TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

141
MODUL DPLI SM TEKNOLOGI PENGAJARAN WAJIB PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH (SM) MOD KURSUS DALAM CUTI TPK2102W TEKNOLOGI PENGAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3 BLOK 2200, PERSIARAN APEC CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada November 2013

Transcript of TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

Page 1: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

MODUL DPLI SM TEKNOLOGI PENGAJARAN

WAJIB

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH (SM)

MOD KURSUS DALAM CUTI

TPK2102W

TEKNOLOGI PENGAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3 BLOK 2200, PERSIARAN APEC CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada November 2013

Page 2: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung

warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif dan berdisiplin.

Cetakan November 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan

dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Page 3: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

ii

Cetakan November 2013 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PE NDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH . MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Notis Hak Pengarang ii

Kandungan iii - iv

Kata Alu-aluan v

Panduan Pelajar vi - vii

Pengenalan

Tajuk 1:TEKNOLOGI PENGAJARAN

1.1 Konsep dan definisi 1

1.2 Peranan dan kesesuaian Teknologi Pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

2

1.3 Prinsip-prinsip, domain Teknologi Pengajaran 2

1.4 Perkaitan teori pembelajaran dalam Teknologi Pengajaran 4

Tajuk 2: MEDIA PENGAJARAN

2.1 Konsep dan definisi 7

2.2 Jenis dan klasifikasi media pengajaran 9

2.3 Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran 9

Tajuk 3: PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN

3.1 Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design)

3.1.1 Model utama rekabentuk

3.1.2 Peranan rekabentuk pengajaran serta pembinaan objek

pembelajaran.

15

3.2 Merancang Pengajaran (Instructional Planning) 25

KANDUNGAN

MUKASURAT

Page 5: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

3.2.1 Keperluan merancang pengajaran

3.2.2 Merancang aktiviti pembelajaran berasaskan teori

pembelajaran dan teknologi pengajaran.

3.3 Prinsip dan peranan

3.3.1 Grafik, foto, animasi, audio dan video

3.3.2 Keperluan dan kepentingan

3.3.3 Perkakasan

3.3.4 Perisian

29

3.4 Membangunkan media/objekpembelajaran (learning object)

3.4.1 Mengurus media dan sumber

3.4.2 Aplikasi rekabentuk pengajaran

3.4.3 Model rujukan/piawaian (SCORM, IMS)

3.4.4 Metadata objek/sumber

46

Tajuk 4

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Teknologi internet 53

4.2 Learning web 2.0

54 4.2.1 blog / edublog, social learning technology, social

bookmarking, wikis, dan podcasting.

4.2.2 Konsep perkongsian media

4.3 Sistem Pengurusan Pembelajaran(LMS – Learning

Management System)

59

4.3.1 Merancang proses pembelajaran

4.3.2 Membina aktviti pembelajaran dan pelaksanaan

4.3.3 Penggunaan objek pembelajaraan mengikut piawaian SCORM dan “IMS Content Package”

Page 6: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

Tajuk 5: SUMBER MAKLUMAT DAN PENGURUSAN SUMBER

5.1 e-Sumber

5.1.1 Perpustakaan digital

5.1.2 e-Jurnal

63

5.2 Sistem Pengurusan Perpustakaan

5.2.1 Sistem Elmu, OPAC 67

5.3 Institusi Sumber

5.3.1 BTP, BTPN, PKG

5.3.2 PNM

70

Tajuk 6: ISU-ISU PELAKSANAAN TEKNOLOGI DI SEKOLAH

6.1 Isu-isu perundangan dalam zaman digital 73

6.2 Isu-isu media sosial 99

6.3 Isu-isu etika 100

6.4 Teknologi, Pengajaran dan Anda 6.4.1 Literasi teknologi pendidikan 6.4.2 Piawaian teknologi

6.4.2.1 pelajar 6.4.2.2 guru

6.4.2.3 pentadbir

102

Bibliografi

Page 7: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

vi

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) Mod Kursus dalam Cuti (KDC). SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PANDUAN PELAJAR

Page 8: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

vii

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 9: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

vi

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) Mod Kursus dalam Cuti (KDC). SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PANDUAN PELAJAR

Page 10: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

vii

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 11: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

viii

PENGENALAN Kursus ini memberi tumpuan terhadap perbincangan yang meliputi aspek perancangan,

teori, rekabentuk dan pembangunan media pengajaran, iaitu teknologi pengajaran

(rekabentuk pengajaran dan pembangunan pengajaran). Aspek ini membina kemahiran

dan ilmu pengetahuan teras untuk digunakan bagi memangkin dan meningkatkan proses

pembelajaran dan pengajaran yang praktikal dan efektif. Di samping itu kekuatan

teknologi internet dan sumbernya akan dimanfaatkan dalam aktiviti pembelajaran. Semua

bentuk teknologi tersebut akan digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran

secara bersepadu dengan mengambil kira kemahiran abad ke-21.

Hasil Pembelajaran

1. Menganalisis konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pengajaran.

2. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam

persekitaran teknologi.

3. Membangunkan media pengajaran yang baik dan bersesuaian.

4. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

5. Menilai keberkesanan pembangunan dan penggunaan media pengajaran.

Page 12: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

1

AGIHAN TAJUK

KOD KURSUS : TPK2102W NAMA KURSUS : TEKNOLOGI PENGAJARAN

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

A. Agihan mengikut Tajuk/Topik

Bil.

Tajuk/Topik

Jumlah Jam Modul(j

am)

InteraksiBersemuka (jam)

Kuliah/Tutorial

Amali Kuliah/Tutorial

Amali

1 TeknologiPengajaran

2 - 1 1 -

2 Media Pengajaran 2 - 1 1 -

3

Pembangunan Media Pengajaran

16 - 4 12 -

4

Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6 - 4 2 -

SumberMaklumatdanPengurusanSumber

2 - 1 1 -

6

Isu-isu Pelaksanaan Teknologi di Sekolah

2 - 1 1 -

2(2+0) 30 - 12 18 -

Page 13: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

2

B. Huraian terperinci mengikut topik/tajuk

Bil Topik Kandungan Jam

Modul Interaksi Jumlah

1.

Teknologi Pengajaran

1.1 Konsep dan definisi 1.2 Peranan dan kesesuaian

Teknologi Pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

1

2

1.3 Prinsip-prinsip, domain Teknologi Pengajaran

1.4 Perkaitan teori pembelajaran dalam Teknologi Pengajaran

1

2.

Media Pengajaran

2.1 Konsep dan definisi 2.2 Jenis dan klasifikasi media

pengajaran

1

2

2.3 Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran

1

3. Pembangunan Media Pengajaran

3.1 Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design) 3.1.1 Dua atau tiga model

rekabentuk utama dibincangkan.

3.1.2 Peranan rekabentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membina objek pembelajaran (LO – Learning Object)

3.2 Merancang Pengajaran

(Instructional Planning) 3.2.1 Keperluan merancang

pengajaran 3.2.2 Merancang aktiviti

pembelajaran berasaskan teori pembelajaran dan teknologi pengajaran. (proses integrasi teknologi diberi penekanan)

3.3 Prinsip dan peranan

2 2

2 2

16

Page 14: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

3

3.3.1 grafik, foto, animasi, audio dan video

3.3.2 keperluan dan kepentingan

3.3.3 perkakasan 3.3.4 perisian

3.4 Membangunkan media/objek

pembelajaran (learning object) 3.4.1 mengurus media dan

sumber 3.4.2 aplikasi rekabentuk

pengajaran 3.4.3 model rujukan/piawaian

(SCORM, IMS) 3.4.4 metadata objek/sumber

4 4

4. Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4.1 Teknologi internet 4.2 Learning web 2.0

4.2.1 blog / edublog, social learning technology, social bookmarking, wikis, danpodcasting.

4.2.2 Konsep perkongsian media

4.3 Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS - Learning Management System) 4.3.1 merancang proses

pembelajaran 4.3.2 membina aktviti

pembelajaran dan pelaksanaan

4.3.3 penggunaan objek pembelajaraan mengikut piawaian SCORM dan “IMS Content Package”

4 2

6

5.

Sumber Maklumat dan Pengurusan Sumber

5.1 e-Sumber

5.1.1 perpustakaan digital 5.1.2 e-Jurnal

5.2 Sistem Pengurusan Perpustakaan 5.2.1 SistemElmu, OPAC

5.3 InstitusiSumber 5.3.1 BTP, BTPN, PKG 5.3.2 PNM

1 1

2

6. Isu-isu Pelaksanaan

6.1 Isu-isu perundangan dalam zaman digital

1

Page 15: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

4

Teknologi di Sekolah

6.2 Isu-isu media sosial 6.3 Isu-isu etika 6.4 Teknologi, Pengajaran dan

Anda 6.4.1 Literasi teknologi

pendidikan 6.4.2 Piawaian teknologi

6.4.2.1 pelajar 6.4.2.2 guru 6.4.2.3 pentadbir

1

2

Jumlah 12 Jam 18 Jam 30 Jam

Page 16: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SM DPLI

MOD KDC (TPK2102W TEKNOLOGI PENGAJARAN) )

NAMA KELAYAKAN

Dr. NORIATI BINTI A. RASHID Pengarah Pusat Perkembangan Akademik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan PhD. (Sosiolinguistik). UM M.Ed (Sisiology Education). UM BA.Hons. (Geografi dan Bahasa Melayu). UM Diploma Pendidikan (Geografi dan Bahasa Melayu). UM

Dr. HAJI ISMAIL BIN MD. ZAIN, PMP Pensyarah Cemerlang Gred Khas B Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak [email protected]

Kelulusan: Ph.D (Teknologi & Psikologi Pendidikan). USM M. Ed (Teknologi Pendidikan). USM B.A. (Hons) Pendidikan. USM Pengalaman Guru Sekolah Menengah (11 tahun) Pensyarah Teknologi Pendidikan (24 tahun)

HAJI AMINUDIN BIN ABDUL RAHMAN Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan [email protected]

Kelulusan M.Sc (Pengurusan dan Pembangunan ICT) UMT B.A Hons (Psikologi dan Komunikasi) UKM Sijil Perguruan (PSR/PM) IPSAH Pengalaman Guru Sekolah Rendah (15 tahun) Guru Sekolah Menengah (4 tahun) Pensyarah Teknologi Pendidikan (6 tahun)

HAJI ABDUL HALIM BIN KONTING Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan [email protected]

Kelulusan M.Ed (Teknologi Pendidikan) USM B.Tech. & Edu.(Kejuruteraan Elektrik) UTM Sijil Perguruan (Elektrik) IP TEKNIK Sijil Juruteknik (Kejuruteraan Elektrik Kuasa) PUO Pengalaman Guru Sekolah Menengah Vokasional/Teknik (17 tahun) Pensyarah Teknologi Pendidikan (6 tahun)

Page 17: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

PANEL PEMURNIAN MODUL

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SM DPLI MOD KDC

(TPK2102W TEKNOLOGI PENGAJARAN)

NAMA KELAYAKAN

HALIMAH BINTI HAJI CHE MAT Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka [email protected]

Kelulusan M.Ed (Pendidikan Komputer) UKM B.Sc. & Edu.(Matematik) UTM Diploma Sc. & Edu (Matematik) UTM Pengalaman Guru Sekolah Menengah (18 tahun) Pensyarah Teknologi Pendidikan (8 tahun)

Page 18: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

1

PRO FORMA KURSUS PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH(DPLI)

SM (SABK) Teknologi Pengajaran (Wajib)

Tajuk Kursus TeknologiPengajaran (Instructional Technology)

Kod Kursus TPK2102W

Kredit 2(2+0)

Jam Interaksi 30

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Prasyarat Tiada

Semester Pertama

Hasil Pembelajaran

1. Menganalisis konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pengajaran.

2. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran teknologi.

3. Membangunkan media pengajaran yang baik dan bersesuaian. 4. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. 5. Menilai keberkesanan pembangunan dan penggunaan media

pengajaran.

Sinopsis

Kursus ini akan membincangkan beberapa aspek perancangan, teori, rekabentuk dan pembangunan media pengajaran, iaitu teknologi pengajaran (rekabentuk pengajaran dan pembangunan pengajaran) menjadi kemahiran dan ilmu pengetahuan teras untuk digunakan bagi memangkin dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang praktikal dan efektif. Disamping itu kekuatan teknologi internet dan sumbernya akan dimanfaatkan dalam aktiviti pembelajaran. Semua bentuk teknologi tersebut akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu dengan mengambil kira kemahiran abad ke-21. This course is to discuss various aspects in planning, theory, design and development of instructional media, whereby, instructional technology (instructional design and instructional development) will form as basic skills and knowledge to be applied to further enhance teaching and learning that is practical and effective. Besides that, the strength of internet technology and its resources should benefit all learning activities. Other related technologies will be integrated in the process of teaching and learningby taking into account 21st century skills.

Page 19: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

2

Bil. Topik Kandungan Jam

1.

TeknologiPengajaran

1.1 Konsep dan definisi 1.2 Peranan dan kesesuaian Teknologi

Pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

1.3 Prinsip-prinsip, domain TeknologiPengajaran

1.4 Perkaitan teori pembelajaran dalam Teknologi Pengajaran

2

2.

Media Pengajaran 2.1 Konsep dan definisi 2.2 Jenis dan klasifikasi media pengajaran 2.3 Fungsi media dalam pengajaran dan

pembelajaran

2

3. Pembangunan Media Pengajaran

3.1 Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design)

Dua atau tiga model reka bentuk utama dibincangkan.

Peranan rekabentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membina objek pembelajaran (LO – Learning Object)

3.2 Merancang Pengajaran (Instructional

Planning)

Keperluan merancang pengajaran

Merancang aktiviti pembelajaran berasaskan teori pembelajaran dan teknologi pengajaran. (proses integrasi teknologi diberi penekanan)

3.3 Prinsip dan peranan

grafik, foto, animasi, audio dan video

keperluan dan kepentingan

perkakasan

perisian

3.4 Membangunkan media/objek pembelajaran (learning object)

mengurus media dansumber

aplikasi rekabentuk pengajaran

model rujukan/piawaian(SCORM, IMS)

metadata objek/sumber

16

4. Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4.1 Teknologi internet 4.2 Learning web 2.0

blog / edublog, social learning technology, social bookmarking, wikis, danpodcasting.

Konse pperkongsian media

4.3 Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS -

6

Page 20: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

3

Bil. Topik Kandungan Jam

Learning Management System)

Merancang proses pembelajaran

Membina aktviti pembelajaran dan pelaksanaan

Penggunaan objek pembelajaraan mengikut piawaian SCORM dan “IMS Content Package”

5.

Sumber Maklumat dan Pengurusan Sumber

5.1 e-Sumber

perpustakaan digital

e-Jurnal 5.2 Sistem Pengurusan Perpustakaan

Sistem Elmu, OPAC 5.3 Institusi Sumber

BTP, BTPN, PKG

PNM

2

6. Isu-isu Pelaksanaan Teknologi di Sekolah

6.1 Isu-isu perundangan dalam zaman digital 6.2 Isu-isu media sosial 6.3 Isu-isu etika 6.4 Teknologi, Pengajaran dan Anda

Literasi teknologi pendidikan

Piawaian teknologi pelajar guru pentadbir

2

Jumlah 30

Pentaksiran Kerjakursus 100 %:

70% Kerja kursus terbuka

30% Kuiz

RujukanAsas Lever-Duffy, J. & McDonald, J.B. (2008). Teaching and Learning with Technology (3thed). New York. Pearson, Allyn and Bacon.

Noriati A. Rashid, et. al. (2009). TeknologiDalamPengajaran Dan

Pembelajaran. Kuala Lumpur. Oxford FajarSdn.Bhd. Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D.

R.(2006).Educational technology for teaching and learning (3th ed.). Ohio:Merill Prentice Hall.

RujukanTambahan

Dick,N. ,Carey,L.&Carey,J.O.(2005).The systematic design of instruction(6th ed.)New York:Pearson, Allyn and Bacon. Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media

Page 21: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

4

and Technologies for learning.(8thed.). New Jersey:Prentice Hall Joyce, B.R. (2000). Models of teaching. (6thed).Boston:Allyn and Bacon. Newby, T.J., Stepich,D.A., Lehman,J.D. &Russell,J.D. (2000). Instructional

technology for teaching and learning.(2nded). New Jersey: Prentice Hall. Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunities to learn. (2nd ed.).Canada:Thomson Wadsworth. Roblyer,M.D. & Edwards,J. (2000). Integrating Educational Technology into

Teaching. (2nded). ). New Jersey: Prentice Hall. Safian bin Abd. Rashid (2010). Pengurusan sumber : Komponen Teknologi Pendidikan. Yusuf Hashim (1998).Teknologi pengajaran.Shah Alam:Penerbit FajarBakti.

Page 22: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

5

SENARAI PANEL PENGGUBAL

PENGERUSI: Hj. Hashim Bin Deraman

:

Pengarah IPG Kampus Kota Bharu

AHLI:-

1. Dr. Noriati Bt Ab. Rashid 012 2173971 [email protected]

: Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPG Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Cyberjaya

2. Hj. Aleas Bin Md. Isa 0192141633 [email protected]

: IPG Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Cyberjaya

3. Dr. Hj. Ismail Bin Md Zain, PMP 0195713745 [email protected]

: IPG Kampus Ipoh

4. Kamaludin Bin Ahmad 0137400110 [email protected]

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim

5. Redzuan Bin Radzi 0176902290 [email protected]

: IPG Kampus Raja Melewar

6. Saiful Kadri Bin Ismail 0199304050 [email protected]

: Ketua Jabatan Jabatan Teknologi Pendidikan Ipg Kampus Kota Bharu

7. Hj. Abdul Halim Bin Konting 019 4129688 [email protected]

: IPG Kampus Kota Bharu

8. Hj. Aminudin Bin Hj. Abdul Rahman 0199545966 [email protected]

: IPG Kampus Kota Bharu

Page 23: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

1

Tajuk 1 TEKNOLOGI PENGAJARAN

Sinopsis

Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi

pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran,

dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga membincangkan hubungkait

konsep-konsep di atas.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan konsep dan prinsip teknologi pengajaran.

2. Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran.

3. Mengenal pasti domain teknologi pengajaran.

4. Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran

KANDUNGAN

1.1 Teknologi Pengajaran

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna

kemahiran konsep menggunakan teknologi secara sistematik. Teknologi bukan

semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan

teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk

mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.

Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969)

Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan

idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan

untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna,

dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan

penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya

Page 24: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

2

adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke

arah mencapai kejayaan.

1.2 Peranan Teori Pembelajaran

Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses

pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Ini dapat membantu guru

merancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantukan media yang

berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai.

Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3) teori

pembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses P&P iaitu teori

tingkahlaku, teori sains kognitif, dan teori konstruktivisme.

Menurut Seels dan Richey (1994), Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan

tentang mereka bentuk, membangun,mengguna, mengurus dan menilai proses

serta sumber untuk pembelajaran. “Instructional technology is the theory and

practice of designing, development, utilization, management, and evaluation of

processes and resources for learning.”

Definisi; segala suatu yang dapat diguna untuk menyalurkan pesanan daripada

pengirim kepada penerima hingga dapat merangsang fikiran, perasaan,

perhatian, minat pelajar seterusnya terjadinya proses pembelajaran

1.3 Domain Teknologi Pengajaran

Seels dan Richey (1994) menyatakan bahawa domain teknologi pengajaran

adalah teori dan amalan tentang reka bentuk, pembangunan, penggunaan,

pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran. Teori

bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada

badan pengetahuan. Amalan pula bermaksud penggunaan pengetahuan untuk

menyelesaikan masalah

Terma yang berbeza telah digunakan untuk mewakili bidang ini. Schrock (1995)

menggunakan istilah pembangunan pengajaran sebagai konteks yang lebih luas

untuk penerangan sejarah bidang; Reiser (2001) menggunakan istilah reka

bentuk pengajaran dan teknologi untuk menentukan bidang. Shrock (1995),

pembangunan pengajaran adalah "membetulkan diri, sistem pendekatan yang

Page 25: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

3

bertujuan untuk memohon saintifik berasal prinsip untuk perancangan, reka

bentuk, penciptaan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran yang berkesan dan

cekap"; Reiser (2001), "bidang reka bentuk pengajaran dan teknologi

merangkumi analisis masalah pembelajaran dan prestasi, dan reka bentuk,

pembangunan, pelaksanaan, penilaian dan pengurusan proses pengajaran dan

bukan pengajaran dan sumber-sumber yang bertujuan untuk meningkatkan

pembelajaran dan prestasi dalam pelbagai tetapan, terutamanya pendidikan

institusi dan tempat kerja". Kedua-dua istilah merangkumi skop yang sama yang

lebih luas bidang sebagai teknologi pengajaran panjang.

Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan

kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pengajaran

ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan

secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan

mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan kaedah dan

tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Untuk memudahkan, istilah teknologi pengajaran akan

digunakan seerti dengan teknologi pendidikan.

Teknologi pengajaran ialah satu komponen teknologi pendidikan yang

merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan,

perisian , seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran

yang berkesan dan bermakna. Secara jelas nya teknologi pengajaran

menekankan kepada keperluan dan proses pembelajaran yang berkesan.

Page 26: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

4

DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN (Seels Dan Richey, 1994)

1.4 Peranan Dan Kepentingan Teknologi Pengajaran Dalam P&P

Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.

Antara peranan teknologi pengajaran ialah :

2. Mengubah Peringkat Membuat Keputusan

3. Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran

4. Mengubah Pengalaman Pembelajaran

TUGASAN TERARAH

1. Dengan merujuk bahan daripada buku dan internet, jelaskan domain teknologi

pengajaran dan peranan domain teknologi pengajaran. 2. Huraikan perkaitan antara domain-domain teknologi pengajaran. 3. Sejauh manakah pada pandangan anda peranan teknologi pengajaran seperti yang

dinyatakan di atas mampu meninggalkan impak pengajaran guru ke atas murid-murid. Bincangkan.

3

Penggunaan

2

Pengembangan

4

Pengurusan

5

Penilaian

1

Rekabentuk

Teori

dan

amalan

Page 27: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

5

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN Lever-Duffy, J. & McDonald, J.B. (2008). Teaching and Learning with Technology (3th ed).

New York. Pearson, Allyn and Bacon. Noriati A. Rashid, et. al. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala

Lumpur. Oxford Fajar Sdn.Bhd. Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D.

R.(2006).Educational technology for teaching and learning (3th ed.). Ohio:Merill Prentice Hall.

LAMAN WEB

http://www.doug-johnson.com http://www.aect.org/pdf/etr&d/4902/4902-04.pdf

www.ehow.com › Education

Page 28: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

6

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 29: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

7

Tajuk 2 MEDIA PENGAJARAN

Sinopsis Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi

pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran,

dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga membincangkan hubungkait

konsep-konsep di atas.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan konsep dan prinsip teknologi pengajaran.

2. Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran.

3. Mengenal pasti domain teknologi pengajaran.

4. Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran

KANDUNGAN

2.1 Konsep dan Definisi Media Pengajaran

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk

menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat

merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya

terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui

Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang

melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-

teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini

bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

Percival & Elington (1984)

Percival & Ellington (1984) telah mengkategorikan media dalam dua bentuk:

1. Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan.

- perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, filem, slaid, gambar, perakam, slide dan kombinasi di antaranya.

Page 30: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

8

2. Pelbagai Saluran Komunikasi Massa.

- surat khabar, radio dan televisyen

Media dalam pengajaran merujuk kepada alaatn atau teknik yang berupaya

menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan

merangsang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima.

Media dalam pengajaran berperanan sebagai penghubung antara guru dan

pelajar dan pelajar dengan pelajar. Ia juga menyampaikan isi kandungan dengan

berkesan serta menyeronokkan dan bermakna. Hal ini demikian dengan

penglibatan pelbagai deria.

Page 31: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

9

2.2 Jenis dan klafikasi media pengajaran

Pengkelasan Media Pengajaran

Bil Jenis media Contoh

1. Media Tayang Kaku Tranparensi, slaid & mikrofilem

2. Media Tayang Bergerak Pita video, cakera padat digital & filem

3. Bahan Grafik Lukisan, poster, kartun, carta & graf

4. Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan & poskad

5. Bahan Pameran 3D Model, boneka, diorama & puppet

6. Papan Pameran Papan kapur, papan putih, papan flanel & papan buletin

7. Media Audio Pita kaset, cakera padat & computer

8. Media Cetak Modul, buku teks, akhbar, majalah & risalah

2.3 Fungsi Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej.

Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol

yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang

abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih

berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik.

2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;

i. Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan

model, gambar, transparensi, filem atau video.

ii. Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan

timelapse atau high-speed photography.

iii. Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam

bentuk filem, gambar foto atau pun lisan.

iv. Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk

model, gambar rajah dll.

v. Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

Page 32: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

10

3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat

mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat,

meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh

belajar kendiri.

(a) Pengajaran Bersama Pengajar Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu

pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung (live).

Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada

bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut tidak kira sama

ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh

beliau sendiri.

(b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar

Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar,

sama ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar

lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar

dibimbing oleh pereka media tersebut seperti mana penulis

membimbing anda mempelajari modul ini dan pengajaran jenis ini

dikenali sebagai pengajaran kendiri.

Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan

sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif,

cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Pengajaran seperti

ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas guru. Sebaliknya,

dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan

kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat

mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat,

meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar

juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan

masing-masing.

Page 33: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

11

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi

setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah

dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami

kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana

kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan

persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh

digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan

asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk

persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

(d) Pengajaran Tematik (Thematic)

Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau

ditentukan oleh guru. Ia bermula dengan “perkongsian pengalaman”

yang diperolehi mungkin daripada tayangan video, lawatan ke

muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan

“perkongsian kepakaran” di mana pelajar secara bekerjasama

mengumpulkan data dan maklumat, menganalisis data tersebut dan

akhirnya menggariskan kesimpulan. Suatu laporan dikeluarkan dan

dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas. Tema

yang biasa dilaksanakan adalah seperti sejarah sukan Olimpik,

sejarah tempatan, industri tempatan dan sebagainya.

(e) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar

di Malaysia. Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi

menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua

orang. Media yang digunakan merangkumi media cetak dan

elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat

bertemu dan berbincang secara maya. Ruangan berbual, papan

buletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis

ini.

Page 34: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

12

(f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa

Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang

kurang upaya. Pelajar pekak misalnya memerlukan bahan

pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal. Teknologi masa

kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka

yang kurang berupaya/kecacatan.

TUGASAN TERARAH 1. Apakah media pengajaran?

2. Jelaskan prosedur yang perlu dilakukan dalam menyediakan

bahan media pengajaran.

3. Kepelbagaian media pengajaran mampu memberi

pengalaman pembelajaran yang berkesan kepada pelajar-

pelajar. Sejauhmanakan anda bersetuju dengan kenyataan

ini dan berikan huraiannya.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

LAMAN WEB http://interact.uoregon.edu/MediaLit/FA/MLArticleFolder/effects.html

http://www.cudenver.edu/~mryder/itcon.html

Page 35: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

13

RUJUKAN Newby, T.J., Stepich,D.A., Lehman,J.D. & Russell,J.D. (2000).

Instructional technology for teaching and learning.(2nd ed). New Jersey: Prentice Hall.

Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunities to learn. (2nd ed.).Canada:Thomson Wadsworth. Roblyer,M.D. & Edwards,J. (2000). Integrating Educational

Technology into Teaching. (2nd ed). ). New Jersey: Prentice Hall.

Safian bin Abd. Rashid (2010). Pengurusan sumber : Komponen Teknologi Pendidikan. Yusuf Hashim (1998).Teknologi pengajaran.Shah Alam:Penerbit

Fajar Bakti.

Page 36: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

14

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 37: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

15

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi model-model rekabentuk pengajaran

(Instructional Design), peranan rekabentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta membina objek pembelajaran (LO – Learning Object) dan prinsip

grafik.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam

persekitaran teknologi.

2. Membangunkan media pengajaran yang baik dan bersesuaian.

3. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Pengenalan

Pembangunan Media Pengajaran memerlukan seseorang guru menguasai teori

teori pembelajaran, model-model pengajaran dan kemahiran menggunakan perisian

komputer untuk menghasilkan bahan media yang boleh digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design)

Instructional Design (ID - rekabentuk pengajaran) merupakan satu model yang

boleh membantu kita untuk merancang dan merekabentuk sama ada proses

pembelajaran atau pun bahan/media yang akan digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, terutamanya dalam e-pembelajaran . Lihat Rajah 1.

Tajuk 3 Pembangunan Media Pengajaran

Page 38: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

16

Rajah 1 : Gambaran Reka bentuk Pengajaran Seorang Guru

Rekabentuk pengajaran merupakan pembangunan spekfikasi instruksional yang

sistematik menggunakan teori pembelajaran dan instruksional bagi memastikan kualiti

pengajaran. Ia melibat keseluruhan proses analisis matlamat dan keperluan

pembelajaran dan pembangunan sistem penyampaian untuk memenuhi keperluan

tersebut. Ia termasuk pembangunan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti instruksional; dan

pelaksanaan dan penilaian seluruh instruksional dan aktiviti-aktiviti pembelajaran.

Sistem instruksional merupakan penyelarasan prosedur-prsedur dan sumber-

sumber untuk menggalakkan pembelajaran. Rekabentuk pengajaran adalah proses

sistematik membangunkan sistem instruksional dan pembangunan instruksional adalah

proses melaksanakan sesuatu sistem atau rancangan. Rekabentuk pengajaran

merupakan bidang yang boleh menjelaskan secara spesifik tindakan instruksional untuk

mencapai kehendak sesuatu hasil instruksional; proses menentukan kaedah

instruksional yang terbaik bagi menjayakan kehendak perubahan dalam kemahiran dan

ilmu pengetahuan untuk pelajar bagi sesuatu kandungan pelajaran yang tertentu

(spesifik content).

Page 39: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

17

Rajah 2: Peta Konsep Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Secara amnya proses ID mempunyai keperluan seperti berikut;

1. Untuk mengenalpasti hasil-produk atau hasil-pembelajaran dari sesuatu

"pengajaran",

2. Sebagai panduan untuk membangunkan kandungan "pengajaran" (urutan/proses

dan skop),

3. Untuk memantapkan bagaimana keberkesanan "pengajaran" boleh dinilai.

Model ASSURE

Tidak seperti model pembelajaran yang lain, Model Heinich, Molenda,

Russell dan Smaldino tidak mempunyai perwakilan visual atau gambar rajah. Ia

dijelaskan dengan penggunaan akronim iaitu ASSURE.

Page 40: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

18

A Analyze Learners Analisis Pelajar

General character Specific entry competencies Learning Style

S State Objectives Nyatakan Objektif

Learning outcomes Conditions of performance Degree of acceptable performance

S

Select Methods, Media and Materials Pilih Kaedah dan Bahan

Select available materials Modify existing materials Design new materials

U

Utilize Media and Materials Guna Media dan Bahan

Preview the materials Prepare the materials, environment Provide the learning experience

R

Require Learner Participation Perlu Penyertaan Pelajar

In-class and follow-up activities so learner can process the information

E

Evaluate and Revise Menilai dan Semak Semula

Before, during and after instruction Assess learner, media methods

Rajah 3: Struktur Model ASSURE

Page 41: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

19

1. Analyse learner (Analisis pelajar)

Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan

dengan tajuk yang dihendak ajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf

ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku.

2. State Objective (nyatakan objektif)

Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang

dirancangkan. Objektif patut mengandungi formula “ABCD” seperti rajah

3 di bawah .

Rajah 4 : Formula Pembinaan Objektif

3. Select Methods, Media and Materials (pilih, kaedah dan bahan)

Guru hendaklah memilih media sedia ada yang sesuai dengan objektif

pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki

terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan

objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuaian

dengan tajuk dan objektif pengajaran.

Heinich et al., menggunakan formula

ABCD untuk membina objektif

pembelajaran yang jelas.

A = Audience

(Pelajar)

B = Behavior

(Tingkah Laku)

C = Conditions

(Syarat)

D = Degree

(Darjah)

Rajah 2

BCD's of building objectives

Page 42: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

20

4. Utilize Media and Materials ( Guna Media dan Bahan)

Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat

kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik

minat murid-murid, memberi motivasi dan menyeronokkan mereka. Adakan

juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

5. Require Learner Participation (Perlu Penyertaan Pelajar)

Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari

pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas

yang betul diperolehi.

6. Evaluate and Revise ( Menilai dan Semak Semula)

Penilaian semasa proses dan selepas proses pengajaran dan

pembelajaran membolehkan guru membuat pembetulan, penambahbaikan,

dan tindakan susulan yang sesuai. Penilaian boleh dibuat dalam pelbagai

bentuk. Bentuk Penilaian pembelajaran terbahagi dua, iaitu penilaian formal

dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian. Penilaian

informal dibuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti

kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh

dibuat sepanjang proses P&P.

Page 43: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

21

Model Addie

Terdapat lima langkah umum dalam merekabentuk sesuatu pengajaran mengikut Model Addie:

Rajah 5: Rajah Model ADDIE

Rajah 5 : Model ADDIE

1. Analyse (Analisis)

Pembangunan konsep, penyataan tujuan, kenalpasti pengguna sasaran,

perbincangan, pemerhatian dan pembacaan. Pada peringkat ini, masalah

pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran ditetapkan.

Persekitaran pembelajaran dan pengalaman sedia ada murid juga dikenal

pasti.

Soalan-soalan berikut boleh digunakan sebagai panduan menganalisis.

Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka?

Apakah hasil pembelajaran?

Apakah pilihan strategi penyampaian?

Berapakah tempoh pelaksanaan?

Page 44: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

22

2. Design (Rekabentuk)

Langkah ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia

menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur,

pendekatan, teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Antara

lain ia juga melibatkan proses:

i. Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.

ii. Pembinaan item-item untuk ujian.

iii. Pemilihan strategi pengajaran.

Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran

serta menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran. Antara

elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak

disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian,

memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran

3. Develop (Pembangunan )

Proses pembangunan antara muka. Penyediaan papan cerita, apa yang

pengguna lihat pada skrin dan bagaimana ia dihubungkan antara satu sama

lain. Guna Powerpoint supaya senang untuk mengedit dan paparan satu slaid

satu papan Pembangunan isi kandungan: maklumat atau bahan yang

berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan - proses pengumpulan,

penterjemahan, pengubahsuaian elemen yang digunakan.

4. Implement (Pelaksanaan)

Proses pengujian sebelum dilaksanakan bagi memastikan tiada pepijat, tepat,

beroperasi. Mengikut peruntukan masa dan kehendak pelanggan. Turut juga

bergantung kepada konfigurasi sistem tersebut. Pengujian dipelbagai

platform untuk memastikan projek tersebut boleh digunapakai.

5. Evaluation (Penilaian)

Fasa ini terdiri daripada penilaian (1) formatif dan (2) penilaian sumatif.

Penilaian formatif adalah hadir dalam setiap peringkat proses ADDIE.

Page 45: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

23

Penilaian sumatif terdiri daripada ujian yang direka untuk kriteria yang

berkaitan yang dirujuk dan menyediakan peluang untuk mendapatkan

maklum balas dari pengguna. Semakan dibuat seperti yang diperlukan.

Peranan Rekabentuk Pengajaran Dan Pembinaan Objek Pembelajaran (LO – Learning Object)

Richey (1986) telah mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai

sains untuk mencipta spesifikasi terperinci bagi pembangunan, penilaian dan

penyenggaraan terhadap situasi yang membantu pengajaran dari unit yang

kecil dan besar dari ‘subject-matter’. Dick dan Carey (1996) pula mengaitkan

proses pengajaran sebagai satu sistem. Kaedah sistem itu boleh dirujuk

sebagai pembangunan sistem pengajaran (“Instructional System

Development”). Dari segi proses lebih cenderung kepada fasa-fasa

pembangunan dari proses reka bentuk pengajaran generik; analisis, reka

bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian (contoh oleh Seels dan

Glasgow, 1990).

Secara khususnya reka bentuk pengajaran adalah satu sistem yang

boleh membantu golongan pendidik atau pembangun perisian pendidikan

untuk 76 menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.

Objek Pembelajaran (LO)

Objek Pembelajaran (OP), di ambil dari perkataan bahasa inggeris

“Learning Object’’ (LO). Istilah ini wujud dari dua bidang amalan profesional:

1. “Object-oriented programming (OOP)” yang mana mengelompokkan

kod-kod kepada kelompok kod yang boleh diguna semula,

mempunyai fungsi tersembunyi dan ciri-ciri yang mudah.

2. “Objektif pembelajaran” yang menawarkan pernyataan mudah

terhadap pencapaian atau hasil sesebuah pembelajaran yang

mengambikira perlakuan yang dilaksanakan terhasil dari aktiviti

pembelajaran

Page 46: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

24

Definisi Objek Pembelajaran (LO)

Objek Pembelajaran merupakan koleksi bahan-bahan digital-gambar,

dokumen, simulasi yang diiringi oleh objektif pembelajaran yang jelas dan

boleh diukur bagi menyokong sebarang aktiviti pembelajaran (Johnson, 2003

hlm. 4 diadaptasi oleh NMC, 2004 hlm.1)

Ciri-ciri Objek Pembelajaran

Terdapat beberapa ciri-ciri objek pembelajaran dan antaranya:

1. Mempunyai objektif pembelajaran yang jelas dan boleh diukur

2. Bersifat digital

3. Boleh diedarkan atau diakses melalui internet atau sistem rangkaian

4. Mengandungi aktiviti yang boleh mengundang pelajar membuat

eksperimen dan berinteraksi dengan kandungan

5. Mengandungi kandungan (“subject matter”) dan antaramuka

6. Mengandungi metadata

Kelebihan Menggunakan Objek Pembelajaran

1. Fleksibel

Menawarkan akses kepada pelbagai mod pembelajaran kepada

pelajar.

2. Kos efektif

Sumber percuma (punca terbuka)- bahan ini boleh digunakan

berulangkali.

3. Kesesuaian

Guru boleh memilih LO yang boleh disesuaikan dengan bahan sedia

ada dan stail pembelajarannya.

Rasional Membina Objek Pembelajaran

1. Tidak menemui bahan pengajaran yang boleh memenuhi keperluan

objektif pembelajaran

2. Menambah (supplement) kepada bahan pengajaran yang sedia ada.

Penghasilan Objek Pembelajaran

1. Tulis objektif pembelajaran yang jelas

2. Pilih kandungan yang sesuai yang boleh menyokong matlamat pendidikan

Page 47: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

25

3. Pilih sistem penyampaian yang sesuai (PPT, Internet dll)

4. Pilih struktur aktiviti yang sesuai (Task analysis)

5. Berikan pilihan kepada pelajar terhadap ‘laluan’ dalam LO (Skill Hierarchy)

6. Berikan pelbagai ruang aktiviti yang boleh menangani pelbagai mod

pembelajaran (cth: ‘permainan’ dalam aktiviti di internet)

7. Maklumbalas yang konstruktif

8. Pertimbangkan isu penilaian

3.2 Merancang Pengajaran (Instructional Planning)

3.2.1 Keperluan merancang pengajaran

Kelebihan yang boleh didapati daripada rancangan pembelajaran

boleh dilihat daripada penggunaan rancangan pembelajaran sebelum,

semasa dan selepas sesuatu pembelajaran (Borco & Livingston, 1992;

Kauchak & Eggen, 1989; Reynolds, 1992)

Sebelum Pembelajaran

Bridge

Perancangan Pembelajaran menghubungkan matlamat kurikulum

dengan pelajar

Perancangan pembelajaran yang menghubungkan dengan objektif,

aktiviti pembelajaran, dan penilaian.

Checklist

Menjangka bahan yang specifik, kemudahan dan peralatan yang

dikehendaki. Keperluan ini untuk memastikan bahan ini cukup untuk

semua pelajar.

Schedule

Perancangan Pembelajaran membolehkan guru untuk menentukan

apakah aktiviti yang akan digunakan untuk membantu pelajar belajar

dan untuk meletakkan mereka dalam turutan yang logik dan

memperuntukkan masa yang mencukupi untuk aktiviti-aktiviti yang

berbeza.

Page 48: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

26

Semasa Proses Pembelajaran

Road Map

Perancangan Pembelajaran menerangkan destinasi yang hendak

dicapai dan jalan-jalan yang dirancang untuk sampai ke destinasi.

Perancangan Pembelajaran memastikan kita berada dilandasan yang

betul, memantau pelajar untuk sampai ke matlamat.

Outline

Perancangan Pembelajaran menyediakan set panduan untuk diikuti di

dalam bilik darjah, membenarkan guru untuk berinteraksi dengan

pelajar daripada untuk mengingat apa yang akan dilakukan selepas

itu.

Compass

Perancangan Pembelajaran menyediakan arah tuju yang jelas dan ini

meningkatkan keyakinan. Ini penting bagi guru-guru yang kurang

pengalaman.

