Teori Behaviori

14
1.0 Pengenalan Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia. Definisi pembelajaran ditakrifkan dengan makna yang berbeza bergantung kepada persepsi individu. Pembelajaran merupakan satu pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan, Lee Shok Mee (1993). Mengikut Kamus Dewan pula pembelajaran merupakan proses belajar. Bagi Goldenson (1984), pembelajaran ialah satu proses individu mendapatkan informasi-informasi, tingkah laku atau kebolehan yang baru. Namun begitu pembelajaran dalam konteks psikologi ditakrifkan sebagai perubahan ke atas tingkah laku individu yang dihasilkan oleh peristiwa-peritiwa alam sekitar, Carlson (1987). Pembelajaran berlaku sepanjang hayat dan tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Ia merangkumi penguasaan pengetahuan dan kemahiran, perkembangan sikap, emosi dan nilai estetika. Selain itu pembelajaran juga membawa kepada perubahan hasil interaksi dengan persekitaran.Selain dari itu, pembelajaran juga menghasilkan perubahan tingkah laku dari tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi dan perubahan yang berlaku ini juga merupakan satu perubahan yang kekal dan stabil. Berlaku secara berterusan, di mana ia akan berhenti apabila kehilangan motivasi atau motif pembelajaran yang sesuai. TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 1

description

teori

Transcript of Teori Behaviori

Page 1: Teori Behaviori

1.0 Pengenalan

Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia. Definisi

pembelajaran ditakrifkan dengan makna yang berbeza bergantung kepada persepsi

individu. Pembelajaran merupakan satu pemerolehan maklumat dan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan, Lee

Shok Mee (1993). Mengikut Kamus Dewan pula pembelajaran merupakan proses

belajar. Bagi Goldenson (1984), pembelajaran ialah satu proses individu mendapatkan

informasi-informasi, tingkah laku atau kebolehan yang baru.

Namun begitu pembelajaran dalam konteks psikologi ditakrifkan sebagai perubahan

ke atas tingkah laku individu yang dihasilkan oleh peristiwa-peritiwa alam sekitar,

Carlson (1987). Pembelajaran berlaku sepanjang hayat dan tidak terbatas di dalam

bilik darjah sahaja. Ia merangkumi penguasaan pengetahuan dan kemahiran,

perkembangan sikap, emosi dan nilai estetika. Selain itu pembelajaran juga membawa

kepada perubahan hasil interaksi dengan persekitaran.Selain dari itu, pembelajaran

juga menghasilkan perubahan tingkah laku dari tahap yang rendah kepada tahap yang

lebih tinggi dan perubahan yang berlaku ini juga merupakan satu perubahan yang

kekal dan stabil. Berlaku secara berterusan, di mana ia akan berhenti apabila

kehilangan motivasi atau motif pembelajaran yang sesuai.

Tingkah laku yang dihasilkan melalui pembelajaran hasil daripada pengalaman dan

latihan adalah dibentuk daripada proses pemikiran dan penanggapan. Hal ini

bermaksud perubahan tingkah laku adalah hasil persepsi individu di mana persepsi

tersebut timbul apabila individu memperoleh pengalaman atau latihan. Selain itu

pembelajaran juga boleh berlaku secara formal iaitu peringkat sekolah, universiti dan

sebagainya, secara tidak formal pula melalui persekitaran contohnya televisyen,

asuhan ibubapa serta pergaulan dengan rakan-rakan dan yang terakhir ialah

pembelajaran secara bukan formal iaitu kursus-kursus, bengkel-bengkel yang

dilakukan diluar pembelajaran formal sebagai tambahan.

2.0 Teori Pemerolehan Bahasa

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 1

Page 2: Teori Behaviori

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan

manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan

berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau

dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik

membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi. Tedapat

berbagai-bagai definisi bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga

linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut, ”Bahasa adalah lambang-lambang

yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu.”

