TIMSS

14
SME 6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK SEMESTER 3 SESI 2013/2014 TUGASAN 2 TIMSS PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA PUTEH AHLI KUMPULAN 1: Nama Nombor Matrik 1. Agnes Teo Moi Moi M20131000372 2.Christina Lee Ling Fang M20131000373 3.Connie Anak Benet M20131000378 4.Ling Ngiik Leh M20131000363

description

Penulisan Ilmiah

Transcript of TIMSS

Page 1: TIMSS

SME 6044

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

SEMESTER 3 SESI 2013/2014

TUGASAN 2

TIMSS

PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA PUTEH

AHLI KUMPULAN 1:

Nama Nombor Matrik

1. Agnes Teo Moi Moi M20131000372

2.Christina Lee Ling Fang M20131000373

3.Connie Anak Benet M20131000378

4.Ling Ngiik Leh M20131000363

Page 2: TIMSS

i

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka surat

Pengenalan 1

Isi

Sistem pendidikan

Murid

Guru

2

6

7

Penutup 11

Rujukan 12

Page 3: TIMSS

1

Pengenalan

TIMSS (The Trends in International Mathematics and Science Study) yang dianjurkan oleh

International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) membekalkan

maklumat yang boleh dipercayai dan terkini tentang pencapaian sains dan matematik murid

Amerika Syarikat berbanding dengan murid negara-negara lain. Data TIMSS diperolehi

daripada murid-murid gred 4 dan 8 sejak 1995 dan diadakan 4 tahun sekali. Dalam TIMSS 2011,

lebih daripada 60 negara telah mengambil tempat dan melibatkan lebih daripada 500,000 murid

di seluruh dunia.

Di Malaysia, murid-murid Tingkatan 2 (gred 8) di 150 buah sekolah yang dipilih secara

rawak telah menduduki ujian TIMSS sejak dari 1999 hingga 2011. Carta 1 di bawah

menerangkan skor Malaysia yang diperolehi. Skor purata TIMSS adalah 500.

Carta 1

Carta 1 menunjukkan skor Malaysia semakin menurun dan kurang daripada skor purata TIMSS.

Kedudukan Malaysia berdasarkan keputusan TIMSS Matematik adalah seperti yang dipaparkan

dalam Jadual 1.

Page 4: TIMSS

2

Tahun 1999 2003 2007 2011

Jumlah negara yang menyertai 38 45 49 64

Kedudukan Malaysia 16 10 20 26

Jadual 1

Dengan jelas, kedudukan Malaysia semakin menjunam.Walaupun begitu, gred pada Gred

Purata National (GPN) untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) semakin baik, iaitu 2.83

(2008), 2.78 (2009). 2.74 (2010) dan 2.71 (2011). Dalam peperiksaan tersebut, bilangan murid

yang mendapat A dalam matematik semakin meningkat, contohnya, 26.7% pada 2010 dan 28.9%

(2011). Fenomena ini menunjukkan terdapat percanggahan yang sangat ketara antara standard

pendidikan nasional dan standard pendidikan antarabangsa.

Murid-murid kita tidak dapat mencapai prestasi yang memuaskan dalam Ujian TIMSS

telah menjadi satu isu kebelakangan ini. Isu ini dikaji dari tiga sudut, iaitu sistem pendidkan

nasional, guru dan murid.

Faktor 1 : Sistem Pendidikan

Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia masih berlandaskan sistem peperiksaan

walaupun sudah banyak kali reformasi pendidikan. Tujuan murid belajar seolah-olah untuk

peperiksaan. Mereka adalah seperti stor maklumat di mana mereka dipenuhi maklumat dan

mencurah balik semasa peperiksaan. Maklumat yang tidak berkaitan dengan peperiksaan tidak

dihiraukan. Soalan-soalan dalam peperikssan umum seperti UPSR dan PMR tidak dinafikan

telah diterapkan elemen-elemen penyelesaian masalah dengan kritis seperti KBKK, tetapi

peratus soalan-soalan sedemikian hanya sedikit. Keadaan ini membenarkan murid senang

memperolehi markah melalui soalan-soalan awal yang hanya memerlukan penghafalan fakta.