Selepas Proses Pembelajaran

Diary

Menyediakan tempat untuk merekod apa yang berlaku ketika proses

pembelajaran (McCutcheon, 1980).

Tempat untuk merekod pemerhatian dan komen apa yang berjaya

dan gagal.

Briefing Book

Ia penting kerana untuk memberi maklumat kepada rakan apa yang

berlaku dalam bilik darjah.

3.2.2 Merancang aktiviti pembelajaran berasaskan teori pembelajaran

dan teknologi pengajaran.

Page 49: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

27

CONTOH INTEGRASI RANCANGAN PENGAJARAN DENGAN TEKNOLOGI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh :7 April 2006

Masa :8.45 - 9.45 pagi

Tahun/Ting. :1 Bestari

Topik :Bersuci daripada hadas keciI

Bidang :Ibadah

Hasil Pemb. :Murid dapat mengenal,menyebut dan menunjukkan anggota wuduk

dengan sempurna.

Pakej/Modul :

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Aras i.Menyatakan pengertian wuduk dengan betul

Aras ii.Menyatakan anggota-anggota wuduk dengan betul

Aras iii.Menjawab latihan secara bertulis berdasarkan soalan

yang disediakan pada slaid Ms Power point dengan betul

Aktiviti P& P :

1.Guru menunjukkan slaid perkataan wuduk dan bersoaljawab

dengan murid-murid tentang pengertian wuduk

2.Memperkenalkan anggota wuduk yang wajib melalui slaid.

3.Memperkenalkan anggota wuduk yang sunat.

4.Menjawab soalan latihan yang disediakan.

Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik

Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif, Kontekstual

Kemahiran Generik :Kemahiran berfikir

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):

Bahan elektronik / bahan bercetak / bahan autentik:Komputer

Kad tugasan :

Templat pelajar :

Borang penilaian aktiviti p&p :

Page 50: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

28

Pengetahuan Sedia Ada:

Pelajar telah mengenali anggota badan.

Pelajar biasa menyaksikan perlakuan wuduk.

Penerapan Nilai : Berdisiplin, menjaga kebersihan.

Gabungjalin : Sains, Matematik, PJK

PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN (PI)

Langkah Isi pelajaran Aktiviti Catatan Set induksi 3 Minit

Slaid air mutlak 1.Guru menayangkan slaid Air mutlak 2.Guru menerangkan jenis dan kegunaan air mutlak.

Langkah 1 15 Minit

Pengertian wuduk 1.Bersoaljawab mengenai pengetahuan murid berkaitan wuduk . 2. Guru menerangkan pengertian wuduk melalui slaid.

Langkah 2 20 minit

Pengenalan anggota wuduk

1.Guru menunjukkan anggota wuduk melalui slaid. 2. Guru menerangkan anggota wajib dan sunat.

Langkah 3 19 minit

Menjawab soalan 1.Guru memaparkan slaid soalan. 2. Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru.

Penutup 3 Minit

Nasyid tentang anggota wuduk.

1. Guru memperdengarkan nasyid dan meminta pelajar menasyidkan bersama.

Catatan/Refleksi: Murid dapat menyatakan semula anggota wuduk dengan betul.

Page 51: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

29

3.3 Prinsip Dan Peranan

3.3.1 Grafik, foto, animasi, audio dan video

Pengenalan

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang , simbol-

simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang yang dijadikan satu

media untuk memberi satu konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya

dalam proses menyampaikan maklumat.

Prinsip-Prinsip Grafik

Walaupun seni grafik memerlukan kebolehan senilukis, tetapi untuk

menghasilkan bahan-bahan pengajaran tidak semestinya seorang itu pelukis.

Seorang guru dapat menghasilkan bahan pengajaran jenis visual untuk

pembelajaran dengan berpandukan kepada beberapa prinsip seni grafik.

Dalam menghasilkan sesuatu media pendidikan kita memerlukan grafik.

Grafik adalah berupa huruf, angka, gambarajah, carta dan sebagainya. Oleh

itu kita harus dan perlu mempelajari kaedah-kaedah dan prinsip grafik yang

betul supaya media-media pendidikan yang kita terbitkan itu bermutu. Untuk

mengeluarkan bahan-bahan pengajaran seperti carta, gambar kepingan

lutsinar, slaid dan sebagainya, prinsip-prinsip rekabentuk dipatuhi supaya

bahan itu nanti bukan sahaja akan berkesan tetapi juga menarik.

a. Prinsip Mudah

1. Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea

yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

Page 52: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

30

Perkara Utama : Menunjukkan cecair di masukkan ke dalam botol.

2. Tidak perlu dilukis tiga buah botol, dilukis sebuah botol lebih mudah

untuk difahami.

3. Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana

mudah dilihat.

4. Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20

patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

Contoh Transparensi

5. Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat

dengan garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana

garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.

Page 53: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

31

b. Prinsip Penyatuan

Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual

apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan.

Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain

hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan

idea dasar yang hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperolehi dengan

menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan

sebagainya.

c. Prinsip Penegasan

1. Tegaskan satu elemen atau satu idea sahaja yang boleh menjadi pusat

minat dan pusat perhatian

Page 54: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

32

Tajuk Carta : Bola Sepak. Tidak perlu dilukis gambar permainan lain

2. Gunakan warna, penghurufan tertentu, saiz, ruang dan sebagainya untuk

menegaskan idea tersebut.

d. Prinsip Seimbang

Kesemua elemen-elemen dalam sesuatu visual dari elemen penghurufan

hingga ke elemen gambar dan garisan haruslah seimbang pada keseluruhanya dan

tidak berat sebelah. Dengan kata lain, semua elemen visual itu adalah dalam kedaan

yang sama berat.

Seimbang Formal Seimbang Tak Formal

e. Keperluan Visual

Page 55: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

33

f. Prinsip Rekabentuk

Untuk memenuhi prinsip dalam rekabentuk , perkara – perkara berikut

perlu diambil kira :

1. Garisan

Fungsi garisan dalam rekabentuk ialah untuk menghubungkan

bersama - sama elemen – elemen visual dan untuk

mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual tersebut

dengan urutan tertentu.

2. Bentuk

Tiap-tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk

keseluruhan sama ada bentuk itu nyata atau tidak. Pada

keseluruhannya ada empat jenis bentuk yang biasa digunakan

iaitu I , S , T dan Z. Bentuk – bentuk lain yang luar biasa akan

menambahkan minat pemerhati.

Ada Ruang

Page 56: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

34

Tiada Ruang Ada Ruang

3. Ruang

Ruang – ruang kosong haruslah ditinggalkan juga dikeliling perkataan

dan elemen – elemen visual yang laian untuk mengelakkan perasaan

sesak dikalangan pemerhati. Keadaan sesak tersebut boleh

mengelirukan.

4. Warna

4.1 Kontras

Tujuannya untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan

visual.Lazimnya perbezaan warna antara latar ( elemen negatif )

dengan visual ( elemen positif ) akan menimbulkan kontras yang

baik.

Page 57: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

35

g. Perancangan

Sebelum memulakan kerja – kerja grafik untuk menghasilkan sesuatu media

pengajaran, kita harus ada perancangan yang teliti terlebih dahulu.

Perancangan bagi menentukan jenis yang akan diterbitkan berdasarkan :

1. Bahan yang sedia ada atau bahan yang diperlukan hendaklan

disenaraikan.Misalnya pena , pensil , pembaris , pemadam .

pemotong kertas , gam , dakwat , marker dan lain – lain keperluan.

2. Sebelum kita memulakan penerbitan kita harus tentukan objektif

terbitan dan beberapa ramai murid yang menjadi sasaran kita. Ini

adalah penting untuk kesesuaian dalam penggunaan dan untuk

menggelakkan pembaziran.

3. Begitu juga dalam membuat terbitan , kita harus tahu tujuan terbitan

itu. Adakah ianya untuk tayangan , bukan tayangan , atau pameran.

Contohnya :

3.1 Untuk tayangan seperti lutsinar / transperensi , slaid , filem Jalur ,

video dan VCD.

3.2 Untuk bukan tayangan seperti carta , buku dan pena.

3.3 Untuk pameran seperti poster dan lukisan.

4. Perancangan “ Art Work “

Ada empat ‘art work ‘ yang diperlu dirancang dengan mengambil kira saiz dan

dimensi kawasan kerja , perbandingan bahan visual , reka bentuk dan

susunatur , latarbelakang , sumber , kemahiran , teknik , bahan – bahan dan

kemudahan – kemudahan yang boleh digunakan.

Page 58: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

36

h. Saiz Kawasan Kerja

Adalah sangat penting memilih ‘cardboard ‘ atau saiz kertas yang boleh

diperlakukan dengan mudah. Keperluan-keperluan berikut perlu diambil

perhatian bila menentukan permukaan kerja :

1. Perhurufan dan lukisan boleh dibuat dengan mudah.

2. Ruang tepi perlu di sediakan disekeliling visual.

3. Bahan – bahan art work senang disimpan.

j. Warna

Walaupun lukisan – lukisan dan gambar – gambar hitam putih sememangnya

menarik tetapi penggunaan warna yang betul akan menimbulkan perasaan ,

mood dan minat. Kegunaan warna dalam menghasilkan bahan pengajaran

adalah sangat – sangat diperlukan untuk menghidupkan suasana pengajaran

dan pembelajaran didalam bilik darjah yang kurang beraneka warna. Tetapi

perlu dingatkan penggunaan warna untuk bahan – bahan visual adalah

tertakluk kepada prinsip – prinsip grafik dan batasan – batasan tertentu.

1. Panduan am warna

1.1 Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen

tumpuan.

1.2 Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokromik , warna

berhampiran atau pun warna penggenap.

1.3 Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan mudah

difahami serta tidak kelihatan sukar.

1.4 Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan.

Dengan berlatar belakangkan warna hitam , warna putih akan kelihatan

lebih atau paling jelas. Ini diikuti dengan warna kuning , oren, hijau ,

merah , dan ungu mengikut tertib jelas kelihatan.

1.5 Sebaliknya , jika warna putih merupakan warna latar belakang , warna

yang paling jelas kelihatan ialah warna hitam. Ini dikuti oleh warna merah

, oren , hijau , biru , unggu dan kuning.

1.6 Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.

Jangan sekali – kali menggunakan warna mengikut sesuka hati

sehingga kesan yang diperolehi tidak terkawal dan lari jauh dari

rancangan awal.

Page 59: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

37

2. Skim Warna

Warna-warna diklasifikasikan ke dalam carta warna.

2.1 Skim Warna Monokromik

Warna monokromik berharmoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna

yang muda membawa kepada warna tua. Satu contoh skim monokromik ialah warna

ungu; dari ungu muda hingga ke ungu tua. Begitu juga warna biru, dari biru muda

hingga ke biru tua.

2.2 Skim Berhampiran (atau Analogus)

Warna berhampiran berharmoni terdiri dari warna-warna yang berhampiran dalam

carta warna. Misalnya, skim berhampiran ialah warna hijau, hijau-biru, begitu juga

warna kuning, kuning-oren dan oren.

2.3 Skim Penggenap ( berlawanan atau komplimentari)

Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam

carta warna. Misalnya, warna kuning-oren digunakan bersama dengan warna biru-

ungu.

k. Kegunaan Grafik Dalam Visual

Huruf angka dan perkataan memainkan pernan yang penting dalam komunikasi, kita

patut berhati-hati bila menggunakan bahan visual. Perkataan dan angka mestilah

senang dibaca.

1. Huruf Bahan Visual

Bahan visual untuk pengajaran yang disediakan oleh guru hendaklah boleh dilihat

oleh semua murid sama ada yang duduk di depan atau pun di belakang bilik darjah.

Dengan itu perkara-perkara kecil di dalam visual seperti tulisan atau perhurufan

haruslah boleh dilihat dengan jelas oleh semua murid. Penglihatan penghurufan

bergantung kepada:

a. Saiz huruf yang digunakan.

b. Jenis atau stail penghurufan yang dipilih.

c. Cara atau kaedah penghurufan.

Pemilihan saiz, jenis atau satail huruf bergantung juga kepda ciri-ciri bilik, di mana

visual digunakan seperti bentuk bilik panjang, lebar serta keadaan cahaya gelap atau

Page 60: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

38

terang. Jenis skrin atau layar yang digunkan untuk bahan tayangan sama ada skrin

tayang depan atau skrin tayang belakang. Skrin tayang belakang tidak begitu cerah

dan dengan itu memerlukan huruf-huruf yang lebih besar.

2. Cara Menulis Huruf dan Angka / Jenis-jenis Penghurufan

2.1 Tulisan bebas ( free hand)

Sham

Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan menggunakan

berus dan dakwat atau cat berwarna. Cara ini setiasa digunakan untuk grafik yang

besar seperti carta dan poster. Lain-lain jenis tulisan bebas boleh dibuat dengan

menggunakan beberapa jenis pen dan mata pen seperti mata pen skrip. Pensel

lukisn arang, kapur dan feltpen atau pen marker juga boleh digunakan. Berikut

beberapa petua untuk melukis penghurufan.

Penghurufan yang ditulis dengan tangan

Menulis dengan menggunakan garisan pandu bagi mempastikan huruf sentiasa lurus

dan sama tegak.

A A B B C C

Pastikan huruf – huruf keseluruhannya mempunyai ketebalan yang sama.

Page 61: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

39

2.2 Penghurufan dari komputer dan stail penghurufan

Cubaan Gunakan garisan luar untuk mendapatkan rasa kekuatan kepada huruf-huruf.

Pusat Sumber Pusat Sumber

Pusat Sumber Lukiskan garisan di atas atau di bawah huruf untuk penegasan. Kadangkala dua

garisan tebal dan garisan halus.

Huruf – huruf besar boleh digunakan dalam ruang kecil dan bertindih – tindih huruf –

huruf berkenaan. Ini adalah jenis penghurufan yang menarik dan mudah

membuatnya. Penghurufan juga boleh dibuat dengan kaedah tampalan.

SEKOLAH

Penghurufan yang menggunakan bayang.

Page 62: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

40

2.3 Penghurufan yang dipotong dari bahan lain.

A A

Huruf Asal Salin

A

A

Potong Tampal

2.4 Huruf Pindah Kering.

Bahan pindah kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf , simbul , angka dalam

berjenis-jenis saiz , bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap

kepingan yang dibeli mengikut pointnya. Saiz biasa ialah 6 point hingga 192 point.

Bahan pindah kering ini senang diperolehi dan senang digunakan.

Page 63: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

41

Huruf Pindah Kering Tanggalkan 3. Mudah Dilihat

Huruf yang digunakan mestilah mudah dilihat dan senang dibaca. Perkataan dan

angka serta lain-lain data yang dibuat untuk maklumat penonton, mestilah berhati-

hati supaya ianya senang dibaca.

3.1 Ukuran Huruf

Saiz huruf ini mengikut jenis grafik , jenis penonton dan jarak grafik itu akan dilihat

sesuai dengan peringkat umur murid.

3.2 Keterangan Huruf

Huruf itu mesti dibuat dengan terang dan senang dibaca.

3.3 Bentuk Huruf

Jenis bentuk huruf mengikut jenis kerja grafik itu, pembaca dan jarak membaca.

Bentuk huruf itu boleh menarik dan juga menjadikan grafik itu senang atau susah

untuk dibaca.

3.4 Susunan Grafik

Bahan-bahan untuk dibaca patut disusun supaya pembaca itu dapat membacanya

dengan mudah. Bahan yang mudah dibaca dan menarik terpulanglah pada susunan

grafik itu , warnanya yang dipilih dan latar belakangnya.

Page 64: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

42

l. Lukisan Dan Gambar Foto

Lukisan dan gambar foto memainkan peranan penting untuk menarik perhatian

penonton. Satu gambar boleh memberi keterangan dan makna yang sesuai. Gambar

itu boleh dibuat dalam bentuk dalam bentuk benar ( life like drawing ) bentuk garis

kasar ( outline ) bentuk gambar rajah ataupun dalam bentuk effect dan abstrak.

m. Warna Dan Grafik

Kepentingan warna adalah untuk menarik perhatian dan menunjukkan bahan-bahan

yang lebih penting di dalam visual itu. Bila warna digunakan untuk tulisan tajuk

utama visual , kita mesti berhati-hati dan pilih warna yang sesuai untuk latar

belakang grafik itu. Warna itu patut berturut-turut atau bertentangan seperti tulisan

hitam di atas kertas putih atau kuning. Tetapi tulisan kuning di atas kertas putih

adalah tidak sesuai.

n. Kertas

Pilihan jenis-jenis kertas untuk grafik juga sama penting dengan pilihan warna kerana

ada banyak jenis kertas yang boleh digunakan dalam grafik. Kertas boleh dipilih

mengikut kilat mukanya (gloss) kasar atau licin mukanya (texture) dan lain-lain.

Pilihan jenis kertas ini bergantung kepada kegunaan dan tempat kegunaan.

o. Panduan Am Penghurufan.

Untuk panduan guru di dalam bilik darjahnya di mana keadaan bilik darjah itu

memang sudah diketahui oleh guru , tumpuan ialah untuk memastikan bahawa murid

yang duduk di belakang bilik darjah dapat melihat dengan jelas. Berikut diberikan

panduan penghurufan untuk semua jenis visual , dari panduan penghurufan carta ke

penghurufan untuk ditayangkan seperti slaid dan kepingan lutsinar / transparensi.

1. Pilih stail penghurufan yang mudah dilihat seperti jenis tanpa serif. Elakkan

dari mengguna jenis yang berbunga-bunga atau bersambung ( jenis skrip dan

inggeris lama)

Huruf Mudah

Penghurufan Yang Mudah Dibaca

Page 65: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

43

Prinsip Grafik

Huruf Mudah

Prinsip Grafik

Prinsip Grafik

Prinsip Grafik

Penghurufan Yang Tidak Sesuai Untuk Sekolah Rendah

2. Untuk tajuk-tajuk yang pendek (enam perkataan atau lebih sedikit) gunakan

huruf besar kesemuanya. Untuk tajuk-tajuk yang paling panjang yang

melebihi enam perkataan,gunakan huruf-huruf kecil atau biasa yang didahului

dengan huruf-huruf besar dipermulaan perkataan. Huruf-huruf kecil lebih

mudah dilihat.

3. Jarakkan huruf dengan cara optik atau menggunakan penghilatan mata.

Dengan kata lain sebenar di antara huruf adalah tidak sama, tidak kelihatan

hampir menyentuh. Yang penting ialah semua kekosongan diantara huruf-

huruf hendaklah seimbang dan kelihatan sama.

4. Jarak di antara perkataan hendaklah sekurang-kurangnya 1 ½ x lebar huruf

M. Jarak di antara semua perkataan hendaklah kelihatan sama. Ini adalah

bersesuaian untuk bahan batu yang bersaiz besar seperti carta dan untuk

jumlah murid seramai 40 orang.

Page 66: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

44

Ini buku

saya 1 ½ lebar huruf M

5. Jarak di antara akhir ayat kepermulaan ayat baru, dibarisan yang sama

hendaklah sekurang-kurangnya 3 x lebar huruf “ M “. Jarak di antara semua

hujung ayat ke permulaan ayat baru hendaklah kelihatan sama juga.

Buku Biru Buku Hijau

3 lebar huruf “ M “

Buku Biru

Buku Hijau

1 ½ Tinggi huruf “ M “

6. Warnakan penghurufan dengan warna yang akan menyebabkan penghurufan

tersebut kelihatan lebih jelas. Warna latar penghurufan haruslah warna yang boleh menyebabkan penghurufan itu lebih jelas.

p. Keluarga Penghurufan

Terdapat tiga keluarga ( kategori) Penghurufan. 1. Keluarga Huruf Serif 2. Keluarga Huruf Senserif 3. Keluarga Huruf Pelbagai

Page 67: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

45

Air Sejuk Huruf Tanpa Serif

Air Sejuk Huruf Moden Yang Bersirif Sedikit

Air Sejuk Huruf Skrif

Air Sejuk Huruf Inggeris Lama

q. Penyusunan Barisan Huruf.

Memohon Kebenaran Keluar

Sejajar Di Pangkal

Sejajar Di Hujung

Memohon Kebenaran Keluar

Seimbang Formal

Memohon Kebenaran Keluar

Page 68: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

46

r. Pengenalan Grafik Dalam Komputer

Dalam era masa kini, penggunaan komputer menuntut manusia memilih untuk

melakukan kerja dengan lebih mudah lagi. Pelbagai perisian digunakan untuk

membina kerja-kerja yang melibatkan grafik.

Penggunaan komputer dalam penghasilan bahan P&P dapat memudahkan kerja

dalam jangkamasa yang singkat. Walaubagaimanapun pengguna harus mengetahui

mengenai prinsip-prinsip asas grafik supaya hasil yang diciptakan dapat difahami

dan menarik perhatian pengguna.

