teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

48
GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 1 TEORI MORAL/ETIKA BARAT YANG BERKAITAN DENGAN PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN PENDAHULUAN Teori-teori moral dan etika barat didasarkan kepada falsafah-falsafah moral yang telah wujud sejak zaman Yunani kuno lagi. Falsafah-falsafah moral ini didasarkan kepada falsafah-falsafah umum. Falsafah-falsafah umum yang utama ialah idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme (Abdul Rahman Md Aroff dan Zakaria Kasa 1987). Premis yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran teori moral dan etika barat ialah pemikiran yang rasional. MORAL/ETIKA BARAT Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin ‘moralitas’ yang membawa pengertian ajaran dan pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan merangkumi kelakuan, kewajipan, sikap dan cara berkelakuan yang berasaskan baik buruk sesuatu akhlak. Etika yang berasal daripada perkataan Greek ‘ethosmembawa maksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Premis yang menjadi kayu ukur kepada pertimbangan-

Transcript of teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

Page 1: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 1

TEORI MORAL/ETIKA BARAT YANG BERKAITAN DENGAN

PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN

PENDAHULUAN

Teori-teori moral dan etika barat didasarkan kepada falsafah-falsafah moral yang telah

wujud sejak zaman Yunani kuno lagi. Falsafah-falsafah moral ini didasarkan kepada

falsafah-falsafah umum. Falsafah-falsafah umum yang utama ialah idealisme, realisme,

pragmatisme dan eksistensialisme (Abdul Rahman Md Aroff dan Zakaria Kasa 1987).

Premis yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran teori moral dan etika barat ialah

pemikiran yang rasional.

MORAL/ETIKA BARAT

Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin ‘moralitas’ yang membawa pengertian

ajaran dan pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan merangkumi

kelakuan, kewajipan, sikap dan cara berkelakuan yang berasaskan baik buruk sesuatu

akhlak.

Etika yang berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ membawa maksud ilmu

berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu

atau sesuatu kumpulan. Premis yang menjadi kayu ukur kepada pertimbangan-

pertimbangan yang menentukan baik, buruk atau benar dan salah sesuatu tindakan moral

atau etika ialah pemikiran rasional (rational thinking) yang berlandaskan akal fikiran

manusia semata-mata.

Bagi memahami makna moral dan etika dengan lebih mudah, dapat dianalogikan

dalam dua contoh kes. Kes pertama, perbuatan Robin Hood yang merompak golongan

Page 2: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 2

kaya untuk membantu golongan miskin manakala kes kedua melibatkan seorang peguam

membela penjenayah yang dibicarakan atas tuduhan membunuh. Merujuk kes pertama,

dari segi moralnya, tindakan Robin Hood mencuri adalah salah tetapi dari segi etika,

perbuatannya adalah betul untuk membantu golongan miskin. Dalam kes kedua,

perbuatan membunuh adalah salah dari segi moral, namun tindakan peguam tersebut

membela penjenayah adalah betul kerana memenuhi tanggungjawab dan etika guaman.

Domain moral atau etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan

baik, benar, betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang

individu dan hubungannya dengan individu lain (Frankena, 1973; Abdul Rahman Md.

Aroff, 1999). Domain moral/etika melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk

pernyataan normatif dan ini adalah berbeza daripada pernyataan deskriptif yang merujuk

kepada penilaian berdasarkan fakta. Namun begitu, bukan semua pernyataan normatif

melibatkan soal moral atau etika. Ada juga pernyataan normatif yang melibatkan domain

nilai yang lain seperti estetika, agama, adat tradisi dan undang-undang.

Pemikiran rasional yang hanya berlandaskan penggunaan akal manusia adalah

terbatas kerana manusia sememangnya diciptakan dengan kekurangan dan kelemahan. Ini

kerana, manusia hanya mampu menggunakan pancaindera yang ada untuk melihat

sesuatu perkara itu secara zahir dan terhad. Sedangkan perkara-perkara yang tidak dapat

dicapai oleh akal (metafizik) adalah lebih luas skopnya. Metafizik yang berada di bawah

lembayung ontologi merupakan salah satu daripada cabang utama ilmu falsafah atau ilmu

pengetahuan mengenai segala yang di luar alam tabii yang tidak diketahui rahsia isi

keseluruhannya.

Teori-teori moral yang wujud walau bagaimana rencam sekalipun adalah semata-mata

berdasarkan pemikiran yang rasional. Oleh sebab itu, teori moral yang berlandaskan

pemikiran rasional manusia semata-mata sudah pasti bersifat tentatif dan relatif kerana

Page 3: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 3

pemikiran akal manusia adalah berubah-ubah dan bukannya bersifat statik. Perkara ini

bertepatan dengan idea Darwin yang mengatakan setiap yang digelar ‘makhluk’ akan

berubah dan perubahan adalah perlu dalam mengecapi kemajuan. Teori moral juga

menyatakan bermoral atau tidak bermoralnya seseorang individu ditentukan oleh

keadaan, masa, tempat dan pendapat majoriti.

Moral dan etika merupakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang diyakini individu dan

masyarakat malah dapat diterima dan dilaksanakan dengan baik. Menurut Chang Lee

Hoon (2005), terdapat dua prinsip moral atau etika yang asas iaitu adil dan penyayang.

Prinsip adil menekankan hak manakala prinsip penyayang menekankan hormat dalam

kalangan manusia.

TEORI MORAL TELEOLOGIKAL

Utilitarianisme

Utilitarianisme ialah idea atau fahaman dalam falsafah moral yang

menekankan prinsip manfaat atau kegunaan dalam menilai sesuatu

tindakan sebagai prinsip moral yang paling dasar. Fahaman ini

didasarkan kepada Teori Moral Teleologikal atau konsekuenlis yang

menilai sesuatu tindakan moral itu berdasarkan motif atau tujuan

(judge actions in terms of their motives). Prinsip kegunaan dalam

fahaman Utilitarianisme dimaksudkan sebagai prinsip yang menjadikan

kegunaan sebagai kayu ukur untuk menilai dan mengambil keputusan

apakah suatu tindakan itu dapat dibenarkan atau tidak secara moral.

Tindakan yang secara moral benar adalah tindakan yang berguna.

Suatu tindakan dinilai berguna jika akibat tindakan tersebut, secara

keseluruhan, dapat memperhitungkan semua pihak yang terlibat dan

Page 4: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 4

tanpa membeza-bezakan, membawa akibat baik berbentuk

kegembiraan atau kebahagiaan yang besar kepada ramai orang

(Betham 1970).

Utilitarianisme dirumuskan oleh Jeremy Bentham dan

dikembangkan secara lebih meluas oleh John Stuart Mill. Utilitarianisme

juga dikenali sebagai Teori Kebahagiaan Terbesar yang menganjurkan

setiap manusia untuk meraih kebahagiaan (kenikmatan) terbesar

kepada orang ramai. Semakin ramai manusia mendapat kebahagiaan,

semakin bermoral tindakan tersebut. Menurut fahaman ini kenikmatan

adalah satu-satunya kebaikan intrinsik dan penderitaan adalah satu-

satunya kejahatan intrinsik. Bagi Bentham, isu kemoralan bukanlah

persoalan untuk menyenangkan Tuhan atau masalah berkaitan dengan

aturan-aturan abstrak, melainkan hanya untuk mewujudkan sebanyak

mungkin kebahagiaan di dunia ini.

Oleh sebab itu, Bentham memperkenalkan prinsip moral tertinggi

iaitu Asas Kegunaan atau Manfaat (the principle of utility). Maksud

Asas Kegunaan atau Manfaat menurut Bentham, ialah asas yang

menyuruh setiap orang untuk melakukan apa yang dapat

menghasilkan kebahagiaan atau kenikmatan terbesar yang diinginkan

oleh semua orang untuk sebanyak mungkin orang atau untuk

masyarakat seluruhnya. Aliran ini bagaimanapun tidak bertepatan

dengan pendapat yang mengatakan ‘ends always justify the means

yang menjadi asas pegangan Teori Marchiavelli, kerana aliran ini

menekankan akibat daripada sesuatu tindakan yang diambil

sedangkan matlamat adalah berbeza dengan akibat. Matlamat ialah

apa yang cuba dicapai manakala akibat adalah apa yang terjadi atau

berlaku hasil daripada mewujudkan kebahagiaan untuk majoriti.