Soalan-soalan KBKK yang lebih mendalam di penghujung soalan utama boleh diabaikan atau

ditinggalkan tanpa menjejaskan markah keseluruhan. Mereka masih dapat memperolehi

keputusan yang cemerlang. Apabila murid kita menghadapi Ujian TIMSS, pengetahuan dalam

otak mereka tidak dapat membantu mereka menjawab soalan-soalan bukan rutin yang

memerlukan kemahiran berfikir secara kritis yang tinggi.

Page 5: TIMSS

3

Peratusan penguasaan murid kita berdasarkan penandaarasan dalam TIMSS Matematik

adalah seperti ditunjukkan dalam carta 2. Penguasaan murid dalam soalan-soalan bertahap

‘tertinggi’ dan ‘tinggi’ adalah sangat rendah di mana mereka sangat memerlukan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif untuk diselesaikan.

Carta 2

Jadual 2 memaparkan tahap-tahap matematik dalam TIMSS

Page 6: TIMSS

4

Jadual 2

Mengikut Dodeen (2012), topik yang belum dipelajari oleh murid keluar dalam TIMSS.

Keadaan ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada prestasi murid yang rendah

dalam TIMSS matematik. Jadual 3 menunjukkan peratusan kesepadanan item TIMSS matematik

dengan kurikulum nasional.

Tahun 1999 2003 2007

Kesepadanan item TIMSS dengan kurikulum 96% 98% 75.4%

Ketidaksepadanan item TIMSS dengan kurikulum 4% 2% 24.6%

Jadual 3

Daripada jadual tersebut, didapati kesepadanan item TIMSS dengan kurikulum menurun

dari tahun 2003 hingga 2007. Jadual 4 jelas menunjukkan terdapat soalan TIMSS yang menguji

kemahiran murid yang mereka belum menguasai. Ujian TIMSS selalunya diadakan pada bulan

Mac atau April, tetapi daripada analisa, kajian tidak mengambil kira bila bab tersebut diajar.

Contohnya, geometri ialah bab ketujuh manakala data dan kebarangkalian ialah bab ketigabelas,

iaitu bab terakhir dalam sukatan pelajaran matematik tingkatan dua. Kesimpulannya, murid

Page 7: TIMSS

5

hanya mempelajari 17 item daripada 39 item dalam ujian TIMSS tanpa mengira peratusan

pengingatan murid.

Topik matematik TIMSS yang diuji kepada murid Tingkatan 2

Domain Bilangan topik

keseluruhan

Malaysia

Telah diajar Tiada dalam

kurikulum

Nombor 10 10 0

Algebra 8 7 1

Geometri 14 11 3

Data dan

kebarangkalian 7 2 5

Keseluruhan 39 30 9

Jumlah 100% 77% 23%

Jadual 4

Ujian TIMSS tidak hanya menguji prestasi sains dan matematik murid Tingkatan 2 (gred

8), malah ujian tersebut sebenarnya juga dijalankan untuk murid Tahun 4. Selama ini,

kebanyakan negara telah melibatkan anak-anak murid mereka apabila mereka berada dalam

Tahun 4 tetapi Malaysia tidak mengambil ujian TIMSS Tahun 4. Fenomena ini menyebabkan

murid kita bekemungkinan besar tidak pernah didedahkan kepada soalan-soalan TIMSS

sehingga mereka Tingkatan 2.Mereka akan menghadapi ‘kejutan minda’apabila mereka

menduduki ujian TIMSS.

Dalam sistem pendidikan negara kita, selama ini, tiada satu polisi atau program khas

yang mantap untuk menyediakan murid menghadapi ujian TIMSS. Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan sejak 2011 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah

(KSSM) yang bakal diadakan diharapkan dapat memainkan peranan dalam mempertingkatkan

Page 8: TIMSS

6

prestasi TIMSS negara kita pada tahun-tahun akan datang. Selain daripada itu, program i-Think

dan Pelan Pembangunan Pendidikan diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah tersebut.

