Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
-
Upload
nurrafiqahkarmila -
Category
Documents
-
view
242 -
download
0
Transcript of Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
1/33
2014
MUHAMMAD AFZHAL BIN ABDUL WAHAB
KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
2/33
Hakcipta 2014,
Kolej Komuniti Paya Besar, Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua hakcipta terpelihara,
kecuali untuk tujuan pendidikan tanpa apa-apa kepentingan perdagangan. Tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada:
Kolej Komuniti Paya Besar
Batu 19, Jalan Maran,
26300 Gambang,Pahang Darul Makmur.
ISBN
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
3/33
2 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
KANDUNGAN M/S
Tips Mudah Untuk Seorang Ketua Pengenalan 1
Bab 1 : Asas Pengurusan
1.1 Apa Itu Ketua? Siapa Pengurus?
2
1.2 Tugas-Tugas Asas Seorang
Pengurus (Ketua).
3
Bab 2 : Perancangan Mengapa Ketua Harus Merancang? 5
2.1 Apakah Perkara Yang Perlu Dirancang? 5
2.2 Langkah-Langkah Dalam Menyediakan Rancangan 6
2.3 Bagaimana Untuk Menjana Idea? 6
2.4 Jenis-Jenis Rancangan 7
Bab 3: Pengorganisasian
3.1 Langkah-Langkah Melakukan
Pengorganisasian
10
Bab 4 :Kepimpinan 13
4.1 A. Jenis-Jenis Kepimpinan 15
4.2 B. Bagaimana Menjadi Pemimpin
Yang Dihormati?
16
4.3 C. Teknik Memotivasikan Pekerja 19
4.3.1 Kenapa Pekerja Perlukan Motivasi? 19
4.3.2 Kaedah Memotivasikan Pekerja 20
4.4 D.Teknik Menangani Konflik Di Tempat Kerja 23
4.5 Tanda-Tanda Awal Konflik
4.5.1 Bagaimanakah Mengatasi Konflik?
24
Bab 5 : Kawalan 27
5.1 Jenis Jenis Kawalan 27
5.2 Langkah-Langkah Membuat Kawalan 28
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
4/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |1
TIPS MUDAH UNTUK SEORANG KETUA : PENGENALAN
Adakah anda seorang pekerja? Adakah jawatan yang anda sandang memerlukan
anda menjadi seorang ketua kepada beberapa orang pekerja lain? Atau pernahkah
anda di lantik secara langsung atau tidak langsung untuk mengetuai unit /
jawatankuasa sementara? Jika jawapannya YA, maka anda adalah seorang KETUA.
Peranan seorang ketua bukan sahaja memimpin anak buah atau pekerja
bawahannya tetapi juga sebagai PENGURUS yang akan menyelaraskan aktiviti-
aktivti di bawah unitnya untuk mencapai matlamat unit tersebut.
Contohnya anda di lantik menjadi Ketua Ahli Jawatankuasa (AJK) Persiapan Tempat
untuk program Rumah Terbuka di tempat kerja anda. Jadi tugas anda bukan
sekadar mengetuai anak-anak buah anda untuk menghadiri mesyuarat tetapi juga
mengenalpasti dan menyusun kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk memastikan
urusan persiapan tempat itu berjalan lancar. Bukan setakat itu sahaja, anda juga
perlu membahagikan kerja-kerja tersebut kepada anak-anak buah anda supaya
mereka dapat menjalankan kerja dengan tersusun.
Samada sebagai seorang yang bekerja sendiri atau makan gaji, anda tidak akan
terlepas untuk dilantik untuk mengetuai sesuatu tugasan waima sebagai AJK Sijil
dan Cenderahati sekalipun! Oleh itu tidak kiralah samada besar atau tidak, kekal
atau sementara jawatan anda sebagai KETUA, maka buku ini akan menyediakan
panduan mudah untuk membantu anda mengetahui kemahiran menjadi seorang
ketua.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
5/33
2 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
BAB 1 : ASAS PENGURUSAN
APA ITU KETUA ? SIAPA PENGURUS ?
Ketua adalah orang yang dilantik untuk mengetuai sesebuah kumpulan, jabatan,
mahupun organisasi. Manakala pengurus pula adalah ketua yang akan menyelaras
kerja-kerja di bawah kumpulannya bagi memastikan matlamat atau KPI
kumpulannya tercapai. Ini dipetik oleh Mohd Hizam Hanafiah et al (2003) iaitu
pengurus adalah orang yang bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan
organisasinya. Dalam kata lain Pengurus dan Ketua adalah orang yang SAMA.
Kebanyakan orang akan berkata, saya ni ketua yang kecil sahaja dan sebagainya.
Sebenarnya tidak kira sekecil mana pun jawatan anda, anda tidak terlepas dari
tanggungjawab untuk mempelajari ilmu bagaimana untuk menjadi pengurus atau
ketua yang baik.
Pengurus terbahagi kepada TIGA jenis iaitu Pengurus Atasan, Pengurus
Pertengahan, dan Pengurus Bawahan.
Pengurus Atasanadalah pengurus yang berada di tahap tertinggi carta organisasi
anda. Selalunya mereka yang berjawatan Pengarah, CEO dan sebagainya. Mereka
adalah orang yang menentukan hala tuju dan matlamat organisasi.
Pengurus Pertengahanpula adalah orang yang menjaga jabatan-jabatan tertentu di
dalam organisasi seperti Ketua Jabatan Pentadbiran, Ketua Jabatan Kewangan dan
sebagainya. Di dalam sektor awam mereka selalunya dikenali sebagai Ketua
Jabatan yang akan melaporkan kepada pengurus atasan.
Manakala Pengurus Bawahan pula kebiasaannya dikenali sebagai Pegawai,
Penyelia dan sebagainya. Para pengurus ini akan berada di dalam setiap jabatan di
mana ketuanya adalah Ketua Jabatan (Pengurus Pertengahan). Pengurus bawahan
kebiasaannya akan mengetuai unit-unit kecil di bawah jabatan mereka.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
6/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |3
Jadi apakah jenis pengurus yang anda jawat sekarang?