Page 5: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 5

Sesuatu tindakan pada dirinya dianggap sebagai sesuatu yang

semula jadi sahaja. Sebaliknya, yang memberi nilai moral kepada

tindakan-tindakan itu adalah akibat-akibat daripada tindakan itu.

Perbuatan yang benar secara moral ialah yang paling banyak memberikan jumlah

kenikmatan dan kebahagiaan pada manusia. Namun, timbul persoalan yang sering

dipertikaikan terhadap aliran ini. Antaranya, Asas Kegunaan atau Manfaat yang

dianjurkan oleh aliran ini sering bertentangan dengan aturan-aturan moral yang

sudah mapan seperti jangan berbohong, jangan mencuri dan jangan membunuh.

Selain itu, Utilitarianisme cenderung mengunggulkan Asas Kegunaan atau

Manfaat mengatasi asas keadilan atau hak-hak seseorang. Misalnya, bila ada dua pihak

yang bertikaian, salah satunya lebih kuat dan berkuasa daripada yang lain. Kekalahan

pihak yang lebih berkuasa akan mengakibatkan kesengsaraan atau penderitaan yang lebih

besar pada pihak lawan dan orang-orang di sekitarnya maka mereka yang berpegang

dengan fahaman ini akan memenangkan pihak yang lebih kuat demi untuk meminimakan

penderitaan, meskipun asas keadilan atau hak seseorang harus dikorbankan.

Di sini berlakunya kekaburan dan percanggahan dalam aliran ini

yang telah menyebabkan munculnya dua pecahan pendapat dalam

aliran ini iaitu Utilitarianisme Tindakan dan Utilitarianisme Peraturan.

Utilitarianisme Tindakan berpegang kepada setiap orang patut melakukan

tindakan yang akan membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi

oleh tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan

orang adalah berlainan. Setiap orang mentafsirkan situasi dirinya dan menentukan

tindakan yang manakah akan membawa sebanyak mungkin akibat yang baik bagi setiap

orang yang terlibat dalam situasi itu. Utilitarianisme Peraturan menyatakan bahawa

setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu peraturan atau peraturan-peraturan

yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua orang terlibat. Mereka percaya

Page 6: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 6

terdapat niat, tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan

peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi. Setelah

ditentukan bahawa membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada

kebaikan bagi pihak teramai dan dalam situasi terbanyak maka pembunuhan tidak harus

dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri.

Utilitarianisme Peraturan berpegang pada pandangan bahawa

semua aturan tindakan umum yang cenderung memberikan

kebahagiaan terbesar bagi orang terbanyak harus dikukuhkan. Jadi,

bagi aturan moral jangan berbohong, Utilitarianisme Peraturan

menyatakan bahawa tindakan yang berdasarkan aturan moral ini lebih

sering menghasilkan kabahagiaan berbanding tindakan untuk

berbohong. Oleh itu, aturan moral jangan berbohong sesuai dengan

Utilitarianisme Peraturan.

Dalam hal ini didapati Utilitarianisme Peraturan terbalik dalam

menilai banyak hal. Misalnya, persahabatan adalah sesuatu yang baik

dan benar, sekalipun seringkali tidak menyenangkan atau

membuatkan kita menderita. Kita memiliki sahabat dan menghargai

persahabatan kerana memang itulah tindakan yang baik dan benar,

sekalipun kita tidak tahu akibat dari persahabatan kita. Berbeza

dengan gagasan Utilitarianisme yang mengajarkan kita untuk mencari

kebahagiaan, dalam situasi ini kita menilai bahawa persahabatan itu

baik dan kita bahagia kerana mengerjakan hal yang baik, dan bukan

kita mencari sahabat kerana dengan persahabatan itu kita dapat

mencapai kebahagiaan. Wujud pertanyaan paling sulit untuk dijawab oleh para

utilitarian berkenaan hakikat kebahagiaan dan apakah kebahagiaan itu hasil dari suatu

tindakan, atau semasa tindakan dilakukan, apakah kebahagiaan ini bersifat kekal atau

sementara sedangkan Utilitarianisme berpegang pada sesuatu yang akan terjadi atau

Page 7: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 7

sesuatu yang belum tentu terjadi untuk memutuskan tindakan yang seharusnya segera

dibuat.

Hedonisme dan Epicurisme

Hedonisme merupakan satu istilah yang merujuk kepada fahaman

yang mementingkan kesenangan dan kemewahan fizikal, berasal dari

perkataan Latin hedone yang bererti kesenangan. Hedonisme adalah

pandangan hidup yang menganggap bahawa kesenangan dan

kenikmatan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila adalah tujuan

utama hidup. Bagi para penganut fahaman ini, bersenang-senang,

berpesta, dan berpeleseran merupakan tujuan utama hidup kerana

mereka beranggapan hidup ini hanya sekali, sehingga mereka merasa

ingin menikmati hidup senikmat-nikmatnya. Dalam lingkungan

penganut fahaman ini, hidup dijalani dengan sebebas-bebasnya demi

memenuhi hawa nafsu yang tanpa batas.

Menurut sejarah falsafah yunani kuno, tokoh pertama yang

memperkenalkan aliran hedonisme ialah Democritus (400-370 SM)

yang menyatakan kesenangan sebagai tujuan utama dalam kehidupan.

Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan oleh beliau bukanlah

kesenangan berbentuk fizikal semata-mata tetapi menjadikan

kesenangan itu sebagai pemangkin atau perangsang kepada

perkembangan intelek manusia. Salah seorang pengikut Socrates,

Aristippus (395 SM), mengatakan bahawa kesenangan merupakan

keinginan hidup setiap manusia. Orang yang bijaksana akan berusaha

untuk mendapatkan kesenangan kerana kesakitan adalah suatu

pengalaman yang tidak menyenangkan (Achmad Charris Zubair).

Page 8: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 8

Tokoh lain iaitu Epicurus (341-270 SM) mempunyai hujah yang

lebih terperinci berkenaan hedonisme. Baginya, kesenangan tetap

menjadi perkara utama, tetapi bukan sekadar kesenangan jasmaniah

semata-mata kerana kesenangan seperti ini secara berlebihan akan

menimbulkan kesakitan. Kesenangan yang dimaksudkan oleh beliau

ialah kesenangan yang dapat menghilangkan segala kerisauan jiwa

tetapi tidak akan menyebabkan kesakitan tubuh badan dan

menimbulkan kesulitan jiwa. Sikap terlampau mengejar nilai-nilai

kesenangan seperti wang, kehormatan dan kekuasaan tidak dapat

memberikan kepuasan jiwa. Puncak kesenangan menurut Epicurus

ialah ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang dapat menilai peristiwa-

peristiwa yang menyenangkan dan mengatasi keterbatasan jasmani

manusia.

Bagi Epicurus, kesenangan yang paling tinggi adalah tranquility iaitu kesejahteraan

dan bebas dari rasa takut yang hanya dapat diperolehi dari ilmu pengetahuan (knowledge),

persahabatan (friendship) dan hidup sederhana (virtuous and temperate life). Beliau juga

mengakui adanya perasaan-perasaan akan kesenangan sederhana (enjoyment of simple

pleasures), namun Epicurus menegaskan kesenangan sebagai sesuatu yang harus jauh

dari hasrat-hasrat jasmaniah (bodily desires), seperti seks dan hawa nafsu. Ini dapat

dijelaskan seperti ketika kita makan, jangan sampai terlalu kenyang dan berlebihan,

kerana boleh menyebabkan seseorang tidak layak untuk menghasilkan makanan-makanan

yang lazat di masa akan datang. Demikian juga, seks dapat mendorong untuk

meningkatkan berahi atau nafsu. Namun Epicurus beranggapan, kesan terlalu sering

melakukan hubungan seks akan mengurangkan keinginan seksual, yang akan

mengakibatkan ketidakpuasan kepada pasangan dan menyebabkan ketidakbahagiaan

(unhappiness).

