Temasya Sukan Tahunan
-
Upload
khairani-kassim -
Category
Documents
-
view
158 -
download
1
Transcript of Temasya Sukan Tahunan
Nama : Yon Khairani binti Kassim
No KP : 620101-01-6034
Kursus : NPQEL 1/2013/SMI 3
Soalan : Anda ditugaskan menguruskan Temasya Sukan Tahunan Sekolah. Nyatakan
langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas temasya tersebut.
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepadaTuhan. 1 Justeru, dengan akta ini setiap murid harus melibatkan diri dengan
menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun Hasrat ini didokongi Dasar Sukan Negara
,Slogan Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan dan beberapa surat pekeliling
ikhtisas yang lain . Melalui SPI 16 /2010 dasar 1M1S perkenalkan. Agenda memperkasa
sukan negara dijelaskan di mana setiap pelajar diwajibkan menyertai aktiviti sukan.Aktiviti
sukan juga dijalankan sepanjang tahun dan diambil kira apabila ingin memohon IPTA atau
IPTS.
Pelbagai aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun di sekolah dan semua sekolah
pasti akan mengadakan temasya sukan tahunan. Dari sudut pengurusan ,temasya sukan
tahuan ini dijalankan mengikut empat prinsip pengurusan iaitu POLC atau merancang(plan),
mengelola(organise),memimpin(lead) dan mengawal(control).Pada peringkat merancang,
pengetua bersama GPK Kokurikulum akan menetapkan tarikh temasya sukan di dalam
Takwim Sekolah . Selain tarikh , nama guru ketua rumah sukan, senarai guru-guru rumah
sukan dan jadual latihan rumah sukan juga ditentukan.Seterusnya, perjumpaan atau
1 KPM(1996), Akta Pendidikan 1996
mesyuarat rumah sukan akan diadakan dan ini selalunya diadakan pada minggu kedua tahun
persekolahan.Selain itu mesyuarat kecil dengan guru ketua rumah sukan juga diadakan untuk
memberi penerangan tentang acara yang dipertandingkan dan penyerahan borang-borang
penyertaan. Mesyuarat ini penting untuk memastikan semua guru yang diberi tanggungjawab
faham hasrat dan kehendak pentadbiran.
Seterusnya peringkat mengelola (organize). Pada peringkat ini semua jawatankuasa
diberi tanggunjawab untuk melaksana latihan rumah sukan. Pada kebiasaannya satu Latihan
Kejurulatihan akan diberikan dalam sesi LADAP untuk memastikan guru dapat menjalankan
tugas mereka dengan berkesan. Disini pengetua menurunkan kuasa atau membuat
“empowerment” kepada GPK Kokurikulum dan guru-guru untuk melaksana tugas. Pada
masa yang sama beberapa jawatankuasa saperti jawatankuasa induk dan jawatankuasa
pelaksana akan melaksana aspek teknikal saperti penyediaan padang, peralatan ,membuat trek
dan memastikan peralatan untuk acara sukan mencukupi dan dalam keadaan yang
memuaskan. Pengetua atau GPK Kokurikulum atau Setiausaha Sukan akan sentiasa
membimbing guru-guru dari masa ke semasa. Beberapa mesyuarat atau perjumpaan
“informal” akan diadakan untuk memantau perkembangan program..Pada peringkat pra
temasya ini pelbagai tugas dijalankan. Setiausaha sukan dan jawatankuasa terlibat akan
membuat senarai jawatankuasa sukan tahunan,menempah hadiah serta cenderahati,dan
menempah makanan. Selain itu surat jemputan pada tetamu dan ibubapa dihantar.
Seterusnya ujian tara dan raptai akan diadakan. Ujian tara amat penting kerana semua
pelajar terlibat dan penglibatan mereka menyumbang kepada markah rumah sukan masing-
masing. Disini dilihat bahawa murid diasuh bekerjasama sebagai satu pasukan dan Konsep
Sukan untuk Semua diamalkan. Seterusnya diadakan raptai. Raptai adalah satu mekanisme
untuk membimbing supaya sebarang kekurangan dapat ditambahbaik sebelum temasya
tersebut diadakan.
Pada peringkat mengelola pengetua menubukan beberapa jawatankuasa dengan
mengambil kira beban tugas dan kepakaran guru didalam bidang masing-masing.Peringkat
mengelola dan membimbing berlaku hampir serentak. Dalam mengelola persiapan temasya
sukan pengetua akan memberi panduan,bimbingan teguran dan tunjuk ajar agar matlamat
menjayakan temasya sukan dengan cemerlang tercapai.Sebagai pengurus, pengetua juga akan
bertindak sebagai penyelia dan akan menetapkan piawai pencapaian yang diharapkan. Sistem
maklum balas dijalankan supaya pemantauan dijalankan secara berkala.
Seorang pengetua yang mahir amalan pengurusan, akan mengawal (control) bukan
sahaja pada peringkat akhir malah pada peringkat perancangan dan pengelolaan program.
Seterusnya temasya sukan diadakan.GPK Kokurikulum akan memberi taklimat khas kepada
semua guru.Pada sebelah pagi persiapan di padang dijalankan dan pada sebelah petang
temasya sukan berlangsung sebagaimana dirancang. Pada lazimnya sukan akan diadakan
pada sebelah petang untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.Selesai
temasya Setiausaha Sukan perlu menyediakan laporan bertulis untuk diserahkan pada
pengetua. Laporan ini mengandungi laporan lengkap program berserta kekuatan serta
kelemahan. Dikebanyakkan sekolah laporan sahaja tidak memadai kerana akan ada satu
mesyuarat post mortem .Post mortem dijalankan untuk tujuan kawalan kualiti atau mutu.
Kekuatan dan kelemahan program dikenalpasti. Pengetua akan memastikan pembetulan dan
pemulihan dijalankan untuk menambahbaik program dan pencapaian.
Selaras dengan konsep sukan untuk kecemerlangan, atlet yang berjaya dalam temasya
sukan sekolah akan mewakili sekolah keperingkat daerah dan negeri. Mereka dibimbing oleh
guru-guru pada hari- hari tertentu untuk menjalankan latihan intensif. Konsep mengawal
kualiti disini perlu kerana kecemerlangan adalah matlamat utama seorang pengetua strategik
Kesimpulannya, dalam mencapai kecemerlangan dalam apa saja program yang
dianjurkan baik temasya sukan tahunan mahupun aktiviti lain ,seorang pemimpin atau
pengetua harus tahu konsep pengurusan .POLC adalah satu alat membantu pengetua
mengurus program secara sistematik agar matlamat kecemerlangan sukan saperti yang
harapkan tercapai.
Rujukan
1. Kementerian Pendidikan Malaysia (1999), Akta Pendidikan 1996, Kuala Lumpur ,
Law Publisher.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010),Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 16 Tahun
2010.
3. Dr.Shariffa Jamelah Al Sebberan,(2012) Modul 2: Pengurusan Kokurikulum [Nota
Kuliah] IAB, Malaysia.