TEKS UCAPAN TNC

2
TEKS UCAPAN TNC Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat allah swt yang tidak putus-putus bermurah hati memanjangkan usia, mengurniakan kesempurnaan akal, menganugerahkan kesihatan jasad dan memberikan keupayaan hingga membolehkan kita semua sekali lagi berhimpun dan bertemu dalam majlis santapan malam ini. Y.bhg prof. dr zulkepli bin buang, dekan hal ehwal pelajar dan dan ahli jawatankuasa pelaksana majlis makan malam jasamu dikenang. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pelajar program ISMP Awal Kanak-Kanak kerana mengundang saya pada majlis ramah mesra ini. Aktiviti seperti ini juga akan dapat meningkatkan ikatan persaudaraan antara saudara-saudari dengan rakan-rakan pasca siswazah yanglain. pada hari-hari biasa kemungkinan kita sentiasa sibuk dengan tugasan yang diberikan dan tidak dapat bertemu atau bertanya khabar kerana menumpukan perhatian terhadap pengajian dan pembelajaran yang ada. namun dengan adanya aktiviti seperti ini kita dapat bertanya khabar dan saling bertukar pandangan tidak sahaja dalam aspek akademik tetapi juga dalam kehidupan seharian. Suka saya selitkan di sini sebagai mahasiswa, setiap pelajar mestilah menganggap penganjuran program ini bukan sekadar membuang masa sebaliknya saya amat berharap agar anda semua menjadikan pengalaman untuk menyertai program seumpama ini sebagai peluang yang mungkin tidak dapat diperolehi di masa akan datang sekali gus terus bersemangat menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjemput saya ke majlis ini. Saya berharap saudara-saudari memperolehi kejayaan dan bergelar graduan pasca siswazah sama ada pada peringkat sarjana dan doktor falsafah. dengan ilmu yang diperolehi itu, saya mendoakan kejayaan saudara saudari dalam bidang kerjaya dan kehidupan masing- masing.

description

TEKS UCAPAN TNC

Transcript of TEKS UCAPAN TNC

Page 1: TEKS UCAPAN TNC

TEKS UCAPAN TNC

Bismillah hirrahman nirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat allah swt yang tidak putus-putus bermurah hati memanjangkan usia, mengurniakan kesempurnaan akal, menganugerahkan kesihatan jasad dan memberikan keupayaan hingga membolehkan kita semua sekali lagi berhimpun dan bertemu dalam majlis santapan malam ini.

Y.bhg prof. dr zulkepli bin buang, dekan hal ehwal pelajar dan dan ahli jawatankuasa pelaksana majlis makan malam jasamu dikenang.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pelajar program ISMP Awal Kanak-Kanak kerana mengundang saya pada majlis ramah mesra ini.

Aktiviti seperti ini juga akan dapat meningkatkan ikatan persaudaraan antara saudara-saudari dengan rakan-rakan pasca siswazah yanglain. pada hari-hari biasa kemungkinan kita sentiasa sibuk dengan tugasan yang diberikan dan tidak dapat bertemu atau bertanya khabar kerana menumpukan perhatian terhadap pengajian dan pembelajaran yang ada. namun dengan adanya aktiviti seperti ini kita dapat bertanya khabar dan saling bertukar pandangan tidak sahaja dalam aspek akademik tetapi juga dalam kehidupan seharian.

Suka saya selitkan di sini sebagai mahasiswa, setiap pelajar mestilah menganggap penganjuran program ini bukan sekadar membuang masa sebaliknya saya amat berharap agar anda semua menjadikan pengalaman untuk menyertai program seumpama ini sebagai peluang yang mungkin tidak dapat diperolehi di masa akan datang sekali gus terus bersemangat menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.

Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjemput saya ke majlis ini. Saya berharap saudara-saudari memperolehi kejayaan dan bergelar graduan pasca siswazah sama ada pada peringkat sarjana dan doktor falsafah. dengan ilmu yang diperolehi itu, saya mendoakan kejayaan saudara saudari dalam bidang kerjaya dan kehidupan masing-masing.

Tenang-tenang air di laut,

sampan kolek mudik ke tanjung,

hati terkenang mulut menyebut

budi yang baik rasa nak junjung

sekian, terima kasih

wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh