TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu...

12
1 Tempoh Kempen 1. Kempen “CIMB Debit Mastercard #Debitjer Beep Beep Win” (“Kempen”) adalah dianjurkan bersama oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) (“CIMB Islamic”). CIMB Bank dan CIMB Islamic hendaklah di sini secara kolektif dirujuk sebagai “CIMB”. 2. Kempen akan berlangsung dari 15 November 2019 hingga 14 Mac 2020, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”). 3. CIMB merizabkan hak untuk menukar jangka masa Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu tujuh (7) hari kalendar. Kelayakan 4. Tertakluk kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, Kempen ini adalah terbuka kepada semua pemegang kad sedia ada dan baru CIMB Debit Mastercard (termasuk pemegang kad CIMB Tesco Debit Mastercard dan CIMB PETRONAS Debit Mastercard) yang dikeluarkan oleh CIMB (“Peserta Layak”). 5. Kategori orang/entiti yang berikut TIDAK akan layak untuk menyertai Kempen ini: a) Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen-ejen pengiklanan dan promosi) CIMB, Mastercard Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware, yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“Mastercard”) (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaan mereka masing- masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan kecil sederhana/perbankan perusahaan/pelanggan komersial dan korporat seperti yang ditentukan oleh CIMB termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat tersenarai awam, syarikat berhad swasta, organisasi/persatuan kebajikan/bukan untung, persatuan, dan perkongsian profesional; dan/atau c) Individu di bawah umur lapan belas (18) tahun. 6. Pendaftaran tidak diperlukan untuk menyertai Kempen ini. Kriteria Kelayakan 7. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak perlu memenuhi Transaksi Layak yang dikenakan pada CIMB Debit Mastercard beliau (termasuk CIMB Tesco Debit Mastercard dan CIMB PETRONAS Debit Mastercard) (“Kad Debit”) mengikut cara di bawah bagi berpeluang untuk memenangi Hadiah yang dinyatakan dalam Klausa 13 di sini semasa Tempoh Kempen: a) Hadiah Utama Bulanan TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen “CIMB Debit Mastercard #Debitjer Beep Beep Win”

Transcript of TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu...

Page 1: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

1

Tempoh Kempen

1. Kempen “CIMB Debit Mastercard #Debitjer Beep Beep Win” (“Kempen”) adalah dianjurkan bersama oleh

CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) (“CIMB Islamic”). CIMB Bank dan CIMB Islamic hendaklah di sini secara kolektif dirujuk sebagai “CIMB”.

2. Kempen akan berlangsung dari 15 November 2019 hingga 14 Mac 2020, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

3. CIMB merizabkan hak untuk menukar jangka masa Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu

tujuh (7) hari kalendar.

Kelayakan

4. Tertakluk kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, Kempen ini adalah terbuka kepada semua pemegang

kad sedia ada dan baru CIMB Debit Mastercard (termasuk pemegang kad CIMB Tesco Debit Mastercard dan CIMB PETRONAS Debit Mastercard) yang dikeluarkan oleh CIMB (“Peserta Layak”).

5. Kategori orang/entiti yang berikut TIDAK akan layak untuk menyertai Kempen ini:

a) Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen-ejen pengiklanan dan promosi) CIMB, Mastercard Worldwide Pte.

Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware, yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“Mastercard”) (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaan mereka masing-masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau

b) Perusahaan kecil sederhana/perbankan perusahaan/pelanggan komersial dan korporat seperti yang

ditentukan oleh CIMB termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat tersenarai awam, syarikat berhad swasta, organisasi/persatuan kebajikan/bukan untung, persatuan, dan perkongsian profesional; dan/atau

c) Individu di bawah umur lapan belas (18) tahun.

6. Pendaftaran tidak diperlukan untuk menyertai Kempen ini.

Kriteria Kelayakan

7. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak perlu memenuhi Transaksi Layak yang dikenakan pada CIMB Debit

Mastercard beliau (termasuk CIMB Tesco Debit Mastercard dan CIMB PETRONAS Debit Mastercard) (“Kad Debit”) mengikut cara di bawah bagi berpeluang untuk memenangi Hadiah yang dinyatakan dalam Klausa 13 di sini semasa Tempoh Kempen: a) Hadiah Utama Bulanan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen “CIMB Debit Mastercard #Debitjer Beep Beep Win”

