tesis dayang
Transcript of tesis dayang
-
8/6/2019 tesis dayang
1/26
1
HUBUNGAN TINGKAH LAKU GURU DENGAN MASALAH DISIPLIN KENDIRIPELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
MENENGAH SATU SESI DAERAH KOTA BELUD
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PengenalanBab pengenalan ini menjelaskan tentang latarbelakang kajian, penyataan
masalah dan kajian persoalan kajian. Selain itu, bab ini juga menghuraikan tentang
tujuan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian dan definisi operasional kajian, batasan
kajian dan kepentingan kajian.
1.2 Latarbelakang Kajian
Dewasa ini pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar menjadi masalah yang
seolah-olah tidak ada kesudahannya. Ini boleh menjadi penghalang kepada
perkembangan positif sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun pelbagai cara telah
diambil dan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti
menekankan data SSDM dan e-disiplin kepada sekolah-sekolah di seluruh negara namun
masalah ini masih lagi tidak dapat dibendung. Sejak kebelakangan ini, media massa
sering menyiarkan salahlaku disiplin yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Contoh salah
laku disiplin yang utama ialah ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kebanyakan pelajar
menghabiskan masa di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di kedai permainan
komputer, melepak dan sebagainya. Masalah ini belum lagi dilihat dari segi yang berlaku
di dalam bilik darjah sesama proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Masalah
seperti mengunakan telefon bimbit, bermain permaian rubic cube, tidur, bercerita
sesama kawan dan sebagainya.
Kajian yang dibuat secara temubual dan soal selidik, yang akan diterangkan
dalam bab tiga, yang dijalankan di SMK Pekan Kota Belud II, mengapa mereka ponteng
sekolah, kebanyakkan memberi jawapan tidak siap kerja rumah yang diberikan oleh
guru atau tidak siap tugasan yang diberi oleh guru. Ada juga pelajar yang ponteng
-
8/6/2019 tesis dayang
2/26
2
kelas kerana tidak suka dengan sikap guru yang selalu marah, berleter dan tidak
menunjukkan sikap yang toleran dengan pelajar, mengajar mengikut emosi. Malah ada
pelajar memberi alasan tidak suka hadir sekolah pada hari isnin kerana tidak suka
dengan perhimpunan sebab berdiri lama walaupun pihak sekolah membenarkan pelajar
duduk semasa mendengar perutusan sekolah dan ada pemeriksaan disiplin seperti
rambut, kuku, kelengkapan baju sekolah dan sebagainya.
1.3 Pernyataan Masalah
Fenomena pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar sering dikaitkan dengan
pengaruh faktor persekitaran pelajar sendiri seperti rakan sebaya, ibubapa dan media
massa. Masalah ini jarang sekali dikaitkan dengan faktor sekolah dan guru-guru itu
sendiri. Perkara ini berlaku kerana instituisi sekolah dan guru-guru dianggap sebagai
agen pembentukan sahsiah pelajar dan mereka sepatutnya tidak menyumbang kepada
keruntuhan disiplin dalam kalangan pelajar. Tetapi apa yang sebaliknya berlaku apabila
satu perbincangan yang dibuat bersama pelajar kelas moral, seramai limabelas pelajar,
tentang jenis-jenis pelanggaran disiplin yang selalu berlaku di sekolah SMK Pekan Kota
Belud II, seperti bergaduh, bising, ponteng kelas, melepak, vendalisme, merokok,
membuli, cabar mencabar dan sebagainya, tidak kurang juga boleh disumbang oleh
kurang komitmen dalam kalangan guru semasa menjalankan tanggungjawab. Pelajar
bergaduh dalam bilik darjah disebabkan guru tidak ada di dalam bilik darjah, lambat
masuk kelas, pelajar ponteng kelas kerana tidak suka dengan cara guru mengendalikan
kelas, pembelajaran kurang menarik dan sebagainya.
Oleh yang demikian sekolah dan guru-guru juga boleh menjadi faktor
penyumbang kepada keruntuhan disiplin pelajar di sekolah. Adalah wajar, masalah
disiplin kendiri para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini tidak hanya
dilihat dari perspektif pelajar semata-mata, tetapi kedua belah pihak yang terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Walaupun tidak dinafikan, ada faktor-
faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah ini, antaranya suasana bilik darjah,
kerusi meja yang tidak sesuai, dan suasana bilik darjah yang tidak bersih dan tidak
kondusif, dan tidak kurang masalah ibubapa dan situasi dalam keluarga pelajar tetapi
skop kajian ini hanya menyentuh dari sudut presfektif guru, yakni sikap guru. Menurut
-
8/6/2019 tesis dayang
3/26
3
Zulkifli Mohamed, dalam Mohd Yusuf, (2007) pengetahuan tentang sikap dan kemahiran
memanipulasinya menjadi penting bagi guru untuk mendorong pelajar agar komited
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Mohd Yusuf
Abdullah (et al), 2007, sekiranya, guru-guru sendiri malas bertindak dan tidak sanggup
melakukan perubahan berkemungkinan besar proses pendidikan yang akan diberikan
oleh guru kepada pelajar seolah-olah tidak bermakna.
1.4 Persoalan Kajian
Pernyataan masalah yang dikemukakan oleh pengkaji sebelum ini telah membawa
kepada beberapa persoalan kajian. Antara persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah:
i. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru semasa prosespengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar?
ii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penampilan guru semasaproses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar?
iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi interpersonalguru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin
pelajar?
iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran gurudengan masalah disiplin kendiri pelajar?
1.5 Obejektif Kajian
Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan tingkahlaku
guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin yang
ditimbulkan oleh pelajar.
i. Mengenalpasti hubungan antara sikap guru semasa proses pengajaran danpembelajaran dengan masalah disiplin kendiri pelajar.
ii. Mengenalpasti hubungan antara penampilan guru semasa proses pengajarandan pembelajaran dengan masalah disiplin kendiri pelajar.
iii. Mengenalpasti hubungan antara komunikasi interpersonal guru semasaproses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin kendiri pelajar.
-
8/6/2019 tesis dayang
4/26
4
iv. Mengenalpasti hubungan antara gaya pengajaran guru dengan masalahdisiplin kendiri pelajar.
