Theory of teaching & learning
-
Upload
khairul-amri-mohd-ismail -
Category
Documents
-
view
278 -
download
2
description
Transcript of Theory of teaching & learning
THEORY OF TEACHING AND LEARNING
CURRICULUM AND PEDAGOGY
PREPARED BY :NORDIN BIN OTHMAN (812726)KHAIRUL AMRI BIN MOHD ISMAIL ( 812610)
PENSYARAH:PROF. MADYA DR. ABDULL SUKOR B. SHAARI
TEORI
Abdull Sukor Shaari (2011) – Pedagogi Dari Sekolah ke Institut Pendidikan TinggiTeori bermaksud satu set konsep atau definisi yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain yang menjelaskan tentang pandangan yang sistematik terhadap hubungan antara pemboleh ubah yang bertujuan menjelaskan dan meramalkan sebuah fenomema
Jonathan H. Turner (2007) – A Sociological TheoryTeori ialah satu proses pengembangan idea-idea yang membantu kita menjelaskan bagaimana dan mengapa sesuatu peristiwa terjadi.
Mok Soon Sang (2010) – Pedagogi Untuk Pengajaran & PembelajaranPengajaran masa kini ditafsirkan sebagai satu proses , komunikasi atau interaksi , sains dan seni.
Pengajaran sebagai satu proses : • Penyebaran ilmu pengetahuan. • Penyebaran kemahiran yang tertentu supaya
pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan
PENGAJARAN
Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi : • Perhubungan dan interaksi dua hala berlaku antara
guru dengan murid.
Pengajaran sebagai suatu bidang sains : • Aktiviti yang bercorak saintifik.• Penggunaan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang
telah dikaji dan diuji oleh pakar pendidik.
Pengajaran sebagai suatu bidang seni : • Pengajaran juga mengandungi seni.• Pencapaian objektif dicapai melalui guru yang boleh
menggunakan bakat dan kecekapan.• Merancang dan menyampaikan pengajaran dengan
kepercayaan sendiri.
Gagne (1970) – The conditions of learningPembelajaran sebagai proses perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan , tetapi tidak disebabkan pertumbuhan.
Morgan and King (1975) – Introduction to PsychologyPembelajaran sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang kekal hasil daripada pengalaman yang diperolehi atau akibat latihan yang dijalani.
Ormrod (1995). Dalam Noraiti , Boon , Sharifah (2012). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam : OxfordPembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif) , emosi , pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku , pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan.
PEMBELAJARAN
1 Mazhab Behavior
2 Mazhab Kognitif
3 Mazhab Sosial
4 Mazhab Humanis
KONSEP PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI-TEORI
TOKOH-TOKOH
MAZHAB BEHAVIORIS
Watson
Thorndike
Skinner
Pavlov
Fokus Mazhab
Behavioris
Hubungan R – G menghasilkan
perubahan tingkah laku
Tingkah laku boleh diperhati , dikawal
dan diramal
Pembolehubah boleh dilihat , dinilai dan dimanipulasikan
TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV
Mengasaskan teori
pembelajaran berdasarkan tingkah laku
eksplisit (perlakuan yang
boleh dilihat berlaku)
Gerak balas semula jadi
berlaku disebabkan rangsangan
daripada persekitaran.
Ivan Pavlov(1849 – 1936)
Memperkenalkan Teori Pelaziman Klasik (1927)
PRINSIP ASAS PAVLOV
Setiap rangsangan
akan menimbulkan gerak balas
Pembelajaran berlaku akibat
perkaitan antara R - G
Pembelajaran yang berlaku
akibat perkaitan 2R (neutral + semula jadi)
dipanggil PELAZIMAN
KLASIK
1. Rangsangan nuetralSebarang objek/perkara/peristiwa dalam persekitaran yang
tidak ada hubungan langsung dengan diri , dan kita tidak akan memberikan gerak balas/respons kepadanya.
2. Rangsangan semulajadi ( Rangsangan Tak Terlazim)Sebarang objek/perkara/peristiwa dalam persekitaran yang
ada hubungan secara semula jadi dengan diri , dan kita akan memberikan gerak balas/respons secara semula jadi (refleksif) kepadanya.
3. Rangsangan TerlazimRangsangan nuetral yang wujud secara tersendiri selepas
berserta rangsangan semula jadi (rangsangan tak terlazim) dan menghasilkan gerak balas semula jadi .
