Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita,...

40
Tataetika Cara kita bekerja Edisi Ke-3 KECANTIKAN ETIKA - ETIKA KECANTIKAN

Transcript of Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita,...

Page 1: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

TataetikaCara kita bekerja Edisi Ke-3

KECANTIKAN ETIKA - ETIKA KECANTIKAN

Page 2: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

2

KANDUNGAN

3 SEMANGAT L'ORÉAL

4 Kata Pengantar oleh Jean-Paul AGON oleh Emmanuel LULIN

5 oleh Jawatankuasa Eksekutif

6 Kod ini berkenaan bagi siapa?

6 Cara menggunakan Kod ini

7 SAYA ADA KEKHUATIRAN: PERBINCANGAN TERBUKA

8 Bekerjasama

8 Menghormati hak asasi manusia

8 Menghormati undang-undang dan adat resam tempatan

9 MENGHORMATI KOMITMEN KITA SEBAGAI SEBUAH PERNIAGAAN

10 Keselamatan dan kualiti produk

11 Pengiklanan dan pemasaran

13 Pemilihan pembekal dan layanan pembekal secara saksama

14 Persaingan saksama

16 Percanggahan kepentingan

18 Hadiah dan hiburan

19 Rasuah dan bayaran pemudahan

20 Maklumat sulit

21 Mewakili syarikat

22 Privasi dan perlindungan data

24 Menggunakan sumber syarikat

25 Rekod kewangan dan perniagaan dan usaha memerangi pengubahan wang haram

26 Perdagangan orang dalam

27 Cukai

28 MENGHORMATI KOMITMEN KITA SEBAGAI MAJIKAN

29 Kesihatan, keselamatan dan jaminan

30 Kepelbagaian

32 Gangguan dan membuli

33 Gangguan seksual

34 MENGHORMATI KOMITMEN KITA SEBAGAI WARGA KORPORAT YANG BERTANGGUNGJAWAB

35 Kegiatan politik dan melobi

36 Pengawasan alam sekitar

37 Sumbangan kepada masyarakat

38 PERANAN PENGURUS

Page 3: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

3

SEMANGAT L'ORÉALL’ORÉAL telah menetapkan misi untuk menawarkan inovasi kosmetik terunggul kepada semua wanita dan lelaki di seluruh dunia, dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatan. Cita-cita kami bagi tahun-tahun yang akan datang adalah untuk menarik satu bilion lagi pengguna di seluruh dunia dengan mewujudkan produk kosmetik yang memenuhi keperluan dan keinginan kecantikan mereka yang pelbagai dan tanpa had. Identiti dan reputasi kami adalah berasaskan Prinsip Nilai dan Etika yang teguh. Nilai kami ialah Semangat, Inovasi, Semangat Keusahawanan, Fikiran Terbuka, Usaha untuk mencapai Kecemerlangan dan Tanggungjawab. Prinsip Etika kami ialah Integriti, Hormat, Keberanian dan Ketelusan.

SEBAGAI SEBUAH PERNIAGAANStrategi kita berhubung kepimpinan adalah berdasarkan pelaburan yang berterusan dalam proses penyelidikan dan pembangunan kita. Ini membolehkan jenama kita menyampaikan kepada pengguna kita produk yang inovatif, amat berkesan, praktikal dan selesa digunakan dan dibuat berpandukan kepada tahap piawaian kualiti dan keselamatan yang paling tinggi tuntutannya. Kita meletakkan nilai yang tinggi pada kejujuran dan kejelasan: pengiklanan pengguna kita adalah berdasarkan prestasi dan data saintifik yang telah terbukti. Kita beriltizam untuk membina perhubungan yang kukuh dan berkekalan dengan para pelanggan dan pembekal kita, berdasarkan kepercayaan dan faedah bersama. Kita menghormati semua pihak berkepentingan dalam persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita menghormati undang-undang sesebuah negara di mana tempat kita beroperasi dan berpegang teguh pada amalan pentadbiran syarikat yang baik. Kita mengekalkan tahap piawaian yang tinggi dalam perakaunan dan laporan, dan menyokong usaha membanteras rasuah. Kita memberi nilai pemegang saham jangka panjang yang berkekalan dengan melindungi dan memanfaatkan aset Syarikat dengan cara yang paling berkesan. Matlamat kita adalah kecemerlangan, dan sentiasa mencabar diri dan kaedah kita.

SEBAGAI MAJIKANMatlamat kami adalah untuk menjadikan L'ORÉAL tempat kerja yang paling hebat. Kami tahu bahawa kakitangan kami adalah aset yang paling berharga. Mereka berhak mendapat persekitaran kerja yang selamat dan sihat: tempat yang bakat dan merit peribadi diiktiraf, kepelbagaian dihargai, privasi dihormati dan keseimbangan antara kehidupan profesional dan peribadi diambil kira. Kami yakin dalam menawarkan para pekerja persekitaran yang memberangsangkan, peluang peribadi yang menguja dan peluang untuk membawa perbezaan. Kami mendorong dan menggalakkan satu suasana keterbukaan, keberanian, kemurahan hati dan saling hormat menghormati, agar semua pekerja rasa bebas dan selesa untuk mengutarakan sebarang soalan, idea dan kebimbangan.

SEBAGAI WARGA KORPORAT YANG BERTANGGUNGJAWABKita memainkan peranan dalam mewujudkan satu dunia kecantikan dan kesaksamaan. Kita amat prihatin mengenai kesan usaha kita ini terhadap alam persekitaran semula jadi, termasuk biodiversiti, dan kita sentiasa mencari jalan mengurangkannya. Kita bertekad untuk menghindari dari menjejaskan hari esok semata-mata untuk hari ini. Kita membuat sumbangan yang positif kepada negara dan masyarakat tempat kita berada dan sentiasa menghormati budaya dan kesensitifan tempatan. Kita beriltizam untuk menghormati Hak Asasi Manusia. Kita ingin membasmi eksploitasi kanak- kanak di tempat kerja dan penggunaan buruh paksa. Kita ingin menamatkan ujian yang menggunakan haiwan dalam industri kita, dan kita menyumbang pada pembangunan dan penerimaan kaedah kajian alternatif. Kita giat mencari dan menyokong rakan niaga yang berkongsi nilai-nilai dan iltizam etika kita.

Ini adalah semangat yang kita beroperasi: SEMANGAT L’ORÉAL

Page 4: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

4

KATA PENGANTAR

OLEH JEAN-PAUL AGON

Pada kurun ke 21, hanya syarikat yang telah menyepadukan etika dalam budaya, strategi dan amalan seharian mereka mampu kekal lestari.

Cita-cita kita ialah untuk menjadi salah sebuah syarikat yang diteladani di seluruh dunia. Program etika kita telah diiktiraf dan meletakkan kita antara syarikat terunggul dalam bidang ini.

Budaya etika kita yang kukuh menjadi salah satu teras L’ORÉAL Baru. Oleh sebab itu, kita hendaklah menyatakan komitmen kita dengan jelas sebagai sebuah perniagaan, sebagai majikan dan juga sebagai warga korporat.

Prinsip Etika Kita - Integriti, Hormat Menghormati, Keberanian dan Ketelusan - akan membolehkan kita terus menjadi Kumpulan yang menginspirasikan kepercayaan.

Tataetika ini berkenaan bagi semua, tidak kira di mana kita bekerja dan apa jua tugas kita – sama ada kakitangan baharu, ahli Jawatankuasa Pengurusan, mahupun

ahli Lembaga Pengarah.

Tataetika ialah dokumen rujukan kita, untuk memberi inspirasi pada pilihan kita dan membimbing kita dalam tugas harian kita.

