TERIMA KASIH TUHAN
-
Upload
sivanaswari-karuppiah -
Category
Documents
-
view
225 -
download
0
description
Transcript of TERIMA KASIH TUHAN
TERIMA KASIH TUHAN
TELAH MENGIRIMKAN
AKU SEORANG PAHLAWAN
YANG TIDAK ADA GANTINYA
SAMPAI KAPANPUN IAITU
AYAH SAYA….
Perkataan ayah atau panggilan ayah dalam pelbagai Bahasa boleh berubah tetapi kasih sayang
yang dicurahkan oleh seseorang ayah kepada anak adalah tetap sama dan tidak akan
berubah.Bagi saya,orang yang menjadi inspirasi bagi kehidupan saya ialah ayah saya kerana
pengorbanan beliau tidak akan dilupai sehingga akhir hayat aku.
BIODATA AYAH SAYA IALAH:
Nama ayah saya ialah karuppiah a/l muthukanu.Beliau dilahirkan di hospital hutan
melintang,perak pada 11 julai1956.Bapa saya mendapat pendidikan awal di sekolah rendah khir
Johari kemudiannya di sekolah menengah khir johori sehingga tingkatan 3.Beliau dilahirkan
dalam keluarga yang sederhana.
Oleh kerana anak sulong dalam keluarga, beliau terpaksa berhenti sekolah lalu beliau
menolong ayah beliau dari segi kewangan dengan bekerja di coco Malaysia teluk intan
perak.Sewaktu bekerja di coco Malaysia,beliau mendapat tawaran ke tentera tetapi ayah beliau
tidak mengalakkan beliau untuk bekerja sebagai tentera.
Beliau mengahwini ibu saya pada tahun 1987.Beliau terus berusaha dengan mengaplikasikan
pelbagai kerja.Atas usaha beliau,beliau mendapat pekerjaan di batu gajah ipoh iaitu loji air
“metropolitan” dengan berjawatan “seniour operator” metropolitan.
Selepas 5 tahun, atas nasihat keluarga beliau,beliau berhenti kerja lalu memulakan perniagaan
dengan membeli lori sendiri.Kemudiannya,beliau bekerja keras bagi menjaga kami dalam serba
kekurangan tetapi apabila ayah saya berumur 50 tahun,beliau mengalami masalah kesihatan
iaitu sakit jantung yang serius iaitu perlu membuat pembedahan secara pantas.dalam semint
keadaan keluarga dah berubah iaitu ayah tidak boleh bekerja keras lagi atas kesihatan
beliau,emak pula suri rumah tangga.lebih – lebih lagi kami bertiga masih meneruskan
pegajiannya iaitu kakak sulung saya lower six,kakak kedua pula tingkatan 4 manakala saya
tingkatan 2.Bukan itu sahaja,kami juga baru berpindah ke rumah baharu.Inilah satu sejarah
hitam dalam kehidupan kami.