Dalam bab ini anda didedahkan dengan penggunan asas grafik MS-Words. Anda

haruslah mengetahui asas penggunaan MS-Word dan telah kenal Bar Alat yang

dipaparkan di skrin.

s. Bagaimana Mengendali Grafik

Anda boleh mencipta dan menyerikan lagi dokumen word dengan menggunakan

gambar tersedia dari koleksi Microsoft ClipArt Gallery atau menyisip fail imej yang

dihasilkan dengan program lain.

Anda boleh juga melukis bentuk untuk dimasukkan ke dalam penghasilan. Setiap

grafik atau bentuk yang ditambah ialah satu objek. Objek boleh dipindahkan dan

diubah saiznya mengikut kehendak.

Anda akan belajar menggunakan peralatan grafik dalam Word. Anda juga

ditunjukkan cara melukis bentuk asas, menyisip gambar, menghasilkan

imej WordArt, dan mengendali objek grafik.

t. Menyisip Grafik Tersedia

Satu cara untuk menambah keberkesanan visual ialah dengan menggunakan

gambar clipart, iaitu lukisan atau imej tersedia yang mencakupi pelbagai topik dan

kategori. Anda boleh menyisipkan gambar tersedia ini ke dalam sebarang dokumen

anda. Microsoft Word menyediakan koleksi imej tersedia termasuk imej dan gambar

foto hitam putih dan berwarna. Selain gambar dalam galeri Microsoft, anda boleh

mencari gambar lain di Jaringan Web Sedunia (WWW).

Page 69: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

47

U. Menyisip Fail Gambar

Jika anda mempunyai fail gambar dari program lain, anda boleh menyisipnya ke

dalam dokumen anda. Anda boleh juga memasukkan objek seperti imej terimbas,

hamparan Excel dan objek visual yang lain. Anda boleh mengubah saiz,

memindahkan dan disalin.

V. Mencipta Teks Dengan Wordart

Salah satu alat grafik popular Microsoft yang dibekalkan bersama Word ialah

aplikasi WordArt. WordArt membolehkan anda menukarkan teks ke objek grafik yang

pelbagai bentuk dan pelbagai kesan menarik.

W. Melilit Teks disekililing Grafik

Anda boleh menambah objek ke dalam dokumen yang mempunyai teks. Anda boleh

merancang dan menentukan kedudukan teks di dalam teks. Misalnya anda mungkin

mahu teks disusun sehingga tepi objek, atupun meninggalkan sedikit ruang putih

antara objek dengan teks. Kawalan lilitan teks word membolehkan anda menentukan

cara teks dan objek diperagakan bersama.

Animasi

Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik.

Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar

kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada

dasarnya adalah statik. Animasi merupakan antara elemen multimedia yang

paling diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu

menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti. Ianya juga

membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan

menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih

mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan

maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga

membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih

hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu,

animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian

bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan

yang ingin disampaikan

Page 70: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

48

Kepentingan Animasi dalam Pendidikan

Ramai penyelidik mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran

akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak

formal. Elemen-elemen yang menghibur atau menggembirakan juga perlu diselitkan

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang lebih

positif. Animasi digital merupakan salah satu media komunikasi yang boleh

digunakan bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan

menyeronokkan seperti mana yang telah dicadangkan. Dalam menyelesaikan suatu

masalah matematik misalnya; adalah lebih menyeronokkan dengan adanya keratan

yang berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada menggunakan

sehelai kertas putih yang statik sifatnya. Animasi yang menggambarkan pergerakan

planet di dalam sistem suria juga akan lebih digemari oleh para pelajar serta mampu

menerangkan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih mudah berbanding

paparan imej planet-planet yang bersifat statik. Animasi, seperti media-media lain

mempunyai peranan yang tersendiri dalam bidang pendidikan khususnya bagi

membantu meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Berikut

merupakan antara beberapa kepentingan atau kelebihan animasi sekiranya

digunakan dalam bidang pendidikan :

• Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual

dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan

mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk

dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses

pemahaman.

• Animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ianya juga

mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding

penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang lebih

lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding media yang bersifat statik.

• Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran

pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana

persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan,

membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.

Page 71: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

49

• Sekiranya digunakan dengan berkesan, animasi mampu menawarkan satu

persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ianya juga mampu

menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemikiran pelajar

dengan lebih berkesan. Ini semuanya akan membantu dalam proses

mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menerima sesuatu isi pelajaran

atau mesej yang ingin disampaikan oleh para pendidik.

• Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animasi

mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi

sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih

banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini secara tidak langsung

mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut

dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan.

Audio

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang

berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem

multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara

latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem

multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses

penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari

itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar

lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu

juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik

dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin

dipersembahkan

Page 72: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

40

Panduan Menggunakan Audio dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web

Pendidikan

Walau pun penggunaan audio di dalam sesebuah aplikasi atau persembahan

multimedia mempunyai pelbagai kelebihan, penggunaannya perlu dirancang dengan

teliti serta dikawal penggunaanya. Ini adalah kerana tanpa perancangan yang teliti

serta apabila ianya digunakan ditempat yang tidak sesuai atau pun digunakan secara

keterlaluan mampu mencacatkan keseluruhan persembahan. Berikutnya merupakan

beberapa panduan asas bagaimana audio dapat digunakan dengan berkesan di

dalam sesebuah aplikasi multimedia :

I. Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan

aplikasi atau program.

II. Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional

mengapa ianya digunakan.

III. Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan

terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal

ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya.

IV. Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam

sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Sebagai contoh, pelajar

mungkin akan merasa kagum atau seronok apabila mendengar kesan audio

yang tertentu apabila mereka bergerak dari satu skrin ke satu skrin yang

baru. Namun demikian mereka pastinya akan mula merasa bosan apabila

kesan audio yang sama terus digunakan berulang-ulang setiap kali mereka

memasuki skrin baru.

V. Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan

rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz

fail audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di

dalam sesebuah aplikasi multimedia.

VI. Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh

mengganggu persembahan.

Page 73: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

41

Video

Video merupakan salah satu daripada media bergerak yang menghasilkan

imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej

kepada penonton.

Jenis-Jenis Kamera Video

1. Kamera video analog

2. Kamera video digital

Kamera video analog

• Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk

analog.

• Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam

pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini

berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai

dengannya sahaja seperti dalam jadual di bawah.

Kaset Video Format

VHS

VHS-C

HI 8

U-matik

Page 74: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

42

Kamera video digital

• Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk

digital.

• Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam

format DVC (Digital Video Cassette).

• Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan

menggunakan kabel firewire.

• Imejnya boleh disunting menggunakan perisian-perisian video secara digital

melalui komputer.

Bahagian-bahagian penting kamera video

Page 75: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

43

Jenis-jenis Pergerak Kamera

Jenis Shot Foto

Full Length Shot (FLS)

Medium close-up shot

Close Up Shot (C/UP)

Knee Shot (KS)

Long Shot (LS)

Waist Shot

Big Close Up (BC/U)

Page 76: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

44

Panning

Sebelum memulakan aksi panning, cari point permulaan dan poin akhir, iaitu

dari mana bermulanya image yang anda ingin rakamkan dan di poin mana rakaman

itu berakhir. Biasanya imej yang dirakamkan dengan menggunakan teknik ini ialah

imej objek yang bergerak laju seperti pergerakan kereta lumba.

Tilting

Pergerakan ini sangat berguna untuk menunjukkan ketinggian bangunan, pokok

atau membanding beza dua objek yang berlainan saiz. Jika anda merakam

bangunan KLCC, bermula dari puncak dan menurun perlahan-lahan ke bawah anda

telah melakukan tilting down. Jika anda memulakan pergerakan kamera bermula dari

bawah hingga ke puncak bangunan KLCC anda telah menggunakan teknik tilting Up.

Pergerakan Dolly

Pergerakan Dolly memerlukan anda menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out)

kamera yang dipasangkan di atas tripod beroda. Bagi menghasilkan pergerakan

yang licin, lantai hendaklah rata.

Page 77: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

45

Pergerakan truck

Anda boleh menggunakan kerusi beroda dan sudah tentu seorang pembantu

diperlukan untuk menolak anda ketika membuat penggambaran. Lensa hendaklah

berada dalam fungsi sudut luas (wide angle) dan guna mod fokus automatik. Seperti

teknik dolly, anda dinasihatkan membuat tanda dengan pita di atas lantai, dari mana

anda bermula trucking dan di mana anda merancang akan berakhir. Pergerakan ini

hendaklah licin dan ulang shot beberapa kali untuk mendapat shot yang terbaik.

Biasanya kita gunakan teknik ini bagi merakamkan objek yang sedang bergerak atau

berjalan.

Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran;

1. Tetapkan Tujuan dan Objektif

2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan

3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai

4. Menulis Skrip

5. Bersedia Membuat Penggambaran

6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik

7. Sediakan Bahan dan Peralatan

8. Mulakan Penggambaran

9. Menyunting

10. Membuat Rakaman Audio

11. Prebiu

12. Gunakan Dalam Pengajaran

13. Penilaian

Penerbitan Video Pendidikan

1. Tetapkan tujuan dan objektif

2. Penyelidikan bagi tujuan mengumpul bahan

3. Pilih bahan-bahan yang sesuai

4. Menulis skrip

5. Bersedia membuat penggambaran

6. Sediakan bahan-bahan grafik

7. Sediakan bahan-bahan dan peralatan

8. Mulakan penggambaran

9. Menyunting

10. Membuat rakaman audio

11. Prebiu

Page 78: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

46

12. Gunakan dalam pengajaran

13. Penilaian dan pengubahsuai.

3.3.2 Keperluan dan kepentingan

Kepentingan grafik, foto, audio dan video telah diterangkan seperti

tajuk sebelum ini.

3.3.3 Perkakasan Dan Perisian

Perisian-perisian yang selalu digunakan untuk menghasilkan bahan

media terbahagi kepada beberapa jenis seperti:

a. Ispring b. Exe. Learning c. SCORM d. Dan sebagainya.

3.4 Membangun media

Membangunkan atau membina media ialah menghasilkan bahan

pengajaran dengan menggunakan sumber-sumber perisian yang terdapat

secara terbuka di internet. Ini telah diterangkan seperti sub tajuk 3.1 di atas.

3.4.1 Mengurus media dan sumber

1. video

2. Moodles

3. DocsTeach

4. Media Sosial

5. e-pembelajaran

6. Kandungan Multimedia

3.4.2 Aplikasi rekabentuk pengajaran

1. Membina asas dan konsep rangka kerja bagi proses reka bentuk

pengajaran.

2. Membangunkan strategi pengajaran dan kemahiran untuk

memudahkan pembelajaran.

Page 79: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

47

3. Menggunakan media pendidikan dan teknologi untuk

meningkatkan pembelajaran pelajar dewasa.

3.4.3 Model rujukan/piawaian (SCORM, IMS)

Kandungan Sharable Content Object Reference Model

(SCORM) adalah koleksi piawaian dan spesifikasi bagi e-

pembelajaran berasaskan web. Pembangunan projek menggunakan

open source iaitu aplikasi eXe untuk mengarang bahan pembelajaran

berasaskan web. Aplikasi eXe dapat membantu guru-guru dan ahli

akedemik untuk menerbitkan kandungan web tanpa perlu kepada

kemahiran HTML atau XML markup.

Pengenalan kepada exelearning

Exelearning adalah mudah untuk digunakan, perisian percuma untuk mereka

bentuk kursus-kursus pembelajaran dalam talian. Program exe adalah disediakan

untuk dimuat turun dari www.exelearning.org. Aplikasi exelearning boleh digunakan

secara terus adalah juga tersedia untuk dimuat turun kepada memory stick yang

digunakan pada hampir semua komputer. Sistem kerja-kerja yang terbaik dengan

aplikasi Mozilla Foxfire. Firefox adalah juga boleh dimuat turun dengan percuma,

boleh didapati di www.mozilla.com/firefox/.

Bagaimana Ia Berfungsi

Gambar di bawah adalah skrin halaman utama exelearning . Sistem ini

dianjurkan menggunakan modul yang berbeza yang dikenali sebagai iDevices. Ini

adalah iDevices banyak seperti kapsul HubPages. IDevice masing-masing

mempunyai fungsi yang berbeza. Terdapat 18 aktiviti iDevices disediakan, kajian

kes, aktiviti melengkapkan ayat, laman web luar, teks percuma, galeri imej,

pembesar imej, java applet, pelbagai pilihan kuiz, kuiz pelbagai pilihan, objektif,

preknowledge, RSS, aktiviti membaca, renungan , SCORM (Sharable Content

Object Reference Model) kuiz, soalan betul salah dan artikel wiki.

Page 80: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

48

Halaman Utama Exelearning.

Sampel iDevice Case Study

Page 81: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

49

Kuiz SCORM dengan gambar

3.4.4 Metadata objek/sumber

Metadata (metacontent) ditakrifkan sebagai menyediakan data maklumat

tentang satu atau lebih aspek data, seperti:

1. Cara penciptaan data

2. Tujuan data

3. Masa dan tarikh penciptaan

4. Pencipta atau pengarang data

5. Lokasi pada rangkaian komputer di mana data telah diwujudkan

6. piawaian yang digunakan

Page 82: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

50

Paparan Laman Metadata

TUGASAN TERARAH 1. Dapatkan sumber daripada internet dan hasilkan bahan

media berdasarkan satu tajuk di dalam sukatan

matapelajaran major atau minor anda. Bahan media yang

dihasilkan mestilah mengambil kira model reka bentuk

pengajaran yang digunakan, teori pembelajaran dan sumber

penghasilan bahan seperti ispring,scorm dan sebagainya.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

LAMAN WEB http://www.nwlink .com/~donclark /hrd/sat4.html

Page 83: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

51

RUJUKAN

Newby, T.J., Stepich,D.A., Lehman,J.D. & Russell,J.D. (2000). Instructional

technology for teaching and learning.(2nd ed). New Jersey: Prentice Hall. Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunities to learn. (2nd ed.).Canada:Thomson Wadsworth. Roblyer,M.D. & Edwards,J. (2000). Integrating Educational Technology into

Teaching. (2nd ed). ). New Jersey: Prentice Hall.

Page 84: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

52

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 85: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

67

Tajuk 4

Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penggunaan internet dan sumbernya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah, penggunaan dan

sumber bahan yang sesuai digunakan oleh seorang guru dalam merangka rancangan

pengajaran. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran

teknologi.

2. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

4.1 Teknologi internet

Internet merupakan jaringan yang terdiri daripada ribuan bahkan jutaan

komputer, termasuk di dalamnya jaringan yang menghubungkan saluran (satelit,

telefon, kabel) dan jangkauannya mencakupi seluruh dunia (Kamarga, 2002). Jaringan

ini bukan merupakan suatu organisasi kerana tidak ada pihak yang mengatur dan

memilikinya. Internet wujud sewaktu perang dingin sekitar tahun 1969 dan digunakan

pertama kali untuk keperluan pertahanan (Ahmad Bustami, 1999).12

Penemuan internet dianggap sebagai penemuan yang cukup besar, yang

mengubah dunia dari bersifat lokal kepada global. Ini kerana, menerusi internet terdapat

sumber-sumber informasi dunia yang dapat diakses oleh semua pihak walau di mana

mereka berada melalui jaringan internet. Melalui internet, faktor jarak dan waktu bukan

lagi menjadi masalah. Dunia seolah-olah menjadi kecil, dan komunikasi menjadi mudah.

Dalam hal ini Onno W. Purbo (2001) menyifatkan bahawa internet juga telah mengubah

cara komunikasi massa dan penyebaran data atau informasi secara fleksibel dan

mengintegrasikan seluruh bentuk media massa konvensional seperti media cetak dan

audio visual.

Page 86: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

68

4.2 Learning web 2.0

Web 2.0 kini dominan, juga dikenali sebagai web sosial, yang terdiri daripada

kumpulan longgar teknologi generasi baru sosial di mana pengguna terlibat secara aktif

dalam berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain kerana mereka membina

rantaian dan komuniti di seluruh dunia, mereka merunding aspek-aspek tertentu dalam

proses ini. Apa yang berlaku, di mana Davies meletakkan bahawa "masyarakat

mendapat lebih teknikal sementara perisian mendapat lebih sosial" (2003, ms 5).

Laporan Horizon 2007 menerangkan laman rangkaian Web sosial 2.0 sebagai "asasnya

tentang masyarakat" (Media Baru Consortium, 2007, ms 12), manakala Jimmy Wales

(2007), pengasas Wikipedia, telah mengaitkan Web 2.0 kepada literasi digital baru

berkenaan dengan "kerjasama, penyertaan dan penglibatan". Secara ringkas, teknologi

Web 2.0, daripada blog dan wiki melalui laman rangkaian sosial dan folksonomies

hingga Podcasting dan dunia maya, adalah semua mengenai komunikasi rangkaian.

Rangkaian cenderung untuk menjadi semakin penting sebagai sebuah etos asli digital

mengambil alih dari digital imigran (Prensky, 2001), teknologi menjadi lebih berguna

kepada mereka yang mempunyai kurang kepakaran dalam bidang IT. Web 2.0

mempunyai banyak aplikasi dalam bidang pendidikan, semasa dan yang akan datang.

4.2.1 Teknologi Web 2.0

4.2.1.1 Sejarah Web 2.0

Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib

presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut

beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna

termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta

maklumat yang 23 pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan

bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi

berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana,

menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

4.2.1.2 Ciri-ciri Web 2.0

Menurut Tim O’Reilly (2005), terdapat beberapa ciri yang menggambarkan web

2.0. Antaranya adalah:

Page 87: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

69

i. Web sebagai platform.

Platform di sini membawa maksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan. Contoh

platform yang terkenal adalah Windows, di mana ada aplikasi-aplikasi seperti

Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Menggunakan internet sebagai platform

bererti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan lansung di atas internet dan bukan di

atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya adalah Google, yang mana boleh

diakses melalui mana-mana sistem operasi. Kelebihannya ialah aplikasi-aplikasi

web 2.0 ini tidak lagi terbatas penggunaannya kepada satu sistem operasi

sahaja. Malah kita tidak perlu untuk memasukkan apa-apa sistem untuk

menggunakannya.

ii. Gabungan maklumat dan pengetahuan.

Aplikasi web 2.0 memanfaatkan kepandaian dan maklumat dari banyak pihak

secara kolektif. Hasilnya ialah satu medan pengetahuan yang sangat besar hasil

daripada gabungan pengetahuan pelbagai pihak. Contoh yang dapat kita lihat

adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia atas talian (online) yang

membolehkan semua orang dapat membuat dan mengedit artikel yang

dipaparkan. Hasilnya adalah sebuah ensiklopedia atas talian besar yang sangat

lengkap artikelnya. Contoh yang lain adalah del.icio.us, di mana semua orang

akan memaparkan link-link menarik yang mereka temui di internet. Melaluinya

kita dapat melihat pelbagai bahan yang menarik hasil gabungan ribuan orang.

Jaringan pengetahuan ini ibarat sel-sel otak yang saling terkait antara satu sama

lain di dalam otak kita.

iii. Kekuatan data.

Kekuatan web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet disokong oleh

asas data yang kuat dan unik. Contohnya seperti aplikasi carian web Google,

yang mana kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data bagi

laman-laman web di internet. Amazon.com juga adalah salah satu contoh yang

boleh kita lihat. Laman web ini memiliki data buku yang bukan hanya lengkap,

tetapi juga lengkap dengan aplikasi seperti review, kadar pengguna, link ke

buku-buku lain dan sebagainya.

Page 88: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

70

iv. Kitaran kemaskini perisian.

Tidak seperti aplikasi Windows yang dikemaskini atau dinaik taraf setiap dua

atau tiga tahun sekali misalnya Microsoft Office versi 97, 2000, XP, dan

seterusnya, aplikasi web 2.0 seringkali dikemaskini. Contohnya Google,

seringkali dikemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu

yang tertentu.

v. Model aturcara yang mudah.

Aplikasi web 2.0 menggunakan teknik-teknik model aturcara yang mudah seperti

AJAX dan RSS. Ini membolehkan orang lain untuk mengguna semula layanan

suatu aplikasi web 2.0 membentuk layanan baru. Contohnya adalah Google

Maps, yang mana dengan mudahnya dapat digunakan oleh orang lain untuk

membentuk layanan baru. Hasilnya adalah seperti HousingMaps yang

menggabungkan layanan Google Maps dengan Craigslist. Layanan seperti ini

yang menggabungkan layanan dari aplikasi-aplikasi lain dikenali dengan istilah

mashup.

vi. Integrasi perisian melalui pelbagai alat (Devices).

