Terjemahan alquran

15
TERJEMAHAN AL-QUR’AN Oleh: Ahmad Zaidi bin Baharudin (A144990) Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM

Transcript of Terjemahan alquran

TERJEMAHAN AL-QUR’AN

Oleh: Ahmad Zaidi bin Baharudin(A144990)

Jabatan Pengajian Arab & Tamadun IslamFakulti Pengajian Islam, UKM

Bidang ilmu penterjemahan merupakan suatu bidang ilmu yang

penting dalam ketamadunan manusia. Sekiranya bidang ilmu ini tidak

wujud manusia itu tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain

dengan baik. Melalui proses penterjemahan manusia dapat

memahami bahasa pertuturan yang berbeza antara mereka. Misalnya

orang Arab berbincang dengan orang Melayu, maka pada situasi

seperti ini penterjemah diperlukan supaya perbincangan yang

dijalankan dapat difahami antara dua pihak. Sekiranya kedua-dua

pihak yang berbincang ini tidak memahami bahasa pertuturan antara

satu sama lain.

PENDAHULUAN

Salah satu bidang ilmu terjemahan adalah terjemahan

al-Quran. Terjemahan al-Quran dilakukan kerana al-Quran itu

diturunkan di dalam bahasa Arab iaitu bahasa yang tidak semua

orang memahaminya terutamanya penduduk yang tinggal di

luar kawasan tanah Arab. Misalnya orang Melayu, mereka

memerlukan kepada terjemahan atau tafsiran al-Quran untuk

memahami isi kandungan al-Quran tersebut. Oleh itu,

terjemahan al-Quran kepada bahasa-bahasa lain dilakukan demi

kepentingan umat Islam di seluruh dunia agar umat Islam dapat

memahami dan mengikuti segala bidang ilmu yang terkandung

di dalam al-Quran tersebut.

Perkataan ‘terjemah’ berasal daripada bahasa Arab

iaitu ‘tarjam’ yang mengandungi beberapa maksud.

Antaranya ia membawa maksud pentafsiran atau

penerangan dengan menggunakan bahasa lain.

Maksud ini berdasarkan kepada penjelasan Ibn Manzur

yang mengatakan bahawa terjemah itu ialah

mentafsirkan sesuatu kalimat dengan menggunakan

bahasa lain ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 1 ).

DEFINISI TERJEMAHAN

Terdapat pelbagai definisi terjemahan dari

sudut istilah. Antaranya adalah definisi al-

Zalqaniyy yang mengatakan bahawa ia

bermaksud pemindahan makna perkataan

daripada sesuatu bahasa kepada bahasa lain,

di samping (teks bahan sasaran ) melengkapi

seluruh makna dan maksud teks sumber. Di

sini kita dapat lihat bahawa al- Zalqaniyy

amat mementingkan aspek makna teks

bahasa sumber ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 3

).

DEFINISI TERJEMAHAN AL-QUR’AN

Terjemahan al-Qur’an bermaksud memindahkan makna sesuatu perkataan

atau ayat al-Quran daripada bahasa asalnya kepada bahasa tanpa diberi

penjelasan. Ini dilakukan dengan memelihara nuzum dan uslub bahasa asal al-

Quran tanpa membuat sebarang perubahan pada maknanya (Mohd Shukri

Hanapi, 2003: 4).

Selain itu, ia juga bermaksud memindahkan makna sesuatu perkataan atau

ayat al-Quran itu serta mentafsirkannya dengan menggunakan bahasa lain

(bahasa sasaran) agar ia tidak terikat dengan susunan bahasa asal al-Quran.

Perkara yang penting hanyalah aspek makna dan tujuan yang hendak

disampaikan oleh ayat al-Quran tercapai (Mohd Shukri Hanapi, 2003: 4).

HU

KU

M

MEN

TER

JEM

AH

KA

N A

L-Q

UR

’AN 1) HARFIYYAT

2) TAFSIRIYYAT

HUKUM MENTERJEMAHKAN AL-QUR’AN

1) HARFIYYAT :Kebanyakan ulama’ bersepakat bahawa hukum menterjemahkan al-Qur’an secara harfiyyat adalah haram dan mustahil berlaku. Hal ini kerana ia mempunyai syarat-syarat yang tidak mungkin dapat dipenuhi iaitu ia mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang sama dalam kedua-dua bahasa tersebut.