Baca Kod ini dengan teliti. Hayatinya. Sampaikan kepada orang lain. Hormatinya dan pastikan ia dihormati di sekeliling anda.

L'ORÉAL memerlukan semua orang menjadi insan yang boleh dicontohi untuk menjadi organisasi yang diteladani.

JEAN-PAUL AGONChairman and Chief Executive OfficerChairman of the L’ORÉAL Foundation

OLEH EMMANUEL LULIN

Tataetika kita ialah dokumen hidup yang dikongsi yang meliputi subjek yang penting pada budaya kesetiaan, kepercayaan dan perpaduan kita. Ia menyasarkan untuk membantu kita memahami apa yang diharapkan daripada kita sebagai pekerja L’ORÉAL, dengan menetapkan prinsip umum dan meneruskan contoh seharian yang praktikal.

Menjangkaui dokumen ini, anda mempunyai tapak intranet khusus untuk anda (http://ethics.loreal.wans) dan latihan. Koresponden Etika di setiap Negara membantu kita mengamalkan Tataetika kita.

Walau bagaimanapun, etika ialah tugas penting setiap daripada kita.

Selama bertahun-tahun, kita juga telah berkumpul semasa Hari Etika. Semakin ramai daripada anda yang menyertai acara ini yang telah menjadi tarikh penting dalam kalendar Kumpulan ini.

Semua pekerja dan entiti mesti bekerjasama dengan sikap saling hormat menghormati dan terbuka. Pujian mesti diberikan kepada idea orang lain. Kita perlu mendengar dengan sabar dan berkongsi maklumat bila diperlukan, tertakluk pada peraturan kerahsiaan kita.

Isu etika selalunya tidak mudah. Kekuatan kita adalah keberanian kita untuk menanganinya. Jangan pendamkan soalan-soalan ini: bersuaralah dan minta nasihat.

Anda akan sentiasa disokong dalam proses ini.

EMMANUEL LULINSenior Vice-President and Chief Ethics Officer

Page 5: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

5

OLEH JAWATANKUASA EKSEKUTIF

Kami beriltizam untuk menghayati Tataetika ini dalam pekerjaan kami setiap hari. Ini amat penting kepada kejayaan L’ORÉAL.

Etika merangkumi kelakuan semua kakitangan L’ORÉAL Group, di mana jua di dunia, di semua peringkat Syarikat, tanpa pengecualian. Ia meliputi semua aktiviti L’ORÉAL dari penyelidikan, inovasi dan reka bentuk produk hinggalah ke pembuatan dan pemasaran, dari sumber manusia hinggalah ke operasi, dari pentadbiran dan kewangan hinggalah ke pembangunan lestari, dari komunikasi dan hal-ehwal awam hinggalah ke digital.

Setiap daripada kita sebagai duta dan ahli komuniti L’ORÉAL perlu beriltizam secara peribadi untuk mematuhi apa yang tersurat dan tersirat dalam Kod ini.

Anda harus sentiasa ingat bahawa:

• prinsip etika yang termaktub dalam dokumen ini adalah wajib: anda hendaklah menghormatinya

• anda menjadi teladan: reputasi L'ORÉAL, kepercayaan semua pihak berkepentingan kita, bergantung pada setiap seorang daripada kita.

• anda bukan sahaja dinilai dari segi apa yang anda buat, tetapi juga cara anda melakukannya.

23 7

1

4

5

6

8 9 10 11

12

13

14

1516

1 - JEAN-PAUL AGONChairman and CEOChairman of the L’ORÉAL Foundation

2 - BARBARA LAVERNOSExecutive Vice-President Operations

3 - JOCHEN ZAUMSEILExecutive Vice-President Western Europe Zone

4 - ALEXIS PERAKIS-VALATExecutive Vice-President Asia-Pacific Zone

5 - JÉRÔME TIXIERExecutive Vice-President Human Relations and Advisor to the Chairman

6 - ISABEL MAREY-SEMPERExecutive Vice-President Communication, Sustainability and Public Affairs, General Manager of the L’ORÉAL Foundation

7 - MARC MENESGUENPresident Consumer Products Division

8 - NICOLAS HIERONIMUSPresident Selective Divisions

9 - CHRISTIAN MULLIEZExecutive Vice-President Administration and Finance

10 - LAURENT ATTALExecutive Vice-President Research and Innovation

11 - ALEXANDRE POPOFFExecutive Vice-President Eastern Europe Zone

12 - BRIGITTE LIBERMANPresident Active Cosmetics Division

13 - GEOFF SKINGSLEYExecutive Vice-President Africa, Middle East Zone

14 - LUBOMIRA ROCHETChief Digital Officer

15 - FRÉDÉRIC ROZÉExecutive Vice-President Americas Zone

16 - AN VERHULST-SANTOSPresident Professional Products Division

Page 6: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

6

KOD INI

BERKENAAN BAGI SIAPA?

CARA

MENGGUNAKAN KOD INI

Tataetika ini berkenaan bagi semua kakitangan Kumpulan L'ORÉAL dan anak syarikatnya di seluruh dunia. Ia turut berkenaan bagi semua pegawai korporat dan ahli Jawatankuasa Eksekutif dan Pengurusan Kumpulan L'ORÉAL dan anak syarikatnya di seluruh dunia. Di samping itu, Tataetika ini juga berkenaan bagi semua kakitangan dan pegawai korporat L’ORÉAL Foundation. Istilah L'ORÉAL yang digunakan dalam dokumen ini merujuk pada semua

anak syarikat Kumpulan L'ORÉAL dan L’ORÉAL Foundation. Untuk membolehkan sebanyak mungkin kakitangan membaca Tataetika ini di dalam bahasa ibunda mereka, Tataetika ini kini disediakan dalam 45 terjemahan. Versi bahasa Inggeris UK Kod ini adalah dokumen rujukan.

Tataetika ini disediakan kepada awam pada laman web korporat L’ORÉAL.

L'ORÉAL beroperasi di pelbagai negara - tempat bagi pelbagai budaya, undang-undang dan sistem politik yang luas.

Kita sebagai sebuah perniagaan dan individu hendaklah sentiasa menghormati undang-undang dan peraturan di negara tempat L'ORÉAL beroperasi, dalam melaksanakan tugas kita.

Kami sedar bahawa sesetengah keadaan adalah tidak mudah. Etika berhubung kait dengan penimbangtaraan konflik kepentingan. Tataetika kita menetapkan standard bagi Kumpulan dalam beberapa “bidang kesamaran”, yang memerlukan keputusan berdasarkan budi bicara diperlukan melangkaui undang-undang.

Baca kesemua Kod ini untuk mengetahui tentang jangkaan dan standard etika L’ORÉAL dan kemudian simpan satu salinan untuk rujukan anda pada masa depan, kalau-kalau anda ada sebarang soalan atau kekhuatiran.

