Topik 7 gimrama

19

Click here to load reader

description

 

Transcript of Topik 7 gimrama

Page 1: Topik 7 gimrama

� PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular dalam kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik di samping daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan serta kaum wanita pada semua peringkat umur.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik. Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan yang kecil pada tangan. Pergerakan gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri

7.1

TTooppiikk

77

� Gimrama

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan ciri-ciri sejarah gimrama;

2. Mengkategorikan jenis pertandingan dalam gimrama; dan

3. Menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk pertandingangimrama.

Page 2: Topik 7 gimrama

� TOPIK 7 GIMRAMA 176

pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik (lihat Rajah 7.1 dan Rajah 7.2).

Rajah 7.1: Pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan

Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan sama ada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan

Pergerakan asas gimrama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swiss,

Page 3: Topik 7 gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA �

177

iaitu Jacques Dalcroze. Beliau telah membuka dua buah maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau juga telah memperkenalkan latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19. Pada awal abad ke-20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881�1970) dan Hernrich Medau (1890�1974) telah memulakan sekolah gimrama mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimrama. Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalendar tetap persatuan dengan dipertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMA

Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan (lihat Rajah 7.3). Namun, bagi pertunjukan atau persembahan gimnastik, peralatan-peralatan lain seperti skaf, bendera atau kayu boleh digunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalah mengikut pilihan.

Rajah 7.3: Peralatan yang digunakan dalam sukan gimrama

7.2

Page 4: Topik 7 gimrama

� TOPIK 7 GIMRAMA 178

Biasanya para gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri sebab mereka akan merasa selesa menggunakan peralatan sendiri. Peralatan sendiri juga sesuai dengan kehendak dan susuk tubuh gimnas dari segi saiz dan berat.

7.2.1 Tali

Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan kapal. Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3 m dan tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas (Rujuk Rajah 7.4). Gimnas yang lebih kecil fizikalnya boleh menggunakan tali yang berukuran 2 m panjang dan tebal 6mm. Gimnas dibenarkan menggunakan pita pelekat sepanjang 10 sm tetapi tidak dibenarkan menggunakan apa jua pemegang pada hujung tali. Spesifikasi Tali Jadual 7.1 menerangkan spesifikasi tali.

Jadual 7.1: Spesifikasi Tali

Spesifikasi Penerangan

Bahan Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama.

Panjang Mengikut tinggi gimnas, tali diukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di tengah tali dan kedua-dua hujung tali diangkat ke aras ketiak gimnas.

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

Rajah 7.4: Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas diperbuat daripada hem atau

sintetik

Page 5: Topik 7 gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA �

179

Rajah 7.5: Ukuran panjang tali

7.2.2 Gelung

Gelung yang digunakan oleh gimnas boleh didapati di kedai sukan atau di kedai permainan. Ia dibuat daripada plastik, rotan atau kayu biasa. Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan di tepi gimnas. Terdapat juga gimnas yang membalut gelung dengan pita pelekat berwarna-warni. Balutan ini bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta menambahkan berat gelung dan menjadikannya lebih menarik.

Rajah 7.5: Gelung berpita

Page 6: Topik 7 gimrama

� TOPIK 7 GIMRAMA 180

Rajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas

7.2.3 Bola

Bola adalah salah satu disiplin wajib dalam gimrama. Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang dibuat untuk gimrama dan mengikut spesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Namun demikian, sekiranya bola tersebut tidak dapat disediakan bola sepak, bola jaring atau bola getah saiz 4 boleh digunakan untuk berlatih kemahiran asas seperti melantun dan menggolek. Bagi gimnas junior atau kanak-kanak, saiz bola yang lebih kecil boleh digunakan. Spesifikasi Bola Jadual 7.2 di bawah menerangkan spesifikasi bola yang digunakan untuk gimrama.

Jadual 7.2: Spesifikasi Bola

Spesifikasi Penerangan

Bahan Getah atau bahan sintetik dengan anjalan

Garis pusat 18�20 sm

Berat 400 g minimum

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas

Page 7: Topik 7 gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA �

181

Rajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah mengikut spesifikasi serta

diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa

7.2.4 Belantan

Belantan boleh didapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk. Dalam gimrama, acara belantan dianggap sebagai acara yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan biasanya dikuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman. Spesfikasi Belantan Jadual 7.3 menerangkan spesifikasi belantan.