TUGAS-TUGAS ASAS SEORANG PENGURUS KETUA)
Secara asasnya, setiap ketua atau pengurus akan mempunyai tugas dan peranan
yang sama bergantung kepada saiz beban kerja mereka. Dari saat anda dilantik
sebagai ketua atau pengurus TIDAK KIRA besar atau kecil jawatan tersebut, anda
harus dan wajib melakukan EMPAT tugas menurut Stephen P.Robbins (2000) ini
ialah:
Langkah pertama: MERANCANG
Langkah Kedua: MENGORGANISASI
Langkah Ketiga: MEMIMPIN
Langkah Keempat: MENGAWAL
Bagaimanakah seseorang ketua harus merancang? Merancang atau Perancangan
bermaksud ketua hendaklah menetapkan matlamat atau KPI bagi setiap unit atau
projek yang diketuainya dan membuat keputusan bagaimana untuk mencapai
matlamat tersebut. Contohnya, jika anda menjadi pengurus bawahan iaitu Ketua
AJK Cenderahati, apakah matlamat anda? Semestinya anda mahukan urusan
penyampaian cenderahati berjalan lancar bukan? Maka itu adalah matlamatanda.
Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, sudah pasti akan timbul masalah. Oleh
itu jika terdapat masalah, anda harus belajar untuk membuat keputusanyang baik
supaya majlis tersebut tidak terganggu.
Yang kedua, mengorganisasi. Mengorganisasi bermaksud anda sebagai ketua
haruslah mengenalpasti aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja yang perlu dilakukan dan
mengagihkan kerja-kerja tersebut kepada para pekerja atau anak buah anda.
Berbalik kepada contoh di atas, untuk mencapai matlamat memastikan majlis
penyampaian cenderahati berjalan lancar, anda harus berfikir dan menyenaraikan
kerja-kerja yang perlu dilakukan. Selepas itu anda perlu membahagikan kerja-kerja
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
7/33
4 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
tersebut kepada anak buah anda tidak mampu melakukan kerja itu sendiri. Itulah
pengorganisasian.
Ketiga, jika merancang dan mengorganisasi memerlukan ketua atau pengurus
merancang aktiviti untuk mencapai matlamat, langkah ketiga pula memerlukan ketua
atau pengurus mengerahkan anak buah untuk membuat kerja. Tugasan ini dipanggil
memimpin. Jika pengurus gagal untuk memastikan anak buahnya membuat kerja
dengan berkesan maka matlamat atau KPI pengurus pasti sukar untuk dicapai.
Apakah cara untuk memastikan anak buah kita membuat kerja? Ianya akan
dibincang dalam bab keempat nanti.
Langkah yang terakhir yang perlu dilakukan ialah mengawal. Setelah ketiga-tiga
langkah telah dilaksanakan, maka pengurus hendaklah memastikan kerja yang telah
dilakukan sama seperti yang diinginkan. Dalam erti kata lain mencapai objektifnya.
Jika kerja-kerja yang dilakukan tidak mencapai standard atau tidak memuaskan
maka pengurus mesti mengkaji semula ketiga-tiga langkah diatas dan membuat
semula pembetulan.
Didalam bab seterusnya, anda akan mempelajari secara ringkas apa yang perlu
dilakukan untuk memastikan anda mampu menjalankan keempat-empat langkah
dan tugasan itu dengan baik.
PENGURUSAN
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
8/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |5
BAB 2 : PERANCANGAN
MENGAPA KETUA HARUS MERANCANG?
Seperti yang diceritakan dalam bab sebelum ini, salah satu kemahiran yang
tersangatlah penting dalam memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti di dalam
organisasi atau unit tuan puan adalah dengan merancang. Bak kata orang fikir dulu
b ru bu t.
Kelemahan dalam perancangan akan memberikan masalah besar kepada pengurusatau ketua sehingga boleh menjejaskan kredibilitituan puan sebagai ketua! Kenapa
begitu? Jika perancangan lemah dan tidak rapi, maka akan berlaku masalah seperti
beban kerja tidak sekata dan sebagainya. Ini akan menyebabkan anak buah anda
terbeban dan seterusnya menyalahkan anda.
APAKAH PERKARA YANG PERLU DIRANCANG?
Sekali lagi, fikir dulu baru buat. Mutiara kata ini bermaksud apa sahaja tindakan
yang kita buat kita harus berfikir dulu, rancang dulu sebelum kita bertindak supaya
kita tidak membuat keputusan yang salah.
Selalunya di tempat kerja kita harus merancang dalam situasi berikut:
Jika terdapat masalah yang perlu diselesaikan
Jika diberikan sesuatu tugasan dan projek samada bersifat kekal atau
sementara.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
9/33
6 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
LANGKAH-LANGKAH DALAM MENYEDIAKAN RANCANGAN
1.
Kenalpasti masalah / kehendak tugasan.
2. Tetapkan kriteria-kriteria yang diinginkan berdasarkan masalah/ tugasan dan
susun kriteria itu mengikut keutamaan.
3. Senaraikan idea-idea/ cadangan penyelesaian yang difikirkan sesuai.
4. Analisa setiap satu idea tersebut dan saring idea-idea yang memenuhi kriteria
yang ditetapkan di poin kedua.
5.
Pilih idea-idea tersebut dan masukkan ke dalam perancangan samada jangka
pendek, jangka sederhana atau jangka panjang
6. Laksanakan
BAGAIMANA UNTUK MENJANA IDEA?
Antara dilema seorang ketua adalah mendapatkan idea yang terbaik untuk membuat
rancangan. Jika di lihat pada poin ketiga dalam tajuk Langkah-Langkah Dalam
Menyediakan Rancangan, ianya menyatakan ketua perlu menyenaraikan idea-idea
untuk di saring dan di pilih.
Idea yang dijana haruslah sesuai dan di terima ramai. Antara cara popular yang
boleh digunakan untuk mencari idea ialah:
1.
Idea Persendirian
- Kaedah menjana idea secara individu. Ketua yang menggunakan kaedah ini
menjana idea melalui pengalamannya sendiri atau melalui rujukan buku dan
juga orang yang lebih berpengalaman.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
10/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |7
2. Brainstorming
Merupakan kaedah menjana idea secara berkumpulan. Setiap seorang ahli
kumpulan akan menyenaraikan idea masing-masing dan idea itu tidak boleh
disanggah oleh ahli yang lain. Kesemua idea dikumpulkan dan diserahkan
kepada ketua untuk pertimbangan.
3. Focus Group
- Kaedah ini juga memerlukan kerjasama berkumpulan seperti
Brainstorming. Bezanya ianya diketuai oleh moderator yang akan
mengajak ahli-ahli kumpulan untuk memberikan idea terhadap
permasalahan yang diberi.