Faktor 2: Murid

Faktor lain yang menyebabkan kedudukan keputusan Matematik dalam TIMSS rendah

berkaitan dengan latar belakang murid. Tahap pendidikan ibu bapa memain peranan yang

penting dalam pencapaian TIMSS murid. Kebanyakan ibu bapa murid bagi murid yang tidak

dapat skor tinggi dalam TIMSS adalah tidak berpendidikan tinggi. Kebanyakan ibu bapa yang

menyedari kepentingan pendidikan terutamanya matapelajaran Matematik adalah ibu bapa yang

mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Ibu bapa tersebut mengambil inisiatif dalam

memastikan anak mereka mencapai keputusan yang memuaskan. Noor Azina Ismail (2009) serta

Ng, Lay, Areepattamannil, Treaguit dan Changrasegaran (2012) mendapati murid yang

mempunyai ibu bapa yang bertahap pendidikan tinggi mencapai keputusan yang lebih tinggi

dalam matematik.

Sikap murid iaitu keyakinan dan motivasi murid merupakan faktor lain yang

menyebabkan kedudukan keputusan Matematik dalam TIMSS rendah. Murid yang mendapat

pencapaian yang tidak bagus dalam TIMSS adalah murid yang tidak berkeyakinan diri dalam

Matematik. Golongan murid ini juga tidak bermotivasi untuk menjawab soalan TIMSS. Mereka

senang berputus asa apabila melihat soalan dalam bentuk pernyataan. Keyakinan dan motivasi

murid yang rendah menyebabkan murid tidak mahu membuat soalan TIMSS ataupun berasa

ragu-ragu semasa menjawab soalan TIMSS. Noor Azina Ismail (2009) mendapati murid yang

mempunyai keyakinan diri yang tinggi mencapai skor yang tinggi dalam TIMSS. House dan

Telese (2013) juga mendapati murid yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi berupaya

menyelesaikan masalah yang berkemahiran berfikiran aras tinggi dengan menggunakan cara

sendiri. Noor Azina Ismail (2009) juga mendapati murid yang mempunyai impian untuk masuk

ke universiti mempunyai motivasi yang tinggi dalam pembelajaran. Apabila motivasi murid

tinggi, murid juga mencapai skor yang tinggi dalam TIMSS.

Aktiviti murid lepas persekolahan juga mempengaruhi skor murid dalam TIMSS. Murid

yang mendapat skor rendah dalam TIMSS adalah murid yang tidak sudi meluangkan lebih masa

Page 9: TIMSS

7

selepas persekolahan dalam meneroka soalan Matematik. Murid yang sudi meluangkan lebih

banyak masa untuk membuat soalan tentang Matematik mempunyai skor yang lebih tinggi dalam

TIMSS (Noor Azina Ismail, 2009). Menurut Noor Azina Ismail (2009), murid yang selalu

meneroka dunia Matematik dengan menggunakan komputer mempunyai skor yang lebih tinggi

dalam TIMSS.

Kehadiran murid ke sekolah juga merupakan faktor lain yang mempengaruhi pencapaian

murid dalam TIMSS. Jika murid selalu tidak hadir ke sekolah, murid tersebut akan ketinggalan

pelajarannya. Maka, murid tersebut tidak dapat menguasai kemahiran asas yang sepatutnya

dikuasainya, apatah lagi berfikiran aras tinggi.

Faktor terakhir yang berkaitan dengan murid ialah faktor iklim. Apabila waktu matematik

adalah di sekitar tengah hari, murid akan berasa mengantuk dan tidak dapat menumpukan

perhatian. Fenomena ini berlaku disebabkan cuaca yang panas pada masa tersebut. Waktu yang

paling sesuai untuk murid menumpukan perhatian ialah pada waktu pagi.