Sudah tentu, tiada dokumen yang boleh menjangka dan menangani setiap situasi yang mungkin berbangkit. Oleh itu, bila-bila sahaja anda menghadapi keputusan seperti ini, tanya diri anda soalan-soalan berikut:

1. Adakah ia selaras dengan Tataetika ini?

2. Adakah ia sah di sisi undang-undang?

3. Adakah ia selaras dengan Prinsip Etika iaitu Integriti, Hormat, Keberanian dan Ketelusan?

4. Bagaimanakah tindakan saya mempengaruhi pihak berkepentingan kita dan bolehkah saya menjustifikasi keputusan saya?

5. Adakah saya selesa jika keputusan saya dimaklumkan kepada awam dalam organisasi atau di luar organisasi?

Jika jawapan bagi satu daripada soalan-soalan ini ialah tidak, atau jika anda ada sebarang keraguan, pedoman penting ialah untuk merujuk pada individu yang sewajarnya (pengurusan anda, pakar dalaman, Koresponden Etika, dsb.) dan bincang masalah secara terbuka sebelum bertindak (lihat juga “Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Tatetika ini tidak mengganti sebarang dasar yang sedia ada dan anda hendaklah terus merujuk pada apa-apa sahaja peraturan dan standard yang telah ditetapkan di tempat kerja anda. Kod ini bertujuan untuk menyediakan rangka kerja bagi dasar-dasar dan standard ini, agar lebih mudah untuk anda memahami rasional di sebaliknya.

L’ORÉAL mengakui bahawa Tataetika ini tidak menyeluruh dan bahawa kandungannya mungkin berubah dari semasa ke semasa.

L’ORÉAL berhak untuk mengubah Tataetika ini pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis dan berhak untuk mengambil apa jua tindakan yang disifatkan sebagai wajar dalam keadaan tertentu, dengan syarat ia tidak bertentangan dengan Prinsip Etika L’ORÉAL.

Page 7: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

7

L'ORÉAL menggalakkan budaya keterbukaan yang membolehkan kakitangan mengutarakan segala kekhuatiran mereka.

Kami menggalakkan agar semua kakitangan melahirkan pandangan mereka, membangkitkan kelakuan atau permintaan tidak boleh diterima.

Kakitangan mungkin mempunyai kekhuatiran mengenai amalan tertentu dan memerlukan nasihat dan bimbingan untuk membantu mereka menyelesaikannya. Dasar kami menghendaki semua laporan salah laku di pihak Syarikat atau mana-mana kakitangan, bahkan juga pihak ketiga yang berhubungan dengan Syarikat disiasat dengan teliti dan bahawa tindakan yang sewajarnya diambil, tanpa mengira siapa yang terlibat.

Saluran biasa untuk mengemukakan isu sedemikian adalah melalui pihak pengurusan operasi dan fungsian anda. Anda juga boleh menghubungiPengurus Sumber Manusia atau Koresponden Etika anda. Mungkin juga terdapat sumber tambahan yang terdapat di negara anda, seperti wakil staf.

Pengurus Negara atau, bagi kakitangan Korporat atau Zon, ahli Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan yang menerima laporan anda bertanggungjawab untuk memastikan Tataetika ini dihormati; jika perlu, anda boleh menghubungi beliau.

Dalam keadaan yang luar biasa, jika kekhuatiran anda tidak dapat dikendalikan menerusi saluran biasa, anda boleh menghubungi Ketua Pegawai Etika secara langsung melalui laman Web selamat: www.lorealethics.com

Mana-mana kakitangan yang membangkitkan kekhuatiran dengan niat baik akan dilindungi daripada tindakan balas. Mana-mana kakitangan yang meyakini bahawa telah berlaku tindakan balas terhadapnya hendaklah melaporkan dengan serta-merta perkara ini melalui saluran yang sama seperti yang dinyatakan di atas.

"Niat baik" bermaksud bahawa anda telah menyediakan maklumat yang anda percaya adalah komprehensif, jujur dan tepat pada masanya, meskipun kemudiannya anda terbukti tersilap.

Kami akan memastikan proses yang adil dilaksanakan sekiranya berlaku penyiasatan, dengan menghormati prinsip kerahsiaan dan proses dan anggapan tidak bersalah. Sebarang siasatan akan turut mematuhi perundangan setempat yang berkuat kuasa, terutamanya yang berhubung proses yang sewajarnya.

Sepanjang siasatan etika, semua orang yang terlibat wajib memberi kerjasama penuh dan semua maklumat dan dokumen hendaklah disediakan dengan segera selepas permintaan pertama.

Orang yang terbabit akan dimaklumkan mengenai sifat tuduhan yang dibuat terhadapnya. Maklumat ini mungkin tidak diberi dengan serta-merta jika terbukti ini perlu, contohnya, untuk menyemak fakta, memelihara bukti atau menghubungi pihak berkuasa yang berwibawa.

Semua maklumat akan dikongsi hanya dengan mereka yang mempunyai alasan yang sah untuk mengetahui, sama ada untuk memastikan kekhuatiran berkenaan dikendalikan dan/atau langkah-langkah yang sewajarnya diambil.

Kami akan memberikan hasil siasatan kepada individu yang telah mengemukakan kekhuatiran berkenaan setakat yang wajar dan boleh diberikan tanpa melanggar undang-undang atau tanggungjawab kerahsiaan yang lain.

Sebarang tuduhan yang terbukti bersifat fitnah atau dibuat dengan niat jahat boleh mengakibatkan prosiding disiplin dikendalikan.

SAYA ADA KEKHUATIRAN

Page 8: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

8

BEKERJA

BERSAMA-SAMA

MENGHORMATIUNDANG-UNDANG DAN ADAT RESAM TEMPATAN

Kami menghendaki agar semua pekerja dan entiti bekerjasama dengan sikap saling hormat menghormati dan terbuka.

Kerja berpasukan digalakkan dan kejayaan, serta kegagalan, harus dikongsi bersama.

Kita semua seharusnya berusaha untuk memberi pujian kepada idea orang lain dan mengiktiraf sumbangan orang lain. Kita seharusnya mendengar dengan sabar dan berkongsi maklumat bila diperlukan, tertakluk pada

peraturan Kumpulan berhubung kerahsiaan. Kekurangan hormat, khususnya melalui pertuturan yang kesat atau gerak isyarat yang tidak wajar atau ungkapan yang bersifat rasis, mendiskriminasi, atau seksual tidak boleh diterima. Merendah-rendahkan rakan sekerja juga bertentangan dengan nilai-nilai etika L'ORÉAL.

Dengan cara ini, kita akan mengekalkan budaya kesetiaan, kepercayaan, perpaduan serta hormat pada budaya yang berbeza di seluruh perniagaan kita.

MENGHORMATI

HAK ASASI MANUSIA

Kami komited untuk menghormati dan mempromosi Hak Asasi Manusia, khususnya merujuk pada Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia yang bertarikh 10 Disember 1948 dan Prinsip Panduan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia yang bertarikh 16 Jun 2011. Kita merupakan penandatangan Kompak Global Bangsa-bangsa Bersatu sejak 2003 dan kita menyokong Prinsip Pemerkasaan Wanita PBB

Kita hadir di pelbagai Negara dan kita khususnya amat berwaspada mengenai isu yang diliputi oleh Konvensyen Asas Organisasi Buruh Antarabangsa (larangan buruh kanak-kanak dan buruh paksa, menghormati kebebasan berpersatuan), menggalakkan kepelbagaian, hak wanita, menghormati hak individu untuk menggunakan sumber asli dan hak terhadap kesihatan.

L’ORÉAL khususnya amat menghormati undang-undang tersirat dan tersurat yang mentadbir standard kualiti, kesihatan dan keselamatan, undang-undang pekerja, alam sekitar, rasuah dan pengubahan wang haram, privasi data, percukaian, penyampaian maklumat kewangan dan bukan kewangan yang tepat dan persaingan saksama.

L'ORÉAL berusaha untuk berkongsi prinsip-prinsip ini dengan rakan niaganya dan untuk memastikan rakan niaga berkenaan turut menghormati undang-undang dan peraturan ini.

Kita juga perlu memastikan, di mana mungkin bahawa kita menjalankan kegiatan kita dengan cara yang sensitif terhadap budaya dan tradisi sosial masyarakat yang kita hubungi.