Page 2: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

2

Seseorang Peserta Layak akan secara automatik layak kepada satu (1) penyertaan kelayakan (“Penyertaan Kelayakan”) bagi setiap satu (1) Transaksi Layak yang dikenakan pada Kad Debit beliau semasa Bulan Kempen sebagaimana yang ditakrifkan dalam Klausa 15 di sini bagi berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama Bulanan;

b) Hadiah Harian Peserta Layak yang melakukan Transaksi Layak ke-50,000, ke-100,000 dan ke-150,000 setiap hari masing-masing dan mengenakan yang sama pada Kad Debit beliau semasa Bulan Kempen sebagaimana yang ditakrifkan dalam Klausa 16 di sini akan menjadi pemenang Hadiah Harian; dan

c) Hadiah Mingguan Kilat Peserta Layak tiga ratus (300) pertama yang melakukan sekurang-kurangnya dua (2) Transaksi Layak pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad masing-masing setiap minggu sebagaimana yang ditakrifkan dalam Klausa 17 di sini akan menjadi pemenang Hadiah Mingguan Kilat.

8. Tiada keperluan perbelanjaan minimum akan dikenakan ke atas setiap Transaksi Layak. 9. “Transaksi Layak” di bawah Kempen ini hendaklah bermaksud sebarang transaksi runcit tempatan dan luar

negara termasuk pembelian atas talian yang berjaya dikenakan pada Kad Debit semasa Tempoh Kempen. Transaksi berikut adalah di sini secara nyata dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai Transaksi Layak: a) Transaksi pengeluaran, deposit atau pemindahan tunai; b) Bayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, bayaran tunai, fi penggantian kad, caj

pertikaian, caj penipuan atau sebarang fi, caj atau penalti lain sama ada yang dikenakan oleh CIMB atau sebaliknya;

c) Sebarang transaksi yang tidak dipaparkan, dibatalkan, tidak sah, dipertikaikan, dikembalikan, penipuan atau tidak diberi kebenaran;

d) Transaksi Tunai Kuasi dan perjudian/pertaruhan; dan e) Transaksi insurans/takaful (MCC 5960 dan 6300). Penentuan CIMB berkenaan dengan apa yang merangkumi Transaksi Layak sebagaimana yang ditakrifkan dalam Klausa 9 di sini hendaklah menjadi konklusif dan tidak akan dicabar dalam apa-apa cara sekalipun.

10. Bagi mengelakkan keraguan, transaksi antarabangsa dalam mata wang asing hendaklah ditukarkan kepada

Ringgit Malaysia berdasarkan kadar pertukaran semasa CIMB.

11. Pengesanan Transaksi Layak Peserta Layak hendaklah berdasarkan pada tarikh dan masa (Waktu Malaysia) seperti yang dirakam oleh transaksi rekod CIMB semasa Tempoh Kempen.

12. Terma-Terma dan Syarat-Syarat Tambahan bagi Hadiah Utama Bulanan

a) Kakitangan atau pekerja tetap, sambilan dan/atau kontrak *Kumpulan Syarikat CIMB dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) TIDAK akan layak untuk menyertai Kempen ini bagi berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama Bulanan semasa Tempoh Kempen. Bagi tujuan Klausa ini, “Kumpulan Syarikat CIMB” hendaklah bermaksud kumpulan syarikat/entiti undang-undang di mana CIMB Group Holdings Berhad, sebagai syarikat pemegangan muktamad CIMB mempunyai kepentingan yang mengawal, secara langsung atau tidak langsung, sama ada dengan sendirinya atau melalui subsidiari-subsidiarinya.

Page 3: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

3

b) Jika seseorang Peserta Layak memegang lebih daripada satu Kad Debit, semua Transaksi Layak yang dilakukan dengan menggunakan setiap Kad Debit akan digabungkan bersama untuk mengira jumlah Penyertaan Kelayakan Peserta Layak yang diperolehi dalam cara yang ditetapkan dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat.

c) Jumlah Transaksi Layak yang dilakukan oleh pemegang akaun sekunder akan digabungkan dengan jumlah Transaksi Layak yang dilakukan oleh pemegang akaun pertama yang dinamakan, iaitu pemegang akaun pertama. Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun sekunder adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

d) Transaksi Layak mesti dipaparkan ke akaun Kad Debit Peserta Layak dalam tiga (3) hari selepas setiap Bulan Kempen agar mereka boleh diambil kira kepada penentuan Penyertaan Kelayakan Peserta Layak yang diperolehi. Jadual 1 di bawah menunjukkan tarikh (Malaysia GMT) yang dimasukkan bagi penentuan jumlah Transaksi Layak yang dilakukan oleh Peserta Layak setiap Bulan Kempen. Transaksi Layak yang dipaparkan lebih daripada tiga (3) hari selepas Bulan Kempen tidak akan diambil kira dalam menentukan Penyertaan Layak yang diperolehi oleh Peserta Layak bagi ntuk bulan berikutnya. Jadual 1: Tarikh Pemaparan Transaksi