1.6 Hipotesis Kajian
Berdasarkan objektif kajian ini, penyelidik telah mengemukakan empat hipotesis nul:
Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar.
Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penampilan guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar.
Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi interpersonal guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar.
Ho4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran guru dengan
masalah disiplin pelajar.
1.7 Kepentingan Kajian
Seringkali jika pelajar bermasalah disiplin, pelajar tersebut tidak berdisiplin.
Pelajarlah punca kepada masalah tersebut. Kajian ini penting kerana sebelum ini jarang
dilihat punca masalah disiplin pelajar berdasarkan faktor sekolah atau faktor guru.
Kajian ini akan cuba mengenalpasti hubungan antara tingkahlaku guru semasa proses
pengajaran dengan masalah disiplin yang sering dikaitkan dengan pelajar. Adakah
terdapat hubungan agar hasil dapatan kajian ini boleh digunakan oleh pihak yang
berkaitan terutama Jabatan Pelajaran amnya dan pihak sekolah khususnya untuk
tindakan. Berdasarkan hasil kajian ini juga, pihak jabatan boleh merangka satu
progaram khas untuk guru-guru tentang etika dan pengendalian bilik darjah dan teknik
berkomunikasi yang berkesan. Pihak sekolah seharusnya mengakui dan menerima
hakikat bahawa dunia hari ini sungguh jauh berbeza dengan dunia kita pada beberapa
dekad yang lalu. Kehidupan kita hari ini semakin sempit dengan kemajuan teknologi
ICT yang menjadikan dunia kita kian sempit, Salleh Abd Rashid dalam Mohd Yusuf(et
al), 2007.
-
8/6/2019 tesis dayang
5/26
5
Pihak sekolah, khususnya Lembaga Disiplin dan Unit Bimbingan dan kaunseling
boleh merancang satu program menyeluruh untuk menangani masalah disiplin para
pelajar yang ditimbulkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Program tersebut boleh difokuskan kepada guru-guru agar mereka dapat
mengaplikasikan pendekatan-pendekatan yang lebih berkesan seperti pendekatan
psikologi dan kaunseling semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Peranan dan fungsi guru dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak
bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia, Hishammuddin 2005, dalam Mohd
yusuf Abdullah, 2007.
1.8 Limitasi Kajian
Kajian ini merupakan kajian kes yang difokuskan kepada persepsi pelajar
terhadap tingkahlaku guru-guru sekolah menengah di sekolah satu sesi di Daerah Kota
Belud. Oleh yang demikian dapatan ini hanya mengambarkan persepsi pelajar di daerah
di sekolah satu sesi daerah Kota Belud sahaja. Kajian ini juga hanya menumpukan
tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan
sekolah satu sesi masa pengajaran dan pembelajaran adalah lebih lama berbandingan
dengan sekolah dua sesi. Satu sesi pengajaran berlangsung selama empat puluh minit
dan dua sesi berlangsung selama satu jam duapuluh minit berbanding dengan sekolah
dua sesi hanya tiga puluh lima minit atau tiga puluh minit untuk satu sesi. Hasil dapatan
kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada tingkahlaku guru secara umum, kerana cara
dapatan kajian akan dianalisis mengikut sekolah yang terlibat untuk melihat perbezaan
dapatan kajian antara sekolah tersebut
1.9 Definisi Operasional
1.9.1 Sikap Gurumerujuk kepada sikap yang ditunjukkan semasa menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran:
i. masuk lewat ke kelasii. selalu memarahi pelajar
-
8/6/2019 tesis dayang
6/26
6
iii. tidak memberi perhatian atau mengajar sambil lewaiv. tidak memberi penerangan hanya menyuruh pelajar membuat kerja
sendiri
v. suka melabel pelajar dengan perkataan yang tidak baikvi. tidak peka dengan situasi kelasvii. keluar awal sebelum tamatviii. guru kurang bersediaix. tidak mengambil berat keperluan pelajarx. sikap mengambil mudah
1.9.2 Penampilan Guru
Merujuk kepada penampilan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara contoh penampilan guru ialah:
i. Berpakaian tidak kemasii. Perwatakan yang garangiii. Gaya pengajaran guru yang membosankaniv. Penampilan yang tidak menarikv. Guru yang sangat cerewet dan suka berleter
1.9.3 Komunikasi Interpersonal Guru
komunikasi dan interaksi guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara contoh tingkahlaku ini ialah:
i suara yang kurang jelas
ii percakapan yng terlalu cepat hingga tidak difahami oleh pelajar
iii tidak memberi peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat
iv tidak peramah semasa berinteraksi dengan pelajar
-
8/6/2019 tesis dayang
7/26
7
1.9.4 Gaya Pengajaran Guru
Tingkahlaku guru semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara contoh tingkah laku ini ialah:
i menyelitkan unsur-unsur humor semasa mengajar
ii sentiasa menggalakkan pelajar bertanya soalan
iii sentiasa membuat persediaan sebelum mengajar.
iv tidak pernah menyemak buku latihan pelajar
v corak pengajaran guru tidak menarik dan tidak pelbagai.
iv kerap mendenda pelajar
1.9.5 Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses untuk
mendapatkan ilmu secara formal sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah di
sekolah. Dalam proses ini, guru melaksanakan dan menyampaikan pengajaran kepada
pelajar manakala pelajar pula mempelajari sesuatu daripada pengajaran guru.
Pembelajaran formal ini merupakan satu sistem pendidikan yang dilembagakan dan
disusun secara berperingkat-peringkat berdasarkan umur seseorang individu. Pelajar-
pelajar akan mengikut satu kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama, baik dari segi
akademik atau kegiatan kokurikulum
1.9.5 Masalah Disiplin Kendiri Pelajar
Disiplin merupakan kesanggupan seseorang pelajar menghormati dan mematuhi
undang-undang sekolah. Pelajar berkenaan sanggup menghormati tingkah laku yang
baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Pelajar yang berdisiplin bermaksud
mereka mengikut peraturan , tatasusila, akhlak dan kesopanan sekolah ( KPM 1979 )
Masalah disiplin pelajar dalam kajian ini merujuk kepada tingkahlaku negatif pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tingkahlaku negatif pelajar ini
ialah seperti menimbulkan gangguan dalam bilik darjah, ponteng kelas, tidak mengikut
-
8/6/2019 tesis dayang
8/26
8
arahan guru atau melawan guru, tidak menyelasaikan latihan-latihan yang diberi oleh
guru, tidur semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.
