Test2 u.hasnah

65
1 BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Dewasa ini kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia telah pun beberapa kali dikemaskini dan diperbaiki bagi tujuan memenuhi kehendak semasa dunia yang semakin mencabar. Pelbagai pendekatan diperkenalkan bagi memurnikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam lingkungan sekolah. Namun begitu masih terdapat beberapa masalah yang timbul ekoran kurikulum dan sukatan pelajaran yang baru ini. Proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tidak dapat memenuhi kehendak sukatan pelajaran dan kurikulum yang ditetapkan. Hal ini timbul ekoran perubahan sikap pelajar dan perubahan persekitaran masyarakat ketika ini. Antara masalah yang timbul dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam ialah berkenaan minat pelajar di dalam kelas. Minat pelajar yang kurang terhadap pengajaran menyebabkan masalah seperti ponteng kelas, kelas tidak terkawal, kelas bising dan sebagainya. Tambahan lagi dalam

description

kajian tindakan bidang jawi

Transcript of Test2 u.hasnah

BAB 1PENGENALAN1.0 PendahuluanDewasa ini kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia telah pun beberapa kali dikemaskini dan diperbaiki bagi tujuan memenuhi kehendak semasa dunia yang semakin mencabar. Pelbagai pendekatan diperkenalkan bagi memurnikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam lingkungan sekolah. Namun begitu masih terdapat beberapa masalah yang timbul ekoran kurikulum dan sukatan pelajaran yang baru ini. Proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tidak dapat memenuhi kehendak sukatan pelajaran dan kurikulum yang ditetapkan. Hal ini timbul ekoran perubahan sikap pelajar dan perubahan persekitaran masyarakat ketika ini. Antara masalah yang timbul dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam ialah berkenaan minat pelajar di dalam kelas. Minat pelajar yang kurang terhadap pengajaran menyebabkan masalah seperti ponteng kelas, kelas tidak terkawal, kelas bising dan sebagainya. Tambahan lagi dalam topik sirah ada yang mengatakan topik yang membosankan dan sukar dikuasai oleh pelajar.

Secara amnya, pendekatan pelajaran dalam setiap bahagian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tidak terikat atau tertumpu kepada satu kaedah pengajaran sahaja. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan mengikut pengkhususan tajuk-tajuk tertentu. Memandangkan pelajaran sirah ini amat penting dalam menanam sifat kecintaan para pelajar terhadap Rasulullah s.a.w dan para sahabat maka perkara ini tidak boleh dianggap remeh oleh guru dalam mengajar pelajaran sirah. Pelajaran sirah juga boleh menerapkan akhlak para tokoh dan ilmuan Islam yang boleh dicontohi oleh umat Islam. Oleh itu, kajian tindakan ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah tersebut serta mengemukakan cadangan dan penambahbaikkan bagi mencapai matlamat pengajaran sirah ini iaitu meningkatkan kemahiran mengingat murid terutamanya dalam mengingati susunan nama-nama rasul. Kebanyakan murid sekolah pada hari ini masih lemah dalam mengingat fakta asas ini.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang laluPengkaji telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Sepanjang mengajar, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar bidang Pendidikan Islam untuk murid-murid tahun 2. Murid di dalam kelas ini seramai 27 orang murid yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan.

Latar belakang yang pelbagai menyebabkan wujud pelbagai tahap kecerdasan di dalam kelas pengkaji sepertimana yang dikaji oleh Gardner (1983) di dalam teorinya yang mengatakan bahawa manusia mempunyai lapan tahap kecerdasan. Hal ini menyebabkan proses penerimaan ilmu maklumat kepada setiap murrid itu berbeza tahap penerimaannya. Pengkaji sudah lama memerhatikan situasi ini di mana kebanyakan murid masih lambat dan perlahan dalam menerima satu persatu maklumat yang disampaikan oleh guru-guru terutamanya bagi bidang Sirah. Oleh itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang guru, ingin memilih bidang ini dalam usaha mengatasi permasalahan ini dalam kalangan murid dengan mencari punca sebenar dan modus operandinya.

41

Pengkaji mendapati bahawa murid-murid ini sukar untuk menguasai kemahiran mengingat dengan baik khususnya Sirah yang mana melibatkan peristiwa-peristiwa Islam walaupun telah beberapa kali dipelajari dan disoal oleh pengkaji. Antara kekangan yang dapat diperoleh secara tidak langsung ialah murid-murid begitu bosan dan tidak berminat untuk fokus dan menghayati sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Maka, natijahnya murid sukar untuk mengingat fakta-fakta sirah.

Semasa pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan nama-nama 25 rasul, terdapat beberapa murid sukar mengingat nama-nama 25 rasul dengan betul. Soalan-soalan secara lisan telah diajukan kepada mereka, dan mereka tidak dapat menjawab dengan betul. Semasa menjawab soalan, murid cuba berfikir dan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan serta meminta bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan.

