Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
description
Transcript of Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
1.0. Pengenalan
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini lebih
memfokuskan kepada Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
serta konsep-konsep, strategi, pendekatan, kaedah, teknik pengajaran Bahasa
Melayu. Hasil daripada kefahaman ini semua maka akan terbinanya Rancangan
Pembelajaran Harian (RPH) yang mana menjadi panduan dalam guru
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih
berkesan.
2.0. Teori Huraian Bahasa
Aliran kajian tatabahasa yang terkenal terbahagi kepada tiga iaitu Teori
Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional.
Perbezaan pendapat setiap aliran ini bergantung kepada pengaruh yang
diterima oleh aliran tersebut dan persamaan pula daripada segi istilah
dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu
kesinambungan.
RAJAH 2.0 : Teori Huraian Bahasa
Teori Huraian Bahasa
Teori Tradisional (Panini)
Teori Struktural (Bloomfield)
Teori Transformasi-Generatif (Chomsky)
Teori Fungsionalis (Halliday)
2.1. Teori Tradisional
Teori ini bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M) dan dipercayai
teori paling tua dicatatkan. Ia dipelopori oleh Panini (Ahli tokoh fonetik
India) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan
manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan
suara. Sebelum itu, Plato dan Aristotle telah menghuraikannya dalam
bahasa Yunani dan di Malaysia, ia telah dimulakan oleh Pendita Za’ba
dan Prof. Asmah Hj. Omar dengan pendekatan bahasa Melayu.
Ciri-ciri yang dapat dikenalpasti dalam teori ini antaranya kajian-
kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan. Selain itu, huraian
tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-
disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur
bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Panini turut berpendapat bahawa
bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri
sejagat seperti logik, falsafah dan sebagainya. Kajian bahasa juga
dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-
peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-
contoh. Bukan itu sahaja, teori ini juga berpendapat Semua bahasa
mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani dan ciri
nahunya mementingkan bahasa tulisan serta kajian berdasarkan hukum
2.2. Teori Struktural
Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Sausure dan Otto
Jespersen. Ia juga dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’ atau ‘bloomfeildian’. Aliran
linguistik ini muncul pada abad ke-20 dan difahamkan bahawa kemunculannya kerana
pertentangan pendapat dengan aliran tradisional. Tentangan
utamanya ialah dasar rasional yang digunakan oleh aliran tradisional
untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan
bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal.
Teori ini berpendapat bahawa bahasa sebagai alat pertuturan,
bersistem, arbitrari untuk perhubungan. Ia juga menganalisis
tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem,
frasa,klausa dan ayat serta unsur-unsur suprasegmental. Ayat akan
dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya dan huraian
bahasanya berdasarkan konsitituen (unsur) yang terdekat secara
induktif. Konstituen yang paling kecil ialah perkataan,diikuti frasa,
klausa, subjek dan predikat bukan itu sahaja, teori ini juga
menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis tetapi
kurang menitikberatkan tentang makna.
2.3. Teori Transformasi-Generatif
Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an
iaitu aliran Transformasi-Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan
bukunya ‘Syntactic Structures’ (1957) dan ‘Aspects of the Theory of Syntax’
(1965).
Berikut merupakan cirri-ciri teori ini yang mana ia berkaitan antara satu
sama lain.
RAJAH 2 : CIRI-CIRI TEORI TRANSFORMASI-GENERATIF
2.4. Teori Fungsional
Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an setelah melihat
kelemahan pada teori-teori sebelumnya. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday
dan Wilkins bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka
juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
Teori ini juga menyenaraikan ciri-ciri serta anggapan tertentu tentang bahasa dan
fungsinya oleh ahli-ahli bahasa fungsional seperti tekandung dalam Rajah 3
Menghuraikan ayat-ayat dengan
menggunakan sistem rumus-rumus
Terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur
dalaman dan struktur permukaan
Bahasa bersifat sejagat dan
kreatif.
Penutur dilahirkan dengan
pengetahuan semula jadi berbahasa.
Pengetahuan bahasa
merupakan satu fenomena mental.