Kesimpulan:
Dalam bab ini lebih kepada memberi pengenalan dan mengupas sedikit sebanyak
tentang tajuk dan permasalahan yang hendak dikaji. Prespektif hubungan antara sikap
guru dan masalah disiplin kendiri pelajara semasa proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah satu sesi daerah Kota Belud. Masalah disiplin bukanlah perkara yang baru
tetapi kemajuan teknologi dan pengaruh persekitaran terhadap diri pelajar
menyebabkan mereka banyak terdedah dengan perkara yang boleh meyumbang kepada
masalah disiplin kendiri pelajar. Tidak kurang dengan faktor guru kerena kebalakangan
ini ramai guru yang memilih kerjaya ini sebagai pilihan terakhir dan kesukaran mencari
pekerjaan yang mereka minati.
-
8/6/2019 tesis dayang
9/26
9
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini akan membentangkan tentang pendekatan teori, konsep tingkahlaku
guru, dan juga tulisan dan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian. Selain itu, bab
ini juga akan menjelaskan tentang kerangka kajian yang akan digunakan oleh pengkaji
dalam kajian sebagai panduan menerangkan perhubungan antara sikap guru dengan
masalah disiplin kendiri pelajar dalam bilik darjah..
2.2 Pendekatan Teori
Tingkah laku pelajar yang sering melanggar disiplin sekolah selalu dikaitkan
dengan faktor-faktor persekitaran seperti ibubapa yang tidak memberi perhatian
terhadap anak-anak, pengaruh daripada rakan sebaya, pengaruh media massa dan
sebagainya. Kemungkinan besar masalah atau disiplin negatif yang ditimbulkan oleh
pelajar itu disebabkan oleh faktor lain seperti persekitaran sekolah, suasana bilik darjah,
malah tingkah laku negatif seseroang guru itu sendiri. Kajian ini cuba mengungkap
salah laku disiplin pelajar yang disebabkan oleh tingkah laku guru berdasarkan beberapa
teori Pelaziman Operan (Behaviourisme), Teori pembelajaran Sosial dan Teori
Fungsionalisme. Ketidak pekaan guru terhadap anak didik sendiri yang saban hari
mereka temui.
2.2.1 Teori Pelaziman Operan
Teori ini diasaskan oleh Burhus Frederic Skinner. Menurut Suradi Salim (1998),
teori ini berpegang kepada fahaman Behaviourisme yang beranggapan bahawa
kebanyakkan tingkahlaku manusia adalah hasil dari pembelajaran. Mereka menganggap
tingkah laku merupakan satu set gerakbalas yang telah dipelajari daripada peristiwa,
-
8/6/2019 tesis dayang
10/26
10
pengalaman atau rangsangan dalam kehidupan seseorang. Teori ini juga mengandaikan
bahawa tingkahlaku boleh diubahsuai dengan mengadakan persekitaran dan
pengalaman pembelajaran yang sesuai. Prinsip asas dalam Teori Pelaziman Operan ini
ialah untuk mengekalkan sesuatu gerakbalas (tingkahlaku) itu hendaklah disusuli
dengan peneguhan. Menurut teori ini, tingkahlaku yang disusuli dengan peneguhan
positif akan menghasilkan pengulangan manakala tingkahlaku yang diikuti dengan
peneguhan negatif akan menghasilkan penolakan. Sebagai contoh, pelajar A yang
diberi peneguhan dengan pujian setelah mendapat markah penuh dalam Matapelajaran
yang diminatinya akan sentiasa cuba untuk mengekalkan prestasinya. Sebaliknya
pelajar B yang juga mendapat markah penuh tetapi tidak dipuji oleh gurunya tidak akan
berusaha untuk mengekalkan prestasinya, walaupun pelajar tersebut berminat dengan
matapelajaran tersebut. Sudah sedia lazim, pelajar suka jika guru memberi pujian
keatas kecemerlangan mereka.
Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2002), pelaziman operan ini hanya
akan berlaku berdasarkan tiga syarat iaitu:
i. Individu mesti membuat gerakbalas.
ii. Sesuatu peneguh mesti mengikut gerakbalas.
iii. Peneguh mesti diberi hanya apabila gerakbalas telah berlaku.
Penghasilan gerakbalas dalam teori pelaziman operan ini akan lebih berkesan
sekiranya diberi peneguhan serta merta. Peneguhan yang ditangguhkan boleh
mendatangkan kesan ke atas tingkahlaku pelajar. Konsep peneguhan yang diterangkan
dalam teori ini terbahagi kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkahlaku
dengan adanya rangsangan tertentu. Apabila sesuatu tingkahlaku diikuti dengan
rangsangan yang meneguhkan, tingkahlaku tersebut akan meningkat. Terdapat
pelbagai jenis peneguhan positif iaitu:
i. Peneguhan Konkrit peneguhan konkrit ini termasuklah peneguhan yang
berbentuk makanan, alat permainan, setem, pelekat dan lain-lain .
ii. Peneguh Sosial peneguhan sosial ini pula termasuklah peneguh yang
berbentuk senyuman, perhatian, pujian dan penghargaan.
iii. Peneguh Aktiviti peneguh aktiviti ini pula merupakan peneguh yang berbentuk
aktiviti-aktiviti yang disukai oleh pelajar seperti bercerita, kuiz, permainan bahasa
-
8/6/2019 tesis dayang
11/26
11
dan sebagainya.
