Teknologi
description
Transcript of Teknologi
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
PROGRAM : PJJ 2011 - PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
PENGAJIAN JARAK JAUH
KOD KURSUS : KRT 3013 – TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH
RENDAH
NAMA : COMICHAEL A/L PAKTHINATHAN
NO.KP : 840909-08-6419
NO.MATRIK : D20102044856
KUMPULAN : EL - A30
PENSYARAH : PUAN ROZNIM BINTI MOHAMAD RASLI
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:
1. Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan
masalah dalam (1).
1.1 Pengenalan
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak dengan
perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai Dunia
Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan khususnya telah
membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan
pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 atau dengan kata lain cabaran era
teknologi.
Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan
tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke arah memperbanyakkan
sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi(ICT). Menurut Hansen
V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses mengajar matematik lebih efektif,
dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkan tentang konsep kelas
matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar.
Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar
dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi
komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat
memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara komputer yang
mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu seseorang pelajar mengelolakan
aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau perisian. Selain daripada itu,
teknologi komputer juga boleh dimenafaatkan untuk peningkatan proses pengajaran dan
pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat kognitif dalam membantu
memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakan ke atas sesuatu konsep [ Dublnsky
& Tall 1991]. Menurut mereka idea-idea sains dan matematik menjadi lebih mudah difahami
oleh lebih ramai individu apabila ianya dipersembahkan secara lebih konkrit. Dalam keadaan ini,
teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak kepada konkrit dalam minda
melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik, animanasi dan sebagainya.
Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar
mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta perbezaan individu mengikut keupayaan masing-
masing.
Pengajaran merupakan sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru
dan murid. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Pengajaran yang dirancang oleh
seseorang guru dapat membantu murid mencapai objektif dengan jelas. Namun demikian teknik
atau kaedah yang dilaksanakan oleh guru perlulah bersesuaian dengan minat murid supaya dapat
mencungkil idea-idea murid secara bernas.
2.0 Masalah Pengajaran
Saya merupakan cikgu yang sedang mengajar di sekolah SKM di kawasan luar bandar. Pada
awal penempatan di sekolah ini guru besar sekolah saya memberi tanggungjawab yang amat
besar kepada saya iaitu mengajar matapelajaran Matematik kepada semua kelas di sekolah saya.
Pada hal, saya tiada berpengalaman mengajar matematik serta opsyen saya juga bukan opsyen
matematik. Semasa p&p, saya telah mendapati murid saya sukar memahami p&p saya. Mereka
juga kurang memberi perhatian terhadap p&p saya, cepat lupa formula matematik, terpaksa
mengulangi berapa kali untuk memahamkan isi pelajaran, memikirkan matematik satu
matapelajaran sukar dan kerap kali tidak menyiapkan kerja rumah kerana lupa isi pelajaran. Saya
amat binggung dengan prestasi murid saya lalu saya membuat analisis swot. Saya mendapati
kekuatan saya untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan teknologi komputer.
Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar saya menyimpan dan
mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula mengaplikasikan
maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat yang disimpan membantu
pelajar saya dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi pelajaran berulang kali dan
berterusan.Bagi saya pula,pengajaran berbantu komputer mampu menghasilkan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan
pembelajaran secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik saya dapat
memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih seabad yang lalu NCTM
(National Council of Teacher’s of Mathematic’s, 1980), mencadangkan supaya pengajaran
metematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Crockroft (1982),
menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh
memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah
kepentingan sesuatu topik dalam sukatan pelajaran matematik. Aktiviti penyelesaian masalah
adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam
matematik tidak akan bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses
penyelesaian masalah. Laporan Crockroft (1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus
diterjemahkan ke dalam sebutan bahasa matematik sebelum ia diselesaikan. Langkah terjemahan
seumpama ini memerlukan kefahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung
dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dan kesulitan pembelajaran
di kalangan setengah-setengah pelajar.Walau bagaimana pun masalah, kesukaran dan kesulitan
ini boleh di atasi melalui penggunaan teknologi komputer.
Dari segi kemahiran pula, saya menggunakan secara berperingkat-peringkat mengikut
tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di luar
kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur kerja
sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan.
Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih
tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah
teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada membuat
keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan.
Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan oleh saya,
didapati pelajar saya yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai
sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip
matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai
kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Dalam pengajaran matematik saya, komputer berperanan untuk melasanakan aktiviti-
aktiviti berikut : Penghasilan bahan kurikulum, Latih tubi, Tutorial, Pemulihan dan pengayaan ,
Simulasi, Pengiraan dan Alat Bantu Mengajar.
Saya menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran saya khususnya
dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses mempelajari koleksi hukum
dan penelitian aplikasi , prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang jauh daripada matlamat
dan objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik. Kandungan dan aktiviti
yang digubal secara amat tersusun dan kurang memberi peluang kepada pelajar mengembangkan
fikiran kritis,imaginatif dan kreatif mereka.
Disamping itu, murid-murid dapat memberi peluang untuk mengubah cara penyampaian
pengajaran dan pembelajaran saya untuk murid-murid supaya mereka dapat merasai pengajaran
pembelajaran yang sebenar dan menyeronokan. Penggunaan komputer membantu saya untuk
menarik perhatian murid. Apabila saya menyediakan rancangan pengajaran harian saya mulakan
dengan penggunaan ict untuk murid-murid saya.ketika saya memaparkan gambar-gambar
mereka menumpuhkan seluruh perhatian dan minat dalam pengajaran tanpa rasa bosan. Apabila
saya tanya soalan berdasarkan topic mereka dengan segera dan pantas memberi respons serta
murid-murid bertindak dengan aktif.
Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru
untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran
kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti. Multimedia dalam
pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi
di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala proses
pembelajaran adalah berkesan. Multimedia adalah alat baru yang dapat memberikan banyak
manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah
pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari
kehidupan sebenar pelajar. Manfaat lain pula membawa erti pelajar yang terlibat dalam
pembelajaran multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan,
bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya.Teknologi multimedia ini di dalam bilik darjah
juga mendorong murid-murid untuk memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu tajuk
pembelajaran dengan jelas.
Penggunaan teknologi komputer di dalam bilik darjah . menjadikan aktiviti pembelajaran
menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran. Perisian pendidikan berkomputer melalui
teknologi komputer dalam pengajaran bilik darjah menggabungjalinkan elemen-elemen seperti
teks, grafik, animasi, bunyi, dan video sebagai ransangan bagi menarik perhatian dan minat
pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan mampu
menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu disamping mengekalkan
minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari.
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan
manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer menjadikan
proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu
pelajar saya memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini membenarkan
pelajar saya menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan animasi teks
bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Pendekatan yang berunsur
permainan mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu
disamping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari.
Penggunaan multimedia membantu p&p saya. Antaranya seperti berikut:
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-
masing.
2. Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar.
3. Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik dan menyeronokkan.
4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.
5 Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.
Selain itu, Internet amat membantu saya untuk menjayakan P&P saya. Internet atau
“International Network of Network” ialah sebuah rangkaian komputer di peringkat antarabangsa.
Dalam rangkaian Internet terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber
itu termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan
sebagainya.
Melalui internet,pelajar-pelajar saya dan saya dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan
matematik seperti nombor bulat, wang, perpuluhan, analisis data, sejarah matematik dan
sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail memupuk semangat belajar secara kumpulan dan
pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan baru ini
membawa perubahan kepada pelajar saya di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat
kajian dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang
dapat dimanafaatkan oleh saya berhubung dengan pendidikan matematik melalui internet ini
seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh para pendidik iaitu
konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran yang berkait rapat dengan teori
tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri penemuan.
Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam matematik
seperti soalan penyelesaian masalah dapat dimanfatkan oleh saya dan para pelajar untuk
diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar kelas.
Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin
terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang berbincang tentang perkara
yang sama termasuklah tentang matematik. Selain daripada diskusi elektronik, WWW (World
Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam
bidang matematik. Berikut adalah beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran daripada
WWW yang membantu saya mengajar matematik ialah The Math Forum, Ask Dr. Math,
Tulang Napier, The Tower of Hanoi dan sebagainya.
Selain itu saya menggunakan kalkulatur untuk mengajar matematik di kelas saya.
Kalkulatur Grafik merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat menengah atau rendah. Kalkulator-kalkulator
grafik yang boleh diperluaskan penggunaannya adalah seperti Calculator-Based Laboratory
(CBL-2) dan TI-83 Plus. Berbeza dengan negara-negara barat, kalkulatur telah diperkenalkan
kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai sama ada ianya
sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Semasa penggunaan kalkulatur saya
mendapati bahawa:
1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi
keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran
yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh membuat apa sahaja
dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan banyak dan membantu
kerja melibatkan nombor.
2. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak terlibat kepada
kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah ia memberi peluang untuk
kanak-kanak saya mengembangkan idea dengan lebih bernas. Kalkulator membolehkan kanak-
kanak saya mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion
yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan
dengan masyarakat sekeliling. Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat
maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak saya. Malah kalkulator juga
mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak saya.
3. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajaran yang
berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol,menerangkan konsep dengan mencari
pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu
konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja
dengan cara yang berbeza
4. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas
nombor di kalangan kanak-kanak saya . Ini mengalakkan idea-idea yang kreatif untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah kanak-kanak saya tidak mampu untuk mencapai
pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan
menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan
kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi.
5.Kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan
penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid saya dalam menerima
sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental untuk memahami matematik
dalam bentuk yang lebih abstrak.
3.0 Kesimpulan
Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi membolehkan
mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru dapat menyahut
cabaran masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti
dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif
dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya
tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas.
Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
Bibliografi:
Dinsan of Simon & Sehuster Englewood Cliffs New Jersey 07632
Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary Mathematics Education. Prentice Itall Inc. A
Ibrahim Saad (1990) Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran, DBP, Kuala Lumpur
Janet, L.M (1988), Intergrating spreadsheets into the mathematics classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 – 652, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur
Leone Burton and Barbara Jawarski [1995]. British Libary Cataloguing in Publication Data.
Michael T. Battista (1998), Shape Makers Developing Geometric Reasoning With Geometer’s Sketchpad, Key Kurikulum Press
Mok Soon Sang (1990), Pedagogi 4, Kuala Lumpur.
NCTM (1989), Curiculum and Evaluations Standards For School Mathematics, New York.
Nota-nota Kuliah En. Narjoharuddeen Mohd. Nor
Paul Fisher, (1990), Education 2000: Educational Change With Consent, Issues in Education, London
Roger M. Garrett, (1984), Education and Development,New York
Sue Brown & Bette Bush (1992), Multimedia math.The Computer Teacher, 20(3), 57 –58
Sulaiman Hashim (1996), “Jaringan Pendidikan”, Proceedings of the National Symposium on Educational Computing, USM : MCCE
Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.