Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

download Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

of 20

Transcript of Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    1/20

    PENGENALANDalam menganjurkan kejohanan atau apa-apa majlis rasmi, proses pelaksanaanmerupakan kayu pengukur kepada kegagalan dan kejayaan sesuatu kejohanan ataumajlis. Untuk melaksanakan majlis dengan jayanya pengalaman dan pengetahuanperlu digembeling. Semasa mengelola kejohanan, keputusan harus dibuat secaracepat dan kadang-kadang secara spontan. Oleh itu, pihak pengurusan tertinggi perlusekurang-kurangnya mempunyai pengalaman dalam menganjurkan kejohanansebelum dilantik dalam pasukan pengurusan tertinggi kejohanan.

    TToo pp iik k 11 00

    PerananSemasa danSelepasKejohananOlahraga

    HASIL PEMBELAJARANPada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan cara melaksanakan upacara perasmian dan penutupdalam sesuatu kejohanan olahraga;

    2. Menghuraikan peranan yang dimainkan oleh JawatankuasaTeknikal dalam sesuatu kejohanan olahraga;

    3. Menyatakan kepentingan mengadakan post-mortem serta langkahuntuk membuat post-mortem; dan

    4. Menyatakan kepentingan laporan dan subtopik yang perlu adadalam laporan serta jenis-jenis laporan.

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    2/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 221

    PERANAN SEMASA DAN SELEPASKEJOHANAN OLAHRAGASedarkah anda, semasa pengelolaan kejohanan olahraga terdapat dua majlis atauacara yang agak penting iaitu majlis pertandingan dan upacara perasmian danpenutup? Jawatankuasa Teknikal merupakan jawatankuasa yang berkaitandengan teknikal dalam pertandingan dan ia memainkan peranan yang pentingketika pertandingan di padang dan balapan. Segala keputusan berkaitan denganpertandingan menjadi tanggungjawab Pegawai Teknikal.

    Sementara dalam upacara perasmian dan penutup Jawatankuasa Protokol danIstiadat merupakan jawatankuasa yang sibuk di astaka dibantu dengan jawatankuasa lain bagi memastikan perjalanan majlis perasmian dan penutupdilaksanakan mengikut protokol. Selain daripada Jawatankuasa Protokol, Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata serta Jawatankuasa Jamuan juga turutsibuk dalam mengendalikan upacara ini.

    Post-mortem perlu dilaksanakan selepas berakhirnya sesuatu majlis atauupacara. Mesyuarat post-mortem dilakukan bertujuan bagi mendapat input sertamenilai pencapaian ahli jawatankuasa. Biasanya terdapat dua aras mesyuaratpost-mortem iaitu mesyuarat post-mortem bagi Jawatankuasa Kecil danmesyuarat post-mortem bagi Jawatankuasa Induk.

    Dalam mesyuarat post-mortem bagi Jawatankuasa Kecil, perkara utama yangdibincangkan ialah kejayaan dan kelemahan peranan sesuatu Jawatankuasa Kecildalam sesuatu kejohanan. Hasil mesyuarat Jawatankuasa Kecil ini akanmembentuk laporan Jawatankuasa Kecil. Jawatankuasa Induk yang terdiridaripada pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kecil akan menjalankan mesyuaratpost-mortem selepas Jawatankuasa Kecil selesai melaksanakan mesyuarat post-mortem mereka. Dalam mesyuarat post-mortem Jawatankuasa Induk, setiappengerusi Jawatankuasa Kecil akan membentang dan membincangkan laporanpost-mortem. Selain daripada itu mesyuarat ini akan mengkaji faktor kelemahandan kelebihan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Induk.

    Setiausaha bagi Jawatankuasa Induk akan membuat laporan keseluruhantentang mesyuarat post-mortem. Namun begitu terdapat juga jawatankuasayang akan mengeluarkan laporan sendiri berdasarkan peranan yang dimainkan.Contohnya, Pengerusi Teknik biasanya diberi penghormatan dengan jawatankuasanya membuat laporan perjalanan teknikal kejohanan begitu jugadengan Pengerusi Keselamatan. Laporan kewangan sesuatu kejohanan akandikeluarkan oleh Bendahari. Laporan ini akan disimpan dan menjadi bahanrujukan yang penting dalam mengendalikan kejohanan akan datang.

    10.1

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    3/20

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    4/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 223

    Sebagai Jawatankuasa Protokol kita perlu memastikan susun atur kerusi untuktetamu kehormat dilakukan mengikut protokol yang betul. Rajah 10.1 ialahsusunan kerusi mengikut keutamaan dalam satu majlis rasmi.