Aplikasi web 2.0 mampu berintegrasi melalui pelbagai alat. Ianya bukan hanya

terbatas kepada platform komputer sahaja. Contohnya adalah iTunes dan TiVo.

iTunes dari Apple dapat berintegrasi dari server Internet (dalam 26 bentuk muzik

online), ke komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes), hinggalah ke

mobile device (dalam bentuk iPod).

vii. Rich user experiences.

Aplikasi web 2.0 mempunyai antara muka pengguna yang hebat walaupun

hanya beroperasi di dalam browser. Teknologi seperti AJAX membolehkan

aplikasi seperti Internet mempunyai waktu gerak balas (response) yang cepat.

Contohnya seperti Yahoo Mail dan Gmail, aplikasi email ini memiliki antara muka

pengguna yang hebat. Dengan menambah pelbagai aplikasi di dalam email

seperti IM (Intstant Messaging), pengguna dapat berinteraksi melaluinya.

Page 89: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

71

Aplikasi web 2.0 tidak semestinya mempunyai kesemua ciri-ciri yang

dinyatakan di atas. Namun semakin banyak sesuatu aplikasi itu mempunyai ciri-

ciri tersebut maka makin hebat aplikasi web 2.0 itu. Walaupun banyak contoh

yang diberikan adalah dari Google tetapi masih banyak aplikasi web 2.0 yang

lain. Google kini mendapat tempat antara yang teratas dalam aplikasi web 2.0.

Pada September 2008, Google telah menghasilkan versi beta bagi web browser

iaitu Google Chrome. Google Chrome dihasilkan untuk memperbaiki tahap

kelajuan, keselamatan dan kestabilan browser. Menurut Net Application, pada

Februari 2010 Google Chrome telah mendapat tempat ketiga bagi penggunaan

web browser yang paling tinggi.

4.2.1.3 Aplikasi Web 2.0

Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai

bidang termasuklah bidang pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai tools

atau alatannya yang tersendiri. Menurut Richardson (2009) terdapat pelbagai

jenis alatan dalam web 2.0 antaranya adalah:

a. Blog

Blog ialah satu media atas talian yang kandungannya dipapar mengikut

turutan kronologi dalam tertib terbalik di mana maklumat terkini berada di atas.

Kandungan blog melibatkan teks, imej, audio/video dan pautan kepada blog-blog

serta laman web lain yang berkaitan. Blog merupakan media interaktif maya

yang sangat berkesan bagi tujuan menjayakan sesuatu forum perbincangan,

menyampaikan idea, pandangan, membuat aduan, mengemukakan komen,

cadangan atau penambahbaikan. Blog boleh menjadi sebahagian daripada

kandungan laman web atau pautan yang wujud di dalam laman web.

b. Wiki

Wiki adalah satu laman web kolaboratif di mana sesiapa sahaja boleh

menambah atau mengubah kandungan yang telah sedia disiarkan. Bagi

penggunaan di sekolah, guru dan pelajar menggunakan kata kunci sebagai

langkah keselamatan untuk mereka menghasilkan buku teks dan sumber

maklumat atau rujukan mereka sendiri. Antara contoh wiki yang terkenal adalah

Wikipedia.

Page 90: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

72

c. Forum Atas Talian (Online Forum)

Forum atau papan buletin adalah satu laman perbincangan secara atas

talian yang dituju khas kepada sesuatu tajuk yang spesifik. Sistem forum

membolehkan pengguna menghantar maklumat atau mesej dan membaca mesej

orang lain. Misalnya seorang pengguna membuka satu tajuk perbincangan dan

bertanyakan pendapat orang lain.Pengguna yang lain boleh membalas dan akan

terhasilnya satu perbincangan di situ.

d. Social Bookmarking

Laman social bookmarking membenarkan pengguna untuk bukan sahaja

menyimpan alamat URL laman web yang mempunyai kandungan menarik tetapi

juga membenarkan pengguna menyimpan kesemua halaman muka web

tersebut. Daripada situ pengguna dapat membentuk satu laman yang mudah

dicari atau laman peribadi pengguna. Selain itu, laman social bookmarking

seperti Diigo.com dan del.icio.us membolehkan guru dan pelajar membina

senarai rujukan maklumat untuk tajuk tertentu dan berkongsi antara satu sama

lain melalui Real Simple Syndication (RSS).

e. Rangkaian Sosial

Secara amnya rangkaian sosial adalah satu kumpulan individu yang

membentuk komuniti di alam maya berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti

berkongsi minat yang sama. Web rangkaian sosial lebih tertumpu kepada

membina jaringan sosial sesama pengguna. Web rangkaian sosial kebiasaannya

mempunyai paparan profile peribadi pengguna, sambungan ke laman

kegemaran peribadi dan pelbagai lagi perkhidmatan. Bagi membolehkan

pengguna berinteraksi melalui atas talian, pelbagai aplikasi lain disertakan

seperti email dan Instant Messagging (IM). Antara contoh web rangkaian sosial

adalah MySpace dan Facebook.

f. Perkongsian Media

Perkongsian gambar membolehkan pengguna muatnaik fail media

mereka dan berkongi dengan pengguna lain. Mereka boleh menetapkan status

fail media samada untuk paparan umum atau peribadi. Salah satu laman web

perkongsian media yang popular adalah Flickr (perkongsian grafik), Fotopages

(perkongsian grafik), Slideshare (perkongsian Power Point) dan Youtube

(perkongsian video). Seperti laman Web 2.0 29yang lain, pelbagai aplikasi lain

disertakan di dalam laman ini untuk menjadikannya lebih menarik. Antaranya

Page 91: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

73

ialah pengguna boleh membentuk kumpulan mereka sendiri dan mereka akan

mempunyai papan buletin mereka sendiri untuk saling berkomunikasi.

Selain daripada aplikasi-aplikasi yang dinyatakan di atas, masih terdapat

pelbagai lagi aplikasi web 2.0. Malah mungkin akan ada lagi aplikasi baru yang

akan muncul selepas ini. Walaubagaimanapun, semua aplikasi ini mampu

membantu kita dalam pelbagai cara sekiranya digunakan dan dimanfaatkan

dengan cara yang betul. Pada masa kini, semua aktiviti dijalankan secara atas

talian dan ini memberi peluang kepada kita untuk pergi lebih jauh tanpa dibatasi

sempadan ruang dan waktu.

4.3 Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS - Learning Management System)

4.3.1 Apakah Learning Management System (LMS)?

Lebih sedekad yang lalu, perisian yang berkuasa untuk menguruskan

pangkalan data yang kompleks telah digabungkan dengan rangka kerja digital untuk

menguruskan kurikulum, bahan latihan, dan alat-alat penilaian. Hasilnya terbentuk

satu teknologi yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS).

4.3.2 Komponen Learning Management System(LMS)

Tiada definisi standard yang diterbitkan yang menentukan komponen LMS, tetapi

beberapa ciri yang biasa sering digunakan seperti:-

Penciptaan rosters kelas, kawalan ke atas proses pendaftaran, dan keupayaan

untuk mencipta senarai menunggu.

Muat naik dan pengurusan dokumen yang mengandungi kandungan kurikulum.

Penghantaran kandungan kursus lebih antara muka berasaskan web, yang

paling sering membenarkan penyertaan jarak jauh oleh pengajar atau pelatih.

Penciptaan dan penerbitan kalendar kursus.

Interaksi di antara dan di kalangan pelajar, seperti mesej segera, e-mel, dan

forum perbincangan.

Kaedah penilaian dan ujian (seperti mewujudkan pop kuiz).

Page 92: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

74

4.3.3 Kelebihan LMS

Seperti banyak inovasi teknologi maklumat beberapa dekad yang lalu, perisian

LMS adalah mampu untuk menambah tahap kecekapan sistem pembelajaran,

dengan beberapa faedah lain yang muncul seperti:

Mudah menyesuaikan diri dan menggunakan semula bahan-bahan dari

masa ke masa.

Lebih banyak pilihan untuk pencipta kurikulum, seperti kaedah reka bentuk

penyampaian, bahan, dan teknik-teknik untuk penilaian.

Mewujudkan ekonomi berskala yang menjadikan ia kurang mahal bagi organisasi

untuk membangunkan dan mengekalkan kandungan yang mereka digunakan

untuk bergantung kepada pihak ketiga.

Peningkatan dalam pembangunan profesional dan penilaian, yang membolehkan

syarikat-syarikat untuk mendapatkan lebih nilai daripada sumber manusia sambil

memperkasakan individu dengan alat tambahan untuk memperbaiki diri.

4.3.4 Merancang Proses Pembelajaran Dalam MOODLE

Pengguna mesti memahami penggunaan Moodle terlebih dahulu.

Pengenalan kepada Kursus dan Proses Rekabentuk Pengajaran; Orientasi

Moodle sebagai sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)

Mengkaji dan Memilih Grafik, Media, Alat Komunikasi, dan Sokongan

Pengurusan dan Pilihan Graphics, Multimedia, dan Alat Komunikasi

Pengajaran Online dan Pembelajaran Pengenalan kepada Grafik dan

Multimedia alat Pengajaran dan Pembelajaran Online Strategi Komunikasi

Praktikal Kelas: Mengelak 'bercakap' kepala Pedagogi Bilik Darjah

komunikasi Web 2.0 pilihan (termasuk wiki, chat, bilik darjah maya

(contohnya, Second Life), blog, forum, dan lain-lain untuk komunikasi tak

segerak atau segerak)

4.3.5 Melaksanakan Unit Pengantar dalam Moodle * Sistem Pengurusan

Pembelajaran (LMS)

Peranan, Tetapan Kursus dan Pilihan Layout

Blok

Alat Pengajaran dan Pembelajaran Sumber dan Aktiviti komunikasi Kelas

Page 93: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

75

TUGASAN TERARAH 1. Terangkan dan jelaskan apakah perbezaan web 2.0 dan web

3.0. Berikan satu contoh setiap satu.

2. Berdasarkan contoh, bagaimanakah aplikasi dalam talian

mampu memperluaskan pengetahuan serta menjana

pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan

pelajar.

Alat Pengajaran dan Pembelajaran - Aktiviti untuk Pembentangan, ujian, dan

Penilaian

RUJUKAN

Handbook of Research on Web 2.0 and Second Language LearningFull Text Available By: Thomas, Michael. Information Science Reference. 2009. eBook. 637p

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

LAMAN WEB www.oreilly.de/artikel/web20.html http://airccse.org/journal/ijwest/papers/3112ijwest01.pdf

Page 94: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

76

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 95: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

63

Tajuk 5

Sumber Maklumat dan Pengurusan Sumber

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi maklumat untuk mendapat sumber maklumat

secara atas talian. Pelajar juga didedahkan dengan laman-laman web untuk diases bagi

mendapatkan maklumat untuk bahan bacaan seperti jurnal, buku dan sebagainya.

Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran

teknologi.

2. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

5.1 e-Sumber

Pengenalan

E-sumber ialah suatu kemudahan untuk mendapatkan bahan bacaan melalui

internet. Pengguna bebas melayari internet ke perpustakaan yang menyediakan

perkhidmatan digital diseluruh negara tanpa had untuk mendapatkan artikel, jurnal,

kajian-kajian dan buku-buku rujukan. Sebagai seorang pelajar e-sumber merupakan

satu alternatif untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

menyediakan tugasan.

5.1.1 Perpustakaan Digital

Perpustakaan Digital merupakan perpustakaan yang menggunakan talian

internet sepenuhnya dalam proses meminjam dan memuat turun bahan-bahan

bacaan. Pelbagai definisi yang diberikan terhadap Perpustakaan Digital dan di

antaranya ialah perpustakaan digital merupakan satu pusat yang menyediakan

koleksi bercetak yang telah didigitasikan dan maklumat dalam bentuk digital serta

perkhidmatan yang disediakan bagi membolehkannya diakses oleh pengguna.

Dengan kata lain perpustakaan digital meliputi semua aspek dari segi koleksi bahan,

Page 96: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

64

perkhidmatan dan kemudahan untuk menyebar, menyimpan data dan maklumat

agar ia dapat digunakan oleh komuniti masyarakat secara ekonomi dan mudah.

Contoh Perpustakaan Digital

5.1.1.1 Faktor-Faktor Keperluan Perpustakaan Digital

a. Akses Bahan Perpustakaan

Bahan bacaan seperti buku, jurnal dan artikel boleh dilayari dan

dimuat turun tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membelinya.

Dengan menggunakan pangkalan data, bahan bacaan dapat dikongsi

oleh pengguna pada masa yang sama.

Pengguna masa kini boleh membuat pencarian sesuatu bahan bacaan

tanpa perlu pergi ke perpustakaan untuk mendapatnya dan ini

menjimatkan masa, kos dan tenaga.

b. Ledakan Maklumat

Perkembangan teknologi internetmemperlihatkan kemunculan

pelbagai kegiatan online atau electronic seperti e-goverment,

e-education, e-learning, e-perolehan, e-library dan sebagainya.

Perkembangan pesat ini tidak memungkinkan sesebuah perpustakaan

Page 97: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

65

mampu untuk menyimpan kesemua maklumat dan bahan terbitan

yang ada di dunia. Maka ujudnya perkhidmatan pinjaman antara

perpustakaan dan pembekalan dokumen. Konsep perpustakaan

berubah dari user oriented menjadi user satisfaction oriented,

kecenderungan untuk memberikan kepuasan pengguna lebih

diutamakan.

c. Kos Teknologi Yang Rendah

Menjimat kos ruang untuk menyimpan bahan bercetak atau bahan

bukan bercetak, kos tenaga staf untuk peminjaman, pemulangan dan

penyusunan bahan di rak dan kos perbelanjaan untuk pemeliharaan

dan pemulihan jangka panjang.

d. Keperluan Generasi Kini

Kemudahan hyperlink memudahkan pengguna membaca setiap

skrin dan antara skrin.

5.1.2 e-Jurnal

Jurnal elektronik, juga dikenali sebagai ejournals, e-jurnal, dan siri elektronik, jurnal

ilmiah atau majalah intelek yang boleh diakses melalui penghantaran elektronik.

Kebiasaanya ianya diterbitkan di Web. e-Jurnal adalah satu bentuk khusus dokumen

elektronik yang menyediakan bahan untuk penyelidikan dan kajian akademik, dan ianya

diformatkan dalam bentuk jurnal artikel dan jurnal bercetak tradisional. Jurnal elektronik

banyak disiarkan dalam bentuk HTML atau format PDF, tetapi ada yang boleh didapati

hanya dalam salah satu daripada dua format.

Page 98: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

66

Contoh Laman Web e-Jurnal Luar Negara

Contoh Laman Web e-Jurnal Tempatan

Page 99: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

67

5.2 Sistem Pengurusan Perpustakaan

Sistem Pengurusan Perpustakaan merupakan sistem yang digunakan di semua

perpustakaan untuk memudah urus tadbir, pencarian bahan bacaan seperi jurnal, kajian,

artikel, keratan akhbar dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan pencarian bahan

terdapat pelbagai perisian yang digunakan dan di antaranya seperti Sistem Elmu, OPAC

dan sebagainya seperti contoh di bawah.

5.2.1 Sistem Elmu

Sistem Elmu adalah suatu sistem yang digunakan pakai hampir ke semua

perpustakaan di Malaysia. Elmu (Intergated Library Management Utilities) berfungsi

untuk melaksanakan tugasan perpustakaan dengan berkesan. Di dalam sistem ELMU

ini terdapat pangkalan data yang dikenali sebagai OPAC (Online Public Access Catalog)

yang bermatlamat memudahkan pengguna untuk membuat pencarian bahan di dalam

simpanan sesuatu perpustakaan dengan cepat, mudah dan tepat.

5.2.2 OPAC

OPAC adalah singkatan untuk “Online Public Access Catalog” dan merupakan

katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini menggunakan untuk

menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh dicari menggunakan pangkalan

data komputer. Contoh OPAC adalah ILMU yang digunakan menyeluruh di semua

perpustakaan UiTM.

Dalam sesetengah katalog, nama orang dipiwaikan, contoh., nama orang sentiasa

di (katalog dan) disusun dalam bentuk piwaian, sungguhpun ia kelihatan berlainan pada

bahan perpustakaan. piwaian ini dicapai melalui proses kawalan pihak berkuasa.

Kelebihan kawalan pihak berkuasa adalah ia mudah menjawap soalan 2 (karya mana

sesetengah pengarang dimiliki perpustakaan?). Sebaliknya, ia lebih sukar untuk

menjawap soalan 1 (adakah perpustakaan memiliki bahan khusus tertentu?) jika bahan

tersebut mengeja pengarang dalam variasi tertentu. Bagi pengkatalog, ia mencetus

terlalu banyak kerja bagi memeriksa samaada Smith, J. adalah Smith, John atau Smith,

Jack.

Bagi sesetengah karya, judul juga boleh dipiawaikan. Istilah teknikal bagi ini

adalah jadual seragam. Sebagai contoh, terjemahan dan suntingan semula kadang-kala

disusun di bawah judul asal mereka. Dalam banyak katalog, bahagian kitab Injil disusun

semula di bawah nama piwaian buku yang mengandunginya. Drama oleh William

Shakespeare merupakan satu lagi contoh yang sering dipetik dalam peranan yang

dimainkan oleh judul seragam dalam katalog perpustakaan.

Page 100: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

68

Banyak kerumitan mengenai susunan abjad kemasukan timbul. Sebagai contoh:

Sesetengah bahasa menggunakan kebiasaan susunan yang berbeza dari

bahasa katalog. Sebagai contoh, sesetengah katalog bahasa Belanda

menyusun IJ sebagai Y. Patutkah katalong Inggeris mengikut sama? Dan patutkah

katalog Belanda menyusun perkataan bukan Belanda dalam cara yang sama?

Sesetengah judul memiliki nombor, sebagai contoh 2001: A Space Odyssey.

Patutkah ia disusun sebagai nomboratau seperti di eja sebagai Two thousand and

one?

Honoré de Balzac / de Balzac, Honoré / Balzac, Honoré de? José Ortega y

Gasset / Ortega y Gasset, José / Gasset, José Ortega y?

Dalam katalog subjek, seseorang perlu memutuskan cara bagaimana sistem

pengelasan perpustakaan digunakan. Pengkatalog akan memilih judul subjek bagi

bibliograf dan nombor pengelasan unik (kadang-kala dikenali sebagai "nombor

panggian") yang digunakan bukan sahaja bagi mengenal pasti tetapi juga bagi tujuan

meletak di para, meletak buku yang sama subjek berhampiran, yang membantu tinjauan

oleh pengguna perpustakaan, yang sering kali mengambil kelebihan ketenangan

("serendipity") dalam proses pencarian mereka.

Contoh Sistem Pengurusan Perpustakaan Sebuah Jabatan Kerajaan

Page 101: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

69

Contoh Sistem Pengurusan Perpustakaan Sebuah Universiti Tempatan

Contoh Sistem Pengurusan Perpustakaan Sebuah Institut Pendidikan Guru

Page 102: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

70

5.3 Institusi Sumber

5.3.1 Bahagian Teknologi Pendidikan

1. Merancang, melaksana, memantau, menilai dan mengurus keperluan

dasar teknologi pendidikan.

2. Merancang dan menyelaras inisiatif ICT dalam

pendidikan serta menyedia, melaksana dan memantau

perkhidmatan sokongan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran.

3. Merancang, menyelaras, melaksanakan, memantau dan menilai

pembestarian sekolah.

4. Merancang, menyedia, menerbit dan menerbit bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam pelbagai media.

5. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan program literasi

maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat Sumber

Sekolah.

6. Menyebar dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan

pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui

pelbagai pelantar.

7. Melaksanakan, memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan

dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.

8. Menyediakan perkhidmatan kepakaran dan nasihat bagi

mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.

5.3.2 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

BTPN lahir sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

meningkatkan mutu pendidikan melalui pembaharuan dan perubahan khususnya

dalam bidang teknologi. Penubuhan BTPN dan rangkaian Pusat Kegiatan Guru

(PKG) masing-masing serta Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah untuk

membantu sekolah khusus di dalam peningkatan kecemerlangan melalui

penggunaan teknologi pendidikan

Fungsi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

1. Memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah;

2. Menyedia dan menerbitkan bahan pelbagai media;

3. Mempromosi dan menyiarkan bahan pelbagai media yang diterbitkan;

4. Mengurus dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber di sekolah;

5. Mengurus pelaksanaan program ICT di sekolah;

Page 103: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

71

6. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan

penilaian, pembangunan dan pelaksanaan dasar;

7. Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 2 kepada sekolah; dan

8. Mengurus semua urusan berkaitan perolehan kerajaan mengikut prinsip-

prinsip perolehan.