Bagi memastikan idea yang dikemukakan adalah idea yang terbaik dan di terima
ramai, kaedah brainstormingdan focus groupdi lihat paling sesuai untuk digunakan
kerana idea itu di jana oleh ramai orang berbanding kaedah idea persendirian.
JENIS-JENIS RANCANGAN
Merujuk kepada poin kelima dalam tajuk Langkah-Langkah Dalam Menyediakan
Rancangansetelah idea di pilih anda haruslah meletakkannya ke dalam rancangan
yang ingin di buat.
Sesebuah rancangan yang baik haruslah mempunyai 3 bahagian / jenis iaitu
rancangan jangka pendek, jangka sederhana dan juga jangka panjang. Mari kita
lihat apa yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga bahagian rancangan tersebut:
a)
Rancangan Jangka Pendek
- Rancangan yang boleh dilaksanakan segera. Bukan rancangan muktamad,
sekadar rancangan sementara sebelum menantikan rancangan jangka
panjang dapat dilaksanakan.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
11/33
8 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
b)
Rancangan Jangka Sederhana
- Rancangan yang juga bersifat segera tetapi mengambil sedikit masa untuk
dilaksanakan. Ianya tidak wajib dilaksanakan dan bergantung kepada
situasi.
c) Rancangan Jangka Panjang
- Rancangan rapi atau menyeluruh untuk menyelesaikan sesuatu masalah
atau untuk mencapai matlamat sesuatu projek. Ianya boleh digunakan untuk
tempoh yang lama. Ketua perlu meletakkan sasaran tentang kualiti, kuantiti,
tempoh masa dan lain-lain. Menurut Mohd. Hizam Hanafiah (2003)
jangkamasa rancangan ini adalah minimum 5 tahun dan ke atas.
Kenapa sesebuah rancangan perlu dibahagikan kepada tiga? Ini kerana bukan
semua perancangan boleh dilaksanakan dengan segera. Ada yang mengambil masa
lama untuk dilaksanakan walaupun sesuatu masalah itu perlu diselesaikan dengan
segera. Contohnya, jika kerajaan ingin mendirikan sebuah sekolah kerana terdapat
10,000 orang pelajar yang tidak bersekolah, adakah pelajar ini perlu tercicir selama
3 tahun lagi sementara menunggu sekolah itu siap? Sudah pastinya keadaan ini
merugikan negara, betul? Sebagai ketua atau pengurus, anda perlu memikirkan
beberapa idea untuk menyelesaikan masalah ini supaya pelajar ini boleh belajar
sementara menunggu sekolah siap. Mungkin dengan cara menyewa rumah kedai.
Konsep sewaan rumah kedai inilah yang dinamakan rancangan jangka pendek.
Oleh itu ketua perlulah memikirkan beberapa idea bersifat jangka pendek dan
jangka panjang bagi menghasilkan perancangan yang komprehensif untuk
memastikan tugasannya berjalan lancar.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
12/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |9
Kajian Kes
Contohnya, katakan anda bekerja di syarikat perkhidmatan penghantaran barang.
Dengan harga minyak yang semakin tinggi sekarang, bos anda meminta anda
menyediakan rancangan untuk tujuan penjimatan. Apa yang harus anda lakukan?
Anda harus mulakan dengan rancangan jangka pendekdahulu. Jadi kemungkinan
rancangan jangka pendek bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera adalah
dengan menjadualkan semula pergerakan kenderaan supaya syarikat dapat
mengurangkan kadar berulang alik ke tempat yang sama. Ini akan menyebabkan
kekerapan pergerakan kenderaan akan berkurangan sekaligus menjimatkan minyak.
Bagaimana pula dengan rancangan jangka sederhana? Berdasarkan situasi yang
sama di atas, selepas anda menjadualkan semula pergerakan kenderaan, pada
masa yang sama anda boleh merancang penyelesaian jangka sederhana dengan
memohon peruntukan untuk membeli alat penjimat minyak dan memasangnya pada
kenderaan. Dengan ini kos bahan api juga akan semakin menurun dengan lebih
ketara. Kenapa ianya di kira sebagai rancangan jangka sederhana? Kerana tindakan
yang perlu di ambil agak mengambil masa kerana hal-hal yang membabitkan
perbelanjaan mungkin memerlukan pertimbangan dari pihak atasan.
Dalam menetapkan titik noktah terhadap rancangan penjimatan ini anda perlu
berfikir secara menyeluruh agar rancangan penjimatan ini dapat menyelesaikan
masalah syarikat sekurang-kurangnya untuk tempoh 2-3 tahun akan datang. Itu
dinamakan Rancangan Jangka Panjang. Contohnya, syarikat mungkin boleh
membeli kenderaan yang menjimatkan minyak atau menggunakan bahan api NGV
pada kenderaan. Hal ini kerana harga bahan api NGV adalah amat murah dan
harganya jarang sekali dinaikkan berbanding harga petrol dan diesel yang selalu
meningkat.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
13/33
10 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
BAB 3: PENGORGANISASIAN
Setelah bersusah payah memerah idea untuk melaksanakan rancangan yang rapi,
anda harus melalui fasa pelaksanaannya. Selepas menyiapkan sesebuah
rancangan, anda perlu melakukan proses pengorganisasian pula sebagai langkah
kedua.
Pengorganisasian memerlukan anda menyenaraikan kerja-kerja yang perlu
dilakukan dan membahagikan kerja-kerja tersebut kepada anak-anak buah anda.
Sama seperti perancangan, penyenaraian aktiviti yang tidak lengkap dan agihan
kerja yang tidak saksama akan menyebabkan beban kerja tidak sekata dan boleh
menyebabkan anak buah anda stress.
LANGKAH-LANGKAH MELAKUKAN PENGORGANISASIAN
Berikut adalah panduan untuk anda sebagai ketua dalam melakukan
pengorganisasian:
1. Mengenalpastikehendak tugasan/ masalah.
2. Kenalpasti aktiviti dan tugas yang perlu dilakukan untuk melaksanakan
rancangan tersebut
3. Mengelaskan aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja mengikut sifat dan fungsi yang
sepadan.
4.
Mengelompokkankelas aktiviti dalam satu unit
5. Mengagihkan kerja tersebut kepada individu atau sekumpulan pekerja
mengikut kemahiran masing-masing.
