tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah...

22
ii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan : ................................................................................. Nama Penyelia : NOOR AZIZAH BINTI ABD RAHMAN Tarikh : 28 APRIL 2008

Transcript of tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah...

Page 1: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya”

Tandatangan : .................................................................................

Nama Penyelia : NOOR AZIZAH BINTI ABD RAHMAN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 2: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

iii

Untuk ayahanda dan bonda dan keluarga yang disayangi,

Abd Rahman Bin Mad Shah dan Habibah Binti Daros,

Mohd Hazreen Aziz, Nor Haza Asikin dan Mohd Azhar

Kasih sayang yang kalian curahkan tidak dapat dijual beli

Page 3: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

iv

PENGHARGAAN

Sokongan yang berterusan daripada pihak tertentu amat dihargai dalam

menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Justeru, saya ingin merakamkan

jutaan terima kasih dan penghargaan kepada:

i) Ibu bapa dan keluarga yang memberikan galakan yang positif dan

sokongan yang memberangsangkan untuk menyiapkan PSM ini.

ii) Encik Mohd Nihra Haruzuan bin Mohd Said selaku penyelia PSM saya

yang telah memberikan bimbingan dalam menghasilkan sebuah projek

memenuhi syarat yang diperlukan dalam sebuah perisian yang berkualiti.

iii) Firdaus, Faza, Natrah, Izah, Intan dan rakan-rakan seperjuangan yang lain

yang sentiasa memberikan bantuan dan pandangan semasa proses

pembinaan produk dalam PSM ini.

iv) Pihak staf Pusat Sumber dan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM yang

telah memberikan kemudahan peminjaman buku yang menjadi sumber

dalam PSM ini dan rujukan tesis yang lalu sebagai panduan.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang

telah terlibat dalam menyempurnakan PSM ini secara langsung mahupun tidak

langsung.

Page 4: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

v

ABSTRAK

Tujuan projek ini adalah untuk membina sebuah perisian yang bertajuk

Pembangunan Perisian Multimedia Berbantukan Komputer Berasaskan Simulasi Bagi

Eksperimen Kimia Tingkatan Lima : Kadar Tindak Balas. Perisian ini dibina dengan

perisian Macromedia Authorware 7.0 dan perisian sokongan lain seperti Macromedia

Flash Professional 8 dan Adobe Photoshop CS. Selain itu, elemen multimedia seperti

teks, grafik, animasi dan audio juga diselitkan supaya boleh mewujudkan suasana

pembelajaran yang lebih menarik dan menghiburkan. Dalam pembinaan perisian ini,

model ADDIE dijadikan dasar bagi pembangunan. Perisian yang telah dibina

kemudiannya dipakejkan dan disebarkan dalam bentuk CD-ROM (Compact Disk-Read

Only Memory). Diharap dengan pembinaan perisian ini boleh membantu pengguna

dalam memahami dan menguasai eksperimen dalam subtopik Kadar Tindak Balas

Tingkatan 5 dengan baik.

Page 5: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to build a courseware entitled Chemistry

Experimentation Based On Simulation for Form Five : Rate of Reaction. This

courseware was built by using Macromedia Authorware 7.0 and other supporting

software such as Macromedia Flash Professional 8 and Adobe Photoshop CS.

Multimedia elements such as text, graphic, animation and audio were used to make the

courseware alternative and fun. ADDIE model was used as development model. This

courseware is packaged and distributed in form of CD-ROM (Compact Disk-Read Only

Memory). Hopefully this courseware will help users to understand and master important

experiments in the subtopic of Rate of Reaction.