    Rajah 10 1: Kaedah menyusun kerusi mengikut protokol sambutan

    Jawatankuasa Sambutan yang terlibat dalam acara sambutan perlu merancangmajlis sambutan, dalam menyambut perarakan tetamu kehormat dan jemputankhas. Antara acara sambutan yang biasa terdapat dalam perarakan masuktetamu kehormat dan jemputan khas ialah:

    (a) Paluan kompang

    (b) Menyemat roset

    (c) Iringan bunga manggar

    (d) Pertunjukan kebudayaan

    (e) Sambutan daripada barisan pegawai kejohanan

    Dalam perarakan masuk jemputan perkara utama yang perlu diperhatikan ialahkeadaan keselesaan jemputan. Jarak perarakan yang terlalu jauh akanmenyebabkan jemputan tidak selesa untuk berjalan kaki terlalu jauh. Namun begitu, jarak yang terlalu dekat menyebabkan ruang untuk sambutan terlalusempit yang akan menyebabkan suasana terlalu padat. Jumlah bunga manggarperlulah bersesuaian dengan jumlah tetamu yang hendak diiringi. Pertunjukan budaya bukan sesuatu perkara yang wajib diadakan semasa menyambut tetamu.Pertunjukan budaya sekiranya ingin dilaksanakan perlulah bersesuaian dan

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    5/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA224

    tidak menggunakan masa yang terlalu lama. Barisan staf akademik atau pegawaikejohanan perlulah dipastikan tersusun dan bersedia bagi menyambut tetamukehormat. Pihak jawatankuasa perlu memikirkan pelan luar jangkaan atau

    kontingensi untuk majlis perarakan tetamu kehormat sekiranya keadaan cuacatidak mengizinkan.

    Peserta dan badan beruniform biasanya akan mengambil bahagian dalam majlisperarakan masuk (lihat Rajah 10.2). Papan tanda pasukan beruniform perlulahdiselaraskan agar nampak lebih kemas. Peserta perbarisan, pembawa papantanda dan pembawa bendera dan mereka yang terlibat dalam perbarisanperlulah dilatih cara berjalan dan membuat tabik hormat ketika melalui pentasutama. Peserta perbarisan juga perlu memakai pakaian yang kemas, seragamdan bersesuaian. Penggunaan maskot untuk pasukan yang bertanding biasanya

    dibenarkan tetapi jangan keterlaluan dan membelakangi budaya.

    Rajah 10 2: Pasukan badan beruniform juga terlibat dalam menjayakanperbarisan pada hari kejohanan olahraga

    Biasanya Jawatankuasa Protokol menyediakan teks ucapan perasmian danpenutup. Teks ucapan yang disediakan perlulah ringkas dan berkisar kepadakejohanan olahraga dan perkembangan sukan. Bacaan ikrar biasanya diketuaioleh pelajar atau peserta yang mempunyai disiplin, semangat kesukanan yangtinggi dan pencapaian yang baik. Bacaan ikrar ini perlu dibaca oleh semuapeserta yang mengambil bahagian. Contoh ikrar kejohanan adalah seperti berikut (lihat Rajah 10.3):

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    6/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 225

    Rajah 10 3: Pembacaan ikrar kejohanan merupakan majlis yang pentingdalam sesuatu kejohanan

    Kita perlu menyusun bendera mengikut protokol sebelum acara menaikkan bendera kejohanan atau membawa bendera. Sekiranya majlis kejohanan olahragadianjurkan oleh negeri contohnya kejohanan olahraga antara daerah negeri

    Johor, anjuran Kerajaan Negeri Johor, bendera perlu disusun mengikut Rajah10.4.

    Rajah 10 4: Contoh susunan bendera bagi kejohanan olahragaantara daerah negeri Johor, anjuran Kerajaan negeri Johor

    Protokol sekiranya majlis kejohanan olahraga di peringkat persekutuan dandianjurkan dalam negeri contohnya kejohanan olahraga kebangsaan dianjurkandi negeri Johor. Bendera perlu disusun mengikut Rajah 10.5.

    Rajah 10 5: Contoh susunan bendera bagi kejohanan olahragakebangsaan dianjurkan di negeri Johor

    Kami Berikrar bahawa kami akan mengambilBahagian dalam Kejohanan Olahraga

    Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Muar kali ke-72dengan ikhlas, patuh kepada segala undang-undangnya

    dan akan bertanding dengan penuh semangat kesukananbagi meninggikan nama baik

    Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Muar

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    7/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA226

    Begitu juga jika kita membawa bendera ketika perasmian dan penutupkejohanan kita perlu membawanya mengikut protokol. Sekiranya kita membawa bendera sebaris ke hadapan, bendera yang di hadapan ialah bendera Malaysia

    diikuti bendera negeri dan seterusnya bendera kejohanan (lihat Rajah 10.6).

    Rajah 10 6: Contoh bendera dibawa sebaris ke hadapan. Bendera yang di hadapan ialah bendera Malaysia diikuti bendera negeri dan seterusnya bendera kejohanan

    Sekiranya kita membawa bendera sederet ke hadapan, bendera Malaysiadiletakkan di tengah, diapit sebelah kiri dengan bendera negeri dan sebelahkanannya bendera kejohanan (lihat Rajah 10.7).