Terdapat kemungkinan di mana panduan di dalam kod ini bertentangan dengan undang-undang dan adat resam tempatan negara tertentu. Jika berlaku keadaan, yang undang-undang atau adat resam tempatan menetapkan standard yang lebih tinggis daripada yang ditetapkan oleh Kod ini, undang-undang setempat dan adat resam ini hendaklah sentiasa berkuat kuasa. Jika sebaliknya, Kod ini memberi standard yang lebih tinggi, ia seharusnya berkuat kuasa, melainkan ia mengakibatkan kegiatan yang melanggar undang-undang.

Page 9: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

9

Isi KandunganH A L A M A N 1 0Keselamatan dan kualiti produk

H A L A M A N 1 1Pengiklanan dan pemasaran

H A L A M A N 1 3Pemilihan pembekal dan layanan pembekal secara saksama

H A L A M A N 1 4Persaingan saksama

H A L A M A N 1 6Percanggahan kepentingan

H A L A M A N 1 8Hadiah dan hiburan

H A L A M A N 1 9Rasuah dan bayaran pemudahan

H A L A M A N 2 0Maklumat sulit

H A L A M A N 2 1Mewakili syarikat

H A L A M A N 2 2Privasi dan perlindungan data

H A L A M A N 2 4Menggunakan sumber syarikat

H A L A M A N 2 5Rekod kewangan dan perniagaan dan usahamemerangi pengubahan wang haram

H A L A M A N 2 6Perdagangan orang dalam

H A L A M A N 2 7Cukai

MENGHORMATI KOMITMEN KITA SEBAGAI SEBUAH PERNIAGAAN

“Kita berusaha untuk mencapai matlamat kecemerlangan dan sentiasa mencabar diri dan kaedah kita.”

Page 10: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

10

Keselamatan dan kualiti produk menjadi perkara paling utama sepanjang masa.Keunggulan prestasi, kualiti dan keselamatan produk kita mempamerkan dedikasi dan penghormatan kita terhadap para pengguna, yang mengekalkan kepercayaan mereka dan menjadi asas bagi jenama kita dan memastikan L’ORÉAL kekal sebagai peneraju dalam bidang ini. Kita beriltizam untuk memasarkan produk yang telah terbukti keberkesanan dan keselamatan, dijamin oleh kaedah penilaian yang amat ketat.Setiap kakitangan L’ORÉAL yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan, pemasaran dan jualan produk perlu berusaha mencapai kualiti produk yang menyeluruh, dari konsepsinya hinggalah ke pengedaran, meskipun selepas produk berada di pasaran.

Kita hendaklah+ Mematuhi semua keperluan perundangan dan kawal

selia bagi memastikan pematuhan semua produk

+ Memastikan bahawa standard kebersihan tertinggi dan kawalan kualiti yang ketat digunakan di setiap peringkat, dari pembangunan produk hingga ke pengeluaran dan pengedaran

+ Jika kita mengetahui sesuatu tuntutan daripada pengguna, minta pengguna itu menghubungi Jabatan Pengguna yang berkenaan dan apabila tuntutan ini kelihatan seperti kekhuatiran kesihatan atau keselamatan, pastikan kita memaklumkan pengurus kita atau Jabatan International Cosmeto-Vigilance dengan segera

Kita tidak boleh- Mengehadkan proses bertukar-tukar pandangan

secara bebas dan terbuka mengenai keselamatan produk agar tiada isu keselamatan diabaikan

- Abaikan sebarang potensi kekhuatiran mengenai isu keselamatan produk, toleransi dan kawalan kualiti

- Menjawab soalan media (termasuk daripada media sosial) mengenai produk kita jika kita tidak mahir atau diberi kuasa untuk berbuat sedemikian

Beretika?1.1 - Saya bekerja dalam barisan pengeluaran. Saya mengesan beberapa barangan siap yang cacat. Ada mesin yang mungkin menghasilkan beberapa masalah kualiti. Saya tahu bahawa kita seharusnya menghentikan pengeluaran apabila ini berlaku, tetapi penyelia saya tidak mengambil sebarang tindakan. Saya tahu bahawa jadual pengeluaran adalah amat ketat. Haruskah saya percaya bahawa beliau tahu apa yang beliau buat dengan tidak menghiraukan perkara itu?

L'ORÉAL telah mengenakan kawalan kualiti di setiap peringkat proses pengilangan bagi memastikan bahawa para pelanggan kita mendapat produk yang berkualiti tinggi. Kualiti didahululan, tanpa mengira jadual pengeluaran. Anda harus menghentikan bahagian pengeluaran tersebut tanpa sebarang keraguan, berkongsi masalah tersebut secara terbuka dengan pengurus anda, dan berganding bahu dengan beliau dan ahli pasukan yang lain untuk menangani isu tersebut, sebelum meneruskan proses pengeluaran.

1.2 - Kami telah menerima laporan daripada pembekal yang menyatakan bahawa pencemaran mungkin berlaku dalam penghantaran bahan mentah baru-baru ini. Produk yang mengandungi bahan mentah ini telah pun dihantar kepada pelanggan kita dan tiada bukti kukuh tentang pencemaran di dalam produk kita. Adakah kita bertanggungjawab untuk menarik balik kesemua hasil pengeluaran?

Di L'ORÉAL, kita bertindak dengan segera terhadap sebarang kebimbangan tentang kemungkinan keselamatan produk. Anda harus bincangkan isu tersebut dengan pengurus anda atau Pengurus Kawalan Kualiti dengan segera.

1.3 - Saya baru saja dihubungi oleh seorang pengguna yang telah mendail nombor telefon yang salah. Dia memberitahu saya bahawa dia mengalami reaksi alahan selepas menggunakan satu daripada produk kita. Apakah yang perlu saya lakukan?

Beri pengguna ini nombor talian bantuan pengguna yang betul dan galakkannya menghubungi mereka dengan serta-merta. Di samping itu, hantar maklumat ini sendiri kepada Jabatan Pengawasan Selepas Pemasaran. Di L’ORÉAL, selepas kajian terperinci atas perhubungan sebab dan akibat dengan produk kita, kita kadangkala boleh memutuskan untuk melaraskan komposisi produk bagi membetulkan kesan tidak diingini tertentu, walaupun sangat kecil, untuk menjamin kepada pengguna kita bahawa mereka boleh menggunakan produk kita dengan penuh yakin.

1.4 - Saya sering ditanya oleh keluarga dan rakan mengenai pendirian saya tentang ujian ke atas haiwan… saya tidak tahu apa yang perlu saya beritahu mereka. Siapa yang harus saya dekati mengenai perkara ini?

L’ORÉAL tidak lagi menguji mana-mana produk atau bahannya ke atas haiwan, walau di mana jua di dunia. L’ORÉAL juga tidak menugaskan usaha ini kepada pihak lain. Pengecualian boleh dibuat hanya jika pihak berkuasa kawal selia menuntutnya bagi tujuan keselamatan atau kawal selia. Jika anda ada sebarang soalan mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi Pengarah Perhubungan Awam anda. Ingat: anda hendaklah berhati-hati apabila bercakap tentang topik di luar bidang kepakaran anda (lihat bab mengenai “Mewakili Syarikat”).

