TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
-
Upload
pismpsainsjan10 -
Category
Documents
-
view
272 -
download
0
Transcript of TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
1/14
ISU : PENCEMARAN RADIASI
OLEH : TENGKU HAZIRAH BINTI TENGKU YAHYA
Majoriti kita seakan fobia apabila menyebut tentang radiasi. Perkara yang terlintas di
fikiran kita adalah nuklear, bom atom, kecacatan dan pencemaran. Pemikiran ini
berlaku di atas rentetan beberapa siri tragedi pencemaran radiasi paling kritikal yang
pernah berlaku di dunia seperti Chernobyl di Russia ,Hiroshima di Jepun dan terbaru
Fukushima juga di Jepun.Sedangkan konsep dan punca radiasi ini adalah lebih luas
dari apa yang kita jangkakan.
Letupan reaktor nuklear di
Fukushima, Jepun akibat
gempa bumi dan stunami.
Radiasi sebenarnya telah timbul sebelum nuklear dan bom atom dicipta.
Malah lebih lama lagi sebelum munculnya petroleum, kenderaan, satelit, tenaga
elektrik dan telefon. Secara asasnya sumber radiasi ini boleh dikelaskan kepada dua
sumber iaitu semulajadi dan ciptaan manusia.
Kewujudan radiasi secara semulajadi ini adalah seperti dari angkasa lepas,
permukaan bumi dan tubuh badan manusia. Semua kehidupan di muka bumi ini
sudah lama terdedah kepada radiasi angkasa lepas. Antara sumber utamanya
adalah matahari yang membentuk Gama dan Beta apabila partikel sinarannya
melalui atmosfera bumi. Permukaan bumi ini sendiri juga telah lama dipenuhi dengan
bahan radiasi yang boleh kita dapati dari tanah, air dan tumbuh-tumbuhan (sayuran,
buah-buahan atau tumbuhan liar). Ini bererti tanah yang kita pijak setiap hari dan air
yang kita minum sejak kecil mengandungi elemen radiasi.
Lebih mengejutkan, unsur radiasi ini sudah pun berada di dalam tubuh badansemenjak kita dilahirkan. Bahan radiasi seperti Potassium-40, Karbon-14, Plumbum-
210 dan gas Radon dikesan menjadi sebahagian dari diri kita. Namun, tahap
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
2/14
kekuatan radiasi bahan terbabit dalam tubuh seseorang adalah berbeza di antara
satu sama lain. Maknanya, tubuh badan nenek-moyang kita yang hidup ratusan
tahun dahulu juga mempunyai unsur radiasi ini. Ada diantara mereka dapat hidup
melebihi seratus tahun.
Manakala, radiasi yang berpunca dari ciptaan manusia ini amat banyak dan
boleh di kategorikan kepada radiasi awam dan radiasi pekerjaan. Radiasi awam ini
adalah pendedahan kepada peralatan dan persekitaran kita sekarang seperti rokok,
televisien, komputer, radio, mesin x-ray, bangunan, telefon bimbit, tablet, ketuhar
mikro, peti sejuk, jam tangan, kesesakan orang ramai atau lalu lintas, kamera dan
lain-lain.
Manakala radiasi pekerjaan adalah mereka yang melakukan kerja yang
berkaitan dengan bahan beradioaktif seperti pekerja di pusat janakuasa nuklear,
kilang kimia, pelombong arang batu, pelombong bijih besi, pembuatan barangan
elektrik, kajian nuklear dan sebagainya. Kesimpulannya radiasi ini bukanlah perkara
asing dalam kehidupan manusia malah ia adalah sebahagian dari diri kita. Radiasi ini
sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita untuk teruskan hidup.
Namun yang menyebabkan ianya memberi kemudaratan kepada hidupan dibumi terutama manusia adalah disebabkan manusia terdedah kepada radiasi
melebihi had pendedahan yang dibenarkan. Inilah sebenarnya yang dipanggil
sebagai pencemaran radiasi. Kebiasaannya pencemaran radiasi berlaku
disebabkan oleh radiasi ciptaan manusia. Antaranya ialah melalui pencemaran
radioaktif akibat hasil tumpahan atau kemalangan semasa penghasilan atau
penggunaan bahan radioaktif, akibat ledakan nuklear, kebocoran dan pembebasan
dari gas beradioaktif, cecair atau zarah. Bukan itu sahaja, pencemaran radioaktif ini
juga berlaku hasil tidak disengajakan proses tertentu, seperti pembebasan bahan
beradioaktif dalam pemprosesan bahan api nuklear ke dalam air, tanah dan udara,
pembuatan senjata nuklear, pengendalian bahan buangan radioaktif, dan melalui loji
tenaga nuklear.