Page 9: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 9

Epicurisme merupakan bentuk hedonisme yang bercorak

eudaimonistik dan dianggap sebagai bentuk hedonisme kuno. Epicurus

mengidentifikasikan kesenangan dengan tranquility dan penekanan kepada pengurangan

keinginan berlebihan terhadap perolehan spontan kesenangan (the immediate acquisition

of pleasure). Jadi menurut Epicurus, kesenangan bukanlah sesuatu yang pada dasarnya

menyenangkan namun kesenangan adalah keadaan sejahtera yang berbentuk relatif.

Bagaimanapun, idea oleh Epicurus ini telah dimanipulasi dan menterbalikkannya dengan

makna hedonisme yang menjadikan kesenangan sebagai pusat tindakan merupakan

satu-satunya tujuan pencapaian hidup yang dapat memberikan

manfaat atau kebaikan kepada seseorang.

Jelasnya, konsep hedonisme hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya

sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Gejala ini timbul

berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan

keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia. Budaya sebegini

begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan

aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan. Di sinilah, peranan pendidikan

bersepadu dan seimbang diperlukan terutamanya pendidikan agama. Pendidikan agama

yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi

muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.

Esensialisme

Esensialisme adalah fahaman yang didasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan yang telah

ada sejak awal peradaban umat manusia. Esensialisme lahir dari dua falsafah iaitu

idealisme dan realisme. Esensialisme muncul pada zaman Renaissance dengan ciri-ciri

utama yang berbeza dengan progresivisme. Perbezaannya yang utama ialah dalam

memberikan dasar berpijak pada pendidikan yang penuh fleksibel serta terbuka untuk

perubahan, toleransi dan tidak ada hubungkait dengan doktrin tertentu. Esensialisme

Page 10: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 10

memandang bahawa pendidikan harus berpijak pada nilai-nilai yang memiliki kejelasan

dan tahan lama yang memberikan kestabilan dan nilai-nilai terpilih yang mempunyai

peraturan yang jelas.

Falsafah esensialisme tidak menekankan pendidikan jasmani, rohani dan emosi

sedangkan ketiga-tiga aspek ini amatlah penting bagi melahirkan insan yang sempurna.

Teori falsafah esensialisme pada asasnya tidak menyeluruh terutama dalam pendidikan

kerana lebih mementingkan penguasaan kemahiran semata-mata. Teori ini hanya berjaya

melahirkan mereka-mereka yang cerdik semata-mata tapi tidak menitikberatkan tentang

akhlak yang luhur dan murni. Teori ini membelakangkan aspek nilai akhlak serta

keimanan. Falsafah esensialisme menegaskan autoriti guru dan nilai kurikulum yang

berdasarkan mata pelajaran. Pendidikan melibatkan kemahiran asas,seni dan sains yang

telah dimajukan.Mereka menyarankan agar kemahiran asas membaca, menulis dan

mengira harus diajar dalam semua kurikulum sekolah rendah. Manakala di peringkat

menengah pula aspek sejarah, matematik, sains, bahasa dan sastera perlu diutamakan agar

dapat mewujudkan manusia yang bertamadun.

Idealisme, sebagai filsafat hidup, memulakan tinjauannya mengenai peribadi individu

dengan menitik beratkan pada ‘aku’. Menurut idealisme, bila seorang itu belajar pada

taraf permulaan adalah memahami dirinya sendiri, terus bergerak keluar untuk memahami

dunia objektif. Dari mikro kosmos menuju ke makro kosmos. Bila manusia berhadapan

dengan sesuatu benda, tidak bermakna bahawa mereka itu sudah mempunyai bentuk,

ruang dan ikatan waktu. Bentuk, ruang dan waktu sudah ada pada budi manusia sebelum

adanya pengalaman atau pengamatan. Dengan mengambil jalan berfikir tersebut, belajar

dapat didefinisikan sebagai jiwa yang berkembang pada sendirinya sebagai sebahagian

dari spiritual. Jiwa membina dan menciptakan diri sendiri.

Seorang ahli falsafah dan ahli sosiologi yang bernama Roose L. Finney

menerangkan tentang hakikat sosial daripada hidup mental. Dikatakan bahawa mental

Page 11: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 11

adalah keadaan rohani yang pasif, yang bererti bahawa manusia pada umumnya

menerima apa saja yang telah tertentu yang diatur oleh alam. Hal ini bermaksud,

pendidikan itu adalah satu unit sosial dan belajar adalah menerima dan mengenal secara

bersungguh-sungguh tentang nilai-nilai sosial angkatan baru yang timbul untuk ditambah

dan dikurangi atau diteruskan kepada angkatan berikutnya.

Pandangan Esensialisme Secara Ontologi

Esensialisme bersifat menonjolkan suatu konsep bahawa dunia ini dikuasai oleh peraturan

yang tiada cela. Pendapat ini bererti bahawa bagaimana bentuk, sifat, kehendak dan cita-

cita manusia haruslah disesuaikan dengan peraturan alam yang ada.

Pandangan Esensialisme Secara Epistemologi

Teori keperibadian manusia sebagai refleksi Tuhan adalah jalan untuk mengerti

epistemologi esensialisme. Sebab jika manusia mampu menyedari realiti sebagai mikro

kosmos dan alam sebagai makro kosmos, maka manusia pasti mengetahui dalam nisbah

tingkat atau kualiti yang mampu difikirkannya. Berdasarkan kualiti inilah ia

menghasilkan dapatan secara tepat tentang pengetahuannya dalam benda-benda, ilmu

alam, biologi, sosial dan agama.

Egoisme Moral

Egoisme Psikologi adalah teori tentang fitrah manusia manakala egoisme moral adalah

teori mengenai moral yang membincangkan perkara yang bertentangan dengan moral

naluri yang biasa. Menurut teori ini, sesuatu perkara sentiasa dianggap bermoral apabila

seseorang individu melakukan perkara yang dipercayai bagi mencapai kepentingan diri

(Barcalow 2003). Seseorang yang berego moral mendakwa bahawa moral tidak pernah

Page 12: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 12

memerlukan seseorang untuk mengorbankan kepentingan mereka bagi membantu atau

mengelak daripada membahayakan orang lain. Dalam erti kata lain, moral membenarkan

manusia melakukan apa sahaja yang yang mereka inginkan.

Hal ini dapat dilihat apabila wujud individu dalam sekelompok masyarakat yang

berusaha memenuhi keinginan diri dengan pelbagai cara sehinggakan kesejahteraan

individu lain diabaikan. Oleh sebab itu, individu yang baik dianggap lemah, sering

ditindas dan terkebelakang manakala individu yang kuat akan mengatasi individu yang

lemah. Implikasinya, individu yang lemah akan sentiasa berada di bawah. Mereka yang

lemah ini tidak mampu menggapai tangan orang lain untuk meminta pertolongan

disebabkan oleh sikap individualistik manusia. Berdasarkan fahaman ini, hanya ada satu

pegangan iaitu setiap individu berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.

Salah seorang tokoh teori egoism moral ini iaitu Max Stirner dalam bukunya The Ego

and its Own lebih menonjolkan peranan individu yang bergabung dalam satu kesatuan

ego dan bertindak sesuai dengan keinginannya. Menurut beliau tindakan yang dilakukan

untuk kepentingan diri itu seharusnya tidak dikekang oleh batasan moral. Salah satu

pendapat Stirner yang terkenal ialah:

“Whoever knows how to take, to defend, the thing, to him belongs properly.”

Terdapat banyak situasi yang menerangkan keadaan egoisme moral ini iaitu

seorang jurujual kereta terpakai memberi maklumat yang tidak tepat tentang keadaan

kereta tersebut dengan menyembunyikan kecacatan pada kereta-kereta yang dijualnya.

Jurujual itu tidak merasakan perbuatannya adalah salah. Ini kerana jurujual yang

mempunyai ego moral itu menganggap perbuatan tersebut adalah betul untuk kebaikan

dan kepentingan dirinya bagi mendapat keuntungan dengan mengabaikan hak orang lain.

Page 13: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 13

Dalam keadaan tertentu adalah tidak salah sekiranya kepentingan diri diutamakan.