3 JENIS RANGSANGAN PAVLOV
1. Gerak balas semula jadi (gerak balas tak terlazim)Gerak balas / respons yang berlaku secara semula
jadi atau berupa pantulan / refleksif apabila menerima rangsangan semula jadi (rangsangan tak terlazim).
2. Gerak balas terlazimGerak balas / respons yang dihasilkan oleh
rangsangan nuetral (rangsangan terlazim ) setelah dipadankan dengan rangsangan semula jadi (rangsangan tak terlazim)
2 JENIS GERAK BALAS PAVLOV
EKSPERIMEN PAVLOV
Sebelum pelaziman
Gerak balas
( RTT) RembesanAir liur (GTT)
Gerak balas ( RN)
Tiada
Semasa pelaziman
Gerak balas
( RN)
( RTT) RembesanAir liur (GTT)
Gerak balas
Selepas pelaziman
RembesanAir liur (GT) ( RT)
IMPLIKASI TOERI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV DALAM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
(i) Mengaitkan Simbol dengan Objek Konkrit
Sebelum pelaziman
RTT GTTSemasa pelaziman
b o l a +
“bola” disebut oleh murid-murid
“bola” disebut oleh murid-murid
RTT GTT
RT
Selepas pelaziman
b o l a“bola” disebut oleh
murid-murid
GT
RT
(ii)Mengaitkan Simbol Matematik dan Konsepnya
Garis lurus mempunyai
kecerunan m dan memotong paksi y
di c
Sebelum pembelajaran
RL GL
Garis lurus mempunyai
kecerunan m dan memotong paksi y
di c
Semasa pembelajaran
= +y mx c
Garis lurus mempunyai
kecerunan m dan memotong paksi y
di c
Selepas pembelajaran
= +y mx c
1. Menggabungkan pengalaman positif ( RT ) dengan tugasan pembelajaran ( RTT ) untuk menghasilkan gerak balas terlazim.
Pengajaran yang berkesan apabila guru sentiasa :
2. Membimbing murid/pelajar membuat generalisasi yang tepat.
3. Membimbing murid/pelajar membuat diskriminasi yang tepat.
4. Memberi latihan yang mencukupi (RT) untuk mengukuhkan Gerak Balas Terlazim
5. Menggunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan Gerak Balas Terlazim.
RUMUSAN
TEORI PELAZIMAN TINGKAH LAKU WATSON
Tingkah laku manusia
ialah sesuatu reflek
terlazim melalui proses
pelaziman klasik
Pencipta istilah ‘Behaviorisme’
Watson(1878 – 1958)
Manusia mempelajari gerak balas
untuk penyesuaian
dalam siatuasi baru
• Pembelajaran melalui proses pelaziman ini berjaya dilakukan berdasarkan 2 prinsip:(1) Prinsip kekerapan
(2) Prinsip Tempoh Kebaruan
Lebih kerap gerak balas terhadap ransangan tertentu berlaku , lebih besar kemungkinan gerak balas yang sama akan berlaku apabila ransangan itu wujud semula pada masa depan.
Semakin tempoh lebih baru kita menggunakan sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan, semakin lebih besar kemungkinan kita akan bergerak balas secara serupa terhadap rangsangan itu , jika ia muncul sekali lagi.
Manusia mewarisi 3 jenis emosi semula jadi:i. takutii. marahiii. Kasih sayang.
Emosi manusia atau perubahannya adalah dipelajari melalui proses pelaziman.
Watson membuktikan hipotesis ini melalui satu eksperimen “ Little Albert Experiment”
PEMBELAJARAN EMOSI WATSON
LITTLE ALBERT EKSPERIMEN (1920)
Tikus putih RT Tidak Takut
Dentuman Kuat RTTTakut/menangis
GTT
Sebelum Pelaziman
Semasa Pelaziman
Tikus PutihRT
+Dentuman
KuatRTT
Takut/ menangisGTT
Selepas Pelaziman
Tikus putih RTTakut / menangis
GT
1. Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui pelaziman. Tingkah laku positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai.
2. Untuk menguasai kemahiran penyelesaian masalah , murid hendaklah belajar perhubungan gerak-gerak balas secara sistematik.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN WATSON
3. Untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan , latihan-latihan hendaklah dijalankan secara latih tubi.
4. Dalam proses pengajaran , guru hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid supaya minat belajar , dan mengelakkan penggunaan rangsangan yang membawa kesan negatif.
• Teori ini menekan perkaitan gerak balas dengan rangsangan. Gerak balas berlaku sebelum rangsangan .
• Gerak balas yang berlaku adalah gerak balas yang dipilih dan dilatih terlebih dahulu , kemudian diberi ganjaran (makanan).
• Dalam pelaziman operan, organisma mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya ditentukan oleh rangsangan (ganjaran) yang diberikan.
• Perkataan ‘Operan’ boleh membawa maksud aksi atau manipulasi ke atas lingkungan persekitaran.
TEORI PELAZIMAN OPERAN
TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE
Mengemukakan teori pelaziman operan
berasaskan konsep hubungan (connection)
Terkenal dengan Teori Cuba-Jaya (1911)
(1874 – 1949)
Hubungan R – G menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan /
memuaskan
EKSPERIMEN THORNDIKE
Kucing yang lapar dikurung di dalam
sangkar dan makanan diletakkan diluar
Kucing melakukan pelbagai tindakan melepaskan diri – proses cuba jaya
Kucing terpijak tuil , pintu terbuka – menuju
ke makanan
Kucing dikurung semula dan melakukan proses
yang sama untuk melepaskan diri
Mengikut perhatian Thorndike , semakin banyak kali percubaan, semakin cepat kucing itu dapat membuka pintu sangkar.
Pembelajaran merupakan proses cuba-jaya (trial and error) atau memilih dan menghubungkaitkan (selecting and connecting). Di dalam proses ini , oleh kerana latihan dilakukan secara berulang-ulang, gerak balas yang salah dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurang , perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh. Maka , persepsi perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya sebenarnya mewakili konsep pembelajaran.
KESIMPULAN KAJIAN
1. HUKUM KESEDIAANMerujuk kepada kesediaan dan keupayaan persiapan seseorang
individu itu untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran
Apabila seseorang murid bersedia untuk belajar , maka pembelajarannya berkesan dan memuaskan.
Apabila seseorang murid belum bersedia untuk belajar , maka pembelajarannya tidak sempurna.
Apabila seseorang murid tidak bersedia untuk belajar , tetapi dipaksa belajar , maka pembelajarannya tidak berkesan dan mengecewakan.
Aspek kesediaan yang perlu ada dalam diri murid-murid adalah:kesediaan psikomotor , kesediaan efektif dan kesediaan kognitif
3 HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE
2. HUKUM LATIHAN
Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R – G) mesti diperkukuhkan melalui latihan demi latihan. Supaya murid-murid
berkenaan mampu menguasai sesuatu kemahiran.
Hukum latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan , semakin bertambah kukuh ikatan gerak balas
yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan
Disebaliknya pula , pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan menjadi semakin lemah sekiranya aktiviti-aktivi
pengukuhkan kurang diberi perhatian.
3 HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE
3. HUKUM KESAN
Manakala , jika kesan pengalaman itu tidak menyeronokkan atau mengecewakan , pertalian rangsangan dan gerak balas akan
menjadi semakin lemah dan lenyap.
Hukum kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu
memperolehi kesan yang menyeronokkan selepas gerak balas dihasilkan.
Misalnya , apabila seorang kanan-kanak melakukan sesuatu gerak balas yang tepat , jika orang dewasa memujinya dengan
serta merta , kanak-kanak yang berkenaan akan mendapat keseronokan dan kepuasan dan gerak balas itu akan
diperkukuhkan serta dikekalkan.
3 HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE
IMPLIKASI TOERI PEMBELAJARAN THORNDIKE DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
1. Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar , guru harus memulakan dengan set induksi yang menarik perhatian dan menggunakan motivasi yang sesuai.
2. Bagi mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas, seorang guru mesti memperbanyakkan akitiviti latihan , ulangkaji , aplikasi , serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.
3. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon atau gerak balas yang betul daripada murid.
4. Memberi peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.
• Menurut B.F. Skinner (1904 – 1990) , pelaziman operan (pelaziman instrumental ) adalah satu kaedah pembelajaran yang berlaku kerana ganjaran dan hukuman untuk menghasilkan tingkah laku (gerak balas).
• Skinner menggunakan perkataan ‘operan’ untuk merujuk kepada setiap gerak balas aktif yang bertindak ke atas lingkungan persekitaran bagi menghasilkan kesan-akibat (consequences).
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
• Kesan-akibat (ganjaran atau hukuman) daripada sesuatu gerak balas akan menentukan kemungkinan gerak balas itu berlaku , sama ada diteruskan (diulangi ) atau dihapuskan (tidak diulangi).
• Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan ‘Skinner Box’ di mana tingkah laku binatang tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod.
Skinner Box
KOTAK SKINNER (1938)
Seekor tikus yang lapar diletakkan dalam kotak yang dilengkapi alat penekan pada
dindingnya
Tikus berlari mundar-mandir kelaparan
Biji-biji makanan terkeluar kerana tikus tersebut terpijak
alat penekan
Proses yang sama berulang sehingga tikus akan memijak penekan untuk mendapatkan
makanan
Cara pembelajaran ini dikenali oleh Skinner sebagai pembelajaran melalui pelaziman operan. Sesuatu gerak balas
hanya akan berulang jika wujud ganjaran dipersekitaran.
EKSPERIMEN 1
Skinner memutuskan litar hubungan biji-biji
makanan dengan alat penekan
Biji-biji makanan tidak keluar. Tikus berhenti menekan butang tersebut
Skinner menghuraikan fenomena ini sebagai proses penghapusan , iaitu apabila makanan ( ganjaran ) didapati tidak dikeluarkan lagi , tikus pun berhenti
memijak alat penekan tersebut (gerak balas).
EKSPERIMEN 2
Skinner menghubungkan lampu dengan alat
penekan
Apabila lampu menyala , tikus akan memijak alat penekanan , makanan
dikeluarkan.
Apabila lampu tidak menyala , makanan tidak
dikeluarkan.
Proses di ulang-ulang. Tikus hanya memijak
penekan apabila lampu menyala sahaja.
Fenomena ini dihuraikan oleh Skinner sebagai pembelajaran diskriminasi. Tikus telah belajar cara membezakan masa yang sesuai untuk memijak alat
penekan untuk mendapatkan makanan.
EKSPERIMEN 3
• Tingkah laku yang diikuti oleh peneguhan akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang sama pada masa depan
• Tingkah laku yang tidak lagi diikuti oleh peneguhan akan mengurangkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku tersebut pada masa depan
PRINSIP-PRINSIP PELAZIMAN OPERAN SKINNER
PENEGUHAN POSITIF
• Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan pemberian sesuatu rangsangan / ganjaran berikutan gerakbalas yang ditunjukkan
PENEGUHAN NEGATIF
• Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan penghapusan sesuatu rangsangan yang membosankan berikutan gerakbalas yang ditunjukkan
JENIS-JENIS PENEGUHAN
TINGKAH LAKU MASA DEPANPelatih berlatih dengan penuh semangat
KESAN / AKIBATJurulatih memberi pujian (peneguhan positif)
TINGKAH LAKUPelatih melakukan teknik kemahiran yang betul
TINGKAH LAKU MASA DEPANPelatih berlatih dengan penuh dedikasi
KESAN / AKIBATJurulatih memberi denda (peneguhan negatif)
TINGKAH LAKUPelatih melakukan latihan tidak berdisiplin.
• Sesuatu kemahiran / teknik yang baru hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala.
• Penggunaan peneguhan positif → keseronokan Penggunaan peneguhan negatif → membosankan
• Prinsip penghapusan sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku yang tidak diingini.
• Membantu pelajar menguasai konsep diskrimanasi.
• Kadangkala , peneguhan negatif sesuai untuk berlaku tingkah laku yang diingini.
IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
MAZHAB KOGNITIF
Kohler
Tolman
Piaget
Gagne
Brunner
Ausubel
TOKOH-TOKOH
Fokus Mazhab Kognitif
Pembelajaran – proses mental – berlaku dalam
akal fikiran
Pembelajaran tidak dapat dilihat secara
langsung
Dikenali ‘Teori Gestalt’ – celik akal , kaedah
penemuan , penyelesaian masalah dan resepsi
Terkenal dengan Teori ‘Gestalt’
‘Gestalt’ (bahasa Jerman) bermaksud “ bentuk , organisasi pola atau konfigurasi yang ditanggap”
• Kohler menekankan bahawa seseorang itu perlu mengkaji keseluruhan untuk menemui apa-apa bahagian semula jadi.