Page 6: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

1 Pengenalan

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 6

1.3 Objektif Projek 7

1.4 Rasional Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 9

1.5.1 Pelajar 9

1.5.2 Guru 10

1.5.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 10

1.5.4 Masyarakat 10

1.6 Skop Projek 11

Page 7: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

viii

1.7 Definisi Istilah 12

1.7.1 Istilah 12

1.7.1.1 Simulasi 12

1.7.1.2 Eksperimen 12

1.7.1.3 Miskonsepsi 12

1.7.2 Operasi 13

1.7.2.1 Pendekatan Inkuiri 13

1.7.2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 13

1.7.2.3 Kemahiran Saintifik 13

1.7.2.4 Kemahiran Berfikir 14

1.8 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

Pengenalan 15

Masalah Pembelajaran 16

Masalah Pembelajaran Kimia 16

2.1.2 Konsep Kadar Tindak Balas 17

2.2 Kepentingan Eksperimen Dalam Kimia 18

2.3 Perkembangan Teknologi Pengajaran dalam 20

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

2.4 Kepentingan PBK dalam P&P 23

2.5 Pendekatan Simulasi Dalam PBK 25

2.6 Teori Pembelajaran 26

2.6.1 Teori Pembelajaran Tingkah Laku 28

(Behaviorisme)

2.6.2 Teori Pembelajaran Kognitif 29

(Kognitivisme)

2.6.3 Teori Pembelajaran Konstruktif 30

(Konstruktivisme)