RUJUKAN

Noriati A. Rashid, et. al. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi (2008). Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan: Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Selangor Darul Ehsan. Karisma Publications Sdn. Bhd.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

LAMAN WEB www.e-journals.org/ www.jksm.gov.my/.../index.php?...sistem-penguru... www.u-library.gov.my/

http://www.moe.edu.my/btp http://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_Kegiatan_Guru http://pkgsentul.blogspot.com/

TUGASAN TERARAH 1. Terangkan dan jelaskan fungsi BTPN dan PKG di sesebuah

negeri dalam membantu guru untuk mengintegrasikan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Bincangkan sejauhmanakah kesedaran dalam kalangan guru

tentang kepelbagaian sumber maklumat seperti yang

dinyatakan dalam modul ini mampu menyokong

perancangan sesuatu pengajaran yang berkesan.

Page 104: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

72

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 105: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

73

Tajuk 6

Isu-isu Pelaksanaan Teknologi di Sekolah

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi isu-isu perundangan dalam zaman digital, isu-

isu media sosial, Isu-isu etika, serta teknologi, pengajaran dan anda yang meliputi

literasi teknologi pendidikan dan piawai teknologi dalam aspek pelajar, guru dan

pentadbir.Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Memahami merangkumi isu-isu perundangan dalam zaman digital, isu-isu media

sosial dan isu-isu etika.

2. Menganalisis konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pengajaran.

3. Menilai keberkesanan pembangunan dan penggunaan media pengajaran.

6.1 Isu-isu perundangan dalam zaman digital

6.1.1 Hak Cipta Undang-undang

Malaysia ialah satu daripada negara-negara yang menyertai Konvensyen

Berne. Ini bermakna, karya-karya dari semua negara dalam konvensyen ini

menikmati perlindungan pada taraf yang sama dengan karya-karya di

Malaysia. Walau bagaimanapun, karya-karya dari negara yang tidak menyertai

konvensyen ini juga mendapat perlindungan sekiranya karya itu “ mula-

mulanya diterbitkan di Malaysia” atau “mula-mulanya diterbitkan di tempat lain

tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan di

tempat lain itu”.

Hak cipta merupakan hak eksklusif kepada pemilik bahan berhak cipta

bagi tempoh tertentu yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan idea

atau maklumat. Hak cipta juga merupakan harta intelektual.

Page 106: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

74

6.1.2. Tertakluk kepada Akta ini, tiada hak cipta boleh wujud kecuali

menurut kuasa Akta ini.

(1) Karya yang layak mendapat hak cipta tertakluk kepada seksyen ini,

karya yang berikut adalah layak mendapat hak cipta:

(a) karya sastera;

(b) karya muzik;

(c) karya seni;

(d) filem;

(e) rakaman bunyi; dan

(f) siaran.

(2) Karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya itu

dihasilkan. Perlindungan hak cipta tidaklah meluas kepada apa-apa idea,

tatacara, kaedah pengendalian atau konsep matematik.

(3) Sesuatu karya sastera, muzik atau seni tidak layak mendapat hak cipta

melainkan:-

(a) usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu

bersifat asli; dan

(b) karya itu telah ditulis, direkod atau selainnya dijadikan dalam bentuk

bahan.

(4) Sesuatu karya tidaklah hilang kelayakannya mendapat hak cipta

semata-mata kerana pembuatan karya itu, atau perlakuan apa- apa

perbuatan berhubungan dengan karya itu melibatkan pelanggaran hak

cipta dalam sesuatu karya lain.

(5) Hak cipta tidak boleh wujud di bawah Akta ini dalam apa-apa reka bentuk

yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis

berhubungan dengan reka bentuk perindustrian.

Page 107: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

75

(6) (Dipotong oleh Akta A1420).

(7) Bagi maksud seksyen ini, ―mana-mana undang-undang bertulis

berhubungan dengan reka bentuk perindustrian‖ termasuklah:

(a) Akta Reka Bentuk United Kingdom (Perlindungan) 1949 [Akta 214];

(b) Ordinan Reka Bentuk United Kingdom (Perlindungan) Sabah [Sabah

Bab 152]; dan

(c) Ordinan Reka Bentuk (United Kingdom) Sarawak

[Sarawak Bab 59].

Karya terbitan

(1) Karya terbitan berikut adalah dilindungi sepertimana karya asal:

(a) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya yang

layak bagi hak cipta; dan

(b) koleksi karya yang layak bagi hak cipta, atau penyusunan data

semata-mata sama ada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh

mesin atau bentuk lain, yang menjadi suatu hasil ciptaan intelek

oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya.

(2) Perlindungan karya yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklah

tidak menjejaskan apa-apa perlindungan kepada karya yang tersedia

wujud yang digunakan.

Hak cipta dalam edisi karya diterbitkan

(1) Hak cipta wujud, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dalam setiap edisi

diterbitkan bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni atau muzik

sama ada dalam hal

(a) penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia; atau

(b) penerbit edisi itu adalah orang berkelayakan pada tarikh penerbitan

pertama itu:-

Page 108: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

76

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai kepada suatu edisi

yang mengeluarkan semula susunan tipografi edisi yang sebelumnya

karya atau karya-karya yang sama.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, penerbit sesuatu edisi adalah

berhak kepada hak cipta yang wujud dalam edisi itu menurut kuasa

seksyen ini.

(3) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, perlakuan yang disekat oleh hak

cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini dalam suatu edisi ialah

perbuatan mengeluarkan semula susunan tipografi edisi itu.

(4) Pengeluaran semula susunan tipografi suatu edisi yang diterbitkan bagi

apa-apa maksud termasuk penyelidikan, pengajian sendirian, kritikan,

ulasan atau pelaporan berita atau peristiwa semasa tidak melanggar hak

cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini jika pengeluaran semula itu

bersesuaian dengan urusan yang wajar:

Dengan syarat bahawa jika pengeluaran semula itu diumumkan kepada

awam ia hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan

penciptaannya, kecuali jika karya itu dimasukkan secara sampingan dalam

sesuatu siaran.

(5) Kerajaan, Arkib Negara, atau mana-mana Arkib Negeri, Perpustakaan

Negara, atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau mana-mana

perpustakaan awam dan institusi pelajaran, sains atau profesional

sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui perintah, boleh

mengeluarkan semula susunan tipografi suatu edisi yang diterbitkan

tanpa melanggar hak cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini jika

pengeluaran semula itu adalah demi kepentingan awam dan

bersesuaian dengan urusan yang wajar dan peruntukan mana-mana

peraturan.

Kelayakan bagi perlindungan

(1) Hak cipta wujud dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta

yang mana pencipta atau dalam hal karya ciptaan bersama, mana-mana

Page 109: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

77

daripada pencipta itu adalah seorang orang berkelayakan semasa

karya itu dibuat.

(2) Hak cipta juga wujud dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak

cipta dan yang—

(a) sebagai suatu karya sastera, muzik atau seni atau filem atau

rakaman bunyi adalah mula-mulanya diterbitkan di Malaysia;

(b) sebagai suatu karya seni bina adalah didirikan di Malaysia atau

sebagai mana-mana karya seni lain adalah dimuatkan dalam

suatu bangunan yang terletak di Malaysia;

(c) sebagai suatu siaran adalah dipancarkan dari Malaysia.

(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), hak cipta wujud, tertakluk

kepada Akta ini, dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta jika

karya itu telah dibuat di Malaysia.

Kelayakan bagi perlindungan pelaku

A. Hak pelaku hendaklah wujud dalam tiap-tiap persembahan

yang pelakunya itu ialah—

(a) warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau

(b) bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tetapi

persembahannya —

(i) diadakan di Malaysia;

(ii) telah digabungkan dalam rakaman bunyi yang dilindungi di

bawah Akta ini; atau

(iii) belum lagi ditetapkan dalam rakaman bunyi tetapi termasuk

dalam suatu siaran yang layak untuk dilindungi di bawah Akta

ini.

Page 110: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

78

Hak cipta mengenai karya Kerajaan, pertubuhan Kerajaan dan

badan antarabangsa

(1) Hak cipta wujud bagi tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta dan

yang dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan dan

mana-mana pertubuhan Kerajaan atau badan antarabangsa

sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah.

(2) Seksyen 10 tidaklah boleh dikira sebagai memberi hak cipta

kepada karya yang kepadanya seksyen ini terpakai.

Pentadbiran hak cipta Kerajaan

1. Jika hak cipta bagi mana-mana karya adalah terletak hak pada Kerajaan,

Kementerian atau Jabatan yang berkaitan dengan hak cipta itu hendaklah

bertanggungjawab atas pentadbiran dan kawalan hak cipta tersebut bagi

pihak Kerajaan:

2. Dengan syarat bahawa Kementerian atau Jabatan berkenaan boleh

memberi kuasa kepada Pengarah Arkib Negara untuk mentadbir dan

mengawal hak cipta tersebut bagi pihak Kerajaan.

BAHAGIAN III

KUASA DAN JANGKA MASA HAK CIPTA

Kuasa hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem dan rakaman

bunyi

(1) Hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem, rakaman bunyi

atau karya terbitan adalah hak eksklusif bagi mengawal dalam Malaysia

(a) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan;

Page 111: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

79

(b) penyampaian kepada orang awam;

(c) pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam;

(d) (Dipotong oleh Akta A994);

(e) (Dipotong oleh Akta A994);

(f) pengedaran salinan kepada orang awam melalui penjualan

atau pemindahan pemunyaan secara lain; dan

(g) penyewaan secara komersial kepada orang awam,

keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk

asal atau bentuk terbitan dengan syarat bahawa :

(A) hak eksklusif untuk mengawal pengedaran salinan hanya merujuk kepada

perbuatan mengedarkan salinan yang tidak diedarkan di Malaysia sebelum ini

dan tidak kepada mana-mana pengedaran kemudiannya salinan itu atau apa-

apa pengimportan kemudiannya salinan itu ke dalam Malaysia; dan

(B) hak eksklusif untuk mengawal penyewaan komersial berhubungan

dengan filem hendaklah terpakai hanya apabila penyewaan komersial itu

telah menyebabkan pembuatan salinan karya itu secara meluas sehingga

mengurangkan hak eksklusif pengeluaran semula secara material.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), hak mengawal di bawah subseksyen itu

tidak termasuk hak untuk mengawal :

(a) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1)

secara urusan yang wajar termasuk bagi maksud penyelidikan, pengajian

persendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan berita atau peristiwa semasa:

Dengan syarat bahawa ia disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan

penciptaannya, kecuali jika karya itu berkaitan dengan pelaporan berita atau

peristiwa semasa dengan cara suatu rakaman bunyi, filem atau siaran, maka

perakuan tidak diperlukan;

(b) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1)

secara parodi, pastic, atau karikatur;

Page 112: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

80

(c) kemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang

terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

(d) pengeluaran semula dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang

terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh

awam;

(e) kemasukan secara sampingan sesuatu karya dalam sesuatu karya seni,

rakaman bunyi, filem atau siaran;

(f) kemasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, pertunjukan,

tayangan atau permainan kepada awam, koleksi karya sastera atau muzik,

rakaman bunyi atau filem, jika kemasukan sedemikian dibuat secara ilustrasi

bagi maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar: Dengan

syarat bahawa sumbernya dan nama pencipta yang terdapat pada karya

yang digunakan itu disebut;

(ff) apa-apa penggunaan sesuatu karya bagi maksud sesuatu

peperiksaandengan cara menyediakan soalan, menyampaikan

soalan kepada calon atau menjawab soalan:

Dengan syarat bahawa suatu salinan reprografik sesuatu karya muzik

tidaklah boleh dibuat bagi penggunaan seseorang calon peperiksaan dalam

mempertunjukkan karya itu;

(g) pengeluaran semula yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi

pendidikan mengenai sesuatu karya yang dimasukkan dalam sesuatu siaran

untuk digunakan bagi sekolah, universiti atau institusi pelajaran itu;

(gg) pembuatan sesuatu rakaman bunyi bagi sesuatu siaran, atau sesuatu

karya sastera, drama atau muzik, rakaman bunyi atau sesuatu filem yang

termasuk dalam siaran setakat mana ia mengandungi bunyi jika rakaman

bunyi sesuatu siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik oleh

orang yang membuat rakaman bunyi itu;

Page 113: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

81

(ggg) pembuatan sesuatu filem bagi sesuatu siaran, atau sesuatu karya

sastera, seni, drama atau muzik atau sesuatu filem yang termasuk dalam

siaran setakat mana ia mengandungi gambaran pandangan jika pembuatan

sesuatu filem bagi siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik

oleh orang yang membuat filem itu;

(gggg) perbuatan dan pengeluaran salinan bagi apa-apa karya ke dalam

suatu format untuk memenuhi keperluan khas orang yang kurang penglihatan

atau kurang pendengaran dan pengeluaran salinan itu kepada orang awam

oleh badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan dan atas terma yang

ditetapkan oleh Menteri;

(h) pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam atau dalam

sesuatu siaran akan apa-apa cabutan yang munasabah dari karya sastera

yang sudah diterbitkan jika disertai dengan perakuan yang mencukupi;

(i) apa-apa penggunaan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau

kawalan Kerajaan, oleh Arkib Negara atau mana-mana Arkib Negeri, oleh

Perpustakaan Negara atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau oleh

mana-mana perpustakaan awam dan institusi pelajaran, sains dan profesional

sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui perintah, jika penggunaan

sedemikian adalah untuk kepentingan awam dan bersesuaian dengan amalan

yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan; dan

(j) tiada keuntungan didapati daripadanya; dan

(k) tiada bayaran masuk dikenakan bagi pertunjukan,

tayangan atau permainan, jika ada, kepada awam karya yang digunakan

sedemikian;

(l) pengeluaran semula apa-apa karya dengan atau di bawah arahan atau

kawalan sesuatu perkhidmatan penyiaran jika pengeluaran semula

sedemikian atau mana-mana salinannya dimaksudkan semata-mata untuk

siaran yang sah dan pengeluaran semula itu atau salinannya dibinasakan

sebelum berakhir tempoh enam bulan kalendar selepas sahaja pengeluaran

semula itu dibuat atau sesuatu tempoh yang lebih lama sebagaimana

dipersetujui di antara perkhidmatan penyiaran dan pemunya hak cipta bagi

bahagian karya yang berkaitan itu: Dengan syarat bahawa apa-apa

Page 114: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

82

pengeluaran semula sesuatu karya yang dibuat di bawah perenggan ini

boleh, jika ia dokumentar bersifat teristimewa, disimpan dalam arkib

perkhidmatan penyiaran yang mana dengan ini dinamakan arkib rasmi bagi

maksud itu, tetapi tertakluk kepada Akta ini, pengeluaran semula itu tidak

boleh digunakan untuk penyiaran atau bagi apa-apa maksud lain tanpa

persetujuan pemunya hak cipta bagi bahagian karya yang berkaitan itu;

(k) pertunjukan, tayangan atau permainan sesuatu karya oleh sesuatu kelab

atau institusi yang bukan mencari keuntungan jika pertunjukan, tayangan atau

permainan itu adalah bagi maksud khairat atau pendidikan dan diadakan di

sesuatu tempat di mana tiada fi kemasukan dikenakan berkenaan dengan

pertunjukan, tayangan atau permainan itu;

(l) apa-apa penggunaan sesuatu karya bagi maksud apa-apa prosiding

kehakiman, prosiding suatu suruhanjaya di raja, suatu badan perundangan,

siasatan statutori atau Kerajaan, atau apa-apa laporan mana-mana prosiding

sedemikian, atau bagi maksud memberi nasihat profesional oleh seorang

pengamal undang-undang;

(m) penggunaan petikan dari karya yang sudah diterbitkan jika petikan itu

bersesuaian dengan amalan yang wajar dan dibuat setakat yang berpatutan

dengan maksudnya, termasuk petikan dari artikel surat khabar dan majalah

berkala dalam bentuk ringkasan akhbar: Dengan syarat bahawa sumbernya

dan nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan itu disebut;

(n) pengeluaran semula oleh akhbar, penyiaran atau

penayangan kepada awam akan artikel yang telah diterbitkan dalam surat

khabar atau majalah berkala mengenai topik semasa, jika pengeluaran

semula, penyiaran atau penayangan sedemikian tidak dipeliharakan dengan

nyata: Dengan syarat bahawa sumbernya adalah dinyatakan dengan jelas;

(o) pengeluaran semula oleh akhbar, penyiaran atau pertunjukan,

tayangan atau permainan kepada awam syarahan, ucapan dan karya lain dari

jenis yang sama yang disampaikan kepada awam jika penggunaan sedemikian

itu adalah bagi maksud makluman dan tidak dipeliharakan dengan nyata;

Page 115: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

83

(p) penyewaan secara komersial akan program komputer, jika program itu

bukanlah matlamat penting penyewaan itu; dan

(q) pembuatan suatu salinan elektronik fana dan sampingan suatu karya

yang telah dijadikan tersedia di suatu rangkaian jika pembuatan salinan itu

diperlukan untuk menonton, mendengar atau menggunakan karya tersebut.

(2A) Bagi maksud perenggan (2)(a), dalam menentukan sama ada sesuatu

urusan itu merupakan suatu urusan yang wajar, faktor yang diambil kira

hendaklah termasuk :

(a) maksud dan sifat urusan itu, termasuk sama ada urusan itu bersifat

komersial atau bagi maksud pendidikan yang bukan mencari keuntungan;

(b) sifat karya yang mendapat hak cipta itu;

(c) amaun dan banyaknya bahagian yang digunakan berhubungan dengan

karya yang mendapat hak cipta itu secara keseluruhan; dan

(d) kesan daripada urusan itu terhadap potensi pasaran bagi

atau nilai karya yang mendapat hak cipta itu.

(3) Bagi maksud perenggan (2)(l), : suatu badan perundangan, ertinya

Parlimen Malaysia atau, berhubungan dengan sesuatu Negeri, pihak berkuasa

yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Negeri itu untuk membuat

undang-undang bagi Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Dokumen reka bentuk dan model

13A. (1) Adalah tidak menjadi suatu pelanggaran apa-apa hak cipta dalam

suatu dokumen reka bentuk atau model yang merekodkan atau yang

mengandungi reka bentuk bagi apa-apa jua selain daripada suatu karya seni

atau rupa taip :

Page 116: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

84

(a) untuk membuat suatu barang mengikut reka bentuk itu, atau untuk

meniru atau untuk mengeluarkan semula suatu barang yang dibuat mengikut

reka bentuk itu; atau

(b) untuk mengeluarkan kepada awam, atau memasukkan dalam suatu

filem, siaran atau perkhidmatan rancangan kabel, apa-apa jua yang

pembuatannya bukanlah, menurut kuasa perenggan (a), suatu pelanggaran

hak cipta itu.

(2) Dalam seksyen ini :

dokumen reka bentuk ‖ ertinya apa-apa rekod suatu reka bentuk, sama ada

dalam bentuk lukisan, perihalan bertulis, fotograf, data yang disimpan dalam

komputer atau selainnya; dan ―reka bentuk‖ ertinya reka bentuk apa-apa

aspek bentuk atau tatarajah (sama ada dalaman atau luaran) keseluruhan

atau sebahagian daripada suatu barang, selain daripada hiasan permukaan.

Kesan pengeksploitan reka bentuk yang diterbitkan daripada karya seni

13B. (1) Seksyen ini terpakai jika suatu karya seni telah dieksploitkan,

melalui atau dengan lesen daripada pemunya hak cipta, dengan—

(a) membuat, melalui proses atau cara perindustrian, barang yang patut

dikira bagi maksud Akta ini sebagai salinan karya itu; dan

(b) memasarkan barang itu di Malaysia atau tempat lain.

(2) Setelah berakhirnya tempoh dua puluh lima tahun dari akhir tahun

kalendar yang dalamnya barang itu mula-mula dipasarkan, karya itu boleh

ditiru dengan membuat barang daripada apa-apa perihalan, atau melakukan

apa-apa jua bagi maksud membuat barang daripada apa-apa perihalan, dan

apa-apa jua boleh dilakukan berhubungan dengan barang yang dibuat

sedemikian, tanpa melanggar hak cipta dalam karya itu.

(3) Jika hanya sebahagian daripada suatu karya seni dieksploitkan

sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1), subseksyen (2) terpakai

hanya berhubungan dengan bahagian itu.