Bulan Kempen Tarikh Penyertaan untuk melakukan Transaksi Layak

Tarikh akhir untuk memapar Transaksi Layak

November 2019 15 November 2019 – 14 Disember 2019 Menjelang 17 Disember 2019

Disember 2019 15 Disember 2019 – 14 Januari 2020 Menjelang 17Januari 2020

Januari 2020 15 Januari 2020 – 14 Februari 2020 Menjelang 17Februari 2020

Februari 2020 15 Februari 2020 – 14 Mac 2020 Menjelang 17Mac 2020

e) CIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kegagalan dan/atau kelewatan dalam

penghantaran bukti apa-apa transaksi oleh Mastercard, tempat peniaga dan/atau mana-mana pihak lain. Transaksi boleh dipaparkan oleh pihak tersebut selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari selepas tarikh transaksi.

Hadiah

13. Hadiah (“Hadiah”) yang akan diberikan di bawah Kempen ini adalah seperti yang digambarkan dalam Jadual 2

di bawah.

Jadual 2: Hadiah

Jenis Hadiah Hadiah Bilangan Pemenang Hadiah

Jumlah Pemenang Hadiah

Hadiah Utama Bulanan Hadiah tunai RM10,000 3 pemenang bulanan

12

Hadiah Harian Baucar AirAsia e-Gift bernilai RM1,000

3 pemenang harian 363

Hadiah Mingguan Kilat (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

Hadiah tunai RM10 300 pemenang harian

15,900

14. Sejumlah dua belas (12) Hadiah Utama Bulanan, tiga ratus enam puluh tiga (363) Hadiah Harian dan lima belas

ribu sembilan ratus (15,900) Hadiah Mingguan Kilat akan diberikan di bawah Kempen ini kepada Peserta Layak yang menang (“Pemenang”) semasa Tempoh Kempen. Seseorang Peserta Layak adalah layak untuk

Page 4: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

4

memenangi kesemua tiga (3) Hadiah serentak semasa Tempoh Kempen tertakluk kepada peruntukan dalam Klausa-Klausa 15(b), 16(b) dan 17(b) di sini.

15. Hadiah Utama Bulanan

a) Butir-butir mengenai Bulan Kempen, Tarikh Penyertaan Bulan Kempen, Hadiah Utama Bulanan dan Jumlah Pemenang Hadiah Utama Bulanan Bagi Setiap Bulan dinyatakan dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Hadiah Utama Bulanan

Bulan Kempen Tarikh Penyertaan

Bulan Kempen Hadiah Utama Bulanan

Jumlah

Pemenang

Hadiah

Utama

Bulanan Bagi

Setiap Bulan

November 2019 15 November 2019 – 14 Disember 2019 Hadiah tunai RM10,000 3

Disember 2019 15 Disember 2019 – 14 Januari 2020 Hadiah tunai RM10,000

3

Januari 2020 15 Januari 2020 – 14 Februari 2020 Hadiah tunai RM10,000 3

Februari 2020 15 Februari 2020 – 14 Mac 2020 Hadiah tunai RM10,000

3

Jumlah 12

b) Seseorang Peserta Layak adalah layak untuk memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama Bulanan

sepanjang Tempoh Kempen. 16. Hadiah Harian

a) Butir-butir mengenai Bulan Kempen, Tarikh Penyertaan Bulan Kempen, Hadiah Harian, Bilangan

Pemenang Hadiah Harian dan Jumlah Pemenang Hadiah Harian Bagi Setiap Bulan dinyatakan dalam Jadual 4 di bawah. Jadual 4: Hadiah Harian

Bulan Kempen Tarikh Penyertaan

Bulan Kempen Hadiah Harian

Bilangan Pemenang

Hadiah Harian

Jumlah

Pemenang

Hadiah

Harian

Bagi

Setiap

Bulan

November 2019 15 November 2019 – 14 Disember 2019

Baucar AirAsia

e-Gift bernilai

RM1,000 3 90

Disember 2019 15 Disember 2019 – 14 Januari 2020 Baucar AirAsia

e-Gift bernilai 3 93

Page 5: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

5

RM1,000

Januari 2020 15 Januari 2020 – 14 Februari 2020

Baucar AirAsia

e-Gift bernilai

RM1,000 3 93

Februari 2020 15 Februari 2020 – 14 Mac 2020

Baucar AirAsia

e-Gift bernilai

RM1,000 3 87

Jumlah 363

b) Tiada had maksimum akan dikenakan ke atas bilangan Hadiah Harian yang seseorang Peserta Layak boleh

menangi sepanjang Tempoh Kempen.