Selain itu, terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat boleh memberi ruang kepada musuh-musuh Islam terutamanya para orientalis untuk menceburkan diri dalam bidang yang sememangnya bukan bidang mereka.

Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menterjemahkan al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan membuat penyelewengan terhadap isi kandungan al-Qur’an ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 44-46 ).

Hukum haramnya mentafsirkan al-Qur’an secara harfiyyat adalah dikecualikan terhadap orang-orang yang tidak dapat memahami al-Qur’an melainkan setelah diterjemahkan secara harfiyyat dan ia hanyalah bersifat sementara serta dalam keadaan darurat sahaja ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 46-47 ).

HUKUM MENTERJEMAHKAN AL-QUR’AN

2) TAFSIRIYYAT:Dibenarkan oleh syara’

dan ada yang mengatakan bahawa hukumnya adalah fardhu kifayat. Hal ini kerana ia menjadi perantaraan dalam menyampaikan mesej al-Qur’an dan dakwah Islam itu sendiri kepada orang yang tidak tahu berbahasa Arab. Tambahan pula, tugas untuk menyampaikan seruan al-Qur’an dan Islam adalah wajib ke atas orang Islam .

Ia dikuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w yang berbunyi, “Setiap nabi diutus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutus kepada manusia seluruhnya.” (Hadith Bukhari dan Muslim) - (Manna’ Khalil Al-Qathan. 2006: 622-623 ).

Namun perlu diingatkan bahawa terjemahan al-Qur’an secara tafsiriyyat adalah berdasarkan kepada pemahaman peribadi yang terhad. Ia hanya mengandungi sebahagian takwil yang difahami oleh pentafsir tersebut. Dengan kaedah pentafsiran ini, akidah Islam dan dasar-dasar syariatnya dapat diterjemahkan ( Manna’ Khalil Al-Qathan. 2006: 624 ).

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QUR’AN

(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)

1) ILMU BAHASA ARAB Ilmu ini diperlukan untuk

mengetahui erti kosa kata (perbendaharaan kata) dan makna menurut kedudukannya dalam rangkaian kalimah. Justeru itu tidak boleh tidak, pentafsir atau penterjemah perlulah mempelajari dan menguasai bahasa Arab serta seluruh aspeknya dengan baik.

Pengetahuan bahasa Arab juga merupakan antara syarat utama, di samping beberapa pengetahuan lain untuk melayakkan seseorang itu sebagai penterjemah makna al-Quran.

2) ILMU NAHU Bidang ilmu ini perlu dikuasai

supaya pentafsir atau penterjemah mudah untuk menterjemahkan sesuatu perkataan kerana pengertian sesuatu perkataan itu akan berubah apabila i’rabnya berubah.

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QUR’AN

(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)

3) ILMU SARF Ilmu ini penting kerana seseorang

pentafsir atau penterjemah dapat mengetahui bentuk-bentuk kata yang mu’rrab (berubah) dan yang mabniy(tidak berubah) serta dapat merasakan wazan (paradigm) setiap kata, bentuk dan sifatnya.

Di samping itu dapat juga diketahui cara sesuatu perkataan itu terbentuk daripada perkataan asalnya kerana setiap bentuk perkataan itu mengandungi pengertiannya yang khusus. Orang yang tidak dapat menguasai ilmu ini nescaya akan sukar dan terkeliru dalam menafsirkan atau menterjemahkan ayat al-Quran.

4) ILMU AL-ISYTIQA’ (Etimologi) Al-Isytiqaq ialah ilmu yang mengkaji

tentang asal usul dan perkembangan sesuatu perkataan. Ilmu ini penting kerana ia dapat membantu pentafsir atau penterjemah untuk mengetahui dasar pembentukan asal perkataan yang melahirkan kata-kata yang serumpun dengan makna yang berlainan.

Umpamanya, setiap kata nama benda yang berasal daripada kata akar (perkataan asal) yang berbeza tentu mempunyai makna yang berlainan seperti perkataan al-Siyahat (bersiar) atau daripada perkataan al-Mash (menyapu). Sebenarnya kedua-dua perkataan asal itu mempunyai makana dan pengertian yang berbeza.

