TEKS MC

8
TEKS PENGACARA MINGGU MUZIK PERTANDINGAN NYANYIAN, GERAKAN PERKUSI DAN NYANYIAN SOLO TARIKH : 11, 12 DAN 13 OGOS 2015 TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATO’ PALEMBANG BIL PENGACARA ANN CATATAN Ikha Perhatian kepada semua murid, anda diminta untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Terima kasih. Atie Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis Irama beralun gendang dipalu, Langkah diayun berpasang-pasangan, 56 tahun telah berlalu, Malaysia megah menyambut kemerdekaan. Bismillahirahmannirrahim....Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Dihormati Tuan Haji Ismail bin Puteh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tedong Yang Berusaha En Rahman Bin Siran, Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Fazari Bin Ali, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Daud Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Barisan guru berdedikasi Sekolah Kebangsaan Tedong, Staf-staf sokongan, Dan murid-murid yang dikasihi sekalian Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana di atas limpah kurnia Nya dapat kita sama-sama berkumpul bagi memeriahkan Majlis Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong. Ikha Sebelum tirai persembahan dibuka, izinkan saya memperkenalkan barisan hakim yang akan mengadili majlis nyanyian lagu patriotik kita pada hari ini. Yang pertama Tn Haji Abdul Raof bin Abbas selaku ketua hakim. Kedua En Fazari Bin Ali, ketiga En Rahman Bin Siran dan yang

description

teks mc

Transcript of TEKS MC

Page 1: TEKS MC

TEKS PENGACARAMINGGU MUZIK

PERTANDINGAN NYANYIAN, GERAKAN PERKUSI DAN NYANYIAN SOLOTARIKH : 11, 12 DAN 13 OGOS 2015

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATO’ PALEMBANG

BIL PENGACARA ANN CATATAN

Ikha Perhatian kepada semua murid, anda diminta untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Terima kasih.

Atie Dari Raub pergi ke PontianTerus pula ke Kuala PerlisHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan Majlis

Irama beralun gendang dipalu,Langkah diayun berpasang-pasangan,56 tahun telah berlalu,Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Bismillahirahmannirrahim....Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Dihormati Tuan Haji Ismail bin Puteh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tedong

Yang Berusaha En Rahman Bin Siran, Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Fazari Bin Ali, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, EnDaud Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru berdedikasi Sekolah Kebangsaan Tedong,Staf-staf sokongan,Dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana di atas limpah kurnia Nya dapat kita sama-sama berkumpul bagi memeriahkan Majlis Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong.

Ikha Sebelum tirai persembahan dibuka, izinkan saya memperkenalkan barisan hakim yang akan mengadili majlis nyanyian lagu patriotik kita pada hari ini.Yang pertama Tn Haji Abdul Raof bin Abbas

Page 2: TEKS MC

selaku ketua hakim. Kedua En Fazari Bin Ali, ketiga En Rahman Bin Siran dan yang terakhir Encik Daud Bin Ahmad.

Ikha

Ikha

Atie

Atie

Ikha

Ikha

Atie

Atie

ikha

Majlis Nyanyian Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong dimulakan dengan menjemput peserta pertama yang terdiri daripada kanak-kanak cilik Prasekolah dengan pilihan lagu bertajuk Keranamu Malaysia. Dipersilakan.

Majlis diteruskan dengan menjemput murid-murid dari Tahun 1 Bestari yang akan mendendangkan lagu bertajuk Nyalakan Tekad. Dipersilakan.

Peserta seterusnya yang akan mengambil tempat di atas pentas bakal menyampaikan sebuah lagu ciptaan asal Allyarham Sudirman Hj Arshad. Oleh itu, dijemput murid-murid tahun 1 Bestari dengan lagu 31 Ogos.

Kehangatan majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan murid-murid dari tahun 2 Bestari yang akan mempertaruhkan lagu bertajuk Keranamu Malaysia. Dipersilakan.

Peserta seterusnya telah memilih untuk mendendangkan lagu berjudul Jalur Gemilang. Untuk maksud itu dipersilakan murid-murid dari Tahun 2 Bijak ke pentas pertandingan. Dipersilakan.

Kini tibalah giliran peserta dari tahun 3 Bestari untuk bersedia di atas pentas bagi menyampaikan lagu bertajuk Warisan. Dipersilakan.

Kemeriahan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini diteruskan dengan menjemput murid-murid tahun 4 Bestari yang bakal mempersembahkan lagu pilihan mereka bertajuk Prajurit Tanah Air. Dipersilakan.

Peserta seterusnya telah memilih untuk menyampaikan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Dengan itu dipersilakan murid-murid tahun 4 Bijak dengan lagu berjudul Warisan.