17. Hadiah Mingguan Kilat a) Butir-butir mengenai Bulan Kempen, Tarikh dan Masa Penyertaan Hadiah Mingguan Kilat, Hadiah

Mingguan Kilat, Bilangan Pemenang Hadiah Mingguan Kilat Setiap Hari dan Jumlah Pemenang Hadiah Mingguan Kilat Bagi Setiap Bulan dinyatakan dalam Jadual 5 di bawah.

Jadual 5: Hadiah Mingguan Kilat

Bulan Kempen

Tarikh dan Masa Penyertaan Hadiah Mingguan Kilat

Hadiah Mingguan

Kilat

Bilangan Pemenang

Hadiah Mingguan Kilat Setiap Hari

(iaitu hari Jumaat, Sabtu

dan Ahad)

Jumlah Pemenang

Hadiah Mingguan Kilat Bagi

Setiap Bulan

November 2019 (iaitu bermula dari pukul 10 pagi pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad)

15 November 2019 - 17 November 2019 Hadiah tunai

RM10 300

4,500

22 November 2019 - 24 November 2019 Hadiah tunai

RM10 300

29 November 2019 - 1 Disember 2019 Hadiah tunai

RM10 300

6 Disember 2019 - 8 Disember 2019 Hadiah tunai

RM10 300

13 Disember 2019 - 15 Disember 2019 Hadiah tunai

RM10 300

Disember 2019 (iaitu bermula dari pukul 2 petang pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad)

20 Disember 2019 - 22 Disember 2019 Hadiah tunai

RM10 300

3,600

27 Disember 2019 - 29 Disember 2019 Hadiah tunai

RM10 300

3 Januari 2020 - 5 Januari 2020 Hadiah tunai

RM10 300

10 Januari 2020 - 12 Januari 2020

Hadiah tunai RM10 300

Page 6: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

6

Januari 2020 (iaitu bermula dari pukul 5 petang pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad)

17 Januari 2020 - 19 Januari 2020 Hadiah tunai

RM10 300

4,500

24 Januari 2020 - 26 Januari 2020 Hadiah tunai

RM10 300

31 Januari 2020 - 2 Februari 2020 Hadiah tunai

RM10 300

7 Februari 2020 - 9 Februari 2020 Hadiah tunai

RM10 300

14 Februari 2020 - 16 Februari 2020 Hadiah tunai

RM10 300

Februari 2020 (iaitu bermula dari pukul 10 pagi pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad)

21 Februari 2020 - 23 Februari 2020 Hadiah tunai

RM10 300

3,300

28 Februari 2020 - 1 Mac 2020 Hadiah tunai

RM10 300

6 Mac 2020 – 8 Mac 2020 Hadiah tunai

RM10 300

13 Mac 2020 – 14 Mac 2020

Hadiah tunai RM10 300

Jumlah 15,900

b) Seseorang Peserta Layak adalah layak untuk memenangi maksimum satu (1) Hadiah Mingguan Kilat setiap

hari pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad semasa Tempoh Kempen tetapi tiada had maksimum akan dikenakan ke atas bilangan Hadiah Mingguan Kilat yang beliau boleh menangi sepanjang Tempoh Kempen. Tiada had maksimum akan dikenakan ke atas bilangan Hadiah Harian yang seseorang Peserta Layak boleh menangi sepanjang Tempoh Kempen.

18. Pemenang hendaklah bertanggungjawab untuk membayar sebarang cukai, kos sampingan, caj dan/atau

sebarang ganti rugi lain yang berkaitan dengan mana-mana Hadiah melainkan dinyatakan sebaliknya. CIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang cukai, kos sampingan, caj dan/atau sebarang ganti rugi lain yang berkaitan dengan mana-mana Hadiah dan/atau kegagalan pemenuhan yang sama oleh mana-mana ejen/pembekal/pengedarnya.