Jadual 7.3: Spesifikasi Belantan

Spesifikasi Penerangan

Bahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat.

Panjang 40�50 sm

Berat 150 g minimum bagi satu belantan

Bentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 � sm. Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi 3sm.

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

Page 8: Topik 7 gimrama

� TOPIK 7 GIMRAMA 182

Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang

memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak

7.2.5 Reben

Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu ringan dan ia cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk dibaling. Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman, mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6m tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan reben yang panjangnya 4 hingga 5 m. Reben tersebut disangkut pada bahagian hujung dengan kayu.

Page 9: Topik 7 gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA �

183

Spesifikasi Reben Jadual 7.4 menerangkan spesifikasi reben.

Jadual 7.4: Spesifikasi Reben

Spesifikasi Penerangan

Bahan Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji.

Lebar 4�6 sm

Panjang Jumlah panjang sebenar ialah 7 m, satu meter di lipat pada hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 sm

Berat 35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya)

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

Rajah 7.9: Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau

sutera

Page 10: Topik 7 gimrama

� TOPIK 7 GIMRAMA 184

Spesifikasi Kayu Penyangkut Reben Jadual 7.5 menerangkan spesifikasi kayu penyangkut reben.

Jadual 7.4: Spesifikasi Kayu Penyangkut Reben

Spesifikasi Penerangan

Bahan Kayu, plastik, buluh atau fibre glass. Hujung kayu sepanjang 10 sm maksimum boleh dibalut dengan pita untuk cengkaman yang lebih baik.

Bentuk Bulat atau berbentuk kon.

Garis pusat 1 sm maksimum pada bahagian yang lebar sekali.

Panjang 50�60 sm termasuk cincin penyangkut.

Dawai Penyangkut Panjangnya 7 sm maksimum. Boleh menggunakan benang, dawai atau mata kail.

Rajah 7.10: Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau „fibre glass‰

7.2.6 Pakaian

Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa seluar ketat (tights). Sementara dalam peringkat pertandingan, penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung pada jenis dan taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah atau

Page 11: Topik 7 gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA �

185

kelab, peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola pertandingan boleh membenarkan pakaian baju T dan seluar trek, manakala dalam pertandingan peringkat antarabangsa, hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tights dibenarkan.

Rajah 7.11: Contoh pakaian yang dipakai oleh gimnas

Mengikut undang-undang sukan ini, leotard yang dipakai semasa pertandingan mestilah berpandukan pada beberapa peraturan. Bukaan di bahagian leher depan dan belakang badan tidak boleh terlalu luas sehingga menjolok mata. Garis di punggung juga tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkan bahagian punggung. Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kain leotard boleh terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan perak. Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak dibenarkan. Ramai antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa memakai kasut. Walau bagaimanapun jika gimnas ingin memakai kasut semasa pertandingan, dia boleh memakai kasut yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit atau kain.

Rajah 7.12: Contoh kasut yang dipakai oleh gimnas

Page 12: Topik 7 gimrama

� TOPIK 7 GIMRAMA 186

TEMPAT LATIHAN

Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup (lihat Rajah 7.13). Di bahagian atas hendaklah kosong dan tidak mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk dan struktur lain. Oleh itu, dewan sekolah, panggung, dewan orang ramai atau gudang merupakan tempat yang sesuai. Pada peringkat permulaan, siling yang tinggi tidak diperlukan tetapi apabila gimnas telah berpengalaman, balingan peralatannya akan menjadi lebih tinggi dan ia memerlukan siling yang lebih tinggi.

Rajah 7.13: Dewan yang digunakan latihan dan pertandingan gimrama mestilah

bersesuaian dengan gerakan gimnas

7.3

Page 13: Topik 7 gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA �

187

Selain daripada siling, permukaan lantai perlu dipertimbangkan juga. Permukaan lantai mestilah bersih dan tidak terlalu licin. Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama (lihat Rajah 7.14). Ramai antara gimnas biasanya berlatih di dalam dewan dengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang sukar seperti gulingan. Namun kadangkala, tilam akan menghalang beberapa pergerakan seperti gulingan gelung dan lantunan bola. Luas kawasan bagi pertandingan hendaklah berukuran 12 m � 12 m tetapi untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidak diwajibkan. Gimnas boleh berlatih di mana-mana tempat yang sesuai.

