· 2019-09-02 · Problem Solving REAL WORLD . Problem Solving . REAL WORLD roblem Solving
THINGKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING
-
Upload
nor-hidayah-zainal -
Category
Documents
-
view
420 -
download
12
description
Transcript of THINGKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING
FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY
SEPTEMBER 2012
SBFS1103
THINGKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING
NO. MATRIKULASI : 860731305052001
NO. KAD PENGNEALAN : 860731305052
NO. TELEFON : 0143218110
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA
SBFS1103
1
1.0 PENGENALAN
Pemilihan kerja merupakan satu masalah yang akan dihadapi oleh setiap graduan-
graduan yang baru selesai menamatkan pelajaran seperti saya. Setelah bergelar seorang
lepasan graduan, saya mula bergerak untuk mencari kerja atau melakukan perniagaan
sendiri untuk menampung kehidupan. Saya telah mendapat tawaran dari Syarikat A, B
dan C yang masing-masing mempunyai kriteria yang menarik dan kurang menarik iaitu
dari segi gaji, cuti, elaun, kerja lebih masa, faedah perubatan, jarak, kesesuaian kerja,
persekitaran kerja, peluang dan kestabilan. Bagaimanapun, pemilihan tawaran kerja
tersebut bukanlah sesuatu yang mudah bagi saya dalam membuat keputusan untuk
mendapatkan hasil yang baik kerana jika saya tersalah pilih ia akan merugikan dan
mendatangkan masalah bagi saya. Saya keliru untuk memilih syarikat mana yang sesuai
dengan saya dan saya mula bertanya kepada orang disekeliling saya. Tetapi adakah
keputusan mereka tepat dan baik untuk saya. Pengalaman belajar dahulu telah
mengingatkan saya bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam menyelesaikan
masalah pemilihan tawaran kerja ini satu keputusan yang optimum haruslah saya
perlukan supaya pilihan yang kita buat adalah satu keputusan yang optimum dan
bermanfaat buat kita pada masa akan datang. Dalam kehidupan ini kita tidak lari dari
menerima masalah. Menurut Compton, Gallaway & Cournoyer (2005), masalah adalah
satu keadaan, situasi atau pengalaman yang mempengaruhi seseorang individu dari segi
emosi, pemikiran, tindakan dan fizikal. Masalah memberi tekanan kepada seseorang
individu dan ia juga mendorong individu tersebut untuk mencari penyelesaian bagi
masalah tersebut. Dalam menghadapi sesuatu masalah, membuat keputusan adalah cara
penyelesaian masalah yang sebaiknya buat saya. Keputusan merupakan pilihan yang
dibuat dan dipilih mengikut alternatif yang sedia ada. Membuat keputusan bermaksud
tindakan atau proses dalam menentukan, memutuskan mengenai sesuatu masalah, soalan
dan keraguan untuk menetapkan pemikiran seseorang. Ia juga merupakan proses mental
yang membolehkan kita berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat pemilihan yang
terbaik daripada beberapa pilihan altenatif setelah dipertimbangkan dengan teliti.
Menurut Von Winterfeldt & Edwards (1986), membuat keputusan juga adalah
merupakan satu proses memilih keputusan dengan mengetahui kesan-kesan yang
SBFS1103
2
mungkin timbul dengan pilihan-pilihan yang berbeza. Membuat keputusan adalah
bertujuan untuk memilih sesuatu yang dikehendaki dan yang terbaik daripada pilihan-
pilihan yang lain selain mengelakan daripada menghadapi masalah akibat membuat
keputusan yang silap. Membuat keputusan juga memerlukan saya memilih pilihan yang
logik daripada sudut positif dan negatif setiap pilihan yang lain. Terdapat alat atau teknik
yang oleh saya gunakan untuk mencapai keputusan yang sesuai seperti Analisis Grid,
Pokok Keputusan, PMI, Analisis Force Field, Analisis Pareto, Analisis Perbandingan
Berpasangan, Enam Topi Pemikiran dan Analissi Kos dan Keuntungan.