(Reed, C.A., 1994). “Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang

dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh

sesuatu masyarakat untuk berhubung.”(Simanjuntak, 1978). ”Lambang-lambang

pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan

untuk berkomunikasi” (Bloom, 1988).

Menurut Kamus Perdana bahawa pembelajaran bermakna perihal belajar. Secara

umumnya pembelajaran sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran juga

membawa makna perubahan pada diri seseorang.( Lee Shok Mee, 1996)Menurut Dr.

Ragbir Kaur Joginder Singh bahawa pembelajaran boleh didefinisi sebagai perubahan

tetap atau penguasaan ilmu dan perlakuan yang relatif. Menurut beliau juga bahawa

pembelajaran berlaku sepanjang hayat seorang manusia dan ia dialami secara

berterusan dalam pelbagai persekitaran.( Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh.2012)

Teori pemerolehan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan secara berperingkat-

peringkat mengikut perkembangan otak, iaitu hasil perkembangan fizikal bayi

sehingga dewasa. Kanak-kanak dari peringkat bayi lagi akan belajar dan seterusnya

memperoleh sesuatu bahasa secara tidak formal dan tanpa disedari bermula dalam

persekitaran keluarga dan kemudiannya dalam kehidupan bermasyarakat yang

didiaminya. Pemerolehan bahasa adalah proses yang berlangsung di dalam otak

kanak-kanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya atau bahasa ibundanya.

Pemerolehan bahasa biasanya dibezakan dengan pembelajaran bahasa. Pembelajaran

bahasa berkaitan dengan proses-proses yang terjadi pada waktu seorang kanak-kanak

mempelajari bahasa kedua setelah dia memperoleh bahasa pertamanya. Jadi,

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 2

Page 3: Teori Behaviori

pemerolehan bahasa berkenaan dengan bahasa pertama, sedangkan pembelajaran

bahasa berkenaan dengan bahasa kedua (Chaer, 2003:167).

Menurut Adrian Akamijan et al (1995), terdapat dua jenis pemerolehan dan

perkembangan bahasa yang berlaku semasa kanak-kanak memperoleh dan menguasai

bahasa ibundanya. Yang pertama ialah perlakuan yang terdiri daripada proses

pemahaman dan penerbitan dan yang kedua ialah kecekapan. Menurut Zulkefly

Hamid (1994), bahasa ibunda biasanya dapat dikuasai dengan agak sempurna apabila

seseorang individu menjangkau umur lima tahun.Terdapat dua aliran utama yang

berkaitan dengan pemerolehan bahasa kanak-kanak, iaitu behavioris dan mentalis.

Kedua-dua aliran ini saling bertentangan dan mempunyai pegangan tersendiri dalam

menghuraikan fenomena yang berhubung dengan pemerolehan bahasa kanak-kanak,

terutama yang berkaitan dengan proses mental.

3.0 Teori Behaviori

Behaviour atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak

balas hasil daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan

luaran (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383). 

Dari konteks pemerolehan bahasa pula, teori Behavioris merupakan sebuah fahaman

yang menekankan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui proses

pencernaan tatabahasa dalam bentuk yang betul. Menurut teori ini juga, pemerolehan

bahasa adalah berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun sebaliknya

(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:389). Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses

yang menggunakan elemen peneguhan untuk mengukuh serta mengekalkan gerak

balas dalam pemerolehan bahasa (Mok Soon Sang, 2012:104). Ini bermakna,

pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku secara spontan, sama

ada diteguhkan dengan ganjaran atau dilemahkan melalui hukuman. (Siti Hajar Abdul

Aziz,2009:389).

Antara pelopor utama dalam teori ini adalah Thorndike dan juga B.F.

Skinner.  Mereka berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan

kerana bagi mereka, perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat diamati

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 3

Page 4: Teori Behaviori

(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383). Oleh yang demikian, mereka menolak fungsi otak

dan operasi kognitif dalam dalam pemerolehan bahasa (Siti Hajar Abdul

Aziz, 2009:383-384).