Ancaman aktiviti seperti inilah yang memberikan kesan jangka pendek dan
jangka panjang kepada manusia dan alam sekitar. Ianya bergantung kepada jenis
pencemaran radioaktif, tahap pencemaran, dan keluasan penyebaran pencemaran.Pencemaran terhadap dos yang rendah memberi sedikit ancaman, tetapi walaupun
radiasi tahap rendah ia masih boleh mengancam nyawa apabila lama terdedah
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
3/14
kepadanya. Tindakan terbaik adalah sekadar membenarkan bahan terurai secara
semulajadi. Manakala, pencemaran terhadap dos tinggi mampu membunuh
manusia secara luaran dan dalaman kerana melibatkan sejumlah besar bahan
beradioaktif berkuantiti besar . Kesannya dapat dilihat dalam jangka masa pendek
dan panjang.
Pencemaran radioaktif mampu memasuki tubuh melalui penghadaman,
menghidu, penyerapan melalui kulit, atau suntikan. Pencemaran radioaktif juga
mungkin diserap akibat memakan tumbuhan dan haiwan yang tercemar atau
meminum air atau susu dari haiwan yang terdedah. Caranya ianya akan menyerang
sel-sel yang membahagi secara cepat seperti kulit, sel-sel usus, sum-sum tulang dan
sel gonad. Kesan jangka pendek (dapat dirasai dalam beberapa hari) ia akanmenyebabkan keguguran rambut dan kuku, pendarahan dalaman, perubahan kadar
metabolisma dan perubahan dalam bilangan sel. Manakala kesan jangka panjang
(mengambil masa beberapa bulan atau tahun) menyebabkan seseorang mengalami
perubahan genetik, mutasi, jangka hayat yang lebih pendek dan kanser. Bagi ibu
yang mengandung, bayi yang dikandung mempunyai risiko yang tinggi untuk
mengalami kecacatan.
Kesan biologi kepada pendedahan luaran kepada pencemaran radioaktif
seperti letupan dan kebocoran nuklear, sama dengan sumber radiasi luaran yang
tidak membabitkan bahan radioaktif yang digunakan dalam teknologi perubatan
seperti mesin x-ray. Namun, kesannya bergantung kepada dos yang diserap oleh
badan.
Jika diteliti, Islam menjuarai alam sekitar di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Secara ringkasnya, bagaimana Islam menitikberatkan isu tersebut boleh dilihat
seperti berikut. Sejak awal ciptaan manusia, Allah telah memberikan amanah untuk
kita menjadi khalifah atau wakil pengurus alam ini. Dengan sebab itulah Allah
mengajar nabi Adam nama setiap ciptaannya satu persatu supaya dihargai dan
dijaga semua itu.
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
4/14
Firman Allah dalam surat Al-Baqarah ayat 30-31:
Terjemahannya : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu
tidak mengetahuinya.(30)Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepadaKu
nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.(31)
Dengan erti kata lain, memang sejak awal lagi Allah telah menghubungkan
manusia dengan alam. Al-Quran juga telah lama menyentuh mengenai kerosakan
dan pencemaran alam. Ironisnya, kerosakan dan pencemaran itu dikaitkan dengan
perbuatan manusia.
Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:
Terjemahannya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
5/14
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-
perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Selanjutnya Allah swt, berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 182:
Terjemahannya : (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang
telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-
kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.
Oleh itu, dari sudut pandangan islam, segala bencana yang berlaku di bumi,
asalnya adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri yang tidak menjaga
keseimbangan hubungan dengan alam lalu merosakkan ekosistem bumi. Allah tidak
pernah menganiaya hambaNya sendiri kerana Allah bersifat Maha Penyayang.