2.0 Analisis SWOT
Analisis SWOT adalah teknik asas yang selalu digunakan dalam pengurusan
dalam sesebuah organisasi bagi membolehkan organisasi mengenalpasti bidangnya dalam
sesuatu pasaran. Analisis SWOT juga digunakan bagi memastikan pengurusan dan
strategi yang dicipta benar-benar mampu untuk menuju objektif, misi dan visi yang telah
ditetapkan, (Ku Amir Ku Daud). Analisis SWOT ini juga boleh digunakan oleh seseorang
individu untuk memahami cara yang terbaik terhadap kebolehan dan kelebihan individu
itu untuk berjaya dan ia juga memberi peluang kepada seseorang individu secara tidak
sedar dan membantu seseorang individu bersedia untuk menghadapi bahaya atau
ancaman yang mendatang, (Kantial H.K & Espira A, 2011). Terdapat empat faktor
dalam analisis SWOT ini iaitu kekuatan (strength), kelemahan (weaknesses), peluang
(opportunity) dan ancaman (treats). Analisis SWOT terbahagi kepada dua analisis yang
berbeza iaitu analisis dalaman dan analisis luaran. Analisis dalaman meliputi kekuatan
dan kelemahan manakala analisis luaran meliputi peluang dan ancaman. Analisis
dalaman adalah untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi dan
membuat penilaian tentang keupayaan sesebuah organisasi. Analisis luaran pula
membolehkan kita mengenal pasti sesuatu peluang atau ancaman yang terbuka
berdasarkan fakta utama dalam analisis persekitaran atau boleh mandapatkan maklumat
dari pengguna atau pelanggan. Kekuatan (Strengths) adalah perkara atau keadaan yang
terdapat dalam sesebuah organisasi. Kekuatan juga merupakan faktor dalaman dalam
SBFS1103
3
sesebuah organisasi yang membantu pencapaian objektif atau matlamat yang ditetapkan.
Contohnya sebuah syarikat mempunyai kekuatan iaitu dengan menawarkan gaji yang
tinggi kepada pekerja. Secara tidak langsung objektif dan matlamat syarikat tersebut
mudah tercapai kerana ramai orang yang berlumba-lumba untuk kerja di syarikat
tersebut. Kelemahan (Weakness) merupakan perkara atau keadaan yang terdapat dalam
sesebuah organisasi. Kelemahan juga adalah kegiatan-kegiatan sesebuah organisasi yang
tidak dilaksanakan dengan baik atau sesuatu yang diperlukan dalam sesebuah organisasi
tetapi tidak dimiliki oleh organisasi tersebut. Kelemahan lebih mudah dilihat daripada
sesuatu kekuatan. Kelemahan merupakan faktor dalaman dalam sesebuah organisasi yang
memberi kesan yang buruk dan menjadikan objektif dan matlamat organisasi itu tidak
akan tercapai. Contohnya jika sebuah syarikat mempunyai ketidakstabilan dalam bidang
ekonomi maka tiada orang yang mahu bekerja di syarikat tersebut kerana syarikat
tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk gagal dalam perniagaannya. Peluang
(Opportunities) merupakan perkara atau keadaan yang akan berlaku pada masa yang
mendatang dalam sesebuah organisasi dan sesuatu peluang dari luar organisasi itu sendiri.
Peluang adalah faktor luaran yang membantu dan memberikan kesan positif kepada
pencapaian sesuatu objektif dan matlamat. Peluang juga adalah faktor positif yang datang
dan memberi kesempatan kepada organisasi atau projek atau sesuatu konsep perniagaan
untuk menfaatkannya. Sesuatu peluang bukan hanya untuk mendapatkan modal atau
berupa wang ringgit tetapi respon dari masyarakat dan juga isu-isu yang timbul juga
merupakan sebuah peluang. Contohnya seperti pesaing, polisi kerajaan dan keadaan
persekitaran. Ancaman (Threats) pula adalah perkara atau keadaan yang datang dari luar
yang mengganggu dan mengancam sesebuah organisasi. Ancaman adalah faktor negatif
yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada kemajunya atau kejayaan sesebuah
organisasi tersebut. Ancaman merupakan faktor luaran yang membantutkan dan
memberi kesan negatif kepada pencapaian objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.
Contohnya apabila sebuah syarikat tidak stabil, berlakunya ancaman kepada pekerja iaitu
pekerja mula risau dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.
Berdasarkan tugasan yang diberikan, penyelesaian masalah diperlukan dalam membuat
keputusan mengenai pemilihan salah satu daripada tiga buah syarikat yang diberikan.
SBFS1103
4
Penggunaan analisis SWOT juga mempengaruhi saya untuk membuat keputusan yang
memuaskan.
2.0 PERBANDINGAN ANTARA SYARIKAT A, B C DAN ANALISIS SWOT
Saya telah membua analisis SWOT untuk ketiga-tiga syarikat ini untuk
mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman yang akan
datang mengikut setiap criteria yang telah diberikan. Berikut adalah analisis SWOT dan
penerangannya.