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda sesuatu kekhuatiran mengenai kualiti dan/atau keselamatan produk, jangan pendamkannya Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Kawalan Kualtiti anda Pengarah Undang-undang anda, Pengarah Saintifik anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Sebagai sebuah perniagaan

KESELAMATAN

& KUALITI PRODUK

Page 11: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

11

Kejayaan produk kita adalah berdasarkan sifat-sifat intrinsik dan prestasi produk kita. Prinsip ini penting untuk menawan dan mengekalkan kesetiaan pengguna kita. Kita ingin berkomunikasi secara bertanggungjawab dengan menghormati kepelbagaian keperluan dan keinginan kecantikan yang tiada hadnya di dunia ini. Kita tidak menggalakkan satu model kecantikan tunggal atau yang tidak mampu dicapai.

Kita hendaklah

+ Mengikuti proses pengesahan dalaman bagi pengiklanan dan tuntutan meskipun ia melambatkan pelancaran sesuatu produk

+ Memastikan semua bahan pengiklanan dan promosi adalah berdasarkan prestasi yang terbukti dan data saintifik yang berkaitan yang diperoleh sewaktu penilaian, kajian pengguna atau makmal yang dikendalikan berlandaskan amalan terbaik industri kita

+ Memberi perihalan yang adil, tepat dan jujur mengenai produk kita dan kesannya

+ Menyatakan dengan jelas tujuan dan penggunaan produk kita yang betul dan memastikan yang ia mudah difahami oleh pengguna

+ Pastikan yang jenama kita mempromosikan jenis kecantikan yang paling meluas

+ Peka terhadap reaksi yang mungkin diterima

daripada kumpulan agama, etnik, budaya atau sosial terhadap pengiklanan kita

+ Berhati-hati dalam memastikan yang tindakan kita adalah sejajar dengan Prinsip Etika kita jika kita mempromosi produk bagi kanak-kanak dan remaja

+ Berwaspada khususnya berhubung suasana kerja bagi kanak-kanak yang mungkin muncul dalam iklan kita

+ Berhati-hati ketika menggunakan haiwan dalam pengiklanan kita; khususnya tidak memberi kesan pada spesies terancam atau haiwan yang melalui suasana latihan yang jelas tidak boleh diterima

+ Mereka bentuk promosi jualan dan operasi pemasaran langsung kita supaya pengguna boleh mudah memahami syarat-syarat tawaran

+ Melindungi data peribadi para pengguna kita (lihat bab mengenai Perlindungan Privasi dan Data)

+ Menahan daripada membuat ungkapan yang mengecil-ngecilkan pihak pesaing (termasuk sebarang kenyataan palsu berkaitan produk atau perkhidmatan mereka)

Kita tidak boleh

- Cuba mengeksploitasi sifat mudah terpedaya, kekurangan pengetahuan atau kekurangan pengalaman pengguna

- Menegaskan dalam pengiklanan kita bahawa penggunaan produk kita akan memberi kelebihan profesional atau sosial yang ketara atau bahawa produk kita perlu demi mengatasi masalah peribadi atau agar diterima dari segi sosial

- Menghakis maruah insan dalam iklan kita atau menampilkan stereotaip yang menghina

- Mengiklan di media tertentu atau di sekitar program yang strategi tarikannya berdasarkan keganasan, seks, atau mengapi-apikan kebencian terhadap sesiapa. Strategi sedemikian bertentangan dengan Prinsip Etika L’ORÉAL

- Membiarkan kanak-kanak tampil dalam iklan bagi produk yang belum diuji untuk digunakan pada kanak-kanak kecuali diisyaratkan dengan jelas dalam iklan tersebut bahawa produk tersebut bukan dihasratkan untuk kanak-kanak

- Khususnya meletakkan kanak-kanak yang sangat kecil sebagai sasaran dalam pengiklanan dan promosi kita, melainkan untuk pelindung suria dan produk kebersihan

- Membesar-besarkan tuntutan dengan sengaja dalam komunikasi kita, termasuk tuntutan alam sekitar atau sosial

- Kumpul maklumat bagi tujuan pemasaran berdasarkan tingkah laku tanpa terlebih dahulu memaklumkan pengguna Internet (cth., menggunakan ‘cookies’)

PENGIKLANAN

& PEMASARAN

Page 12: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

12

Sebagai sebuah perniagaan

Beretika?2.1 - Rakan sekerja saya telah menunjukkan satu cadangan pemasaran untuk losen badan yang mengguna model muda yang amat kurus. Saya fikir ini agak tidak menyenangkan dan boleh menyebabkan kami dituduh menggalakkan gadis menahan lapar dalam usaha mengejar susuk tubuh kurus yang tidak sihat. Beliau berkata saya terlalu sensitif dan bahawa kerja seni tersebut telah dihantar untuk kelulusan. Apakah yang boleh saya buat mengenainya?

Pengiklanan dan promosi kita direka untuk memberi kesan semaksimum mungkin pada khalayak sasaran yang kita kehendaki. Oleh itu, kita memikul tanggungjawab bagi semua mesej yang ia sampaikan atau dilihat sebagai disampaikan. Terdapat tahap kebimbangan yang tinggi mengenai gangguan pemakanan di kalangan gadis- gadis, dan risiko kesihatan yang dikaitkan dengannya. Ini harus diambil kira apabila memutuskan tentang kempen pengiklanan kita. Kita tidak boleh bekerja dengan model yang berumur di bawah 16 tahun kecuali untuk pengiklanan khusus seperti perlindungan matahari untuk kanak-kanak atau yang jelas mempunyai masalah pemakanan serius. Kita juga mengelak daripada pengiklanan yang menggalakkan penggunaan dadah, alkohol atau merokok. Anda seharusnya menggalakkan rakan sekerja anda untuk mendapatkan pandangan kedua. Anda juga boleh mengemukakannya kepada pengurus anda.

2.2 - Dalam sesebuah pengiklanan bagi produk penggayaan rambut, modelnya akan memakai rambut palsu yang diperbuat daripada rambut asli dan kita akan menggunakan photoshop pada gambarnya kerana terdapat cela pada kulitnya. Adakah ini boleh diterima dari segi kejujuran tuntutan kita?

Adakalanya sentuhan semula perlu dari sudut pandangan teknikal, tetapi ia tidak boleh mengelirukan tentang prestasi produk yang diiklankan. Menggunakan rambut palsu yang diperbuat daripada rambut asli boleh diterima kerana ia pengiklanan bagi produk penggayaan yang berhubung kait dengan volum rambut. Memastikan rambut palsu itu diperbuat daripada rambut sebenar dan diwarnai atau digayakan dengan produk yang diiklankan, adalah penting. Namun begitu, berhati-hati dengan asal rambut asli yang digunakan untuk membuat rambut palsu tersebut, yang kadangkala boleh mengundang kontroversi.

2.3 - Saya baru saja memikirkan satu program pemasaran untuk satu produk baharu. Pengurus jabatan R&I berkata bahawa ini hanya «mengurangkan kedut», tetapi pengurus saya memberitahu saya supaya mengatakan bahawa ia «menghilangkan kedut». Saya khuatir bahawa ia tidak sepenuhnya benar. Apakah yang perlu saya lakukan?

Kami bertindak selaras dengan Kod Dewan Perdagangan Antarabangsa mengenai Amalan Pengiklanan dan Komunikasi Perniagaan yang Disatukan dan juga Piagam dan Prinsip Panduan mengenai Pengiklanan dan Komunikasi Pemasaran yang Bertanggungjawab bagi Kosmetik di Eropah. Menjual produk kita berlebih-lebihan dengan membuat dakwaan yang melambung dan membesar-besarkan perkara yang tidak tepat adalah tidak jujur dan mewujudkan kesangsian di kalangan pelanggan kita dan boleh disifatkan sebagai mengelirukan. Jika produk tersebut tidak menghilangkan kedut, maka anda tidak harus mendakwa produk itu boleh.