Peneguhan negatif pula merupakan peneguhan yang diberikan untuk
mengelakkan seseorang daripada melakukan sesuatu gerakbalas. Sebagai seorang
pendidik, guru tidak digalakkan menggunakan peneguhan negatif kerana peneguhan
jenis ini akan memungkinkan pelajar bertingkahlaku negatif. Antara bentuk peneguhan
negatif yang sering diamalkan oleh guru di sekolah ialah dendaan kepada mereka.
menurut Mahyuddin dan Habibah Elias (2002), terdapat empat bentuk dendaan yang
sering diamalkan di sekolah. Bentuk dendaan ini boleh mengakibatkan kesan
tingkahlaku yang tidak diingini dan dalam jangka panjang tidak membantu produktiviti
pelajar. Bentuk-bentuk dendaan tersebut adalah seperti berikut:
i. Dendaan Fizikal:
Dendaan fizikal boleh menimbulkan salahlaku disiplin seperti rasa benci terhadap
guru, tidak memberi perhatian tentang tugas sekolah, bercakap bohong, vandalisme,
tidak membuat kerja sekolah dan ponteng sekolah. Apabila dilaksanakan secara
keterlaluan, denda fizikal boleh dianggap sebagai deraan kanak-kanak dan mungkin
akan menyebabkan kecederaan fizikal yang kekal.
ii. Denda Psikologi:
Denda berbentuk ini boleh mengancam penghargaan kendiri pelajar. Kata-kata
yang menjatuhkan airmuka seseorang dan penghinaan di khalayak ramai mempunyai
potensi untuk menimbulkan kesan psikologi yang tidak sihat. Denda seperti ini boleh
menimbulkan salahlaku disiplin seperti benci kepada guru, memukul guru, merosakkan
hartabenda ( mencalar kereta ) dan sebagainya. Disamping itu, denda psikologi ini juga
boleh mengurangkan motivasi pelajar.
iii. Kerja sekolah tambahan:
Denda sebegini tidak sesuai dikenakan kepada pelajar atas sebab salahlakunya.
Denda ini secara tidak langsung memberikan mesej kepada pelajar bahawa kerja
sekolah tidak menyeronokkan.
-
8/6/2019 tesis dayang
12/26
12
v. Gantung Sekolah:
Gantung sekolah bukanlah satu cara yang berkesan untuk mengubah tingkahlaku
pelajar. Biasanya pelajar yang mempunyai masalah tingkahlaku merupakan pelajar
yang lemah pencapaiannya. Jika mereka menghadapi hukuman gantung sekolah, ini
akan mengurangkan peluang mereka untuk belajar. Berdasarkan teori ini, tingkahlaku
negatif guru yang memberi peneguhan negatif kepada pelajar akan menimbulkan
tingkahlaku negatif seperti membenci guru, vandalisme, mengeluarkan kata-kata kesat
kepada guru malah ada yang sanggup berdendam dengan guru dan mencederakan
mereka. Tingkahlaku negatif seperti ini dilakukan oleh mereka sebagai tanda protes dan
memberontak terhadap peneguhan negatif guru.
2.2.2. Teori Pembelajaran Sosial
Teori ini diperkenalkan oleh Albert Bandura. Teori ini berkait rapat dengan
proses pembentukan tingkahlaku manusia. Menurut teori ini, salahlaku disiplin dalam
kalangan pelajar yang disebabkan oleh tingkahlaku guru ini berlaku melalui proses
peniruan (modeling). Menurut Azlina Abu Bakar @ Mohd (2002), peniruan (modeling)
merupakan teknik modifikasi tingkahlaku yang melibatkan pemerhatian ke atas
tingkahlaku orang lain yang dinamakan model dan meniru perbuatan orang tersebut.
Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias(2002), teori ini berpendapat
bahawa unsur kognitif mempunyai peranan penting dalam pembelajaran manusia.
Selain itu unsur-unsur sosial juga mempengaruhi pembelajaran. Manusia banyak belajar
melalui pemerhatian, peniruan dan permodelan. Walaubagaimanapun, teori ini juga
percaya tentang peranan peneguhan dalam proses pembelajaran.
Pengasas teori ini iaitu Albert Bandura percaya bahawa kebanyakan tingkahlaku
manusia sama ada baik atau buruk, normal atau tidak normal, dipelajari dengan meniru
tangkah laku orang lain. Beliau telah menjalankan satu kajian ke atas beberapa orang
kanak-kanak prasekolah, kanak-kanak tersebut telah ditunjukkan dengan adengan
seorang dewasa yang memukul patung bernama Bobo, kemudian apabila kanak-kanak
tersebut dibiarkan bersendirian dengan patung tadi, mereka telah memukul patung
tersebut sebagaimana telah dilakukan oleh orang dewasa tadi.
-
8/6/2019 tesis dayang
13/26
13
Walaupun kajian tersebut dijalankan ke atas kanak-kanak prasekolah yang belum
mempunyai pertimbangan fikiran yang rasional, namun kajian ini jelas menunjukkan
bagaimana seseorang pelajar boleh meniru tingkahlaku negatif seseroang guru.
Sebagai role model, guru merupakan idola kepada pelajar. Segala tingkahlaku negatif
sama ada melalui perbuatan atau percakapan akan ditiru dan diamalkan oleh pelajar-
pelajarnya. Seperti peribahasa Guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Sebagai
contoh, perlakuan seorang guru yang sering melabel pelajar dengan perkataan bodoh
akan cenderung untuk ditiru oleh pelajarnya dengan melabel rakan-rakannya pula.
Selain itu, perbuatan guru yang sering memberikan peneguhan negatif bebentuk fizikal
akan menyebabkan pelajar-pelajar menirunya dan seterusnya memungkin berlakunya
kes buli dalam kalangan pelajar. Perkara ini tidak dinafikan kerena melalui pemerhatian
yang dijalankan di SMK Pekan Kota Belud II, seorang pelajar yang bermasalah sering
memanggil kawan-kawan yang lain sebagai bodoh. Dan seringkali perkataan bodoh ini
dikeluarkan oleh pelajar yang lemah dari segi akademik dan bermasalah disiplin kendiri.
2.2.3 Teori Fungsionalisme (Peranan)
Teori ini diperkenalkan oleh Emile Durkhiem. Menurut teori ini, masyarakat
merupakan satu organisma dan setiap organnya mempunyai peranan atau fungsinya
yang tersendiri. Para ahli fungsionalisme berpendapat bahawa setiap bahagian dalam
masyarakat mempunyai tujuan-tujuan dan keperluan-keperluan tersendiri.