    Rajah 10 7: Contoh bendera dibawa sederet ke hadapan. Bendera Malaysia diletakkan ditengah, diapit sebelah kiri dengan bendera negeri dan sebelah kanannya bendera kejohanan

    Sekiranya bendera dibawa secara terbentang, bahagian kepala benderahendaklah dibawa mendahului perarakan. Upacara menaikkan bendera danmenurunkan bendera perlu dilakukan dengan penuh istiadat. Upacara inimenjadi perhatian dan fokus utama ketika upacara perasmian atau penutup.

    Bagi mengelakkan kesilapan dalam upacara yang menjadi tumpuan ini, biasanyalatihan untuk menaikkan bendera dan menurunkan bendera kerap dilakukansebelum kejohanan dan seorang pegawai protokol khas akan diberitanggungjawab untuk melatih acara ini.

    Dalam upacara perasmian biasanya tetamu kehormat akan turun berjumpadengan pegawai dan peserta pasukan yang bertanding (lihat Rajah 10.8). Olehitu, pengelola pertandingan sepatutnya menyediakan cenderamata kepadapengurus-pengurus pasukan. Cenderamata juga biasanya disediakan untuktetamu kehormat yang merasmikan kejohanan olahraga.

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    8/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 227

    Rajah 10 8 : Semasa upacara perasmian biasanya tetamu kehormat akan turun berjumpa dengan pegawai atau peserta pasukan yang bertanding

    10.2.2 Perjalanan Acara yang Dipertandingkan

    Mengelola kejohanan olahraga bukan sesuatu yang mudah berbanding denganacara permainan. Kejohanan olahraga mempunyai acara akhir dan pertandinganyang banyak berbanding dengan sukan lain. Contohnya dalam beberapa harikejohanan olahraga, terdapat hampir seratus acara akhir (tidak termasukpertandingan saringan, suku akhir dan separuh akhir) berbanding denganpermainan lain contohnya permain bola sepak. Dalam beberapa haripertandingan, cuma ada satu perlawanan akhir dan pertandingan yang tidakmencapai angka satu ratus. Oleh itu untuk mengelola kejohanan olahragamemerlukan komitmen yang tinggi dan kerja berpasukan.

    1. Lakarkan susunan atur empat dan lima kerusi mengikutprotokol dan keutamaan tetamu kehormat.

    2. Lakarkan susunan atur bendera mengikut protokol sekiranyamajlis kejohanan olahraga peringkat kebangsaan dianjurkan dinegeri Johor.

    3. Lakarkan susunan atur bendera mengikut protokol ketika kitamembawa bendera sederet ke hadapan.

    SEMAK KENDIRI 10.1

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    9/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA228

    Pegawai yang diperlukan untuk bertugas dalam satu kejohanan olahraga lebihramai berbanding dengan permainan yang lain. Contohnya permainan bolasepak hanya memerlukan empat orang pegawai pertandingan dalam permainan

    yang memakan masa 90 minit. Oleh kerana itu, pengelola kejohanan olahragaperlu memandang serius keperluan pegawai.

    Satu Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian diwujudkan bagi menjaga kehadirandan kebajikan pegawai. Kehadiran pegawai yang bertugas dalam satu acaraamat perlu diberi perhatian. Seorang pegawai seharusnya hadir 20 minit sebelumacara bermula. Sekiranya pegawai tidak hadir, Jawatankuasa Kepegawaian perlumenghubungi pegawai tersebut untuk mengetahui masalahnya. AndainyaPegawai Teknikal tidak dapat hadir disebabkan masalah tertentu, pegawaipengganti akan dicari. Oleh itu nombor telefon bimbit dan telefon rumah setiap

    pegawai kejohanan olahraga perlu disimpan oleh Jawatankuasa TeknikalKepegawaian. Jawatankuasa ini juga mesti menyediakan dan mempunyaisenarai pegawai simpanan yang boleh dipanggil bertugas sekiranya terdapatkekurangan pegawai disebabkan masalah tertentu. Pegawai simpanan ini biasanya terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil dan Induk atau guru-guru bertugas di sekitar.

    Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian bertindak menjaga kebajikan pegawai yang bertugas. Jawatankuasa tersebut perlu menyediakan makanan dan minumanpegawai yang bertugas di sepanjang hari kejohanan. Bagi pegawai yang tinggal diluar dan memerlukan tempat penginapan, Jawatankuasa Teknikal Kepegawaiandikehendaki menyediakan tempat penginapan. Lokasi tempat penginapan yangdisediakan perlulah berhampiran dengan tempat pertandingan. Terdapat jugapegawai yang tidak mempunyai pengangkutan atau memerlukan pengangkutan.Dalam keadaan ini, Ahli Jawatankuasa Pengangkutan akan menyediakanperkhidmatan pengangkutan bagi melicinkan lagi perjalanan pegawai yang bertugas dan bagi memastikan pegawai kejohanan tiba tepat pada masanya.Pegawai yang bertugas juga hendaklah diberi jadual bertugas yang lengkap ketikamendaftar diri.