Misalnya, pemakanan yang seimbang dan amalan bersenam adalah digalakkan kerana

dapat mendatangkan faedah kepada tubuh badan. Namun perkara tersebut akan

mendatangkan kemudaratan apabila tidak diamalkan dengan baik. Oleh itu, individu

boleh mengambil langkah terbaik untuk menjamin kebaikan dan kesihatan dirinya. Bagi

individu golongan ini, mereka tidak melakukan semua perkara yang mereka suka kerana

terdapat banyak kes yang menunjukkan perkara tersebut tidak mendatangkan faedah

kepada mereka. Sebagaimana contoh, pesakit diabetes tidak digalakkan mengambil

makanan manis yang menjadi kesukaannya. Dia terpaksa mengorbankan kesukaannya

demi kepentingan kesihatan. Ada juga individu yang sanggup memudaratkan kesihatan

diri semata-mata untuk keseronokan. Contohnya, penagih dadah mengambil dadah untuk

keseronokan semata-mata walaupun mendatangkan mudarat kepada sistem badan.

Walaupun begitu, situasi menjadi kurang jelas apabila berlaku pertembungan

kepentingan seseorang individu dengan kepentingan orang lain. Ada pendapat

mengatakan bahawa apabila kepentingan bertembung, kebanyakannya secara moral,

adalah diterima untuk seseorang melakukan sesuatu berdasarkan kepada kepentingan diri

mereka.

Aliran Egoisme Moral

Menurut Mohd. Janib (1994), egoisme moral boleh berlaku dalam tiga bentuk:

1. Egoisme moral yang universal: setiap orang sepatutnya selalu bertindak demi

kepentingan diri masing-masing tanpa menghiraukan kepentingan orang lain

kecuali kepentingan-kepentingan orang lain itu juga dapat memenuhi

kepentingannya.

2. Egoisme moral individu: Setiap orang sepatutnya bertindak demi kepentingan

dirinya sendiri.

3. Egoisme moral yang professional: Saya sepatutnya bertindak demi kepentingan

diri saya sendiri tetapi saya tidak berhak tentang apa yang dibuat oleh orang lain.

Page 14: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 14

Jika diteliti secara mendalam bentuk yang kedua dan ketiga, persoalan kemanusiaan

dan moral tidak dapat dibincangkan dalam kehidupan manusia kerana bentuk tersebut

lebih menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri. Sedangkan manusia memerlukan

antara satu sama lain untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Oleh yang demikian,

menurut konteks yang disebut di atas hanya bentuk egoisme pertama yang menjadi asas

utama aliran egoisme ini.

Perkara ini dapat diringkaskan iaitu manusia sepatutnya bertindak mengikut

kepentingan diri sendiri untuk mencapai hasil yang paling baik bagi dirinya. Persoalannya

sekarang, bagaimana sikap egoisme dapat dinilai dari segi baik atau buruknya? Seseorang

yang benar-benar hidup untuk kepentingan dirinya sendiri dianggap sebagai seorang yang

matang dan bertanggungjawab. Dengan erti kata lain, seseorang yang matang dan

bertanggungjawab itu dapat membuat penilaian yang sesuai sebelum melakukan sesuatu

perbuatan. Oleh itu, individu tersebut tidak akan bertindak sewenang-wenangnya semata-

mata mengikut keinginan diri, dorongan hawa nafsu seperti iri hati, perasaan membalas

dendam dan lan-lain. Egoisme moral seperti ini dianggap sebagai sikap bermoral yang

begitu tinggi bagi seseorang itu. Sesuatu tindakan itu dianggap bermoral apabila individu

itu menjaga kepentingan sendiri walaupun dalam masa yang sama mencabul hak orang

lain.

Dalam situasi tertentu, kepentingan diri sendiri terpaksa diketepikan atau

dikorbankan. Misalnya, seorang ibu yang miskin sanggup tidak makan semata-mata

untuk membolehkan anak-anaknya mengisi perut atau sukarelawan-sukarelawan yang

sanggup menggadai nyawa membantu pelarian Palestin sedangkan mereka boleh hidup

mewah sekiranya mereka tinggal dan berkhidmat sebagai doktor di Kuala Lumpur. Selain

itu juga, terdapat individu yang menolak keuntungan dan kepentingan diri dengan tidak

menerima rasuah demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Berdasarkan situasi yang

diberi, sikap individu yang hanya mementingkan kehendak diri dan tidak sanggup

melakukan kebaikan pada orang lain dianggap tidak bermoral.

Page 15: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 15

Sebagaimana teori-teori moral yang lain, teori egoisme moral juga tidak dapat lari

daripada kelemahan. Pertamanya, teori ini tidak dapat memberikan satu kaedah yang

konsisten dalam menyelesaikan masalah konflik kepentingan diri sendiri. Kedua, teori ini

tidak relevan dalam senario kehidupan masyarakat yang saling memerlukan dan

bukannya hidup terasing. Masyarakat hari ini semakin berkembang dan bertambah

kompleks yang menyebabkan mereka saling bergantung dalam aspek politik, ekonomi

dan sosial. Kesannya, individu terpaksa mengabaikan kepentingan diri demi menjaga

kepentingan orang lain.

TEORI MORAL DEONTOLOGIKAL

Teori Moral Kant

Teori Moral Kant berada dalam mazhab idealisme iaitu di bawah kategori aliran teori

moral deontologikal atau nonkonsekuenlis yang menilai sesuatu tindakan moral itu

berdasarkan perlakuan sesuatu tindakan itu sendiri (judge actions in terms of the

character of the act itself). Teori moral aliran deontologikal ini berpendapat bahawa

setiap tingkah laku itu sama ada betul atau salah masih dianggap sebagai tingkah laku

moral.

Teori Moral Kant diasaskan oleh ahli falsafah moden berbangsa Jerman iaitu Immanuel

Kant (1724-1804) yang muncul pada kemuncak zaman enlightenment di Eropah. Kant

merupakan seorang ahli falsafah yang sealiran dengan Plato, Descartes, Spinoza,

Berkeley, Hagel dan Coleridge (Abd. Rahman dan Zakaria 1987). Walaupun terdapat

pertentangan pendapat dalam banyak perkara, namun ahli-ahli falsafah ini setuju bahawa

jiwa atau rohani insan adalah penting dalam kehidupan dan alam sejagat pada hakikatnya

bukanlah diisi dengan objek fizikal atau material semata-mata. Kant merupakan salah

Page 16: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 16

seorang tokoh ulung yang menatang falsafah kemoralan individu. Namun dalam masa

yang sama juga Kant turut dikatakan sebagai pendokong aliran kemoralan sosial dengan

menyarankan pertimbangan prinsip kategorikal imperatif yang menjadi asas matlamat

kepada semua tanggungjawab moral (Johnson 2004).

Pandangan yang dikemukakan oleh Kant dalam teori moral/etika beliau adalah

bertentangan dengan pandangan dalam fahaman Utilitarianisme. Namun begitu, terdapat

selintas persamaan di antara kedua-dua fahaman ini, iaitu tanpa ragu cuba mencari

kebenaran tentang moraliti dan menolak untuk menerima pandangan yang bersifat relatif

atau subjektif (Barrow 1975). Menurut Kant, apa yang penting dalam kehidupan dan

menjadikan kehidupan begitu berharga bukanlah kegembiraan atau kesenangan semata-

mata tetapi tindakan yang lahir daripada ‘good will’ atau tekad yang baik (Kerner 1990).

Perkara ini telah dibincangkan terlebih dahulu oleh Paton (1948) dengan mengatakan,

“The only thing that is good without qualification or restriction is a good will. That is

to say, a good will alone is good in all circumstances…”

Kegembiraan atau kesenangan yang lahir daripada tekad yang baik adalah tindakan

yang betul mengikut pandangan Kant namun kegembiraan yang datang daripada tekad

yang jahat adalah satu tindakan yang salah. Timbul persoalan di sini, apakah yang

dimaksudkan dengan tekad yang baik? Sedangkan tekad itu sesuatu yang konotasi dan

implisit sifatnya serta sukar untuk diterjemahkan. Menurut Kant, tekad yang baik adalah

bersifat mutlak dan bukannya baik dari segi hasil sahaja tetapi juga mencakupi proses

atau tindakan serta rasa tanggungjawab moral yang tertanam dalam nurani individu.