Apa yang telah dikatakan Allah di dalam Al-Quran telah terbukti dengan
sejarah hitam yang mendapat simpati antarabangsa iaitu sebuah bangsa yang rosakteruk akibat perang dan letupan bom atom lebih 60 tahun yang lalu di Hiroshima dan
Nagasaki kini berhadapan pula dengan tragedi lain yang juga berkaitan dengan
nuklear. Perbezaannya, kali ini nuklear tersebut di bina sendiri untuk tujuan
penghasilan tenaga. Setelah dilanda gempa bumi dan tsunami yang telah
mengorbankan beribu ribu nyawa sementara ribuan masih hilang tanpa dapat di
kesan adalah satu cerita sedih yang berulang, berlaku pula kebocoran loji tenaga
nuklear akibat daripada gempa bumi dan tsunami tersebut di Fukushima Daichi,
Jepun (2011). Kesan daripada kebocoran itu telah mengakibatkan pencemaran
radiasi di kawasan sekitarnya dan yang terbaru di kesan telah menumpahkan bahan
radioaktif iodin yang tinggi ke dalam lautan pasifik. Peristiwa ini mendapat perhatian
masyarakat dunia termasuk Malaysia yang bimbang tentang pencemaran radiasi ke
dalam makanan yang diimport dari Jepun.
Kebimbangan ini ada munasabahnya kerana sebelum ini, sejarah hitam di
sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, Toyama di mana penduduknya menderita
diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran bahan radioaktif kadmium dalam
sistem perairan yang telah mencemarkan hidupan laut. Hidupan laut sememangnya
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
6/14
Allah jadikan sistem badannya mempunyai ketahanan terhadap bahan radiasi
berlebihan namun tidak manusia. Bukan itu sahaja, Kota Propyat, Ukraine, mati
akibat kesan daripada letupan reaktor nuklear di Chernobyl, Russia pada April 1986.
PEMINDAHAN besar-besaran
penduduk menyebabkan banyak
kediaman kosong dan tidakberpenghuni.(Chernobyl,1986)
LETUPAN loji nuklear Chernobyl menyebabkan Propyat diumpamakan bandar hantu.
Dalam kesibukan tumpuan dunia terhadap isu letupan nuklear di Jepun, di
Malaysia sendiri wujud satu isu berkenaan dengan pembinaan projek LYNAS di
kuantan, Pahang. Secara ringkasnya, Lynas merupakan sebuah kilang kimia yang
memproses bahan nadir bumi. Nadir bumi tersebut, diimport dari Australia supaya
dapat diproses. Kilang ini tidak dapat dibina di Australia kerana tiada lokasi yang
sesuai. Disebabkan itu ianya dibina di Malaysia. Kemudian, Malaysia akan
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
7/14
mengeksport kembali produk yang telah diproses ke negara luar seperti Australia.
Bahan ini kebanyakannya digunakan dalam pembuatan teknologi seperti smart
phone, laptop dan lain-lain bahan elektronik. Projek Lynas ini dapat membantu
meningkatkan kemajuan ekonomi negara, memberikan peluang pekerjaan kepada
rakyat Malaysia dan menggalakkan kedatangan pelabur asing di Malaysia.
Isu penentangan oleh rakyat Malaysia terhadap projek Lynas ini berlaku
kerana rakyat menganggap bahawa projek ini merupakan salah satu reaktor nuklear
seperti di negara Jepun. Walaupun negara kita tidak terdedah kepada ancaman
gempa bumi, namun, kesan radiasi masih lagi akan terasa melalui pembuangan sisa
bahan radioaktif daripada Lynas. Tambahan pula, lokasi Lynas berdekatan dengan
tempat tinggal penduduk Malaysia dan berdekatan dengan kawasan Paya Bakaudan sungai. Kawasan sekeliling, sedikit sebanyak akan terkena pencemaran radiasi.
Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga menganggap bahawa sekiranya ianya terjadi,
kesan radiasi tidak akan mengira mengikut agama dan bangsa. Semuanya
mempunyai risiko yang sama. Oleh itu, satu solidariti telah diadakan tanpa mengira
kaum, bangsa, agama dan warna kulit, rakyat Malaysia bersatu menyuarakan
tentangan terhadap pembinaan projek Lynas itu.