Persefahaman ahli masyarakat sangat penting untuk mengekalkan keharmonian dan
kestabilan masyarakat. Mereka juga berpendapat bahawa kehidupan sesebuah
masyarakat berasaskan kepada konsesus. Konsesus bermaksud, sesebuah masyarakat
mempunyai nilai-nilai asas (norma dan disiplin) yang mesti dipatuhi oleh setiap
anggotanya demi mengekalkan keharmonian dan kestabilan.
Menurut teori ini, masalah disiplin terjadi apabila satu-satu organ dalam
masyarakat itu gagal berfungsi dengan baik atau tidak memainkan peranan yang
sepatutnya. Misalnya, dalam skop bilik darjah. Sekiranya guru tidak menjalankan
tanggungjawabnya mendidik pelajar-pelajar dengan sempurna maka pelajar-pelajar
tersebut akan cenderung untuk melakukan salahlaku disiplin. Menurut Noran Fauziah
-
8/6/2019 tesis dayang
14/26
14
Yaakub (1991), gaya pengajaran guru yang bersifat autokratik akan mengakibatkan dua
kemungkinan:
1. Melahirkan pelajar yang kasar, degil, suka melawan, tidak ikut kata, keras hati
dan suka mengganggu.
2. Melahirkan pelajar yang pemalu, sensitif, rendah hati dan suka mengasingkan
diri dari orang lain.
Dalam bilik darjah, masalah disiplin pelajar berlaku akibat kegagalan guru
memainkan peranan yang sepatutunya. Sebagai contoh, hubungan yang renggang
antara guru dengan pelajar, hubungan yang tidak mesra, pelajar tidak hormat guru atau
takut denan guru. Secara umumnya, pelajar yang mempunyai masalah disiplin,
mempunyai hubungan yang agak tegang dan tidak baik dengan guru dan pihak sekolah.
Guru dan pelajar sepatutnya mempunyai buhungan yang erat dan perlu ada kerjasama
antara satu sama lain. Guru perlu mengekalkan hubungan yang erat ini supaya pelajar
sentiasa berminat terhadap pelajaran yang disampaikan, matapelajaran yang diajar dan
berminat belajar matapelajaran tersebut. Pendapat ini disokong oleh Ismail Yusof
(1982) yang menyatakan bahawa hubungan yang regang antara guru dengan pelajar ini
kadang-kadang berpunca daripada kerja sekolah yang tidak disiapkan oleh pelajar.
Pelajar sebenarnya bukan tidak mahu menyiapkannya tetapi mereka terpaksa
membantu kerja ibubapa di rumah. Akibatnya, pelajar takut ke sekolah kerana mungkin
dimarahi oleh guru. Dalam hal ini, guru sepatutnya lebih berdiplomasi dan tidak terus
marah sebaliknya menyiasat terlebih dahulu punca mereka tidak menyiapkan kerja
sekolah. Adalah lebih baik bagi guru mengetahui sedikit sebanyak latarbelakang pelajar
yang diajarnya.
Selain itu, tanggapan dan jangkaan guru terhadap pelajar kelas bawahan seperti
bodoh, kurang berdisiplin, bermasalah, tidak bermotivasi dan sebagainya akan
mempengaruhi sikap dan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Pelabelan sebegini juga
akan mempengaruhi tingkahlaku pelajar dan menyumbang kepada tingkahlaku negatif.
Sekiranya guru mempunyai prasangka bahawa pelajarnya tidak berdisiplin, akhirnya
didapati pelajar itu benar-benar tidak berdisiplin.
Pentadbiran sekolah juga boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran disiplin.
Sesetengah sekolah mengamalkan sistem pengaliran (streaming) dalam pembahagian
kelas A, B, C dan sebagainya. Kelas A merupakan kelas yang paling pandai dan
-
8/6/2019 tesis dayang
15/26
15
begitulah seterusnya. Keadaan ini akan mempengaruhi psikologi guru dan pelajar.
Guru akan beranggapan bahawa mengajar di kelas yang rendah pencapaianya sebagai
tidak berfaedah. Mereka menganggap bahawa pelajar kelas tersebut sudah gagal,
bodoh dan kurang berdisiplin. Akibatnya guru kurang berusaha membimbing pelajar
kelas tersebut. Keadaan ini menjadikan pelajar bosan dengan sikap guru. Perhubungan
antara pelajar dengan guru akan menjadikan tegang dan tercetuslah masalah disiplin.
Hukuman disiplin secara melulu yang akan dikenakan kepada pelajar di sekolah juga
mengkibatkan berlakunya masalah disiplin. Hukuman mungkin akan menimbulkan satu
hal yang tidak diduga. Misalnya, pelajar yang tabah menjalani hukuman mungkin
dipandang sebagai hero oleh rakan-rakannya. Pelajar lain yang tidak mempunyai nilai
yang positif akan memuja mereka yang menentang peraturan dan yang sanggup
menerima hukuman. Jika ini berlaku, pelanggaran disiplin sekolah akan dianggap oleh
sesetengah pelajar sebagai satu keberanian
2.3 Konsep Tingkahlaku Guru:
Masden dan Masden (1981:32) mendefinisikan tingkahlaku sebagai Behavior
refers to anything a person does, says, or thinks that can be observed directly and/or
indrectly. Secara umumnya, definisi di atas menerangkan kepada kita bahawa
tingkahlaku ialah segala perlakuan individu yang berbentuk perbuatan, percakapan atau
pemikiran yang boleh diperhatikan secara langsung atau secara tidak langsung. Masden
dan Masden (1981) menambah bahawa tingkahlaku yang diterangkan ini mengkhusus
kepada tingkahlaku interpersonal seseorang. Beliau telah membahagikan tingkahlaku
interpersonal ini kepada dua bahagian iaitu pengucapan (verbal behaviour) dan
perlakuan (moto behaviour). Apabila dikaitkan dengan guru, tingkalaku ini merujuk
kepada segala perlakuan atau perbuatan guru sama ada pengucapan atau perlakuan
semasa mereka menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3.1 Tingkahlaku Guru Yang Baik Menurut Pandangan Pelajar.