Pemilihan Pemenang

19. Prosedur pemilihan Pemenang adalah seperti berikut:

a) Hadiah Utama Bulanan

i) Pada hujung setiap Bulan Kempen ("Cabutan Hadiah Bulanan"), Peserta Layak yang memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam Klausa-Klausa 7 (berhubung dengan Hadiah Utama Bulanan) hingga 12 di atas akan dipilih secara rawak oleh sistem pemilihan automatik CIMB berdasarkan jumlah Penyertaan Kelayakan yang diperolehi oleh Peserta Layak (“Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi”).

ii) Sebanyak tiga (3) Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi akan disenarai pendek setiap Bulan Kempen.

Page 7: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

7

iii) Setiap Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi akan dihubungi oleh CIMB melalui telefon di nombor telefon mudah alihnya yang dikekalkan dalam rekod CIMB dalam tempoh empat (4) minggu selepas hujung setiap Bulan Kempen dan dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan betul untuk diisytiharkan sebagai “Pemenang Hadiah Utama Bulanan”.

iv) Jika cubaan pertama menghubungi Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi gagal, iaitu

disebabkan sebab-sebab seperti tidak menjawab, nombor telefon tidak dalam perkhidmatan, tidak dapat disambungkan atau sebarang sebab lain, dua (2) cubaan lagi akan dibuat untuk memanggil Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi tersebut. Jika cubaan ketiga (ke-3) tidak berjaya, Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi tersebut akan dilucutkan kelayakan dan tidak akan layak untuk memenangi Hadiah Utama Bulanan. Seseorang Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi baru akan kemudiannya dicabut semula untuk menggantikan Pemenang Hadiah Utama Bulanan yang dilucutkan kelayakan tersebut dan akan dihubungi oleh CIMB dan melaksanakan proses yang digariskan di bawah Klausa 19(a)(iii) di atas. Jika Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi baru dilucutkan kelayakan dan tidak layak untuk memenangi Hadiah Utama Bulanan, CIMB akan layak untuk melucutkan Hadiah Utama Bulanan yang belum diberikan.

v) CIMB mempunyai budi bicara tunggal untuk menentukan hari (Isnin - Jumaat) dan masa (9 pagi - 6

petang) bekerja yang ditetapkan untuk membuat panggilan telefon kepada Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi. CIMB tidak akan dipertanggungjawabkan atas panggilan yang dibuat kepada Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi yang tidak dilengkapkan atau diputuskan disebabkan oleh sebarang alasan dan/atau tidak dijawab atau tidak diteruskan disebabkan oleh ketiadaan Pemenang Hadiah Utama Bulanan Berpotensi pada hari dan masa yang ditetapkan dan/atau disebabkan oleh sebarang sebab lain.

vi) CIMB merizabkan hak untuk merekodkan perbualan telefon ini.

b) Hadiah Harian i) Peserta Layak yang melakukan Transaksi Layak ke-50,000 (Pemenang Hadiah Harian Pertama), ke-

100,000 (Pemenang Hadiah Harian Kedua) dan ke-150,000 (Pemenang Hadiah Harian Ketiga) setiap hari masing-masing dan memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam Klausa-Klausa 7 (berhubung dengan Hadiah Harian) hingga 12 di atas akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Harian (“Pemenang Hadiah Harian”).

ii) Jika Peserta Layak harian tidak mencukupi, CIMB akan layak untuk melucutkan Hadiah Harian yang belum diberikan.

iii) Mesej pemberitahuan akan dihantar oleh CIMB melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas ("SMS") kepada Pemenang Hadiah Harian.

c) Hadiah Mingguan Kilat i) Peserta Layak tiga ratus (300) pertama yang melakukan sekurang-kurangnya dua (2) Transaksi Layak

dan memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam Klausa-Klausa 7 (berhubung dengan Hadiah Mingguan Kilat) hingga 12 di atas pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad masing-masing setiap minggu seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 17 di atas akan menjadi pemenang.

ii) Mesej pemberitahuan akan dihantar oleh CIMB melalui SMS kepada Pemenang Hadiah Mingguan Kilat.

Page 8: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

8

d) CIMB mempunyai budi bicara tunggal untuk menentukan hari dan masa untuk menghantar SMS bagi Hadiah Harian dan/atau Hadiah Mingguan Kilat kepada pemenang.

e) Ia hendaklah merupakan tanggungjawab Peserta Layak untuk memastikan bahawa nombor mudah alih mereka yang diberikan adalah terkini dan dikemas kini dengan CIMB jika berlaku apa-apa perubahan yang sama yang dilakukan oleh Peserta Layak. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pemenang Layak bagi sebarang kehilangan (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang berbangkit daripadanya) yang dialami jika nombor mudah alih Peserta Layak dalam rekod CIMB bukannya terkini atau tepat.