Menurut teori ini, pengajaran bahasa merupakan proses mekanikal untuk membentuk

tabiat yang melalui latihan dan pengulangan. Oleh yang demikian, satu bentuk latihan

mekanisme bersistem perlu diwujudkan dalam pengajaran. Teori ini juga

mementingkan persekitaran dan tingkah laku murid untuk membantu proses

pengajaran dan pembelajaran (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:384). Hal ini termasuk

pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000:19) dalam bukunya “Pedagogi Bahasa

Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik”, beliau menyatakan bahawa kumpulan

Behavioris berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan

menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan sekiranya

ia dikukuhkan melalui ganjaran. Bagi Abdul Aziz (ibid:20), antara prinsip daripada

teori Behaviorisme ini yang dapat diterapkan dalam bilik darjah adalah dengan guru

memberi pujian apabila pelajar memberikan jawapan yang betul atau menghasilkan

kerja-kerja yang baik. Selain itu, ganjaran dalam bentuk markah atau gred perlu

digunakan. Guru atau pihak sekolah member hadiah seperti buku, plak dan

sebagainya bagi menarik minat murid. Tambah beliau, guru juga mempamerkan hasil

kerja pelajar yang baik, contohnya karangan dan karya-karya ilmiah yang dapat

memberi penghargaan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh mengadakan

aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas, acara berbalas pantun,

membaca puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke semasa dan para pemenang

akan diberikan hadiah sebagai ganjaran.

Menurut Zulkifley (1994), golongan ini menganggap perkembangan penggunaan

fonologi ialah hasil perkembangan kognitif dan interaksi psikososio antara kanak-

kanak dengan persekitaran tempat mereka wujud dan begitu juga dengan pemerolehan

sintaksis yang ditafsirkan sebagai hasil interaksi antara kanak-kanak dengan penjaga

mereka.

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 4

Page 5: Teori Behaviori

Kajian daripada golongan ini cuba membuktikan bahawa penguasaan bahasa kanak-

kanak hasil peniruan dan menolak kepentingan Alat Pemeroleh Bahasa atau Language

Acquiring Device(LAD). Rangsangan adalah penting dan menghasilkan tindak balas

daripada kanak-kanak tersebut. Menerusi hubungan ini, orang dewasa dikatakan

memberi rangsangan untuk peniruan dan akan menghasilkan hubungan rangsangan –

gerak balas (S-R). Teori ini dikaitkan apabila membincangkan teori pemerolehan dan

dipegang oleh ahli psikologi seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan Skinner.

Teori behavioris menganggap perkembangan penguasaan sistem fonologi ialah hasil

langsung daripada system kognitif dan perkembangan sistem kognitif dan kemajuan

interaksi piko-sosio antara kanak-kanak dengan persekitaran di mana mereka wujud.

Ahli-ahli behavioris seperti Bruner (1975) dan Bates (1976) telah menjalankan kajian

untuk memperlihatkan kepentingan interaksi-interaksi sosial yang awal antara kanak-

kanak dan ibu bapa serta orang-orang dewasa yang lain. Kanak-kanak menguasai

konsonan-konsonan yang mudah ditiru terlebih dahulu daripada bunyi-bunyi

konsonan yang lebih sukar ditiru. Ahli-ahli behavioris menyimpulkan bahawa

penguasaan bunyi-bunyi bahasa dan sistem fonologi yang berkaitan dengannya ialah

hasil daripada proses rangsangan dan gerak balas.