TEORI PEMBELAJARAN KOHLER
(1887 – 1967)
• Celik akal adalah kebolehan mental menyelesaikan masalah secara tiba-tiba dengan menggabungkan unsur-unsur berlainan untuk membuat pertalian antaranya.
• Kohler telah menggunakan cimpanzi (Sultan) untuk membukti dan menyokong teori beliau.
KOHLER & PEMBELAJARAN CELIK AKAL
• Cimpanzi telah gunakan pengalaman dan persepsinya dengan mengaitkan rangsangan seperti kotak-kotak dan pisang untuk menyelesaikan masalahnya tanpa pengukuhan.
• Haiwan seperti cimpanzi telah belajar melalui proses CELIK AKAL
KESIMPULAN EKSPERIMEN KOHLER
Keseluruhan Bahagian
TEORI PENGAMATAN GESTALT (Hukum Pragnanz)
• Berdasarkan pengamatan secara keseluruhan
Keseluruhan
• Guru perlu menggalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pelajaran
• Membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran
• Menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai
• Membimbing murid menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal
• Menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing murid supaya menggunakan celik akal mereka , demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOHLER
• Mengajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan murid dan pengalaman mereka.
• Guru tidak perlu memberi terlalu banyak penerangan tetapi berperanan sebagai seorang fasilitator ; beliau perlu menggalakkan proses kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam bilik darjah.
• Guru perlu memberi beberapa pendedahan kepada pelbagai latihan untuk melihat unsur-unsur yang berkaitan dari persekitaran dan membuat keputusan yang munasabah.
• Membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya murid boleh menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.
• Guru-guru juga perlu mengurus murid-murid dari segi emosi , tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran berjalan lancar.
• Edward C. Tolman (1886 – 1959) – memperkenal teori isyarat-Gestalt melalui peta kognitif (cognitif map)
• Pembelajaran merupakan tingkah laku bertujuan (purposive behaviorisme) , gerak balas yang berlaku adalah terarah untuk mencapai objektif.
• Tolman menggunakan tikus putih sebagai eksperimen untuk menjelaskan penggunaan peta kognitif untuk mencapai objektif (makanan).
TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT TOLMAN
• Pembelajaran merupakan perkaitan rangsangan-rangsangan dengan objektifnya. Maka guru hendaklah melatih murid menggunakan persepsi mereka secara tepat.
• Persepsi adalah penting untuk mendapat perkaitan rangsangan-rangsangan ( simbol , istilah , bahasa dan sebagainya) dengan kemahiran ataupun ilmu pengetahuan.
• Guru hendaklah membimbing murid membina peta kognitif yang tepat dalam proses pembelajaran
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT TOLMAN
• Sesuatu masalah yang melibatkan penggunaan bebarapa rangsangan ( misalnya , hukum , prinsip atau teorem ) hendak dipersepsi secara menyeluruh. Misalnya , untuk menyelesaikan masalah geometri tentang bulatan , semua teorem asas geometri yang berkaitan hendaklah dibawa dalam pertimbangan.
• Untuk mencapai pembelajaran secara berkesan , murid hendaklah terlebih dahulu diberi gambaran secara keseluruhan terhadap isi kandungan yang akan dipelajari. Ini boleh dipersepsikan melalui set induksi.
• Jean Piaget ( 1896 – 1980 ) – tokoh psikologi dalam abad ke-20 telah memperkenalkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak.
• Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak mendapati wujudnya sistem logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak.
• Menurut beliau , pengetahuan yang diperoleh daripada interaksi dengan persekitaran akan membolehkan pembentuk skema , iaitu struktur asas mental yang mewakili pengetahuan seseorang.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET
Stage 1
Stage 2
Stage 3Stage 4
0 - 2 th
Deria motor
Penyelarasan deria dan tindakan motor
Menyedari wujud kekekalan objek
Pra-operasi Perkembangan
pemikiran simbolik.
