Teacher's PKJR Notes

Click here to load reader

  • date post

    11-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    3.927
  • download

    27

Embed Size (px)

Transcript of Teacher's PKJR Notes

Cadangan Aktiviti dan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

4

Tahun

Unit 1Berjalan Secara Berdikari

Tahun 4

Tajuk 1 Kemahiran

: Jalan Bersendirian : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 4.2, 7.5.1 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) berbual-bual dengan rakan tentang aspek keselamatan jalan raya semasa perjalanan mereka ke sekolah dan keadaan jalan raya yang kurang selamat. 2) membina ayat yang lengkap berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi. 3) menyenaraikan tingkah laku yang boleh menunjukkan mereka berdikari dan bertanggungjawab.

Objektif

Aktiviti Sistem Bahasa

: (Rujuk muka surat 18) : Tatabahasa : Kosa Kata : ayat tunggal ayat majmuk : jejantas berdikari berfungsi penanda jalan mengimbas menghalang pembahagi jalan tra k

Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai

KBT KB KMD TKP Re eksi Media Pengajaran Buku Aktiviti

: PKJR Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : berdikari bertanggungjawab berdisiplin mematuhi peraturan : memberi pendapat : meramal : bercerita

: (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran) : Media 1.1 Video : Aktiviti 1 (Kad imbasan) Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2 (Membina lima ayat berdasarkan rangkai kata)

17

Unit 1Berjalan Secara BerdikariTajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Murid dan guru berbual-bual tentang perjalanan mereka ke sekolah. Papan tanda/penanda isyarat lalu lintas yang dilihat sepanjang perjalanan ke sekolah. Murid menyatakan maksud media yang dipamerkan. 2. Murid berbincang sebab-sebab mereka datang bersendirian dan sesetengahnya pula ditemani oleh orang yang lebih tua. Contoh: Jalan raya terlalu sibuk dan berbahaya. Saya mempunyai kakak atau abang yang melakukan perjalanan ke sekolah yang sama. Ibu bapa saya mempercayai diri saya. Ibu bapa saya yakin, saya seorang anak yang mampu berdikari. (Guru menghubungkaitkan pelbagai jawapan murid dengan konsep berdikari). 3. Menyaksikan tayangan video tentang Siti dan ibunya yang melakukan latihan untuk berjalan bersendirian. Guru menggalakkan murid memberi komen terhadap segmen video tersebut. Contoh soalan yang boleh dikemukakan. Apakah yang menjadikan Siti seorang pengguna jalan raya yang bertanggungjawab? Bagaimanakah ibu Siti tahu bahawa Siti seorang yang bertanggungjawab? 4. Murid diminta menyenaraikan tingkah laku yang menunjukkan mereka seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa berwaspada apabila menggunakan lalu lintas secara bersendirian. 5. Murid membina ayat berdasar perkataan dan rangkai kata yang diberi. (Rujuk Aktiviti 1)

Tahun 4Catatan/Media/BBM Media 1.1 - papan tanda jalan - penanda jalan

Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2 Segmen: Merancang perjalanan sendiri (03.50 05.50 minit)

Buku Aktiviti Aktiviti 1

18

Unit 1Berjalan Secara Berdikari

Tahun 4

Tajuk 2 Kemahiran

: Cabaran Pejalan Kaki : Fokus Utama : 4.1 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 1.5, 1.6.1, 7.5.1 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) mengemukakan pandangan atau pendapat tentang keadaan jalan raya yang kurang selamat dengan bahasa yang betul. 2) membina ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi. 3) menyebut lima cara untuk menangani situasi mencabar yang diberi.

Objektif

Aktiviti Sistem Bahasa

: (Rujuk muka surat 22) : Tatabahasa : ayat tunggal ayat majmuk : PKJR Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : mematuhi peraturan berhemah berdisiplin menjaga keselamatan diri : mengemukakan pandangan, kontekstual

Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai

KBT KB Re eksi Media Pengajaran Buku Aktiviti

: (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran) : Media 1.2 : Aktiviti 2 Aktiviti 3 (Poster yang berkaitan) (Menulis cara menangani situasi) (Menanda arah kenderaan)

21

Unit 1Berjalan Secara BerdikariTajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Murid mengenal pasti persekitaran jalan raya yang mencabar atau kurang selamat. Contoh: Pejalan kaki berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki. Tiba-tiba laluan tersebut tiada sambungan. Terdapat lampu isyarat tetapi tiada penanda jalan untuk menyatakan tempat kenderaan perlu berhenti dan pejalan kaki patut berjalan. Melintas di kawasan bulatan. 2. Dalam kumpulan kecil, murid membincangkan situasi mencabar berdasarkan gambar. 3. Setiap kumpulan memilih satu contoh situasi yang mencabar berdasarkan gambar dan mengemukakan pandangan tentang cara penyelesaian yang paling selamat. 4. Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan situasi pada aktiviti 2. 5. Murid menangani situasi mencabar yang diberi dan melengkapkan aktiviti 3. 6. Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang pembelajaran bertajuk Cabaran Pejalan Kaki.