Segala kualiti yang baik dalam hidup ini seperti kebijaksanaan, bakat, keadilan, kasih

sayang, kegembiraan, kesenangan dan sebagainya bukanlah bersifat baik secara mutlak

(Paton 1948). Walaupun secara luarannya kelihatan baik namun sebenarnya boleh

mendatangkan bencana sekiranya kualiti-kualiti ini tidak seharmonis dengan tekad

Page 17: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 17

dalaman yang baik. Hal ini menunjukkan bahawa Kant begitu mementingkan moral dari

segi kerohanian melalui penekanan terhadap tekad hati yang baik dalam individu.

Matlamat hidup yang diutarakan oleh Kant bukanlah untuk menghasilkan

kegembiraan atau kesenangan semata-mata tetapi untuk menanam dan menyemai tekad

yang baik dalam mencapai matlamat kegembiraan dan kesenangan yang hakiki (Kant

1785). Contohnya, membantu orang tua melintas jalan tidak dikatakan sebagai satu

tindakan yang baik jika individu melakukannya dengan harapan mendapat bayaran

daripada orang tua itu, mendapat pujian daripada masyarakat waima membantu tanpa

apa-apa matlamat. Sewajarnya tindakan membantu orang tua melintas jalan harus datang

daripada tekad asli yang baik demi melunasi tanggungjawab moral individu sebagai

matlamat utama (Barrow 1975) dengan saling membantu sesama manusia yang

memerlukan.

Walaubagaimanapun, teori ini secara konkrit menolak dan tidak menganggap

sebarang tindakan yang dibuat berdasarkan matlamat semata-mata sebagai satu tindakan

yang bermoral kalau tidak diimamkan dengan tekad yang ikhlas dan rasa tanggungjawab

untuk melakukan tindakan tersebut. Memandangkan teori-teori moral yang rencam sejak

zaman yunani kuno sehingga sekarang wujud berkiblatkan pemikiran yang rasional, maka

dapat disimpulkan bahawa manusia adalah bersifat rasional dalam bertindak mengikut

pelbagai prinsip dan peraturan am yang berkaitan tanggungjawab moral mereka.

Pendapat Kant tentang tindakan yang dibuat atas rasa tanggungjawab difahami

sebagai melakukan sesuatu benda dengan betul hanya kerana benda itu betul (Stratten-

Lake 2000). Namun, tidak semua tindakan yang datang daripada rasa tanggungjawab

semata-mata merupakan satu tindakan yang bermoral kerana proses sesuatu tindakan itu

perlu disertakan dengan motif atau niat yang bermoral. Ini bermaksud tindakan yang

dibuat atas dasar tanggungjawab semata-mata dan memberikan impak moral yang baik

bukanlah satu tindakan yang bermoral kerana proses atau tindakan itu sendiri perlu

Page 18: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 18

mempunyai motif atau tekad yang bermoral. Contohnya, Ali membakar rumah jirannya

yang merupakan seorang pencuri atas rasa tanggungjawab. Melihat dari sudut moral,

tindakan Ali menghasilkan impak yang bermoral kerana tidak akan ada lagi kes kecurian

di kampungnya. Namun tindakan Ali yang melaksanakan tanggungjawab dengan

membakar rumah jirannya itu bukanlah satu proses yang mempunyai tekad atau motif

yang bermoral.

Oleh kerana tekad yang baik itu lahir daripada alam kerohanian yang mutlak, maka

dalam hal ini institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan

yang lebih akrab lagi antara insan yang bergelar pelajar dengan unsur-unsur kerohanian

tabii serta mewujudkan keharmonian antara manusia dan alam sejagat (Abd. Rahman et.

al. 1987). Penerapan nilai-nilai moral dalam masyarakat perlulah diadakan dalam

kurikulum persekolahan. Hal ini kerana institusi pendidikan merupakan wahana penting

untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan membentuk jati diri insan di dunia baik secara

formal atau tidak formal. Contohnya, melalui mata pelajaran-mata pelajaran yang dapat

mendekatkan lagi pelajar dengan alam semula jadi, maka akan terbersit hati nurani

mereka perasaan cintakan alam semulajadi. Mereka akan memahami tujuan dan makna

alam ini wujud dan tugas manusia dalam memelihara serta memakmurkan alam.

Tekad yang jahat bukanlah sesuatu yang positif dalam proses pembentukan sahsiah

pelajar khususnya dan insan amnya. Apabila terdetik tekad yang tidak baik, maka

kerosakan akan berlaku bukan kepada individu itu dan komunitinya sahaja bahkan turut

memusnahkan seantero manusia dan alam sejagat. Justeru itu, pendidikan moral adalah

penting untuk diterapkan di sekolah. Menurut Kant, sekiranya pelajar menunjukkan

tingkah laku yang tidak baik, guru boleh menyoal pelajar berkenaan akibat yang mungkin

berlaku sekiranya setiap insan di dunia ini menunjukkan tingkah laku yang sama. Hal ini

secara tidak langsung dapat menimbulkan kesedaran dalaman kepada pelajar tersebut

untuk menunjukkan tingkah laku yang baik.

Page 19: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 19

Menurut Kant, manusia adalah makhluk yang bersifat rasional dalam tindakan yang

dilakukannya. Kant menolak segala entiti yang bersifat tidak rasional dan tidak dapat

diterima oleh akal yang waras. Prinsip-prinsip ini dikenali sebagai maxims. Maxims

merujuk kepada prinsip-prinsip yang bersifat subjektif (kerohanian) dalam diri individu

ketika membuat keputusan moral sesuatu tindakan itu sama ada betul atau salah

berdasarkan sesuatu hukum moral (Barrow 1975). Hukum moral adalah bersifat formal

yakni dipecahkan daripada semua hasrat atau tekad yang telah ditetapkan. Hukum ini

menyarankan agar individu tidak membuat penegasan sesuatu usul serentak dengan

penafiannya, tidak kira apapun isi kandungan usul tersebut (Kerner 1990). Ringkasnya

menurut Kant, hukum moral memberitahu kita agar jangan bertekad melakukan sesuatu

tindakan itu jika pada masa yang sama kita menafikan atau rasa ragu-ragu dengan

kesahihan tekad tersebut.

Terdapat maxim yang bermoral dan ada yang tidak bermoral. Maxim yang bersifat

universal iaitu yang boleh diadaptasikan kepada semua orang dikatakan sebagai bermoral

manakala maxim yang tidak boleh diadaptasikan kepada semua orang dikatakan sebagai

maxim yang tidak bermoral. Sebagai contoh,

“Saya membantu orang tua melintas jalan kerana saya membantu semua orang tua

yang ingin melintas jalan.”

Tindakan membantu orang tua melintas jalan ini dikatakan sebagai maxim kerana

turut diaplikasikan kepada orang tua lain yang ingin melintas jalan. Maxim ini ialah

maxim yang bermoral kerana bersifat universal. Contoh berikutnya,

“Saya akan berhutang dengan kawan apabila tiada wang dan berjanji untuk

membayar walaupun tidak bertekad untuk membayar hutang tersebut.”

Page 20: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 20

Maxim seperti contoh di atas merupakan maxim yang tidak bermoral kerana tidak

bersifat universal. Menurut Kant, apabila semua orang berjanji tetapi tidak menepatinya,

janji itu akan dilihat sebagai sesuatu yang tidak bermakna. Maka tiada siapa yang

sanggup untuk memberi hutang kerana takut tidak akan dilunaskan. Tambahan pula,

sudah menjadi tanggungjawab moral individu yang berhutang untuk mempunyai tekad

melunaskan hutangnya dengan cara yang betul.

Sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, Kant yang terkenal dengan falsafah

moral individu tidak mengenepikan faksafah moral sosial. Menurut Kant, semua entiti

dalam alam semulajadi ini wujud berdasarkan hukum tetapi manusia boleh memulakan

usaha dalam setiap tindakan mereka mengikut hukum. Usaha yang ditunjukkan oleh

manusia ini dikatakan sebagai memiliki tekad daripada prinsip yang praktikal dan

imperatif. Prinsip imperatif dipecahkan kepada dua cabang iaitu praktikal/hipotetikal

imperatif dan kategorikal imperatif.