Isu ini telah mendapat penentangan hebat daripada rakyat Malaysia. Ini
kerana, masih wujud stigma dikalangan masyarakat bahawa segala yang berkaitan
dengan nuklear akan membawa kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.
Stigma ini lebih kuat apabila melibatkan golongan anti-nuklear dan pencinta alam
sekitar. Stigma ini wujud kerana masyarakat hanya melihat isu ini daripada aspek
kesan peristiwa letupan nuklear di beberapa buah negara luar seperti yang
diceritakan sebelum ini. Sedangkan, kita hanya mendengar beberapa sejarah hitam
sepanjang hayat kita. Sekiranya radiasi atau teknologi nuklear ini memberikan lebih
banyak kesan buruk, negara seperti Jepun adalah negara yang pertama yang akan
memberhentikan penggunaan loji nuklear sebagai salah satu sumber tenaga, ini
kerana negara merekalah yang sebenarnya mempunyai risiko yang amat tinggi untuk
berlaku sesuatu kemalangan nuklear, tambahan pula, tidak akan ada seorang pun
manusia yang inginkan kemalangan atau sesuatu yang buruk berlaku terhadap
dirinya. Namun, sebaliknya yang berlaku, walaupun telah berlaku beberapa sejarah
hitam, rakyatnya masih lagi berasa selamat, ini kerana, negaranya telahmementingkan isu keselamatan yang amat tinggi dan rakyatnya juga terdedah
kepada pengetahuan yang tinggi berkenaan isu nuklear. Bukan bermaksud isu
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
8/14
nuklear atau radiasi tidak memberikan kesan buruk, tetapi apabila seseorang
mengetahui nuklear atau radiasi yang bagaimana yang akan memberikan kesan
buruk, seseorang itu tidak akan mudah melatah. Pengetahuanlah yang membuatkan
rakyatnya tenang dan tidak panik.
Stigma masyarakat
inilah sebenarnya yang
menjadi isu dan perlu
diubah. Berbalik kepada
isu Lynas, sebenarnya
rakyat Malaysia tidak
didedahkan dengan
pengetahuan tentang apa
sebenarnya yang dilakukan oleh Agensi nuklear itu sendiri. Sedangkan, banyak
penemuan demi penemuan, kajian demi kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar
dalam bidang nuklear ini bagi meneliti kesan dan akibatnya terlebih dahulu sebelum
melakukan sesuatu perkara.
Kebanyakan penemuan membantu hidup manusia tanpa kita sedar. Stigma
inilah yang perlu diubah, dan caranya adalah dengan menambahkan pembacaan. Ini
kerana, Lynas merupakan kilang kimia, bukannya loji nuklear. Ianya amat berbeza
sama sekali kerana kilang kimia tidak menggunakan bahan radioaktif untuk
memproses, Cuma hasil sisa buangannya sahaja ada melibatkan sisa radioaktif
namun, pada jumlah yang amat kecil dan tidak menjejaskan manusia. Tambahan
pula, sisa buangan radioaktif, bukanlah dibuang seperti sisa sampah biasa, ianya
akan diproses terlebih dahulu.
Isu yang kedua ialah isu Teknologi Nuklear. Akibat daripada kurang
pembacaan dan pendedahan, rakyat Malaysia menganggap Teknologi Nuklear ini
adalah suatu benda teknologi seperti smart phone, senjata dan sebagainya.
Sedangkan, menurut En. Azmi, pegawai Agensi Nuklear, ia menyatakan bahawa
Teknologi nuklear itu sebenarnya merupakan ilmu bukanlah benda. Ilmu
pengetahuan yang terdapat pada seseorang atau sesuatu bangsa untukmemanipulasi tenaga nuklear. Dalam erti kata yang mudah, sekiranya baik cara
orang yang menggunakan ilmu tersebut, maka baiklah kesannya. Oleh sebab itu,
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
9/14
sekiranya ilmu teknologi nuklear ini digunakan oleh negara seperti Amerika, ia
gunakan dalam pembuatan senjata peperangan. Berbeza dengan Malaysia, negara
kita tidak boleh membuat senjata nuklear kerana negara Malaysia adalah sebuah
negara baru selepas perang dunia kedua. Oleh sebab itu, negara Malaysia hanya
menggunakan nuklear untuk tenaga elektrik dan bukan tenaga elektrik seperti dalam
bidang industri, perubatan, pertanian dan makanan, pembuatan dan bidang alam
sekitar.
