Teknologi Grafik dan Animasi - people.utm.my · perkataan seluloid) dalam proses menghasilkanya....
Transcript of Teknologi Grafik dan Animasi - people.utm.my · perkataan seluloid) dalam proses menghasilkanya....
TEKNOLOGI ANIMASI
TEKNIK ASAS
MENGHASILKAN ANIMASI
(TRADISIONAL VS DIGITAL)
Jabatan Multimedia Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, UTM
2
Secara amnya terdapat empat teknik asas yang
sering dijadikan panduan dalam menghasilkan
animasi. Teknik-teknik tersebut ialah :
Animasi berasaskan lukisan (Drawn animation)
Animasi berasaskan potongan (Cut-out
animation)
Animasi berasaskan model atau animasi main-
berhenti (Model animation or stop motion
animation)
Animasi berkomputer atau animasi digital
TEKNIK-TEKNIK ANIMASI
3
Merujuk kepada semua bentuk animasi yang
dihasilkan daripada lukisan yang ditindih silih berganti
secara berjujukan.
Setiap lukisan yang disediakan pada sesuatu bingkai
adalah berbeza sedikit dengan lukisan-lukisan
diantaranya (sebelum dan selepas).
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN
4
Dalam menghasilkan animasi yang kompleks (untuk
filem misalnya) memerlukan ribuan lukisan yang
kemudiannya dipersembahkan di atas skrin silih
berganti dengan pantas.
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN
5
Juga dikenali sebagai animasi sel kerana ianya
melibatkan penggunaan sel (singkatan dari
perkataan seluloid) dalam proses menghasilkanya.
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN
Contoh dua sel yang digunakan dalam penerbitan filem animasi (kartun)
6
Kelebihan
cantik dan menarik.
Kesan animasi yang dihasilkan juga adalah
mengikut penetapan serta dibawah kuasa kawalan
pelukis atau juru animasi sepenuhnya.
Kelemahan
ia memerlukan tenaga kerja yang ramai dan masa
yang panjang untuk disiapkan. Kos juga menjadi
tinggi akibat keperluan tenaga kerja yang ramai
tadi.
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN
7
Juga dikenali sebagai animasi kolaj (collage) atau
animasi silhouette
Merujuk kepada semua bentuk animasi yang
dihasilkan menerusi konsep potongan objek atau
bentuk yang kemudiannya digerak atau digantikan
dengan potongan objek atau bentuk yang lain.
Objek-objek asas seperti butang, mancis api atau tali
juga boleh digunakan bagi menghasilkan animasi
sebegini.
ANIMASI POTONGAN (CUT-OUT ANIMATION)
8
Animasi potongan juga boleh dihasilkan dengan
meletak atau menindih potongan objek di atas
lukisan yang telah disediakan.
ANIMASI POTONGAN (CUT-OUT ANIMATION)
9
Animasi potongan juga boleh dihasilkan dengan
sokongan teknologi komputer.
Angela Anaconda dan South Park merupakan contoh
animasi potongan yang dihasilkan dengan sokongan
teknologi komputer.
ANIMASI POTONGAN (CUT-OUT ANIMATION)
10
Kelebihan
Mudah dan boleh dihasilkan dengan pantas dan
tidak memerlukan peralatan yang canggih atau
berteknologi tinggi
Kelemahan
Sukar untuk menyediakan lebih dari satu atau
dua potongan untuk digerakkan dalam satu
masa yang sama. Animasi potongan ini juga
kurang menarik kerana setiap pergerakan atau
kesan yang diperolehi kelihatan agak janggal.
ANIMASI POTONGAN (CUT-OUT ANIMATION)
11
Animasi ini melibatkan proses merakamkan patung
(puppet) atau objek-objek tiga dimensi yang lain.
Sumber atau alatan yang digunakan boleh dalam
bentuk tanah liat, plastesin, wayar dan sebagainya.
ANIMASI BERASASKAN MODEL
ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI
12
ANIMASI BERASASKAN MODEL
ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI
Bagaimana animasi model dihasilkan…..?
Terangkan secara ringkas.
13
Objek-objek tersebut akan ditentukan kedudukannya
sebelum dirakamkan.
Seterusnya ia akan digerakkan sedikit demi sedikit
dengan setiap pergerakan tersebut dirakamkan satu
persatu.
Keseluruhan rakaman ini kemudiannya digabungkan
bagi membentuk filem animasi yang mampu
memperlihatkan seolah-oleh objek-objek statik
tersebut benar-benar bergerak sendiri.
ANIMASI BERASASKAN MODEL
ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI
14
ANIMASI BERASASKAN MODEL
ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI
15
Kebaikan
Model yang disediakan boleh digunakan berulang-
ulang kali. Salinan model juga boleh disediakan
dengan mudah bagi membolehkan proses
rakaman beberapa babak boleh dilakukan secara
serentak bagi menjimatkan masa dan juga kos.
Kelemahan
Memerlukan masa yang panjang dan melibatkan
banyak kerja.
Contoh : Penghasilan animasi 'James and the Giant
Peach' memerlukan kira-kira satu minggu hanya
untuk merakamkan babak yang dipersembahkan
selama 45 saat.
ANIMASI BERASASKAN MODEL
ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI
16
Melibatkan proses menghasilkan animasi
menggunakan komputer.
Masih menggunakan konsep atau teknik animasi
yang tradisi tetapi dipermudahkan oleh teknologi
komputer.
Akan dibincangkan di dalam bahagian
seterusnya…….
ANIMASI BERKOMPUTER
17
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan
Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia:
Konsep dan Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Animasi: Dari
Helaian Kertas ke Skrin Digital, Venton Publishing :
Kuala Lumpur.
RUJUKAN