2.1 Syarikat A dan Analisis SWOT
SYARIKAT A
Kekuatan (Strenght)
- Gaji yang tinggi
- Elaun disediakan
- Skop kerja sangat berkelayakan
Kelemahan ( Weakness )
- Jarak sangat jauh ( 35km )
- Tidak stabil
- Peluang yang sederhana
- Kerja lebih masa tidak boleh dituntut
- Jumlah cuti tahunan ( 26 hari )
- Persekitaran kerja yang kurang menarik
- Tiada faedah perubatan
Peluang (Oppurtunity)
- Gaji yang tinggi dan elaun boleh menjadi
simpanan
- Kesesuaian kelayakan utama berkesan
Ancaman ( Threats )
- Kurang masa untuk berehat atau bercuti
- Risiko kerana tidak stabil
- Jarak yang jauh
- Kerja lebih masa tidak dibayar dan
menimbulkan tidak puas hati
- Peluang yang sederhana menjadi
halangan
- kos perubatan yang tinggi
- Tidak fokus dan prestasi kerja akan
terjejas
SBFS1103
5
Berdasarkan analisis SWOT yang dilakukan, Syarikat A mempunyai kelemahan
dan ancaman yang tinggi berbanding kekuatan dan peluang. Analisi dalaman
menunujukan bahawa Syarikat A mempunyai kelemahan yang tinggi berbanding
kekuatan. Kekuatan Syarikat A adalah syarikat ini menawarkan gaji yang tinggi berserta
elaun dan skop kerja yang ditawarkan sangat berkelayakan dengan kelulusan saya.
Analisis luaran menunjukan hanya ada sedikit peluang yang boleh saya perolehi
daripada syarikat ini iaitu gaji yang tinggi berserta elaun membolehkan saya menyimpan
untuk menampung perbelanjaan saya pada masa depan. Kesesuaian kerja yang
ditawarkan sangat bersesuaian dengan kelulusan saya dan amat berkesan untuk saya
mendapat lebih banyak pengalaman dan pengetahuan untuk masa depan saya.
Walaubagaimanapun terdapat kelemahan daripada beberapa kriteria yang telah
dikenal pasti dan dikaji pada syarikat ini. Syarikat ini menawarkan cuti tahunan yang
agak sederhana iaitu sebanyak 26 hari, kerja lebih masa yang dilakukan tidak boleh
dituntut, tiada faedah perubatan, jarak syarikat dari kediaman saya sangat jauh iaitu
sejauh 35km, persekitaran kerja yang kurang menarik, peluang saya untuk maju dalam
syarikat ini adalah sederhana, dan syarikat ini tidak stabil.
Berdasarkan kelemahan ini, analisis luaran telah dikenalpasti iaitu terdapat
beberapa ancaman yang akan berlaku berdasarkan kriteria kelemahan yang telah dikaji
iaitu saya mungkin akan menghadapi masalah untuk berehat dan bercuti bersama
keluarga kerana cuti tahunan yang diberikan hanya 26 hari sahaja. Kerja lebih masa yang
tidak dibayar akan menyebabkan saya berasa tidak puas hati dan merasa tidak dihargai
serta berkemungkinan berlakunya perbalahan. Tiadanya faedah perubatan akan
menyebabkan saya akan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk teknik
perubatan yang canggih dan terkini yang tiada di mana-mana tempat perubatan kerajaan
yang sememangnya percuma dan murah. Syarikat ini jauh dari kediaman saya iaitu 35km
dan ini akan menyebabkan saya akan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi setiap
hari hanya untuk ke tempat kerja. Persekitaran kerja yang kurang menarik mungkin akan
menyebabkan saya tidak boleh fokus dengan kerja yang ditawarkan dan ini akan
menjejaskan prestasi kerja saya kerana kurang serasi dengan persekitaran kerja yang
sedia ada. Saya juga mungkin kurang maju dan menonjol dalam kerjaya saya kerana
SBFS1103
6
syarikat ini mempunyai peluang yang sederhana untuk maju dan berjaya pada masa
depan. Dan ancaman yang terakhir buat saya bagi syarikat ini adalah saya akan merasa
berisiko, tidak selamat dan sebarang kemungkinan boleh berlaku ke atas saya kerana
syarikat iini merupakan sebuah syarikat yang tidak stabil dalam apa keadaan sekalipun.
2.2 Syarikat B dan analisis SWOT
SYARIKAT B
Kekuatan (Strenght)
- Jumlah cuti ( 30 hari )
- Kerja lebih masa boleh dituntut
- Ada faedah perubatan
- Jarak yang dekat ( 10km )
- Persekitaran kerja yang sangat menarik
- Sangat stabil
Kelemahan ( Weakness )
- Gaji yang sederhana
- Tiada elaun
- Kelayakan skop kerja kurang
- Peluang yang rendah untuk maju pada
masa depan
Peluang (Oppurtunity)
- Mengurangkan kos
- Boleh menambahkan pendapatan
- Boleh mendapatkan kemudahan perubatan
- Boleh lebih banyak masa berehat
- Boleh meningkatkan prestasi
- Boleh meningkatkan reputasi
Ancaman ( Threats )
- Kurangkan kos perbelanjaan
- Berlaku kesilapan
- Tidak akan maju dan berjaya
Berdasarkan analisis SWOT yang dijalankan pada Syarikat B, analisis luaran
telah dikenal pasti dan menunjukan bahawa Syarikat B mempunyai kekuatan yang lebih
berbanding kelemahan. Kekuatan yang diberikan adalah jumlah cuti tahunan yang
diberikan banyak iaitu sebanyak 30 hari, kerja lebih masa boleh dituntut, diberikan
faedah perubatan, jarak syarikat dengan kediaman saya dekat iaitu hanya 10km,
persekitaran kerja yang sangat menarik dan syarikat ini sangat stabil dalam
perniagaannya.