Di dalam dunia, tiada istilah radiasi sifar. Di Malaysia sendiri, banyak kajian
dan penemuan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa penggunaan teknologi
nuklear dan sinaran radiasi ini memberi kebaikan kepada manusia dan alam sekitar.
Terutamanya ialah Agensi Nuklear Malaysia. Menurut agensi tersebut, Malaysiamerupakan pengeluar sarung tangan (glove) pertama dunia, yang kini banyak
digunakan dalam indusri perubatan terutamanya. Oleh itu, sinaran gama digunakan
bagi menyahkuman pada bahan tersebut. Sinaran Gama bukan hanya digunakan
dalam menyahkuman pada peralatan perubatan, malah turut digunakan di dalam
makanan. Tanpa kita sedar juga, selain sinar X digunakan untuk tujuan X-ray, ia juga
turut digunakan secara meluas untuk tujuan komersil bagi memastikan setiap produk
mempunyai berat, isipadu yang sama, ketebalan yang sama dan lain-lain.
P
Penggunaan sinar X di dalam perubatan
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
10/14
Bukan itu sahaja, agensi tersebut juga mempunyai stesen pemantauan
radionuklid di Cameron bagi mengesan pencemaran radiasi dalam udara. Selain itu
ia mempunyai Pusat Pembangunan Teknologi sisa bagi memproses sisa radioaktif.
Terbaru di dalam perubatan ialah aplikasi Hydrogel yang bersifat sejuk, jelly dan
tidak sakit apabila digunakan untuk membalut luka bagi menggantikan kain kasa.
Banyak lagi kebaikan kajiannya, antaranya adalah seperti penggunaan
Teknologi Nuklear dalam Kajian Persekitaran Marin bagi mengesan pencemaran
yang berlaku di dalam air, penggunaan Teknologi Nuklear dalam pertanian bagi
membantu pengurusan penggunaan air dan baja secara optimum bagi menghasilkan
buah yang lebih bagus dan menjimatkan tempoh masa matang. Sisa nuklear
berpotensi menjana kuasa untuk Britain dan banyak lagi faedah sinaran radiasi yangboleh kita ketahui seperti yang diceritakan di dalam aplikasi sinaran masa kini.
Tambahan pula, Malaysia sendiri sedang cuba ke arah penghasilan tenaga nuklear
sebagai sumber tenaga elektrik. Kesemua contoh-contoh kajian yang diberikan
menunjukkan bahawa sinaran radiasi sebenarnya memberi pelbagai kepentingan
kepada manusia dan alam sekitar. Namun, perlu mengutamakan isu keselamatan.
Selain isu stigma masyarakat Malaysia berkenaan nuklear dan radiasi,
Terdapat juga dua lagi isu yang penting. Pertama ialah isu tempat penyimpanan
bahan sisa radioaktif. Ini kerana, segala sisa bahan radioaktif yang diperoleh
daripada industri, hospital, pertanian dan pembuatan akan diproses di Pusat
Pembangunan Teknologi Sisa (Wastec) oleh Agensi Nuklear Malaysia sahaja. Oleh
itu, sisa bahan radioaktif yang disimpan bagi menghilangkan half- lifenya secara
semulajadi, lama kelamaan tempat penyimpanan tersebut akan penuh. Menurut
Agensi Nuklear Malaysia juga, tempat penyimpanan yang sedia ada hanya dapat
menampung jumlah sisa sehingga tahun 2025. Oleh itu, Agensi tersebut sedang giat
mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat penyimpanan sisa. Isu kedua
ialah Agensi Nuklear Malaysia sedang giat menjalankan kajian dan mencari cara
bagaimana untuk meminimumkan isipadu dan kuantiti sisa bahan radioaktif. Ini
bermaksud, apabila bahan sisa radioaktif yang telah diproses dapat dikurangkan, ia
akan menjimatkan ruang penyimpanan.