    Ketua Hakim akan mengadakan taklimat kepada hakim-hakim kejohanan. Olehitu Ahli Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian akan menyediakan tempat khassekiranya berkemampuan untuk mengadakan taklimat ini. Untuk melicinkanperjalanan kejohanan, borang-borang teknikal yang kemas dan mempunyaimaklumat yang lengkap perlulah disediakan oleh Jawatankuasa Teknik danPertandingan yang dibantu oleh Jawatankuasa Pendaftaran. Bagi menambahkeselesaan pegawai bertugas, Jawatankuasa Teknik dan Peralatan dikehendakimenyediakan payung-payung besar serta meja yang mencukupi di beberapatempat yang sesuai. Topi dan alat tulis juga perlu disediakan oleh JawatankuasaTeknik dan Peralatan kepada pegawai sekiranya berkemampuan.

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    10/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 229

    Kehadiran peserta dari pasukan yang bertanding pada masa yang tepat juga perludiberi perhatian bagi menjaga imej kejohanan. Peringatan perlu diberikan kepadapengurus-pengurus pasukan ketika taklimat Pengurus-pengurus Pasukan. Pengurus-

    pengurus pasukan perlu diberi jadual yang lengkap dengan masa ketika taklimat ini.Para pengurus pasukan hendaklah diberitahu dengan segera sekiranya terdapatsebarang perubahan dalam jadual. Jika pihak penganjur diberi kuasa untukmenetapkan penginapan peserta pertandingan, pihak penganjur melalui Jawatankuasa Penginapan perlu menyediakan penginapan yang berdekatan dengangelanggang kejohanan untuk mengelakkan masalah pengangkutan para peserta.Nombor telefon bimbit pengurus-pengurus pasukan perlulah disimpan oleh urussetia bagi memudahkan perhubungan antara mereka. Sistem panggilan yangmenggunakan papan elektronik dan pengumuman suara yang efektif perludigunakan bagi mengelakkan situasi ketinggalan maklumat dalam kalangan

    pengurus pasukan. Masa bagi acara yang diperuntukkan dalam jadual atur caraperlulah dipatuhi bagi mengelak sebarang kekeliruan terjadi.

    Pihak urus setia teknikal gelanggang dan padang juga perlu bijak menyusunkawasan gelanggang pertandingan supaya penggunaan gelanggang dan padangdapat digunakan secara optima. Dalam menyusun gelanggang pertandingan,faktor utama yang harus difikirkan ialah faktor keselamatan. Rajah 10.9menunjukkan contoh bentuk penyusunan gelanggang dan padang yang selaludigunakan bagi trek 400 meter.

    Rajah 10 9 : Contoh susunan gelanggang pertandingan dalam trek 400 meter

    Petunjuk:1. Permulaan acara 110 meter lari berpagar

    2. Permulaan acara 100 meter3. Permulaan acara 200 meter4. Permulaan acara 400 meter5. Permulaan acara 800 meter6. Permulaan acara 1500 meter7. Permulaan acara 3000 meter8. Permulaan acara 5000 meter

    9. Permulaan acara 10000 meter10. Gelanggang lompat bergalah11. Gelanggang lontar tukul besi12. Gelanggang lontar cakera13. Gelanggang lontar peluru14. Gelanggang lompat tinggi15. Gelanggang lontar lembing16. Gelanggang lompat kijang dan jauh

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    11/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA230

    Kawasan gelanggang adalah kawasan larangan untuk dimasuki oleh semuaindividu kecuali sekiranya ada urusan. Dalam apa keadaan sekalipun sekiranyapeserta bergerak di kawasan gelanggang sama ada untuk ke tempat

    pertandingan, balik dari tempat pertandingan, ke tempat penerimaan hadiah dan balik mestilah diiringi oleh pembantu marsyal. Dalam erti kata lain pesertaadalah dilarang sama sekali masuk ke dalam gelanggang tanpa kebenaranmarsyal. Tindakan boleh diambil kepada peserta yang mengingkari arahan.Pegawai yang tidak bertugas juga dilarang memasuki ke gelanggangpertandingan. Pegawai yang bertugas dan peserta perlu memasuki gelanggangpertandingan dengan berbaris dan teratur.

    Keselamatan di kawasan balingan dan lontaran yang berisiko tinggi sepertidalam kawasan lontar lembing, lontar peluru dan tukul besi perlu diperketatkan

    bagi mengelak kecederaan yang serius. Pembantu padang perlulah dilatih dansentiasa mempraktikkan cara membawa alatan pertandingan dengan betul bagimengelak risiko kecederaan. Dalam keadaan tertentu seperti keadaan cuaca yangtidak mengizinkan pihak pengurusan boleh berbincang dengan semua penguruspasukan untuk meminda jadual kejohanan.