2.6.4 Teori yang Dipilih 31

Page 8: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

ix

2.7 Pengaplikasian Teori yang Dipilih dalam P&P 32

2.8 Pengaplikasian Teori Yang Dipilih Dalam Perisian 33

2.9 Elemen-elemen Multimedia 35

2.9.1 Teks 35

2.9.2 Grafik 35

2.9.3 Audio 36

2.9.4 Video 37

2.9.5 Animasi 37

2.10 Model Reka Bentuk Pengajaran 38

2.10.1 Model ASSURE 38

2.10.2 Model Air Terjun (Waterfall) 40

2.10.3 Model ADDIE 41

2.11 Penutup 43

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 44

3.1 Rasional Pemilihan Model ADDIE 45

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE 45

3.2.1 Analisis 46

3.2.2 Rekabentuk 47

3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi 47

3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi 48

3.2.2.3 Reka Bentuk Antaramuka 49

3.2.3 Pembangunan 50

3.2.3.1 Carta Alir 51

3.2.3.2 Reka Bentuk Simulasi 53

3.2.4 Pelaksanaan 54

3.2.5 Penilaian 54

3.3 Pemilihan Perisian 55

3.3.1 Macromedia Authorware 7.0 56

Page 9: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

x

3.3.1.1 Perisian Sokongan 57

3.4 Pemilihan Perkakasan 58

3.4.1 Pemilihan Perkakasan Pembangun 58

3.4.2 Pemilihan Perkakasan Main Balik 59

3.5 Penutup 59

4 HASIL REKA BENTUK KAJIAN

4.0 Pengenalan 60

4.1 Ciri-ciri Perisian 60

4.2 Reka Bentuk Perisian 61

4.3 Panduan Pengguna Perisian 61

4.3.1 Ikon Pemulaan 62

4.3.2 Skrin Montaj Pengenalan Tajuk Perisian 62

4.3.3 Skrin Menu Utama 63

4.3.4 Skrin Uji Minda (Brainteaser) 64

4.3.5 Skrin Introduction 64

4.3.6 Skrin Apparatus And Chemical 65

4.3.7 Skrin Procedure 66

4.3.8 Skrin Hipotesis 67

4.3.9 Skrin Simulasi Eksperimen 68

4.3.10 Skrin Keputusan 71

4.3.11 Skrin Isi Pelajaran 72

4.3.12 Skrin aktiviti 75

4.3.13 Skrin Panduan 78

4.3.14 Skrin Glosari 79

4.3.15 Skrin Keluar 79

4.4 Pempakejan dan Penstoran Perisian 80

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 81

5.1 Perbincangan 81

Page 10: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

xi

5.2 Masalah dan Kekangan yang Dihadapi 83

5.2.1 Kekangan Pengetahuan dan Kepakaran 83

5.2.2 Pengurusan Masa 83

5.3 Rumusan 84

5.3.1 Kelebihan Perisian 84

5.3.2 Kelemahan Perisian 85

5.4 Cadangan 86

5.4.1 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran dalam 86

Perisian

5.4.2 Menambahbaikkan Bilangan Soalan dan Isi 86

Pelajaran

5.4.3 Meningkatkan Prestasi Komputer 87

5.4.4 Menjalankan Pengujian dan Penilaian Formal 87

Terhadap Perisian

5.4.5 Memperluaskan Penyebaran Perisian 87

5.5 Penutup 88

RUJUKAN 89

Page 11: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL PERKARA MUKA SURAT

2.1 Model ASSURE 39

Page 12: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT

2.1 Jenis CD-ROM 22

2.2 Integerasi aspek pedagogi, psikologi dan 24

teknologi ke arah pengajaran berkesan

2.3 Hubungan bagi sistem asas simulasi 25

2.4 Model Air Terjun 40

2.5 Model ADDIE 41

3.1 Model ADDIE 45

3.2 Carta Alir Perisian 51

3.3 Contoh rekabentuk dalam bahagian simulasi dalam 53

perisian

4.1 Skrin Montaj Pengenalan Tajuk Perisian 62

4.2 Skrin Menu Utama 63

4.3 Skrin Uji Minda (brainteaser) 64

4.4 Skrin Introduction bagi Eksperimen 4 65

4.5 Skrin Apparatus And Chemicals bagi Eksperimen 1 66

4.6 Skrin Procedure bagi Eksperimen 4 67

4.7 Skrin Hipotesis bagi Eksperimen 1 68

4.8 Skrin Simulasi bagi Eksperimen 1 69

4.9 Skrin Simulasi bagi Eksperimen 2 69

4.10 Skrin Simulasi bagi Eksperimen 3 70

4.11 Skrin Simulasi bagi Eksperimen 4 70

4.12 Skrin Keputusan bagi Eksperimen 1 71

4.13 Skrin Keputusan bagi Eksperimen 4 72

Page 13: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

xiv

4.14 Skrin Pembetulan Miskonsepsi 73

4.15 Skrin Penerangan Dalam Bentuk Gambarajah 73

4.16 Skrin Penerangan Dalam Bentuk Teks dan 74

Gambarajah

4.17 Skrin Keputusan Hipotesis 74

4.18 Skrin Pemulaan Aktiviti 75

4.19 Skrin Aktiviti 76

4.20 Skrin Aktiviti Suai padan 77

4.21 Skrin Aktiviti Isi Tempat Kosong 77

4.22 Skrin Aktiviti Soalan Objektif 78

4.23 Skrin Panduan Pengguna 78

4.24 Skrin Glosari 79

4.25 Skrin Keluar 80

Page 14: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

xv

SENARAI SINGKATAN

CD-ROM Compact Disk Read Only Memory

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PBK Pengajaran Berbantukan Komputer

PPBK Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Page 15: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

BAB 1

PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) hangat diperkatakan di segenap

lapisan masyarakat. PIPP telah diperkenalkan pada 16 Januari 2007 yang difokuskan

bagi menjayakan agenda pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-

9) yang mempunyai enam teras utama. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri

Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pelaksanaan PIPP meliputi teras yang

merapatkan jurang pendidikan melalui Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar

Bandar, melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan melalui Kluster Sekolah

Cemerlang dan memperkasakan sekolah kebangsaan dengan memberi fokus pada

Sekolah Bestari (Utusan Malaysia, 4 Julai 2007). Sekolah Bestari diwujudkan bertujuan

untuk memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran yang tinggi dalam

matematik, sains dan teknologi pendidikan.