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
11/14
Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Usaha
yang paling penting adalah dengan meningkatkan kesedaran Masyarakat umum
tentang apakah sebenarnya radiasi atau tenaga nuklear dan bagaimanakan bahan
ini boleh menyebabkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar. Hapuskan stigma
masyarakat Malaysia yang negatif tentang radiasi dan teknologi nuklear terlebih
dahulu. Ianya boleh dilakukan dengan melakukan kempen kesedaran bahaya
radiasi, mengedarkan risalah, mempamerkan slaid-slaid dan mendedahkan tentang
punca dan kesan pencemaran radioaktif terhadap alam sekitar serta manusia.
Tindakan ini akan sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat untuk melindungi alam
sekitar terutama dari peringkat sekolah lagi.
Kedua ialah dengan pendedahan Media Massa. Media Massa seperti suratkhabar, majalah, iklan, secara maya mahupun televisyen, seharusnya bukan hanya
menghangatkan isu berkaitan politik, namun perlu juga menyiarkan isu-isu berkaitan
alam sekitar supaya masyarakat peka dan berhati-hati untuk melindungi alam sekitar
daripada tercemar dan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat. Ini kerana
sekiranya berlaku pencemaran radiasi , ianya akan meninggalkan kesan jangka
pendek dan panjang terhadap masyarakat dan alam sekitar. Oleh itu, rakyat perlu
mengetahui bagaimana untuk mengendalikan sisa bahan radioaktif sekiranya terjadisesuatu yang tidak di ingini.
Selain itu, usaha lain ialah dalam meningkatkan kawalan keselamatan. Salah
satunya adalah melalui penguatkuasaan undang-undang. Ini bermaksud,
kebenaran berlesen hanya akan diberikan kepada mereka yang layak dan pakar
dalam mengendalikan bahan radioaktif. Sekiranya mempunyai lesen, mereka
perlulah mematuhi segala peraturan dan standard pengendalian bahan radioaktif
yang telah ditetapkan. Hal ini penting supaya bahan tersebut dikendali oleh orang
yang pakar supaya dapat mengelakkan daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Bukan itu sahaja, perlu juga ada pemantauan yang berkala daripada agensi-agensi
yang berkaitan supaya mereka sentiasa berwaspada.
Keempat, ialah melalui pemilihan tenaga kerja manusia. Bagi pekerjaan
yang berkaitan dengan bahan radioaktif yang berbahaya, seharusnya keselamatan
pekerja diutamakan. Ini bermaksud, perlu memilih pekerja yang cekap dalam
pengendalian bahan ini. Bukan itu sahaja, mereka juga seharusnya dijaga daripada
segi pemakaian dan keselamatan di tempat kerja. Pihak terlibat seharusnya
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
12/14
menambah baik mekanisma tindak balas kecemasan sekiranya berlaku insiden
seperti gempa bumi atau stunami seperti yang berlaku di loji nuklear Fukushima (17
April 2011). Namun, di Malaysia pula, perlu ada keselamatan yang dapat melindungi
pekerjanya yang sentiasa terdedah dengan bahaya sinaran.
Kelima adalah dalam pemilihan tapak loji tenaga nuklear. Sekiranya ingin
membina reaktor nuklear atau sebagainya, lokasi pembinaan seharusnya jauh dari
kawasan berpenduduk padat. Pilih kawasan strategik yang dapat meminimumkan
kebocoran radioaktif contohnya adalah kawasan yang terhindar daripada berlakunya
gempa bumi dan gunung berapi aktif. Juga perlu mengambil kira penggunaan bahan
pembinaan dan rekacipta yang lebih canggih. Akhir sekali yang paling utama ialah
mengikut standard daripada International Atomic Energy Agency(IAEA). Ini amatpenting bagi memastikan loji yang dibina adalah selamat.
Contoh salah satu reaktor nuklear di lokasi sesuai
Keenam adalam melalui Tanaman Radiasi. Kaedah ini merupakan hasil
kajian oleh Dr. Ilya Raskin, seorang ahli bioteknologi dari Rutgers University, disebut
phytoremediation. Tanaman ini mampu menyerap kandungan uranium dan stronium-
90, yang berada dalam genetik tubuh manusia. Manakala bunga matahari, jagung,
tembakau, sesawi India dan bahkan cannabis (marijuana) terbukti mampu menyerap
unsur krom, timah, tembaga, dan nikel yang terkontaminasi radiasi dari dalam tanah.