20. CIMB merizabkan hak, dari semasa ke semasa untuk menukar kriteria kelayakan dan/atau Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini setelah memberi notis terlebih dahulu dua puluh satu (21) hari kalendar. Peserta Layak bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB untuk menyiarkan butiran Pemenang melalui laman web CIMB.

Penghantaran Hadiah

21. Hadiah Harian

a) Baucar Air Asia e-Gift bernilai RM1,000 (“Baucar”) seperti yang dinyatakan dalam Klausa 16 akan dihantar

ke alamat e-mel Pemenang Hadiah Harian dalam rekod CIMB dalam tempoh enam (6) minggu selepas setiap Bulan Kempen.

b) Sebarang penghantaran Baucar ke alamat e-mel yang tidak didaftarkan dalam rekod CIMB adalah tidak dibenarkan. Pemenang Hadiah Harian bertanggungjawab untuk mengemas kini alamat emel terkini mereka dengan CIMB.

c) CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas Baucar yang tidak dapat dihantar atau tidak dapat diterima disebabkan oleh alamat e-mel atau nombor mudah alih tidak tepat yang direkodkan dengan CIMB; atau alamat e-mel atau nombor mudah alih yang tidak lagi sah atau tidak betul; atau bagi apa-apa jua sebab, dan Baucar tidak akan digantikan atau dihantar semula kepada Pemenang Hadiah Harian yang berkenaan tanpa mengira sama ada Baucar telah digunakan.

d) Tarikh terakhir untuk penghantaran Baucar digambarkan dalam Jadual 6 di bawah. Jadual 6: Tarikh Penghantaran Terakhir Hadiah Harian

Bulan Kempen Tarikh Penyertaan Tarikh Penghantaran

Terakhir

November 2019 15 November 2019 – 14 Disember 2019 14 Januari 2020

Disember 2019 15 Disember 2019 – 14 Januari 2020 14 Februari 2020

Januari 2020 15 Januari 2020 – 14 Februari 2020 14 Mac 2020

Februari 2020 15 Februari 2020 – 14 Mac 2020 14 April 2020

e) CIMB merizabkan hak mutlak untuk menggantikan Baucar dengan item lain yang mempunyai kos setara

jika Baucar ini ditarik balik, dihentikan atau kehabisan stok oleh AirAsia, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dan/atau untuk menambah atau menurunkan bilangan baucar.

f) Baucar disediakan berdasarkan asas “Seadanya” (“As is”), tidak boleh dipindahmilik, tidak boleh dirunding dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau apa-apa jenis, sebahagian atau sepenuhnya.

Page 9: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

9

Baucar tidak termasuk sebarang manfaat atau item lain yang ditunjukkan dalam risalah atau laman web, kerana ia hanya untuk tujuan ilustrasi.

g) Baucar mungkin membawa terma-terma dan syarat-syaratnya sendiri yang akan terpakai sebagai tambahan kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini. Dominator dan kuantiti Baucar tertakluk kepada budi bicara CIMB.

h) Nilai denominasi Baucar yang dihantar kepada Pemenang Hadiah Harian adalah atas budi bicara tunggal CIMB dan CIMB tidak akan melayan sebarang permintaan untuk memecahkan nilai denominasi Baucar tersebut.

i) Sekiranya nilai tiket penerbangan AirAsia yang dibeli adalah lebih tinggi daripada nilai Baucar, Pemenang Hadiah Harian dikehendaki menambah jumlah tertunggak dengan perbelanjaan mereka sendiri. Sekiranya nilai tiket penerbangan AirAsia yang dibeli lebih rendah daripada nilai Baucar, baki nilai Baucar akan dilucutkan. Tarikh luput Baucar adalah dua belas (12) bulan dari tarikh pengeluaran yang sama.

j) Pemenang Hadiah Harian hendaklah bertanggungjawab untuk membayar sebarang cukai, kos sampingan, caj dan/atau sebarang ganti rugi yang berkaitan dengan Baucar. CIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang cukai, kos sampingan, caj dan/atau sebarang ganti rugi lain yang berkaitan dengan Baucar dan/atau kegagalan pemenuhan yang sama oleh mana-mana ejen/pembekal/pengedarnya.

k) CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi sebarang kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh Pemenang Hadiah Harian apabila menggunakan Baucar yang termasuk dan tidak terhad kepada: - i) penebusan dan/atau penggunaan Baucar; ii) ketidakupayaan untuk menggunakan Baucar disebabkan akaun atau kata laluan emel hilang atau

salah letak; atau iii) penggunaan Baucar tanpa kebenaran oleh mana-mana orang yang tidak diluluskan oleh Pemenang.

l) CIMB tidak membuat representasi atau waranti berkenaan dengan kualiti Baucar. Sebarang pertikaian atau aduan tentang Baucar mesti diselesaikan secara langsung dengan AirAsia. CIMB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan Baucar.

22. Hadiah Utama Bulanan dan Hadiah Mingguan Kilat

a) Hadiah Utama Bulanan dan Hadiah Mingguan Kilat akan dalam tempoh enam (6) minggu selepas setiap

Bulan Kempen dikreditkan ke dalam Akaun Semasa/-i atau Akaun Simpanan/-i CIMB pemenang yang dipautkan dengan Kad Debit yang digunakan bagi Transaksi Layak semasa Bulan Kempen. CIMB tidak akan melayan apa-apa permintaan daripada pemenang yang layak kepada hadiah tunai untuk mengkreditkan hadiah tunai ke akaun lain yang dikekalkan dengan CIMB atau mana-mana institusi kewangan lain atau mana-mana akaun pihak ketiga.

b) Akaun Semasa/-i atau Akaun Simpanan/-i CIMB dan Debit Kad Peserta Layak mestilah tidak dorman atau ditutup pada masa hadiah tunai dikreditkan ke dalam Akaun Semasa/-i atau Akaun Simpanan/-i CIMB Peserta Layak.

23. Semua Hadiah di bawah Kempen ini tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am

Page 10: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

10

24. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat serta memberi kuasa kepada CIMB untuk memproses dan mendedahkan data peribadi beliau menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my dan/atau www.cimbislamic.com.my dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Hadiah yang diberikan dan penentuan Pemenang, hendaklah muktamad, terikat dan konklusif.

25. Akaun Kad Debit Peserta Layak (i) MESTI tidak memungkiri terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal akaun Kad Debit Peserta Layak yang akan terpakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini DAN (ii) MESTI tidak ditamatkan atau ditutup atau tertakluk kepada apa-apa penahanan, perintah bertentangan yang dilakukan oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, berdelinkuen, dan/ atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum pemenuhan Hadiah, jika tidak Peserta Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai Kempen ini dan/atau Hadiah akan dilucutkan.

26. CIMB merizabkan hak mengikut budi bicara tunggalnya untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta Layak yang ia tentukan telah mengganggu proses penyertaan, atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.

27. CIMB merizabkan hak untuk menggantikan Hadiah dengan item lain yang mempunyai kos setara dan/atau melanjutkan, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen ini dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Layak. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB tidak akan melayakkan mana-mana Peserta Layak atau mana-mana orang lain jua kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap CIMB bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak akibat secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini.

28. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dengan ini bersetuju bahawa CIMB tidak akan dalam apa jua cara bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada Peserta Layak sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian apa-apa kewajipannya di sini, yang boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung kepada kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, peperangan, mogok, rusuhan, apa-apa tindakan “act of God” di luar kawalan CIMB atau disebabkan oleh apa-apa faktor dalam sifat force majeure di luar kawalan munasabah CIMB.

29. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-mana pihak atas apa-apa kehilangan atau kerugian apa jua sifat sekalipun yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) walau bagaimanapun ia timbul, berkenaan dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini termasuk yang timbul daripada kegagalan penerimaan atau kelewatan penerimaan oleh Peserta Layak SMS melainkan yang sama timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB.

30. CIMB merizabkan hak untuk menerbitkan atau memaparkan nama, gambar dan bandar kediaman mana-mana Pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa jua cara yang difikirkannya sesuai. Dengan menyertai Kempen ini, Pemenang dengan ini memberi kuasa dan bersetuju bahawa CIMB hendaklah bebas untuk menerbitkan dan/atau memaparkan bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, gambar dan bandar kediaman Pemenang tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan Pemenang alternatif dipilih.