SBFS1103
7
Terdapat banyak peluang yang akan datang setelah melakukan analisis luaran
berdasarkan faktor kekuatan yang telah dikenalpasti. Antaranya adalah saya akan berasa
cukup untuk berehat atau bercuti bersama keluarga kerana cuti tahunan yang diberikan
banyak. Saya juga boleh menambahkan pendapatan dengan melakukan kerja lebih masa
kerana ia boleh dituntut dan ia akan membuatkan saya akan lebih seronok bekerja kerana
mendapat pulangan yang setimpal. Selain itu saya juga berpeluang untuk mendapatkan
faedah dan kemudahan perubatan yang cepat, canggih dan terkini sekiranya saya
mengalami sebarang masalah kesihatan. Dengan jarak yang dekat dengan kediaman saya,
saya berpeluang untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian dan terhindar daripada
mengalami kesesakan lalu lintas. Prestasi kerja saya mungkin akan meningkat kerana
persekitaran kerja yang sangat menarik sekaligus dapat memberikan tumpuan kerja
dengan sepenuhnya. Dan saya juga berpeluang untuk mempunyai reputasi yang baik dan
dapat membantu masa depan kerana syarikat ini benar-benar stabil.
Kurangnya kelemahan pada Syarikat B yang merupakan salah satu analisis
dalaman yang telah dikenalpasti. Antara kelemahannya adalah gaji yang ditawarkan
sederhana, tiada elaun diberikan, kelayakan skop kerja kurang sesuai dan mempunyai
peluang yang rendah untuk maju pada masa depan.
Analisis luaran iaitu ancaman akan berlaku berdasarkan kelemahan yang ada pada
syarikat ini dikenal pasti. Ancaman yang akan berlaku adalah kos perbelanjaan harus
dikurangkan kerana syarikat ini memberikan gaji yang sederhana dan tiada elaun yang
diberikan. Antara lain adalah mungkin saya akan melakukan banyak kesilapan atau
kelewatan dalam melakukan kerja kerana kerja yang ditawarkan kurang sesuai dengan
kelayakan saya. Selain itu, saya tidak akan maju dan berjaya kerana peluang yang
diberikan untuk menonjolkan diri dan maju adalah kurang.
SBFS1103
8
2.3 Syarikat C dan Analisis SWOT
SYARIKAT C
Kekuatan (Strenght)
- Elaun diberikan
- Peluang kerja yang tinggi
Kelemahan ( Weakness )
- Gaji yang rendah
- Jumlah cuti ( 24 hari )
- Jarak sedikit jauh ( 25km )
- Kerja lebih masa tidak boleh dituntut
- Kelayakan skop kerja yang sederhana
- Tiada persekitaran kerja yang menarik
- Faedah perubatan tidak ditanggung
- Sederhana stabil
Peluang (Oppurtunity)
- Dapat menyokong kos perbelanjaan
- Dapat lebih berjaya dan maju
Ancaman ( Threats )
- Masalah dalam pengurusan kewangan
- Kurang masa cuti
- Jarak sedikit jauh
- Kerja yang dihasilkan tidak memenuhi /
memuaskan kehendak
- Kos perubatan tinggi
- Prestasi kerja akan terjejas
- Risau sedikit kerana keadaan syarikat
Berdasarkan analisis SWOT yang dilakukan kepada Syarikat C, didapati bahawa
syarikat ini mempunyai banyak kelemahan daripada kekuatan yang kedua-duanya
merupakan analisis dalaman yang telah dikaji dan dikenal pasti. Antara kekuatan yang
terdapat pada syarikat ini adalah elaun diberikan kepada pekerja dan peluang untuk maju
dan berjaya adalah tinggi.
Terdapat hanya dua peluang yang akan datang berdasarkan criteria kekuatan
syarikat ini iaitu saya dapat menampung dan membantu dalam kos perbelanjaan kerana
SBFS1103
9
elaun diberikan dan saya akan dapat lebih berjaya, maju dan menonjolkan kerja saya
kerana syarikat ini member peluang yang tinggi untuk saya lebih berjaya ke hadapan.