Kant terkenal dengan teori kategorikal imperatif yang menyentuh tentang

tanggungjawab moral sosial. Teori kategorikal imperatif menyatakan bahawa sesuatu

tindakan itu dianggap sebagai bermoral sekiranya peraturan yang membenarkan tindakan

itu dapat diadaptasikan secara umum sebagai satu peraturan yang bersifat universal

kepada semua manusia untuk mematuhinya. Lawan kepada prinsip ini ialah prinsip

hipotetikal imperatif yang bergantung kepada matlamat yang dicapai berdasarkan

keperluan fizikal semata-mata sedangkan dalam kategorikal imperatif, matlamat

ditentukan dan matlamat itu adalah sah bagi semua manusia yang berfikiran rasional.

Kant menyatakan pendidikan penting sebagai wahana dalam mencapai kebenaran.

Kurikulum pendidikan mestilah mengandungi mata pelajaran-mata pelajaran bersifat

kognitif untuk melatih ciri-ciri rasional, berkaitan dengan moral, estetika dan prinsip-

prinsip agama dalam membentuk sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Kaedah-

Page 21: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 21

kaedah pengajaran yang sesuai ialah membaca, menulis, latih tubi, menghafal dan

membuat ulangkaji.

EKSISTENSIALISME

Eksistensialisme merupakan salah satu fahaman falsafah yang muncul di barat selepas

Perang Dunia Pertama. Sartre, yang merupakan salah seorang pengikut fahaman falsafah

eksistensialisme yang terkenal pada abad ke-20. Beliau menyatakan eksistensialisme

sebagai ‘precedes essence’ yang menggambarkan asas kebenaran tentang kewujudan

manusia (Kerner 1990). Fahaman ini sangat mementingkan kewujudan seseorang

individu dengan menyatakan individu adalah diri individu itu sendiri. Falsafah

eksistensialisme ini mula mendapat perhatian umum selepas Perang Dunia Kedua.

Fahaman ini berada di bawah teori moral deontologikal atau nonkonsekualis dan

mempunyai sedikit persamaan dengan fahaman Kant iaitu moral dinilai daripada tindakan

individu dan bukannya daripada motif dan akibat tindakan mereka semata-mata. Namun

begitu, ahli-ahli falsafah yang memegang fahaman eksistensialisme menolak falsafah

tradisional dan falsafah semasa serta tidak menganggap fahaman mereka ini sebagai satu

sistem falsafah kerana mereka lebih bersifat individualisme dan kebebasan individu.

Falsafah eksistensialisme yang bersifat individualistik ini terlalu bergantung kepada

faktor-faktor subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam, penghayatan emosi dan

perasaan keseorangan (Abdul Rahman et. al. 1987; Kerner 1990). Fahaman ini bermula

dengan premis yang mengatakan individu dilahirkan ke alam tanpa tujuan dan diluar

sedar diri sendiri. Kewujudan individu di muka bumi ini mendahului kepentingan

kewujudan mereka. Persoalan seperti ‘kenapa manusia wujud di dunia?’ dan ‘apakah

peranan manusia wujud di dunia?’ bukanlah persoalan yang relevan sekiranya manusia

itu sendiri tidak wujud. Hal ini kerana manusia itu memang wujud tetapi kewujudan

manusia tidak membentuk dirinya. Ini bermaksud manusia mestilah wujud dahulu

Page 22: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 22

sebelum membentuk dirinya (Abdul Rahman et. al. 1987). Analoginya, Ali seorang guru.

Ali wujud dan menjadi seorang guru. Ali bukanlah seorang guru sekiranya Ali tidak

wujud. Oleh sebab itu Ali perlu wujud dahulu sebelum menjadi sebagai seorang guru.

Persoalan kepada diri sendiri seperti ‘kenapa manusia wujud di dunia’ adalah relevan

sekiranya manusia itu sememangnya wujud. Apabila manusia itu wujud, maka barulah

mereka boleh mencorakkan hidup dan memilih peranan yang akan dimainkan sebagai

individu secara bebas. Manusia atau individu itu akan mengenalpasti tujuan-tujuan

kehidupan dan mengakui kehidupan setiap insan mempunyai nilai tersendiri dan setiap

kehidupan dalam dunia ini hanyalah sesuatu yang tidak memberikan makna.

Tanggungjawab memberikan makna tersebut adalah peranan individu sendiri dan

bukannya tertakluk pada mana-mana prinsip.

Kiergaard iaitu seorang ahli falsafah Denmark yang juga dikenali sebagai bapa

eksistensialisme moden telah menyediakan asas bagi falsafah ini apabila beliau menulis

mengenai kebebasan dalaman manusia dalam mengarahkan penghidupannya. Beliau

begitu mementingkan keseimbangan di antara kebebasan dan tanggungjawab. Manusia

bebas untuk memilih cara hidupnya sendiri tetapi mereka harus bertanggungjawab dengan

setiap pilihan atau tindakan yang dibuat. Konotasi fahaman eksistensialisme yang

diperkenalkan oleh Kiergaard ini menyokong proses dehumanisasi. Proses dehumanisasi

bermaksud proses menjadikan manusia sebagai bukan manusia yang menjadi pegangan

falsafah pendidikan barat kini.

Sartre pula menyatakan manusia wujud, membesar dan tahu bahawa diri mereka

wujud serta bebas memilih tindakan dan perkara yang ingin dilakukan. Jalan hidup yang

bebas dipilih oleh setiap individu adalah tanggungjawab diri sendiri. Individu boleh

memilih jalan hidup mengikut kata diri sendiri atau membenarkan orang lain untuk

membentuk dirinya. Individu yang membenarkan orang lain membentuk dirinya masih

memilih jalan hidup sendiri iaitu jalan hidup yang membenarkan orang lain membentuk

Page 23: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 23

jalan hidupnya. Tiada norma atau garis panduan yang perlu dipatuhi melainkan kebenaran

dan kekonsistenan apa yang difikirkan signifikan oleh individu dalam membentuk diri

sendiri.

Menurut ahli-ahli eksistensialisme, manusia belajar daripada pengalaman sendiri.

Individu yang berada pada tahap pengalaman tertinggi dikatakan sedar mengenai

kewujudan manusia dan objek disekelilingnya. Kesedaran ini seterusnya akan diberi

makna berdasarkan pemahaman sendiri yang boleh menjadi betul atau salah. Tidak ada

kriteria dan objektif tertentu bagi menentukan betul atau salah dalam pemahaman ini.

Oleh sebab itu, betul atau salah sesuatu pemahaman individu bergantung pada diri sendiri

dan tiada garis panduan yang akan mendasarinya. Atas alasan ini, kebenaran dikatakan

bersifat relatif atau sentiasa berubah-ubah mengikut pertimbangan-pertimbangan

individu tersebut. Hasilnya, tiada kebenaran mutlak yang wujud.

Manusia tidak digalakkan mengikuti dan mematuhi norma-norma hidup masyarakat

kerana jika mengikutinya, manusia dikatakan sebagai hilang sifat ketulenan dan

kemanusiaan dalam diri. Manusia adalah bertanggungjawab dan menjadi prioriti terhadap

sistem nilainya sendiri yang bersifat bebas dan relatif. Hal ini menunjukkan betapa setiap

individu mempunyai kepentingan terhadap diri sendiri dan bukannya terikat dengan

norma atau hanya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat. Namun begitu,

individu bebas memilih norma-norma atau nilai yang disukai dan menolak yang dibenci.

Kebebasan yang dikurniakan kepada setiap individu merupakan punca tanggungjawab

moral dan sosial yang dipegang (Abdul Rahman et. al 1987). Secara tidak langsung, dapat

dikatakan bahawa nilai-nilai dalam fahaman eksistensialisme adalah perkara yang bersifat

peribadi, individu dan egosentrik dalam memahami erti kewujudan dan membentuk

kehidupan sendiri dalam mencapai kejayaan hidup.