Teori Fungsional
CIRI-CIRIStuktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan
dalam bahasa.
Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika berkomunikasi.
Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.
Mementingkan semantik.
FUNGSI
model bahasa yang sesuai
Asas fungsi bahasa
Bahasa dalam persepsi sosial
Fungsi semantik dan linguistik
RAJAH 3 : CIRI-CIRI SERTA ANGGAPAN TERTENTU TENTANG BAHASA
DAN FUNGSINYA OLEH AHLI-AHLI BAHASA FUNGSIONAL.
Bagi memantapkan kefahaman tentang fungsi serta anggapan ahli-ahli
bahasa fungsional, rajah 4 memfokuskan kepada huraiannya yang berkaitan
pengajaran dan pembelajaran bahasa
FUNGSI ANGGAPAN AHLI-AHLI
BAHASA FUNGSIONAL
model bahasa yang sesuai dapat memberikan interpretasi fungsional kepada perkembanganbahasa awal kanak-kanak
asas fungsi bahasa fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspekpengajaran pembelajaran bahasa daripada penjaga (orang yang palinghampir) sebagai model komunikasi
bahasa dalam persepsi sosial penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan dilakukan berdasarkanarah sosial dan perubahan sosial yang
berlaku
fungsi semantik dan linguistik pengajaran bahasa membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuanmereka merangkumi bidang tatabahasa iatu fonologi,morfologi,sintaksis,semantik dan laras bahasa dalam kehidupan seharian dan dalam pelbagai situasi sosial
RAJAH 4: FUNGSI DAN ANGGAPAN AHLI-AHLI
BAHASA FUNGSIONAL
3.0. Teori Pemerolehan Bahasa
3.1. Pengenalan
Seorang guru bahasa hendaklah mengetahui bagaimana seorang kanak-
kanak mempelajari bahasa supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan berkesan. Terdapat pelbagai teori berkaitan dengan
pemerolehan bahasa yang telah dikemukakan.
Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), beliau memperlihatkan prinsip-
prinsip pengajaran bahasa yang menyakuti teori-teori pemerolehan bahasa.
Antara teori yang dikemukakan melibatkan teori behaviorisme, teori kod kognitif,
teori interaksionalis dan teori fungsional.
Teori kognitif juga antara teori yang penting dalam pemerolehan bahasa.
Teori ini telah diperkenalkan oleh Jean Piaget. Sebenarnya terdapat pelbagai
teori bahasa yang dikemukakan antara yang paling berkesan ialah :
Teori Behaviorisme
Teori Mentalis ( kod kodnitif)
Teori Interaksionalis
Teori kognitif
3.2. Teori Behaviorisme
Di antara ahli-ahli bahasa yang menganuti teori ini ialah Bloomfield,
Sapir, Boas, Fries, Brooks dan B.F Skinner. Behavioris ialah nama ahli teori
yang mengemukakan pelbagai prinsip berdasarkan teori yang sama iaitu teori
psikologi behaviorisme.
Terdapat lima prinsip yang dikemukakan daripada pendapat ahli-ahli
psikolinguistik dan linguistik aliran Behaviorisme (Kamaruddin Hj Husin ,1988)
iaitu :
Prinsip pertama ialah bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan,
bahasa tulisan merupakan bahasa kedua terpenting. Ahli- ahli behaviorisme
telah menegaskan bahawa pengajaran bahasa pengajaran bahasa mestilah
didahulukan dengan bahasa lisan. Ini diikuti pula dengan bahasa tulisan yang
dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Prinsip seterusnya ialah bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini amat sesuai
sekali diterapkan ke dalam proses pembelajaran bahasa kedua di mana tabiat
bahasa yang baru perlu perlu diajar kepada murid-murid itu. Untuk membentuk
kebiasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa diutamakan.
Pembelajaran bahasa kedua mestilah dilaksanakan secara intensif dan bukan
secara berselang seli. Ini akan segera menolong membentuk kebiasaan yang
diingini itu.
Prinsip ketiga ialah pengukuhan adalah syarat penting dalam pembelajaran.