Faktor 3: Guru

Kelayakan / Kepakaran

Kelayakan mengajar atau kelayakan guru merupakan ijazah akademik dan profesional

yang membolehkan seseorang untuk menjadi guru berdaftar, profesional dan berkelayakan untuk

mengajar di sekolah rendah atau menengah atau di pusat pengajian tinggi. Hal ini menunjukkan

betapa pentingnya kepakaran guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan

pengetahuan kepada murid-murid.

Ramai orang berpendapat bahawa semua guru boleh mengajar Matematik di sekolah

walaupun mereka bukan opsyen Matematik atau guru sandaran. Pandangan ini adalah tidak

benar kerana mereka tidak dilatih dengan kemahiran-kemahiran atau teknik-teknik pengajaran

yang berkaitan dengan Matematik dan tidak mempelajari konsep Matematik dengan mendalam.

Jadi, mereka tidak dapat menyampaikannya kepada murid-murid dengan betul.

Page 10: TIMSS

8

Selain itu, sesetengah guru sandaran hanya setakat mengajar tanpa mempeduli sama ada

murid-murid memahami konsep Matematik atau tidak. Ini dapat menyebabkan murid-murid

tidak mendengar pengajaran mereka dan membuat kerja sendiri.

Di samping itu, guru tidak mempunyai keinginan untuk meningkatkan profesionalisme.

Mereka lebih mementingkan hal keluarga mereka dan mereka tidak sanggup mengorbankan

masa lapang mereka untuk menghadir kursus yang berkaitan. Mereka juga kurang mengamalkan

tabiat membaca buku ilmiah.

Ramai guru memilih kerjaya guru bukan kerana minat. Ini disebabkan mereka tidak ada

pilihan lain yang sesuai dengan bidang pengetahuan yang dipelajari ketika di universiti. Kerjaya

guru boleh memberikan jaminan keselamatan sekurang-kurangnya hingga tahap umur persaraan

mandatori, kerana seseorang guru tidak dinilai sejauh manakah penerokaan ilmu selanjutnya,

meskipun ada sebahagian berusaha melanjutkan pendidikan pasca siswazah.

Pemilihan guru untuk memasuki IPG dan mengambil kursus pendidikan Matematik

adalah longgar. Guru yang memperolehi gred yang rendah dalam Matematik masih dapat

mengikuti kursus Pendidikan Matematik. Jadi standard guru Matematik adalah tidak memuaskan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Guru terlalu memberi keutamaan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran bagi

menyediakan murid menghadapi peperiksaan awam. Ini menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran dibuat dalam kadar yang segera dengan menggunakan jalan pintas tanpa perlu

memahami konsep. Latih tubi juga banyak dipraktikkan untuk melatih murid menjawab soalan

peperiksaan. Namun, guru tidak sedar dengan hanya berfokuskan kepada konsep penghafalan,

murid tidak mampu mengunakan pemikiran mereka dengan baik kerana mereka diajar dengan

kaedah yang cepat tanpa memahami sesuatu konsep. Masalah ini timbul kerana guru terlalu

menekankan kepada strategi pengajaran yang berorientasikan sistem peperiksaan.

Page 11: TIMSS

9

Kekangan Masa

Bagi menyediakan murid untuk menghadapi TIMSS, guru seharusnya membuat banyak

persediaan supaya murid tidak menghadapi masalah dalam ujian TIMSS. Pihak sekolah dan

guru perlu bekerjasama mengadakan kelas tambahan untuk melatih murid cara-cara menjawab

soalan TIMSS dan mengajar konsep bagi sesuatu topik. Namun, disebabkan pengurusan masa

yang tidak efisien dan terlalu menumpukan kepada sukatan mata pelajaran, guru terlupa

menyelitkan soalan yang berunsurkan TIMSS dan pengajaran dan pembelajaran. Murid yang

sentiasa didedahkan dengan corak soalan yang sama dan berorientasikan peperiksaan tidak

mampu menjawab soalan TIMSS yang memerlukan mereka untuk berfikir mengikut aras pada

Taksonomi Bloom.