Individu diberi kebebasan memilih apa yang diyakini baik kepada dirinya. Saat-saat

memilih merupakan tempoh yang penting kerana pilihan yang silap akan merugikan

Page 24: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 24

dirinya. Saat ini juga individu cuba memilih perkara yang terbaik untuk diri sendiri.

Memandangkan individu bebas memilih jalan hidup dan bertanggungjawab terhadap

pilihan yang dibuat, maka mereka tidak boleh menyalahkan pilihan yang dibuat kepada

orang lain. Contohnya, Ali ingin membeli sepasang kasut sukan Nike dalam jualan murah

di sebuah kedai kasut Bata. Amir melarangnya dan mencadangkan agar melihat ke kedai

lain dahulu. Ali memilih untuk mengikut cadangan Amir. Namun kedai lain menawarkan

harga yang lebih mahal. Mereka kembali ke kedai kasut Bata tetapi kasut itu sudah dibeli

orang lain. Berdasarkan contoh cerita di atas, Ali tidak boleh menyalahkan Amir yang

mempengaruhinya supaya tidak membeli kasut sukan Nike pada mulanya. Ini kerana Ali

bertanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat dan dia telah memilih untuk mengikuti

cadangan Amir.

Jika dikaitkan dengan sistem persekolahan, fahaman ini sukar untuk dijadikan dasar

dalam falsafah pendidikan. Hal ini kerana sistem persekolahan memerlukan peraturan

yang bersifat generalisasi yang perlu dipatuhi bagi menjamin kualiti pendidikan. Jika

berpegang kepada fahaman eksistensialisme ini, sistem persekolahan tidak akan

mempunyai matlamat yang tetap memandangkan fahaman ini yang relatif sifatnya.

Pelajar adalah bebas untuk memilih mata pelajaran-mata pelajaran yang disukai dan tidak

terikat dengan sistem kurikulum persekolahan. Guru pula bukan berperanan sebagai

penyebar ilmu pengetahuan atau mendidik pelajar, tetapi lebih kepada membantu pelajar

berjaya dalam proses mencari kesedaran kendiri (self actualization). Bagi fahaman ini,

perkara pokok dalam pendidikan bukanlah matlamat pendidikan tetapi proses yang dilalui

pelajar dalam memilih dan memberikan komitmen jitu dalam mencapai kejayaan

peribadi.

Dari segi kurikulum pendidikan pula, pendidikan bukan sekadar meningkatkan

keintelektualan pelajar tetapi dalam masa yang sama menekankan dari segi afektif

meliputi sikap, perasaan, nilai dan juga komponen-komponen subjektif yang lain ke arah

perkembangan kendiri pelajar. Pelajar bertanggungjawab dalam pembelajarannya

Page 25: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 25

manakala guru pula berperanan untuk menjadi model penting kepada pelajar dalam

bertindak dan membuat pilihan yang betul dalam hidup mereka.

PEMBANGUNAN INSAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Sesuatu pembangunan memerlukan modal. Dalam konteks pembangunan insan, modal

yang paling utama adalah insan itu sendiri. Komponen-komponen pembangunan insan

merangkumi kesaksamaan, produktiviti, pemerkasaan, kelestarian dan estetika. Fokus

utama pembangunan insan ialah pemerkasaan insan sebagai individu dan anggota

masyarakat. Pembangunan modal insan pula merupakan sebahagian daripada teras

pembangunan insan.

Pembangunan Insan mestilah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi

tonggak kepada pembangunan diri, keluarga, material, rohani, masyarakat, ilmu, akhlak

dan negara (Amini Amir 2004). Menurut perspektif Islam, matlamat utama pembangunan

insan adalah untuk mencapai al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Kejayaan ini

dimanifestasikan dalam pendidikan, pembentukan diri, keluarga dan masyarakat bertaqwa

yang menjurus ke arah keredhaan Allah s.w.t. (mardhatillah). Islam telah mengingatkan

kepada umatnya mengenai kepentingan memelihara akhlak dan mengamalkan nilai-nilai

mulia dalam kehidupan seharian. Sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t.,

kita ditegah sama sekali daripada melakukan sebarang kemungkaran, kemaksiatan,

kekejian dan seumpamanya. Islam telah mengingatkan kepada umatnya mengenai

pentingnya memelihara akhlak dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam kehidupan

seharian kita dan sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t., kita sama sekali

tidak dibenarkan melakukan sebarang kemungkaran, kemaksiatan, kekejian dan

seumpamanya kerana ia merupakan satu tegahan yang nyata.

Page 26: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 26

Pembangunan insan yang bersifat holistik adalah pembangunan yang

menyeimbangkan aspek material, spiritual dan mental. Ini akan melahirkan insan yang

sedar akan tanggunjawab di dunia dan di akhirat. Agenda utama pembangunan insan

mestilah meletakkan pembangunan akhlak dan peribadi muslim. Peranan pembangunan

akhlak dan peribadi muslim menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya ibu bapa

dan guru-guru. Justeru itu, sistem hidup berpandukan Islam sebagai Addin yang sebenar,

wajib difahami, disebarluaskan dan dipraktikkan sepenuhnya. Umat Islam diingatkan

supaya lebih berhati-hati terhadap elemen-elemen negatif yang berkaitan dengan al-

Ghazw al-Fikri (penjajahan pemikiran) oleh pandangan-pandangan moral barat yang

berdasarkan pemikiran akal yang rasional semata-mata dengan mengenepikan aspek

ketauhidan.

Jika di barat, nilai-nilai moral menjadi perbahasan dikalangan ahli falsafah barat. Ini

kerana idea-idea yang didokong mereka bersifat dikotomi iaitu terpisah-pisah, saling

bercanggah sehingga pada satu tahap wujud pertelingkahan untuk mempertahankan

fahaman masing-masing. Berbeza dengan nilai-nilai akhlak Islam yang menyeluruh dan

bersepadu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini bertepatan dengan hadis yang

diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya aku diutuskan (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.”

(Riwayat Ahmad Hanbal)

Sistem pendidikan bersepadu yang diamalkan oleh Malaysia merupakan gabungan

antara ilmu wahyu dan ilmu akal dalam melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi.

Berbeza dengan sistem pendidikan barat yang menganggap ilmu yang bersifat empirikal

sebagai ilmu yang benar dan menafikan ilmu wahyu sehingga ilmu itu menemui kematian

yang nyata.

Page 27: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 27

Ringkasnya dalam teori nilai Islam, nilai-nilai akhlak adalah nilai-nilai murni yang

universal selaras dengan hakikat kejadian manusia iaitu satu makhluk yang ada roh, yang

ada akal dan ada jiwanya. Justeru itu, konsep akhlak dalam Islam bukanlah memandang

insan itu hanya sebagai suatu entiti psiko-semantik dengan hanya mempunyai badan dan

intelek sahaja, tetapi adalah satu entiti yang mempunyai roh, akal, jasad dan yang paling

tinggi adalah dari segi kerohaniannya.

PENUTUP

Setiap falsafah moral barat yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahan

tersendiri. Oleh sebab itu, tiada kata putus dalam menentukan fahaman moral mana yang

sesuai untuk diamalkan terutamanya dari aspek pembangunan modal insan yang menjadi

teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP). Fahaman-fahaman barat

ini bersifat dikotomi iaitu terpecah-pecah dan saling bertentangan antara satu sama lain.

Dari segi kekuatan, fahaman-fahaman ini memberi satu dimensi baru dalam

perkembangan pemikiran manusia disamping menjadi garis panduan moral atau etika

dalam menentukan betul salah sesuatu tekad, perbuatan dan akibat perbuatan tersebut.

Di bawah Teori Teleologis, Utilitarianisme dilihat mengutamakan akibat-akibat yang

akan berlaku hasil sesuatu perbuatan atau tindakan yang diambil untuk dinilai sama ada

bermoral ataupun tidak. Akibat-akibat yang dilihat dalam fahaman ini berbentuk

kebahagiaan sebagai positif manakala penderitaan sebagai akibat negative. Tindakan yang

dilakukan itu dikatakan bermoral apabila mendatangkan kebahagiaan dan meminimakan

akibat berbentuk penderitaan kepada manusia sejagat. Semakin banyak kebahagiaan dan

semakin ramai mendapat kebahagiaan daripadanya, maka tindakan itu dikatakan semakin

bermoral dan berada diperingkat yang tinggi. Bagaimanapun, kebahagiaan itu itu tidak

dijadikan sebagai matlamat dalam melakukan sesuatu tindakan tetapi akibat yang

berbentuk kebahagiaan yang dijadikan penilaian moral.