    Peralatan adalah perkara yang penting selain daripada faktor pegawai bagimemastikan kejohanan olahraga berjalan dengan licin. Peralatan yang tidak berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kecederaan atau kegagalan pesertauntuk mencapai tahap maksima. Sebelum memulakan pertandingan adalahmenjadi tanggungjawab Pegawai Teknikal untuk memeriksa alat yang bolehdigunakan. Hakim dan Ketua Hakim juga boleh membantu Pegawai Teknikuntuk memeriksa alatan.

    Alatan yang digunakan dalam setiap kejohanan mungkin berbeza, oleh itu carapenggunaannya juga berbeza. Oleh yang demikian, Pegawai Pertandingan perludiberi latihan berkaitan dengan prosedur menggunakan alatan oleh PegawaiTeknikal sebelum bertugas. Kerosakan alatan memang kadang-kadang tidakdapat dijangkakan. Oleh itu, pihak penganjur perlu menyediakan alatan gantian bagi menggantikan alatan yang rosak atau tidak boleh berfungsi dengan baik.Langkah ini bagi mengelakkan sesuatu acara terpaksa ditangguhkan akibatkegagalan alatan berfungsi.

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    12/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 231

    Rajah 10 10: Penerima hadiah harus mematuhi etika berpakaian

    Dalam penyampaian hadiah adakalanya pakaian yang dipakai oleh penerimahadiah tidak sesuai. Contohnya, memakai selipar ketika menerima hadiah.Masalah ini walaupun nampak kecil tetapi boleh menyebabkan imej pengelolatercemar. Pengelola peserta perlu memastikan peserta yang menerima hadiah berdisiplin dari segi pakaian (lihat Rajah 10.10). Pengurus Pasukan juga perludiingatkan tentang disiplin yang patut dipatuhi ketika menerima hadiah.Terdapat juga keadaan proses penyampaian hadiah tertangguh keranakegagalan Pengurus Pasukan menghantar peserta yang terlibat atau wakilnyauntuk menerima hadiah. Kegagalan ini akan mengganggu urusan penyampaianhadiah dan boleh mengganggu masa atur cara. Pengurus pasukan harusdiingatkan tentang kecuaian ini yang akan menyebabkan banyak sistemterganggu.

    Juru acara perlu bijak memilih masa untuk membuat pengumuman.Pengumuman yang banyak akan membosankan penonton dan pengumumanyang kurang pula akan menjadikan kejohanan kurang meriah. Antara masapengumuman yang harus dibuat ialah:

    (a) Permulaan acara utama atau akhir;

    (b) Percubaan untuk memecah rekod, contohnya dalam acara lompat tinggi;

    (c) Rekod yang dipecahkan, contohnya dalam acara balingan; dan

    (d) Kehadiran tetamu kehormat atau jemputan.

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    13/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA232

    SELEPAS KEJOHANANPenutup kejohanan bukan bererti akhirnya kerja bagi semua jawatankuasa.Masih banyak lagi perkara yang harus dilakukan oleh ahli jawatankuasa selepaskejohanan olahraga selesai. Urusan mengemas balik gelanggang kepadakedudukan asal bukan suatu perkara yang mudah. Jawatankuasa Kebersihanperlu bertungkus lumus membersihkan gelanggang agar ia berada dalamkeadaan yang bersih dan berfungsi seperti kedudukan asal. JawatankuasaTeknikal pula bertanggungjawab menyediakan laporan teknikal iaitu keputusankeseluruhan kejohanan dan statistik pertandingan kepada pengurus-penguruspasukan yang terbabit.

    Jawatankuasa Alatan perlu bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengangkutandan pasukan sukarela untuk memulangkan semula alatan yang dipinjamkan.Alatan yang diambil dari tempat tertentu perlu dipulangkan ke tempat asalnya

    selepas berakhirnya kejohanan. Jawatankuasa ini juga perlu memastikan barangyang diterima, dipulangkan dalam kuantiti yang mencukupi dan dalam keadaanyang baik.

    Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata pula perlu memastikan hadiah, sijil dancenderamata telah disampaikan kepada peserta-peserta dan pegawai yangterlibat. Jawatankuasa ini juga perlu menyimpan rekod simpanan piala pusingan bagi memudahkan proses mengesan piala pusingan untuk kejohanan akandatang. Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian dan jawatankuasa yang berkenaanperlu memastikan semua surat penghargaan diedarkan kepada mereka yang

    memberi sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan olahraga.