Namun syarikat ini mempunyai banyak kelemahan yang telah dikenal pasti iaitu
pemberian gaji yang sangat rendah, jumlah cuti tahunan yang sedikit iaitu sebanyak 24
hari sahaja, kerja lebih masa tidak boleh dituntut, tiada faedah perubatan, jarak yang agak
jauh sedikit dengan kediaman saya, kelayakan skop kerja yang sederhana sesuai, tiada
persekitaran kerja yang menarik, dan syarikat ini kurang dan sederhana stabil.
Berikutan kelemahan yang dikenalpasti, terdapat banyak ancaman yang mungkin
saya hadapi dalam syarikat ini iaitu saya akan mengalami masalah dalam pengurusan
kewangan kerana gaji yang diberikan sangat rendah. Saya juga mungkin akan
menghadapi kekurangan masa untuk berehat dan bercuti kerana cuti tahunan yang
diberikan sedikit. Selain itu, ancaman yang mungkin datang adalah berlakunya ketidak
puashatian pada syarikat kerana kerja lebih masa tidak boleh dituntut dan saya akan
merasa seperti tidak dihargai. Tiada faedah perubatan akan membuatkan saya
memerlukan kos rawatan yang tinggi sekiranya menghadapi penyakit yang kronik dan
perlu rawatan yang secepatnya. Jarak yang sedikit jauh menyebabkan saya akan
menambah sedikit kos perbelanjaan seharian dan kemungkinan besar akan terlibat dalam
kesesakan lalu lintas yang akan menyebabkan saya lewat datang kerja serta menjejaskan
prestasi saya. Selain itu, ancaman lain adalah kerja yang dihasilkan tidak memenuhi dan
memuaskan kehendak syarikat kerana skop kerja tidak sesuai dengan kelayakan saya.
Persekitaran yang tidak menarik juga memberi ancaman bahawa prestasi kerja saya
merosot kerana tidak boleh fokus dan saya akan berasa risau dan tidak tenang kerana
syarikat ini kurang dan sederhana stabil.
SBFS1103
10
2.4 Perbandingan antara Syarikat A, B dan C
Syarikat /
Faktor
Syarikat A Syarikat B Syarikat C
Kekuatan
(Strenght)
- Gaji yang tinggi
- Elaun disediakan
- Skop kerja sangat
berkelayakan
- Jumlah cuti ( 30 hari )
- Kerja lebih masa boleh
dituntut
- Ada faedah perubatan
- Jarak yang dekat (
10km )
- Persekitaran kerja yang
sangat menarik
- Sangat stabil
- Elaun diberikan
- Peluang kerja yang
tinggi
Kelemahan
(Weakness)
- Jarak sangat jauh (
35km )
- Tidak stabil
- Peluang yang
sederhana
- Kerja lebih masa tidak
boleh dituntut
- Jumlah cuti tahunan (
26 hari )
- Persekitaran kerja
yang kurang menarik
- Tiada faedah
perubatan
- Gaji yang sederhana
- Tiada elaun
- Kelayakan skop kerja
kurang
- Peluang yang rendah
untuk maju pada masa
depan
- Gaji yang rendah
- Jumlah cuti ( 24
hari )
- Jarak sedikit jauh (
25km )
- Kerja lebih masa
tidak boleh dituntut
- Kelayakan skop
kerja yang sederhana
- Tiada persekitaran
kerja yang menarik
- Faedah perubatan
tidak ditanggung
- Sederhana stabil
Peluang
(Oppurtunity)
- Gaji yang tinggi dan
elaun boleh menjadi
simpanan
Mengurangkan kos
- Boleh menambahkan
pendapatan
- Dapat menyokong
kos perbelanjaan
- Dapat lebih berjaya
SBFS1103
11
- Kesesuaian kelayakan
utama berkesan
- Boleh mendapatkan
kemudahan perubatan
- Boleh lebih banyak
masa berehat
- Boleh meningkatkan
prestasi
- Boleh meningkatkan
reputasi
dan maju
Ancaman
(Threat)
- Kurang masa untuk
berehat atau bercuti
- Risiko kerana tidak
stabil
- Jarak yang jauh
- Kerja lebih masa tidak
dibayar dan
menimbulkan tidak
puas hati
- Peluang yang
sederhana menjadi
halangan
- kos perubatan yang
tinggi
- Tidak fokus dan
prestasi kerja akan
terjejas
- Kurangkan kos
perbelanjaan
- Berlaku kesilapan
- Tidak akan maju dan
berjaya
- Masalah dalam
pengurusan
kewangan
- Kurang masa cuti
- Jarak sedikit jauh
- Kerja yang
dihasilkan tidak
memenuhi /
memuaskan
kehendak
- Kos perubatan
tinggi