Peserta seterusnya yang bakal menghangatkan lagi pentas pertandingan kita pada hari ini telah memilih untuk menyampaikan medley Standing In The Eyes of The World dan Nyalakan Tekad. Oleh itu, dipersilakan murid-murid tahun 5 Bestari untuk

Page 3: TEKS MC

Ikha

Atie

Atie

Atie

bersedia di atas pentas.

Tanpa melengahkan masa, dijemput pula murid-murid tahun 5 Bijak yang akan mempersembahkan lagu pilihan mereka bertajuk Warisan. Dipersilakan.

Setelah sekian lama bersedia, kini tibalah giliran murid-murid lelaki tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tedong untuk mencuba nasib di atas pentas pertandingan dengan mempertaruhkan lagu pilihan mereka yang bertajuk Malaysia Baru. Dipersilakan.

Peserta terakhir kita pada hari ini telah memilih untuk menyampaikan lagu bertajuk Setangkai Mawar. Oleh itu, dipersilakan barisan puteri tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tedong ke pentas pertandingan.

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka tamatlah sudah pertandingan nyanyian Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong. Acara pada hari ini diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan. Oleh itu, hadirin diminta bersedia.

Ikha Sebelum tersasar tujuan bersua,Sebelum lidah tersasul bahasa,Mari berdoa kepada yang Esa,Mohon restu yang Maha Kuasa.

Untuk memberkati majlis pada hari ini, dijemput Tuan Hji Saiful Bahari Bin M. Sulaieman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Setelah selesai bacaan doa...........

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ikha Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan Haji Ismail Bin Puteh, guru besar Sekolah Kebangsaan Tedong untuk menyampaikan ucapan Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Tedong Tahun 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Hadirin sekalian, kini tibalah kita ke upacara gimik penutupan Bulan Kemerdekaan. Warga Sk Tedong telah sepakat memilih ubi kayu sebagai simbol dan tema Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada tahun. Pemilihan ini dilakukan

Page 4: TEKS MC

bertujuan untuk memperkenalkan makanan nenek moyang kita semasa zaman penjajahan suatu ketika dahulu.

Oleh itu, dijemput Tuan Guru Besar untuk menyempurnakan upacara gimik penyerahan pokok ubi kayu.

Atie Keputusan pertandingan telah pun berada di tangan saya. Kita mulakan acara penyampaian hadiah sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dengan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan mewarna poster bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Oleh itu dijemput Encik Daud Bin Ahmad, guru penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Senarai pemenang..........Ikha Seterusnya dijemput Encik Fazari Bin Ali, Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan kolaj Tahun 6 .

Atie Acara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan menjemput En Rahman Bin Siran, Guru penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Kuiz Sejarah Kemerdekaan dan Pertandingan Kuiz Silang Kata bagi murid tahun 6.

Ikha Kini kita telah sampai ke kemuncak acara kita pada hari ini. Untuk itu, dijemput, Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ismail Bin Puteh bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah nyanyian lagu patriotik peringkat sekolah kebangsaan tedong.

Senarai pemenangAtie Hadirin sekalian, dengan berakhirnya upacara itu

tadi, maka sempurnalah sudah Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan Tahun 2013 Peringkat sekolah Kebangsaan Tedong.

Songket biru tampak berseri,Tenunan indah buat arjuna,Tersilap bicara harap maafi,Ketemu lagi, di lain acara

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci....................................................

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.

Page 5: TEKS MC

Pagi yang indah penuh ceria.hari yang berbahagia penuh bermaknakita raikan,Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.PerlisYang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.Guru-guru SKPBS, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010. Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan

saya Puan Noranizah Omar, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

TEKS PENGACARAPERTANDINGAN PUISI DAN LAGU

DAERAH KINTA UTARA ZON 2

dewan smk st Michael, ipoh  2 april 2010

Cue setelah mendapat isyarat guru kanan bahasa, pengacara mengumumkanA Acara pertandingan akan dimulakan sebentar lagi. Para peserta dan tetamu

dipersilakan mengambil tempat. Terima kasih.Cue Setelah keadaan tenteram, dan sekali lagi mendapat isyarat guru kanan bahasaB Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Salam puisi

dan lagu!Bagi pihak jawatankuasa pertandingan puisi dan lagu zon 2 daerah Kinta Utara, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tuan puan, dan saudara saudari ke dewan SMK St Michael, Ipoh ini. Moga kehadiran anda semua bakal mengakrabkan hubungan sesama kita warga sekolah zon 2 Daerah Kinta Utara. Di

Page 6: TEKS MC

samping bersaing secara sihat, aktiviti seumpama ini juga berupa proses pembelajaran sebagai persediaan pelajar menempuh kehidupan sosial dan rasmi pada masa hadapan dengan lebih yakin, insya-Allah. Saya, ……………… dan rakan pengacara ………………. memohon untuk memulakan acara pertandingan.