Page 28: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 28

Fahaman hedonisme dan epicurisme pula menjadikan kesenangan dan kemewahan

hidup yang berbentuk fizikal semata-mata sebagai matlamat dalam kehidupan. Pada

asalnya, fahaman yang diutarakan oleh Epicurus meletakkan ketenangan jiwa sebagai

puncak bagi segala kesenangan dengan menyeimbangkan keperluan jasmani dan rohani.

Namun, ramai pihak yang berkepentingan telah menyalahertikan konsep ini dengan

mengutarakan prinsip kesenangan tanpa keseimbangan jasmani dan rohani. Bersesuaian

dengan itu ramai yang telah terpesong dan terus membudayakan kesenangan sebagai

matlamat hidup. Lantaran itu, keinginan yang kuat untuk mendapatkan kesenangan

duniawi telah menyebabkan mereka meletakkan agama sebagai penghalang kepada

kehidupan yang menyeronokkan. Untuk itu, agama perlu dibuang jauh dari bayangan

hidup mereka.

Teori egoisme yang dikatakan oleh ahli falsafah barat adalah bertentangan dengan

nilai akhlak Islam yang sebenar. Sekiranya sikap mementingkan diri lebih diutamakan

dalam teori ini, Islam pula menganjurkan sikap tolong menolong dan persaudaraan

sesama insan. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quranul Karim:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua

saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu mendapat

rahmat.”

( Surah al-Hujurat ayat:10)

Ayat ini menegaskan bahawa setiap muslim adalah bersaudara dan hal ini

diperkuatkan lagi dengan larangan Rasulullah s.a.w terhadap permusuhan sesama muslim.

Ini kerana sikap egois dalam masyarakat hanya akan mengundang persengketaan apabila

individu sering mengutamakan kepentingan diri tanpa memikirkan keadaan orang lain.

Rasulullah s.a.w menekankan betapa pentingnya membangunkan persaudaraan dalam

Islam supaya sikap mementingkan diri diketepikan. Baginda juga menyebut dalam

sabdanya yang bermaksud, Allah akan menolong hambaNya selagi hamba itu menolong

Page 29: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 29

saudaranya. Ini bermakna individu yang lebih mementingkan diri sendiri dan

mengabaikan kepentingan orang lain tidak akan mendapat belas kasih daripada Allah.

Dalam teori egoisme ini seseorang individu akan melakukan apa sahaja yang akan

mendatangkan keuntungan dan kekayaan kepada mereka. Mereka menganggap harta

kekayaan dan kelebihan pada diri mereka adalah hak mutlak dan menjadi milik

persendirian. Mereka tidak sesekali mempertimbangkan keadaan orang lain yang

memerlukan pertolongan dan ihsan daripada mereka. Berbeza dengan ajaran Islam yang

menetapkan zakat untuk membantu dan memberi kebajikan kepada orang memerlukan.

Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada orang tertentu dengan

syarat tertentu. Zakat juga berperanan untuk menjalankan tanggungjawab sosial ekonomi

untuk membantu golongan yang memerlukan bagi menjamin kelangsungan hidup yang

lebih baik. Kesannya, persaudaraan itu wujud dan sikap egois dapat disingkirkan.

Masyarakat akan hidup tolong menolong dan bersatu padu bagi melahirkan suasana yang

aman dan berkasih sayang.

Teori Kant yang lebih memberikan fokus kepada falsafah moral individu dan juga

menyentuh sedikit falsafah moral sosial, lebih mementingkan jiwa dan rohani yang bersih

dalam kehidupan. Teori moral Kant menegaskan kepentingan tekad atau niat yang baik

dalam melakukan sesuatu tindakan. Kesenangan dan kegembiraan akan menjadi lebih

bermoral sekiranya didahului dengan tekad yang baik. Sudah menjadi tugas setiap insan

di dunia untuk menjalankan tanggungjawab moral mengikut maxim yang betul bagi

mencapai matlamat yang telah ditentukan dalam hukum moral. Kant menolak pendekatan

empirikal yang berasaskan kajian saintifik semata-mata dalam mencapai matlamat.

Justeru itu, bagi usaha membangunkan jati diri insan ke arah yang lebih bermoral dan

beretika, pendidikan moral haruslah diterapkan dalam sistem persekolahan baik secara

langsung mahupun secara tidak langsung.

Page 30: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 30

Berbeza pula dengan fahaman eksistensialisme yang lebih bersifat individu dan

mementingkan kewujudan manusia daripada pembentukan manusia itu sendiri. Manusia

sebagai seorang individu diberikan kebebasan dalam menentukan kehidupan sendiri tanpa

terikat dengan sebarang peraturan dan etika. Namun begitu, kebebasan yang diberi tidak

semestikan menjadi tiket kepada individu untuk bertindak jahat atau kejam. Ini kerana

individu itu akan bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang dibuat dan tidak boleh

menyalahkan orang lain atau alam sejagat sekiranya mereka memilih jalan hidup yang

salah yang membawa kepada keburukan.

Pembangunan insan yang berteraskan ilmu wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah dapat

melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penerapan nilai-nilai akhlak

tidak sewajarnya diterapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja waima perlu

merentasi kurikulum. Usaha murni ini tidak boleh disandarkan kepada guru semata-mata

sebaliknya semua pihak wajar berkolaborasi dan menggembeleng tenaga ke arah

pembentukan nilai modal insan kelas pertama.

Page 31: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 31

RUJUKAN

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. 1987. Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling

Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Achmad Charris Zubair. Tinjauan Moral dan Kultural Terhadap Hedonisme di Kalangan

Generasi Muda (pautan atas talian pada 3 Mac 2009)

http://filsafat.ugm.ac.id/downloads/artikel/hedonisme.pdf

Al Syaibaniy, Umar. 1979. Falsafah Pendidikan Islam (terj). Selangor: Hizbi.

Barrow, R. 1975. Moral Philosophy for Education. London: George Allen & Unwin Ltd.

Existentialism is humanism (pautan atas talian pada 11 Mac 2009)

http://www.marxists.org/reference/archive/sartre/works/exist/sartre.htm

Dr. Amini Amir Abdullah. Pembangunan Insan Menurut Perspektif Islam Hadhari.

Seminar Peningkatan Kepimpinan Amal Islami, Anjuran Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia pada 18 September 2004.

http://www.pic.upm.edu.my/artk/pimpih.pdf (pautan atas talian pada 12 Mac

2009).

Johnson, R. 2004. Kant’s Moral Philosophy. Stanford Encyclopedia of Philosophy.

http://plato.stanford.edu/entries/kant-moral/ (pautan atas talian pada 20 Februari

2009).

Kant, I. 1785. Fundemental Principles of the Metaphysic of Morals. (translated by

Thomas Kingsmill Abbott). http://philosophy.eserver.org/kant/metaphys-of-

morals.txt (pautan atas talian pada 20 Februari 2009).

Page 32: teori moral etika barat dalam pembangunan insan dan kewarganegaraan

GGGD 4123 PEMBANGUNAN INSAN DAN KEWARGANEGARAAN 32

Kerner, G.C. 1990. Three Philosophical Moralists: Mill, Kant and Sartre: An

Introduction to Ethics. Oxford University Press.

Paton, H.J. 1948. The Moral Law. London: Hutchinson & Co. Ltd.

Prof Dato. Dr. Abdul Rahman Embong. Pembangunan Insan dalam Agenda

Pembangunan Negara. Pembentangan di Seminar Kebangsaan “Psikologi

Pembangunan Komuniti ISM-UKM” 20-21 Disember 2006, di Hotel Renaissance,

Kuala Lumpur.

http://pkukmweb.ukm.my/~psiko/BM/Abdul%20Rahman%20Embong.pdf

Straton-Lake, P. 2000. Kant, Duty and Moral Worth. London: Routledge.

Syarifah Alwiah Al Sagof.1985. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.