Mengikut kajian TIMSS yang telah dibuat, kebanyakkan negara yang mengambil

bahagian menggunakan buku teks bagi mengajar subjek matematik. Buku teks adalah buku yang

memberikan petunjuk dalam sebuah pelajaran khususnya di sekolah. Namun, ramai guru tidak

menggunakan sepenuhnya buku teks dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran

dengan menggalakkan murid menjawab soalan yang berbentuk bukan rutin. Guru harus sedar

bahawa buku teks merupakan sebahagian utama dari beberapa sistem pendidikan yang

membantu memaparkan hal yang terdapat dalam kurikulum dan dapat menjadi bantuan yang

jelas bagi guru dalam melaksanakan pembelajaran.

Kesediaan Guru

Isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

semakin reda kini. Ianya pernah dibahaskan oleh masyarakat sehingga mendorong beberapa

pihak berdemostrasi dengan tujuan mendesak kerajaan memansuhkannya. Jika diperhatikan

kedudukan negara Malaysia dalam TIMSS semakin menurun dengan mendadak dari tahun 2003

hingga 2011. Mengikut kajian, murid yang terlibat dalam TIMSS adalah murid yang terlibat

dalam PPSMI manakala murid yang mengambil ujian TIMSS pada tahun 1999 dan 2003, murid

belum terlibat dalam TIMSS. Kesediaan guru yang dalam PPSMI harus diambil kira. Ini adalah

kerana ada sesetengah guru tidak mahir berbahasa inggeris. Jadi ini memberi kekangan kepada

guru untuk menyampaikan maklumat kepada muridnya walaupun guru tersebut merupakan guru

Page 12: TIMSS

10

yang berpengalaman. Murid menerima impak yang paling besar kerana tidak memahami apa

yang ingin disampaikan oleh guru mereka menyebabkan mereka mula membenci matematik dan

tidak menumpukan perhatian didalam bilik darjah. Murid juga sukar memahami konsep

matematik dan isi kandungan sesuatu topik dalam bahasa inggeris kerana guru sukar menguasai

bahasa inggeris dengan baik.

Pengetahuan Pedagogikal Kandungan

Dari segi pengetahuan pedagogikal kandungan, guru yang berpengalaman lebih bijak

mengendalikannya kerana kekuatan profesion keguruan dan kecekapan seseorang guru adalah

bergantung kepada pengetahuan pedagoginya. Guru berpengalaman yang mahir dalam akan

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada isi kandungan serta

kefahaman dalam konsep sesuatu topik. Aktiviti pembelajaran juga lebih berpusatkan kepada

murid. Jika dibandingkan dengan bakal guru dan guru baru, aktiviti pengajaran dan pembelajaran

akan bergantung kepada algoritma, hafalan rumus, petua-petua guru sendiri dan peraturan. Guru

dan bakal guru masih tidak mampu memberikan alas an yang berasaskan pengetahuan

konseptual dan tidak berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan ‘dua perringkat atau

proses’ bagi sesuatu penyelesaian.

Miskonsepsi semasa pengajaran dalam kalangan guru khususnya bakal guru dan guru

baru. Guru yang lemah dalam konsep matematik dan strategi dalam pengajaran akan

menyebabkan murid mengalami masalah pembelajaran dalam matematik. Rentetan ini, guru

harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan strategi pengajaran yang betul supaya

dapat menaikkan prestasi murid dalam matematik. Sekiranya murid tidak diajar bagaimana untuk

menyelesaikan soalan bukan rutin, murid tidak mampu menunjukkan prestasi yang baik dalam

TIMSS kerana kebanyakkan soalannya memerlukan kemahiran dan strategi penyelesaian

masalah. Ketrampilan isi kandungan adalah perlu tetapi wajib untuk penyelesaian masalah,

sebaliknya pengalaman dan pendedahan kepada kemahiran dan strategi penyelesaian masalah

mungkin adalah faktor yang lebih penting.