- Prestasi kerja akan
terjejas
- Risau sedikit
kerana keadaan
syarikat
SBFS1103
12
Berdasarkan analisis SWOT keatas ketiga-tiga syarikat ini terdapat perbezaan
diantara ketiga-tiga syarikat tersebut. Syarikat B mempunyai persekitaran kerja yang
sangat menarik berbanding Syarikat A yang mempunyai persekitaran kerja yang kurang
menarik dengan Syarikat C yang tidak mempunyai persekitaran kerja yang
menarik.Tetapi dari segi kesesuaian kerja berdasarkan kelayakan yang ada, Syarikat A
sangat sesuai dengan kelayakan berbanding Syarikat C yang mempunyai kesesuaian yang
sederhana dengan kelayakan dan Syarikat B yang kurang sesuai dengan kelayakan yang
ada. Syarikat A pula menawarkan gaji yang paling tinggi tetapi kerja lebih masa tidak
boleh dituntut berbanding Syarikat B yang menawarkan gaji yang sederhana tetapi kerja
lebih masa boleh dituntut manakala Syarikat C menawarkan gaji yang rendah disamping
kerja lebih masa tidak boleh dituntut. Jarak Syarikat A terletak agak jauh berbanding
Syarikat B dan C iaitu sejauh 35km dan ada elaun diberikan, Syarikat B pula terletak
pada jarak yang dekat iaitu sejauh 10km tetapi elaun tidak diberikan manakala Syarikat C
pula terletak pada jarak yang tidak kurang jauh berbanding Syarikat A iaitu sejauh 25km
dan elaun juga disediakan. Dari segi kriteria perubatan pula, Syarikat B saja yang
menyediakan faedah perubatan dan cuti tahunan yang diberikan banyak iaitu sebnayak 30
hari berbanding Syarikat A yang tiada faedah perubatan dengan cuti tahunan sebanyak 26
hari dengan Syarikat C yang juga tiada faedah perubatan dan cuti tahunan yang sedikit
iaitu sebanyak 24 hari sahaja. Syarikat C mempunyai peluang yang tinggi untuk maju ke
hadapan berbanding Syarikat A dan Syarikat B tetapi Syarikat C ini kurang stabil dalam
perniagaannya berbanding dengan Syarikat A yang mempunyai peluang yang sederhana
untuk maju kehadapan tetapi syarikat tersebut tidak stabil manakala Syarikat B yang
kurang mempunyai peluang untuk maju ke hadapan tetapi syarikat ini mempunyai
kestabilan yang sangat kukuh.
3.0 PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN YANG RASIONAL
Untuk mencapai keputusan yang sesuai saya telah pun menjalankan analisis
SWOT dan mengenalpasti setiap kriteria sama ada dari segi kekuatan, kelemahan,
peluang dan juga ancaman pada setiap syarikat. Setelah itu saya telah mengemaskini
SBFS1103
13
kriteria tersebut mengikut kepentingan, kemudian saya terus bertindak dengan
mengenalpasti tindakan yang diperlukan dan membuat satu perancangan yang teratur
untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam membuat keputusan bagi masalah ini, saya
telah menggunakan langkah-langkah penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini.
Saya telah mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapai iaitu kesukaran dalam
membuat pemilihan untuk tiga buah syarikat berdasarkan kriteria yang telah dikenalpasti.
Saya membina matlamat untuk bekerja di bawah salah satu syarikat yang berpotensi dan
memberikan banyak manfaat kepada saya pada masa yang mendatang. Saya mencari idea
untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini dengan merancang untuk membuat
jadual PMI, analisis grid, analisis pareto dan sebagainya mengikut kriteria yang telah
dikenal pasti diantara ketiga-tiga syarikat ini. Setelah itu, saya memilih satu idea yang
telah diberikan untuk membuat sesuatu keputusan yang baik iaitu untuk membuat jadual
PMI (menimbnag persetujuan dan penolakan keputusan). Kemudian saya melaksanakan
rancangan tindakan iaitu dengan melakukan jadual PMI tersebut seperti di bawah.