Hal ini kerana ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah
laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-
pengukuhnya adalah pujian. Keistimewaan, pengiktirafan, maklum balik,
galakan dan sebagainya.
Prinsip keempat ialah latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan.
Latihan yang dimaksudkan ialah ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-
satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan secara bermakna.
Manakala prinsip kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslah
dikukuhkan. Kanak–kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami.
Oleh itu, dari segi pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru adalah
model yang mutlak yang diikuti oleh pelajar-pelajar tanpa banyak bicara. Jika
model-model ini menggunakan bahasa matlamat hal ini akan menguntungkan
pelajar-pelajar itu.
Akhir sekali ialah prinsip keenam iaitu wujudkan operasi ransangan dan
tindak balas dalam proses pembelajaran.Bahasa adalah hasil operasi dan
tindakbalas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika sekiranya kedua-
dua unsur ini dapat diwujudkan.
3.3 Teori Mentalis (Kod-Kognitif)
Aliran ini tidak mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran
bahasa, namun hasil dari beberapa pandangan mereka terhadap pemerolehan
bahasa maka beberapa andaian mengenai prinsip pembelajaran dapat
diwujudkan. Terdapat enam prinsip yang dikemukakan melibatkan teori ini
iaitu :
Pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Menurut prinsip ini,
pembelajaran bahasa adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran dan
pemikiran itu dilahirkan melalui penuturan.
Prinsip yang kedua ialah semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa
kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semulajadi untuk berbuat
demikian. Jadi seorang guru haruslah menyedari bahawa kebolehan semula jadi
untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka
menganalisa pertuturan yang mereka dengar.
Seterusnya ialah dalam keadaan yang normal, kadar perkembangan bahasa
adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama. Prinsip
ini mempercayai peringkat kematangan yang sama dalam kalangan kanak-
kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran yang sama.
Dalam sesuatu huraian bahasa, pencapaian makna lebih diutamakan
daripada struktur bahasa. Prinsip ini menekankan kepada kebolehan untuk
mengunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan
makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat
bahasa itu.
Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan adalah diutamakan. Kajian-
kajian bahasa yang dijalankan biasanya berasaskan bahasa tulisan.
Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa
dijalankan secara formal. Ini bermakna penyampaian dijalankan dengan
memperkenalkan dahulu kepada pelajar-pelajar undang-undang atau peraturan-
peraturan tatabahasa dan kemudianya diberi pula contoh-contoh.
3.4. Teori Interaksionalis
Terdapat tiga prinsip dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli
bahasa interaksionalisme iaitu
Dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna adalah lebih
diutamakan. Menurut prinsip ini sama ada pembelajaran bahasa pertama atau
kedua, penyampaian makna adalah amat penting.
Prinsip kedua ialah pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan
linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan
dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat
Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap
tugas-tugas dan aktiviti bermakna. Sekiranya dapat menyampaikan pengajaran
dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna, murid-murid bukan sahaja dapat
memperbaiki penggunaan sistem bahasa mereka tetapi juga berkemampuan
untuk mengunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.
3.5 Teori Kognitif
Teori ini berlandaskan pandangan Jean Piaget iaitu seorang ahli
psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget (1963) perkembangan mental
kanak- kanak boleh dibahagiakan kepada empat peringkat ( Abd.Aziz Abd.
Talib, 2000).
Peringkat pertama melibatkan tahap motor- sensori iaitu bermula umur 0
hinggalah dua tahun. Walaupun perkembangan kognitif sudah bermula sedikit
namun kanak-kanak masih belum boleh berfikir secara rasional dan logik.
Perlakuan kanak-kanak pada tahap ini lebih kepada bercorak motor ( fizikal).
Apabila memasuki peringkat kedua iaitu tahap pemikiran pra-operasi dari
umur dua hinggalah tujuh tahun. Perkembangan bahasa bermula seawal umur
dua tahun. Semasa berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun
perkembangan bahasa mereka menjadi lebih pesat seiring dengan
perkembangan sosial yang semakin meluas.