Cohen dan manion (1981) dalam kajian mereka mendapati bahawa pelajar
paling suka akan guru yang dapat menerangkan pelajaran dengan sabar. Pelajar juga
-
8/6/2019 tesis dayang
16/26
16
menyukai guru yang baik hati, mesra, bersimpati, bersikap adil dan mempunyai pelbagai
minat. Selain itu, mereka juga mendapati bahawa pelajar juga meminati guru yang
sentiasa mengalakkan pelajar-pelajarnya menyoal dalam kelas. Hammchek (1974)
merumuskan tingkahlaku guru yang disukai oleh pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran ialah seperti baik hati, mesra, periang, sabar, adil, suka menolong, sering
menyelitkan unsur-unsur humor semasa mengajar dan pada masa yang sama sentiasa
menjaga ketenteraman kelas. Tetapi kadang ada juga pelajar yang suka sekiranya guru
garang kerana menghalang mereka daripada menimbulkan masalah disiplin. Mereka
takut kepada guru yang garang. Disini bergantung kepada kebijaksanaan guru
mengunakan pendekatan yang bersesuaian dengan pelajar atau kelas yang diajar. Lain
kelas lainlah pendekatan yang digunakan kerena bergantung dengan tahap kecerdasan
pelajar. Apalagi jikalau sekolah itu mengwujudkan kelas streaming.
2.3.2 Tingkahlaku Guru yang Tidak Baik Menurut Pelajar.
Menurut Noran Fauziah (1993), satu tingkahlaku guru yang kurang digemari oleh
pelajar ialah keghairahan guru yang menyindir pelajar untuk memalukan mereka di
hadapan pelajar lain. Pelajar yang sering disindir dan dimalukan oleh guru akan
bersikap benci terhadap guru tersebut. Tingkahlaku yang terlalu garang, menimbulkan
kesan yang berbeza dalam kalangan pelajar mengikut peringkat umur. Bagi pelajar
sekolah rendah, mereka mungkin akan terlalu takut kepada guru seterusnya membenci
sekolah. Manakalah sekolah menengah, jika mereka sering berhadapan dengan guru
yang terlalu garang, ada kemungkinan mereka akan membenci guru tersebut,
seterusnya tidak menghormati guru berkenaan. Ada guru yang mengajar lebih kepada
menurut emosi mereka dan kurang mengambil berat emosi pelajar. Noran Fauziah
(1993) juga menyatakan bahawa pelajar yang gigih tidak menyukai guru yang tidak
membuat persediaan sebelum mengajar. Guru sebegini sering menyuruh pelajar
membuat kerja-kerja sendiri bila masuk ke kelas sedangkan dia sendiri membuat kerja
peribadi.
-
8/6/2019 tesis dayang
17/26
17
2.4 Tingkahlaku Guru Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang
Mempengaruhi Disiplin dan Minat Pelajar.
2.4.1 Pakaian Yang Tidak Sesuai.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan kod etika berpakaian kepada
guru-guru di Malaysia. Guru-guru dilarang memakai pakaian yang menjolok mata,
memakai serban, jubah, Tshirt, jeans dan purdah. Menurut Noran Fauziah (1993),
sama ada pelajar menyukai atau membenci guru mereka sedikit sebanyak adalah
disebabkan oleh cara guru berpakaian di sekolah. Keadaan ini boleh mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan melihat gurunya bermula dari pintu
masuk lagi, dari hujung tumit kasut sehingga kehujung rambut guru tersebut. Ini adalah
penampilan utama yang menjadi penilaian dan keyakinan pelajar tehadap guru.
Mengikut surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil,13/69 KP 8434 (084)
bertarikh 26 Disember 1969, Oleh yang demikian pakaian yang berpatutuan bagi guru-
guru adalah penting di samping kecermatan dan kebersihan, dalam Mohd Yusuf, 2007.
2.4.2 Tidak Mengajar Dengan Bersungguh-sungguh.
Menurut Noran Fauziah Yaakub (1993), terdapat guru yang hanya menulis nota
di papan hijau/hitam supaya pelajar menyalin nota dan dengan tujuan dapat mengawal
ketenteraman kelas. Sebenarnya, tiada pelajar yang begitu berpuashati jika guru hanya
membaca nota, sama ada dengan cara menulis atau membacanya tanpa mengadakan
perbincangan, soalan atau latihan. Akibatnya para pelajar akan merasa bosan untuk
meneruskan pembelajaran.
2.4.3 Bercakap Terlalu Cepat dan Tidak Jelas.
Noran Fauziah Yaakub (1993) menyatakan bahawa kajian-kajian yang pernah
dibuat mendapati pelajar-pelajar sering merungut kerana tidak dapat mengikut proses
pengajaran dan pembelajaran kerana guru mereka bercakap terlalu cepat dan tidak
-
8/6/2019 tesis dayang
18/26
18
jelas. Akibatnya, pelajar tersebut akan merasa bosan berada dalam bilik darjah dan
tidak mengikut proses pengajaran dan pembelajaran dengan sewajarnya.
2.5 Tulisan dan kajian Lepas Yang Berkaitan Dengan Tingkahlaku Guru:
Kebanyakkan kajian tentang tingkahlaku lebih mengkhusus kepada tingkahlaku
pelajar. Tidak banyak kajian yang melihat punca masalah disiplin pelajar ini dari
tingkahlaku guru. Contoh kajian yang berasaskan tingkahlaku guru ini ialah seperti
kajian yang dibuat oleh Barak Rosenshine (1971) yang bertajuk Teaching Behaviiours
and Student Achievement. Kajian ini dibuat ke atas pelajar-pelajar sekolah tinggi di
Landon. Dalam kajian ini, beliau tidak mengkaji hubungan tingkahlaku guru dengan
masalah disiplin pelajar, tetapi melihat hubungan tingkahlaku guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan hasil
dapatan kajian beliau mendapati wujud hubungan antara tingkahlaku guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Guru yang
mengamalkan tingkahlaku yang dianggap baik semasa mengajar, telah menghasilkan
pelajar-pelajar yang tinggi pencapaian akademiknya berbanding dengan guru yang
beritngkahlaku negatif.