Masyarakat Bulgaria yang wilayahnya dekat dengan Ukraina, telah melaksanakan
kaedah ini di negaranya 15 tahun selepas tragedi Chernobyl bagi membuang bahan
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
13/14
radioaktif yang terkontaminasi dari dalam tanah. Malaysia juga boleh menggunakan
kaedah ini sekiranya berlaku hal yang sama.
Ketujuh ialah dengan penggunaan BakteriaDeinococcus radiodurans dalam
perubatan. Bakteria ini dapat bertahan dalam 1.5 juta rads ribuan kali lebih kuat
daripada semua makhluk hidup yang ada di bumi dan 300 kali lebih kuat daripada
ketahanan manusia. Bakteria ini memiliki ketahanan terhadap radiasi dan mampu
memperbaiki DNA dengan cepat. Bakteria ini biasanya memperbaiki kerosakan
kromosom dalam 12 hingga 24 jam. Oleh itu, sekiranya ingin merawat pesakit yang
terdedah radiasi yang menyebabkan kerosakan DNA, bakteria ini dapat membantu.
Kelapa, pakar-pakar dalam bidang nuklear dan radiasi seharusnya sentiasa
menjalankan kajian-kajian terbaru dan pelbagai penemuan teknologi baru bagi
meningkatkan mutu teknologi dalam menjamin keselamatan manusia dan
meminimumkan kerosakan kepada alam sekitar. Contohnya penyelidikan terhadap
teknologi yang lebih mesra alam dan mesra pengguna.
Kesimpulannya, sebagai warga bumi, kita perlu rasa bertanggungjawab untuk
menjaga alam sekitar. Ini bukan kerja sekumpulan manusia sahaja. Ini bukan kerja
pemimpin tertentu sahaja. Akan tetapi ini kerja semua orang. Pendidikan mengenaiisu ini perlu diberikan sedari kecil lagi kepada anak-anak generasi muda. Sebagai
muslim, sepatutnya kitalah yang perlu menjuarai isu alam sekitar. Contoh di atas
adalah lebih daripada mencukupi betapa agama kita merupakan agama yang hijau
dan mesra alam. Seiring dengan membangunkan negara, alam sekitar juga dijaga
dengan baik. Sesungguhnya kesemua perkara tersebut akan dapat diatasi dengan
adanya ilmu pengetahuan lalu diamalkan dan digunakan untuk tujuan yang baik.
Walaupun tidak dinafikan terdapat juga pencemaran lain yang masih perlu dimurni
dan dibersihkan terlebih dahulu, janganlah ditambah pula dengan pencemaran yang
lain. Bumi kita juga telah penat, kurang sihat dan semakin tua. Kita memerlukan alam
untuk hidup, dan alam juga memerlukan kita untuk menjaganya supaya terus sihat
dan berfungsi.
-
7/29/2019 TENGKU HAZIRAH TENGKU YAHYA Rencana Pencemaran Radiasi.doc
14/14
Pautan laman sesawang :
Kajian oleh Agensi Nuklear Malaysia
http://www.nuclearmalaysia.gov.my/nucinfo2.php
http://www.aelb.gov.my/aelb/malay/dokumen/panduan/Lemtek35m.pdf
Arkib Berita Kosmo online
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1128&pub=Kosmo&
ec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2011&dt=0505&pub=kosmo&sec=Horizon&pg=ho_02.htm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2011&dt=0320&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
http://www.nuclearmalaysia.gov.my/nucinfo2.phphttp://www.aelb.gov.my/aelb/malay/dokumen/panduan/Lemtek35m.pdfhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1128&pub=Kosmo&%20ec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1128&pub=Kosmo&%20ec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0505&pub=kosmo&sec=Horizon&pg=ho_02.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0505&pub=kosmo&sec=Horizon&pg=ho_02.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0320&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0320&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htmhttp://www.nuclearmalaysia.gov.my/nucinfo2.phphttp://www.aelb.gov.my/aelb/malay/dokumen/panduan/Lemtek35m.pdfhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1128&pub=Kosmo&%20ec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1128&pub=Kosmo&%20ec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0505&pub=kosmo&sec=Horizon&pg=ho_02.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0505&pub=kosmo&sec=Horizon&pg=ho_02.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0320&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0320&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm