Teks Ucapan Ydp Pibg (1)

2
Terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia Pengaca Majlis. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah………………………… Assalamualaikum Wrt. wbt. Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah bin Md Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, Yang Dihormati …………………………., Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Yang Dihormati ……………………………………….Penolong Pegawai Agama Islam Daerah Sepang. Yang Berusaha Tuan Haji Muhammad Zaki bin Rajikin, Pengetua SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, guru-guru, para ibu bapa seterusnya pelajar-pelajar yang diraikan sekalian. Kami berasa berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan Yang Berbahagia Dato dan Tuan PPD terhadap kami. Bagi pihak PIBG sekolah ini, saya yakin dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato dan Tuan PPD akan dapat menyemarakkan semangat ibu bapa dan masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan. Hadirin yang dihormati, Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari s e m a s a k e semasa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Pendidikan ialah bidang dinamik serta penuh cabaran kerana menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana yang cekap. Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan selaras dengan perkembangan global dan serantau. Antara cabarannya termasuklah melestarikan tahap profesion dan menjadikan kualiti perkihdmatan serta kecemerlangan sebagai identiti. Negara akan kehilangan daya saing, ketinggalan atau terpinggir daripada kemajuan global jika bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan. Tahniah, saya ucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa sekarang akan menjadi pendorong atau pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Hadirin yang dihormati, Saya selaku YDP PIBG berusaha untuk cuba memberikan pandangan dan buah fikiran yang membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan yang amat diperlukan. Komitmen tuan-tuan dan puan-puan menjadi kebanggaan saya. Saya suka untuk berkongsi beberapa isu utama yang perlu kita beri perhatian sebagai waris anak- anak di SAM Bandar Baru Salak Tinggi ini. Tentu tuan-tuan dan puan-puan sependapat dengan saya bahawa disiplin yang tinggi menjadi tonggak kepada

Transcript of Teks Ucapan Ydp Pibg (1)

Page 1: Teks Ucapan Ydp Pibg (1)

 Terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia Pengaca Majlis. Bismillahirrahmanirrahim, 

Alhamdulillah………………………… Assalamualaikum Wrt. wbt.

Yang Berbahagia  Tuan Haji Abdullah bin Md Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, Yang Dihormati …………………………., Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Yang Dihormati ……………………………………….Penolong Pegawai Agama Islam Daerah Sepang.Yang Berusaha Tuan Haji Muhammad Zaki bin Rajikin, Pengetua SAM Bandar Baru Salak Tinggi,  Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, guru-guru, para ibu bapa seterusnya pelajar-pelajar yang diraikan sekalian.Kami berasa berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi   terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan Yang Berbahagia Dato dan Tuan PPD terhadap kami. Bagi pihak PIBG sekolah ini, saya  yakin dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato dan Tuan PPD akan dapat menyemarakkan semangat ibu bapa dan masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan.

Hadirin yang dihormati,

Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa.  Peluang pendid ikan harus  d igunakan sepenuhnya bagi  menguasai   i lmu kemahiran  dan membina personal i t i  yang cemer lang.  Pendid ikan   ia lah b idang d inamik  ser ta  penuh cabaran kerana menuntut  perancangan st ra teg ik  yang  te l i t i  dan pragmat ik ,  kos yang besar  ser ta   jentera  pelaksana yang cekap.  Pendid ikan   juga  terdedah dan  terpengaruh dengan  tuntutan perubahan se laras  dengan perkembangan  g lobal  dan serantau.  Antara cabarannya  termasuklah  melestar ikan   tahap profes ion  dan menjadikan  kual i t i  perk ihdmatan  ser ta  kecemer langan sebagai   ident i t i .  Negara akan kehi langan daya sa ing,  ket inggalan  atau  terp inggi r  dar ipada kemajuan g lobal  j ika  b idang pendid ikan  t idak menjadi  keutamaan atau  t idak d iuruskan dengan cekap dan berkesan.

Tahniah, saya ucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa sekarang akan menjadi pendorong atau pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Hadirin yang dihormati,

Saya selaku YDP PIBG berusaha untuk cuba memberikan pandangan dan buah fikiran yang membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan yang amat diperlukan. Komitmen tuan-tuan dan puan-puan menjadi kebanggaan saya. Saya suka untuk berkongsi beberapa isu utama yang perlu kita beri perhatian sebagai waris anak-anak di SAM Bandar Baru Salak Tinggi ini. Tentu tuan-tuan dan puan-puan sependapat dengan saya bahawa disiplin yang tinggi menjadi tonggak kepada kejayaan dan kecemerlangan anak-anak. Namun begitu, kita mesti sedar bahawa kebanyakan sekolah tidak terlepas daripada ledakan isu-isu yang berkaitan dengan murid-murid. Ibu bapa atau penjaga perlu cakna terhadap masalah ponteng, datang lambat ke sekolah, merokok, membuli, melawan guru, krisis personaliti, mencuri dan sebagainya. Walaupun masalah ini bukan sesuatu yang serius di sekolah ini, keprihatinan para waris akan menatijahkan sesuatu yang bermakna untuk sekolah. Saya percaya, bawah kepemimpinan dan keprihatinan Tuan PPD dan Tuan Pengetua, kita dapat mencapai prestasi yang cemerlang dalam semua aspek yang mencakupi duniawi dan ukhrawi.

Namun demikian, tuan puan diharapkan dapat melangkah sederap dengan pihak sekolah untuk merealisasikan inspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu tentang sarana ibu bapa. Sarana ibu bapa ini merupakan saranan daripada KPM  yang  menuntut ibu bapa memperuntukkan waktu untuk bersikap ambil peduli terhadap pembelajaran anak-anak dengan menyediakan kemudahan belajar   di rumah mengikut  kemampuan masing-masing.  Melalui  sikap kepedulian  ini,   ibu bapa perlu berlapang dada membantu anak-anak melalui perkongsian ilmu keibubapaan bersama dengan ahli PIBG yang lain dengan matlamat anak-anak akan lebih bermotivasi dan cukup bersedia untuk melangkahkan kaki ke sekolah demi meraih seribu kejayaan. 

Akhir   kata,   saya  mengucapkan  ribuan  terima kasih  sekali   lagi   kepada Yang Berhormat  Dato’,  Tuan PPD,  Tuan Pengetua,  Ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Cemerlang, ibu bapa / penjaga, murid-murid dan hadirin yang dihormati atas kesudian bersama-sama berada dalam majlis kita pada hari ini. Saya menyusun jari memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap. Apa-apa yang saya perkatakan tadi datangnya daripada hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.

Wab i l l a h i   t a u f i q   w a l   h i d a y a h  wa s a l ammua l a i k um  Wa r a hma t u l l a h i wabarakatuh.Sekian, Terima kasih.

Page 2: Teks Ucapan Ydp Pibg (1)