Page 13: TIMSS

11

Pendekatan Pengajaran

Guru harus bijak dalam memilih teknik dan jenis pendekatan pengajaran yang sesuai

dalam memberi tunjuk ajar sesuatu konsep baru semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ramai guru lebih suka memilih pendekatan pengajaran tradisional iaitu ‘Chalk and Talk’ utnuk

menghabiskan sukatan mata pelajaran dalam tempoh tertentu dengan cepat dan tidak mengambil

masa untuk memahamkan murid dengan konsep yang betul. Jadi murid akan digesa untuk

mempratikkan konsep hafalan melalui soalan latih tubi yang rutin. Apabila pendekatan

tradisional digunakan, maka hubungan diantara guru dan murid adalah sehala sahaja. Murid tidak

diberi peluang untuk bertanyakan soalan kerana guru hanya berkomunikasi sehala iaitu guru

mengajar dan murid mendengar. Ini menyebabkan hubungan diantara murid dengan guru

semakin ‘jauh’ dan saling tidak melengkapi. Pendekatan Koperatif sangat berkesan dalam

membantu murid menyelesaikan soalan yang berunsurkan TIMSS kerana murid dapat

berbincang dengan rakan-rakan dan proses berfikir secara kreatif akan berlaku. Metode

pengajaran ini melatih murid belajar bekerjasama dalam kumpulan secara positif, meningkatkan

rasa tanggungjawab yang akhirnya akan meningkatkan kefahaman terhadap isi pelajaran. Jadi

apabila fenomena ini berlaku, objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya.

Penerapan Nilai-nilai Murni

Guru juga tidak menerapkan nilai-nilai murni semasa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Murid yang mempunyai set minda ‘ matematik mata pelajaran yang sukar’ akan

sentiasa menunjukkan prestasi yang lemah dalam mata pelajaran matematik. Guru juga tidak

menceritakan apa tujuan sebenar mempelajari matematik dan apakah kegunaannya. Jadi murid

akan belajar sambil lewa dan hanya untuk lulus dalam pepriksaan sahaja.

Penutup

Kesimpulannya peranan guru amat penting dan memberi impak yang besar kepada sistem

pendidikan negara. Jika profesion guru sudah dicemari dengan insur yang negatif maka

runtuhkan institusi keguruan. Maka, guru harus bekerjasama dalam mempertingkatkan tahap

pendidikan sekaligus kedudukan Malaysia dalam TIMSS dan mempertingkatkan ilmu

pengetahuan supaya kejayaan murid mampu melonjakkan aspirasi pendidikan Negara.

Page 14: TIMSS

12

Rujukan:

Dodeen, H. (2012). The effects of teachers’ qualifications, practices, and perceptions on student

achievement in TIMSS Mathematics: A comparison of two countries. International journal

of testing.12, 61-77 DOI: 10.1080/15305058.2011.621568

House, J. D. & Telese, J. A. (2013). Mathematics instruction and achievement of eight-grade

students in Korea: Results from the TIMSS 2007 assessment. Education, 134 (2), 266-270

Ng, K. T., Lay, Y. F., Areepattamannil, S., Treagust, D. F. & Chandrasegaran, A. L. (2012)

Relationship between affect and achievement in science and mathematics in Malaysia and

Singapore. Research in Science & Technological Education, 30(3), 225-237, DOI:

10.1080/02635143.2012.708655

Noor Azina Ismail (2009). Understanding the gap in Mathematics Achievement of Malaysian

students. The journal of education research, 389-394.

Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah. Jurnal kemanusiaan bil.10, Disember 2007

TIMSS 1999. 2000. International Mathematics Report: Findings from IEA’s repeat of the third

international mathematics and science study at the eight grade. Boston: International

Study centre, Lynch School of Education.

TIMSS 2003. 2004. International Mathematics Report: Findings from IEA’s Trends in

International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eight Grades. Boston:

TIMSS & PIRLS International Study Center Lynch School of Education.

http://timss.bc.edu/timss2003.html.