Egosentrik
Sentrasi
ketakbolehbalikan
Operasi Konkrit
Operasi mental kepada peristiwa konkrit
Mengklasifikasi
Peraturan konservasi
Operasi Formal
Operasi mental kepada idea abstark
Logik
Berfikir secara bersistematik
2 - 7 th 7 - 11 th lebih 11
PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF
1. SKEMA
KONSEP ASAS KOGNITIF PIAGET
o Merujuk kepada struktur asas mental yang digunakan untuk menyusun maklumat dan pengalaman daripada interaksi dengan persekitaran.
o Struktur mental berubah secara dinamik dan akan sentiasa menyesuaikan diri kepada perkembangan mental dan pembelajaran yang diterima.
2. ASIMILASI
KONSEP ASAS KOGNITIF PIAGET
o Merujuk kepada proses mental mengintergrasi maklumat dan pengalaman baru dalam skema kognitif yang sedia ada.
o Mental melalui proses asimilasi cuba menempatkan konsep-konsep baru dengan bantuan skema struktur kognitif yang tetap ada.
3. AKOMODASI
KONSEP ASAS KOGNITIF PIAGET
o Merujuk kepada proses mengubah struktur skema yang sedia ada untuk menyesuaikan kefahaman dengan input atau konsep baru.
o Akomodasi akan berlaku apabila skema kognitif tidak dapat mengasimilasikan input baru dari persekitaran dan terpaksa membuat perubahan dengan mengeluarkan pengetahuan lama yang telah dipelajari untuk mengakomodasikan satu ilmu pengetahuan terkini.
4. ADAPTASI / KESEIMBAGAN
KONSEP ASAS KOGNITIF PIAGET
o Keadaan di mana struktur skema kognitif terus membuat perubahan sehingga mencapai satu tahap keseimbangan di antara asimilasi dan akomodasi dengan persekitaran.
o Struktur mental akan menjadi stabil apabila berlakunya pengaplikasian apa yang difahami atau dipelajari dalam persekitaran.
RUMUSAN KONSEP ASAS KOGNITIF PIAGET
Manusia belajar secara aktif
Membina pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia ada
Melakukan asimilasi & akomodasi
Mencapai keseimbangan kognitif
PENGAPLIKASIAN TEORI PIAGET DALAM BILIK DARJAH
Susunan kurikulum harus terancang dan
bersistemPemilihan alat
bantu mengajar yang sesuai
Contoh-contoh konkrit
digunakanSuasana kelas yang selamat &
harmoni
Isi pelajaran diajar dari
mudah ke sukar
Pelbagai mata pelajaran
mengembangkan potensi secara
menyeluruh
TEORI PEMEROSESAN MAKLUMAT GAGNE
Kajian beliau adalah tentang pemerosesan maklumat yang diterima oleh deria.
3 cara manusia menguasai ilmu ialah melalui • Pemerhatian• Refleksi• Penyelidikan
Sumbangan dalam dunia pendidikan :• Taksonomi pembelajaran• Hierarki pembelajaran
Memperkenalkan:• 9 langkah P & P• 8 fasa pembelajaran
TEORI PEMEROSESAN MAKLUMAT GAGNE
PERSEKITARAN
RESEPTOR
EFEKTOR
RAKAMA N
DERIA
Stor ingatan – jangka pendek
Stor ingatan – jangka panjang
Penjana gerak balas
Pusat Kawalan Jangkaan
HIERARKI PEMBELAJARAN GAGNE
Pembelajaran isyarat
Pembelajaran gerak balas
Pembelajaran rangkaian motor
Pembelajaran bahasa
Pembelajaran diskriminasi
Pembelajaran konsep
Pembelajaran prinsip
Pembelajaran penyelesaian masalah
❶
❷
❸
❹
❺
❻
❼
❽
FASA PEMBELAJARAN GAGNE
FASA MOTIVASI• jangkaan
1
FASA KEFAHAMAN• Pemerhatian – simpan persepsi
2
FASA PEROLEHAN• Pengekodan –
Simpanan Awal
FASA PENAHANAN• Penyimpanan – Stor Ingatan
FASA INGATAN KEMBALI• Mengingat kembali
- mencari
FASA GENERALISASI• Pindahan
FASA PRESTASI• Gerak balas
FASA MAKLUM BALAS• Peneguhan
3
45
6
7
8
PENYAMPAIAN PENGAJARAN GAGNE
Tarik perhatian pelajar
Maklumkan objektif pembelajaran
Cungkil dan kaitan pengetahuan sedia ada
Sampaikan isi pelajaran
Bimbing pembelajaran pelajar
Uji pemahaman pelajar
Beri maklum balas penguasaan pelajar
Taksir pencapaian pembelajaran
Tingkatkan ingatan & pemindahan belajar
1
2
3
4
5
6
7
8
9
TEORI PEMBENTUKAN KONSEP BRUNER
(1915 – 2009)
• Tokoh revolusi kognitif• Definisi kognitif : alat bagi
organisma untuk memperolehi , menyimpan dan mengubah maklumat
• Memperkenal pembelajaran konsep melalui pengkategorian
• Pembelajaran berpusatkan pelajar & berbentuk induktif
• Memperkenal 2 teori kognitif : Teori Pembentukan Konsep & Model Penemuan Inkuiri
FUNGSI KONSEP BRUNER
Mengkategori maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek.
Memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka ragam
Lebih mudah memahami , mempelajari & mengingati
Membuat generalisasi daripada simbol dan bahasa
FUNGSI KONSEP
TEORI PEMBENTUKAN KONSEP
STAGE 1 STAGE 2 STAGE 2
MODEL PENEMUAN INKUIRI
Ask(masalah)
Investigate(menyiasat)
Create(projek)
Discuss(bincang)
Reflect(rumusan)
Terkenal - ‘Teori Pembelajaran Penerimaan’ (resepsi)
Memperkenalkan konsep Advance Organizer (AO) / pengurusan / penyusunan awal & Subsumption theory . P & P berpusat guru (kuliah , ceramah)
Menekan tentang pembelajaran bermakna berlaku melalui bahan yang bermakna (penyampaian , buku teks , bahasa dll).
TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL
(1918 – 2008)
TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL
Memperolehi maklumat
Pengurusan / pendedahan Awal
Pembelajaran secara resepsi Pembelajaran secara penemuan
makna hafalan makna hafalan
Subsumption terbitan Subsumption korelatif
Pembelajaran subordinat (deduktif)Pembelajaran superordinat (induktif)
Pembelajaran gabungan (elektif)
Melalui proses asimilasi / akomodasi
Perubahan dan perkembangan struktur-struktur kognitif
• Pengetahuan baru tidak dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
• Diaplikasi dalam ‘Low Order Thinking’ skill (LOTS)
• Satu proses mengaitkan pengetahuan baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif.
• Diaplikasi dalam PBS sebagai ‘High Order Thinking’ skill ( HOTS)
JENIS PEMBELAJARAN PENERIMAAN (RESEPSI)
Pembelajaran hafalan(rote learning)
Pembelajaran bermakna(meaningful learning)
Advance Organizer (AO) (Pengurusan/pendedahan/penyusunan Awal)
• Penyesuaian skema dengan bahan baru• Sesuai digunakan dalam set induksi
AO Perbandingan / Komparatif
• Merujuk kepada perkaitan maklumat baru dengan maklumat sedia ada ataupun skema
AO Ekspositori
• Merupakan maklumat umum yang diberi sebelum pembelajaran maklumat khusus (deduktif) agar maklumat baru dapat diserap / diasimilasi dengan mudah.
AO Perbandingan / Komparatif
AO Ekspositori
• Merupakan konsep sesuatu maklumat baru diterbitkan daripada maklumat yang sedia ada dan diasimilasikan dalam struktur kognitif seseorang
• Merupakan maklumat atau konsep baru diterima melalui proses pengembangan maknanya dalam struktur kognitif seseorang.
Subsumption Terbitan Subsumption Korelatif
TEORI SUBSUMPTION AUSUBEL• Merujuk kepada penggabungan bahan baru ke dalam struktur
kognitif seseorang.
Ransangan, maklumat , konsep , prinsip yang sedia ada
Proses Subsumption
Terbitan
Proses Subsumption
Korelatif
Pembelajaran Subordinat
Pembelajaran Superordinat
Pembelajaran Gabungan
Struktur kognitif melalui proses asimilasi atau akomodasi
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL
1. Persembahkan ‘advance organizer’ dalam set induksi sebagai motivasi pembelajaran diperingkat permulaan.
2. Menggunakan pembelajaran resepsi yang bermakna dengan menyusun isi pelajaran secara sistematik dan berperingkat supaya murid dapat mengikutinya secara berkesan.