2.4 - Saya ingin memasukkan dalam sebuah iklan, fakta bahawa produk kita tidak mengandungi heksaklorofena, yang bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan kegunaan bahan ini dilarang oleh undang-undang. Namun begitu, ia sedap didengar oleh para pengguna. Tetapi ada rakan sekerja yang merasakan ia tuntutan yang bersifat pinggiran. Siapa betul?

Kita tidak boleh menyebabkan orang mempercayai bahawa produk kita mempunyai sifat khusus sedangkan sifat itu adalah hasil daripada usaha kita mematuhi undang-undang sahaja. Ini akan mengelirukan para pengguna kita. Rakan sekerja anda betul.

2.5 - Saya kini sedang menghasilkan iklan yang dilakukan dalam suasana keagamaan. Pengguna yang menjadi sasaran iklan ini mungkin akan menyukai gaya provokatifnya dan di negara saya, saya rasa ia tidak akan menyinggung sesiapa. Walau bagaimanapun, saya ada seorang rakan sekerja dari negara asing yang merasakan ia mungkin menyinggung atau mungkin tidak. Apakah yang perlu saya lakukan?

Kita hendaklah menilai iklan kita bukan sahaja dari sudut pandangan pengguna sasaran sahaja, bahkan juga dari sudut pandangan masyarakat secara keseluruhan. Iklan kita dilihat oleh lebih ramai orang daripada pasaran sasaran kita sahaja. Kita perlu mengambil kira kehadiran kita di peringkat antarabangsa dan tidak menggunakan tema yang boleh disifatkan sebagai boleh diterima di sesuatu negara, tetapi amat mengejutkan di negara yang lain yang juga merupakan tempat operasi kita. Akhir sekali, kita tidak boleh menggunakan imej, simbol atau tema yang boleh disifatkan sebagai menjelikkan, merendah-rendahkan, atau menghina agama, kewarganegaraan, budaya, kumpulan minoriti atau ketidakupayaan. Kaedah terbaik adalah dengan mendapatkan pandangan objektif, khususnya menerusi sebuah panel sebelum mengesahkan iklan ini dan memberi perhatian pada cara iklan ini disebarkan.

2.6 - Sebuah jenama pakaian kanak-kanak yang terkenal sedang melancarkan satu barisan pakaian bagi kanak-kanak perempuan dan mahu membeli pengilat bibir untuk ditawarkan kepada para pelanggan mereka jika pembelian mereka melebihi jumlah tertentu. Ini peluang yang baik, bukan?

Terdapat perdebatan yang kian hebat mengenai penentuan seksualiti awal bagi kanak-kanak. Meskipun kanak-kanak yang masih kecil sentiasa ingin meniru orang dewasa, terutamanya dengan mengenakan pakaian dan solekan serta wangian sebagai permainan, kita percaya bahawa ini harus kekal sebagai permainan semata-mata dan atas sebab itu, kita tidak seharusnya menggalakkan penggunaan kosmetik harian bagi kanak-kanak kecuali bagi tujuan kebersihan dan produk pelindung suria. Dengan itu, kaedah terbaik adalah dengan mengelak daripada mengaitkan jenama kita dengan objek, tema atau acara yang meletakkan kanak-kanak sebagai sasaran. Sebagai contoh, kita tidak membekalkan produk bagi peraduan seperti “Mini-Miss”.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai pengiklanan atau pemasaran, jangan pendamkannya. Bercakap dengan pengurus anda, Pengarah Undang-Undang anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Page 13: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

13

Kita hendaklah+ Memilih pembekal berdasarkan pembidaan

persaingan terbuka; memastikan bahawa semua tawaran pembekal dibandingkan dan dipertimbangkan dengan saksama dan tanpa pilih kasih

+ Bersikap telus mengenai proses pembidaan dan memberi maklum balas yang jujur dan sensitif kepada bidaan yang gagal berdasarkan unsur objektif

+ Memastikan bahawa jangkaan etika kita difahami dan diterima oleh semua pembekal walau di mana mereka beroperasi

+ Menyokong pembekal dalam memenuhi jangkaan L’ORÉAL

+ Membayar pembekal tepat pada masanya dan menurut terma yang dipersetujui, melainkan terdapat sebab-sebab yang sah di sisi undang-undang untuk tidak berbuat demikian, seperti barangan yang dipesan tidak dihantar

+ Memastikan pembekal kita tidak terlalu bergantung dari sudut ekonomi pada perniagaan L’ORÉAL

+ Melindungi maklumat sulit pembekal sebagaimana kita memelihara maklumat kita sendiri

Kita tidak boleh- Mengenakan syarat yang buruk pada pembekal

(khususnya dari segi pembayaran, tarikh akhir …)

- Meneruskan kerja dengan pembekal yang secara berulang-ulang tidak memenuhi jangkaan L’ORÉAL atau tidak menghormati Prinsip Etika kita, khususnya berhubung Hak Asasi Manusia dan/atau usaha mencegah rasuah

Beretika ?3.1 - Saya cuba mencari pelanggan baharu untuk alat pejabat. Pihak yang pertama saya hubungi menawarkan perkhidmatan yang bagus, tetapi pada harga yang tinggi. Pihak yang kedua tidak begitu bagus, tetapi lebih murah (terutamanya kerana beliau memberi diskaun yang ketara dalam usahanya untuk memenangi urus niaga L'ORÉAL). Bolehkah saya beritahu pembekal pertama apa harga sebutan pembekal kedua, agar dapat membuat beliau menurunkan harganya?

Anda boleh beritahu pembekal pertama secara kasar bahawa anda mendapat tawaran harga lebih baik dari tempat lain, tetapi tanpa mendedahkan identiti dan harga pembekal kedua tersebut. Jika tidak, anda akan memberikan pembekal pertama maklumat sulit

mengenai pesaingnya, yang merupakan tindakan yang tidak beretika dan, di kebanyakan negara, adalah bertentangan dengan undang-undang.

3.2 - Saya telah menemui seorang pembekal yang benar- benar bagus tetapi beliau baru sahaja memulakan perniagaannya dan L'ORÉAL, buat masa ini, adalah satu- satunya kliennya. Bolehkah saya menggunanya?

Ya. Tiada alasan untuk tidak membantu pembekal ini memulakan perniagaannya. Walau bagaimanapun, anda harus menyertai kontrak sementara dan memaklumkan pembekal ini bahawa beliau dikehendaki mencari pelanggan lain sebelum tempoh waktu tertentu. Jika beliau betul-betul bagus, ini tentu sekali tidak akan menjadi masalah. Jika pada akhir kontrak anda, dia masih belum berbuat demikian, anda hendaklah mempertimbangkan untuk menukar pembekal.

3.3 - Seseorang memberitahu saya secara rahsia bahawa salah seorang pembekal luar negeri sedang di bawah penyiasatan ekoran dari tuduhan buruh paksa. Pembekal tersebut belum memberitahu saya mengenainya dan pada lawatan tapak yang terdahulu, tiada alasan untuk merasa bimbang. Adakah perlu saya mengabaikan desas- desus ini?