Keadaan sama juga berlaku semasa murid melaksanakan aktiviti lembaran kerja berkenaan yang diedarkan oleh pengkaji. Murid-murid dilihat termenung dan cuba mengingat kembali isi pelajaran yang diajar kepada mereka. Murid cuba berbincang dengan rakan untuk mendapatkan jawapan. Melalui pemerhatian yang dibuat pengkaji, murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Murid tidak menulis nama-nama rasul dengan betul. Disamping itu juga, murid-murid kelihatan keliru antara nama malaikat dan nama-nama rasul yang wajib diimani. Situasi yang berlaku semasa sesi soal jawab dan aktiviti lembaran kerja berulang juga pada sesi pengukuhan kognitif di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Apabila melihat situasi sebegini, pengkaji bertanggungjawab untuk memperbaiki kemahiran mengingat murid berkenaan tajuk ini. Ini kerana susunan nama-nam 25 rasul ini merupakan salah satu isi pelajaran yang penting dalam sirah Islam. Bagi meningkatkan keupayaan mengingat murid-murid, pengkaji telah membandingbeza beberapa bentuk kaedah yang sesuai dengan tahap kecerdasan murid-murid.

Maka, disinilah pengkaji beranggapan bahawa masalah ini harus diselesaikan dengan menggunakan penyerapan unsur muzik dalam menghafal nama-nama 25 rasul iaitu melalui pendekatan nyanyian. Ini kerana ianya dilihat lebih dekat dengan diri murid-murid. Pembelajaran melalui nyanyian juga sesuai diterapkan kerana ia lebih berpusatkan murid kerana murid akan menyanyi secara berkumpulan dan individu berdasarkan lirik dengan bantuan guru. Kemudian mereka akan menghafal lagu berkenaan supaya memori ingatan mereka berkekalan dalam jangka masa yang lama.

1.2 Latarbelakang kajianKajian ini merupakan satu kajian tindakan bagi mengatasi masalah mengingat murid dalam pengajaran sirah. Kajian ini merupakan kajian secara langsung semasa pengkaji mengajar di Sekolah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Sepanjang pengajaran, pengkaji diberi kelas tahun 2. Ketika sesi pengajaran, didapati pelajar-pelajar tidak memberi fokus dan tumpuan terutamanya semasa pengajaran bab sirah . Ini secara langsung menyebabkan tahap kemahiran mengingat murid menjadi rendah Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah tersebut, pengkaji cuba mencari kaedah-kaedah pengajaran yang lebih bersistematik dan lebih menarik minat pelajar untuk belajar untuk mengingat fakta-fakta sirah dengan cepat dan efisien.

Dalam isi pelajaran ini,, murid-murid perlu memahami dan menguasai kemahiran mengingat nama-nama 25 rasul. Setiap individu mempunyai tahap keupayaan berfikir dan mengingat sesuatu perkara mengikut kemampuan masing-masing. Murid- murid tahun 2 ini iaitu pada umur 8 tahun di mana masih berada di tahap awal perkembangan kognitif. Jean Piaget (1959) menegaskan pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Beliau berpendapat bahawa perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi, terhadap keupayaan menghafal diantara dua jantina yang berbeza. Hasil kajian membuktikan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai keupayaan yang sama untuk menghafal sesuatu perkara. Perbezaannya bergantung kepada individu tersebut untuk menghafal fakta yang diberi.

Barangsiapa yang ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat, kitab- kitab, rasul-rasul dan hari kiamat, maka orang itu telah tersesat sejauh- jauhnya, (Surah al-Nisa: 136)

1.3 Pernyataan masalahMasalah-masalah yang timbul dalam kalangan murid ini dapat dikenal pasti hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Ini menunjukkan bahawa refleksi memainkan peranan yang penting kepada pengkaji khususnya dalam memperoleh maklumat yang sahih dan tepat.

Antara masalah utama yang dapat dikenal pasti ialah murid tidak dapat mengingat susunan nama-nama 25 rasul dengan mengikut urutannya apabila pengkaji menggunakan kaedah tradisional. Hal ini disebabkan oleh murid bosan dan tidak berminat untuk mengikuti kelas Sirah dengan baik. Responden yang dipilih pula berdasarkan markah lembaran kerja yang rendah dan tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan kepada mereka.

Menurut Robert M.Gagne (1970) seorang profesor dan ahli psikologi di dalam Model Pemprosesan Maklumat beliau mengemukakan sebanyak 8 jenis fasa dan fasa yang kelima adalah mengingat kembali. Fasa mengingat kembali ini merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka panjang. Isyarat daripada rangsangan luaran atau motif dalaman yang menggerakkan seseorang individu itu untuk cuba mengingat kembali maklumat.

1.4 Soalan kajianKajian ini akan menfokuskan kepada permasalahan berikut:1.4.1 Apakah tahap penguasaan murid dalam susunan nama-nama 25 rasul ?1.4.2Apakah punca murid lemah dalam menguasai nama-nama 25 rasul dengan mengikut tertibnya yang betul? 1.4.3Adakah kemahiran mengingat murid dalam susunan nama-nama 25 rasul dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah nyanyian?

1.5 Objektif kajianMelalui kajian ini, pengkaji dapat :1.5.1Mengetahui tahap penguasaan murid dalam susunan nama-nama 25 rasul1.5.2Mengenalpasti punca murid lemah dalam menguasai nama-nama 25 rasul dengan mengikut tertibnya yang betul1.5.3Mengenalpasti kemahiran mengingat murid dalam susunan nama-nama 25 rasul dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah nyanyian

1.6 Kepentingan kajianHasil dapatan kajian ini adalah diharap dapat:1.6.1 MuridKajian ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengingat murid terhadap susunan nama-nama 25 rasul. Ini kerana murid keliru dengan susunan tersebut.

