TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ...
Transcript of TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ...
2
PERASMIAN PROGRAM “BUSINESS
TALK – PELUANG PERNIAGAAN
UNTUK KOPERASI” ANJURAN JPAN
WILAYAH PERSEKUTUAN
PADA
3
14 MAC 2017 (SELASA), 9.30 PAGI,
PUSAT BELIA ANTARABANGSA
Bismilahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam
1Koperasi
4
Yang Saya Hormati Pengacara
Majlis
YBhg. Dato’ Hj. Ismail Nordin,
Pengerusi Perhubungan
ANGKASA Wilayah Persekutuan
dan Barisan Ahli
Jawatankuasanya
5
Ketua-Ketua Jabatan
Datuk-Datuk dan Datin-Datin,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Para
Hadirin dan Hadirat Yang Saya
Hormati Sekalian.
6
1. Saya mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih
kepada pihak Perhubungan
ANGKASA Wilayah Persekutuan
yang menjemput saya dan
7
memberi kesempatan
menyampaikan sepatah dua kata
di majlis ini.
2. Saya mengucapkan syabas
dan tahniah kepada JPAN
8
Wilayah Persekutuan yang telah
mengambil inisiatif bermakna
menganjurkan ”Business Talk –
Peluang Perniagaan Untuk
Koperasi” yang diharapkan dapat
9
merancakkan dan
memperkasakan lagi perniagaan
koperasi. Sesungguhnya, koperasi
amat memerlukan program
seumpama ini, bagi memberi
idea-idea baru dan membuka
11
3. Sebagai badan puncak
gerakan koperasi yang telah
diamanahkan untuk merangsang
perniagaan koperasi melalui
Deklarasi Putrajaya, ANGKASA
telah berusaha untuk membantu
12
koperasi meningkatkan
perniagaan mereka sama ada
melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan ANGKASA menerusi
Sektor-Sektor dan juga kerjasama
13
strategik antara anak syarikat
ANGKASA, MyANGKASA Holding
Sdn Bhd dengan syarikat-syarikat
luar yang juga memberi impak
peluang perniagaan kepada
koperasi-koperasi.
14
4. Menerusi Sektor Hartanah dan
Industri Binaan, ANGKASA akan
menganjurkan Peogram
Pengukuhan, Jaringan
Perniagaan dan Mini Expo
15
Hartanah dan Industri Binaan
mengikut Zon. Pada 19 – 21 Mac
2017 akan berlangsung untuk Zon
Pantai Timur di Kota Bharu,
Kelantan. Program ini melibatkan
koperasi-koperasi dan syarikat-
16
syarikat yang terlibat dalam
industri hartanah, pembekalan
bahan binaan dan pembiayaan
projek. Program ini dijangkakan
merancakkan lagi aktiviti
17
hartanah koperasi menerusi
jaringan perniagaan, pameran
dan promosi jualan.
5. Program ini bakal dianjurkan
juga di 5 zon lagi – Zon Tengah
18
(Selangor dan Wilayah
Persekutuan); Zon Selatan (Johor,
Melaka dan Negeri Sembilan); Zon
Sarawak; Zon Sabah; dan Zon
Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang).
19
Saya berharap, koperasi-koperasi
yang terlibat dan berminat
menceburi aktiviti hartanah
bolehlah mengambil kesempatan
ini.
20
6. Bagi merangsang koperasi-
koperasi yang terlibat dalam
pelancongan, kesihatan dan
penjagaan diri, ANGKASA
mengambil inisiatif mewujudkan
21
jaringan bagi memudahkan
koperasi, anggota koperasi dan
masyarakat umum mengakses
perkhidmatan yang ditawarkan
koperasi. Misalnya jaringan
perkhidmatan hotel-hotel milik
22
koperasi yang disertai 11 koperasi.
Impak kewangan jaringan
CoopHotel pada 2016
menyumbang perolehan RM8.3
juta. Jaringan yang sama juga
23
diwujudkan untuk homestay di
bawah jenama CoopStay;
CoopSpa; dan CoopDialisis.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
24
7. Bagi koperasi yang berminat
untuk menyediakan
perkhidmatan dialisis kepada
pesakit-pesakit buah pinggang,
ANGKASA bersedia membantu
25
memberi khidmat nasihat
menggunakan model
MyANGKASA Dialisis di Termeloh
Pahang yang telah mencapai
kejayaan membanggakan. Pada
2015, pusat dialisis ini telah
26
menjana perolehan RM1.2 juta
dan 2016, RM 1.3 juta.
MyANGKASA Dialisis telah berjaya
membantu membimbing Koperasi
Pekebun Kecil Wilayah Johor
27
Selatan membuka pusat dialisis
dan telahpu beroperasi pada
2015.
8. Subsidiari ANGKASA,
MyANGKASA Holding juga
28
mempunyai produk-produk yang
baik untuk dikongsi dengan
koperasi-koperasi yang berminat
untuk menjalankan kerjasama
strategik seperti MyANGKASA
29
Amanah yang terlibat dalam
perancangan harta (wasiat),
pentadbiran harta (pusaka),
hibah dan pemegang amanah.
Sehingga kini, MyANGKASA
Amanah telah mempunyai 24
30
rakan strategik (agen) di seluruh
Malaysia melibatkan 6 koperasi, 2
institusi kewangan dan 4 GLC.
Terbaru kerjasama strategik
dimenterai dengan Pos Malaysia
31
terpilih di seluruh Malaysia. Melalui
kerjasama itu, pos menjadi agen
pemasaran perkhidmatan produk
wasiat dan rujukan pusaka.
32
9. MyANGKASA Mukmin produk
perkhidmatan pengurusan
jenazah antara yang mendapat
sambutan memberangsangkan
terutamanya daripada koperasi
33
kariah masjid. Ia membabitkan
perkhidmatan pengurusan
jenazah tanpa tunai, pengurusan
harta pusaka serta perlindungan
takaful kepada ahli dan waris.
Berbeza dengan pengurusan
34
khairat kematian, MyANGKASA
Mukmin turut menguruskan
kematian ahlinya di luar kawasan
kariah, termasuk luar negara yang
35
membabitkan urusan membawa
pulang jenazah ke Malaysia.
10. Bagi koperasi yang
berminat boleh menjadi agen
untuk menjual produk
36
MyANGKASA Mukmin dan
MyANGKASA Pasti (Set
Kelengkapan Jenazah). Sehingga
2015, MyANGKASA Holding telah
melantik 5 koperasi sebagai
37
pengedar kit ini di 4 buah negeri
dan 11 koperasi sebagai agen.
11. Bagi meluaskan pemasaran
produk-produk koperasi ke
peringkat antaabangsa Asean
38
Cooperative Organization (ACO)
dengan kerjasama MyANGKASA
Holding telah melancarkan portal
e-dagang yang dikenali sebagai
Shopeera yang menyediakan
39
platform atas talian memfokuskan
kepada Customer to Customer
Trade (c2c trade). ACO berhasrat
untuk menjadikan Shopeera
sebagai “market place” dengan
menambah nilai interaksi media
40
sosial (social media interaction)
dalam memasarkan produk-
produk dan perkhidmatan
gerakan koperasi di Malaysia dan
rantau ASEAN.
41
15. Saya mengharapkan
program ini dapat membuka
minda untuk meneroka peluang-
peluang perniagaan baru dan
memperkasakan perniagaan
koperasi. Saya dengan lafaz
42
Bismillahirrahmanirahim
merasmikan ”Busines Talk –
Peluang Perniagaan Untuk
Koperasi” anjuran JPAN Wilayah
Persekutuan.