Berbalik kita kepada kajian kes di hujung bab kedua tadi, katakan anda berada di
fasa untuk melaksanakan rancangan jangka panjang iaitu memasang tangki NGV.
Jadi bagaimanakah anda mahu melakukan pengorganisasian untuk rancangan ini?
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
14/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |11
Lihat kembali lima langkah-langkah pengorganisasian yang telah disebutkan di atas,
langkah pertama adalah memahami apakah kehendak rancangan yang anda telah
gariskan. Dalam rancangan tersebut, anda mahukan pemasangan tangki NGV untuk
tujuan penjimatan optimum. Jadi ini adalah intipati langkah pertama anda.
Langkah kedua, anda perlu senaraikan aktiviti atau kerja-kerja yang perlu di buat
untuk membolehkan pemasangan tangki itu boleh dibuat. Contohnya:
Menilai spesifikasi pemasangan yang ditawarkan oleh syarikat
Membuat bajet kewangan
Mengenalpasti syarikat yang menawarkan perkhidmatan
Mendapatkan sebutharga dari setiap syarikat
Mengadakan mesyuarat pemilihan
Menyediakan laporan penilaian teknikal perkhidmatan setiap syarikat
Menetapkan spesifikasi tangki yang diingini
Menyediakan laporan penilaian kewangan terhadap setiap syarikat
Seterusnya langkah ketiga, anda harus membahagikan atau mengelaskan aktiviti-
aktiviti di atas mengikut fungsi yang sepadan atau sama, seperti berikut:
a) Kerja Teknikal:
Menetapkan spesifikasi tangki yang diingini
Menilai spesifikasi pemasangan yang ditawarkan oleh syarikat
Menyediakan laporan penilaian teknikal perkhidmatan setiap syarikat kepada
ketua
B) Kerja Kewangan
Membuat bajet kewangan
Mengenalpasti syarikat yang menawarkan perkhidmatan
Mendapatkan sebutharga dari setiap syarikat
Menyediakan laporan penilaian kewangan terhadap setiap syarikat
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
15/33
12 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
Selepas membuat pengelasan, untuk langkah keempat anda harus membuat
pengelompokan. Pengelompokan adalah meletakkan kerja-kerja yang dikelaskan ke
dalam satu unit. Melihat kepada dua pengelasan yang dilakukan, maka dua unit
wajar diwujudkanUnit Penilaian Teknikal dan Unit Penilaian Kewangan.
Dengan wujudnya dua unit tersebut maka anda haruslah menyusun unit tersebut di
dalam satu struktur organisasi. Struktur organisasi penting bagi mengenalpasti skop
kerja, person in charge, dan sebagainya yang akan memudahkan pergerakan aktiviti
pekerja. Menurut Ahmad Atory Hussain (2000), struktur organisasi merupakan satu
bingkai susunan dan hubungan yang tahan lasak dan dipatuhi secara formal. Harus
diingatkan anda harus melantik orang yang akan menggerakkan unit-unit tersebut.
Pastikan mereka yang di lantik mempunyai kepakaran dan kemahiran supaya
mereka dapat menyempurnakan tugas dengan baik.
Berikut adalah antara struktur program yang selalu digunapakai
1. Struktur Mudah.
2. Struktur Fungsian.
Struktur Mudah
Struktur Fungsian
KETUA
PEKERJA
PENGARAH
KETUA UNIT
1
KETUA UNIT
2
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
16/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |13
BAB 4 : KEPIMPINAN
Jika anda meneliti semula perbincangan berkenaan perancangan dan juga
pengorganisasian, kedua-dua fasa berkenaan hanya berkisar kepada ketua itu
sendiri tanpa begitu melibatkan orang lain. Jika anda berasa pening atau sukar,
ianya hanya melibatkan anda sendiri, bukan dari orang lain. Namun di peringkat
seterusnya, anda perlukan sekumpulan manusia yang lain kerana anda tidak
mampu menjayakan rancangan anda berseorangan. Untuk itu, anda harus
mempunyai persiapan yang lebih tinggi dari segi mental dan fizikal kerana anda
akan menguruskan sekumpulan manusia yang mempunyai pelbagai kerenah.
Mereka inilah yang akan menentukan jatuh bangun rancangan yang anda gariskan
sebelum ini.
Tugas anak buah adalah mengikut telunjuk ketuanya. Jika ketua gagal dalam
menangani pelbagai ragam anak buah, maka timbullah situasi ketua mengikut
telunjuk anak buah. Pelik bukan? Apa yang akan terjadi kepada organisasi anda jika
perkara itu berlaku? Dalam kekalutan untuk memastikan pekerja-pekerja yang
mempunyai ragam ini melakukan kerja, maka muncullah apa yang dikatakan konsep
KEPIMPINAN.
Kepimpinan bermaksud strategi-strategi yang digunakan oleh pemimpin untuk
mempengaruhi orang lain bagi melakukan perkara yang diingininya. Jesteru itu
terdapat 4 perkara yang perlu dikuasai bagi menjadikan anda seorang pemimpin
yang berkesan kepada pekerja anda. 4 perkara tersebut ialah:
a. Jenis-jenis Kepimpinan.
b. Ciri-ciri Ketua Dihormati dan Berkarisma.
c. Teknik Memotivasikan Pekerja.
d. Teknik Mengendalikan Konflik.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
17/33
14 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
A. JENIS-JENIS KEPIMPINAN
Setiap daripada kita mempunyai gelagat yang berbeza. Begitu juga seorang ketua.
Lain ketua lain pendekatannya dalam memimpin. Terdapat berbagai-bagai gaya
kepimpinan yang ada. KESILAPAN besar yang dilakukan oleh kebanyakan ketua
adalah ketika mereka cenderung untuk menggunakan satu jenis gaya kepimpinan
sahaja dalam semua situasi. Ini kerana terdapat berbagai-bagai jenis situasi yang
berlaku ditempat kerja. Ada ketika anda perlu bersikap mesra, profesional dan
sebagainya. Begitu juga dengan pendekatan kepimpinan. Bayangkan jika anda
menggunakan pendekatan autokratik atau terlalu tegas ketika merancang aktiviti
Hari Keluarga, adakah para pekerja anda akan merasa selesa dan bersemangat
untuk menghadiri program tersebut? Sudah pastinya tidak.