(4) Menteri boleh melalui perintah membuat peruntukan—

Page 117: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

85

(a) tentang hal keadaan yang dalamnya suatu barang, atau apa- apa

perihalan barang, hendaklah dianggap bagi maksud seksyen ini sebagai

dibuat melalui proses atau cara perindustrian; dan

(b) untuk mengeluarkan daripada kuat kuasa seksyen ini apa-

apa barang yang pada asasnya berciri sastera atau seni yang

difikirkannya patut.

(5) Dalam seksyen ini—

(a) sebutan mengenai barang tidak termasuk filem; dan

(b) sebutan mengenai pemasaran sesuatu barang hendaklah ditafsirkan

sebagai sebutan mengenai penjualan atau penyewaan atau penawaran atau

pendedahan bagi penjualan atau sewaan barang itu.

13C. (Dipotong oleh Akta A1420).

Kuasa hak cipta mengenai karya seni bina

14. (1) Hak cipta mengenai sesuatu karya seni bina adalah juga termasuk

hak eksklusif untuk mengawal pembinaan apa-apa bangunan yang

mengeluarkan semula keseluruhan atau sebahagian besar karya itu sama

ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal

sebagai diambil daripada yang asalnya: Dengan syarat bahawa hak cipta

dalam mana-mana karya itu tidaklah termasuk hak untuk mengawal

pembinaan semula atau pemulihan sesuatu bangunan yang berkenaan

dengan hak cipta itu mengikut stailnya yang asal.

Kuasa hak cipta mengenai siaran

15. (1) Hak cipta mengenai sesuatu siaran adalah hak eksklusif untuk

mengawal di Malaysia rakaman, pengeluaran semula, dan penyiaran semula,

keseluruhan atau sebahagian besar siaran itu, dan pertunjukan, tayangan atau

permainan kepada awam di tempat yang mengenakan bayaran masuk bagi

keseluruhan atau sebahagian besar sesuatu siaran televisyen sama ada dalam

bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal sebagai

diambil daripada yang asalnya.

Page 118: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

86

(2) Walau apa pun subseksyen (1), perenggan 13(2)(a), (g), (gg),

(ggg), (gggg), (h) dan (o) hendaklah juga terpakai bagi hak cipta

mengenai siaran.

(3) Hak cipta mengenai sesuatu siaran televisyen adalah termasuk

hak untuk mengawal pengambilan gambar pegun dari siaran tersebut.

Penyiaran karya yang dimuatkan dalam filem

16. (1) Jika pemunya hak cipta mana-mana karya sastera, muzik atau seni

membenarkan seseorang untuk memuatkan karya itu dalam sesuatu filem dan

sesuatu perkhidmatan penyiaran menyiarkan filem itu, kiranya tidak ada apa-

apa persetujuan sebaliknya yang nyata di antara pemunya hak cipta dan

orang itu, maka hendaklah disifatkan bahawa pemunya hak cipta itu telah

membenarkan siaran itu.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika sesuatu perkhidmatan penyiaran

menyiarkan sesuatu filem dalam mana suatu karya sastera, muzik atau seni

telah dimuatkan, pemunya hak untuk menyiarkan karya sastera, muzik atau

seni itu adalah berhak untuk menerima pampasan yang patut daripada

perkhidmatan penyiaran itu.

Kuasa hak pelaku

16A. (1) Hak pelaku ialah hal eksklusif untuk mengawal di Malaysia—

(a) penyampaian kepada orang awam sesuatu persembahan, kecuali jika

persembahan yang digunakan dalam penyampaian kepada orang awam

itu sendiri ialah suatu persembahan;

(b) penetapan bagi sesuatu persembahan yang belum

ditetapkan;

(c) pengeluaran semula penetapan suatu persembahan;

(d) pengedaran kepada orang awam buat pertama kali suatu penetapan

sesuatu persembahan, atau salinannya, melalui jualan atau pindah

hakmilik pemunyaan lain; dan

Page 119: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

87

(e) penyewaan komersial kepada orang awam penetapan sesuatu

persembahan, atau salinannya, tanpa mengira pemunyaan salinan yang

disewa.

(2) Pelaku akan hilang hak eksklusifnya di bawah perenggan

(1)(b) apabila dia memberikan persetujuan bagi penetapan

persembahannya itu.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), hak untuk mengawal di bawah

subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal—

(a) sesuatu rakaman bunyi secara terus atau tidak terus atau filem secara

tidak terus sesuatu persembahan —

(i) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat semata-

mata bagi maksud kegunaan persendirian dan domestik orang yang

membuatnya; atau

(ii) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat semata-

mata untuk digunakan dalam penyelidikan sains;

(b) sesuatu rakaman bunyi atau filem secara terus atau tidak terus sesuatu

persembahan —

(i) yang dibuat bagi maksud, atau yang dikaitkan dengan, pelaporan berita

atau peristiwa semasa;

(ii) yang dibuat bagi maksud mengkritik atau mengulas; atau

(iii) dibuat bagi maksud suatu prosiding kehakiman, suatu prosiding

suruhanjaya diraja atau badan perundangan, suatu siasatan berkanun

atau Kerajaan, atau laporan mengenai mana-mana prosiding atau siasatan

itu, atau bagi maksud pemberian nasihat profesional oleh pengamal undang-

undang;

(c) sesuatu rakaman bunyi atau filem secara tidak terus sesuatu

persembahan —

Page 120: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

88

(i) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat oleh, atau

bagi pihak, badan yang mentadbirkan sesuatu institusi pendidikan semata-

mata bagi maksud institusi itu atau institusi pendidikan lain; atau

(ii) yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat oleh, atau

bagi pihak, badan yang mentadbirkan suatu institusi bagi membantu orang

yang tidak berupaya menulis atau membaca semata- mata bagi maksud

mengadakan bantuan, sama ada oleh institusi itu atau selainnya, kepada orang

yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, intelek atau

menulis dan membaca;

(d) suatu rakaman bunyi atau filem secara terus sesuatu persembahan yang

dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan suatu perkhidmatan penyiaran

yang telah mendapat persetujuan pelaku untuk menyiarkan persembahan

itu, dan rakaman atau filem itu dimusnahkan sebelum berakhir tempoh enam

bulan sebaik selepas rakaman atau filem itu dibuat atau suatu tempoh yang

lebih lama yang dipersetujui antara perkhidmatan penyiaran dengan pelaku

itu;

(e) sesuatu rakaman bunyi secara terus atau secara tidak terus atau filem

secara tidak terus sesuatu persembahan yang dibuat oleh seseorang yang

semunasabahnya mempercayai bahawa, oleh sebab sesuatu salah nyataan

bersifat fraud atau tanpa niat salah yang telah dibuat kepadanya, pelaku itu

telah membenarkan pembuatan rakaman oleh orang itu;

(f) sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan

(a), (b), (c) dan (d), yang merupakan salinan yang dibuat

semata-mata bagi maksud yang disebut dalam mana-mana perenggan itu;

(g) sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan

(e), yang merupakan salinan yang dibuat semata-mata bagi maksud yang

disebut dalam perenggan itu; dan

(h) sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan

(f), yang merupakan salinan yang dibuat—

Page 121: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

89

(i) oleh seseorang yang mempercayai bahawa, oleh sebab salah nyataan

bersifat fraud atau tanpa niat salah yang telah dibuat kepada orang itu,

pelaku yang berkenaan telah memberikan persetujuan bagi pembuatan salinan

itu; atau

(ii) semata-mata bagi suatu maksud yang disebut dalam

perenggan (a), (b), (c) dan (d).

(4) Bagi maksud seksyen ini—

―secara terus‖ berhubungan dengan rakaman bunyi atau filem bagi

sesuatu persembahan, ertinya dibuat terus daripada persembahan itu;

―secara tidak terus‖ berhubungan dengan rakaman bunyi atau filem

bagi sesuatu persembahan, ertinya dibuat daripada suatu siaran atau

siaran semula persembahan itu.

Saraan saksama

16B. (1) Jika sesuatu rakaman bunyi diterbitkan bagi maksud komersial atau

sesuatu keluaran semula rakaman itu dipersembahkan di hadapan orang

awam atau digunakan secara langsung dalam sesuatu siaran atau

penyampaian lain kepada orang awam, suatu saraan yang saksama bagi

persembahan itu hendaklah kena dibayar kepada pelaku oleh pengguna

rakaman bunyi itu.

(2) Saraan tidak boleh dianggap tidak saksama semata-mata kerana

dibayar secara sekali bayar.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai

melucutkan hak seseorang pelaku untuk bersetuju melalui kontrak atas terma

dan syarat yang lebih baik baginya berkenaan dengan persembahannya

(3A) Dalam ketiadaan kontrak tentang saraan yang saksama yang kena

dibayar di bawah subseksyen (1), pelaku boleh memohon kepada Tribunal

untuk menentukan amaun yang kena dibayar sebagai saraan yang saksama.

Page 122: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

90

(3B) Pelaku boleh juga memohon kepada Tribunal—

(a) untuk mengubah apa-apa kontrak tentang amaun yang kena dibayar

sebagai saraan yang saksama; atau

(b) untuk mengubah apa-apa penentuan Tribunal yang terdahulu

berhubungan dengan saraan yang saksama itu.

(3C) Permohonan oleh seseorang pelaku di bawah perenggan (3B)(b) hanya

boleh dibuat dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penentuan yang

terdahulu, melainkan jika kebenaran khas oleh Tribunal telah diperoleh.

(3D) Apabila dibuat permohonan di bawah seksyen ini, Tribunal hendaklah

mempertimbangkan perkara itu dan membuat apa-apa perintah tentang cara

pengiraan dan pembayaran saraan yang saksama sebagaimana yang

difikirkannya munasabah dalam hal keadaan itu, dengan mengambil kira

kepentingan sumbangan pelaku kepada rakaman bunyi itu.

(3E) Sesuatu kontrak tidak mempunyai kesan setakat yang ia bermaksud

untuk menghalang seseorang pelaku mempersoalkan amaun saraan yang

saksama atau menyekat kuasa Tribunal di bawah seksyen ini.

(4) Bagi maksud seksyen ini, ―diterbitkan bagi maksud komersial‖ ertinya

rakaman bunyi itu telah dijadikan tersedia kepada orang awam melalui cara

wayar atau wayarles dengan cara yang sedemikian rupa yang membolehkan

orang awam mendapat akses kepadanya dari suatu tempat dan pada masa

yang masing-masingnya dipilih oleh mereka.

Jangka masa hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni

17. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini,

hak cipta mengenai mana-mana karya sastera, muzik atau seni yang wujud

mengenai karya itu di bawah Akta ini wujud semasa hayat pencipta dan

hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun selepas

kematiannya.

Page 123: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

91

(2) Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni tidak pernah diterbitkan

sebelum kematian penciptanya, hak cipta yang wujud mengenai karya itu di

bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh

tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun

yang karya itu mula-mula diterbitkan.

(3) Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni diterbitkan tanpa nama atau

dengan menggunakan nama samaran, hak cipta yang wujud mengenai karya

itu di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima

puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun

karya itu diterbitkan atau mula-mula dijadikan tersedia kepada orang awam

atau dibuat, mengikut mana-mana yang paling kemudian:

Dengan syarat bahawa sekiranya identiti pencipta telah diketahui jangka

masa hak cipta hendaklah dikira menurut subseksyen (1).

(4) Dalam seksyen ini, sebutan mengenai ―pencipta‖ hendaklah, dalam hal

karya ciptaan bersama, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pencipta yang

meninggal dunia terkemudian.

Jangka masa hak cipta mengenai edisi diterbitkan

18. Hak cipta yang wujud mengenai sesuatu edisi diterbitkan di bawah Akta

ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang

dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang edisi itu

mula-mula diterbitkan.

Jangka Masa Hak Cipta Mengenai Rakaman Bunyi

19. Hak cipta yang wujud mengenai sesuatu rakaman bunyi di bawah Akta

ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang

dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun rakaman itu mula-

mula diterbitkan atau, jika rakaman bunyi itu tidak diterbitkan, dari permulaan

tahun kalendar itu berikutan tahun penetapan.

Page 124: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

92

Jangka Masa Hak Cipta Mengenai Siaran

20. Hak cipta yang wujud mengenai sesuatu siaran di bawah Akta ini

hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung

dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang siaran itu mula-

mula dibuat.

21. (Dipotong oleh Akta A994).

Jangka Masa Hak Cipta Mengenai Filem

22. Hak cipta yang wujud mengenai sesuatu filem di bawah Akta ini hendaklah

terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari

permulaan tahun kalendar berikutan tahun filem itu mula-mula diterbitkan.

Jangka Masa Hak Cipta Mengenai Karya Kerajaan, Pertubuhan Kerajaan

Dan Badan Antarabangsa

23. Hak cipta yang wujud mengenai karya Kerajaan, pertubuhan Kerajaan,

dan badan antarabangsa yang wujud di bawah Akta ini hendaklah terus

wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan

tahun kalendar berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.

Jangka masa hak pelaku

23A. Hak mengenai persembahan yang wujud di bawah Akta ini hendaklah

terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari

permulaan tahun kalendar berikutan tahun persembahan itu diadakan atau

ditetapkan dalam suatu rakaman bunyi.

Jangka Masa Saraan Saksama

23B. Hak kepada saraan yang saksama hendaklah wujud dari masa rakaman

bunyi diterbitkan sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari

permulaan tahun kalendar berikutan tahun penerbitan atau, jika rakaman

bunyi itu tidak diterbitkan, dari masa penetapan rakaman bunyi itu sehingga

habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar

berikutan tahun penetapan itu.

24. (Dipotong oleh Akta A775).

Page 125: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

93

Hak Moral

25. (1) Bagi maksud seksyen ini, perkataan ―nama termasuklah nama

pendek atau monogram.

(2) Tertakluk kepada seksyen ini, apabila hak cipta wujud dalam sesuatu

karya, tiada seorang pun boleh, tanpa persetujuan penciptanya, atau,

selepas kematian pencipta, wakil dirinya, melakukan atau membenarkan

perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut:

(a) penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, tanpa mengenal pasti

pencipta atau di bawah suatu nama selain daripada nama pencipta karya itu;

dan

(b) perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain akan karya itu

jika perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian itu—

(i) mengubah dengan jelas karya itu; dan

(ii) sedemikian rupa yang dengan munasabahnya boleh dianggap sebagai

memudaratkan kehormatan atau reputasi pencipta.

(3) Jika seseorang telah dibenarkan, sama ada oleh sebab sesuatu serah

hak, lesen atau selainnya, untuk menerbitkan, mengeluar semula, melakukan

di hadapan awam atau menyampaikan kepada orang awam sesuatu karya,

orang itu boleh melakukan ubah suaian ke atas karya itu jika adalah

munasabah untuk menjangkakan yang penerbitan, pengeluaran

semula,pertunjukan awam atau penyampaian kepada orang awam yang

dibenarkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh dilakukan

tanpa ubah suaian itu, tetapi tiada apa jua pun dalam subseksyen ini boleh

membenarkan suatu ubah suaian ke atas karya yang akan menjadi

pelanggaran terhadap subseksyen (2).

(4) Pencipta atau, selepas kematiannya, wakil dirinya, boleh menggunakan

hak yang diberikan oleh seksyen ini walaupun pada masa aduan terhadap

perbuatan itu dibuat, hak cipta ke atas karya itu tidak terletak hak pada

pencipta atau wakil diri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Page 126: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

94

(5) Apa-apa pelanggaran atau pelanggaran yang mungkin berlaku terhadap

seksyen ini berkenaan dengan sesuatu karya bolehlah diambil tindakan atas

guaman pencipta karya itu atau, jika dia mati, atas guaman wakil dirinya,

sebagai pelanggaran terhadap kewajipan statutori.

(6) Apa-apa ganti rugi yang didapati di bawah seksyen ini oleh seorang

wakil diri berkenaan dengan suatu pelanggaran yang dilakukan berhubungan

dengan suatu karya selepas kematian pencipta karya itu hendaklah turun

sebagai sebahagian daripada estet pencipta, seolah-olah hak bertindak telah

wujud dan terletak hak ke atasnya sebaik sahaja sebelum kematiannya.

(7) Jika dalam sesuatu tindakan yang dibawa di bawah seksyen ini suatu

pelanggaran terhadap sekatan yang dikenakan oleh seksyen ini dibuktikan

atau diakui, mahkamah boleh memerintahkan pesalah supaya menyiarkan

apa-apa pembetulan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh

mahkamah.

(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengurangkan sesuatu hak

bertindak atau remedi lain (sama ada sivil atau jenayah) dalam prosiding yang

dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini; tetapi subseksyen ini

tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghendaki supaya apa-apa ganti rugi

yang didapati oleh sebab seksyen ini tidak dimasuk kira dalam mentaksir

ganti rugi dalam mana-mana prosiding yang dimulakan melainkan dengan

sebab seksyen ini dan yang timbul daripada transaksi yang sama.

Hak Moral Pelaku

25A. (1) Seseorang pelaku hendaklah, berkenaan dengan persembahannya

atau persembahannya yang telah ditetapkan dalam fonogram, mempunyai

hak—

(a) untuk menuntut supaya dikenali sebagai pelaku bagi persembahannya,

kecuali jika ketinggalan itu berlaku oleh cara penggunaan persembahan itu;

dan

(b) untuk membantah apa-apa gangguan, pencacatan atau pengubahsuaian

lain persembahannya yang akan menjejaskan reputasinya.

Page 127: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

95

(2) Hak yang diberikan kepada pelaku di bawah subseksyen (1) hendaklah,

selepas kematiannya, disenggarakan dan hendaklah boleh digunakan oleh

orang atau institusi yang diberi kuasa oleh pelaku itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini, ―fonogram‖ ertinya penetapan bunyi sesuatu

persembahan atau bunyi lain atau perlambangan bunyi itu, selain dalam

bentuk penetapan yang digabungkan dalam filem atau karya audiovisual lain.

BAHAGIAN IV

PEMUNYAAN DAN PENYERAHHAKAN HAK CIPTA

Pemunyaan Pertama Hak Cipta

26. (1) Hak cipta yang diberikan oleh seksyen 10 hendaklah terletak hak

mula-mulanya pada penciptanya.

(2) Walau apa pun subseksyen 27(6), jika sesuatu karya—

(a) telah ditempah oleh seseorang yang bukannya majikan pencipta karya

itu di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan; atau

(b) yang tidak ditempah sedemikian, dibuat dalam masa bekerjanya pencipta

karya itu, maka hak cipta itu hendaklah disifatkan sebagai dipindah milik

kepada orang yang telah menempah karya itu atau kepada majikan

pencipta itu, tertakluk kepada apa-apa perjanjian di antara pihak yang

berkenaan yang menolak atau mengehadkan pindah milik tersebut.

(3) Hak cipta yang diberikan oleh seksyen 11 hendaklah terletak hak mula-

mulanya pada Kerajaan, pertubuhan Kerajaan atau badan antarabangsa

dan bukannya pada pencipta karya itu.

(4) Tertakluk kepada subseksyen (3)—

(a) nama yang terdapat pada sesuatu karya yang berupa nama pencipta

karya itu hendaklah dianggap sebagai demikian melainkan jika dibuktikan

sebaliknya;

Page 128: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

96

(b) dalam hal sesuatu karya tanpa nama atau yang bernama samaran,

penerbit yang namanya dinyatakan dalam karya itu sebagai demikian

hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai wakil di sisi

undang-undang pencipta tanpa nama atau bernama samaran itu dan adalah

berhak untuk menggunakan dan memelihara hak yang dimiliki oleh pencipta

itu di bawah Akta ini;

(c) dalam hal sesuatu karya yang belum diterbitkan, jika identiti pencipta

karya itu tidak diketahui, tetapi jika ada sebab-sebab bagi menganggap

bahawa dia adalah warganegara Malaysia, hak cipta yang diberi menurut

Akta ini hendaklah disifatkan sebagai terletak hak pada Menteri yang

dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebudayaan.

(5) Perenggan 4(b) dan (c) tidak boleh dipakai lagi apabila

identiti pencipta itu telah diketahui.

Pemberitahuan sukarela hak cipta

26A. (1) Suatu pemberitahuan hak cipta dalam apa-apa karya boleh dibuat

kepada Pengawal oleh atau bagi pihak pencipta karya, pemunya hak cipta

karya, pemegang serah hak hak cipta, atau seseorang yang telah diberi

kepentingan dalam hak cipta melalui lesen.

(2) Suatu pemberitahuan hak cipta tidak boleh dilayan melainkan jika fi yang

ditetapkan telah dibayar kepada Pengawal.

