Teks Juruacara Program Konferasi Waris Dan Penyerahan Slip Pepriksaan Pertengahan Tahun 2014

8
TEKS JURUACARA PROGRAM BERTEMU WARIS DAN PENYERAHAN SLIP PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014 SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) Acara Skrip Catata n Kata aluan tetamu LADAP GURU SLIP EXAM TING 1,2 & 4 Yang Berbahagia Dr. Abdul Halek bin A. Rahman Penceramah motivasi dari Words of Wisdom Coaching, Yang Berbahagia Pn Sri Halimah binti Abdul Majid Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 11 (1) Barisan Pentadbir dan guru –guru sekalian. Alhamdulilah dapat kita berkumpul pada pagi ini untuk sama-sama menjayakan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ke………….. Untuk itu majlis menjemput Dr. Abdul Halek bin A. Rahman yang lebih dikenali sebagai Pak Anjang untuk Program Coaching Semai Cinta Tuai Bahagia untuk calon PT3 dan calon SPM 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. (LADAP) Terima kasih diucapkan kepada Pak Anjang atas perkongsian idea tersebut. Diharap guru-guru ……………. **Untuk guru tingakatan 1, 2 dan 4..boleh ke

description

majlis penyerahan slip peperiksaan

Transcript of Teks Juruacara Program Konferasi Waris Dan Penyerahan Slip Pepriksaan Pertengahan Tahun 2014

Page 1: Teks Juruacara Program Konferasi Waris Dan Penyerahan Slip Pepriksaan Pertengahan Tahun 2014

TEKS JURUACARA PROGRAM BERTEMU WARIS DAN PENYERAHAN SLIP PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

Acara Skrip CatatanKata aluan tetamu

LADAP GURU

SLIP EXAM TING 1,2 & 4

Yang BerbahagiaDr. Abdul Halek bin A. RahmanPenceramah motivasi dari Words of Wisdom Coaching,

Yang BerbahagiaPn Sri Halimah binti Abdul MajidPengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 11 (1)

Barisan Pentadbir dan guru –guru sekalian.

Alhamdulilah dapat kita berkumpul pada pagi ini untuk sama-sama menjayakan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ke…………..

Untuk itu majlis menjemput Dr. Abdul Halek bin A. Rahman yang lebih dikenali sebagai Pak Anjang untuk Program Coaching Semai Cinta Tuai Bahagia untuk calon PT3 dan calon SPM 2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

(LADAP)

Terima kasih diucapkan kepada Pak Anjang atas perkongsian idea tersebut. Diharap guru-guru …………….

**Untuk guru tingakatan 1, 2 dan 4..boleh ke kelas masing-masing untuk sesi penyerahan slip peperiksaan 2014.

Page 2: Teks Juruacara Program Konferasi Waris Dan Penyerahan Slip Pepriksaan Pertengahan Tahun 2014

Acara Skrip Catatan

Kata Aluan-aluan

Yang BerbahagiaDr Abdul Halek bin A.RahmanPenceramah Motivasi dari Words of Wisdom Coaching

Yang berbahagiaPn Sri Halimah binti Abdul MajidPengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 11 (1)

Yang BerusahaPn Sharifah Zukhaireen binti Syed Zuflida,Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha Puan Hasni binti ZakariaPenolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang BerusahaPuan Nor’ain binti SeninPenolong Kanan Kokurikulum

Yang Berbahagia Datin Azizah Idris,Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Para ibu bapa, guru-guruSeterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Program Bersama Waris dan Penyerahan Slip Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. Bagi seluruh warga SMK Putrajaya Presint 11(1) pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dr Abdul Halek bin A.Rahman atau dikenali sebagai Pak Anjang dan para ibu bapa bertamu ke majlis kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini akan menjadi lebih bermakna.

Doa Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan  Ustaz

Page 3: Teks Juruacara Program Konferasi Waris Dan Penyerahan Slip Pepriksaan Pertengahan Tahun 2014

Mohd Tarmizi bin Che Hassan bagi memimpin bacaan  doa.

Majlis mempersilakan.

(BACAAN DOA)

Orang Jawa berdagang ke kota,Singgah di Acheh membeli gamat,

Tangan dirafak, restu dipinta;Doa diamin moga selamat.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Taklimat bersama Pengetua

Hadirin sekalian,

Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam takwim sekolah. Ia diadakan untuk membolehkan waris penjaga mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahan turut juga dapat mengetengahkan segala pandangan waima idea bernas daripada warga sekolah mahu pun para ibu bapa sekalian.

Jesteru itu, adalah menjadi harapan kami, warga pendidik agar ia menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi mahupun ukhrawi. Insyallah.

Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Pn Sri Halimah binti Abdul Majid, Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 11(1) untuk memberikan taklimat Program Bersama Waris.Dipersilakan.

(TAKLIMAT BERSAMA PENGETUA)

Terima kasih diucapkan kepada Puan pengetua

Page 4: Teks Juruacara Program Konferasi Waris Dan Penyerahan Slip Pepriksaan Pertengahan Tahun 2014

Motivasi bersama Pak Anjang

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan sesi motivasi bersama Pak Anjang. Untuk pengetahuan semua, Dr Abdul Halek bin A. Rahman ini merupakan penceramah yang di jemput khas dari Words of Wisdom Coaching, Subang jaya. Beliau akan menyampaikan meneruskan agenda iaitu Program Coaching Semai Cinta Tuai Bahagia untuk calon PT3 dan calon SPM 2014.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(MOTIVASI IBUBAPA BERSAMA PAK ANJANG)

Terima kasih diucapkan kepada penceramah kita pada hari ini. Semua segala input yang kita dengari tadi, akan menjadi satu anjakan paradigma bagi melansungkan kejayaan anak-anak kita.

Cenderahati

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih daripada pihak sekolah, dijemput Dr Abdul Halek bin A. Rahman dengan diiringi oleh Puan Sri Halimah binti Abdul Majid untuk menerima cenderahati sebagai kenang-kenangan

(PENYAMPAIAN CENDERAHATI)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Sri Halimah kerana sudi menyampaikan cenderahati itu tadi.

Penutup Hadirin sekalian,

Dengan ini, berakhirlah Program Bersama Waris 2014. Ibu bapa bolehlah berjumpa dengan guru-guru kelas anak masing-masing di meja bahagian belakang dewan untuk sesi penyerahan slip peperiksaan Pertengahan tahun 2014.

Akhir kata, saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Sekian, terima kasih

Page 5: Teks Juruacara Program Konferasi Waris Dan Penyerahan Slip Pepriksaan Pertengahan Tahun 2014
Page 6: Teks Juruacara Program Konferasi Waris Dan Penyerahan Slip Pepriksaan Pertengahan Tahun 2014
Page 7: Teks Juruacara Program Konferasi Waris Dan Penyerahan Slip Pepriksaan Pertengahan Tahun 2014