Oleh itu anda sebagai ketua harus mengetahui dan mengenali jenis-jenis atau gaya
kepimpinan yang ada supaya anda dapat menggunakan gaya-gaya yang sesuai
dengan situasi kerja anda. Antaranya gaya yang selalu digunakan ialah:
1. Gaya Kepimpinan Autokratik.
2. Gaya Kepimpinan Demokrasi.
3. Gaya Kepimpinan Laissez-faire.
Gaya Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan autokratik ini membolehkan ketua mempunyai sifat mutlak dalam
membuat keputusan. Penglibatan pekerja dalam membuat keputusan dan kadar
toleransi adalah sangat minimum. Biasanya kepimpinan jenis ini sesuai jika keadaan
kerja memerlukan setiap arahan perlu diikuti sepenuhnya, jika tidak ianya akan
menjejaskan perjalanan organisasi. Selalunya kepimpinan jenis ini digunakan di
dalam keadaan kerja yang memerlukan disiplin yang tinggi dan tahap persediaan
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
18/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |15
yang rapi. Contohnya, bidang ketenteraan, pasukan keselamatan dan bahagian
keselamatan pekerjaan.
Gaya Kepimpinan Demokrasi
Gaya kepimpinan seperti ini adalah antara gaya yang paling banyak digunakan.
Pemimpin atau ketua yang menggunakan corak ini banyak melibatkan anak buah
dalam membuat keputusan di tempat kerja. Kadar toleransi yang ada juga tinggi.
Walaupun ketua perlu bersikap terbuka dalam menerima pelbagai cadangan, namun
keputusan muktamad tetap di tangan ketua. Selalunya gaya ini sesuai dilaksanakan
bagi menggalakkan lagi kreativiti dan inovasi supaya dapat menghasilkan keputusan
terbaik untuk unit atau organisasi anda.
Gaya Kepimpinan
Laissez faire
Gaya kepimpinan ini memberikan kuasa yang luas kepada pekerja bawahan untuk
membuat keputusan penting organisasi. Penglibatan anak buah dan toleransi dalam
pembuatan keputusan amat tinggi. Ketua hanya menjalankan peranan yang
minimum sebagai pemudahcara sahaja. Gaya ini sesuai dalam keadaan kerja yang
kritikal dan pakar bahagian tertentu sahaja yang boleh buat keputusan manakala
kemahiran ketua pula sangat terhad. Contohnya dalam perubatan, pengarah
hospital terpaksa menyerahkan kepada anak buahnya yang pakar dalam penularan
wabak yang jarang ditemui untuk membuat keputusan bagi menanganinya.
Jadi anda harus mengenali jenis-jenis situasi kerja yang ada di tempat kerja anda.
Gunakan gaya yang sesuai dengan setiap situasi tersebut. Adalah bagus untuk
menggunakan satu gaya sahaja namun tidak salah untuk gunakan cara yang
berbeza berdasarkan situasi yang ada jika perlu.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
19/33
16 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
B. BAGAIMANA MENJADI PEMIMPIN YANG DIHORMATI?
Anda telah mengetahui cara pimpinan yang sesuai untuk dipraktikkan mengikut
situasi tertentu. Namun ia masih belum cukup untuk menjadikan diri anda ketua
yang dihormati. Contohnya, dalam isu keselamatan ditempat kerja, anda perlu
mempraktikkan gaya Autokratik supaya semua pekerja akan ambil serius terhadap
soal keselamatan. Namun pendirian yang tidak konsisten kerana ingin memuaskan
hati anak buah yang merungut, akhirnya keselamatan mereka semua terancam.
Adakah anda akan dihormati? Sudah pasti tidak. Oleh itu setiap gaya kepimpinan
yang anda gunakan seharusnya di sokong dengan 6 sifat-sifat dalam diri anda
supaya anda boleh menjadi pemimpin yang bukan sahaja tahu memimpin malah
dihormati oleh pekerja anda.
6 sifat-sifat dalaman tersebut ialah:
Kompetensi
Kebijaksanaan
Konsisten
Berintegriti
Bersifat terbuka
Setia
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
20/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |17
1.
Kompetensi
Kompetensi dikaitkan dengan kemahiran yang berkaitan dengan unit, jabatan atau
organisasi yang anda ketuai. Jika kepakaran yang anda miliki mampu
menyelesaikan masalah anak buah anda sudah pasti anda akan dikagumi oleh
mereka. Lebih banyak kemahiran yang anda ada lebih tinggi penghormatan yang
anda dapat. Kepakaran juga akan membantu membuat keputusan dan perancangan
yang realistik untuk unit anda. contohnya bahagian masakan perlulah diketuai oleh
seorang chef kerana chef adalah pakar dalam bidang masakan.
2. Kebijaksanaan
Kebijaksanaan pula adalah keupayaan anda menyelesaikan sesuatu masalah
dengan betul dan menjadikannya lebih mudah untuk semua. Contohnya pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w, ketua-ketua kabilah berebut-rebut untuk meletakkan
batu Hajaratul Aswad ke tempat asalnya kerana merasakan masing-masing berhak
untuk melakukan tugas tersebut. Oleh itu baginda telah mencadangkan
penyelesaian dengan meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain. Selepas itu
para ketua kabilah pula ditugaskan untuk memegang bucu kain dan mengangkatnya
bersama-sama ke tempat yang sepatutnya. Kebijaksanaan Rasulullah ini telah
menyebabkan baginda di gelar AL AMIN. Setiap masalah mempunyai cabaran yangberbeza, oleh itu keupayaan ketua menyelesaikan masalah anak buah dengabn
bijak akan menyebabkan mereka akan lebih menghormati anda. Kebijaksanaan
biasanya diperolehi melalui pengalaman. Lagi banyak pengalaman lagi tinggi
kebijaksanaan anda.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
21/33
18 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
3. Konsisten
Konsisten bermaksud seorang yang istiqamah atau berpendirian tetap. Jika anda
mempunyai prinsip mementingkan masa, maka anda perlu istiqamah dan konsisten
dengannya. Bersikap istiqamah terhadap perkara yang benar mungkin pada
permulaanya tidak disenangi oleh anak buah. Namun lama-kelamaan setelah
mereka mula melihat kesan positif dari sikap tersebut mereka akan mula
memberikan kepercayaan kepada anda. Manakala pendirian yang berubah-ubah
hanya kerana ingin memuaskan hati anak buah akan menyebabkan masalah baru
timbul kepada mereka pada masa akan datang. Lama-kelamaan keberkesanan
anda sebagai pemimpin tetap akan dipersoalkan oleh mereka.
