Teks Juruacara - KASTEK 2014
-
Upload
jayhunt-jie-jaafar -
Category
Documents
-
view
82 -
download
4
description
Transcript of Teks Juruacara - KASTEK 2014
SMK BUKIT JELUTONG
TEKS JURUACARA MAJLIS PERASMIAN, KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI 2014
DAERAH PETALING PERDANA
8.00 PAGI : ACARA BERMULA
SALUTASIBismillahirahmanirrahim,
Yang Berusaha,
Puan Aisah binti Sidan
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong
Ahli-ahli Jawatankuasa Karnival, guru-guru,para peserta pertandingan, seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian...
Assalamualaikum W.B.T dan salam Satu Malaysia.....
UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARASirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah Pembuka bicaraPohon meranti tiga sebatang
Ditebang orang tiga pemuka
Tuan puan dinanti sudahlah datang
Apa perkara nan kita bukaHadirin dan hadirat yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan peserta pertandingan dari sekolah menengah seluruh Daerah Petaling Perdana ke Karnival ini.
Alhamdulillah, ini merupakan tahun kedua berturut-turut Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong menjadi tuan rumah bagi Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.BACAAN DOAHadirin sekalian,
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon berkat, agar Karnival Sains & Teknologi kita pada pagi ini mendapat rahmat. Oleh itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan adik ____________________________untuk mengetuai bacaan doa..Dipersilakan..
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada adik _____________________________ kerana menyempurnakan bacaan doa itu tadi.
UCAPAN ALU-ALUAN & PERASMIAN PENGETUA
Hadirin yang dihormati,
Untuk tidak melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Puan Aisah binti Sidan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, dan seterusnya merasmikan Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Aisah binti Sidan di atas kesudian merasmikan Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.PERTANDINGAN BERMULA
Hadirin sekalian, Dengan beraakhirnya perasmian itu tadi, maka bermulalah Karnival Sains & Teknologi 2014 kita pada pagi yang indah ini. Di harapkan agar guru-guru dan para peserta khasnya mempunyai semangat, azam dan telah pun bersedia untuk bertanding pada hari ini.
Saya Jihan binti Jaafar, selaku juruacara majlis dan wakil ahli jawatankuasa sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesudian hadirin pada hari ini.Dengan ini, saya menyerahkan majlis kepada Puan Liza binti Dahlia selaku ___________________________ untuk memberikan taklimat tentang aturcara dan pertandingan pada hari ini. Dipersilakan.
MAJLIS PENUTUPKARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI 2014
DAERAH PETALING PERDANA
PENGUMUMAN JURUACARASaya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan guru-guru, para peserta pertandingan, dan hadirin sekalian.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
majlis akan bermula sebentar lagi.
Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil tempat.KETIBAAN TETAMU KEHORMATMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat
Penolong Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana
ke Majlis Penutup Pertandingan Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.Tetamu kehormat, guru-guru, para peserta pertandingan serta hadirin sekalian dipersilakan duduk.SALUTASIBismillahirahmanirrahim,
Yang Berbahagia,
Encik Ahmad Zaini Bin Mat
Penolong Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana
Yang Berusaha,
Puan Aisah binti Sidan
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit JelutongSelaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling PerdanaAhli-ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Karnival, guru-guru, para peserta pertandingan, seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian...Assalamualaikum W.B.T dan salam Satu Malaysia.....
UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARASetinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi dapat kita berkumpul di dewan terbuka ini untuk majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadian, Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat
Penolong Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, ke majlis ini.Untuk makluman hadirin, sebanyak 43 buah sekolah menengah yang terpilih untuk menyertai pertandingan Karnival Sains & Teknologi Daerah Petaling Perdana pada tahun ini. Bagaimanapun pada hari ini, hanya 30 buah sekolah yang mendaftar dan terlibat dalam pertandingan ini.UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN OLEH TETAMU KEHORMATUntuk tidak melengahkan masa, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat, Penolong Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat, Penolong Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana di atas ucapan perasmian penutupan itu tadi.PENYAMPAIAN HADIAHHadirin sekalian,
Sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Untuk menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya sekali lagi menjemput Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat, Penolong Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, dengan diiringi oleh Puan Aisah binti Sidan, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana, untuk naik ke atas pentas.Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi :1. Pertandingan Saintis MudaTempat kelima disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________
Tempat keempat disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan___________________Tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________2. Pertandingan Solar BoatTempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________3. Pertandingan Solar CarTempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________4. Pertandingan Solar CookingTempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________5. Pertandingan Pelancaran Roketi) Untuk Kategori Target
Tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________ii) Untuk Kategori Payung Terjun
Tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________
iii) Untuk Keseluruhan Pertandingan Pelancaran RoketTempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________Johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan_____________________
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMATMajlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat, Penolong Pegawai Pendidikan, KoAkademik, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, di atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa, cuba lagi tahun hadapan.Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayatSebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Puan Aisah binti Sidan untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat.Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Aisah binti Sidan atas kesudian menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat.Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Zaini Bin Mat atas kesudian hadir ke majlis yang bermakna ini.
PENUTUPHadirin sekalian,
Dengan ini Karnival Sains & Teknologi bagi tahun 2014 menutup tirainya. Sesungguhnya segala usaha dan sumbangan anda semua amat dihargai dan diingati selalu..
Majlis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Karnival Sains & Teknologi 2014, Daerah Petaling Perdana.Dengan ini, saya Jihan binti Jaafar
Dan saya Mohd. Naim bin A. Rahim..ingin memohon maaf atas segala kekhilafan sepanjang kami mengacarakan majlis pada hari ini.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan kami ucapkan
Berhati-hati ketika memanduSekian ,salam hormat, wabilahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullah hi waba rakatuh....
Dijemput Tetamu kehormat dengan diiringi oleh Puan Aisah ke jamuan yang telah disediakan...
SEKIAN