Rajah 7.14: Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk

latihan dan acara gimrama

UNDANG-UNDANG AM

Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan. Biasanya pada peringkat antarabangsa, pertandingan dan acara adalah mengikut peraturan dan undang-undang teknik seperti yang telah ditetapkan dalam Buku Undang-undang (Code of Points) yang disediakan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Buku ini adalah penting dan sangat berguna, bukan sahaja kepada para hakim dan pegawai pertandingan tetapi juga kepada para jurulatih dan gimnas. Dalam buku ini, teknik yang diperuntukan untuk sesuatu latihan serta sistem peruntukan markah diberikan. Setiap empat tahun sekali, buku undang-undang gimrama biasanya dikaji semula dan diubah suai mengikut keperluan. Selain itu, terdapat juga perubahan dan pemindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. Pertandingan Gimrama Sukan Malaysia dan Kejohanan Peringkat Antarabangsa seperti Sukan SEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

7.4

Page 14: Topik 7 gimrama

� TOPIK 7 GIMRAMA 188

Pada amnya, bagi pertandingan yang rasmi atau kejohanan yang mengikuti undang-undang FIG terdapat dua acara pertandingan yang utama:

(a) Acara latihan sukarela yang dipersembahkan oleh seorang gimnas sahaja pada suatu kawasan yang tertentu. Gimnas akan menggunakan satu peralatan untuk setiap latihan atau rutinnya. Acara ini disebut pertandingan individu atau latihan sukarela individu.

(b) Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh sekumpulan gimnas (biasanya enam orang gimnas serentak pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap kumpulan akan menggunakan satu atau dua jenis peralatan yang berlainan bagi setiap latihan. Acara ini disebut pertandingan latihan berpasukan atau latihan berkumpulan.

Latihan Sukarela Individu Terdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu: (a) PPertandingan I � Acara Berpasukan

(i) Setiap pasukan perlu terdiri daripada tiga atau empat orang gimnas.

(ii) Setiap pasukan mesti mempertunjukkan 10 latihan, iaitu dua latihan bagi setiap peralatan. Peralatan yang digunakan ialah tali, bola, gelung, belantan dan reben.

(iii) Setiap gimnas dalam pasukan boleh mempersembahkan satu hingga empat latihan maksimum dengan menggunakan peralatan yang berlainan. Dengan itu, setiap peralatan akan dipersembahkan oleh dua gimnas yang berlainan dalam satu pasukan.

(iv) Dalam menentukan johan pasukan, jumlah mata yang diperoleh daripada semua gimnas akan diambil kira. Pasukan yang mendapat agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan johan (jumlah mata maksimum: 100).

(v) Pertandingan I merupakan pusingan kelayakan untuk masuk ke Pertandingan II dan III.

(b) PPertandingan II � Acara Individu Keseluruhan

(i) Hanya gimnas yang telah mempersembahkan sekurang-kurangnya tiga latihan dalam Pertandingan I akan dipertimbangkan untuk pertandingan ini. Tiga jumlah mata yang terbaik akan diambil kira untuk setiap gimnas.

(ii) Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak bertanding untuk pertandingan individu keseluruhan. Penyertaan ini terhad kepada dua peserta dari setiap pasukan.

Page 15: Topik 7 gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA �

189

(iii) Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti mempertunjukkan empat latihan dengan empat peralatan yang ditetapkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

(iv) Untuk menentukan johan individu keseluruhan, jumlah mata yang diperoleh daripada keempat-empat latihan yang dipertunjukkan akan diambil kira. Peserta yang mendapat mata terbanyak akan menjadi johan individu keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40).

(c) PPertandingan III � Pusingan Akhir untuk Setiap Peralatan

(i) Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap peralatan yang dipertandingkan dalam Pertandingan I layak menyertai Pusingan Akhir untuk setiap peralatan.

(ii) Peserta yang memperoleh mata tertinggi bagi sesuatu acara peralatan akan menjadi johan bagi peralatan berkenaan (jumlah mata maksimum: 10).