SYARIKAT/
KRITERI
Kepentingan A B C
Persekitaran Kerja 3 2 3 1
Kesesuaian Kelayakan 3 3 1 2
Gaji 3 3 2 1
Jarak 3 1 3 2
Elaun 3 3 1 3
JUMLAH 12 10 9
Kerja Lebih Masa 2 1 3 1
Peluang untuk Maju 2 2 1 3
Kestabilan 2 1 3 2
JUMLAH 16 17 15
Perubatan 1 1 3 1
Cuti Tahunan 1 2 3 1
SBFS1103
14
Jadual
PMI (menimbnag persetujuan dan penolakan keputusan)
Rujukan:
Kepentingan: sangat penting =3 , sederhana penting =3 , tidak penting =1
Pilihan : sangat pilih =3 , sederhana pilih =3 , kurang pilih =1
Berdasarkan jadual PMI tersebut, saya telah membuat penilaian terhadap kesemua
kriteria yang telah disenaraikan dan membuat keputusan memilih Syarikat B untuk
bekerja di syarikat tersebut kerana jumlah keputusan Syarikat B adalah tinggi iaitu 23
berbanding Syarikat A, 19 dan syarikat C, 17 dengan berdasarkan pemilihan kriteria yang
dibuat. Saya telah memilih Syarikat B kerana beberapa faktor iaitu:
3.1 Persekitaran Kerja
Syarikat ini mempunyai persekitaran kerja yang sangat menarik dan persekitaran
inilah yang akan melahirkan prestasi kerja yang baik walaupun kesesuaian kerja dengan
kelayakan yang saya ada adalah kurang sesuai. Jika persekitaran kerja tidak menarik
maka kita akan merasa tidak senang dan tidak suka untuk bekerja di syarikat tersebut.
Persekitaran kerja amat penting kerana ia memainkan peranan kepada emosi saya. Jika
emosi saya terganggu kerana persekitaran yang kurang menarik seperti rakan sekerja
yang suka membuli atau sebagainya, bagaimana saya hendak fokus dalam menjalankan
tugas saya walaupun ia mudah untuk dilakukan. Hal tersebut sekaligus akan menjejaskan
prestasi saya dan membuatkan saya kurang minat untuk bekerja. Persekitaran yang
menarik ini mendorong saya untuk lebih maju dan berjaya pada masa akan datang.
3.2 Gaji dan kerja lebih masa
Syarikat ini menawarkan gaji yang sederhana kepada saya. Gaji yang sederhana
bukan bermaksud gaji yang sedikit tetapi gaji yang cukup untuk menampung
perbelanjaan saya. Tetapi saya tidak perlu risau dengan gaji yang sederhana ini kerana
setiap kerja lebih masa yang saya lakukan boleh dituntu sama sekali.Tuntutan kerja lebih
JUMLAH BESAR 19 23 17
SBFS1103
15
masa ini akan membantu saya meningkatkan lagi pendapatan bulanan saya sekaligus
sebagai simpanan saya sekiranya diperlukan kelak.
3.3 Jarak
Jarak Syarikat B dengan kediaman saya hanya 10km walaupun tiada sebarang
elaun diberikan. Denagn jarak yang dekat ia dapat mengelakan saya terperangkap dalam
kesesakan lalu lintas dan lewat untuk sampai ke tempat kerja. Dengan jarak yang dekat
ini saya juga tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ke tempat kerja dan dapat
mengurangkan kos perbelanjaan harian saya walaupun tiada elaun yang diberikan
sekaligus prestasi kerja saya boleh meningkat kerana selalu datang awal ke tempat kerja.
3.4 Cuti
Saya memilih syarikat ini juga kerana syarikat ini menawarkan cuti tahunan yang
banyak iaitu sebanyak 30 hari dan tidak menjadi masalah untuk saya jika mahu pergi
berehat dan bercuti melauangkan masa bersama keluarga. Dengan adanya cuti yang
banyak ini dapat mengurangkan kadar pengambilan cuti sakit kerana cuti tahunan sudah
habis dan ia dapat meningkatkan prestasi kerja yang baik.
3.5 Faedah perubatan
Syarikat ini juga menyediakan faedah perubatan dimana jika saya sakit dan
memerlukan rawatan dengan kadar segera syarikat telah menentukan pusat kesihatan
mana yang harus saya pergi dan tidak perlu menungggu masa yang lama. Syarikat ini
juga akan menanggung segala kos perubatan yang terkini atau canggih yang tidak dapat
di mana-mana Pusat Kesihatan Kerajaan yang sememangnya percuma dan murah. Dan
ini akan menyebabkan saya tidak perlu risau jika menghadapi apa masalah kesihatan
sekalipun dan ia sangat berguna buat saya.
3.6 Peluang dan stabil
Walaupun Syarikat B mempunyai peluang yang kecil untuk memajukan dan
menonjolkan diri pada masa hadapan, saya masih boleh berusaha untuk memajukan diri
SBFS1103
16
saya berikutan syarikat ini dikatakan sangat stabil. Saya tidak perlu risau dan takut untuk
sebarang kemungkinan apabila kerja di syarikat ini dan makin yakin menunujukan
reputasi saya di syarikat ini. Peluang yang kecil tidak melemahkan saya kerana saya
yakin sebuah syarikat yang stabil akan sentiasa diberi peluang terhadap sesuatu projek
atau kerja dan dari situ saya akan menggunakan peluang yang kecil dengan menunjukan
kebolehan saya untuk memajukan diri saya pada masa yang mendatang.