Justeru, Sekolah Bestari mempunyai banyak peralatan yang digunakan dalam

pengajaran yang juga boleh diklasifikasikan kepada penggunaan teknologi. Antara alat

bantu mengajar (ABM) yang digunakan adalah seperti komputer, televisyen,

transparensi dan slaid. Sungguhpun teknologi digunakan dalam pengajaran, namun

ianya masih lagi tidak dijadikan sumber ilmu pengetahuan (Esah Sulaiman, 2003). Ini

kerana guru dilihat masih lagi berperanan di dalam pengajaran dan perbincangan di

dalam bilik darjah walaupun teknologi boleh digunakan secara meluas di sekolah.

Page 16: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

2

Teknologi pula adalah sebagai medium yang boleh memberi ruang kepada guru dan para

pelajar untuk saling berinteraksi antara satu sama lain. Dalam sistem pendidikan yang

baik, pelajar aktif berinteraksi untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan (Alfred

Bork, 1985). Namun, segala penggunaan ABM yang berteknologi ini adalah bergantung

kepada kreativiti, kebijaksanaan dan kesungguhan guru dalam mereka bentuk

pengajarannya di dalam bilik darjah bagi melahirkan suasana pembelajaran yang lebih

kondusif.

Tambahan lagi, menurut Danny Saunders dan Nina Smalley (2000), ABM yang

menggunakan komputer dan teknologi kini memainkan peranan penting dalam

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar pada setiap peringkat. Kenyataan

ini dapat dikukuhkan lagi apabila pembelajaran berbantukan komputer (PBK)

diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara kita. PBK sebenarnya merupakan

pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

(Baharuddin Aris et al., 2002). Ianya juga dilihat sebagai satu alternatif bagi

menyampaikan sesuatu maklumat kepada para pelajar. Justeru, penggunaan komputer

akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) disamping dapat

mewujudkan minat dalam suatu mata pelajaran. (Alfred Bork, 1985)

Namun begitu, penggunaan komputer dalam P&P sahaja tidak boleh

mewujudkan minat dalam pembelajaran. Hanya pembangunan daripada pelbagai jenis

alatan dan bahan yang berlandaskan peraturan kurikulum dapat menjadikan sebuah

komputer tersebut berguna dan berfaedah dalam pembelajaran (Alfred Bork, 1985).

Oleh itu, dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan latar belakang, penyataan

masalah, objektif, rasional, kepentingan dan skop kajian serta istilah yang digunakan

sepanjang melakukan kajian.

Page 17: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

3

1.1 Latar Belakang Masalah Para pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya

menghadapi kesukaran dalam memahami konsep kimia kerana ianya melibatkan suatu

kesan kepada proses dan konsep yang abstrak. Akan tetapi, subjek kimia itu sebenarnya

amat menyeronokkan dan indah dengan pembentukan hablur-hablur dan susunan ikatan

kimia yang begitu menarik. Oleh sebab itu, subjek Kimia dalam Kemahiran Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) diwujudkan dengan matlamat dapat membekalkan para

pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia yang bertujuan untuk

mereka lebih memahami dan menghargai kimia dan seterusnya menggunakannya dalam

kehidupan seharian (Abu Hassan, 2004).

Kimia menurut Abu Hassan (2004), merupakan sains unsur dan sebatian, di mana

melibatkan kajian terhadap jirim (secara makroskopik dan mikroskopik), interaksi antara

bahan dan penghasilan serta penggunaan bahan. Tambahan lagi, proses tindak balas

suatu bahan kimia tidak dapat dilihat dengan mata kasar (Kean dan Middlecamp, 1994).

Sebagai contoh, dalam topik kadar tindak balas tingkatan 5 Kimia KBSM, terdapat

beberapa faktor yang menyumbang kepada kadar suatu tindak balas kimia iaitu jumlah

luas pemukaan bahan pemula, kepekatan larutan, suhu dan pemangkin yang digunakan

bagi suatu bahan. Namun, pelajar sukar untuk mengimaginasikan bagaimana tindak

balas itu berlaku selain hanya dapat melihat perubahan fizikalnya sahaja melalui

pemerhatian.

Justeru, miskonsepsi boleh berlaku di mana pelajar tidak memahami bagaimana

faktor yang telah disebutkan di atas dapat mempengaruhi suatu kadar tindak balas kimia.