Peringkat ketiga iaitu tahap operasi konkrit dari umur tujuh hinggalah
sebelas tahun. Kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi mereka hanya
mampu berfikir secara konkrit dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dilihat
secara fizikal.
Peringkat terakhir melibatkan tahap operasi formal dari umur sebelas
hinggalah 15 tahun. Pada tahap ini kanak-kanak mula matang dan mampu
berfikir secara logik untuk menyelesaikan masalah termasuklah masalah
secara abstrak.
4.0. Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran
4.1. Strategi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1305), strategi ditakrifkan
sebagai rancangan yang teratur ( yang memperhitungkan pelbagai faktor ) untuk
mencapai matlamat atau kejayaan; - dua (tiga) serampang strategi yang terdiri
daripada dua (tiga) rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan
sekali gus atau secara bersepadu.
Strategi juga dapat didefinisikan sebagai kebijaksanaan dalam memilih
pendekatan, kaedah dan juga teknik pengajaran berdasarkan objektif
pengajaran .Strategi juga lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan juga
segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan masa dan sebagainya.
Terdapat pelbagai strategi yang boleh dilaksanakan dalam proses
pembelajaran. Menurut sukatan pelajaran tahun dua (2003: 7-10) strategi
pengajaran dapat dilaksanakan melalui beberapa pendekatan iaitu pendekatan
yang berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber bahan,
penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran dan pembelajaran yang
bertema, penyerapan, bacaan luas, penggabungjalinan, penilaian, pemulihan
dan pengayaan.
Strategi yang baik membolehkan murid menguasai kemahiran belajar
melalui pengalaman sendiri. Di samping itu, penggunaan teknik-teknik yang
bersesuaian dengan murid mampu menarik minat mereka terhadap pelajaran
dan menimbulkan keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4.2. Pendekatan Pembelajaran
4.2.1 Definisi
Pendekatan pembelajaran dapat didefinisikan sebagai titik tolak atau
sudut pandang kita terhadap proses pembelajaran, yang merujuk pada
pandangan tentang terjadinya suatu proses yang sifatnya masih sangat umum,
di dalamnya mewadahi, menginsiprasi, menguatkan, dan mendasari langkah-
langkah pembelajaran dengan merangkumi teori-teori tertentu. Jika kita lihat
pada kajian-kajian yang telah dilakukan pembelajaran terdapat dua jenis
pendekatan. Dua pendekatan tersebut adalah pendekatan yang berpusatkan
pada murid dan pendekatan pembelajaran yang berpusat pada guru.
Definisi Pendekatan
Kamus DewanCara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan sesuatu tugas seperti
mengatasi masalah.
Konteks PendidikanCara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran diajarkan untuk mencapai objektif.
RAJAH 5 : PENDEKATAN PEMBELAJARAN
Pada definisi pendekatan yang telah dikupaskan seperti di atas, telah
diterangkan bahawa terdapat dua jenis pendekatan pengajaran. Pertamanya
ialah pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru dan kaedah-kaedah yang
seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah
syarahan dan kaedah demonstrasi.
Pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah pendekatan
yang kedua, di mana kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan
pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah
menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
4.2.2 Pendekatan Pengajaran Induktif, Deduktif dan Elektif.
Sebagai contoh dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru memberikan contoh-
contoh perkataan yang terdiri dari dua suku kata.
Pendekatan Induktif
Guru mengemukakan contoh yang khusus kepada murid.
Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat –maklumat
Murid membuat kesimpulan umum daripada maklumat yang diterima
suku
kata
suku
kata
Satu Perkataa
n
sa+ya = saya
an+da=anda
ka+mu=kamu
Guru perlu memberikan beberapa contoh supaya murid dapat memerhati,
mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terdapat dalam semua
contoh yang diberikan. Kaedah ini dapat memudahkan murid-murid untuk
mengingati dan memahami kerana murid membuat kesimpulan sendiri.
