Teori Skinner Pelaziman Operan

3
8/7/2019 Teori Skinner Pelaziman Operan http://slidepdf.com/reader/full/teori-skinner-pelaziman-operan 1/3 http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2c.html SOALAN: a) Apakah pelaziman operan dan bagaimana ia berbeza dengan pelaziman klasik? b) Berikan contoh aplikasi prinsip pelaziman operan dalam kehidupan seharian? Burrhus F. Skinner Skinner bermula pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan kepada penulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan berbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan ( operant ). Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim. Perbezaan antara Pelaziman Operan dengan Pelazimam Klasik Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. Misal kata, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang diberikan. Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan Menurut  Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama: a) PENEGUHAN (reinforcement ) yang terbahagi kepada PENEGUHAN POSITIF dan PENEGUHAN NEGATIF. b) DENDA (  punishment ) Peneguhan Positif (Positive Reinforcement ) Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif. Contoh:- (1) Tikus yang menekan kunci pintu ( lever ) dan diberikan makanan akan mengulang tingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan. (2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku itu. (3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan? Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian). Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement ) Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Contoh:- (1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan kejutan elektrik.

Transcript of Teori Skinner Pelaziman Operan

Page 1: Teori Skinner Pelaziman Operan

8/7/2019 Teori Skinner Pelaziman Operan

http://slidepdf.com/reader/full/teori-skinner-pelaziman-operan 1/3

http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2c.html

SOALAN: a) Apakah pelaziman operan dan bagaimana ia

berbeza dengan pelaziman klasik?b) Berikan contoh aplikasi prinsip pelaziman operan

dalam kehidupan seharian?

Burrhus F. SkinnerSkinner bermula pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan kepadapenulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran(PhD) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankanberbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun1938 yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant ).Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas.Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas keranaorganisme itu mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya. Contohnya,seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawatingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budakyang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

Perbezaan antara Pelaziman Operan dengan Pelazimam Klasik Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. Misal kata,anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabiladiberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organismemempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukanrangsangan (makanan) yang diberikan.

Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman OperanMenurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama:a) PENEGUHAN (reinforcement ) yang terbahagi kepada

PENEGUHAN POSITIF dan PENEGUHAN NEGATIF.b) DENDA ( punishment )

Peneguhan Positif (Positive Reinforcement )Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlakuitu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif.Contoh:-(1) Tikus yang menekan kunci pintu (lever ) dan diberikan makanan akan mengulangtingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan.(2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akanmengulang tingkahlaku itu.(3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakahpekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan?Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (sepertipujian) atau token (seperti markah ujian).

Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement )Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesaboleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggilPeneguhan Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapatmengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.Contoh:-(1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapatmengurangkan kejutan elektrik.

Page 2: Teori Skinner Pelaziman Operan

8/7/2019 Teori Skinner Pelaziman Operan

http://slidepdf.com/reader/full/teori-skinner-pelaziman-operan 2/3

http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2c.html

(2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat danmendengar anaknya memekik-pekik.

Denda (Punishment )Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atautingkahlaku yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan.

Contoh:-(1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu,mengentikan keseronokkan).Rujukan:Baca artikel berikut:Reinforcement TheoryMenerangkan prinsip-prinsip peneguhan, proses peneguhan dan contoh-contohpeneguhan dalam kehidupan seharian

Positive Reinforcement: A Self-Instructional ExerciseContoh, bukan contoh dan analisis kes-kes peneguhanpositif.

Operant ConditioningRingkasan tentang teori Skinner.

Operant Conditioning in EducationAplikasi pelaziman operan dalam pendidikanPembentukan Tingkahlaku Melalui Pelaziman Operan(Shaping Behaviour )Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik'pembentukan' (shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang

 juga relevan kepada tingkahlaku manusia. Teknik pembentukan terlibat denganmeneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini sehingga iamenguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerakbalas itu lagi. Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlakuorang.Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas.Perakuan rakan sebaya ( peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajarberkenaan. Apabila pelajar-pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut ataumelakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaanmungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabiladiberjenaka.Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhibagaimana penyampai bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala merekadan ini telah menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalamkelas.Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan

Generalisasi: Peneguhan yang hampir sama dengan peneguhan asal juga bolehmenghasilkan gerak balas yang sama.Diskriminasai: Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidakterhadap peneguhan lain.Penghapusan: Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapusapabila peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi.

 Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement )Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawacara peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Apakah

Page 3: Teori Skinner Pelaziman Operan

8/7/2019 Teori Skinner Pelaziman Operan

http://slidepdf.com/reader/full/teori-skinner-pelaziman-operan 3/3

http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2c.html

hubungan di antara cara peneguhan diberikan dan gerak balas atau pembelajaran? Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner hasil daripada kajian-kajian yangdijalankan mencadangkan dua cara peneguhan, iaitul Peneguhan Berterusan(Continuous Reinforcement) dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement).Peneguhan Berterusan: Setiap kali sesuatu gerak balas dihasilkan, organismemenerima ganjaran atau peneguhan.

Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentuatau masa tertentu. Misalnya; ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurutmasa.Menurut Nisbaha) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapagerak balas berlaku. m.s. nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas yang wujud 1peneguhan berikan.b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelahbeberapa gerak balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. m.s. kadang kala nisbahnyaialah 20:1 dan dalam keadaan lain nisbahnya ialah 10:1.Menurut Masaa) Masa tetap ('fixed interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masayang ditetapkan. m.s. jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan diberikankepada gerak balas yang wujud selepas 1 minit. b) Masa berubah ('variable interval')ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan tetapi masayang ditetapkan berbeza mengikut gerak balas yang wujud.

Burrhus F. Skinner 1904 – 1990

Module 1: SejarahModule 2: Pelaziman Klasik - Pavlov