    Pihak Bendahari dan Jawatankuasa Kewangan perlu memastikan semua bil atauperbelanjaan bagi kejohanan ini dibayar bagi memudahkan proses membuatpenyata kewangan. Sementara Setiausaha Jawatankuasa Induk dan Setiausaha Jawatankuasa Kecil perlu merangka tarikh, masa dan tempat untuk membuatpost-mortem.

    10.3

    Perkara yang paling utama yang perlu diketahui oleh JawatankuasaPerasmian dan Penutup ialah jumlah tetamu kehormat dan jemputankhas yang akan hadir. Mengapakah perkara itu sangat penting?

    SEMAK KENDIRI 10.2

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    14/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 233

    10.3.1 Mesyuarat Post-Mortem

    Mesyuarat post-mortem didefinisikan sebagai satu mesyuarat yang dilakukan

    selepas sesuatu aktiviti (kejohanan olahraga) bagi mengenal pasti masalah,kelemahan dan kekuatan yang timbul di sepanjang kejohanan ini berlangsung.

    Tujuan mesyuarat post-mortem adalah untuk:

    (a) Membentang dapatan dan permasalahan dari unit-unit yang bertugassebelum, semasa dan selepas kejohanan;

    (b) Mengenal pasti kekuatan majlis yang boleh dijadikan pertunjuk pada masaakan datang;

    (c) Mengenal pasti kelemahan majlis yang boleh dijadikan sempadan padamasa akan datang;

    (d) Membincang langkah-langkah untuk mengatasi masalah;

    (e) Membincangkan prestasi atlet sepanjang kejohanan; dan

    (f) Cadangan penambahbaikan dalam kejohanan yang akan datang.

    Secara keseluruhan kita terpaksa melalui dua peringkat mesyuarat post-mortem iaitu peringkat Jawatankuasa Kecil dan peringkat ahli Jawatankuasa Induk.Mesyuarat post-mortem peringkat Jawatankuasa Kecil perlu kita lakukansebelum mesyuarat post-mortem ahli Jawatankuasa Induk Program. Mesyuaratpost-mortem ini perlu dilakukan dengan segera selepas sesuatu programdilaksanakan bagi mengelak kehilangan atau kecairan maklumat.

    Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat post-mortem iaitu diperingkat Jawatankuasa Kecil ialah perjalanan program serta tugas dantanggungjawab jawatankuasa dalam melaksanakan program. Dalam mesyuaratini biasanya kita lebih menumpukan kepada pelaksanaan aktiviti, masalah yangdihadapi, cara penyelesaian masalah, pendapat peserta sama ada bertulis atausecara lisan dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan aktiviti yangdijalankan. Di akhir mesyuarat, setiap Jawatankuasa Kecil diminta menyediakanlaporan jawatankuasa secara bertulis yang mengandungi keputusan dancadangan mesyuarat post- mortem.

    Keputusan mesyuarat post-mortem iaitu di peringkat Jawatankuasa Kecil perludisediakan secara laporan bertulis dan perlu dibentangkan dalam mesyuarat ahli Jawatankuasa Program. Mesyuarat Jawatankuasa Program akanmembincangkan keputusan mesyuarat post-mortem di peringkat JawatankuasaKecil dan laporan Jawatankuasa Kecil. Laporan ini dibincangkan dengan teliti bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit dan memberi cadangan bagi

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    15/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA234

    penambahbaikan aktiviti program yang akan datang. Setiausaha perlumencatatkan pandangan, kritikan, cadangan dan sebagainya daripada jawatankuasa yang hadir serta menyediakan laporan keseluruhan. Tujuan

    mengadakan mesyuarat post-mortem adalah sebagai refleksi kepada kita bagimengatasi masalah yang dihadapi, meneruskan kekuatan yang ada sertamemurnikan aktiviti demi kepentingan bersama.

    10.3.2 Menyediakan Laporan

    Setiap Jawatankuasa Kecil perlu menyediakan laporan Jawatankuasa Kecil.Laporan ini amat penting sebagai bahan rujukan untuk kejohanan yang akandatang. Biasanya laporan setiap Jawatankuasa Kecil akan disunting olehsetiausaha dan dimasukkan ke dalam laporan keseluruhan. Namun sekiranyaperlu atau ada kepentingan, terdapat beberapa laporan yang akan diterbitkanoleh Jawatankuasa Kecil itu sendiri sebagai contohnya laporan aktiviti yangdibuat oleh Jawatankuasa Teknik dan juga laporan keselamatan oleh Jawatankuasa Keselamatan.