1.6.2 GuruGuru Pendidikan Islam dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan untuk mengenal pasti punca murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dengan baik. Disamping itu, kajian ini amat berguna untuk guru dalam memilih kaedah dan teknik yang bersesuaian dan berkesan bagi meningkatkan kemahiran mengingat.

1.6.3 Pusat Perkembangan KurikulumDisamping itu, kajian ini akan memberi maklum balas kepada pusat perkembangan kurikulum mengenai keberkesanan aktiviti nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi bidang Sirah.

1.7 Batasan KajianKajian ini dijalankan berdasarkan batasan berikut: 1.7.1 Responden terbatas kepada 7 orang murid tahun 2. Kajian ini tidak melibatkan murid lain dari sekolah lain.1.7.2 Kajian ini hanya tertumpu nama-nama 25 rasul di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 2.1.7.3 Kajian ini hanya menfokuskan kaedah nyanyian bagi menguji keberkesanan kemahiran mengingat murid-murid.

1.8 Rumusan Bab ini menghuraikan penyataan masalah, objektif dan kepentingan kajian. Antara lain bab ini merumuskan bahawa murid yang hanya menerima segala pengajaran Sirah yang diajar oleh guru secara teori akan menyebabkan murid tidak mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis. Dengan adanya kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan berupaya memberikan peningkatan kemahiran mengingat dan membantu murid meningkatkan motivasi untuk meneroka lebih lanjut ilmu Sirah serta memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada murid dan menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif.

BAB 2KAJIAN LITERATUR2.0 KAJIAN LITERATURNyanyian merupakan salah satu dari cabang muzik. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983).

Abdullah al-Amin al-Namiy (1994) di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibnu Khaldun telah mengisyaratkan sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik dan nyanyian itu sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa melagukan sesuatu lagu.

Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), menyanyi adalah aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik. Kanak kanak suka menyanyi dan bagi kanak-kanak yang masih belajar, menganggap menyanyi lebih sebagai satu bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran.

Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan satu kegiatan yang dapat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Guru boleh menyediakan seni kata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan antaranya ialah, menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid mempelajari bahasa. Ia mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim dalam bilik darjah.

Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat berguna dan boleh mebantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga membantu dapat menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah nyanyian.

Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ayat al- Quran ini sesuai dengan proses mengingat bagi seseorang individu. Setiap individu dikurniakan Allah kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza- beza. Jadi, bagi mengingati sesuatu perkara, seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya ingatan itu berkekalan.

Menurut model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di bawah mazhab humanis yang menekankan bahawa pembelajaran manusia itu bergantung kepada emosi dan perasaannya dan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza. Dalam proses mengingat, emosi memainkan peranan penting. Emosi mempengaruhi keupayaan seseorang itu mengingat dan menghafal sesuatu fakta dengan jelas. Jika berlakunya gangguan emosi, maka proses menghafal dan mengingat akan terjejas.

Murugiah Velayutham (1997) melihat pembelajaran ialah suatu proses yang cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing ke arah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran yang mendorong pembelajaran termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat, soalan yang ditanya, alat bantu mengajar yang digunakan dan semua prosedur yang digunakan untuk membangkitkan dan kegiatan belajar.

Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku setelah beberapa lama. Kemahiran mengingat mempunyai fungsi yang sangat penting dan mustahak kepada pemikiran dan tindakan. Seandainya manusia tidak boleh mengingat fakta dan kejadian-kejadian yang penting, aktiviti-aktiviti harian tidak dapat berjalan dengan baik, teratur atau sistematik. Jika seseorang itu lupa ingatan, sudah tentu dia tidak boleh bercakap, membaca, mengenal benda atau rakan-rakannya yang lain.

Hanafi Ismail dan Sadali Othman (2001), berpendapat bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi daya ingatan seorang murid ialah sikap murid itu sendiri. Selain itu juga, teknik mengingat dan bahan yang ada. Bahan pembelajaran yang hendak diingat hendaklah dalam bentuk yang padat, ringkas, mudah dibaca dan difahami serta dapat menarik minat murid tersebut.

BAB 3METODOLOGI KAJIAN3.0 METODOLOGI KAJIANMetodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian. Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini. Antara aspek yang disentuh ialah reka bentuk kajian, kumpulan sasaran dan prosedur kajian. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif.

3.1 Kumpulan sasaranKumpulan sasaran pengkaji dalam kajian ini ialah terdiri daripada murid tahun dua. Terdapat 27 orang murid dalam kelas ini, masing-masing mempunyai tahap pemikiran dan kemampuan fizikal yang berbeza disebabkan oleh perbezaan individu. Pemilihan ini dilakukan secara rawak. Hanya 7 orang sahaja terdiri daripada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Mereka dipilih berdasar kepada keputusan lembaran kerja iaitu murid-murid yang memperolehi keputusan kurang daripada 50% iaitu dari kalangan murid yang memperolehi markah kurang cemerlang dalam mata pelajaran pendidikan islam. Pengkaji memfokuskan kepada mereka yang mempunyai tahap pemikiran yang sama berdasarkan kepada keputusan lembaran kerja agar hasil kajian yang akan pengkaji lakukan adalah sah kerana kaedah pemilihan kumpulan sasaran akan mempengaruhi keputusan hasil kajian kelak, contohnya mereka dipilih berdasar kepada keputusan lembaran kerja yang telah dilakukan dan murid yang memperoleh markah 50% sahaja dipilih dalam kajian tersebut.

