Tembikar

8
KRAF TRADISIONAL TEMBIKAR KelabuAsapArt.bl ogspot.com

Transcript of Tembikar

Page 1: Tembikar

KRAF TRADISIONAL

TEMBIKAR

KelabuAsapArt.blogspot.com

Page 2: Tembikar

PENGENALAN

Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat

Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur.

Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak.

Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian.

Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dantembikar Sarawak merupakan tembikartradisional yang paling terkenal

KelabuAsapArt.blogspot.com

Page 3: Tembikar

JENIS-JENIS TEMBIKAR

KelabuAsapArt.blogspot.comTEMBIKAR MAMBONG

• Terkenal di Kelantan• Dihasilkan untuk kegunaan harian• Menggunakan tanah liat yang dicampurdengan sedikt pasir halus dalam prosespembuatannya• Tembikar yang dikeringkan akan berwarnakelabu dan apabila dibakar ia bertukar menjadikemerahan-merahan• Ia tidak mempunyai corak kecuali tulangikan, pucuk rebung dan siku keluang

TERENANG• Kendi air bertutup yang diperbuat daripadatanah liat• Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang• Bahan utama pembuatannya ialah tanahpadi berwarna kuning, keras dan berketul yangdidapati di celah-celah tanah dan batu• Hasil terenang berwarna coklat kekuningan

BEKAS PERASAPAN• Digunakan untuk membakar kemenyan

dalam upacara pengubatan dan kematian

LABU• Bekas air berbentuk buah labu banyak terdapatdi Perak mempunyai corak –alam sekeliling dangeometri

JAMBANGAN• Badan berbentuk labu yang ditinggikan sepertitempayan atau buyung berkaki digunakan untukmeletak Bunga

BUTUNG• Bekas air mempunyai leher dan badan bersaizbesar dan bahagian badan berbentuk bulatpenuh serta mempunyai permukaan yang licintanpa hiasan

GELUK• Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecildan ringkas

Page 4: Tembikar

TEMBIKAR SARAWAK

Berasal dari China dan diusahakann

olehkaum Cina

Berbentuk tempayan

beraneka jenis dan diukir dengan

hiasan kepala naga

Banyak digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untuk

menyimpan barang berharga, atau mengisi arak

Menggunakan mesin pemutar/

lempar alindan acuan

KelabuAsapArt.blogspot.com

Page 5: Tembikar

LABU SAYONG

Tembikar ini diusahakan di Sayong, K.Kangsar, Perak.Bentuknya diilhamkan daripada buah labu airBerfungsi sebagai bekas untuk mengambil dan menyimpan airAir yang disimpan dalam labu sayong ini dikatakan dingin,

nyaman dan mempunyai khasiat yang tertentuCorak hiasannya berdasarkan alam sekeliling dan rupa geometri

BAHAN :1.Tanah liat :• Bahan utama untuk membuat tembikar• Pelbagai jenis tanah liat : tanah liat drpd tanah busut , tanah berhampiran sungai / di sungai, tanah sawah , berwarna kelabu dankuning kemerah-merahan2.Damar• Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang digunakan sebagai bahan kalis air• Diperolehi daripada jenis pokok damar laut,dan damar batu

KelabuAsapArt.blogspot.com

Page 6: Tembikar

ALATAN PEMBUATAN

KelabuAsapArt.blogspot.com

1. PENEPEK 

Sebatang kayu diguanakan untuk

memampat tanah dan labu yang masih

basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.

2. SUDIP

Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan

tanah.

3. PENGUKIR

Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua

bahagian hujungnya dan digunakan untuk

menerap hiasan-hiasan pada labu.

5. PINGGAN AYAN / PIRING CAPAH

Berfungsi sebagai roda pemutar.

Page 7: Tembikar

PROSES PEMBUATAN LABU SAYONG

1. MENYEDIAKAN TANAH• Ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis

untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada.

• Pastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder

2. MEMBENTUK• Ibu jari telunjuk turut berperanan penting

dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.

• Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. 

3. MENGHIAS• Apabila labu siap, ia dilicinkan

dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.

4. MEMBAKAR• Proses pembakaran terbahagi kepada

tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh.

• Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. 

KelabuAsapArt.blogspot.com

Page 8: Tembikar

PEMELIHARAAN & PENJAGAAN

KelabuAsapArt.blogspot.com

•Tembikar hendaklah diletakkan di tempat yang rata

dan selamat sewaktu

digunakan

•Cara mengilap tembikar

hendaklah dilakukan secara

cermat kerana tembikar mudah

pecah

•Pastikan tembikar

benar-benar kering

sebelum disimpan