4.
Berintegriti
Integriti dimaksudkan sebagai amanah dan jujur. Samada di sektor awam atauswasta, sikap jujur dan amanah ini adalah penting kerana manusia hanya akan
menghormati dan mempercayai mereka yang mempunyai sikap ini. Ketua yang
amanah dan jujur akan sentiasa mengelakkan dari melakukan penyelewengan dan
sentiasa mematuhi undang-undang organisasi. Jika peraturan itu dianggap
menyusahkan, anda akan menggunakan platformyang betul untuk mengubahnya.
Tanpa sikap ini, penindasan akan berlaku secara langsung dan tidak langsung
dikalangan pekerja dalam organisasi anda. Bapa borek anak rintik. Begitu juga
dengan ketua dan pengikut. Ketua yang menunjukkan contoh yang baik akan
dihormati dan diikuti oleh pengikutnya.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
22/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |19
5. Bersifat Terbuka
Sama seperti orang lain, ketua adalah manusia yang tidak sempurna. Tidak kira
gaya kepimpinan apa yang dipraktikan, seseorang ketua tidak akan sentiasa betul
dalam pendekatan yang digunakan. Anda perlukan pendapat yang berbeza, kritikan
yang membina dalam membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara. Pendapat
dan kritikan inilah yang akan mendorong seseorang ketua untuk berfikir dari sisi
yang berbeza sekaligus dapat membuat keputusan yang lebih tepat. Selain itu sikap
terbuka dalam berkongsi pendapat dan ilmu juga membantu memberikan nilai
tambah terhadap kepimpinan anda.
6. Setia
Kesetiaan dalam konteks kepimpinan bermaksud di mana kesediaan ketua untuk
melindungi dan menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya. Politik pejabat pasti akan
berlaku di mana-mana tempat kerja. Kesan buruk politik pejabat mampu
membuatkan pekerja berasa di tindas dan sebagainya. Disinilah wujudnya harapan
terhadap ketua untuk melindungi dan mempertahankan pekerjanya dari kesan buruk
politik pejabat. Kegagalannya berbuat demikian akan mengurangkan rasa hormat
mereka terhadap ketua.
C. TEKNIK MEMOTIVASIKAN PEKERJA
Motivasi adalah satu set yang mengandungi cara-cara atau pendekatan tertentu
untuk mendorong seseorang atau sekelompok manusia untuk melakukan sesuatu.
Dalam erti kata lain, motivasi adalah MENDORONG.
KENAPA PEKERJA PERLUKAN MOTIVASI?
Kenapa perlu memotivasi? Ini kerana para pekerja kita mempunyai pelbagai ragam
yang boleh menjejaskan produktiviti kerja yang kita harapkan dari mereka. Oleh itu
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
23/33
20 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
anda perlu menggunakan taktik tertentu untuk mendorong atau memotivasikan
mereka supaya mereka berada di landasan yang betul. Ianya juga akan
meningkatkan keberkesanan kepimpinan anda.
Berikut adalah kepentingan memotivasikan pekerja:
1. Memuaskan hati dan meningkatkan semangat bekerja pekerja.
2. Melancarkan aktiviti pekerjaan.
3. Meningkatkan prestasi unit atau organisasi dalam jangka panjang.
4. Memastikan produktiviti pekerja sentiasa konsisten
KAEDAH MEMOTIVASIKAN PEKERJA
Terdapat banyak teknik yang dicipta oleh tokoh motivasi dunia. Antaranya ialah:
1. Teori Keperluan Maslow.
2. Teori Pengukuhan Gelagat.
Teori Maslow
Pakar motivasi terkenal iaitu Maslow menyarankan agar para pemimpin memenuhi 5
keperluan utama pekerja bagi memastikan mereka sentiasa komited dalam kerja.
Berikut adalah 5 keperluan tersebut mengikut keutamaan:
a. Fisiologi - Anda harus menyediakan keperluan paling asas dalam pekerjaan
iaitu memberikan gaji yang setimpal. Mohd. Hizam Hanafiah, et al(2003). Ini
kerana tujuan utama pekerja adalah untuk mendapatkan gaji bagi
menampung kehidupan. Tanpa gaji setimpal dan tempoh bayaran yang tidak
tetap akan menyebabkan mereka tertekan dan tidak bersemangat untuk
bekerja.
b. Keselamatan - Anda harus menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan
tidak membangkitkan rasa terancam. Fokus pekerja akan meningkat jika
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
24/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |21
mereka tidak berasa terancam dengan faktor sekitar seperti kemungkinan
untuk diberhentikan dan juga tahap keselamatan di tempat kerja.
c. Sosial - Persekitaran sosial yang sihat bermaksud hubungan sihat antara
sesama pekerja ataupun majikan. Suasana mesra, muhibbah dan saling
bekerjasama akan memberikan suasana kerja yang selesa dan bebas
tekanan. Prinsip kerja berpasukan sangat bersesuaian dengan konsep ini.
d. Penghargaan Diri - Ianya berkaitan dengan insentif yang disediakan oleh
pemimpin atau organisasi bagi menghargai sumbangan pekerja. Insentif
berbentuk tunai, anugerah, pakej pelancongan dan sebagainya boleh menjadi
pendorong untuk melakukan kerja yang lebih baik.
e. Kesempurnaan Diri - Ada di antara golongan pekerja yang cenderung untuk
menggalas tanggungjawab yang lebih besar sebagai kepuasan dirinya. Oleh
itu organsasi perlu menyediakan peluang kepada mereka untuk menyumbang
kepada organisasi dengan lebih banyak seperti peluang kenaikan pangkat,
berkongsi pendapat dan sebagainya.
Jika kelima-lima faktor ini dipenuhi dengan baik maka organisasi dan anda sebagai
ketua tidak akan berdepan dengan masalah besar untuk mendapatkan hasil yang
baik dari para pekerja anda.