3.2Prosedur KajianPengkaji telah mengaplikasikan model Kemmis dan Mc Taggart dalam kajian tindakan ini. Model ini mempunyai 4 tahap dan proses kitarannya:Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)

Pengkaji mendapati bahawa murid-murid berhadapan dengan masalah kesukaran mengingat fakta dan lupa dengan isi pelajaran yang dipelajari oleh mereka berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Murid sukar untuk mengingat kembali isi pelajaran apabila soalan lisan dan bertulis diajukan kepada mereka. Disamping itu juga murid kurang berminat dalam mengingat nama-nama 25 rasul. Selepas itu, pengkaji membuat tinjauan awal iaitu untuk menghimpun fakta berdasarkan pemerhatian, temubual, dan lembaran kerja.3.3Rekabentuk Kajian3.3.1 MerancangPengkaji telah merancang tindakan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang timbul tersebut. Objektif utama perancangan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid mengenai susunan nama-nama 25 rasul dengan betul. Pengkaji merancang untuk menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan menggunakan kaedah nyanyian . Lirik lagu 25 rasul telah digubah mengikut melodi lagu kanak-kanak Bapaku Pulang Dari Kota.

3.3.2 BertindakKaedah nyanyian telah diperkenalkan kepada responden seramai 7 orang dari tahun2 semasa proses rawatan berlangsung. Kaedah ini dilaksanakan bagi tajuk Rasul Pemimpin Ummah dan berfokus kepada mengingat nama-nama 25 rasul dengan betul. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut perancangan yang dirancang oleh pengkaji. Pengkaji hanya menggunakan sekali kitaran sahaja bagi kajian ini. Pelaksanaan kajian ini dilakukan di serambi surau Sekolah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah , Kelantan selama sebulan. Langkah-langkah pelaksanaan kaedah nyanyian telah diringkaskan dan terkandung di dalam jadual 1.

MingguLangkahPerkara

Minggu 1Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3Pengkaji memberi rangsangan awal denganmemperdengarkan lagu Bapaku pulang dari Kota Murid diminta untuk mendengar dengan teliti kedua-dua lagu tersebut.Pengkaji memaparkan nama-nama 25 rasul dantugasnya di papan putih dengan menggunakanbahan bantu mengajar yang sesuai.Pengkaji menyanyi lagu sambil diperhatikan oleh murid.

Minggu 2Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3Murid menyanyi lagu secara berkumpulanberpandukan lirik. Pengkaji memerhatitingkahlaku murid secara terkawal.Murid menyanyi lagu secara melihat lirik dancuba menghafal.Pengkaji membantu murid mengingat liriknyanyian.

Minggu 3Langkah 1Langkah 2

Langkah 3Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik.Pengkaji menunjukkan gaya semasamenyanyikan lagu dan diikuti oleh murid.Murid menyanyi sambil membuat gaya secarakumpulan.

Minggu 4Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3Murid diberi peluang untuk mengingat kembalilirik dan gaya secara terkawal.Murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa melihatlirik secara berkumpulan.Setiap murid dikehendaki menyanyi secaraindividu dihadapan guru dengan mengingat lirikdan membuat gaya.Pengkaji melaksanakan ujian lisan terhadapmurid secara individu.

Jadual 1: Pelaksanaan Kajian Dalam Tempoh Masa 3 bulan

3.3.3 MemerhatiSemasa proses pelaksanaan berlangsung, pengkaji membuat pengawasan terhadap kajian yang dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji direkodkan bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon murid terhadap kaedah yang diperkenalkan.

3.4 Cara Mengumpul DataInstrumen kajian yang digunakan ialah:3.4.1 Ujian Pra dan PascaSebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, pengkaji menjalankan ujian pra dan pasca. Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap responden. Ujian ini telah diagihkan oleh pengkaji kepada seluruh murid tahun 2 untuk mengetahui pengetahuan responden yang terlibat. Murid-murid dikehendaki untuk mengisi borang. Ujian pra yang dirangka pengkaji ini mengandungi satu bentuk soalan sahaja.

Ujian pasca pula dilaksanakan oleh pengkaji selepas kajian dibuat. Ujian pasca ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauhmana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan ingatan jangka panjang responden terhadap tajuk yang difokuskan ini. Ujian pasca yang dibentuk ini sama sahaja dengan ujian pra bagi memastikan kesahan ujian dan berlaku peningkatan keputusan. Rujuk lampiran A untuk melihat soalan ujian pra dan pasca.3.4.2 Soal SelidikDalam kajian ini, soal selidik diberikan kepada responden yang berjumlah 7 orang yang telah dipilih oleh pengkaji. Dalam kajian ini soal selidik berbentuk soalan tertutup Dichotomous telah digunakan oleh pengkaji. Soal selidik berskala ini mempunyai hanya dua pilihan jawapan sahaja sama ada YA atau TIDAK. Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai dengan mereka

3.4.3 PemerhatianMuhammad Hazman (2009) menyatakan bahawa pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung. Pemerhatian dilakukan dengan merekod butiran catatan melalui nota atau sebagainya tentang situasi yang berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Pemerhatian dibahagi kepada dua jenis iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur ialah pemerhatian yang terdapat item-item dikenalpasti terlebih dahulu. Manakala pemerhatian tidak berstruktur ialah pemerhatian yang memerhati suatu keadaan secara menyeluruh tentang situasi yang berlaku. Pengkaji telah memilih untuk melakukan pemerhatian secara berstruktur iaitu dengan menyediakan suatu jadual pemerhatian tingkah laku dan lisan.

