TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11....
Transcript of TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11....
TEKS UCAPAN
YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH
SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA KERAJAAN
NEGERI SABAH
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI
Pada 6 Disember 2018 (Khamis), pukul 8.00 pagi,
di Auditorium Utama,
Aras 4, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Kota Kinabalu
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
kerana dengan izinNya, kita dapat bersama-sama di majlis ini.
2. Dengan takzimnya, saya mengalu-alukan dan merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan serta terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk
Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah atas
kesudian hadir ke Majlis Pelancaran Buku Petunjuk Prestasi Utama Kerajaan
Negeri Sabah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2018.
3. Penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada Ahli-ahli
Jemaah Menteri dan Anggota Pentadbiran Negeri kerana hadir bersama ke
majlis ini.
3
4. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, majlis pada pagi
ini dihadiri seramai 1,200 orang penjawat awam negeri dan persekutuan
yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan
dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana di semua peringkat Kementerian /
Jabatan / Pejabat Daerah / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun
Negeri dan Persekutuan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
5. Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2018 diadakan bertujuan
menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan awam untuk kelestarian
pembangunan negeri Sabah dengan bertemakan : ‘SINERGI INOVASI KE
ARAH REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM’.
6. Beberapa program telah disediakan sempena Hari Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah 2018 iaitu :
Pertama – Pelancaran Bidang Keberhasilan Utama Negeri dan
seterusnya, penyerahan Buku KPI kepada Yang Amat Berhormat Ketua
Menteri sebagai simbolik komitmen sebelas (11) Kementerian Negeri
4
dan Jabatan Ketua Menteri termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
(DBKK) dan Yayasan Sabah yang telah menyediakan inisiatif dan KPI
masing-masing untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Sabah
terhadap hasil dan manfaat pembangunan dapat disampaikan kepada
golongan sasar mengikut bidang keberhasilan pelbagai kementerian;
Kedua - Persidangan Perkhidmatan Awam ;
Ketiga - Pameran Inovasi Perkhidmatan Awam ;
Keempat – Program Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat ;
dan yang akhir sekali Kelima – Majlis Meraikan Persaraan Ketua-Ketua
Jabatan Negeri; dan Majlis Meraikan Persaraan Penjawat Awam Negeri.
7. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Jemaah Menteri Negeri Sabah,
sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri sukalah saya mengambil
kesempatan ini sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri bersama seluruh anggota
Perkhidmatan Awam Negeri menyatakan ikrar dan taat setia kami yang tidak
berbelah bagi kepada kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk
menerajui tampuk Kerajaan Negeri Sabah.
5
8. Sesungguhnya sistem demokrasi berparlimen yang mana pemilihan
tampuk kerajaan dilakukan melalui pilihanraya umum adalah suatu sistem
yang terbaik dan ianya sudah teruji sebanyak 14 kali siri pilihanraya.
Walaupun kita telah menyaksikan sejarah siri penggantian tampuk kepimpinan
dan kerajaan di Negeri Sabah tetapi sektor perkhidmatan awam tetap menjadi
komponen terpenting dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen.
Perkhidmatan awam merupakan nadi penting kerajaan, dalam merealisasikan
aspirasi dan kehendak rakyat yang dizahirkan melalui mandat yang diperolehi
melalui pilihanraya umum.
9. Peranan dan tugas perkhidmatan awam dibuktikan dengan komitmen
yang konsisten dan berterusan melalui pelaksanaan Rancangan Lima Tahun
Kerajaan yang sudah mencapai sebelas kali Rancangan 5 tahun
Pembangunan Malaysia. Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11.
Sebagai anggota penggubal dan pelaksana aspirasi kerajaan, kami anggota
perkhidmatan awam juga dituntut untuk melaksanakannya dengan cekap dan
berkesan kerana akhirnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Menteri-
6
Menteri dan seluruh anggota Pentadbiran Kerajaan akan disoal dan ditanya di
Dewan Undangan Negeri. Setiap sidang Dewan Rakyat dan Sidang Dewan
Undangan Negeri beratus-ratus soalan dikemukakan untuk dijawab oleh
kerajaan. Ini bermakna tiada siapa pun dari kalangan kita samada YB Menteri,
Pembantu Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Persekutuan,
Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai tinggi, kakitangan sokongan
semua kita akan ditanya dan dipertanggungjawabkan untuk menjawap apa
yang telah kita laksanakan.