Misalnya, pelajar menganggap bahan yang mempunyai permukaan yang lebih besar

adalah lebih tinggi kadar tindak balasnya. Namun, fakta yang sebenarnya, bahan yang

mempunyai permukaan yang lebih besar adalah lebih tinggi kadar tindakbalasnya

sekiranya dibandingkan dengan bahan yang mempunyai luas permukaan yang lebih

sedikit jika kedua-duanya mempunyai berat yang sama (Eng Nguan Hong et al., 2007).

Page 18: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

4

Oleh itu, konsep yang benar perlu disampaikan dengan lebih berkesan dan kreatif supaya

suatu konsep tidak disalah ertikan.

Bagi mengelakkan pelajar menghadapi miskonsepsi tersebut, kesepaduan

pengetahuan dianggap amat penting supaya para pelajar benar-benar memahami dan

mengkaji sesuatu konsep dalam kimia. Kesepaduan pengetahuan tersebut merangkumi

kesepaduan dari segi kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan nilai murni (Abu

Hassan, 2004). Namun, ada segelintir pelajar yang dilihat gagal memperoleh kesepaduan

pengetahuan tersebut dan tidak dapat menguasai kimia disebabkan kesukaran

mempelajari konsep kimia itu sendiri yang mengandungi pengetahuan yang abstrak.

Justeru, eksperimen merupakan suatu kaedah yang amat sesuai bagi pelajar untuk

memahami konsep-konsep kimia yang abstrak.

Melalui eksperimentasi, pelajar yang melakukan eksperimen boleh melihat

sesuatu dengan jelas melalui pengalamannya sendiri. Tambahan lagi, eksperimen ini

sesuai dilakukan kerana dapat memupuk semangat inkuiri dan pemikiran saintifik dan

seterusnya membolehkan pelajar belajar untuk membuat sesuatu keputusan. Banyak

teori yang eksplisit yang memerlukan eksperimen untuk membuktikan dan mengkaji

teori tersebut. Eksperimen ini bertujuan untuk mengukuhkan teori yang diketahui kepada

keadaan sebenar yang boleh dilihat dengan pancaindera. Pembelajaran dan aktiviti dalam

eksperimen ini juga dilihat dapat menjana pemikiran yang kreatif disamping

mencetuskan idea baru yang melibatkan inkuiri dan penyelesaian masalah.

Selain itu, melalui aktiviti amali ini juga, para pelajar dapat memajukan dan

memantapkan kemahiran amali dan pemerhatian yang secara tidak langsung boleh

mewujudkan minat pelajar dalam bidang Kimia. Sungguhpun begitu, eksperimen dalam

sesuatu topik mata pelajaran kimia tidak mungkin dapat dijalankan di sekolah. Ini

disebabkan oleh faktor masa yang amat terhad. Justeru, para pelajar hanya melakukan

eksperimen di mana guru merasakan eksperimen tersebut penting bagi pengetahuan

Page 19: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

5

pelajar. Keadaan akan lebih teruk apabila peruntukan alatan dan bahan kimia kadang

kala tidak mencukupi sekiranya stok yang disediakan telah habis digunakan.

Dewasa ini, eksperimen boleh diaplikasikan melalui kaedah yang sesuai melalui

medium yang tertentu seperti cakera padat ingatan baca sahaja (CD-ROM) dalam bentuk

perisian pembelajaran. Lazimnya, dalam proses P&P, guru menggunakan perisian

pembelajaran dengan tujuan bagi membantu penerangan disamping dapat menguatkan

kefahaman para pelajar itu sendiri. Menurut Robert Taylor (1980) yang dipetik daripada

Baharuddin Aris et al., (2002) terdapat tiga kategori PBK dalam pendidikan iaitu tutor,

tool dan tutee. PBK dikatakan sebagai tutor apabila komputer berperanan mengajar

pelajar. Tool pula apabila komputer membantu guru atau pelajar dalam membuat sesuatu

kerja dan tutee apabila pelajar ”mengajar” komputer dengan menggunakan bahasa

pengaturcaraan.