Selain itu, Pendekatan Deduktif juga sering diaplikasikan oleh guru-guru
di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P). Pendekatan ini juga
dikenali sebagai pendekatan cerakinan. Pendekatan ini kebiasaannya akan
dimulakan dengan satu kajian secara keseluruhan aspek pembelajaran sebelum
kesimpulan-kesimpulan tentangnya dilakukan. Pendekatan ini juga
kebiasaannya menggunakan penguasaan peraturan atau hukuman daripada
aspek penggunaan. Maklumat yang umum akan dicerakinkan ke dalam bentuk
yang lebih spesifik. Contoh mudahnya adalah topik kepada sub-topik.
Pendekatan Elektif pula adalah merupakan kombinasi pendekatan
deduktif dan pendekatan induktif. Guru berperanan untuk memastikan agar
murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu memberikan input terlebih dahulu bagi
memudahkan murid untuk membuat rumusan dan memberikan contoh.
Pendekatan ini kebiasaannya menggunakan banyak latihan tetapi guru perlu
mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak agar ia sesuai untuk murid-
murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan
seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik,
pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini
timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau
behaviouris. Contohnya jika kita rujuk pada teori mentalis atau kognitif maka
pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Bagi teori behaviouris atau S-R maka pendekatan pengajaran
yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
4.3. Kaedah
Kaedah ditakrifkan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu
(terutama yang bersistem atau yang biasa) mengajar cara mengajar
(berdasarkan prinsip-prinsip tertentu) menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2002:557).
Di samping itu, kaedah juga boleh didefinisikan sebagai satu siri tindakan
guru yang bersistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran
yang telah ditetapkan. Kaedah juga lebih bercorak jangka pendek dan
merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada daripada prosedur tersusun
dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga
merupakan pendokong bagi pendekatan yang dipilih. Terdapat pelbagai kaedah
mengajar seperti kaedah induktif, kaedah deduktif, kaedah elektik dan kaedah
gabung jalin ( Abd Aziz Abd Talib, 2000)
Manakala semua kaedah pengajaran adalah bermatlamat untuk
kemahiran bahasa murid. Selain daripada empat kaedah diatas terdapat juga
berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang terkenal yang telah dicipta oleh
ahli pendidikan bahasa antaranya ialah kaedah tubi, kaedah terus, kaedah
dengar dan sebut, kaedah bersiri, kaedah terjemahan, kaedah tentera dan
kaedah tatabahasa,
Sebagai contoh, empat kaedah yang sesuai diaplikasikan akan
dihuraikan dengan lebih terperinci iaitu :
Kaedah Induktif
Kaedah Deduktif
Kaedah Elektik
Kaedah Gabung Jalin
4.3.1 Kaedah Induktif
Kaedah induktif ialah kaedah pengajaran bahasa yang menampilkan
contoh terlebih dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa (generalisasi
perbuatannya) dijelaskan kepada pelajar. Kaedah induktif ini sebenarnya
berasaskan teori jean piaget. Menurut Piaget kanak-kanak lebih mudah berlajar
dari sesuatu yang konkrit kepada yang abstrak terutama bagi kanak-kanak yang
lemah atau lambat perkembangan mentalnya ( Abd Aziz Abd Talib, 2000)
4.3.2 Kaedah deduktif
Kaedah deduktif bertentangan dengan kaedah induktif, menurut kaedah
ini ia akan menjelaskan terlebih dahulu tentang hukum atau rumusan tentang
sesuatu pembelajaran bahasa kepada pelajar. Terdapat pendapat yang
menyatakan bahawa kaedah ini lebih bersesuaian dijalankan untuk mengajar
pelajar-pelajar yang berada di sekolah menengah. Menurut Piaget, pelajar yang
berada pada tahap perkembangan mental sudah boleh berfikir dan memahami
sesuatu secara abstrak.
4.3.3 Kaedah Elektik
Kaedah elektik merupakan gabungan diantara kaedah induktif dan
kaaedah deduktif. Kaedah ini sangat bersesuaian dijalankan oleh guru di dalam
kelas yang mempunyai murid-murid yang berbeza daya kebolehan. Di dalam
terdapat murid-murid yang pandai, kurang pandai dan lemah.