    (a) Laporan Teknik Jawatankuasa Teknikal bertanggungjawab menyediakan laporan teknikal. Jawatankuasa Teknikal merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawabsepenuhnya terhadap keseluruhan sistem pertandingan dan acarakejohanan olahraga. Dalam kejohanan olahraga, laporan teknik merupakanlaporan yang ditunggu kerana laporan teknik merupakan laporan yangdapat menggambarkan secara keseluruhan keupayaan dari sistempertandingan dan acara dalam kejohanan olahraga. Laporan teknikal jugamerupakan rujukan utama kepada Jawatankuasa Teknikal bagi kejohananolahraga yang akan datang. Kandungan laporan teknikal keseluruhanterdiri daripada:

    (i) Pandangan dan komen terhadap pengelolaan pertandingan

    Keupayaan gelanggang;

    Keupayaan alatan;

    Keupayaan pegawai (nama pegawai dan jawatan); dan

    Keputusan juri dan bantahan.

    (ii) Bilangan penyertaan

    (iii) Keputusan keseluruhan kejohanan rekod-rekod baru dan statistikpertandingan

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    16/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 235

    (b) Laporan AktivitiSelain daripada laporan mesyuarat post-mortem, setiap jawatankuasa kecil juga perlu menyediakan laporan aktiviti yang menggabungkan hasil

    laporan bertulis jawatankuasa kecil dan pemerhatian pengerusi dan ahli jawatankuasa lain. Laporan aktiviti dibina bagi melihat kekuatan dankelemahan aktiviti yang melibatkan sesuatu jawatankuasa. Laporan aktivititurut mengandungi laporan tentang aktiviti yang dapat dijalankan dengan baik, gagal dan tidak dapat dilaksanakan. Dengan kata lain, laporan aktivitiakan mendedahkan kekuatan dan kelemahan peranan yang dimainkanoleh sesuatu jawatankuasa dalam mengendalikan tanggungjawab.

    Laporan aktiviti juga menyediakan cadangan-cadangan bagipenambahbaikan peranan jawatankuasa yang berperanan pada kejohanan

    olahraga pada masa hadapan. Laporan aktiviti digunakan untuk menilaidan memberi cadangan untuk menambah jumlah jawatankuasa ataupelantikan jawatankuasa baru dengan jawatankuasa yang tidak berkesan.

    (c) Laporan KewanganLaporan kewangan akan dibina dan disediakan oleh Bendahari programyang bertanggungjawab secara keseluruhan tentang kewangan program.Laporan kewangan adalah laporan yang merekodkan segala sumberpendapatan dan perbelanjaan sebelum, sewaktu dan selepas program.Laporan kewangan biasanya disediakan dalam bentuk penyata kewangan.Penyata kewangan merupakan penyata pendapatan dan penyataperbelanjaan dalam satu tempoh. Sebelum mengemukakan laporankewangan pegawai yang terlibat dalam perbelanjaan perlulahmenyelesaikan atau mengutip tanggungan kewangan supaya penyatakewangan ini akan dapat ditutup dengan sempurna. Antara perkara yangterdapat dalam laporan kewangan ialah (rujuk Rajah 10.4):

    Rajah 10 11 : Perkara yang terdapat dalam laporan kewangan

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    17/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA236

    (d) Laporan Keselamatan Laporan keselamatan dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Disiplin danKeselamatan. Laporan ini kita bina berdasarkan hasil daripada mesyuarat

    post-mortem peringkat Jawatankuasa Kecil Disiplin dan Keselamatan sertalaporan jawatankuasa kecil lain. Laporan keselamatan adalah laporan yangdisediakan bagi mengkaji dan menilai faktor keselamatan secarakeseluruhan. Laporan keselamatan terhadap satu kes yang memerlukanperincian juga perlu dibuat. Sebagai contoh, terdapat kemalangan yang berlaku ketika aktiviti sedang dijalankan. Laporan ini akan membolehkankita mengenal pasti punca berlaku kemalangan serta faktor pencegahanyang patut diambil.

    Menyediakan Laporan Keseluruhan

    Setiausaha akan membuat laporan keseluruhan aktiviti yang telahdilaksanakan berdasarkan mesyuarat post-mortem dan laporan aktiviti darisetiap Jawatankuasa Kecil. Antara perkara yang perlu dimasukkan kedalam laporan keseluruhan ialah:

    (a) Pendahuluan

    (b) Tarikh dan Masa

    (c) Tempat

    (d) Senarai Jawatankuasa Perancang

    (e) Senarai Pegawai(f) Bilangan dan nama peserta

    (g) VIP yang hadir

    (h) VVIP yang merasmikan program

    (i) Senarai Jawatankuasa Pelaksana

    (j) Laporan aktiviti

    (k) Laporan kewangan

    (l) Laporan keselamatan(m) Laporan Jawatankuasa Kecil

    (n) Penilaian keseluruhan

    (o) Masalah yang timbul

    (p) Cadangan Penambahbaikan

    (q) Penutup

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    18/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 237

    Kadang-kadang semasa mengelola kejohanan olahraga pihak pengurusan

    harus membuat keputusan dengan cepat.

    Pihak pengurusan tertinggi sesuatu kejohanan olahraga perlulah sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman dalam menganjurkan kejohanansebelum dilantik dalam pasukan pengurusan tertinggi kejohanan.

    Terdapat dua majlis atau acara yang agak penting iaitu pertandingan danupacara perasmian dan penutup dalam sesuatu kejohanan olahraga yangdianjurkan.

    Jawatankuasa Teknikal merupakan jawatankuasa yang berkaitan denganteknikal dalam pertandingan.

    Post-mortem perlu dilaksanakan selepas berakhirnya sesuatu majlis atauupacara.

    Mesyuarat post-mortem adalah bertujuan bagi mendapat input serta menilaipencapaian ahli jawatankuasa.

    1. Tuliskan nota ringkas berkaitan dengan langkah yang perludiambil dalam mesyuarat post-mortem .

    2. Terdapat dua peringkat mesyuarat post-mortem, nyatakanperingkat mesyuarat post-mortem tersebut.

    3. Penutup kejohanan bukan pengakhir kerja bagi jawatankuasa,huraikan kerja yang harus dilakukan oleh Jawatankuasa Kecilselepas majlis penutup.

    4. Huraikan tujuan mesyuarat post-mortem diadakan.5. Nyatakan jenis-jenis laporan yang ditulis selepas sesuatu

    kejohanan olahraga berakhir.

    SEMAK KENDIRI 10.3

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    19/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA238

    Biasanya terdapat dua aras mesyuarat post-mortem iaitu mesyuarat post-mortem bagi Jawatankuasa Kecil dan mesyuarat post-mortem bagi Jawatankuasa Induk.

    Dalam post-mortem mesyuarat Jawatankuasa Kecil perkara utama yangdibincangkan ialah kejayaan dan kelemahan peranan sesuatu JawatankuasaKecil.

    Dalam mesyuarat post-mortem Jawatankuasa Induk, setiap pengerusi Jawatankuasa Kecil akan membentangkan dan membincangkan laporanpost-mortem.

    Mesyuarat bertujuan untuk mengkaji faktor kelemahan dan kelebihanperanan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Induk.

    Jawatankuasa Atur Cara, Protokol dan Sambutan memainkan perananpenting dan bekerjasama untuk mengawasi perjalanan majlis perasmian danpenutup dari mula hingga akhir.

    Majlis perasmian dan penutup biasanya akan disempurnakan oleh tetamukehormat di samping itu terdapat juga jemputan khas yang turut dijemput.

    Satu Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian diwujudkan bagi menjagakehadiran dan kebajikan pegawai.

    Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan yang dibantu oleh JawatankuasaPendaftaran bertanggungjawab menyediakan borang-borang teknikalkejohanan.

    Pengurus-pengurus pasukan perlu diberi jadual yang lengkap ketikataklimat pengurus-pengurus pasukan.

    Kawasan gelanggang adalah kawasan larangan untuk dimasuki oleh semuaindividu kecuali sekiranya ada urusan.

    Penutup kejohanan bukan berakhirnya kerja bagi semua jawatankuasa,masih banyak lagi perkara yang harus dilakukan oleh ahli jawatankuasaselepas kejohanan olahraga selesai.

    Jawatankuasa Kebersihan perlu bertungkus lumus membersihkangelanggang sehingga ia berada dalam keadaan yang bersih dan berfungsiseperti kedudukan asal.

  • 8/12/2019 Topik 10 Peranan Semasa Dan Selepas Kejohanan Olahraga

    20/20

    TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 239

    Jawatankuasa Teknikal pula bertanggungjawab menyediakan laporanteknikal iaitu keputusan keseluruhan kejohanan dan statistik pertandingankepada pengurus-pengurus pasukan yang terbabit.

    Jawatankuasa Alatan perlu bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengangkutandan pasukan sukarela untuk memulangkan semula alatan yang dipinjamkan.

    Ahli Jawatankuasa Induk

    Bacaan ikrar

    Bendera mengikut protokolIringan bunga manggar

    Jawatankuasa Jamuan

    Jawatankuasa Kecil

    Jawatankuasa Protokol

    Laporan post-mortem

    Laporan teknikal

    Maskot

    Ahli Jawatankuasa Induk

    Bacaan ikrar

    Bendera mengikut protokolIringan bunga manggar

    Jawatankuasa Jamuan

    Jawatankuasa Kecil

    Jawatankuasa Protokol

    Laporan post-mortem

    Laporan teknikal

    Maskot

    Bennet, D. (1992). Sports facts athletic sports . London: Franklin Watts.

    Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful track and field . Iowa: William C. Brown.

    Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. (2003). Undang-undang kejohanan

    olahraga 3 .Ten, H. (1996). Manual olahraga . Kuala Lumpur: Junjuara.

    Teng, B. T. (1994). Gerko: Panduan pengajaran olahraga . Shah Alam: Fajar Bakti.

    Wee, E. H. (2002). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian dankejurulatihan . Shah Alam: Karisma.