TEK MCshare.docx

5
 Mengumumkan ketibaan yang berusaha encik romli bin darus, timbalan pengarah institut pendidikan guru kampus kent tuaran sabah. Hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu negaraku,saba h tanah airku dan lagu ipg. Hadirin mohon bersedia. Hari ini menanam jagung Dibawa ke perlis bersama peria Hari ini kita berkampung Meraikan majlis penuh ceria Ya ng berusaha encik romli bin darus, timbalan pengarah ipg kampus kent Ya ng dihormati tuan haji rozaimi bin haji abdul razak, encik mansor bin md desa, encik zainudin bin abd ghani dan encik ahmad shobry bin mohd noor Saudara lim wei chiang , tuai rumah persatuan seni budaya. Seterusnya para guru pelatih yang dikasihi sekalian.   ssalamualaikum w arahmatullahiwabarakatuh, sa lam perpaduan, salam pendidikan dan salam satu malaysia buat warga pendidikan sekalian. Selamat datang ke majlis malam seni budaya anjuran persatuan seni budaya institut pendidikan guru kampus kent Hari ini tanggal ! mei "#$", warga dewan akan menyaksikan persembahan-p ersembahan dari pelatih ppismp gstt ps% ambilan dis "#$$ dan ppismp gstt sains ambilan "#$$.

description

share

Transcript of TEK MCshare.docx

Mengumumkan ketibaan yang berusaha encik romli bin darus, timbalan pengarah institut pendidikan guru kampus kent tuaran sabah.

Hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu negaraku,sabah tanah airku dan lagu ipg. Hadirin mohon bersedia.

Hari ini menanam jagungDibawa ke perlis bersama periaHari ini kita berkampungMeraikan majlis penuh ceria

Yang berusaha encik romli bin darus, timbalan pengarah ipg kampus kent

Yang dihormati tuan haji rozaimi bin haji abdul razak, encik mansor bin md desa, encik zainudin bin abd ghani dan encik ahmad shobry bin mohd noor

Saudara lim wei chiang , tuai rumah persatuan seni budaya.Seterusnya para guru pelatih yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam perpaduan, salam pendidikan dan salam satu malaysia buat warga pendidikan sekalian.

Selamat datang ke majlis malam seni budaya anjuran persatuan seni budaya institut pendidikan guru kampus kent

Hari ini tanggal 3 mei 2012, warga dewan akan menyaksikan persembahan-persembahan dari pelatih ppismp gstt psv ambilan dis 2011 dan ppismp gstt sains ambilan 2011.

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya bersama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah kepada yang maha esa. Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan dan mempersilakan saudara iskandar bin willi untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan ribuab terima kasih atas pimpinan doa sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin yang dihormati, agenda majlis pada jari ini diteruskan lagi dengan ucaptama daripada, tuai rumah persatuan seni budaya. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan saudara lim wei chiang bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Di persilakan.

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Bagi majlis kita pada malam kita pada malam ini, majlis mempersilakan encik romli bin darus, timbalan pengarah untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan malam seni budaya 2012.

Dengan itu,majlis menjemput encik amidy bin malagob, ketua jabatan hal ehwal pelajar untuk mengiringi encik romli bin darus, timbalan pengarah untuk upacara simbolik perasmian.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih yang berusaha timbalan pengarah atas kesudian beliau menyempurnakan majlis perasmian malam seni budaya sebentar tadi.

Tanpa membuang masa majlis kita akan dimulakan dengan persembahan tarian kipas.majlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan tarian itu tadi telah sipersembahkan oleh dari kumpulan keligit

Persembahan kita akan diteruskan lagi dengan kumpulan kedua yang menggelarkan diri mereka sebagai bungai terung, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

Persembahan sebentar tadi adalah tarian ngajat iban.

Untuk tidak melengahkan masa persembahan kita pada malam ini akan diteruskan dengan persembahan yang ketiga dari kumpulan semandak sabah. Mereka akan memepersembahkan sebuah nyanyian tradisional.

Terima kasih atas persembahan itu tadi

Majlis kita diserikan lagi dengan persembahan serunai yang dianggotai oleh pensyarah persatuan seni budaya ipg kent iaitu en.mansor bin md noor, dan en. Zainudin bin abd ghani serta diiringi oleh pelajar ppismp psv gstt iaitu saudari gabriella anak william, saudari regina ak kadir dan saudari lenny anak mangai.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diatas persembahan sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan kumpulan yang keempat yang akan mempersembahkan midley lagu rakyat dari kumpulan pancha delima.

Majlis mempersilakan..

Terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Kumpulan seterusnya yang menggelarkan diri mereka sebagai sukma warisan akan mempersembahkan dikir barat.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih di atas persembahan sebentar tadi.

Pasera hadirin sekalian, persembahan terakhir akan mempersembahkan tarian gabungan melayu dan cina.

Majlis mempersilakan.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, persembahan itu tadi dari kumpulan rentak kreatif dengan tarian mereka, iaitu joget dikir puteri dan tarian chin-chin.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan, encik haji rozaimi bin abdul razak mengiringi encik amidy bin malagob, ketua hal ehwal pelajar ipg kent bagi menyampaikan cenderahati.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penhargaan kepada yang berbahagia, encik amidy bin malagobAtas kesudian untuk bersama-sama kita pada malam ini. Terima kasih kepada semua kerana sudi melapangkan masa untuk bersama memeriahkan majlis ini.

Hadirin sekalian, sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah kita bersama-sam menyaksikan persembahan penutup daripada saudara lawrence dari kelas ppismp psv 2 denagn tarian ngajat iban sarawak.

Majlis mempersilakan.

Majlis berakhir penuh syafaatMenjadi ingatan sepanjang zamanAmalan sepakat membawa berkatHidup beramal bertunjang iman.

Kalau kami tersalah adabKalau kami tersalah cakapKalau kami tersalah dudukKami mohon ampun.Kami susun jari nan sepuluhKami tundukkan kepala nan sebuah,

Sesungguhnya yang baik itu datang dari maha esa dan yang buruk itu datang dari kelemahan kami berdua.

Dengan itu, wabillah..

Mengumumkan yang berusaha en. Amidy bin malagob..unukt bergerak ke kanan dewan.