PRINSIP-PRINSIP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GIMRAMA

Gimrama ialah pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untuk menghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkoordinasi dan estetik. Pergerakan tersebut dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan, tanpa atau dengan alatan dan secara licin atau berterusan. Gimnastik diajar melalui tujuh jenis pergerakan tubuh badan seperti imbangan, melentik, meringkuk dan melunjur, gerak edar, pusingan badan, lompatan dan ketangkasan. Tujuan pergerakan tersebut ialah untuk meningkatkan kelenturan, ketangkasan, imbangan, kelajuan, koordinasi, kuasa dan kekuatan. Terdapat beberapa pertimbangan penting yang dijadikan sebagai prinsip dalam pengajaran dan pembelajaran gimrama iaitu: (a) PPergerakan Tubuh Badan Penekanan harus diberi terhadap kepentingan menyedari tentang

wujudnya perkaitan antara tubuh badan dengan ruang dan daya semasa melakukan pergerakan. Bahagian-bahagian tubuh badan dan keseluruhan tubuh badan digunakan bagi menghasilkan sesuatu pergerakan dengan menggunakan teknik yang betul. Penekanan juga harus diberikan terhadap penghasilan pergerakan yang cantik.

7.5

Page 16: Topik 7 gimrama

� TOPIK 7 GIMRAMA 190

(b) TTeknik Alatan Penekanan terhadap kemahiran menggunakan alatan. Terdapat pelbagai

alatan yang digunakan dalam gimrama yang berbeza dari segi sifat dan bentuknya seperti:

(i) Alatan bulat dan padu

(ii) Alatan bulat dan leper

(iii) Alatan lembut dan berombak

(iv) Alatan panjang, langsing dan lembut

(v) Alatan keras dan padu Bentuk dan jenis alatan menentukan cara bagaimana untuk

memanipulasinya. Teknik yang betul akan menghasilkan manipulasi alatan yang terkawal.

(c) KKesedaran Hubungan antara Alatan dengan Pergerakan Tubuh Badan Guru harus menggalakkan penggunaan alat dalam lakuan yang

bersesuaian mengikut ritma atau irama. (d) KKesedaran Terhadap Ritma Pelajar perlu peka terhadap pelbagai jenis ritma dan irama. (e) RRangkaian Pergerakan Rangkaian pergerakan harus dilakukan dalam ruang, manakala pergerakan

tubuh badan dan manipulasi alatan harus dilakukan mengikut ritma dan irama. Bagi mereka cipta satu rangkaian pergerakan, rangkaian yang dihasilkan haruslah licin dan berterusan; alatan digunakan dalam pelbagai cara dan disesuaikan dengan pergerakan tubuh badan; pergerakan berkoordinasi dengan alatan dan mengikut perubahan rentak irama; dan perlu menunjukkan variasi masa dan ruang bagi menggambarkan kreativiti pelaku.

(f) KKepentingan Faktor Kecergasan Diri Kemahiran asas gimrama secara tidak langsung dapat membina

ketangkasan, kelenturan, imbangan, koordinasi, kecekapan dan kelajuan. (g) FFahaman Terhadap Pusat Graviti Pusat graviti ada kaitannya dengan kedudukan badan, imbangan dan

putaran. Oleh yang demikian, fahaman terhadap konsep pusat graviti dalam gimrama adalah sangat penting.

Page 17: Topik 7 gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA �

191

� Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik dan telah diiktiraf

sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

� Pergerakan gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan.

� Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah.

� Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri.

� Pertandingan gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963.

� Sementara itu, sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

� Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas.

� Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan.

� Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan ia berukuran sepanjang 3 m dengan ketebalan 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.

� Gelung yang digunakan oleh gimnas dibuat daripada plastik, rotan atau kayu biasa.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk pertandingan gimrama.

2. Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan pertandingan gimrama.

Page 18: Topik 7 gimrama

� TOPIK 7 GIMRAMA 192

� Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan di tepi gimnas.

� Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang dibuat untuk gimrama dan mengikut spesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

� Dalam gimrama, penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak.

� Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera.

� Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas.

� Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights.

� Dalam peringkat pertandingan, penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja.

� Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan.

Belantan

Bola

Gelung

Gelung berpita

Gimnas

Gimnastik berirama moden

Hem atau sintetik

Kayu biasa

Kejohanan Dunia

Nilon yang berat

Pertandingan I

Pertandingan II

Pertandingan III

Plastik

Reben

Rotan

Satin

Sukan Olimpik

Sutera

Tali

Page 19: Topik 7 gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA �

193

Buschner, C. A. (1994). Teaching children movement concepts and skills.

Champaign, IL: Human Kinetics.

Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for todayÊs children (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.

Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher. Champaign, IL: Human Kinetics.

Hopple, C. J. (1995). Teaching for outcomes in elementary physical education: A guide for curriculum and assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran pendidikan jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lo, J. S. (1993). Siri sukan popular fajar bakti gimrama. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.