4.0 KESIMPULAN
Apabila kita menghadapi dilema dalam pemilihan sesuatu tawaran kita haruslah
mengambil langkah yang bijak dalam mencapai sesuatu keputusan yang sesuai dan
memberi manfaat pada jangka masa yang panjang. Seharusnya kita harus mengenal pasti
dan faham mengenai masalah tersebut. Seperti saya yang berhadapan dengan masalah
dalam membuat keputusan untuk memilih syarikat yang sesuai berdasarkan tiga tawaran
kerja dari Syarikat A, B dan C. Saya telah mengenal pasti setiap kriteria yang terdapat
dalam ketiga-tiga syarikat tersebut dan melakukan analisis SWOT berdasarkan faktor
positif iaitu kekuatan dan peluang serta faktor negatif iaitu kelemahan dan ancaman.
Berdasarkan analisis SWOT yang telah dilakukan, saya telah mengenal pasti setiap
kriteria di dalam ketiga-tiga syarikat tersebut dengan mengetahui apakah kelebihan,
kekuatan, peluang dan ancaman setiap syarikat tersebut. Perbandingan antara ketiga-tiga
syarikat ini telah dibuat dan saya mengemaskini kriteria tersebut mengikut kepentingan
dan mengambil tindakan dengan membuat perancangan untuk menyelesaikan masalah
saya ini. Terdapat pelbagai idea atau teknik yang boleh digunakan pakai untuk saya
gunakan dalam mencapai sesuatu keputusan seperti jadual PMI, analisis grid, analisis
pareto dan sebagainya. Tetapi saya telah memilih untuk membuat jadual PMI
(menimbnag persetujuan dan penolakan keputusan) untuk mencapai keputusan yang
sesuai buat saya. Hasil dari jadual tersebut saya telah membuat keputusan yang rasional
dengan memilih bekerja di Syarikat B kerana syarikat ini mempunyai kekuatan
berbanding kelemahan iaitu dari segi cuti yang diberikan, kerja lebih masa yang boleh
dituntut, adanya faedah perubatan, jarak yang dekat, persekitaran kerja yang menarik dan
SBFS1103
17
mempunyai kestabilan yang kukuh. Dengan adanya kekuatan ini akan timbulah pelbagai
peluang yang memberi manfaat kepada diri saya seperti pengurangan kos perbelanjaan,
menambahkan pendapatan dan boleh mendapatkan kemudahan perubatan.
Walaubagaimanapun sesebuah organisasi tidak lari dari adanya kelemahan dan ancaman.
Bagi Syarikat B, mempunyai kelemahan dari segi gaji yang sederhana, tiada elaun,
kelayakan kurang sesuai dan kurangnya peluang sekali gus memberi ancaman terhadap
saya. Tetapi saya berpendapat bahawa kelemahan dan ancaman ini boleh diperbaiki untuk
memantapkan lagi syarikat ini. Contohnya seperti dengan mengadakan kenaikan gaji
berperingkat setiap tahun untuk mengatasi pemberian gaji yang sederhana ini sekaligus
dapat menampung kos elaun yang tidak diberikan. Selain itu saya mencadangkan agar
syarikat ini dapat meluaskan kelayakan kerja di setiap bahagian dalam syarikat tersebut
mengikut bidang yang tertentu dan sentiasa merebut peluang yang ada untuk lebih maju
pada masa akan datang. Saya juga mencadangkan agar syarikat ini dapat membuat
sesuatu program penilaian dengan memberi penghargaan dan pencapaian kepada pekerja
yang cemerlang supaya semua pekerja sentiasa berusaha untuk memaksimum dan
memantapkan potensi kerja masing-masing. Selain itu saya juga mencadangkan supaya
syarikat ini menubuhkan Kelab Keluarga yang bertujuan sebagai satu medium atau
perantaraan antara semua pekerja dengan majikan supaya hubungan yang baik antara satu
sama lain terjalin dan ia juga akan melahirkan persekitaran kerja yang menarik dan
semua pekerja gembira bekerja di syarikat ini.
(4331 patah perkataan)
SBFS1103
18
6.0 RUJUKAN / REFERENSI
Compton, B.R., Galaway, B., & Cournoyer, B. R. (2005). Social Work Processes
(7th Edition). California: Brooks/Cole Publishing
Kantial H.K & Espira A, (2011). Thingking Skills and Problem Solving. Selangor:
Meteor Doc Sdn Bhd.
________________.[Online].Available:http://www.businessdictionary.com/definition
/decision-making.html [ 23 Okt 2012]
____________.[Online]. Available :http://www.unimap.edu.my/images/
Analisis_SWOT%5B1%5D.pdf.[ 23 Okt 2012]