2.6 Kerangka Kajian:
Secara umum kajian ini akan melihat hubungan yang wujud antara tingkahlaku
guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan masalah
disiplin yang ditimbulkan oleh pelajar. Kerangka kajian ini dapat ditunjukkan dalam
rajah 2.1 di bawah:
-
8/6/2019 tesis dayang
19/26
19
Variable Tak Bersandar Variabel Bersandar
Rajah 2.1 : Kerangka Kajian
Rajah 2.1 menerangkan hubungan yang wujud antara tingkahlaku guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar. Tingkahlaku
dalam kajian ini dikategorikan kepada sikap guru, penampilan guru, komunikasi
interpersonal dan gaya pengajaran guru. Tingkahlaku dalam kajian ini dikategorikankepada sikap guru, penampilan guru, komunikasi interpersonal dan gaya pengajaran
guru. Jika salahsatu daripada jenis tingkahlaku ini bercorak negatif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran maka hasilnya juga bercorak negatif. Sebagai contohnya,
jika guru yang mengajar ialah seorang yang suka memarahi pelajar atau suka
mendenda pelajar maka pelajar selalu ponteng kelas yang diajarnya. Tingkahlaku
positif guru yang ditunjukkan dengan garisan putus-putus akan melahirkan tingkahlaku
pelajar yang positif manakla tingkahlaku negatif guru yang ditunjukkan dengan garisan
bersambung akan melahirkan tingkahlaku pelajar yang negatif.
TINGKAHLAKU GURU
Sikap Guru
Penampilan GuruKomunikasi
Interpersonal
Stail Pengajaran
PROSES
PENGAJARANDAN
PEMBELAJARAN
DISIPLIN
KENDIRI
PELAJAR
Negatif
Positif
Positif
Negatif
-
8/6/2019 tesis dayang
20/26
20
Kesimpulan:
Sorotan kajian masa lampau juga ada mengkaji mengenai hubungan sikap guru
dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian yang dijalankan oleh golongan
behaviorisme juga menunjukkan hubungan antara sikap guru dengan tingkahlaku
pelajar terutama disiplin pelajar. Dalam bab ini juga ada menjelaskan kerangka kajian
mengenai hubungan antara sikap guru dengan masalah disiplin kendiri pelajar.
Bagaimana hubungan itu dapat mempengaruhi disiplin kendiri pelajar dapat ditunjukkan
melalui kerangka konsep.
-
8/6/2019 tesis dayang
21/26
21
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab 3 akan menjelaskan tentang rekabentuk kajian. Populasi dan sampel yang
digunakan juga akan dijelaskan dalam bab ini. Selain itu, bab ini juga akan menjelaskan
tentang instrumen yang digunakan, prosedur pemungutan data dan bagaimana data
yang telah diperoleh dianalisis. Dapatan kajian rintis juga dimuatkan dalam bab ini
untuk melihat sejauhmana pertalian antara sikap guru dengan masalah disiplin pelajar di
sekolah menengah khusus untuk menengah rendah di daerah Kota Belud.
3.2 Rekabentuk kajian
Kajian ini merupakan kajian kes yang berbentuk kuantitatif dan alat statistik yang
digunakan untuk menganalisis data ialah kolerasi Pearson. Menurut Rahil dan Habibah
(2002), dalam penyelidikan yang menggunakan kaedah kolerasi, instrumen soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang aspek spesifik tingkahlaku. Menurut
beliau lagi, kaedah kolerasi membolehkan pengkaji mengenalpasti sama ada wujud
hubungan antara variabel-variabel. Perhubungan ini dinamakan kolerasi dan daptannya
dirumuskan dengan pekali kolerasi dan menggunakan lambang [r], Lay Yoon Fah, 2009.
Kolerasi wujud apabila variabel berkaitan antara satu sama lain. Kolerasi boleh
menjadi positif atau negatif. Kolerasi positif menunjukkan perhubungan secara
langsung antara dua variabel. Bagi kolerasi negatif pula, perhubungan antara dua
variabel adalah bertentangan. Dalam kajian ini pengkaji akan cuba melihat korelasi
yang wujud antara variabel bersandar iaitu tingkahlaku guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dengan variabel tak bersandar iaitu masalah disiplin yang dilakukan
oleh pelajar.
-
8/6/2019 tesis dayang
22/26
22
3.8 Populasi dan Sampel
Populasi untuk kajian ini terdiri dari semua pelajar menengah yang dipilih secara
rawak mewakili sekolah masing-masing di tiga buah sekolah menengah di daerah Kota
Belud. Purata di daerah kota belud mempunyai lapan kelas bermula dari tingkatan satu
hingga tiga kecuali SMK Kekan Kota Belud II kerana sekolah ini baru dan SMA Tun Said
kerana pelajar adalah terpilih. Sebelum itu satu kajian rintis telah dibuat di SMK Pekan
Kota Belud II. Seramai dua ratus enam puluh orang telah dipilih secara rawak mengikut
kelas yang berpotensi melakukan masalah disiplin sebagai sampel. Bilangan pelajar
SMK Pekan Kota Belud II lebih kurang 865 orang.
Dalam menentukan saiz sampel, isu yang paling penting ialah tentang perwakilan
dan kecakupan ( Ary,1990 ). Isu perwakilan ini bermaksud adakah saiz sampel mewakili
populasi kajian?. Manakala kecakupan pula bermaksud adakah bilangan sampel kajian
mencakupi untuk membuat generealisasi atau kesimpulan tentang ciri-ciri populasi
kajian?. Dengan lain perkataan, bilangan sampel mestilah cukup besar bagi
membolehkan penyelidik meramalkan parameter populasi berdasarkan batasan yang
boleh diterima.
Menurut Krejcie dan Morgan ( Sidek 2002 ), bagi populasi seramai 1400 orang,
saiz sampel yang diperlukan ialah 302. Dengan jumlah seramai 302 sampel
kemungkinan berlakunya ralat persampelan hanya pada tahap 5 peratus. Ini kerana
formula penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan ( dalam Isaac & Micheal 1884 )
dibangunkan pada aras 95 peratus aras keyakinan. Sementara untuk kajian kolerasi
berdasarkan analisiss kuasa oleh Cohen ( 1992 ) pada aras keyakinan .05 saiz kesan
(ES) pada tahap sederhana dan kuasa pada tahap .80 memerlukan jumlah sampel
sebanyak 85.