Teori Pengukuhan Gelagat
Berbanding dengan Maslow, Skinner pula mencipta 4 teknik untuk mendorong atau
memotivasikan pekerja di dalam Teori Pengukuhan Gelagat yang diciptanya. 4
teknik tersebut ialah:
a. Pengukuhan Positif
b. Pembelajaran Pengelakan
c. Hukuman
d. Penghapusan
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
25/33
22 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
a.Pengukuhan Positif - Menurut Skinner, pekerja akan menjadi lebih komited jika
mendapat respon positif dari ketua mereka atas prestasi kerja yang baik. Insentif
iaitu cara kita mengiktiraf dan memberikan ganjaran berdasarkan prestasi kerja
ialah alat berkuasa. Micheal Ramundo , et al(2003). Maklumbalas positif seperti
memberi pujian, penghargaan, kenaikan pangkat, dan sebagainya akan
menyebabkan mereka rasa dihargai dan semangat bekerja akan meningkat.
b.Pembelajaran Pengelakan - Ketua adalah disarankan untuk memberikan kritikan
kepada pekerja yang tidak menunjukkan prestasi yang diinginkan. Menurut kajian
Skinner, kritikan yang diberikan akan membuatkan pekerja lebih berhati-hati
dalam melakukan kerja dan mengurangkan kesilapan.
c.Hukuman - Teknik ketiga ini mencadangkan agar ketua mengenakan hukuman
yang lebih keras jika tingkah laku negatif pekerja berterusan. Contohnya
menurunkan pangkat, pemberhentian kerja, pemotongan gaji, dan sebagainya.
Namun kaedah ini selalunya mengundang kontroversi kerana di lihat terlalu
tegas.
d.Penghapusan Teknik ini pula menyarankan agar ketua membiarkan sahaja
tingkah laku negatif pekerja dan tidak memberikan apa-apa insentif kepada
mereka. Skinner berpendapat lama kelamaan tingkah laku mereka akan lebih
positif selepas menyedari tindak tanduk tersebut tidak memberikan kebaikan
kepada mereka.
Kesimpulannya, Maslow dan Skinner mempunyai pendapat yang berbeza tentang
cara untuk mendorong atau memotivasikan pekerja. Namun begitu anda boleh
menggunakan mana-mana teknik yang dirasakan sesuai dengan persekitaran kerja
anda ataupun anda boleh menggabungkan kedua-dua teknik ini bagi memberikan
hasil yang lebih berkesan.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
26/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |23
D. TEKNIK MENANGANI KONFLIK DI TEMPAT KERJA
Di dalam soal kepimpinan, selain dari mempraktikkan gaya kepimpinan dan
menguasai teknik memotivasikan pekerja, salah satu kemahiran yang penting untuk
dikuasai oleh anda ialah kemahiran mengendalikan konflik. Menurut Stephen P.
Robbins (2000), konflik adalah proses satu pihak merasakan pihak lain telah
menyebabkan kesan kepada sesuatu yang pertama pentingkan atau dengan kata
lain ia bermaksud ketegangan hubungan antara dua atau lebih pihak yang
bertentangan. Konflik adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan oleh mana-mana
organisasi. Pendek kata, ianya adalah lumrah. Kegagalan anda sebagai ketua
dalam mengendalikan konflik akan menyebabkan produktiviti unit / jabatan /
organisasi anda yang diketahui akan terjejas teruk. Keberkesanan kepimpinan anda
juga akan dipersoalkan.
PUNCA BERLAKUNYA KONFLIK
Berikut merupakan punca berlakunya konflik:
a. Pengorganisasian Tidak Dinamik - Struktur organisasi dan agihan kuasa
yang tidak relevan dengan persekitaran kerja boleh menyumbang kepada
konflik hasil daripada bebanan kerja yang tinggi dan tidak setimpal.
b. Perancangan Tidak Komprehensif - Merujuk kepada perancangan yang
kurang teliti dan tidak lengkap sehingga menyebabkan proses kerja akan
sering berubah-ubah. Ketidaktentuan kerja ini akan menyebabkan hubungan
pekerja dan majikan akan terjejas kerana ketidakpuasan hati mereka yang
menerima tempiasnya.
c. Kepimpinan Lemah - Pemimpin yang tidak bijak mengendalikan situasi,
takut berdepan dengan masalah, dan enggan membuat keputusan yang
berat akan menyebabkan sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
27/33
24 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
Semakin lama dibiarkan semakin teruk masalah dan semakin parah konflik
yang akan berlaku.
d. Sukar Menerima Perubahan - Pekerja sudah terbiasa berada dalam zon
selesa dan enggan menerima perubahan yang di buat oleh pengurusan akan
menyebabkan mereka cenderung untuk memberontak dan mengelak dari
melakukan kerja.Ketegangan akan semakin parah apabila hal ini akan
menyusahkan kelompok pekerja lain yang terpaksa menanggung kerja yang
dilepaskan.
e. Tidak Memahami Skop Kerja - Kegagalan pemimpin memastikan pekerjanya
memahami skop kerja akan menyebabkan masalah tuding-menuding berlaku
sesama pekerja tentang sesuatu isu pekerjaan seperti siapa yang
bertanggungjawab dan sebagainya..
f. Budaya Negatif - Selalunya budaya negatif ini telah ada dalam diri pekerja
sejak sebelum memasuki alam pekerjaan atau dipengaruhi oleh rakan
sekerja yang lain. Budaya seperti malas, suka bergosip, lepas tangan,
prasangka, tikam belakang, penting diri dan sebagainya akan mewujudkan
suasana yang tidak harmoni kerana persengketaan yang berlaku.
TANDA-TANDA AWAL KONFLIK
Anda sebagai ketua harus sentiasa peka dengan tanda-tanda konflik yang
berikut. Kegagalan anda mengesannya dengan lebih awal akan menyebabkan
anda perlu memikirkan jalan penyelesaian yang lebih sukar.
a. Nada suara dan gurauan melampau sesama pekerja.
b. Kekerapan tidak hadir yang tinggi.
c. Usaha pemulauan dan sabotaj.
d. Saling menuding jari antara 2 pihak atau lebih.
e. Wujud sikap tidak percaya antara satu sama lain.
f.
Mengelak dari melakukan kerja berkumpulan.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
28/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |25
g. Amalan berpuak-puak.
h. Penindasan terhadap pekerja / rakan sekerja.
BAGAIMANAKAH MENGATASI KONFLIK?
Jika anda dapat mengesan tanda-tanda berikut di dalam organisasi anda, maka
anda harus bertindak sesegera mungkin untuk mengatasinya. Terdapat 2 pilihan
yang ada iaitu:
a. Langkah Mencegah.
b. Langkah Mengatasi.