(3) Suatu pemberitahuan hak cipta hendaklah mengandungi butiran yang

berikut:

(a) nama, alamat dan kewarganegaraan pemunya hak cipta;

(b) suatu akuan berkanun bahawa pemohon ialah pencipta karya, atau

pemunya hak cipta karya, atau pemegang serah hak hak cipta, atau seseorang

yang telah diberi kepentingan dalam hak cipta melalui lesen;

(c) kategori karya;

(d) tajuk karya;

Page 129: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

97

(e) nama pencipta dan, jika pencipta telah meninggal dunia, tarikh kematian

pencipta itu, jika diketahui;

(f) dalam hal karya yang telah diterbitkan, tarikh dan tempat penerbitan yang

pertama; dan

(g) apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Menteri.

Daftar Hak Cipta

26B. (1) Pengawal hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar

yang dinamakan Daftar Hak Cipta.

(2) Daftar Hak Cipta hendaklah mengandungi semua butiran berhubungan

dengan hak cipta dalam sesuatu karya sebagaimana yang diberitahu kepada

Pengawal di bawah seksyen 26A.

(3) Daftar Hak Cipta hendaklah disimpan mengikut apa-apa bentuk dan pada

apa-apa bahantara yang ditentukan oleh Menteri.

(4) Mana-mana orang boleh memeriksa Daftar Hak Cipta pada bila-bila

masa dan atas apa-apa syarat yang ditentukan oleh Menteri, dan boleh

mendapatkan petikan yang diperakui sah daripada Daftar apabila dibayar fi

yang ditetapkan.

(5) Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh memperakui sah petikan benar

daripada Daftar Hak Cipta yang hendaklah menjadi keterangan prima facie

mengenai butiran yang dicatatkan dalamnya dan petikan daripada Daftar Hak

Cipta yang diperakui sah itu hendaklah boleh diterima di semua mahkamah.

Pindaan kepada Daftar Hak Cipta

26C. (1) Pengawal boleh membetulkan apa-apa kesilapan perkeranian dalam

mana-mana catatan yang dibuat dalam Daftar Hak Cipta.

Page 130: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

98

(2) Mana-mana orang yang berkepentingan boleh memohon kepada

mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi—

(a) membetulkan apa-apa kesilapan dalam catatan dalam Daftar; atau

(b) memadamkan atau meminda apa-apa catatan yang dibuat secara salah

dalam atau yang masih ada dalam Daftar, dan apa-apa pembetulan,

pemadaman atau pindaan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah

berkuat kuasa dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.

(3) Bagi maksud seksyen ini, ―mahkamah‖ ertinya Mahkamah

Tinggi yang berkenaan di Malaysia.

Penyerahan, Lesen Dan Pemberian Berwasiat

27. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, hak cipta boleh dipindah milik sebagai

harta alih melalui penyerahhakan, pemberian berwasiat atau dengan kuat

kuasa undang-undang.

(2) Sesuatu penyerahhakan atau pemberian berwasiat hak cipta boleh

dihadkan supaya ia terpakai bagi setengah-setengah perbuatan sahaja yang

pemunya hak cipta itu ada hak eksklusif mengawalnya, atau bagi sebahagian

tempoh hak cipta itu sahaja atau bagi sesuatu negara atau kawasan geografi

tertentu lain.

(3) Tiada penyerahhakan hak cipta dan tiada lesen bagi melakukan

sesuatu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hak cipta boleh berkuat

kuasa kecuali dengan bertulis.

(4) Sesuatu penyerahan atau lesen yang diberi oleh seorang pemunya

hakcipta hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyerahhakan

atau lesen itu diberi oleh pemunya atau pemunya- pemunya

bersamanya juga, dan tertakluk kepada apa-apa perjanjian di antara

mereka, bayaran yang diterima oleh salah seorang daripada pemunya

hak cipta itu hendaklah dibahagikan sama rata antara kesemua

pemunya bersama itu.

Page 131: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

99

(5) Bagi maksud seksyen ini, orang hendaklah disifatkan sebagai pemunya

bersama jika mereka berkongsi kepentingan bersama dalam keseluruhan atau

sebahagian sesuatu hak cipta.

(6) Sesuatu penyerahhakan, lesen atau pemberian berwasiat boleh diberikan

atau dibuat dengan berkesan berkenaan dengan sesuatu karya masa depan,

atau sesuatu karya yang wujud yang hak cipta mengenainya belum lagi

wujud, dan hak cipta masa depan mengenai mana-mana karya itu boleh

dipindah milik dengan kuat kuasa undang-undang sebagai harta alih.

(7) Jika di bawah sesuatu pemberian berwasiat, sama ada secara khusus

atau am, seseorang berhak secara benefisial atau sebaliknya kepada

manuskrip sesuatu karya sastera, atau muzik, atau kepada sesuatu karya

seni, dan karya itu tidak pernah diterbitkan sebelum kematian pewasiat,

pemberian berwasiat itu hendaklah, melainkan tujuan yang sebaliknya

dinyatakan dalam wasiat atau kodisil kepada wasiat itu, ditafsirkan sebagai

termasuk hak cipta mengenai karya itu setakat mana pewasiat itu adalah

pemunya hak cipta itu sebaik sahaja sebelum kematiannya.

6.2 Isu-isu Media sosial Sebahagian daripada generasi baru yang menggunakan aplikasi Web 2.0,

mereka bertanggapan media sosial menggambarkan teknologi yang

memudahkan maklumat interaktif, dan berkolaborasi. Laman media sosial

berkembang pesat dan menjadi amat diperlukan oleh pengguna. Pada bulan

Ogos 2010, Facebook mengatasi Google sebagai tapak nombor satu di mana

pengguna internet menghabiskan majoriti masa dalam talian mereka - 41 juta

jam untuk pengguna Facebook berbanding 39900000 jam untuk Google. Satu

laporan Nielsen baru-baru ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan,

pengguna menghabiskan satu perempat daripada masa dalam talian mereka

menggunakan aplikasi media sosial.

Isu-isu media sosial

tujuan perniagaan

mendidik pengguna

melaksanakan pengawalseliaan

Page 132: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

100

Komunikasi

Dengan wujud dan penggunaan laman media sosial, menyebabkan lebih

akses kepada pelanggan dan maklumat tentang mereka. Peluang untuk

mengumpul maklumat tambahan yang boleh membawa risiko.

Mangsa dibuli dilaman sosial

Menghina dan memperlekehkan seseorang

Pengguna leka dengan media sosial

penggunaan media sosial berlaku di luar waktu kerja tetapi mengganggu

produktiviti.

6.3 Isu-isu etika.

Guru dan pelajar patut mengetahui tentang etika penggunaan bahan

dalam teknologi pengajaran. Etika penggunaan ini ada kaitan dengan hak cipta

yang memberi kesan kepada sekolah dan guru. Guru dan pelajar perlu

didedahkan terhadap polisi hak cipta. Ini termasuklah peraturan menggunakan

bahan secara sah yang melibatkan hak cipta, cetak rompak perisian, muzik

digital, photo dan video. Ada kalanya guru bersalah meyalin perisian secara

tidak sah yang dikaitkan dengan budget sekolah yang terbatas dan harga

perisian yang mahal. Ini tidak boleh dilakukan!. Menyalin secara tidah sah

dikatakan mencuri. Guru tidah boleh melakukan perkara seperti ini, dan guru

perlu memberi pengetahuan kepada pelajar mereka tentang penyalinan yang

tidak sah ini tidak boleh diteruskan jika ianya benar-benar berlaku.

Guru perlu mendidik pelajar supaya menggunakan komputer dengan cara

yang betul. Guru patut memberi pengetahuan mengenai perkara-perkara yang

melibatkan etika penggunaan komputer iaitu:

a. Penggodam (Hackers), iaitu individu yang tidak mempunyai autoriti

untuk mengakses sistem komputer, biasanya untuk menunjukkan

kepakaran dan keseronokan yang dilihat sebagai wira. walaupun

penggodam sering tidak berniat jahat tetapi mereka menimbulkan

masalah kepada sistem komputer.

b. Virus Komputer (computer viruses), Virus menimbulkan masalah

kepada sistem komputer. Virus ini senang merebak kepada komputer

melalui penggunaan peranti storan yang dijangkiti virus seperti flash

Page 133: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

101

drive. Virus ini kadang kala dimuat-turun secara tidak sengaja daripada

internet. Untuk mengelak daripada masalah virus ini, semua pihak yang

menggunakan komputer perlu mempunyai perisian antivirus.

c. Plagiat (Plagiarism), iaitu seseorang individu yang membuat

penyalinan atau meniru daripada artike hasil kerja asal orang lain dan

menyebarkan semula sebagai haknya . Ini perbuatan yang tidak jujur,

kerana meyebarkan semula artikel yang tidak tulen. Teknologi

memainkan peranan terhadap dunia plagiat. Pertama, plagiat

melibatkan penyalinan sesuatu. Dalam era dunia digital, fitur menyalin

(copy) didapati dalam hampir semua perisian yang memudahkan

penyalinan dibuat secara pantas dengan kos yang minima. Kedua, era

informasi memudahkan semua jenis informasi digital diperolehi melalui

internet. Penyalinan atau muat turun klip video, muzik dan sebagai nya

dapat dilakukan dengan mudah apabila menggunakan perisian yang

tertentu seperti youtube downloader dan torrent.

Bagaimana untuk membenteras plagiat? Langkah-langkah untuk

mengelak daripada plagiat berdasarkan McCullen (2002):

1. Beri pendedahan kepada pelajar terhadap konsep hak interlek

dan masalah yang berkaitan dengan plagiat.

2. Beri contoh plagiat yang sengaja dan tidak sengaja

3. Menyatakan mengapa plagiat tidak boleh diterima, harapan dan

polisi anda

4. Ajar bagaimana menggunakan teknik mengambil nota (contoh,

Teknik Cornell) dan membantu pelajar menggunakan perkataan

sendiri.

5. Menyediakan kaedah rujukan yang betul kepada pelajar

6. Adakan aktiviti di mana pelajar boleh berlatih mengumpul

maklumat, megambil nota, membina draf dan menulis rujukan

yang betul.

d. Keselamatan (Security)

Internet dan e-mel terdedah kepada ancaman seperti pencerobohan,

penyelewengan, pemalsuan, pemintasan dan pencerobohan rahsia.

Oleh itu, Keselamatan internet dan e-mel perlu melindungi maklumat

Page 134: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

102

rahsia. Keselamatan internet dan e-mel bergantung kepada faktor-

faktor sokongan berikut:

1. Keselamatan Fizikal

Komputer hendaklah ditempatkan ditempat yang yang selamat

daripada pencerobohan atau sebarang capaian yang tidak sah.

2. Keselamatan Dokumen Elektronik

Untuk megelakkan penerimaan dan penghantaran dokumen

bebas daripada virus, penggunaan perisian antivirus perlu

digunakan dan dikemaskini dari masa ke masa. Semua

dokumen yang mustahak hendaklah dibuat salinan fail.

3. Tandatangan Digital

Agensi kerajaan yang mengendalikan maklumat rahsia rasmi

mesti menggunakan tandatangan digital yang dikeluarkan oleh

pihak yang berkuasa yang ditauliahkan oleh kerajaan Malaysia

iaitu Pihak Berkuasa Persijilan.

4. Keselamatan pengendalian e-mel Rahsia Rasmi

Semua e-mel rahsia rasmi yang dihantar, diterima dan disimpan

mesti mempunyai sistem keselamatan yang mencukupi seperti

Firewall dan Virtual Private Network.

6.4 Teknologi, Pengajaran dan Anda

6.4.1 Literasi Teknologi Pendidikan

Literasi Teknologi menjadi lambang abad ke-21. Menurut Shohet (1996)

Pusat Literasi Montreal, Kanada, literasi dalam, alaf baru mesti berkembang

untuk merangkumi pelbagai sumber media, termasuk Internet,teks elektronik,

dan teknologi sebagai pengantara komunikasi. Oleh sebab itu, Sebagai pendidik

perlu mempertimbangkan apa yang di maksudkan literasi teknologi dalam abad

ke-21 ini, maklumat dan teknologi yang didorong masyarakat, definisi literasi

yang menggabungkan teknologi telah muncul. Dalam menentukan bagaimana

institusi pendidikan tinggi boleh mula untuk menutup digital / membahagi

teknologi dengan mengintegrasikan kecekapan LT dalam kurikulum mereka.

Page 135: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

103

TL dan literasi berasaskan teknologi, termasuk: celik komputer, literasi tempat

kerja, digitalliterasi, literasi maklumat, dan akhirnya, celik teknologi Literasi

Komputer.

Apakah literasi komputer (CL)? Menurut Holum dan Gahala, literasi

komputer ditakrifkan sebagai "keupayaan untuk menggunakan alat komputer

dengan tepat dan berkesan seperti pemproses perkataan, helaian elektronic ,

pangkalan data, dan perisian persembahan dan grafik "(2006,ms. 2). Holum dan

Gahala juga menyatakan istilah berasingan, teknologi celik komputer, dan

menyifatkan kompetensi ini sebagai "keupayaan untuk memanipulasi perkakasan

yang berada dalam sistem struktur teknologi "(ms 2). Sebaliknya, Gupta dan

Ndahi (2002) mencadangkan satu konsep yang lebih umum CL dengan

menggambarkan orang yang celik komputer sebagai salah satu yang selesa

mengakses fungsi asas komputer dengan menggunakan program-program

perisian yang diperlukan dalam profesion mereka, termasuk pemprosesan

perkataan dan program helaian elekronik serta pelayar internet dan program

laman web.

Literasi Tempat Kerja (WL)

Apakah literasi tempat kerja (WL)? Jawapan kepada soalan ini bergantung

kepada beberapa kepada tetapan. Menurut Sticht (1995), literasi tempat kerja

adalah relatif dan berterusan. Literasi tempat kerja mesti diukur berdasarkan

hasil kepada keperluan tempat kerja tertentu. Selain itu, tempat kerja

memerlukan perubahan, berdasarkan dalaman dan menjual evolusi luaran,

literasi tempat kerja memerlukan pembelajaran sepanjang hayat yang melibatkan

pembelajaran dalam kemahiran terkini dan paling relevan yang diperlukan di

tempat kerja (Sticht). Oleh itu, WL boleh diringkaskan seperti keupayaan untuk

Page 136: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

104

memahami dan mencapai apa yang perlu dalam konteks kerjaya tertentu atau

persekitaran tempat kerja dan masa diberikan dalam kerjaya seseorang individu.

Implikasi kontemporari adalah, sebagai proses abad ke-21 dan aktiviti menjadi

semakin bergantung pada teknologi, semua pekerja perlu memperoleh

pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka untuk bersaing dalam

teknologi ini yang dipacu ekonomi dan tenaga kerja.

Literasi Digital

Apakah literasi digital (DL)? Menurut Holum dan Gahala, literasi digital adalah

"Keupayaan untuk mencapai pemahaman yang lebih mendalam tentang

kandungan dengan menggunakan alat analisis data dan proses pembelajaran

dipercepatkan yang dibolehkan daripada teknologi "(2006, ms 3). Menurut Saedi,

Majlis Literasi Digital Global (GDLC), bagaimanapun, telah menerima pakai

definisi yang kurang spesifik DL kemahiran yang dikaitkan dengan tempat kerja

perlu: "literasi digital adalah satu cara untuk menentukan kompetensi individu

untuk berfungsi di tempat kerja "(2003, ms 3). Pada asasnya,GDLC yang

menyatakan bahawa pekerja celik komputer akan menjadi salah satu yang

"boleh berfungsi dalam ekonomi digital "(Saedi, ms 3). Menariknya, seperti WL,

DL muncul secara meluas disambungkan kepada teknologi dan relatif kepada

tetapan tenaga kerja yang khusus dan berubah (Saedi).

Literasi Maklumat (IL)

Apakah literasi maklumat (IL)? Kerana teknologi maklumat (IT) adalah

istilah yang biasa digunakan, dan salah satu yang boleh dikelirukan dengan

literasi maklumat, kita mesti mula-mula menentukan dan menjelaskan IT.

Menurut Universiti Purdue (2006), IT adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu

konsep ketara dan komponen abstrak. Sebahagian teknologi IT merujuk kepada

Page 137: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

105

yang ketara, termasuk komputer, perisian, Internet / Intranet dan mesin

telekomunikasi. Pada masa yang sama, bahagian maklumat IT merujuk kepada

data dan pengetahuan diproses, dan disampaikan dalam sistem teknologi dan

yang lain termasuk rakyat dan sistem teknologi luar. Universiti Purdue

menyatakan bahawa IT sebagai keseluruhan "menyediakan 'enjin' yang

digunakan untuk memandu sistem maklumat yang berguna" (2006, ms 11).

IT adalah asas penting struktur dan tenaga memandu, tetapi tidak berkesan

tanpa input kemahiran berfikir, kepintaran dan kritikal pengguna manusia. Oleh

itu, penggunaan berkesan IT memerlukan seorang individu yang celik dalam

penggunaan dan aplikasi IT.Holum dan Gahala menakrifkan literasi maklumat

sebagai "keupayaan untuk mengakses dan menggunakan maklumat,

menganalisis kandungan, bekerja dengan idea-idea, mensintesis pemikiran, dan

berkomunikasi "(2006, ms 3). Literasi maklumat membayangkan pengguna

adalah mahir dan berkesan menggunakan kedua-dua maklumat dan bahagian

teknologi Maklumat Teknologi, untuk menyiasat, menyelesaikan masalah,

berkomunikasi , dan mewujudkan ketarasistem serta proses maklumat abstrak;

orang celik maklumat adalah celik komputer, celik tenaga kerja, dan individu

digital celik.

6.4.2 Piawaian Teknologi

6.4.2.1 Pelajar

Piawai Teknologi ialah standard untuk menilai kemahiran dan

pengetahuan pelajar perlu belajar dengan berkesan dan hidup secara

produktif dalam dunia digital yang semakin global . Jika hanya pelajar

mampu untuk menggunakan teknologi tidak lagi mencukupi. Pelajar hari

ini perlu mampu untuk menggunakan teknologi untuk menganalisis,

Page 138: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

106

belajar, dan meneroka. Kemahiran dalam era digital adalah penting untuk

menyediakan pelajar untuk bekerja, hidup, dan menyumbang kepada

sosial dan masyarakat mereka.

Rajah 1: Piawaian Teknologi Pelajar

6.4.2.2 Guru

Standard teknologi untuk menilai kemahiran dan pengetahuan

pendidik yang diperlukan perlu untuk mengajar, bekerja, dan belajar

dalam masyarakat di era global dan digital. Dalam menempuh

integrasi teknologi yang terus meningkat dalam masyarakat kita, ia

adalah penting bahawa guru-guru mempunyai kemahiran dan

tingkah laku profesional era digital. Untuk melangkah ke hadapan,

guru mesti selesa mengajar dan belajar bersama pelajar dan

rakan-rakan mereka di seluruh dunia.

Page 139: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

107

Rajah 2: Piawaian Teknologi Guru

6.4.2.3 Pentadbir

Standard untuk menilai kemahiran dan pengetahuan pentadbir sekolah

dan pemimpin perlu untuk menyokong pembelajaran era digital,

melaksanakan teknologi, dan mengubah landskap pendidikan.

Transformasi sekolah dalam pembelajaran di era digital memerlukan

kepimpinan daripada orang-orang yang boleh menerima cabaran-

cabaran baru dan sanggup menerima peluang-peluang baru. Kejayaan

integrasi teknologi bergantung kepada pemimpin-pemimpin yang boleh

melaksanakan reformasi sistemik di sekolah-sekolah.

Page 140: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

108

Rajah 3: Piawaian Teknologi Pentadbir

TUGASAN TERARAH Sebagai seorang guru yang telah dilatih dengan peraturan dan

etika perguruan, anda telah diminta oleh pihak pengurusan

sekolah menyediakan satu laman web bertemakan Sayangilah

Sekolah Kita untuk dipertandingan di peringkat daerah. Terang

dan jelaskan bagaimana anda mengamalkan isu-isu

perundangan, isu-isu media sosial, isu-isu etika dalam

menyediakan laman web tersebut.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

LAMAN WEB http://www.iste.org/standards

Page 141: TPSK2102W Teknologi Pengajaran.pdf

109

http://www.msde.maryland.gov/MSDE/programs/technology/techstds/teacher_standards.htm

RUJUKAN Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D.

R.(2011).Educational technology for teaching and learning (4th ed.). Ohio:Merill Prentice Hall.

Lever-Duffy, J. & McDonald, J.B. (2008). Teaching and Learning with

Technology (3th ed). New York. Pearson, Allyn and Bacon. Noriati A. Rashid, et. al. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn.Bhd.