Sampel kajian yang terdiri daripada 302 orang ini dipilih dalam kalangan pelajar-
pelajar SMK Pekan Kota Belud II, SMA Tun Said dan SMK Tambulion. Sampel dipilih
menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis dengan mengambil kira bilangan
populasi tingkatan yang terlibat. Dengan menggunakan kaedah persampelan ini,
seramai
-
8/6/2019 tesis dayang
23/26
23
3.9 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang tidak digunakan untuk mengumpul data dalam kahian ini
ialah satu set soal selidik yang menggunakan skala likert. Penggunaan soal selidik ini
lebih praktikal dan berkesan untuk mendapatkan respon berdasarkan objektif kajian. Set
soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan B yang mengandungi
item- item untuk dijawab oleh responden. Bahagian A mengenai tingkahlaku guru dan
bahagian B mengenai masalah disiplin pelajar.
Rajah 3.1: Prosedur Kajian
Mengenalpasti masalah / Bidang kajian
Mengenalpasti masalah / Bidang kajian
Memohon kebenaran Kementerian
Pelajaran Malaysia
Memohon kebenaran pengetua sekolah
Membuat temujanji dengan sekolah
Mengedar instrumen
Mengenalpasti masalah / Bidang kajian
Menyediakan proposal
Memohon kebenaran Jabatan Pelajaran
negeri
Menyediakan instrumen kajian
Memasukan data
Menganalisis data
Menulis laporan akhir
-
8/6/2019 tesis dayang
24/26
24
Set soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu:
1. Bahagian A: Tingkah laku guru2. Bahagian B: Masalah disiplin kendiri pelajar
3.9.1 Bahagian A: Tingkah laku Guru
Bahagian ini terdiri daripada 33 item yang bertujuan untuk mengenalpasti tingkah laku
guru yang mempengaruhi disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Item-item dalam bahagian ini telah dikategorikan kepada empat bahagian iaitu:
a. S - Sikap gurub. P - Penampilan guruc. K - Komunikasi interpersonal gurud. G - Gaya pengajaran guru
3.9.2 Bahagian B: Masalah Disiplin Kendiri Pelajar
Bahagian ini terdiri daripada 10 item tentang masalah disiplin kendiri yang dilakukan
oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rajah 3.2 di bawah
menunjukkan kandungan set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini.
Jadual : 3.2 : Kandungan Borang Soal Selidik
Bahagian Bil Item Huraian
Bahagian A: Tingkah lakuGuru:
a. Sikap gurub. Penampilan guruc. Komunikasi gurud. Gaya pengajaran
guru
1056
7
Maklumat tentang tingkahlaku guru semasa prosespengajaran dan pembelajaran
Bahagian B: MasalahDisiplin Kendiri Pelajar
10
Maklumat tentang masalahdisiplin kendiri yang dilakukanoleh pelajar semasa prosespengajaran dan pembelajaran.
-
8/6/2019 tesis dayang
25/26
25
Jumlah Item 38
3.10 Kebolehpercayan dan Keesahan
Menurut Tuckman ( 1994 ), kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu
konsisten. Black dan Campion ( 1976 ) mendefinisikan kebolehpercayaan sebagai
kebolehansatu-datu alat ukur secara konsisten mengukur fenomena yang hendak
diukur. Sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayan yang tinggi sekiranya
skor yang sama diperolehi inidividu yang sama dengan menjawab ujian yang sama pada
masa yang berbeza ( Sidek Mohd Noah 1990 ).
Kesahan sesuatu ujian pula menggambarkan sejauh mana ujian tersebut
mengukur apa yang sepatutnya diukur ( Tuckman 1994 ). Sesuatu ujian itu dikatakan
mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur apa yang
sepatutunya dikukur adalah tinggi. Mohd Majid Konting ( 1990 ), mentafsirkan bahawa
kesahan sesuatu alat ukuran merujuk kepada sejauhmana alat tu mengukur data yang
sepatutnya diukur. Ini bermakna sesuatu alat yang berupaya mengukur dengan tepat
sesuatu variabel yang ditetapkan dianggap sah sebagai alat pengukur variabel tersebut.
Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini debentuk sendiri oleh pengkaji
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hasan dan Ainon Mohd, 2002. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Amir Hasan Dewi 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Tanjong Malim:Quantum Books.
Ary, D,1990. Introduction to Research in Education. USA: Holt, Rinehart & Winston, Inc.
-
8/6/2019 tesis dayang
26/26
Barak Rosenshine 1971. Teaching Behaviours and Student Achievement, London:National Foundation For Educational Research.
Bennet W. J. 1986. How can We Improve teachers and teaching, The EducationalDigest: May, pp2-5.
Black J.A & Campion D.J.1976. Method and Issues in Social Research. New York:John Wiley & Son.
Cohen L ans Manion L, 1981. Perspectives On Classrooms and schools, London: Holt,Rinehart & Winston.
Duke D.L 1990, Teaching;An Introduction. New York : McGraw-Hill.
Hamacheck D, 1974. Characteristics Of Good Teachers and Implication For TeachersEducation, dalam Lowell and Horton (eds), New York: Teachers Education,Trends, Issues, Inovations, Interstate Printers and Publishers Inc.
Ismail Yusuf 1983. Disiplin Di Sekolah: Ponteng Sekolah. Kertas Kerja PersidanganNasional Mengenal Kaum Remaja Di Malaysia, Jabatan Pedagogi Dan Psikologi,Universiti Malaya, 2-5 Ogos.
Issac S & W.B. Micheal. 1984. Handbook in research and evaluation. San Deogo EditsPublishers.
Jones V.F dan Jones L.S 1995. Classroom Management: creating Positive LearningEnviroment For All Students, Boston: Ally and Bacon
Masden C.H and Masden C.K, 1981. Teaching / Discipline: A Positive Approach ForEducational Development, Boston: Ally and Bacon.
Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob 1993. Guru dan Perguruan,Kuala Lumpur: DBP
Noran Fauziah Yaakub 1987. Pengantar Sosiologi, Kuala Lumpur: Penerbitan FajarBakti Sdn Bhd.
Rahil Mahyuddin dan habibah Elias 2002. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.