Terdapat tiga bentuk perisian PBK yang kini amat popular digunakan sebagai

tutor. Antaranya ialah perisian tutorial, latih tubi dan simulasi (Baharuddin Aris et al.,

2002). Dalam perisian tutorial, perisian maklumat yang baru diberikan disamping

memberikan beberapa contoh daripadanya. Ianya juga merupakan kaedah langkah demi

langkah untuk menyampaikan konsep yang baru. Perisian latih tubi pula memberikan

ruang dan peluang untuk pelajar mengapikasikan segala konsep pengetahuan yang

dipelajari. Kaedah ini secara langsung dapat melatih para pelajar mengukuhkan suatu

konsep. Dalam perisian simulasi, para pelajar didedahkan dengan situasi yang sebenar

dimana mereka dapat mengaplikasikan suatu kemahiran mahupun konsep yang telah

dipelajari.

Menurut Abu Hassan (2004), kaedah simulasi adalah menyerupai keadaan yang

sebenar, dengan tujuan menyelesaikan masalah yang benar-benar wujud dalam keadaan

yang terkawal. Kaedah ini juga dapat mencetuskan suasana yang menyeronokkan dan

dapat menarik pelajar itu sendiri untuk belajar. Kebiasaannya, para pelajar akan tertarik

kepada sesuatu yang baru. Simulasi merupakan kaedah yang sesuai dan selari dengan

Page 20: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

6

keinginan mereka untuk menerokai suatu kejadian. Melalui kaedah simulasi juga, para

pelajar dapat meningkatkan lagi kefahaman dalam sesuatu konsep yang dipelajari hanya

secara teori (Norton dan Karin, 2003). Namun, eksperimen simulasi yang tidak tersusun

juga tidak dapat menarik perhatian pelajar kerana kurang menarik persembahannya.

Justeru, pereka bentuk perlu berhati-hati dan teliti serta bijaksana dalam menyampaikan

tajuk, objektif pengajaran dan latar belakang pelajar.

Bagi memastikan pereka bentuk suatu perisian mencapai objektifnya, teori dan

model tertentu juga perlu diserapkan atau diaplikasikan ke dalam reka bentuk pembinaan

perisian. Menurut Baharuddin Aris et al., (2002), walaupun persembahan bahan

pembelajaran canggih dan cantik, namun, tanpa berasaskan prinsip pedagogi, bahan

pembelajaran tersebut tidak mempunyai nilai yang tinggi.

. 1.2 Penyataan Masalah Berdasarkan kesukaran yang dialami pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) dalam memahami konsep kimia dalam tajuk Kadar Tindak Balas

Tingkatan 5 Kimia KBSM, kajian ini dibuat untuk membangunkan sebuah perisian yang

bertajuk Kadar Tindak balas dalam mata pelajaran kimia KBSM tingkatan 5 berasaskan

simulasi supaya dapat melihat kesan daripada faktor yang menyumbang kepada kadar

tindak balas melalui eksperimen seperti faktor luas permukaan bahan pemula, kepekatan

laruran, suhu, dan pemangkin. Oleh itu, para pelajar dapat melihat proses yang berlaku

semasa tindak balas suatu bahan yang abstrak berlaku secara nyata. Tambahan lagi,

eksperimen tersebut boleh dilakukan berulang kali mengikut keselesaan pelajar

disamping menyediakan ruang untuk pelajar mengendalikan eksperimen.

Page 21: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

7

1.3 Objektif Projek Fokus utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah

perisian yang bertajuk Kadar Tindak balas untuk mata pelajaran kimia KBSM tingkatan

5 berasaskan simulasi.