10. Oleh hal yang demikian, komitmen YAB Ketua Menteri untuk
menunaikan sebahagian besar dari aspirasi rakyat yang telah memberi mandat
kepada kerajaan pagi ini dilancarkan Buku (KPI) Bidang Keberhasilan Utama
Negeri dan ini adalah bukti kerajaan mahu segala yang bakal dilakukan atau
dilaksanakan mestilah suatu yang terukur dan jelas ‘outcome’ dan impaknya
kepada rakyat dan Negeri Sabah secara keseluruhannya.
7
Kapasiti Anggota Perkhidmatan Awam Negeri
11. Berdasarkan kepada rekod, kapasiti anggota Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah sejak tahun 2007 telah berkurang sebanyak 13%. Dimana pada
tahun 2007 kapasiti anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah mempunyai
24,283 orang pegawai berbanding pada tahun 2018 iaitu seramai 21,020 orang
pegawai.
12. Ini adalah disebabkan Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan mengenai
Perkhidmatan Awam Kejat, Rasionalisasi Saiz Perkhidmatan Awam dan
sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan
sumber manusia. Pendekatan ini adalah berpaksikan kepada produktiviti dan
penggunaan sumber manusia secara optimum.
13. Sejajar dengan itu, Perkhidmatan Awam Negeri perlu mempunyai
penjawat awam yang kompeten, berprestasi tinggi serta berkhidmat
dengan efisien dan efektif untuk membangunkan negeri Sabah.
8
14. Kita bukan sahaja perlu meneruskan momentum kecemerlangan, malah
melaksanakan perubahan secara menyeluruh dan berterusan mencakupi
semua agensi kerajaan negeri. Pada masa yang sama, impak positif yang
terhasil hendaklah bebas daripada isu-isu integriti yang menjejaskan
keberkesanan sistem penyampaian dan imej perkhidmatan awam.
Sehubungan itu, tema Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2018
menekankan konsep ‘SINERGI INOVASI KE ARAH REFORMASI
PERKHIDMATAN AWAM’ dengan bercirikan perkhidmatan awam yang
berprestasi tinggi, perkhidmatan awam berintegriti, penetapan KPI yang
terukur dan bijak dalam menangani cabaran.
Pentadbiran Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
15. Sejarah secara konsisten telah menyaksikan Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah sentiasa dinamik dan telah turut mengadaptasi dan
menangani perubahan-perubahan yang berlaku sejak tahun 1963 melalui
peningkatan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran dengan Pemantapan
9
Nilai-Nilai Murni, Pembudayaan Kualiti Dan Produktiviti, Gerakan Budaya Kerja
Cemerlang, Reinventing Government, Pemodenan dan Transformasi.
16. Inovasi dan transformasi adalah antara dua (2) perkara yang tidak dapat
dipisahkan yang kini diberi perhatian dalam memacu strategi-strategi
pelaksanaan bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada
masa hadapan.
17. Setiap warga perkhidmatan awam adalah agen dan pemangkin
perubahan melalui pendekatan Fast Forward atau Pantas Ke Hadapan dalam
setiap apa jua bentuk gerak kerja yang perlu diambil ke atas amanah yang
dipertanggungjawabkan.
18. Inovasi yang berterusan diperlukan dalam mencorakkan kejayaan ke
arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Penjawat awam mesti
peka dan sentiasa bersedia untuk berubah. Kalau kita tidak berupaya
merubah ‘mind set’, sikap, tabiat dan amalan kita, maka kita akan ketinggalan
kerana kemajuan dan perubahan di sekeliling kita cukup deras dan pantas.
10
‘Disruptions’ dan ‘advancement’ samada dibidang sains dan tekonologi hingga
kepada perubahan iklim dunia menuntut kecekalan dan kesediaan kita secara
total dan tiada langkah untuk mundur.