Walaubagaimanapun,ayah saya seorang yang menitik beratkan pendidikan kerana beliau tidak
mahu anak –anak beliau mengalami kesusahan atas sebab tiada pendidikan.Oleh sebab
itu,beliau berusaha dengan gigih lalu ibu saya juga membantu dengan bekerja sebagai tukang
cuci bagi kami untuk menikmati keindahan pendidikan sehingga mendapat ijazah sarjana muda
oleh kedua-dua kakak saya.Ayah saya seorang yang berkeyakinan diri yang tinggi.Walaupun
beliau,sudah tiada harapan lagi untuk membesarkan kami tetapi beliau bertungkus lumus
sehingga Berdikari dengan tidak meminta pertolongan orang lain.Bukan itu sahaja,ayah saya
sentiasa mengatakan satu moto kepada kami iaitu
THOSE WHO ARE SUFFER FIRST
THEY WILL ENJOY LATER
THOSE WHO ARE ENJOY FIRST
THEY WILL SUFFER LATER
Walaupun keadaan keluarga kami terumbang ambing.Ayah saya tetap bertanggungjawab
dalam kebajikan kami sehingga menghantar kami ke kelas tambahan dan selalu mengambil
kami dari stesen bas.Kelas tambahan akan memenatkan saya dan kakak kedua saya kerana
pagi –pagi kami pergi sekolah setelah itu kami berjalan kaki ke kelas tambahan lalu menaik bas
awam dan sampai ke rumah sekitar pukul 8.00 malam.Situasi ini memenatkan kami tetapi ayah
sentiasa mengingatkan kami iaitu kalau tidak memiliki pendidikan maka tiada seorang pun akan
menghormati awak kerana dalam keluarga beliau,beliau seorang sahaja tiada berpelajaran
tinggi maka kurang mendapat penghormatan sebagai anak sulong.Maka beliau tidak mahu
kehidupan kami menjadi seperti itu.Lalu ayah saya sentiasa nasihat kami betapa pentingnya
pendidikan dalam kehidupan seseorang.Oleh sebab nasihat/dorongan/kata-kata hikmah/
pengorbanan ayah dengan emak lah menjadikan kami ke tahap ini.Ayah saya sangat gembira
setelah kakak sulong aya berjaya mendapat ijazah sarjana muda dalam pengajian melayu
manakala kakak kedua pula berjaya mendapat ijazah sarjana muda dalam ekonomi dan
perancangan negara dan kini mereka bekerja sebagai pensyarah.Akhir sekali,saya iaitu anak
bongsu juga berjaya mendapat tempat di ipg iptho iaitu bakal guru.Ia adalah satu hadiah
ataupun satu pnghormatan bagi ayah dan emak saya.Atas usaha mereka lah kami kini berjaya
ke tempat sebegini.Keyakinan beliau menjadikan kami ke tempat yang ramai orang di
sanjungi.Terima kasih ayah dan emak.Atas pengorbanan beliau kami kini berada di zon
penghormatan.
Bukan itu sahaja,beliau juga serorang yang rajin.Beliau sudah terbiasa bekerja keras.Oleh
itu,beliau tidak boleh berduduk diam lalu apabila emak saya pergi ke kerja beliau membantu
emak saya dari segi pembersihan rumah dan memasak bagi kami sekeluarga.Mula-mula dari
segi masakan adalah kelemahan sikit tetapi lama-kelamaan masakan ayah saya lebih sedap
daripada emak saya.Beliau tidak akan berduduk diam.Selalu membuat kerja bermula pagi
hingga petang walaupun tidak sihat badan.Pagi –pagi sekitar pukul 6.00 bangun dan membuat
senaman lalu bermula mengemaskan rumah lalu memasak untuk kami
sekeluarga.Kemudian,petang masak kuih –muih untuk emak saya kerana dia letih bekerja di
kilang kerana emak saya tidak terbiasa bekerja lagipun bekerja sebagai tukang cuci di sebuah
syarikat yang agak besar.Kerajinan tuelah menjadi inspirasi aku.Kerajinan ini lebih
menitikberatkan kasih saying ayah kepada kami.Ayah saying ibu tetapi atas keperluan keluarga
ibu terpaksa bekerja sebagi tukang cuci kerana sepanjang ibu mengahwini ayah saya ibu tidak
pernah bekerja.
Seterusnya,beliau juga seorang yang sangat percaya pada tuhan.Bagi beliau,pergi ke kuil
adalah bukan satu kewajipan kerana bukan semua orang yang pergi ke kuil adalah orang baik
bagi beliau.Beliau lebih mengutamakan berdoa di rumah lebih –lebih lagi bersembahyang
bersama keluarga.Bagi beliau ia melahirkan hubungan silahturahim antara ahli keluarga.bukan
itu sahaja,bagi beliau orang yang beriman ialah orang yang tidak menipu,tidak menindas orang
lain,tidak memerosotkan kehidupan orang lain.
Bagi SAYA ,ayah saya seorang yang “hero”dalam kehidupan saya kerana ayah saya sentiasa
nasihat saya apabila saya melakukan sesuatu perkara.Bukan itu sahaja,sentiasa berdoa untuk
saya dan ahli sekeluarga saya.Saya berasa senang hati dengan bercakp dengan ayah saya
kerana ayah saya sebagai kawan bagi kehidupan saya.say saying ayah saya.terima kasih ayah
kerana membawa saya ke pangkal jalan yang betul.bukan itu sahaja,kejayaan saya ke tahapa
ini bukan sekadar ayah malah ibu saya juga turut beserta dalam kejayaan ini kerana tanpa ayah
dan ibu saya tidak akan berada dan menikmati alam dunia yang penuh cabaran iaitu melimpahi
dengan rasa gembira,sedih,cemburu,dengki dan sebagainya.Terima kasih kepada tuhan kerana
memberi saya seorang ayah dan ibu yang baik.saya sangat bersyukur kepada tuhan.
“Dad You Are My Hero”
Terima kasih ayah……
Bagaimana cara untuk mengaplikasikan nilai – nilai yang ada pada ayah saya pada bakal anak
murid saya?
NILAI-NILAI MORAL YANG ADA PADA AYAH SAYA:
- Tanggungjawab
- Berdikari
- Kerajinan
- Keyakinan
- Kepercayaan kepada tuhan
Tanggungjawab adalah salah satu yang penting bagi sesebuah manusia.Oleh itu,ia perlu diajar
dari kecil.Tetapi cara mengajar itu adalah sangat penting.Bagi saya,saya akan menerapkan nilai
tanggungjawab dengan cara membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.Setiap ahli
kumpulan diberi jawatan sebagai :
1) Jawatan untuk mengambil barang
2) Jawatan untuk pembentangan
3) Jawatan untuk reporter
Ini merupakan salah satu kaedah yang diaplikasikan oleh 21 CENTURY’ CLASS.Kaedah ini kini
diaplikasikan oleh kebanyakan sekolah- sekolah rendah dan ia berfungsi dengan baik dan
memberikan kesan yang positif.Namun ada segelintir sekolah masih tidak
mengamalkannya.Oleh itu,saya akan menggunakan kaedah ini dalam menerapkan nilai
bertanggungjawab anatar setiap ahli dalam sekelas.
Bukan itu sahaja,saya juga akan mengadakan pertandingan antara setiap murid iaitu murid
yang menjaga kebersihan diri/tempat iaitu meja dan kerusi tidak diconteng mereka akan diberi
penghargaan pada setiap bulan.Pertandingan seperti ini membantu dalam menerapkan nilai
berdikiari di kalangan setiap murid.
Seterusnya, saya juga akan mengadakan sistem token di kalangan murid.Jika murid rajin
membuat kerja rumah dan sebagainya lalu diberi token mengikut kumpulan masing-masing.Ia
merupakan satu permainan tetapi permainan ini mempunyai maksud tersiratnya iaitu membantu
dalam menerapkan nilai kerajinan.
Di samping itu,Sebagai guru, saya juga akan menerapkan nilai keyakinan diri kepada bakal
murid saya dengan cara;terlebih dahulu saya akan mencungkilkan bakat –bakat yang
terpendam oleh seseorang murid dengan mengadakan aktiviti lalu menyertakan
mereka.Dengan itu,memberi tunjuk ajar lalu meyakinkan diri mereka.Cara sebegini,membantu
menjadikan anak murid yang yakin pada diri sendiri.
Akhir sekali,saya akan mengadakan kelas agama pada setiap minggu pada hari jumaat (pagi)
untuk menerapkan nilai kepercayaan kepada tuhan kerana ia membantu murid dari segi
perlakuan.Oleh itu,ia perlu dilaksanakan bagi murid mendapat didikan agama berserta dapat
menjadi seorang iman yang baik dan sempurna.
Akhir kalam.apabila saya menjadi guru kelak,saya akan mengaplikasikan nilai –nilai ini pada
setiap murid kerana pemuda-pemudi tonggak negara.Oleh itu,saya diberi tanggunjawab untuk
membesarkan bakal pemuda –pemudi yang bermoral,oleh itu saya berjanji akan menunaikan
tanggungjaawab saya dengan sebolehnya seperti yang aku janji.