Langkah Mencegah
Umum menerima bahawa langkah mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Ianya boleh dilakukan sebelum berlakunya konflik:
a. Penerapan budaya positif - tidak menikam belakang, bertanggungjawab,
semangat berpasukan, profesional dan sebagainya.
b. Sikap berterus terang - setiap ahli perlu disemaikan sikap berterus terang dan
memberi kritikan membina supaya masalah tidak diperap terlalu lama.
Teguran dan kritikan boleh dibuat secara peribadi atau berkumpulan.
c. Semai sikap terbuka dalam diri majikan dan pekerja terhadap teguran dan
cadangan yang di buat.
d.
Wujudkan lebih banyak ruang untuk berkongsi cadangan dan idea
e. Konsisten tehadap prosedur/ undang-undang - semua prosedur kerja perlu
dipatuhi bagi meningkatkan rasa bertanggungjawab dan jguga meningkatkan
disiplin pekerja.
f. Mengambil tindakan segera jika terdapat potensi konflik
g. Melayan pekerja dengan adil dan saksama
h.
Mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
29/33
26 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
Langkah Mengatasi
a. Semak semula perancangan awal, pengorganisasian dan pendekatan
kepimpinan - kemungkinan besar masalah dan konflik terjadi kerana
wujudnya masalah dalam ketiga-tiga perkara di atas.
b. Bersemuka - pendekatan ini akan memberikan signal kepada pihak
berkenaan mengenai komitmen pihak pengurusan terhadap keperluan
mewujudkan situasi kerja yang baik. Ini akan memberi pengajaran kepada
pihak lain tentang pentingnya mewujudkan situasi kerja yang lebih harmoni.
c. Kaedah Win Win Situation - kaedah ini merupakan penyelesaian jalan tengah
yang memberikan lebih kepuasan kepada kedua-dua belah pihak. Ini juga
mengelakkan tanggapan bahawa majikan tidak adil.
d. Menyelesaikan masalah mengikut peraturan sedia ada bagi memberikan
mesej jelas kepada pekerja tentang kewujudan peraturan yang perlu mereka
patuhi.
e. Mengadakan program ramah mesra seperti aktiviti pot luck, team buildingdan
program kerohanian.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
30/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |27
BAB 5 : KAWALAN
Mohd Hizam Hanafiah et al (2003) menyatakan kawalan adalah langkah terakhir
dalam pengurusan selepas perancangan, pengorganisasian dan kepimpinan. Tetapi
mengapakah kawalan diperlukan? Kawalan diperlukan untuk memastikan segala
langkah-langkah perancangan, pengorganisasian dan kepimpinan yang dibuat
memberikan hasil yang diharapkan kepada unit atau organisasi anda. Jika kawalan
tidak dilakukan, maka anda tidak akan dapat mengesan sebarang potensi wujudnya
masalah yang akan menjejaskan produktiviti di tempat kerja anda dengan lebih awal.
Langkah kawalan boleh dilakukan dengan pemantauan ataupun pengauditan.
Pemantauan boleh dilakukan dengan menyemak semula prosedur, takwim atau
senarai kerja yang perlu dilakukan oleh pekerja anda. Adakah senarai kerja,
prosedur dan takwim tersebut dipatuhi atau tidak.
JENIS JENIS KAWALAN
Selain dari kawalan dan pemantauan berterusan dari ketua, terdapat 2 kaedah
utama untuk melakukan pemantauan yang dijalankan secara berkala. 2 kaedah
tersebut ialah:
a. Kawalan Dalaman / Audit Dalaman
Kawalan dalaman ini selalunya dilakukan oleh auditor yang terdiri oleh
pekerja dalaman yang dilantik oleh organisasi.Menurut Fred R David, et al.
(2003) pengurus dan wakil pekerja perlu dilibatkan dalam menentukan
kekuatan dan kelemahan sesebuah syarikat.
b. Kawalan Luaran / Audit Luaran
Kawalan ini dilakukan oleh auditor luar yang dilantik oleh organisasi untuk
membentangkan laporan secara telus kepada pihak pengurusan organisasi.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
31/33
28 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KAWALAN:
Kebiasaannya dalam melakukan kaedah kawalan ini, terdapat 6 langkah yang di
ambil:
a. Pihak pengurusan menetapkan KPI bagi setiap skop kerja.
b. Auditor mendapatkan data hasil kerja sebenar seperti laporan dan
sebagainya.
c. Auditor membandingkan KPI dengan hasil kerja sebenar / prestasi.
d. Auditor akan membentangkan hasil audit kepada pihak pengurusan
e.
Pihak pengurusan akan membuat tindakan pembetulan jika prestasi tidak
mencapai KPI yang diperlukan.
f. Ulang semula langkah di (a).
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
32/33
T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A |29
Bibliografi
Ahmad Atory Hussain. (2002). Pengurusan Organisasi. Utusan Publication &
Distributors.Kuala Lumpur.
Fred R. David, et al. (2003). Pengurusan Strategik Konsep dan Kes.Prentice Hall.
Selangor, Malaysia
Micheal Ramundo, et al. (2002). Panduan Berguna Kepada Memotivasi Manusia.
Prentice Hall. Selangor, Malaysia.
Mohd. Hizam Hanafiah, et al. (2003). Pengurusan Organisasi. Edisi Kedua. Mc Graw
Hill. Selangor, Malaysia.
Stephen P. Robbins. (2000). Gelagat Organisasi. Edisi Kelapan. Prentice Hall.
Selangor, Malaysia.
.
-
7/24/2019 Tips Mudah Unutk Menjadi Seorang Ketua
33/33
30 | T I P S M U D A H S E O R A N G K E T U A
Penulis merupakan seorang graduan dari Universiti Utara Malaysia
dan menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Pentadbiran
Perniagaan dengan Kepujian pada tahun 2008. Berkhidmat di
Kolej Komuniti Paya Besar selama 5 tahun dan mula membabitkan
diri dalam pelbagai program. Buku ini di tulis bagi memberikan
kefahaman asas kepada semua peringkat pekerjaan tentang perkara asas dalam
membuat kerja-kerja pengurusan. Ini bagi membolehkan mereka memulakan tugas
dengan langkah yang betul walaupun dengan pengalaman yang terhad. Buku ini
sesuai untuk di baca oleh semua peringkat pekerjaan kerana dengan kandungannya
dipermudahkan agar lebih ringan dan mudah difahami berbanding rujukan
akademik di peringkat universiti.