19. Revolusi Industri, Revolusi Digital turut berkembang pesat.
Perkhidmatan Cloud Storage, perkembangan Digital Economy, Data Raya
atau Big Data menuntut Pengurusan Sumber Manusia untuk lebih kritikal,
pantas menyesuaikan diri dengan pembelajaran dan memperolehi
pengetahuan dan kemahiran yang terkini atau mutakhir dan berterusan.
20. Melihat kepada perkembangan teknologi yang semakin pesat ini, ia telah
mendorong sebahagian besar Kementerian / Jabatan / Pejabat Daerah / Pihak
Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun melaksanakan inisiatif digital kerana
mengejar kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan atau pelayanan kepada
orang ramai.
11
PENGUKUHAN PERANAN PENJAWAT AWAM
21. Justeru, perkhidmatan awam memerlukan penjawat awam yang mampu
berfikir ke hadapan, berpandangan jauh, memiliki budaya kesegeraan,
perkhidmatan berasaskan keberhasilan, kualiti dan produktiviti dengan
mengamalkan nilai-nilai integriti dan profesionalisme yang tinggi.
22. Kita memerlukan penjawat awam yang mempunyai keupayaan untuk
meneroka masa depan dengan imaginasi dan kebijaksanaan. Kita
memerlukan jiwa penjawat awam yang bertanggungjawab, bukan hanya
mampu mengadaptasi perubahan, sebaliknya mencipta peluang untuk
masa depan yang gemilang.
23. Peranan penjawat awam tidak terhad sebagai fasilitator / pemudah cara
kepada keperluan rakyat sahaja ataupun sebagai perancang, pembuat
keputusan, pelaksanaan, pemantauan dan sebagainya tetapi hendaklah
bertindak lebih daripada itu. Setiap inci tindakan yang diambil perlu ada
12
sensitiviti dan kematangan dan dizahirkan melalui keputusan dan
perlakuan yang terbaik.
24. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya untuk mengulangi
ikrar taat setia dan komitmen kami yang tidak berbelah bagi untuk
melaksanakan apa jua aspirasi, dasar, program dan aktiviti yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.
25. Para hadirin sekalian, sesungguhnya ingin saya nyatakan di sini, kita
bertuah dan merasa istimewa sekali kerana dipimpin oleh Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Panglima sebagai Ketua Menteri yang bukan sahaja
sarat dengan pengalaman yang luas di dalam pentadbiran negara tetapi Yang
Amat Berhormat Datuk Seri Panglima mempunyai kecekalan dan daya juang
yang kuat.
13
26. Setiap butir kata yang keluar dari mulut Yang Amat Berhormat Datuk Seri
Panglima di dalam banyak siri pertemuan dengan rakyat di merata negeri
adalah merupakan manifestasi kesungguhan dan keikhlasan Yang Amat
Berhormat untuk Melestarikan Kemajuan Dan Kemakmuran Negeri Sabah.
27. Oleh itu marilah berikan satu tepukan gemuruh untuk Yang Amat
Berhormat Ketua Menteri kita.
PENUTUP
28. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri berserta seluruh ahli jawatankuasa
beliau, semua Setiausaha Tetap Kementerian, Unit Penyampaian
Perkhidmatan Jabatan Ketua Menteri dan semua pihak yang terlibat kerana
telah berjaya menghasilkan Buku Petunjuk Prestasi Utama Kerajaan Negeri
Sabah.
14
29. Saya berharap 10 Bidang Keberhasilan Utama Negeri yang lahir
daripada ekspektasi dan kehendak rakyat dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan.
30. Saya percaya dan yakin bahawa kita berupaya untuk melaksanakannya
sebagai satu pasukan yang pantas bergerak ke hadapan berlandaskan
integriti.
31. Para hadirin sekalian, jika kita redha dengan menyerahkan seluruh
tenaga dan pemikiran, jiwa dan raga kita kepada Negeri Sabah
insya-Allah, Tuhan akan bersama kita untuk melestarikan kemajuan dan
kemakmuran Negeri Sabah.
Sekian,
Wabillahi Taufik Wal Hidayah,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.