BAB 4ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

4.0 PengenalanBab ini membincangkan mengenai hasil analisis dan interpretasi data berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan kepada 7 orang murid tahun 2.

4.1 Melihat perbezaan min antara ujian pra dan pascaBerdasarkan objektif di atas, pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pasca ke atas responden menggunakan set soalan sedikit berbeza. Pelaksanaan ujian pra dan pasca untuk menilai sejauhmana peningkatan kemahiran mengingat responden bagi nama-nama 25 rasul. Hasil pencapaian ujian pra dan pasca adalah seperti di bawah:

BILRESPONDENUJIAN PRA (%)UJIAN PASCA (%)

1Responden 14686

2Responden 23678

3Responden 32094

4Responden 43290

5Responden 548100

6Responden 63290

7Responden 72486

Min3489.1

Jadual 2: Taburan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dapatan kajian pada jadual 2 ini adalah pemerolehan data berdasarkan kajian yang dibuat ke atas tujuh orang responden. Taburan markah responden pada ujian pra didapati kurang memuaskan. Hal ini kerana kesemua responden memperolehi markah di bawah 50%.

Ujian pasca ini dilakukan oleh pengkaji setelah rawatan dijalankan terhadap ketujuh-tujuh orang responden yang dipilih oleh pengkaji. Ujian pasca ini dilakukan bagi melihat samada terhadap sebarang peningkatan pencapaian responden dan perbezaan min di antara ujian pra dan pasca.

Rajah 2 : Graf Perbandingan Peratusan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 2 menunjukkan peningkatan pencapaian setiap responden yang telah berlaku setelah rawatan melalui kaedah nyanyian yang dilaksanakan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang tinggi antara ujian pra dan ujian pasca bagi setiap responden. Responden 1 mengalami peningkatan sebanyak 40%, responden 2 mencatatkan peningkatan sebanyak 42%, responden 3 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 74% dan responden 4 meningkat sebanyak 58%. Manakala responden 5 meningkat sebanyak 52%, responden 6 mencatatkan peningkatan 58% dan responden 7 pula mengalami peningkatan sebanyak 62%.

Peningkatan tertinggi yang dicatatkan antara ketujuh-tujuh responden ialah dari responden 3. Keputusan ujian pra bagi responden 3 agak mengecewakan iaitu hanya mencatat 20%. Tetapi setelah rawatan melalui kaedah nyanyian, responden 3 telah menunjukkan anjakan sebanyak 74% iaitu telah mencatat keputusan sebanyak 94% semasa ujian pasca.

Secara keseluruhan, pengkaji telah menyimpulkan bahawa penilaian peningkatan peratus responden dinilai melalui min. Jika dilihat pada rajah 2, min markah ujian pra ialah 34% dan ujian pasca pula ialah sebanyak 89.1%. Ini bermaksud telah berlaku peningkatan min sebanyak 55.1% setelah rawatan melalui kaedah nyanyian dilaksanakan terhadap responden.Rajah 3: Graf Perbezaan Min Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca4.2 Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama 25 rasul melalui kaedah nyanyian4.2.1 Soal SelidikBerdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada responden untuk mengetahui minat responden dalam mengingat nama-nama 25 rasul melalui kaedah nyanyian sebelum dan selepas rawatan dilaksanakan. Soalan yang dibina adalah mengikut aras kefahaman responden iaitu soalan yang mudah difahami bagi peringkat umur responden. Soalan yang dibina mengandungi sembilan soalan yang menjurus kepada minat responden terhadap kajian yang dijalankan terhadap mereka. Pilihan jawapan diberi adalah berdasarkan Ya atau Tidak.

Data daripada soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji telah dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pemahaman dan pentafsiran data. Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan analisis soal selidik selepas rawatan.ITEMPERNYATAANYABil (%)TIDAKBil (%)

1Saya minat pada subjek Pendidikan Islam6 ( 85.7 )1 (14.3 )

2Saya suka mendengar lagu6 ( 85.7 )1 (14.3 )

3Saya suka menyanyi lagu6 ( 85.7 )1(14.3 )

4Saya suka belajar melalui kaedah nyanyian6 ( 85.7 )1 (14.3 )

5Nyanyian memberi keseronokan kepada saya7 (100)-

6Saya suka mengingat sesuatu perkara6 ( 85.7 )1 (14.3 )

7Nama-nama rasul dan susunannya susah untuk diingingati 2 (28.6)5 (71.4 )

8Saya dapat mengingat nama-nama rasul melalui kaedah nyanyian.7 (100 )-

9Saya gembira dapat mengingat nama-nama rasul dengan betul 7 (100 )-

Jadual 3 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Analisis Soal Selidik

Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan data soal selidik untuk mengetahui minat responden terhadap kaedah nyanyian yang diperkenalkan oleh pengkaji. Analisis soal selidik ini dilakukan terhadap responden setelah melalui proses rawatan melalui kaedah nyanyian bagi mengingat nama-nama 25 rasul.

