TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS...
Transcript of TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS...
1
TEKS UCAPAN
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
11 NOVEMBER 2018 (AHAD)
2
12.00 TENGAHARI
MOTEL DESA, KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamulaikum WBT dan Salam
Sejahtera
3
Terima Kasih Pengacara Majlis
[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA]
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian.
4
1. Pertamanya, marilah kita
bersama-sama mengucapkan
syukur ke hadrat ALLAH S.W.T.
kerana masih lagi memberi peluang
untuk kita meningkatkan ilmu
dalam “Bengkel Pemantapan
Koperasi OKU” pada hari ini.
5
2. Saya mengucapkan tahniah
dan syabas kepada tuan-
tuan/puan-puan yang telah
mengambil peluang ini dalam
usaha memantapkan lagi koperasi
dan diri tuan-tuan/puan-puan.
6
3. Sekalung tahniah juga
kepada pihak penganjur, Sektor
Komuniti yang telah berjaya
menjayakan program ini.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
7
4. Selaras dengan
kesamarataan dan sifat berdikari
koperasi, ANGKASA sentiasa
mahukan semua lapisan
masyarakat mendapat manfaat
melalui koperasi. Satunya yang kita
perjuangkan yakni – koperasi dan
anggota-anggota koperasi
8
sepenuhnya berdikari tanpa
mengharapkan bantuan orang lain,
malah dapat memberi sumbangan
yang besar kepada masyarakat
dan negara.
5. Gerakan koperasi di Malaysia
merupakan sektor yang besar yang
9
harus dibanggakan dan
ditingkatkan pencapaiannya.
Berdasarkan statistik SKM sehingga
30 Jun 2018, terdapat lebih 14,000
koperasi dengan keanggotaan
melebihi 6 juta orang; syer/yuran
melebihi RM 14 bilion; aset lebih
RM140 bilion dan perolehan
10
menyumbang lebih RM22 bilion.
Menjelang 2020, kerajaan
mensasarkan sektor koperasi
menyumbang RM50 bilion kepada
KDNK negara dan 50 peratus rakyat
dewasa negara ini menjadi
anggota koperasi tanpa mengira
kedudukan mereka.
11
6. Menerusi Kajian Semula DKN,
skop OKU telah diwujudkan untuk
digalakkan penubuhannya di
bawah Sektor Komuniti. Ini penting
bagi melahirkan masyarakat OKU
yang berdikari, meningkatkan taraf
hidup dan ekonomi mereka
mengikut arus perdana.
12
7. ANGKASA berhasrat
memastikan kelompok OKU dapat
menikmati kehidupan yang sama
dengan golongan lain di negara ini.
Hasrat ini akan tercapai dengan
komitmen dan kesungguhan
daripada semua OKU, koperasi OKU
dan anggota-anggotanya.
13
8. Sehingga Jun 2018, terdapat
19 buah koperasi OKU dengan
keanggotaan berjumlah 893 orang,
syer/yuran lebih RM175,000; aset
lebih RM823,000 dan perolehan
melebihi RM200,000.
14
9. Bilangan OKU yang menyertai
koperasi masih kecil jika
dibandingkan dengan bilangan
OKU dengan JKM. Sehingga akhir
Februari 2018 yang berjumlah
460,893 orang. Ini bermakna hanya
0.19 % OKU yang menyertai
koperasi.
15
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
10. Menerusi kerjasama
dengan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, ANGKASA
berhasrat untuk menggalakkan
penyertaan dan penubuhan lebih
16
banyak koperasi OKU. Ini penting
bagi memastikan mereka
mendapat kesaksamaan hak dan
peluang untuk menjalani
kehidupan seperti anggota
masyarakat yang lain.
17
11. Menerusi koperasi, OKU
dapat bekerjasama secara
berkelompok dalam menjalankan
aktiviti mengikut kemahiran dan
kemampuan yang ada. Melalui
koperasi juga, ANGKASA bersedia
menyediakan pelbagai peluang
pembelajaran dan kemahiran
18
untuk OKU meningkatkan
kemahiran.
12. Saya mengharapkan OKU
yang hadir pada hari ini dapat
menarik OKU lain menyertai dan
menubuh koperasi. Dalam hal ini,
ANGKASA bersedia membantu.
19
13. Akhir kata, sekali lagi saya
mengucapkan terima kasih kepada
semua yang hadir. Harapan saya,
agar ilmu yang diperolehi hari ini
dapat memberi manfaat kepada
diri tuan/puan dan koperasi anda
semua.
20
14. Saya dengan lafaz suci
bismillahirrahmanirrahim
merasmikan PENUTUP BENGKEL
PEMANTAPAN KOPERASI OKU pada
hari ini.
Sekian, terima kasih.
21
Wabillahitaufik wal hidayah,
Assalamualaikum w.b.t.