1.4 Rasional Projek Setiap projek yang dihasilkan wajar mempunyai rasionalnya tersendiri. Pertama,

perisian eksperimen bertajuk Kadar Tindak balas untuk mata pelajaran kimia tingkatan 5

KBSM berasaskan simulasi ini dibangunkan untuk mengatasi segala kelemahan yang

terdapat dalam P&P secara tradisional di mana guru hanya memberi dan menyampaikan

pengetahuan kepada pelajar. Keadaan ini sebenarnya tidak aktif di mana para pelajar

tidak dapat untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta tidak berpeluang untuk

menyumbangkan ideanya sendiri. Secara tidak langsung, ini akan membantutkan sistem

pembelajaran dan seterusnya pelajar tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang,

gemilang dan terbilang seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’

Seri Abdullah Ahmad Badawi. Justeru, perisian ini dibangunkan untuk menggalakkan

para pelajar berfikir secara rasional dan kreatif.

Kedua, para pelajar dikhuatiri mempunyai persepsi yang berlainan dengan teori

yang telah diketahui. Miskonsepsi bagi tajuk tindak balas kimia ini sering berlaku

disebabkan guru sukar untuk mengkonkritkan proses yang abstrak. Justeru, para pelajar

akan membina fahaman mereka sendiri bagi suatu kadar tindak balas kimia yang

berlaku. Dengan membina perisian ini, pelajar dapat mengimaginasikan suatu yang

mikroskopik di mana pelajar dapat melihat sendiri suatu proses tindak balas. Ini dapat

mengukuhkan lagi teori yang sedia ada disamping memantapkan pengukuhan konsep di

minda mereka.

Page 22: tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya” Tandatangan ... fileii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

8

Ketiga, perisian ini juga membolehkan pembelajaran berlaku dalam masa yang

sesuai dan dalam tempat yang selesa bagi pengguna perisian itu sendiri. Keselesaan

dalam pembelajaran ini penting bagi pengguna perisian kerana sekiranya pengguna tidak

berasa selesa, pembelajaran tidak dapat berlaku dengan berkesan dan seterusnya

pembelajaran akan menjadi sia-sia. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, perisian ini

amat berguna kepada pengguna untuk memilih tempat dan masanya sendiri.

Keempat, perisian ini juga dapat memudahkan pembelajaran tepat pada masanya.

Kenyataan ini juga bermaksud, pengguna perisian khususnya pelajar boleh mempelajari

dan membuat eksperimen dalam bentuk simulasi yang dikehendaki apabila mereka

memerlukannya. Dengan menggunakan perisian yang berteknologi ini, pengguna dapat

mempelajari kaedah-kaedah dan prosedur dan seterusnya membuat eksperimen

berasaskan simulasi dalam beberapa minit sahaja bergantung kepada pengguna.

Tambahan lagi, setiap pengguna mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri

serta latar belakang yang berlainan. Oleh yang demikian, dalam pembelajaran amnya,

guru tidak boleh memaksa pelajarnya belajar tanpa persediaan dan di luar kebolehan

mereka. Justeru, pembelajaran tepat pada masanya dapat memenuhi keperluan pengguna

dengan mengaplikasikan dan menggunakan perisian ini serta mendapat pembelajaran

yang maksimum.

Kelima, perisian yang memuatkan pembelajaran melalui eksperimen ini boleh

dilakukan oleh segenap lapisan masyarakat melalui pembelajaran secara informal

berbanding dengan pelajar yang belajar secara formal di sekolah. Kerajaan pernah

menyarankan kempen sebuah komputer untuk sebuah rumah. Pinjaman juga pernah

dilakukan oleh pihak atau badan-badan tertentu bagi membolehkan setiap rumah

berkemampuan untuk memiliki sebuah komputer di rumah. Justeru, masalah tidak

timbul untuk menggunakan perisian ini disebabkan setiap komputer ada memuatkan

pemacu cakera padat berbanding dengan internet dimana tidak semua rumah mempunyai

talian internet di rumah mereka. Secara tidak langsung, perisian ini juga dapat

menambahkan pengalaman pengguna walaupun pengguna bukan dalam bidang kimia.