Bagi item 1 iaitu merujuk pernyataan Saya minat pada subjek Pendidikan Islam, seramai 6 orang responden menyatakan Ya dan hanya seorang menyatakan Tidak. Item ini disoal bertujuan untuk mengetahui bilangan responden yang meminati bidang Pendidikan Islam.

Item 2 pula merujuk kepada pernyataan Saya suka mendengar lagu, 6 orang responden suka mendengar lagu dengan menjawab Ya dan seorang responden tidak suka mendengar lagu dengan menjawab Tidak. Pengkaji ingin mengetahui sama ada responden berminat mendengar lagu ataupun tidak melalui item yang dinyatakan ini.

Item 3 pula lebih menjurus kepada ingin mengetahui minat responden dalam nyanyian. Ini kerana ianya sebagai rujukan kepada pengkaji adakah nyanyian ini merangsang minat murid dalam sesi mengingat fakta. Seramai 6 orang responden menjawab Ya bagi item ketiga ini. Manakala hanya seorang responden menjawab Tidak bagi item ini.

Saya suka belajar melalui kaedah nyanyian adalah pernyataan bagi item 4. Item ini pula bertujuan untuk mengetahui sama ada murid suka belajar melalui kaedah nyanyian ataupun tidak. Seramai 6 orang responden menjawab Ya bagi pernyataan ini dan hanya seorang menjawab Tidak bagi pernyataan ini.

Item 5 mengandungi pernyataan nyanyian memberi keseronokan kepada saya. Kesemua responden iaitu seramai 7 orang menyatakan Ya bagi item kelima ini. Maka tiada seorang pon responden menyatakan Tidak bagi item ini. Item ini bertujuan untuk mengetahui sama ada responden berasa seronok sepanjang aktiviti berlangsung.

Manakala item 6 menyatakan Saya suka mengingat sesuatu perkara. Item ini bertujuan untuk mengetahui sama ada wujudnya minat responden untuk mengingat sesuatu perkara. Seramai 6 orang responden menyatakan Ya dan hanya seorang menyatakan Tidak.

Nama-nama rasul dan susunannya susah untuk diingati adalah item ke-7 dari senarai item-item pernyataan dalam borang soal selidik. Seramai 2 orang responden menyatakan Ya bagi pernyataan ini dan 5 orang responden menyatakan Tidak. Item ini dirangka bertujuan untuk mengetahui adakah selepas rawatan terdapat perubahan yang berlaku bagi mengingat nama-nama 25 rasul.

Seterusnya, item 8 pula lebih kepada ingin mengetahui adakah responden dapat mengingat nama-nama 25 rasul secara tersusun setelah aktiviti nyanyian dijalankan ke atas mereka. Seramai 7 orang menyatakan Ya bagi pernyataan item ini dan tiada mana-mana responden menjawab Tidak bagi pernyataan ini.

Item 9 iaitu Saya gembira dapat mengingat nama-nama 25 rasul dengan tersusun. Kesemua responden menyatakan Ya bagi pernyataan item ini iaitu seramai 7 orang responden dan tiada seorang reponden pun menyatakan Tidak bagi pernyataan item ini. Item ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid gembira atau tidak setelah mampu mengingat nama-nama 25 rasul dengan betul. Dapatan-dapatan ini disokong oleh pemerhatian yang tidak direkod oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

4.2.2 PemerhatianDalam menjawab persoalan objektif kedua, iaitu membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama 25 rasul melalui kaedah nyanyian, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian bagi melihat peningkatan ingatan dan minat serta tingkahlaku responden semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara berstruktur iaitu dengan menggunakan borang senarai semak pemerhatian bagi merekod bilangan kekerapan bagi setiap fokus pemerhatian yang diperhatikan. Pemerhatian ini dilaksanakan semasa minggu keempat kajian.

Jadual 4 dibawah menunjukkan analisis data borang senarai semak pemerhatian. Manakala jadual 5 menunjukkan analisis data pemerhatian melalui aspek tingkahlaku dan lisan responden.

KodFokus PemerhatianKekerapanPeratusan Kekerapan ( %)

1Beri perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung685.7

2Melibatkan diri semasa menyanyi7100

3Menunjukkan minat dengan kaedah nyanyian7100

4Berjaya mengingat lirik nyanyian571.4

5Dapat menyatakan bilangan dan nama-nama rasul7100

6Dapat menyenarai nama-nama 25 rasul dengan secara tersusun457.1

Jadual 4: Analisis Data Borang Senarai Semak Pemerhatian

KodAspekKekerapanPeratusan kekerapan (%)

1,2,3Tingkah laku20/2195.2

4,5,6Lisan16/2176.2

Jadual 5: Analisis Data Pemerhatian Aspek Tingkahlaku dan LisanBerdasarkan jadual 4, seramai 6 orang responden memberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung iaitu peratus kekerapan sebanyak 85.7%. Seorang lagi responden kurang memberi tumpuan. Seterusnya, semua responden iaitu sebanyak 100% telah memberi kerjasama yang baik iaitu melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan kesemuanya menunjukkan minat melalui tingkahlaku iaitu berasa seronok dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh mereka. Walaupun begitu, 5 daripada 7 orang responden berjaya mengingat lirik nyanyian dengan baik. Di mana peratusan ialah 71.4%. 2 orang responden kelihatan sukar untuk mengingat dengan baik keseluruhan lirik lagu. Kesemua responden berjaya menyatakan nama-nama 25 rasul dengan betul akan tetapi hanya 4 orang responden berjaya menyatakan nama-nama 25 rasul dengan tersusun.

4.3 RumusanSetelah dirumuskan 6 faktor tersebut kepada dua aspek iaitu tingkahlaku dan lisan, pengkaji mendapati aspek tingkahlaku mempunyai sebanyak 20 kekerapan daripada 7 orang responden iaitu mencatat sebanyak 95.2%. Manakala aspek pemerhatian dari segi lisan pula mencatatkan peratusan kekerapan sebanyak 76.2% iaitu sebanyak 16 kekerapan. Ini bermakna responden menunjukkan minat melalui tingkahlaku lebih tinggi berbanding secara lisan iaitu perbezaan sebanyak 19%.

BAB 5DAPATAN KAJIAN5.0 DAPATAN KAJIANDapatan kajian ini dapat melihat sejauhmana kemahiran mengingat murid mengenai nama-nama 25 rasul dapat dipertingkatkan melalui kaedah nyanyian.

5.1 Melihat perbezaan min antara ujian pra dan pascaBerdasarkan kepada analisis dan interprestasi data, perbezaan min ujian pra dan pasca menunjukkan banyak perubahan yang ketara. Kesemua responden menunjukkan peningkatan yang ketara ketika ujian pasca berbanding ujian pra. Perbezaan min antara ujian pra dan pasca bagi keseluruhan responden adalah sebanyak 55.1%. Min skor bagi ujian pra responden ialah 34% dan min skor bagi ujian pasca responden ialah 89.1%.

Pengkaji mendapati wujud perubahan peningkatan yang memberangsangkan setelah kaedah nyanyian diperkenalkan kepada responden. Ini menunjukkan bahawa objektif pertama telah terjawab. Sebelum kaedah nyanyian diperkenalkan kepada responden, responden sukar untuk menyatakan nama-nama 25 rasul dengan tersusun. Semasa menjawab soalan bagi ujian pasca, responden menjawab soalan sambil menyanyikan lagu yang dipelajari secara perlahan dan cuba untuk mengingat kembali lirik lagu yang dihafal oleh mereka. Setelah aktiviti nyanyian ini dijalankan terhadap mereka, ternyata wujud peningkatkan dari segi prestasi dan minat terhadap tajuk yang dipelajari. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian daripada pengkaji lain di mana kaedah nyanyian ini mampu meningkatkan prestasi murid.

Hasil kajian Salcedo (2002) mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah bahasa asing mungkin mampu membantu mengingat sesuatu teks. Justeru itu, nyanyian sangat membantu individu untuk mengingat kembali fakta dan membantu dari segi prestasi pendidikan.

Hansen dan Bernstrof (2002), menegaskan dalam laporan mereka bahawa hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian murid meningkat dengan menggunakan muzik dalam program membaca. Ini membuktikan bahawa nyanyian juga merupakan salah satu dari cabang muzik adalah faktor peningkatan tahap pencapaian murid dalam ujian.

Edith Indek dan Kamariati Hussin (t.t) di dalam kajian mereka, lebih kurang 90% daripada kumpulan sasaran menunjukkan prestasi yang baik dan hanya 10% sahaja daripada responden kumpulan sasaran yang masih lemah dalam lembaran kerja yang diberi kepada kumpulan sasaran setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan dalam mata pelajaran sains.

5.2 Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama 25 rasul dengan tersusunnya melalui kaedah nyanyian.Instrumen soal selidik dan pemerhatian telah digunapakai bagi mengenalpasti minat murid dalam mengingat nama-nama 25 rasul melalui kaedah nyanyian. Dapatan daripada data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa kesemua responden menunjukkan minat dan keseronokan belajar apabila menggunakan kaedah nyanyian dalam mengingat nama-nama 25 rasul. Melalui data soal selidik yang telah dianlisis, pengkaji memperoleh respon yang positif setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan kepada mereka. Aktiviti nyanyian ini ternyata memberi keseronokan terhadap mereka.

Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid-murid menunjukkan respon tingkahlaku yang baik dan penuh minat dalam aktiviti nyanyian. Pemerhatian melalui lisan, didapati hampir kesemua murid dapat mengingat lirik nyanyian dengan baik walaupun terdapat dua orang murid yang masih tidak yakin dengan lirik yang dihafal oleh mereka.

Responden berasa sangat teruja untuk menyanyi setiap kali aktiviti nyanyian berlangsung. Mereka bersungguh-sungguh untuk mengingat lirik dan melodi yang diadaptasi dari lagu kanak-kanak bahasa Melayu iaitu Bapaku Pulang Dari Kota. Lagu yang diadaptasi dan diubahsuai inilah salah satu faktor yang mendorong mereka belajar dengan penuh minat.Data ini kemudiannya disokong oleh Hanisah Shaari (2010) dalam kajiannya telah menunjukkan bahawa aktiviti nyanyian telah memberi ruang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan dalam menarik minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga berpendapat, nyanyian mampu meredakan tekanan mental dan fizikal murid-murid.