A Yang Berusaha Encik Poon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh, Encik Mohamad Sidik bin Zakaria, Guru Kanan Bahasa SMI merangkap penyelaras pertandingan, hakim pertandingan, guru, peserta, dan seterusnya hadirin yang dimuliakan.  Sebagai pembuka kata majlis pertandingan, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Poon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh selaku tuan rumah menyampaikan sepatah dua kata aluan.

Cue setelah selesai ucapan pengetua, tunggu hingga pengetua mengambil tempatB Terima kasih Encik Poon Chong Chee. Sebelum pertandingan bermula izinkan

saya membacakan peraturan pertandingan. Setiap pasukan tidak melebihi enam orang, dan puisi yang dilagukan hendaklah karya asli pelajar berkenaan. Tema yang ditetapkan ialah "……………………", "………………………", dan "………………………..", dan peserta dibenarkan memilih salah satu daripada tiga tema yang disebutkan. Seyogia diingatkan bahawa perkara sensitif seumpama agama, budaya dan kaum perlu dielakkan.

A Puisi dideklamasikan oleh seorang pelajar sahaja dengan iringan muzik secara langsung (live). Melodi juga merupakan karya asli pasukan. Seterusnya puisi yang sama akan dinyanyikan secara solo (individu) atau berkumpulan, dengan iringan muzik oleh ahli kumpulan yang sama, tanpa menambah, atau mengurangkan perkataan daripada puisi asal. Sebagai makluman, alat muzik iringan yang digunakan mestilah alat muzik akustik, yakni tanpa elektrik (unplug)

B Penggunaan masa bagi kedua-dua aktiviti ialah 6 minit. Setiap satu minit yang lebih akan dipotong 2 markah.Persembahan bagi kedua-dua aktiviti ialah 8 minit. Masa dikira setelah peserta mengambil tempat di atas pentas dan memulakan persembahan. Giliran peserta adalah berdasarkan undian yang telah dibuat.

A Saya dengan ini menjemput para hakim pertandingan, dan penjaga masa mengambil tempat. Dijemput.

Cue Setelah hakim dan penjaga masa mengambil tempatA Izinkan saya memperkenalkan tiga orang panel hakim pertandingan. Yang

pertama, ……………………………………………………….……..selaku ketua hakim. Kedua,………………………………………….. …………………………………………...  Ketiga, ……………………………………………………………………... Keputusan hakim adalah muktamad, dan sebarang bantahan tidak dibenarkan.

B Penjaga masa pertandingan ialah _________________________________. Setelah cukup tempoh masa yang diperuntukkan, penjaga masa akan menekan loceng sebanyak dua kali.

Cue Setelah penjaga masa menekan loceng dua kali sebagai contohA Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Zon 2 Sekolah Menengah Daerah Kinta

Utara tahun 2010 dimulakan dengan menjemput peserta pertama dari SMK ___________________________________

Cue Selesai persembahan peserta pertama, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan

A Demikian persembahan penuh kreativiti peserta pertama. Seterusnya majlis

Page 7: TEKS MC

mempersilakan peserta kedua dari SMK _____________________________________

Cue Selesai persembahan peserta kedua, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan

B Terima kasih. Satu persembahan yang mengkagumkan. Kini tiba giliran peserta ketiga.Peserta dari SMK _______________________________________ dijemput

Cue Selesai persembahan peserta ketiga, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan

B Selain terhibur, persembahan peserta ketiga sebentar tadi menampilkan mesej untuk direnungkan. Nampaknya saingan kian hangat. Hadirin hadirat. Mari kita tumpukan perhatian terhadap persembahan peserta keempat dari SMK ___________________________________________________

Cue Selesai persembahan peserta keempat, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan

A Terima kasih peserta keempat yang merupakan peserta terakhirCue Selesai persembahan peserta terakhir, dan mereka selamat turun pentas.A Dengan berakhirnya persembahan peserta keempat. debaran kian memuncak.

Peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan pertandingan puisi dan lagu Zon 2 sekolah menengah daerah Kinta Utara tahun 2010?  Pasukan manakah yang bakal membawa pengiktirafan berupa sijil daripada Pejabat Pelajaran Daerah? Penglibatan dan pencapaian yang tercatat ialah tanda penyertaan dalam aktiviti kokurikulum peringkat zon.