Page 11: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

11

31. CIMB merizabkan hak dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk meminda (sama ada dengan penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan atau apa-apa jua) (“Pindaan”) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. Pemberitahuan kepada Peserta Layak berkenaan dengan Pindaan akan dilaksanakan mengikut budi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, melalui paparan komunikasi elektronik di laman web CIMB dan cawangan CIMB di mana peruntukan-peruntukan terperinci berkenaan dengan Pindaan boleh dibekalkan dalam notis tersebut sendiri atau boleh diberikan kepada Peserta Layak atas permintaan atau melalui iklan mengenai Pindaan dalam satu surat khabar pilihan CIMB atau melalui apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Peserta Layak dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain seperti yang boleh dinyatakan oleh CIMB dalam pemberitahuan. Peserta Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB pada selang masa yang tetap untuk menyemak terma-terma dan syarat-syarat Kempen dan memastikan bahawa mereka sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau variasi kepada terma-terma dan syarat-syarat ini.

32. Tidak ada pampasan dalam bentuk tunai atau apa-apa bentuk akan diberikan kepada Peserta Layak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak akibat secara langsung atau tidak langsung pindaan, variasi, pemadaman, penambahan atau pengubahsuaian kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini.

33. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah tertakluk kepada pemakaian mana-mana undang-undang, garis panduan, arahan, notis, peraturan semasa yang digubal dan/atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB berhubung dengan atau yang terpakai terhadap Kempen atau apa-apa perkara yang terkandung di sini.

34. Apa-apa pertanyaan, maklumbalas, kebimbangan, isu atau aduan oleh Peserta Layak yang berkaitan dengan akaun Kad Debit Peserta Layak di bawah CIMB Islamic akan diarahkan kepada CIMB Islamic dan CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa perkara yang berkaitan dengan akaun Kad Debit Peserta Layak di bawah CIMB Islamic.

35. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 31 akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad CIMB semasa yang akan diguna pakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini.

36. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, versi Bahasa Inggeris Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan telah dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemegang Kad telah dipilih oleh Peserta Layak untuk mengawal operasi pengunaan akaun Kad Debit Peserta Layak, maka versi Bahasa Malaysia Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini akan mengatasi yang lain.

37. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB secara nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengesahan, tersirat atau nyata, bertulis atau lisan, semua Hadiah dan tidak akan bertanggungjawab terhadap Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini. CIMB tidak akan melayan sebarang aduan yang berhubung dengan Hadiah.

38. Hadiah ditawarkan dan/atau diberikan semata-mata oleh peniaga yang berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh peniaga sedemikian dan CIMB tidak akan bertanggungjawab (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak

Page 12: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB Debit ......masing) dan ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik) wakil dan/atau ejen tersebut; dan/atau b) Perusahaan

12

langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) walau bagaimanapun ia timbul sama secara kontrak, tort, kecuaian atau selainnya berhubung dengan Hadiah, walaupun CIMB telah dinasihatkan mengenai kemungkinan kerosakan sedemikian terlebih dahulu, dan semua ganti rugi tersebut dikecualikan secara nyata.

39. Dengan menerima atau mendapat Hadiah, Peserta Layak bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing dari dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing berkenaan dengan penyertaan Peserta Layak tersebut dalam Kempen atau penerimaan, penepusan atau penggunaan Hadiah. Semua risiko, kehilangan atau kerosakan yang berkaitan dengan penggunaan Hadiah hendaklah ditanggung oleh Peserta Layak.

40. Ia hendaklah merupakan tanggungjawab tunggal pemenang untuk memastikan nombor mudah alih dan/atau alamat emel dan/atau alamat mel mereka (“Butiran Perhubungan”) yang dibekalkan kepada CIMB adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB sekiranya apa-apa perubahan terhadapnya telah dilakukan oleh mereka. CIMB merizabkan hak untuk melucutkan Hadiah sekiranya Butiran Perhubungan Pemenang yang dikekalkan dalam rekod CIMB adalah tidak sah dan/atau tidak dikemaskini. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pemenang ke atas apa-apa kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang mengalir daripadanya) yang dialami atau ditanggung sekiranya Butiran Perhubungan yang dikekalkan dalam rekod CIMB bukannya terkini atau tepat.

41. Bagi maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat, nombor telefon dan alamat emel yang berikut (atau mempunyai alamat, nombor telefon dan alamat emel lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB melalui pemberitahuan kepada Peserta Layak): CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad, Unit Resolusi Pelanggan (CRU), P.O. Box 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan / Tel: +603 6204 7788 / Emel: [email protected].