Hadiah Senin (1999), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah yang dilakukan terhadap 250 pelajar termasuk pelajar Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di daerah Batu Pahat Johor mendapati pelajar-pelajar yang baik pencapaiannya dalam bidang sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat terhadap mata pelajaran tersebut. Justeru itu, berdasarkan kajian inilah faktor yang mendorong peningkatan murid dalam mengingat nama-nama 25 rasul dengan tersusun kerana wujudnya minat dalam diri setiap murid.

Tan Siew Tee dan Shi Soi Fah (2005) dalam kajian mereka, muzik dan lagu adalah suatu perkara yang hampir dengan murid. Mereka juga menambah, tindakan memainakan muzik dan lagu dapat memotivasikan murid untuk menghadiri kelas dan menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah. Maka dengan itu, aktiviti nyanyian melodi ria ini secara tuntasnya dapat meningkatkan minat murid dari segi tingkahlaku dan lisan murid.

Robiah Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009), dalam kajiannya, peningkatan minat pelajar dapat dibantu dalam Pendidikan Islam dengan gubahan lagu. Lagu atau muzik amat penting dalam membantu murid mengingat fakta dan huruf-huruf yang dipelajari. Hasil dapatan kajian mereka mendapati bahawa pelajar lebih aktif dan bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran lebih fokus dan dapat mengingat fakta dengan cepat dan mudah.

5.3 RumusanMelalui dapatan-dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa objektif-objektif kajian telah tercapai melalui kaedah nyanyian iaitu untuk melihat perbezaan min ujian pra dan pasca dan juga untuk membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama 25 rasul secara tersusun.

BAB 6CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYASetelah memperoleh hasil yang memuaskan dari dapatan-dapatan yang telah dibincangkan, pengkaji berpendapat bahawa kajian ini perlu diteruskan untuk kepentingan pendidikan pada masa akan datang. Ini kerana kaedah nyanyian ini amat sesuai dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi merentasi mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan bagi kajian lanjutan telah dicadangkan oleh pengkaji iaitu menggunakan kaedah nyanyian ini untuk pelbagai bidang dan mata pelajaran.Selain itu juga, pengkaji mencadangkan agar kajian ini diaplikasikan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Murid-murid kini lebih berminat terhadap unsur-unsur hiburan dan guru harus mengetengahkan hiburan mendidik jiwa seperti nyanyian dalam pembelajaran agar dapat meningkatkan minat terhadap akademik.Pengkaji juga mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan mengkombinasikan nyanyian dan gaya secara bersama agar murid-murid mudah mengingati isi pelajaran dengan lebih efektif dan efesien. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar penggunaan perkusi sebagai instrumen tambahan semasa aktiviti nyanyian dilakukan bagi mencorakkan keseronokan dalam proses pembelajaran murid. Tambahan itu, pengkaji juga bercadang agar kajian seterusnya menggunakan sesi karaoke berpandukan video yang mempunyai lirik lagu. Nyanyian berbentuk karaoke ini akan menarik minat murid untuk meningkatkan minat mereka dalam pembelajaran mereka. Sesi ini harus mempunyai pemerhatian dan kawalan daripada guru agar responden dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara terkawal.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan 7 orang responden dari murid tahun 2 dan pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan menggunakan sampel kajian yang lebih besar dan terbuka untuk semua tahun dari tahun satu sehingga tahun enam. Ini bertujuan untuk menguji sejauhmana kaedah nyanyian ini membantu meningkatkan kemahiran mengingat pada situasi murid yang ramai.

6.1 RumusanSecara rumusnya, kaedah nyanyian ini memberi kepentingan kepada murid dan juga kepada guru. Kaedah ini merupakan kaedah berpusatkan murid iaitu kajian ini menumpukan 80% kepada murid dan hanya 20% penglibatan guru. Pembelajaran melalui kaedah nyanyian ternyata mampu membangkitkan keseronokan dan merangsang minat murid untuk belajar kerana sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung dalam keadaan tertekan. Akhir sekali, diharap dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti guru-guru, murid-murid dan pusat perkembangan kurikulum.

RUJUKANAL-Quran al-Karim(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdullah al-Amin al-Namiy. (1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun Dan Al-Qabisi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Annuar Ayub, Christopher Bowring carr, John West Burnham (1999). Pembelajaran Berkesan di Sekolah. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Edith Indek, Kamariati Hussin, (t.t) Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran, Diperoleh Julai 2011, dari http://www.docstoc.com/docs/33520737/keberkesanan-lagu-dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran.

Carl R Rogers, (2003). Client-Centered Therapy: its Current Practice, Imlications and Theory, London, Consrable.

Hadiah Senin, (19977). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah, Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaaan Malaysia, Bangi.

Hanafi Ismail, Sadali Othman (2001) Mencari Permasalahan Pelajar, Kuala Lumpur, Al- hidayah Publishers.

Hanisah Shaari, (2010). Meningkatkan Kemahiran Menghafal Fakta Dalam Tajuk Israk dan Mikraj Tahun lima Melalui Kaedah Cerna. Kuala Terengganu. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail .

Hansen, D. Bernstorf, E, & Stuber, G.M. (2004). Linking Music Learning to Reading Instruction, Music Educators Journal, 88(5).17-21

Jean Piaget. (1959), Piaget: The Languange and Thought of the Child, London. Taylor and Francis Group.

Kamrudin Hj Husin, Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Penguasaaan Kemahiran Membaca: Kaedah dan Teknik Membaca, Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Daud Hamzah (1990). Emosi Dalam Pembelajaran, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.