Teks MC Majlis Perpisahan

7
MAJLIS PERPISAHAN PENSYARAH TEKS PENGERUSI MAJLIS ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN Peringatan Cue : Peringatan kepada semua hadirin. Semua telefon bimbit hendaklah dimatikan ataupun menggunakan isyarat getar sepanjang berlangsungnya majlis ini. Semua hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu kehormat. Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai. Terima kasih. Ketibaan Tetamu Kehormat dan Nyanyian Lagu Negaraku Cue : Apabila Cue diberikan, tetamu masuk ke dewan. Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha, Encik Halik bin Wang, Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Diiringi oleh, Yang Dihormati, .............................................................................. ........... .............................................................................. ........... Yang Diraikan, Puan Noor Liza binti Abdullah, Pensyarah

Transcript of Teks MC Majlis Perpisahan

Page 1: Teks MC Majlis Perpisahan

MAJLIS PERPISAHAN PENSYARAH

TEKS PENGERUSI MAJLIS

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN

Peringatan Cue : Peringatan kepada semua hadirin.

Semua telefon bimbit hendaklah dimatikan ataupun

menggunakan isyarat getar sepanjang berlangsungnya

majlis ini.

Semua hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja

Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu

kehormat.

Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai. Terima

kasih.

Ketibaan

Tetamu

Kehormat dan

Nyanyian

Lagu

Negaraku

Cue : Apabila Cue diberikan, tetamu masuk ke

dewan.

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berusaha,

Encik Halik bin Wang, Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,

Diiringi oleh,

Yang Dihormati,

.........................................................................................

.........................................................................................

Page 2: Teks MC Majlis Perpisahan

Yang Diraikan,

Puan Noor Liza binti Abdullah, Pensyarah Jabatan

Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus

Tun Abdul Razak.

Pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, para

pelajar dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur.

Cue : Selepas tetamu kehormat duduk.

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Pengenalan

Majlis

Cue : Setelah hadirin duduk.

Sidang hadirin,

Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dahannya berduri,

Terima kasih daun keladi,

Kerana sudi menghadirkan diri.

Selamat datang ke Majlis Perpisahan Yang Diraikan

Puan Noor Liza binti Abdullah, Pensyarah Jabatan

Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus

Tun Abdul Razak bagi tahun 2014.

Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita berhimpun

dan dipertemukan dalam majlis yang penuh bermakna

ini.

Page 3: Teks MC Majlis Perpisahan

Bacaan Doa Cue : Setelah pembaca doa bersedia.

Menandah tangan tanda kerendahan

Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan

Doa dipohon penuh pengharapan

Agar majlis mendapat keberkatan

Hadirin sekalian, bagi memohon keberkatan majlis kita

pada petang ini, majlis mempersilakan saudara

Mohammad Khalid bin Arshat bagi mengetuai bacaan

doa.

Majlis mempersilakan dengan hormat dan takzimnya.

Cue : Setelah selesai bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan

doa sebentar tadi.

Ucapan

Ketua

Jabatan

Cue : Setelah Ketua Jabatan bersedia.

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Bicara kata disusun rapi,

Pelengkap acara ucapan dipatri.

Selangkah ke arah agenda yang pertama, majlis

dengan ini menjemput Yang Berusaha, Encik Halik bin

Wang, Ketua Jabatan Pengajian Melayu untuk

menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya

mempersilakan.

Page 4: Teks MC Majlis Perpisahan

Cue : Setelah ucapan selesai.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan

yang disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Yang

Diraikan

Sidang hadirin,

Sudah biasa kita dengari

Patah tumbuh hilang berganti

Namun tak sama dengan yang ini

Tak mungkin ada galang ganti.

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Noor Liza binti

Abdullah untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis

dengan segala hormatnya mempersilakan.

Cue : Setelah ucapan selesai.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Puan Noor Liza binti Abdullah atas

ucapan yang sungguh bermakna sebentar tadi.

Banyak duri perkara duri

Tidak sama duri mengkuang

Banyak budi perkara budi

Tidak sama budimu seorang

Malam hari berlagu unggas

Memecah kesunyian di dalam hutan

Walaupun terpisah tempat dan tugas

Budimu puan dalam ingatan

Page 5: Teks MC Majlis Perpisahan

Persembahan Cue : Selepas persembahan selesai.

Penyampaian

Hadiah

Sidang hadirin yang dikasihi,

Kain songket cantik kilauan

Ditenun oleh orang kemaman

Tak terbalas budimu puan

Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

Bias luahan buat titipan,

Rona curahan jadikan sisipan,

Kenangan abadi teguh di ingatan,

Sematkan di hati buat tatapan.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah

sebagai tanda kenang-kenangan. Dengan ini dijemput,

Puan Noor Liza binti Abdullah untuk naik ke atas pentas

bagi menerima hadiah tersebut.

Cue : Setelah AJK Cenderahati bersedia.

Dijemput :

........................................................................................

........................................................................................

........................................................................................

........................................................................................

........................................................................................

........................................................................................

........................................................................................

........................................................................................

........................................................................................

........................................................................................

Siapa yang

memberikan

sijil dan

cenderahati??

Page 6: Teks MC Majlis Perpisahan

Cue : Setelah selesai penyampaian cenderahati.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas penyampaian

hadiah sebagai tanda kenang-kenangan sebentar tadi.

Majlis Tamat Hadirin dan hadirat,

Tiba waktunya untuk menyusun jemari membuang

segala kerikil bersalut di hati. Maaf andai ada silap dan

salah tanpa disedari.

Kepada Puan Noor Liza binti Abdullah,

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,

Sapalah kami andai mesra akrab berpadu,

Selamat bertugas di tempat yang baru,

Semoga Tuhan sentiasa memberkatimu.

Dengan ini, tamatlah sudah majlis kita pada petang ini,

semoga hari ini akan menjadi satu ingatan yang paling

bermakna buat kita semua.

Dari mana asalnya usah diusul

Molek budinya menambat hati

Dua tiga bicara salah tersasul

Jangan disimpam di dalam hati

Ubi manis ubi keladi

kalau ada ditambah lagi 

sekiranya umur panjang direstui

kita pasti berjumpa lagi

Page 7: Teks MC Majlis Perpisahan

Sekian,

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum

Warrahmatullahi Wabarrakatuh.