4.3.4 Kaedah Gabung Jalin
Kaedah ini telah diutarakan oleh H.G Widdowson. Kaedah ini telah dibentuk
berdasarkan teori pengajaran pendekatan komunikatif. Prinsip ini sangat
menekankan fungsi bahasa yang sebagaimana berlaku dalam komunikasi
bahasa. Kebiasaanya perkara yang digabungjalinkan benar-benar terlibat dalam
proses komunikasi. Antaranya ialah kemahiran mendengar dan bertutur yang
boleh dilihat berlaku dalam dialog, wawancara, perbincangan dan sebagainya.
Pengaplikasian kaedah ini perlulah dilaksanakan oleh guru dengan memilih dan
mengabungkan satu kemahiran bahasa dengan aktiviti-aktiviti bahasa yang
realistik dan benar-benar mengambarkan situasi pengabungan kemahiran
dalam komunikasi.
5.0. Teknik Pengajaran
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
(Mengantar Simanjuntak 1981 :57).
Edward M. Anthony (1963) memberi tafsiran :
‘A technique is implementation-that which actually takes place in classroom. It is
particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate
objective’
Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka untuk satu masa sebelum
sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang guru pilih seharusnya selaras
dengan kaedah yang digunakan. Guru seharusnya bijak menggunakan pelbagai
teknik pengajaran kerana ia membantu dalam mencapai objektif yang
diharapkan dalam Rancangan Pembelajaran Harian (RPH).
RAJAH 6 : TEKNIK PENGAJARAN
Teknik forum
Teknik dialog
Teknik perbincangan
Teknik drama
Teknik simulasi
Teknik perbahasan
Teknik kuiz Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik inkuiri
Teknik bercerita
Teknik latih tubi
Teknik permainan
bahasa
Teknik main peranan
Teknik boleh didefinisikan sebagaipengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah di manaia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif.
5.1. Teknik Latih Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan
yang dipelajari. Ia bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran
disampimg menjamin kekekalannya. Melalui teknik ini, guru dapat membantu
murid dalam mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini juga
pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataanperkataan itu. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5
aspek kebolehan menggunakan bahasa.
Aspek Kebolehan Menggunakan
BahasaAktiviti-aktiviti yang disarankan
Sebutan (accent) menyebut patah-patah perkataan atau
sukukata dengan betul termasuk
intonasi yang membawa makna dalam
sesuatu situasi.
Tatabahasa (grammer) penggunaan bahasa yang tepat
mengikut hukum-hukum bahasa
daripada semua
aspek.
Perbendaharaan kata (vocabulary) meluaskannya dengan penggunaan
imbuhan yang sesuai mengikut
konteksnya dalam situasi tertentu.
Kefasihan (fluency) menggunakan perkataan dan lain-lain
dengan cara spontan tanpa
memikirkan apakahmaksudnya.
Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan
memberikan jawapan yang wajar.
JADUAL 7 : ASPEK KEBOLEHAN MENGGUNAKAN BAHASA
DALAM TEKNIK LATIH TUBI
5.2. Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir
menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama
sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan
menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar
dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini juga pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Secara tidak langsung pelajar mengalami sendiri
situasi dan masalah sebenar. Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan melalui teknik ini terutamanya dalam kemahiran lisan membaca
dan menulis.
5.3. Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting. Contohnya pelajar diberi peranan dan
bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang
disediakan. Dramatisasi ini tiada kaitan dengan penghafalan skrip atau dengan
kata lain pelakon-pelakon yang dipilih guru itu cuba menjayakan wataknya
dengan spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah
yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.
5.4. Teknik Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea. Pada peringkat rendah seperti tahap satu
di sekolah rendah permainan bahasa boleh dilakukan dan tahap dua pula boleh
dilakukan perbincangan yang lebih serius dan sedikit kompleks.
5.5. Teknik Soal-Jawab
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia
adalah satu bentuk teknik yang mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi
tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan
pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Soalan
yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.
Bibliografi
Abd. Aziz Abd. Talib ( 2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1986). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hajah Noresah bt Bajarom et.al (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga . Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.