Tidak.Anda harus menyiasat, bermula dengan meminta maklumat dari pembekal tersebut. Jika anda berasa sangsi, pertimbangkan untuk memasukkan mereka dalam program Audit Rancangan Sosial L'OREAL, yang membabitkan penghantaran juruaudit luar untuk mengesahkan fakta berkisar amalan pengambilan kerja, keadaan kerja dan isu-isu lain. Jika audit ini mendedahkan skop untuk diperbaiki, kita akan memaklumkan pembekal dan cuba memastikan dia bersetuju dengan rancangan tindakan pembetulan tertentu. Sudah tentu, sekiranya terdapat ketidakpatuhan yang teruk terhadap standard kita, yang kita rasa kita tidak dapat betulkan atau jika pembekal tidak memperbaiki, kita hendaklah mengakhiri perhubungan ini.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT: sila baca “Cara Kita Membeli” dan “Pembekal / Subkontraktor dan Buruh Kanak-kanak”.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda sesuatu kekhuatiran mengenai pemilihan atau layanan pembekal, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Pembelian anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Perhubungan L'ORÉAL dengan para pembekalnya lebih daripada sekadar proses pembelian dan penghantaran barang dan perkhidmatan. la adalah mengenai keseluruhan kejayaan jangkamasa panjang perniagaan kita. Kita akan dinilai melalui kualiti perhubungan yang dijalin dengan para pembekal kita. Terutamanya, kita akan diteliti tentang bagaimana kita memilih pembekal kita, dan bagaimana mereka menunjukkan komitmen terhadap menjalankan perniagaan dengan bertanggungjawab.Kita berbangga dengan reputasi kita berurusan dengan para pembekal dalam cara yang saling menyokong dan terbuka. Hubungan ini adalah berdasarkan prinsip tidak berat sebelah, kesaksamaan dan kesetiaan dan kita menghormati kebebasan dan identiti mereka. L'ORÉAL tidak akan menyalah guna kedudukan pasarannya untuk layanan istimewa.

PEMILIHAN PEMBEKAL

& LAYANAN PEMBEKAL SECARA SAKSAMA

Page 14: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

14

Kita menghormati semua pihak berkepentingan dalam lingkungan profesional kita, termasuk pihak pesaing. Kita melayan mereka dengan cara yang kita mahu mereka melayan kita. Kedudukan kita sebagai pemimpin dalam industri kosmetik memperkukuh tanggungjawab kita untuk menunjukkan contoh yang baik dalam bidang ini. Ini adalah menjadi kepentingan kita untuk bekerja dalam sebuah industri yang mana amalan perniagaan bereputasi baik. Ini membuat tugas kita lebih mudah dan memperteguh kepercayaan para pelanggan kita. Berkongsi sebarang jenis maklumat seperti penentuan harga, kos atau rancangan pemasaran dengan pesaing boleh memberi bayangan kegiatan penetapan harga, pembahagian wilayah atau jenis-jenis manipulasi dan memutarbelitkan pasaran bebas. Di kebanyakan negara, terdapat undang-undang yang ketat dalam bidang ini, yang kita perlu ketahui dan patuhi.

Sebagai sebuah perniagaan

Kita hendaklah+ Mendedahkan dengan segera kepada pihak

pengurusan atasan jika kita secara tidak sengaja ada menerima atau mengguna maklumat hakmilik atau maklumat sulit yang berkaitan dengan pesaing dan ia milik mereka atau milik pihak ketiga secara sah

+ Menahan diri daripada mengambil tindakan untuk memutuskan sumber bekalan atau saluran komersil pesaing

+ Jangan sekali-kali membenarkan pekerja baru L'ORÉAL berkongsi maklumat sulit mengenai pihak pesaing di tempat mereka pernah berkhidmat

+ Menahan diri dari segala kata-kata yang mengecil-ngecilkan pihak pesaing (termasuk sebarang kenyataan palsu berkaitan produk atau perkhidmatan mereka)

Kita tidak boleh- Berhubungan dengan pesaing di mana maklumat

sulit dibincangkan

- Membuat pelanggan atau pembekal melanggar kontrak dengan pesaing

- Mewujudkan pengaturan urus niaga eksklusif (yakni kontrak yang memerlukan sesebuah syarikat membeli atau menjual hanya kepada L'ORÉAL) tanpa nasihat undang-undang terlebih dahulu

- Mengumpul maklumat persaingan hanya melalui cara yang tidak sah dan/atau dengan gagal untuk memperkenalkan diri dengan jelas sebagai pekerja L'ORÉAL apabila mengumpul maklumat sedemikian

- Menetapkan kontrak yang mengikat atau membungkus sama produk atau perkhidmatan yang berlainan (cth. yang memerlukan pembeli yang ingin membeli sesuatu produk harus membeli produk "terikat" juga) atau membenarkan rebat kesetiaan tanpa nasihat undang-undang terlebih dahulu

- Mempengaruhi dasar penetapan harga klien kita

Beretika?4.1 - Saya bertembung dengan salah seorang wakil pesaing kita di pertunjukan perdagangan baru-baru ini. Semasa minum di bar, beliau menyebut bahawa syarikatnya akan melaksanakan kenaikan harga pada beberapa produk utama tidak lama lagi. Ini adalah maklumat yang amat berguna! Siapa yang perlu saya beritahu mengenainya agar kita dapat mengambil faedah penuh daripadanya?

Kita tidak berkongsi atau bertukar-tukar maklumat harga atau bidaan dengan pesaing. Ini termasuk dasar-dasar penentuan harga, diskaun, promosi, royalti, waranti dan syarat-syarat jualan. Jika seorang pesaing memberi maklumat sedemikian secara sukarela, anda harus menamatkan perbualan secara sensitif tetapi dengan segera dan memaklumkan pihak pengurusan anda dan Jabatan Undang-undang. Anda juga sudah tentu tidak boleh berkongsi maklumat ini dengan sesiapa pun. Walaupun perbualan tersebut mungkin tidak membawa sebarang maksud, ia juga boleh menimbulkan kehadiran penetapan harga atau memanipulasi bidaan yang mana tidak beretika dan, dalam kebanyakan negara, tidak sah.

4.2 - L'ORÉAL adalah ahli Persatuan Kosmetik Profesional Kebangsaan dan saya adalah wakil L'ORÉAL bagi Jawatankuasa Perdagangan. Selepas satu mesyuarat Jawatankuasa bulanan, salah seorang rakan sekerja, wakil bagi pesaing yang amat terkenal, mencadangkan bahawa ahli Jawatankuasa bertemu di sebuah restoran untuk mengukuhkan hubungan peribadi dan berbual secara "tidak rasmi". Apakah yang perlu saya lakukan?

Jangan terima undangan itu dan beritahu Jabatan Undang- Undang anda dengan segera. Kita mempunyai kewajipan untuk mengingatkan Persatuan mengenai mesyuarat «tidak rasmi» sedemikian. Ingat bahawa hubungan dengan pesaing perlu kekal berkecuali dan terhad pada topik tidak khusus, tidak sensitif dan tidak strategik. Sentiasa elak membuat hubungan tidak rasmi dan juga berada di majlis sosial dengan pesaing. Jika sewaktu hubungan rasmi "sah" dengan pesaing, anda menyedari bahawa isu sensitif, baru sahaja hendak dibincangkan, tinggalkan sahaja mesyuarat tersebut dan pastikan perbuatan anda meninggalkan mesyuarat tersebut dimasukkan dalam minit mesyuarat.

4.3 - Saya dapati bahawa salah seorang pesaing utama kita akan melancarkan produk baru tidak lama lagi yang mungkin akan memberi implikasi buruk terhadap strategi jualan dan pemasaran kita. Kami ingin tahu lebih lanjut mengenainya, tidak kira apa yang perlu dilakukan. Memandangkan betapa gentingnya keadaan ini, bolehkan kita mengupah seseorang untuk mengasing-asingkan sampah mereka untuk mencari petunjuk bagi strategi pelancaran mereka?

