetik Splash News.

Sesiapa saja akan memberi pujian apabila menyaksikan aksi bintang Hollywood, Or-

lando Bloom di layar perak. Namun, tidak ramai tahu bahawa

aktor kacak itu sebenarnya menderita Dylexia, penyakit yang menyebabkan seseorang itu sukar memahami semua bentuk tulisan.

“Jika dibandingkan dengan aktor lain, saya yang paling susah mema-hami skrip dan menghafal dialog,” katanya ketika ditemu bual wartawan pada acara Child Mind Institute.

Walaupun mengakui menghadapi kesukaran menghafal skrip, Orlando tidak menjadikan penyakit dideritainya itu sebagai alasan untuk tidak beraksi cemerlang dalam setiap filem lakonan-nya.

Orlando berkata, ibu adalah individu penting yang sentiasa berada di sisi untuk memberi dorongan sepanjang perjalanan karier seninya.

1 Avatar (2009) AS$2,728,713,460

2 Titanic (1997) AS$1,848,201,268

3 The Lord of the Rings: The Return of the King (2003) AS$1,119,110,941

4 Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest (2006) AS$1,066,179,725

5 Alice in Wonderland (2010) AS$1,014,078,021

6 The Dark Knight (2008) AS$1,001,921,825

7 Harry Potter and the Phi losopher’s Stone (2001) AS$974,733,550

8 Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) AS$960,996,492

9 Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2007) AS$974,733,550

10Harry Potter and the

Philosopher’sStone (2009) AS$960,996,492

Muzium Jacko

10 filem terlaris sepanjang zaman!!!

Projek muzium Michael Jackson di Gary dijangka bermula tahun depan.

Sumbangan Michael Jackson dalam dunia muzik pop memang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Justeru, pihak berkuasa Amerika Syarikat bercadang membangunkan sebuah muzium yang akan menyimpan benda-benda peninggalannya.

Muzium tersebut dijangka bermula tahun depan di daerah Gary dalam negeri Indiana dengan menelan kos bernilai AS$300 juta (RM985 juta).

“Projek ini akan menjadi magnet dan bakal menarik

pengunjung dari seluruh dunia,” kata Datuk Bandar Gary, Rudy Clay dipetik BBC.

Clay meramalkan muzium itu akan menjana sumber kewangan daerah tersebut dengan pendapatan kira-kira AS$150 juta (RM492 juta).

Pembinaan muzium itu turut mendapat restu ayah ke-pada Michael, Joe Jackson.

“Ini adalah sesuatu yang Michael dan keluarganya in-ginkan,” katanya.

Avatar menewaskan Titanic yang mendominasi carta filem terlaris sepanjang zaman sejak 12 tahun lalu.

Artis lelaki terbaik Indonesia

Bay janji kejutan Transformers 3Pengarah Transformers, Michael Bay memberi

jaminan bahawa sekuel ketiga filem itu tidak akan mengulangi kesilapan yang berlaku

dalam siri terdahulu.Bay mengakui menerima banyak maklum balas

negatif mengenai Transformers: Revenge of the Fall-en yang ditayangkan tahun lalu.

Menurutnya, penggambaran filem ketiga nanti akan dibuat dalam 3D dengan menonjolkan Shock-

wave daripada Decepticon sebagai musuh baru ke-pada kumpulan Autobot.

Filem terbaru akan datang juga menyaksikan penampilan aktres baru, Rosie Huntington-Whiteley menggantikan Megan Fox yang digugurkan daripa-da produksi kendalian Bay.

Jika segalanya berjalan lancar, filem ketiga terse-but dijadualkan menemui peminat-peminat seluruh dunia pada 1 Julai 2011.

Sejak Anang Hermansyah berpisah den-gan Krisdayanti, penyanyi Indonesia itu kembali sibuk menghasilkan karya-karya

muzik untuk peminatnya.Hasilnya cukup berbaloi apabila dia baru-baru ini dipilih sebagaiArtis Solo Lelaki Terbaik dalam kategori pop dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI).

Anang berhasil mengalahkan Ari Lasso, Ello, Once, termasuk legenda muzik Indonesia, Iwan Fals dalam majlis yang disiarkan stesen televisyen RCTI secara langsung dari JITEC Mangga Dua Square.

Pada majlis sama, Anang turut bersama penyanyi baru, Syahrini untuk menyanyikan lagu duet mer-eka, ‘Jangan Memilih Aku’.

Anang ketika tampil mengambil trofi anugerah menujukan kemenangannya itu kepada dua anaknya, Azriel dan Aurel.

“Sayang sekali Azriel tidak dapat ikut kerana ada ujian esok. Ini adalah kemenangan mereka juga. Ini adalah inspirasi dari mereka. Saya persembahkan kemenangan ini untuk industri muzik Indonesia,” katanya.

Page 37: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 37HIBURAN

BIARPUN aksinya dalam arena muzik tanah air sudah lebih tiga dekad, namun statusnya

selaku penyanyi tersohor negara tidak pernah merudum apatah lagi dilupai meskipun ditenggelami dengan kemu-nculan penyanyi baru yang tumbuh bagai cendawan di musim hujan.

Personalitinya tidak pernah di-pandang sinis generasi muda malah sentiasa menjadi ikutan dan pengala-man hampir 31 tahun dalam dunia seni tanahair menjadikan Mohd Fauzi Darus atau lebih sinonim dengan pan-ggilan Jay Jay di kalangan penggiat dan peminat muzik, menjadikan lelaki ini sudah cukup matang berbicara mengenai susur galur industri muzik tempatan.

Sejak mula mencipta nama bersa-ma Carefree pada era 70-an, Jay Jay menjadi antara penyanyi lelaki yang masih bertahan hingga sekarang. Sebagai artis lelaki yang memegang status senior dalam bidang muzik, ilham dan pandangan yang disam-paikan penyanyi ini tidak seharusnya dipinggirkan.

Luahan penyanyi senior seperti-nya perlu diambil perhatian kerana pengalaman yang dikutip penyanyi ini boleh menjadi sumber pembelajaran buat generasi baru yang mula berta-pak dalam industri muzik tempatan.

“Industri muzik tempatan seme-mangnya sudah hampir merudum. Lihat sahaja penyanyi dalam generasi muda, ada yang kita tidak kenal. Ra-dio mainkan lagu tapi kita tidak tahu siapa penyanyinya.

“Saya lihat ini satu senario yang agak parah dalam industri muzik tanah air. Jika dibandingkan penyanyi dulu, kita kenal siapa. Dengar sahaja lagu di radio kita tahu siapa penyany-inya. Keadaan ini sebenarnya satu

percaturan yang harus diambil berat generasi muda kita.

“Begitu juga dengan lagu yang dimainkan. Kebanyakannya tidak kuat untuk diketengahkan. Dalam melodi sesebuah lagu, hanya memiliki tujuh note sahaja iaitu A hingga G. Dengan note itulah, ia dimainkan dan dicipta sejak dulu.

“Yang ada sekarang hanya kitar semula. Jadi, sudah pasti lagu yang diilhamkan generasi muda sekarang tidak begitu kuat dan bukannya ever-green. Kita dengar lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, kebanyakan lagu ciptaannya kuat dan hingga sekarang menjadi siulan,” katanya kepada Tran-sisi ketika dihubungi baru-baru ini.

Jay Jay yang kini berusia 53 tahun tidak pernah serik untuk terus mencari ilham dalam mengangkat martabat in-dustri seni tanah air malah impiannya supaya arena muzik Malaysia terus megah seperti mana kemeriahan yang dirasai ketika era 70-an sehing-galah akhir 90-an. “Waktu itu muzik Malaysia mempunyai kedudukan tinggi di kalangan rakyat negara ini. Namun, memasuki era baru, muzik kita terus merudum dan ketandusan penyanyi berkualiti.

“Banyak yang ada sekarang ialah kuantiti dan bukannya kualiti. Keban-yakan penyanyi kita tidak bekerja keras untuk mencari identiti tersend-iri. Penyanyi yang berkualiti adalah mereka yang memiliki identiti sendiri seperti M Nasir, David Arumugam, Faizal Tahir dan Ramli Sarip.

“Saya lihat ramai penyanyi yang dilahirkan seperti mee segera dan semua benda yang dilakukan adalah ‘segera’. Ini adalah satu virus yang sukar dibendung jika ia tidak diatasi secepat mungkin.

“Saya tidak bermaksud mem-

perkecilkan bakat yang lahir dari mana-mana program realiti, tetapi inilah hakikat yang perlu diterima. Kebanyakan penyanyi dulu menjadi yang terbaik kerana mereka sukar menjadi penyanyi.

“Tidak seperti penyanyi yang lahir dari program realiti, mereka berada dalam industri kerana un-dian penonton. Ini yang saya kata ‘instant singer’,” tambahnya.

Bagaimanapun, kata Jay Jay, jika semua penyanyi kerja kuat tidak kira mereka datang dari program realiti atau dari mana pun, mereka tetap akan berjaya kerana kekuatan mental serta keyakinan diri adalah ramuan paling istimewa untuk berjaya.

Selepas 12 tahun, Jay Jay akhirnya muncul dengan album solo terbaru berjudul ‘Emosi’. Walau hanya tampil dengan empat lagu baru dan empat lagu yang pernah dinyanyikannya dahulu, itu bukan bermakna, ‘Emosi’ sekadar album tangkap muat.

“Kesukaran mendapatkan lagu terbaik membuatkan saya enggan tampil dengan lebih banyak lagu baru. Sejak 2004 saya mula mengumpul lagu-lagu bersesuaian, tetapi tidak berjumpa. Alhamdulillah, daripada beratus lagu yang dikumpul, akhirnya saya ber-jumpa empat lagu terbaik yang sesuai untuk dimuatkan dalam album ini,” katanya.

Lagu baru yang kini sedang hangat diputarkan di radio dan mendapat perhatian pendengar ialah ‘Per-maisuriku’ ciptaan Omar K dan Azlan Abu Hassan.

Melodi kita kitar semula – Jay JayOleh Rudysham Abd Raof

Kita The Musical (Teater)Tarikh: 17-27 Jun 2010 Masa: 3.00 ptg (20 Jun 2010) | 8.30 mlm (17-27 Jun 2010)Venue: Panggung Sari, Istana Budaya

Hari Puisi & Lagu: Esok Untuk Siapa? ‘Nota Untuk ISRAEL’Tarikh: 19 Jun 2010Masa: 3.00 ptgVenue: Galeri, Lobi Menara KBS, Presint 4, Persiaran Perdana, Putrajaya.

Program Merakyatkan Filem 1 Malaysia - Gila-Gila RemajaTarikh: 26 Jun 2010Venue: Panggung Coliseum

Festival Muzik KL 2010 - Konsert Ella Bersama Orkestra Simfoni KebangsaanTarikh: 1-2 Julai 2010 Masa: 8.30 mlmVenue: Panggung Sari, Istana Budaya

Persembahan Teater ‘On Anxiety’ Kwang Tung Dance Company 2010Tarikh: 2-4 Julai 2010Masa: 3.00 ptg (3, 4 Julai) | 8.30 mlm (2-4 Julai)Venue: KLPac – Pentas 2

Diari Seni

Jay Jay di samping isterinya Zaiton

Lagu-lagu Jay Jay masih segar di kalangan masyarakat masa kini.

Page 38: Transisi 2

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 201038 POTRET

Transisi curi tumpuanTERTARIK..Transisi turut menarik perhatian si cilik bersama bapanya.

BACA...Pengunjung Masjid Negara tidak melepaskan pel-uang membaca naskah Transisi.

TEKUN...Pembaca Transisi di Alor Gajah, Melaka.

RENUNG...Seorang pembaca di Uptown, Damansara melihat muka hadapan Transisi.

KHUSYUK...Pelumba Formula BMW

negara, Nabil asyik membaca akhbar

Transisi.

Page 39: Transisi 2

Transisi18 JUN - 01 JULAI 2010 39JOM CUTI

BALI adalah pulau dewata dengan keunikan budaya dan panorama alamnya. Banyak tempat pelancon-

gan menarik boleh dikunjungi sepanjang berlibur di pulau berkenaan.

Lapangan terbang Ngurah Rai Bali adalah salah satu pintu masuk antara-bangsa melalui udara yang menawarkan kenyamanan perjalanan ke Pulau Seribu Pura itu.

Dengan senyuman dan tegur sapa yang ramah daripada orang Bali, percutian kita khususnya pelancong dari Malaysia akan lebih terasa dan sukar dilupakan. Pelbagai masakan khas Bali yang halal mudah didapati pasti akan menggoda kita untuk mencubanya.

Rakyat Malaysia yang pernah ke pulau dewata itu, pasti mengharungi pelbagai objek pelancongan yang terdapat di situ seperti menempuh arung jeram, menung-gang kuda, berperahu atau berbasikal menyusuri pedesaan yang menawarkan harga khusus di hotel penginapan atau villa yang sangat kompetitif.

Sebenarnya, percutian ke Bali pasti menjadi suatu pengalaman yang meny-enangkan apabila kita merencanakan semuanya terlebih dahulu. Antaranya membuat tempahan tiket penerbangan, bilik hotel dan seterusnya lawatan ke pel-bagai tempat sepanjang berada di pulau berkenaan.

Budaya unik Pulau Bali

Sebenarnya, mengenai penginapan, kita tidak menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Ia bergantung ke-pada bajet seseorang sama ada mahu menginap di hotel sederhana hinggalah bertaraf lima bintang. Tepuk dada tanya selera!

Sebagai pusat pelancongan utama di Indonesia, ia sudah dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antara-

bangsa. Ada banyak perkelahan utama di pulau Bali iaitu Kuta, Ubud, Nusa Dua, Sanur, Seminyak, Denpasar, Candidasa, dan Lovina. Semua perkelahan itu mena-warkan bilik, hotel, apartment dan chalet yang bercirikan seni bina Bali eksotik serta modern.

Pelbagai pilihan penginapan dise-diakan untuk semua golongan, sama ada yang datang bersendirian, bersama keluarga, rakan-rakan, hinggalah kepada kumpulan yang lebih besar termasuk hari keluarga, percutian kakitangan syarikat swasta atau kerajaan.

Selain itu, anda boleh meneruskan lawatan ke tempat-tempat menarik di pulau Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, Uluwatu, Ubud, Jimbaran dan lain-lain. Sambil itu anda juga boleh singgah di kedai cenderahati di Celuk, Mas, Legian, Sukawati dan lain-lain.

Bagaimanapun, jika kita mahu meng-habiskan waktu percutian yang lebih

lama dan berhemat perbelanjaannya, disarankan untuk menginap di hotel yang sesuai dengan kemampuan kewangan. Oleh itu, anda disarankan meninjau be-berapa hotel yang dikategori menawar-kan harga murah tetapi fasilitinya cukup memadai untuk kenyamanan sepanjang percutian yang lebih panjang.

Jika Anda ingin mengeliling Bali tanpa mengharapkan bantuan pemandu pelancong, pilihan yang tepat adalah menyewa kenderaan. Banyak pilihan kenderaan dengan harga murah dapat disewa sehingga memudahkan untuk la-watan ke pusat-pusat pelancongan yang terdapat di pulau itu.

Pulau Bali selain memiliki keindahan alamnya, ia juga terkenal dengan kebu-dayaannya. Lebih daripada itu, masyar-akat pulau Bali juga terkenal sebagai masyarakat yang mempunyai daya seni yang tinggi.

Ini terbukti daripada banyaknya karya seni yang mereka cipta. Bahkan jika kita berkunjung ke Ubud, kita boleh melihat sendiri bagaimana masyarakat Bali yang mahir mengerjakan pelbagai kegiatan seperti membuat ukiran, patung dan pelbagai macam barang lain. Lebih daripada itu, karya seni masyarakat Bali kini sudah diakui oleh dunia.

Jika kita berlibur ke Bali,kita juga boleh menyaksikan keahlian dari masyarakat dalam bidang seni dengan

mengunjungi Garuda Wisnu Kencana (GWK). Tempat ini terletak di Jimbaran atau disebut juga dengan Bukit.

Terletak di Bukit Unggasan, Garuda Wisnu Kencana adalah patung yang dibuat dengan ketinggian 140 meter. Di atas bukit itu, kita berpeluang meli-hat patung Dewa Wisnu yang menaiki burung garuda dengan ukuran yang sangat besar. Dari tempat ini, kita juga boleh menyaksikan pemandangan indah pulau Bali seperti Pantai Kuta, pelabuhan Benoa, Pantai Jimbaran dan Ngurah Rai.

Satu lagi tempat paling indah untuk menyaksikan pemandangan pulau Bali adalah dari Restoran Jendela Bali yang berada di puncak. Dari sini. Kita ber-peluang menyaksikan Gunung Agung yang menjulang tinggi dengan megah-nya, keindahan pantai serta keindahan panorama ketika matahari terbit dan tenggelam

Ironisnya, Pulau Bali adalah sebuah pulau yang terkenal sebagai pulau seribu kuil serta memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik.

Ia sesuai sebagai tempat pelancon-gan atau percutian kerana pulau ini san-gat diminati pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemand-angan yang menawan serta budaya yang unik adalah manifestasi tarikan utama ke pulau berkenaan.

Antara kuil suci yang dikelilingi air laut yang turut jadi tumpuan pelancongan.

Tarian tradisional masyarakat Bali

Tarian Barungan

Pemandangan indah

pertaniaan di lereng bukit.

Kuil suci turut jadi tumpuan pelancong

Acara tradisi masyarakat

Bali

Page 40: Transisi 2

Dapatkan Transisi di kedai berhampiran anda.Jumpa kami di www.facebook.com/Transisi.Sebarang pertanyaan sila e-mel [email protected]

Lain daripada yang lain

SketsaQaliff Umar

Transisi 18 JUN - 01 JULAI 2010

Lignozorp buat hidupan air terus bernafas

KAJIAN ILMIAH14-27

Sisipan kampus Sisipan depan

Sisipan sukan

www.facebook.com/Transisi

PIALA DUNIA11 Jun - 12 Julai 2010

AKSI Park Ji Sung di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan semakin mendapat per-

hatian apabila tampil cemerlang dengan meledakkan salah satu gol ketika

menewaskan bekas juara Eropah, Greece 2-0 dalam perlawanan pembukaan

Kumpulan B.Jika Korea Selatan berhasrat mengulangi pencapaian separuh akhir 2002, wakil

Asia yang mendapat julukan Taeguk Warriors itu pasti menagih khidmat Ji Sung un-

tuk berada pada tahap terbaik. Ji Sung berkata, gol dijaringkannya ketika menumpaskan Greece adalah gol ketiga

sepanjang penampilannya dalam Piala Dunia. Namun, baginya apa yang lebih penting adalah kemenangan pasukan.

“Ini satu keputusan baik dan kami amat teruja,” katanya, sebaik tamat perlawanan

menentang Greece. >> Muka 17

Ji Sung memukau

Nama : Park Ji SungTarikh Lahir : 25 Februari 1981Asal : Seoul, Korea Selatan

Tinggi : 175smPosisi : TengahPasukan kebangsaan : Korea SelatanKelab sekarang : Manchester UnitedNombor jersi : 13 Bekas kelab : Kyoto Purple Sanga (2000-2002)PSV Eindhoven - (2003-2005)Manchester United (2005-sekarang)

26

Nama Tarikh LahA l

KumpuJika

Asia yatuk ber

Ji Susepanj

Nam“Ini s

menen

Kasut Emas milik siapa?

Poster Gamat Bola

18 & 23

18 Jun -01 Julai 2010/05 Rejab-18 Rejab1431H

“SEBAGAI anggota tentera, wajib saya mempertahankan institusi Kesultanan Melayu”. Itulah

luahan Pakar Perubatan Penyakit Dala-man (Physician), Kolonel Dr Amir Ramli, juga doktor peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Menurut Dr Amir, pelantikannya memer-lukan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan tanggungjawabnya lebih besar berbanding doktor di bawah Kementerian Kesihatan.

Justeru, selaku pegawai kerajaan, tugas beliau bukan saja merawat pesakit, malah wajib mempertahankan kedaulatan negara daripada anasir tidak bertanggungjawab.

Ikuti luahan Dr Amir secara eksklusif ke-pada penulis Transisi, RAZALI YAHAYA, RUDYSHAM ABD RAOF dan jurufoto, NORATIKAH AB RAHIM mengenai tugas

beliau ketika bertugas sebagai dok-tor peribadi Sultan Kelantan sejak dari awal baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan selepas menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, awal Mac lalu.

“Pertama kali saya bertemu Tuanku Sultan dalam pesawat penerbangan khas Kerajaan Malaysia. Ketika itu, saya dibantu Kolonel Dr Razin Kamarul-zaman, salah seorang doktor peribadi baginda, juga Pakar Perubatan Pener-bangan yang arif mengenai isu trans-portasi udara.

BICARA

BILANGAN: 02/2010

18.06 - 01.07.2010Edisi Kedua Jun05 REJAB - 18 REJAB 1431H

RM

2.50

AkhbarDua Minggu Sekali

SketsaQaliff Umar

40

RAJA-RAJA MELAYU

8 - 33Rashid teringin menyanyi

3

doktor Sultan

Lagi berita di muka 5• Detik cemas Dr Amir

>> Lihat MUKA 4

Reaksi Dr Amir ketika memberikan pandangannya.

Luahan

IKON

9

Mara pilih

universiti tersohor

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) hanya menawarkan tajaan kepada

pelajar yang melanjutkan pengajian luar negara di universiti

tersohor, bermula tahun depan.

>> Muka 21

Kampuswww.facebook.com/Transisi

18 Jun -01 Julai 2010/05 Rejab-18 Rejab1431H

Siswa perlu

aktif penyelidikan

21

4,000 lepasan SPM

sertai Voctech

UUM terokai industri filem

20

22