3. Guru hendaklah mempersembahkan maklumat secara ansur maju daripada maklumat umum kepada khusus , iaitu secara deduktif.
4. Bahan pengajaran harus cuba untuk mengintegrasikan bahan baru dengan maklumat yang sebelum ini dibentangkan melalui perbandingan dan rujukan silang idea baru dan lama.
• Tokoh mazhab sosial – Bandura (1925 -• Dikenali sebagai Teori Perlakuan Model.
• Pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’.
• Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
MAZHAB SOSIAL
• Melibatkan kognitif (teori sosial – kognitif )
Tumpuan perhatian
Penyimpanan dalam ingatan
Pengeluaran
Motivasi dan Peneguhan
LANGKAH PEMBELAJARAN PERMODELAN
3 Bentu
k
Secara langsung
Sekat laluan & tak sekat laluan
Elisitasi
BENTUK PENIRUAN
PENGARUH DALAM PEMBELAJARAN SOSIAL
PERSONALITITINGKAH LAKU
• Ceria• Cepat marah• Sabar• Cemburu• Murah hati• Was-was• Tenang• Ragu-ragu
KERANGKA KOGNITIF• Bahasa yang jelas• Imaginasi• Kritikal• Kreatif• Logikal• Berwawasan• Muhasabah
PERSEKITARAN• Keluarga• Sekolah• Guru• Rakan sebaya
IMPLIKASI MBELAJARAN PERMODELAN BANDURA
1. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi role model yang gemar dicontohi murid.
2. Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan murid menirunya dengan mudah dan tepat.
3. Semasa menjalankan demonstrasi , guru mesti pastikan murid-murid memberi perhatian dan penumpuan sepenuhnya.
4. Guru boleh juga gunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam kumpulan.
MAZHAB HUMANIS
Maslov (1908 – 1970)
Roger (1902 – 1987)
Pendekatan Humanisme melihat pelajar sebagai insan berpotensi , bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang
Situasi pembelajaran , hubungan dan penerimaan guru dan rakan-rakan ialah faktor penting dalam menghadapi pembelajaran.
Fisiologi
Keselamatan
Kasih sayang
Penghargaan
Kognitif
Estetik
Penyempurnaan kendiri
Makanan , air , tidur , udara , seks
Rumah , Perubatan , Pekerjaan , Kewangan
Kawan , keluarga , kekasih
Penghormatan , sanjungan , kemasyhuran , pengiktirafan
Pencapaian akademik ,pengetahuan penyelidikan dan penemuan
Persekitaran menarik (rumah cantik , kereta mewah)
Menonjolkan sebahagian besar bakat dan kebolehan untuk mencapai kepuasan diri
TEORI KEPERLUAN MASLOW• Seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum
memenuhi keperluan sekunder
Keperluan sekunder
Keperluan asas
Keperluan perkembangan
Keperluan kekurangan
TEORI PEMBELAJARAN PENGALAMAN CARL ROGERS
Mengutamakan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran: merancang , membuat , menganalisis , merumus dan membuat keputusan
Prinsip pendekatan :
• Pendidikan berpusatkan pelajar• Pembelajaran berasaskan kebebasan• Aktiviti hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata
bagi memupuk kemahiran hidup pelajar
Pandangan terhadap pembelajaran:• Bahan pembelajaran
berasaskan objektif• Elakan timbul ancaman• Libatkan pelajar dalam
aktiviti pembelajaran• Aktiviti hendaklah
berasaskan kehidupan seharian
IMPLIKASI PENDEKATAN HUMANISME
1. Mengutamakan strategi berpusatkan murid dan kaedah individu
2. Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif dan tanpa ancaman
3. Memastikan keperluan asas murid dipenuhi
4. Bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif di kalangan murid
5. Guru hendaklah melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai pelajar
6. Guru hendaklah menerima setiap pelajar tanpa syarat , mengikut potensi dan keupayaan masing-masing.
7. Guru perlu bertindak sebagai fasilitator dalam aktiviti perbincangan.
Jika kita berkeupayaan menyimpan dalam minda danmengaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Teori-teori Pembelajaran, maka kita akan sentiasa
menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif.
SEKIAN , TERIMA KASIH
PENUTUP