4.0 Rancangan pelajaran berdasarkan Teori Behaviouris

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 5

Page 6: Teori Behaviori

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1 (KSSR)

Mata pelajaran Bahasa MalaysiaTahun 1 Abu BakarBil. Murid 30 orangTarikh 28 Februari 2012Masa 60 minitTema Alam indah dan selamatTajuk Fikir dahulu sebelum buang

Fokus Utama Standard Kandungan 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul

Standard Pembelajaran 5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks

Fokus Sampingan Standard Kandungan 2.6 Mengedit dan memurnikan hasil penulisanStandard Pembelajaran 2.6.1 Mengedit hasil penulisan daripada aspek

ejaan

Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Mengenal dan menggunakan imbuhan akhiran dengan mencantumkan empat daripada lima kata dasar dengan imbuhan yang betul

ii. Mengenal pasti lima daripada enam kesalahan dalam ejaan berdasarkan lembaran kerja yang telah disediakan di lampiran 5.

Pengisian Kurikulum

i. Ilmu : Pendidikan Moralii. Nilai : Rajin, berhati-hati,kemas, menjaga kebersihan, sayangi alam

sekitariii. EMK : Keusahawanan kreativiti dan inovatifiv. KBT : Kemahiran berfikir (KB), Kontekstual, Kecerdasan pelbagai (KP),

Belajar cara belajar(BCB)

Sistem Bahasa Tatabahasa : Ejaan, Imbuhan AkhiranKosa Kata : Kertas, Tin, plastik, botol, kitar semula, surat khabar, botol kaca, buku.

Media Model tong kitar semula, bahan kitar semula, Lembaran 2(Garis Perkataan), Lembaran 3(Cantum imbuhan), Lembaran 4(Tandakan), Lembaran 5(Betulkan perkataan), Lembaran 6(Pentaksiran), Lembaran 7(Pemulihan), Lembaran 8(Pengayaan), Kad Bintang murid, Penanda buku kitar semula.

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 6

Page 7: Teori Behaviori

Aktiviti Pengisian Kurikulum CatatanSet Induksi(±5 minit)

1. Murid diedarkan dengan bahan kitar semula seperti botol plastik, kertas, kotak, penyedut minuman, beg plastik, tin minuman dan akhbar.

2. Murid diminta oleh guru untuk menyebut nama bahan yang telah diedarkan.

3. Murid diminta memasukkan bahan kitar semula ke dalam model tong sampah yang telah di sediakan.

4. Guru menerangkan kepada pelajar tentang kebaikan kitar semula dan mengaitkan aktiviti dengan P&P

Nilai :Sayangi alam sekitar

KBT – Kemahiran berfikir

Lampiran 1

Media : Model tong sampah

Teori InnatisMenguji pengetahuan sedia ada pelajar.

Langkah 1(±15 minit)

1. Murid diterangkan dengan imbuhan akhiran –an dan –kan

2. Murid diminta membaca petikan ayat yang diberikan.

3. Murid diminta untuk mengenal pasti imbuhan –kan yang terdapat dalam petikan

4. Pelajar diberi peneguhan , selepas aktiviti pelajar yang berjaya diberi bintang

Sistem Bahasa-imbuhan

KBT – Belajar cara belajar

(Nota Guru untuk tujuan penerangan kepada pelajar. Pengajaran Konsep.

Objektif (i)

Pendekatan Deduktif-Guru memberikan penerangan konsep diikuti contoh

Teori Behaviorisme- Murid diberikan peneguhan mendapat ganjaran

Teori Konstruktivisme- Scaffolding murid

akan diajar oleh guru tentang asas dalam imbuhan.

Lampiran 2

Lampiran 9( Kad Bintang Murid)

Nota Guru Lampiran 10

Langkah 2(±10 minit)

Sistem Bahasa-imbuhan Objektif (i)

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 7

Page 8: Teori Behaviori

1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja imbuhan akhiran

2. Murid diminta untuk menyambungkan kata dasar dengan imbuhan akhiran –kan dan –an

3. Guru membimbing pelajar.

KBT – Belajar cara belajar

Nilai – Mencintai alam sekitar

Teori Behaviorisme-Murid melakukan Pengulangan dan mendapat ganjaran

Lampiran 3

Aktiviti Pengisian Kurikulum CatatanLangkah 3(±20 minit)

1. Murid meneliti gambar di dalam lembaran kerja yang disediakan

2. Murid mengenal pasti ejaan yang betul berdasarkan gambar

3. Murid menandakan ejaan yang betul

4. Murid diminta untuk mengenal pasti perkataan yang salah dalam ayat yang telah disediakan.

5. Murid menulis semula perkataan yang salah di dalam ruangan yang telah disediakan

6. Guru memantau dan membimbing aktiviti yang dilakukan oleh murid

KBT – Kemahiran Berfikir (Membanding dan membezakan)

Kemahiran Berfikir-Mengecam dan mengedit

Teori Innatis-Guru menguji pengetahuan sedia ada murid.

Lampiran 4

Lampiran 5

Teori Behaviorisme-murid melakukan latihan secara pengulangan.

Pentaksiran

1. Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan dan imbuhan yang sesuai

2. Murid diminta menjawab dalam masa yang ditetapkan

3. Peneguhan dilakukan, murid yang mencapai objektif 4/5 diberikan bintang pencapaian.

Ilmu: Kemahiran dalam sistem bahasa (imbuhan akhiran)

EMK – Keusahawanan, kreativiti dan inovasi

Lampiran 6

Teori Behaviorisme-Murid melakukan aktiviti menulis dan lisan. -Guru memberikan peneguhan positif (Cenderahati) dan aktiviti pengayaan (latihan berulang) Dan Peneguhan positig aktiviti pemulihan

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 8

Page 9: Teori Behaviori

Aktiviti Pengisian Kurikulum CatatanPemulihan

1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja.2. Murid diminta mengecam bahan-bahan yang

boleh di kitar semula di dalam lembaran kerja yang diberi.

KBT – Kemahiran berfikir (memadankan dan membezakan)

Lampiran 7

Teori Interaksionalisme-Bahasa sebagai alat komunikasi. Pelajar melihat gambar dan cuba berkomunikasi dengan guru tentang bahan kitar semula

Pengayaan

1. Murid melengkapkan ayat dengan kata berimbuhan yang betul

KBT- Kemahiran berfikir

Lampiran 8

Teori Konstruktivisme-Murid menulis ayat dengan struktur yang betul- ZDP (Perkembangan Sebenar (Actual) Pelajar menyelesaikan masalah sendiri

Penutup(±10 minit)

Penutup Kognitif Membuat rumusan isi pelajar melalui

proses penyoalan dan perbincangan tentang perkara yang telah dipelajari.

o Imbuhan akhiran an dan kano Ejaan yang betul untuk bahan

kitar semulao Jenis bahan yang boleh di kitar

semula

Penutup Sosial Murid diberi pujian dan motivasi supaya

sedar tentang kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar

Murid yang mencapai objektif diberikan penanda buku yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

Pelajar yang gagal diberikan motivasi agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa masing-masing

EMK – Keusahawanan, kreativiti dan inovasi

Nilai – Menjaga kebersihan dan menyayangi alam sekitar

Teori Behaviorisme-Ganjaran diberikan kepada murid yang mencapai objektif dan hukuman diberikan kepada pelajar yang gagal mencapai objektif

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 9

Page 10: Teori Behaviori

5.0 Kekuatan dan kelemahan teori Behavioris

Terdapat beberapa kekuatan teori Behavioris :

i. Proses pemerolehan atau penguasaan sesuatu bahasa dalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa adapat dilakukan secara bersistem.

ii. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

iii. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu:

i. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar.

Contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna

dalam proses pembelajaran, guru perlu menghasilkan banhan bantu mengajar

bagi membolhkan penjaran dan pembelajaran dijalankan.

ii. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini

bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan

menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri.

iii. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri

kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru

membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid

mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar.

6.0 Rumusan

TEORI BEHAVIORI MUKA SURAT 10