Tahun 4Catatan/Media/BBM Media 1.2 Gambar / Poster yang berkaitan dengan situasi di jalan raya. (lintasan berisyarat undan tidak berfungsi, laluan pejalan kaki tiba-tiba tiada sambungan, lampu isyarat tanpa penanda jalan, jalan dua hala tanpa kemudahan melintas, laluan pejalan kaki dihalang oleh kerja-kerja pembinaan)

Buku Aktiviti Aktiviti 2 Buku Aktiviti Aktiviti 3

22

Unit 2Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

Tahun 4

Tajuk 1 Kemahiran

: Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 5.1 Aras 1 (i) PKJR : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) berbual tentang peraturan serta undang-undang jalan raya menggunakan bahasa yang betul. 2) membaca ayat-ayat penyata yang diberikan oleh guru dengan sebutan yang betul. 3) menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya serta memahami akibat jika tidak dipatuhi.

Objektif

Aktiviti Sistem Bahasa

: (Rujuk muka surat 28) : Tatabahasa Kosa kata : ayat penyata : penunggang basikal pejalan kaki topi keledar tali pinggang keledar lampu isyarat lebuh raya : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kajian Tempatan : berhemah tinggi hormat-menghormati : bacaan luncuran : membanding beza : interpersonal

Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai KBT BCB KB TKP Refleksi Media Pengajaran Buku Aktiviti

: (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran) : Media 2.1 Media 2.2 : Aktiviti 4 (Kad rangkai kata) (Borang grafik labah-labah) (Melengkapkan gambar rajah labah-labah)

27

Unit 2Peraturan dan Undang-undang Jalan RayaTajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Berbual tentang peraturan sekolah. Contoh soalan: Apakah peraturan sekolah yang kamu tahu? - berpakaian seragam - beratur ketika membeli makanan di kantin Mengapakah peraturan sekolah perlu? - aspek keselamatan - tingkah laku yang baik - memastikan harta benda dalam keadaan yang baik Guru menghubungkaitkan pelbagai jawapan murid dengan konsep undang-undang dan peraturan. (Jika anda mempunyai contoh risalah, bawa dan tunjukkan kepada murid) 2. Murid dibimbing oleh guru untuk menyatakan perbezaan peraturan dan undang-undang berdasarkan kad-kad pernyataan yang diberi dan lekatkan pada ruangan yang betul. Contoh penyataan: memakai topi keledar mematuhi lampu isyarat berjalan menghadap lalu lintas 3. Dalam kumpulan kecil, murid membina ayat penyata daripada rangkai kata dan membaca ayat-ayat tersebut dengan sebutan yang betul. 4. Murid melengkapkan gambar rajah labah-labah berkaitan undang-undang dan peraturan jalan raya.

Tahun 4Catatan/Media/BBM

Media 2.1 Kad rangkai kata

BBM kad manila dan pen marker

Media 2.2 Gambar rajah labah-labah Buku Aktiviti Aktiviti 4

Nota: Undang-undang jalan raya (satu akta yang mewajibkan kelakuan yang perlu dilakukan semasa di jalan raya) dan peraturan jalan raya (cadangan keselamatan untuk menjadikan pengguna jalan raya selamat di jalan raya) serta berikan contoh untuk setiap satunya. (Memakai topi keledar / tali pinggang keledar ialah undang-undang. Memimpin tangan dan berjalan menghadap lalu lintas ialah peraturan jalan raya).

28

Unit 2Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

Tahun 4

Tajuk 2 Kemahiran

: Perbezaan antara Undang-undang dengan Peraturan Jalan Raya : Fokus Utama : 5.2 Aras 1 (i), (ii) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2) menulis ayat tunggal dan majmuk berpandukan petikan. 3) menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya serta memahami akibat apabila diingkari.

Objektif

Aktiviti Sistem Bahasa

: (Rujuk muka surat 34) : Tatabahasa Kosa kata : ayat penyata : toleh bonceng ketat-ketat : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kajian Tempatan : berhemah tinggi hormat-menghormati : interpersonal : bacaan luncuran : membanding beza

Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai KBT TKP BCB KB Refleksi Media Pengajaran Buku Aktiviti

: (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran) : Media 2.3 Media 2.4 : (Lirik Lagu Hati-hati di jalan raya) (Petikan Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin)

33

Unit 2Peraturan dan Undang-undang Jalan RayaTajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Murid menyanyikan lagu Hati-hati di Jalan Raya. (sila rujuk seni kata lagu) 2. Murid membaca petikan tentang peraturan dan undang-undang jalan raya dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Murid mengenal pasti peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam petikan. 4. Murid membezakan antara peraturan dengan undang-undang serta mencatatnya dalam borang jadual. Contoh: Peraturan Lintasan Belang Undang-Undang Topi keledar

Tahun