topic10qualitativedataanalysis-120807002843-phpapp02
description
Transcript of topic10qualitativedataanalysis-120807002843-phpapp02
TOPIK 10
Penyelidikan Tindakan:
Analisis Data Kualitatif
ANALISIS KANDUNGAN (CONTENT ANALYSIS) MENGANALISIS DATA KUALITATIF
Data Kualitatif
Analisis kandungan Mengkategorikan data Mengekodkan data Menyusun data dalam grid analisis Mengenal pasti tema / corak dan
makna Menentukan aktiviti kajian susulan
ANALISIS KANDUNGAN
Kebiasaannya tetapi tidak semestinya, diguna untuk menganalisis kandungan bertulis sesebuah komunikasi (temu bual)
Satu teknik yang membolehkan penyelidik untuk mengkaji tingkah laku manusia dengan cara tidak langsung ialah melalui analisis komunikasi mereka
Aplikasi
Analisis kandungan boleh digunakan untuk :
• menghuraikan trend dalam persekolahan dari masa ke masa
• menunjukkan bagaimana sekolah-sekolah yang berbeza mengendalikan kurikulum yang sama
• mendapatkan maklumat bagaimana perasaan guru tentang kerja mereka
• mendapatkan idea bagaimana tanggapan seseorang terhadap sekolah
• Menduga sikap, nilai dan corak budaya di sekolah-sekolah yang berbeza
Mengapa analisis kandungan?• Untuk mendapatkan maklumat deskriptif
mengenai sesuatu topik• Untuk memformulasikan tema (idea utama)
yang membantu untuk menyusun dan memberi makna kepada sejumlah besar maklumat deskriptif
• Untuk mengesahkan penemuan kajian-kajian lain menggunakan metodologi penyelidikan yang berbeza
• Untuk mendapatkan maklumat yang berguna• Untuk menguji hipotesis
Qualitative Process of Data Analysis Penyelidikan kualitatif adalah penyelidikan
tafsiran/interpretif di mana anda membuat penilaian peribadi kepada perihalan yang sesuai dengan situasi atau tema yang menguasai kategori utama maklumat
Interpretasi/Tafsiran anda terhadap sesuatu transkrip mungkin berbeza daripada interpretasi dibuat oleh orang lain kerana anda membawa perspektif anda sendiri dalam tafsiran tersebut
Proses Menganalisis data secara kualititatif
Proses Menganalisis data secara kualititatif
• Induktif – daripada data terperinci kepada kod umum dan tema
• Proses mengumpul & menganalisis data secara berterusan (simultaneous)
• Iterative – kitaran berulang-alik antara pengumpulan data dan analisis
• Data dianalisis dengan membaca beberapa kali untuk memahami dengan mendalam maklumat yang dibekalkan oleh peserta kajian
Mengurus Data
Uruskan sejumlah besar data ke dalam fail atau fail komputer (folder) atau ke dalam kad indeks
Uruskan mengikut jenis : semua temu bual, semua pemerhatian, semua dokumen, gambarfoto, lokasi
Simpan salinan duplikat untuk semua bentuk data
Transkrip Data
Catatan temu bual dan nota lapangan yang ditulis semasa pemerhatian diubah kepada fail komputer untuk analisis
Transkripsi - proses menukarkan rakaman audio atau nota lapangan ke dalam data teks
Menganalisis secara manual atau komputer?
• Analisis secara manual (hand analysis) - penyelidik membaca data, tandakan, bahagikan kepada bahagian/segmen, dan menggunakan kod warna untuk menandakan bahagian teks
• Sesuai apabila :• Melibatkan pangkalan data yang kecil – fail & perenggan dalam teks mudah dikesan • Ada masa untuk melakukan
Menganalisis secara manual atau komputer?
• Digunakan apabila anda :• Menganalisis pangkalan data yang
besar dan perlu untuk menyusun dan menyimpan maklumat yang menyeluruh
• Memerlukan pemeriksaan rapi setiap perkataan dan ayat untuk mendapatkan maksudnya
• Terlatih dTerlatih dalam mengunakan program komputer
• Mempunyai sumber untuk membeli program
• Analisis menggunakan komputer – penyelidik menggunakan program komputer untuk memudahkan proses menyimpan, menganalisis dan menyisihkan data
Meneroka Data
Untuk mendapatkan gambaran umum data (general sense of data)
Menulis memo dalam margin nota lapangan, transkrip atau imej - frasa pendek, idea, konsep atau gerak hati yang berlaku kepada anda
Fikir tentang cara mengurus data Pertimbangkan sama ada anda
perlukan data tambahan
Mengekod Data
ialah proses membahagi dan melabelkan teks bagi membentuk penerangan & tema yang luas dalam data
Proses mengekod – memberi makna kepada data, bahagikan ia kepada teks atau segmen, labelkan segmen dengan kod-kod, periksa kod untuk mengurangkan pertindihan dan pengulangan kod yang sama, dan menggabungkan kod-kod yang wujud menjadi tema
Model Proses Mengekod data
Read through text data
Many pages of text
Divide text into
segments
Many segments of text
Label segment
s with codes
30 – 40 codes
Reduce overlap &
redundancy of codes
Codes reduced to
20
Collapse codes into
themes
Codes reduced to
5 – 7 themes
Tema
Kod serupa diagregatkan bersama-sama untuk membentuk idea yang utama di dalam pangkalan data
Juga dipanggil kategori Membentuk elemen utama/teras dalam
analisis data kualitatif Label biasanya mengandungi tidak lebih
daripada 2-4 perkataan
LANGKAH-LANGKAH DALAM MENGANALISIS KANDUNGAN DIARI/ JURNAL/ NOTA LAPANGAN/
TRANSKRIP TEMU BUAL
1. Membaca teks diari/jurnal/nota lapangan secara berulang kali dengan teliti.
2. Membahagikan teks kepada segmen.3. Melabelkan segmen-segmen dengan
kod tertentu.4. Mengurangkan pertindihan dan
pengulangan kod yang sama.5. Menggabungkan kod-kod yang wujud
menjadi tema.
QUALITATIVE PROCESS OF DATA ANALYSIS
Collects text data such as field notes, transcripts, optically scanned materials
Prepares data for analysis by transcribing interviews or fieldnotes
Reads through the data to obtain a general sense of material
Locates text segments and assigns a code label to them
Codes the text for themes tobe used in the research report
Codes the text for description to be used in the research report
Tutorial 10
Dalam kumpulan, temubual seorang pelajar selama 5 minit tentang ”Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran”. Transkripsikan hasil temubual itu.
Dalam kumpulan, kodkan transkrip temubual anda dan senaraikan kategori aspek utama.
ISL
Melayari internet dan pusat sumber mengenai cara menganalisis data kualitatif dan kuantitatif.
Ringkaskan nota kuliah & bahan rujukan ke dalam peta konsep/pengurusan grafik & simpan dalam portfolio