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QUR’AN

(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)

5) ILMU MAANIY, BAYAN & BADI’ Ketiga-tiga ilmu ini penting kerana

dengan pengetahuan Ilmu al-Ma,aniy seseorang pentafsir atau penterjemah dapat mengetahui kekhususan dan keistimewaan sesuatu ayat menurut faedah maknanya, melalui pengetahuan ilmu al-Bayan penterjemah dapat mengetahui sesuatu ayat yang spesifik sesuai dengan kejelasan atau kesamaran erti dan makna yang dimaksudkan.

Manakala pengetahuan tentang ilmu al-Badi’ pula digunakan untuk memahami dari segi keindahan susunan ayat.

6) ILMU HADITH Kemahiran dalam ilmu ini amat

diperlukan kerana ia berperanan menjelaskan maksud ayat yang mujmal (ringkas), menentukan yang mubham (masih samar pengertiannya), mengkhususkan yang umum, membataskan yang mutlak dan sebagainya.

Dalam mentafsir (menterjemah) al-Quran seseorang harus berpegang kepada al-sunnah yang sahih, jika dalam al-sunnah itu terdapat keterangan yang berisi tafsir teks al-Quran.

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QUR’AN

(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)

7) AL-ASBAB AN-NUZUL Mengetahui cerita latar belakang

sesuatu ayat atau sebab-sebab kenapa ayat itu diturunkan boleh membantu pentafsir (penterjemah) untuk memahami dengan lebih terperinci dan halus berhubung makna, takwilan dan tafsiran yang lebih kuat.

Namun demikian, jumhur ‘ulama’ membuat rumusan hokum berdasarkan lafaz yang umum, bukan kepada sebab yang khusus. Lantaran itu tidak keterlaluan jika sesetengah ‘ulama’ tidak membenarkan orang yang jahil tentang al-Ashab al-Nuzul untuk mentafsirkan (menterjemahkan) sebarang ayat al-Quran.

8) ILMU QIRA’AT Ilmu ini penting kerana ia secara

langsung menyentuh cara-cara membaca yang pelbagai atau lebih dikenali dengan al-Qiraat al-Sab’at (tujuh jenis bacaan) dan untuk membetulkan bunyi sebutan lafaz-lafaz al-Quran mengikut bacaan yang sah iaitu bacaan yang selaras dengan tatabahasa Arab, sesuai dengan salah satu daripada khat tulisan mashaf ‘Uthman dan sanadnya yang sah sekalipun diriwayatkan selain daripada imam yang tujuh atau sepuluh pembaca yang masyhur itu.

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QUR’AN

(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)

9) ILMU NASIK WA MANSUKH Ilmu al-Nasikh (membatalkan

sesuatu hukum syara’ dengan dalilsyara’) dan al-Mansukh (yang dibatalkan hukumnya) sangat diperlukan untuk memahami setiap detik turunnya ayat al-Quran sama ada di Makkah atau Madinah.

Ia juga dapat membantu pentafsir (penterjemah) untuk memahami sebab penurunan ayat secara terperinci dan pengetahuan tentang selok-belok ilmu ini maka mudahlah bagi pentafsir (penterjemah) menentukan ayat mana yang turun dahulu dan yang mana pula turun kemudian.

10) ILMU USULUDDIN Ilmu ini dapat membantu

seseorang pentafsir (penterjemah) untuk mengetahui sifat-sifat Allah serta dalil-dalilnya. Di samping itu ia akan dapat mengukuhkan pegangan akidah termasuk mempercayai perkara-perkara ghaib seperti kewujudan syurga, neraka, malaikat dan mempercayai kebenaran kisah-kisah para rasul yang terdahulu melalui sumber ilmu yang sah dalam disiplin ilmu.

1. BERAKHLAK MULIA

2. BERTAQWA DAN BERAMAL

3. NIAT DAN MATLAMAT YANG BENAR

4. JUJUR DAN TELITI

5. TAWADHU DAN BERLEMAH LEMBUT

6. HATI DAN JIWA YANG MULIA

7. TEGAS DAN MENEGAKKAN KEBENARAN

8. MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH MULIA

9. SENTIASA TENANG

10. BERKETERAMPILAN DAN BERIBAWA

ADAB-ADAB PENTERJEMAH