Ini adalah merupakan perlakuan tidak beretika, yang boleh merosakkan nama baik dan integriti Syarikat dengan teruk. L'ORÉAL sekali-kali tidak boleh terbabit dengan kegiatan sedemikian. Kita hanya boleh mengumpul maklumat persaingan melalui cara yang sah. Cara sedemikian termasuk memeriksa produk pesaing kita dan menggunakan sumber yang tersedia

PERSAINGAN

SAKSAMA

Page 15: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

15

kepada awam, seperti risalah promosi, laporan tahunan, pameran pesaing di pertunjukan perdagangan dan data industri diagregat yang tidak mendedahkan maklumat tertentu syarikat.

4.4 - Sewaktu mengunjungi seorang klien, beliau memberi kepada saya maklumat mengenai harga pesaing saya yang disyorkan serta rancangan pelancaran mereka. Bolehkah juga saya meminta beliau memberi saya maklumat mengenai persediaan dalam kedai bagi pelancaran ini?

Anda tidak boleh mengumpul maklumat sensitif bukan awam (harga, pelancaran produk, bahagian pasaran, bajet pengiklanan, dsb.) mengenai pesaing kita, tidak kira sama ada secara langsung daripada pesaing kita, atau secara tidak langsung, khususnya melalui klien kita. Melakukan sedemikian menampilkan risiko bagi kedua-dua L’ORÉAL dan klien.

4.5 - Enam bulan lalu, saya mengupah seseorang yang pernah bekerja dengan seorang pesaing. Semasa di sana, beliau memperoleh beberapa kepakaran penyelidikan bernilai yang amat besar dalam bahagian penting untuk kita. Malah, pengalaman tersebut adalah salah satu sebab saya mengupahnya. Jelas sekali, saya berhati-hati dalam memastikan beliau tidak memberi sebarang maklumat sulit kepada kita, tetapi tentu sekali ada had masa, yang mana beliau boleh berkongsi pengetahuannya dengan bebas? Jika tidak, ini bermakna mengambil semua perkara sulit ini secara keterlaluan, bukankah begitu?

Tiada had masa dalam melindungi maklumat sulit. Pekerja baharu anda seharusnya diambil bekerja berdasarkan kemahiran beliau dan bukan pekerjaannya pada masa lalu dengan pesaing kita. Mungkin lebih wajar untuk memindahkan beliau ke jabatan berlainan, yang beliau tidak akan merasa tertekan atau tertarik untuk memberi pengetahuan sulit.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT:sila baca “Cara Kita Bersaing”.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai persaingan, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengarah Undang-undang anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Page 16: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

16

Sebagai peneraju pasaran kosmetik, kita hendaklah memberi perhatian khusus pada percanggahan kepentingan. Kita semua harus mengelak keadaan di mana kepentingan peribadi kita mungkin bercanggah dengan kepentingan L'ORÉAL.Malahan apa yang kelihatan seperti percanggahan sekali pun boleh mencemarkan nama baik L'ORÉAL - malah reputasi kita juga. Pedoman penting bagi menangani sebarang percanggahan ini, bahkan juga potensi percanggahan adalah melalui pendedahan penuh semua fakta. Ini membolehkan setiap perkara dikaji dengan betul.

Kita hendaklah+ Dedahkan kepada pihak pengurusan kita sama

ada terdapat potensi percanggahan kepentingan yang mungkin mempengaruhi atau kelihatan seperti mempengaruhi pertimbangan dan tindakan kita (contohnya, apabila seorang ahli keluarga diambil bekerja dengan pembekal) atau apabila kita memegang sebarang jawatan, terlibat atau mempunyai kepentingan kewangan dalam mana-mana organisasi yang menjadi pesaing, pelanggan, pembekal atau sebarang rakan niaga L’ORÉAL yang lain, jika jawatan kita di L’ORÉAL membolehkan kita mempengaruhi perhubungan perniagaan ini

Kita tidak boleh- Menyembunyikan sebarang maklumat mengenai

percanggahan kepentingan

Beretika ?5.1 - Seorang daripada rakan sekerja saya mempunyai sepupu yang menyertai kita, seorang rakan sekolah lama saya baru saja mula bekerja dengan saya. Saya agak bimbang kalau-kalau orang memikirkan mungkin terdapat percanggahan kepentingan di sini. Adakah dasar-dasar ini hanya diguna pakai pada ahli keluarga terdekat - atau adakah ia meliputi hal ini juga?

Jawapannya mudah: jika hubungan tersebut boleh mempengaruhi objektiviti anda, anda harus mengguna pakai dasar ini dan minta panduan yang sewajarnya. Hakikat bahawa seorang ahli keluarga seseorang atau seorang kawan telah bekerja di L'ORÉAL tidak berkaitan dengan kelayakan mereka sendiri sebagai calon bagi sesuatu pekerjaan dengan Syarikat. Tetapi, setiap usaha mesti dibuat untuk memastikan bahawa gaji dan penilaian prestasi dikendalikan oleh orang yang berkecuali dan keadaan ini dipantau secara berterusan untuk memastikan keobjektifan dan keadilan untuk semua.

5.2 - Saya amat kagum dengan mutu kerja pembekal L'ORÉAL yang tertentu, menyebabkan saya ingin melabur dalam syarikat tersebut. Adakah terdapat sebarang percanggahan kepentingan di sini?

Walaupun penglibatan anda mungkin hanya dari segi kewangan, kemungkinan terdapat percanggahan kepentingan, bergantung pada jawatan anda di L'ORÉAL, pengaruh anda dalam keputusan pembelian, amaun pelaburan anda dan kepentingan L'ORÉAL sebagai pelanggan syarikat yang berkenaan. Satu-satunya cara untuk mengetahui jika ini boleh diterima ialah dengan mendedahkannya kepada pihak pengurusan anda dan membincangkan hal tersebut secara terbuka.

5.3 - Anak lelaki saya memiliki hotel tempatan yang benar-benar bagus dan banyak syarikat di kawasan tersebut menggunakannya untuk makan tengah hari dan mengadakan pelbagai majlis. Jelas sekali hotel itu merupakan pilihan tempat yang sesuai bagi acara kami. Memandangkan harga dan kualitinya bagus berbanding pilihan lain, adakah terdapat sebarang halangan bagi saya membuat tempahan di hotel itu?

Memandangkan harga yang kompetitif dan populariti tempat tersebut, mungkin ia akan diterima baik oleh Syarikat untuk melangsungkan majlis di situ. Walau bagaimanapun, adalah tidak sesuai bagi anda untuk menyuarakan apa-apa pendapat di dalam hal tersebut, oleh kerana jelas sekali terdapat percanggahan kepentingan di sini. Seperti kes-kes seumpama ini di mana salah seorang anggota keluarga yang rapat bekerja dengan pembekal semasa atau bakal pembekal atau rakan kongsi perniagaan lain, anda harus mendedahkan fakta ini kepada pengurus atasan anda. Kemudian, beliau boleh mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelak dari meletakkan anda dalam keadaan yang sukar.

5.4 - Semasa waktu lapang, saya adalah Naib Presiden Persatuan Pengguna Kebangsaan. Saya telah memegang jawatan tersebut beberapa tahun. Sekarang, saya mendapat tahu bahawa Persatuan merancang untuk melobi bagi perubahan dalam undang-undang yang mungkin boleh menimbulkan masalah kepada L'ORÉAL. Apakah yang perlu saya lakukan?

L'ORÉAL menghormati privasi pekerja dan mengambil pandangan positif dalam sumbangan pekerja terhadap masyarakat melalui persatuan atau badan amal. Walau bagaimanapun, anda harus mendedahkan keahlian atau penglibatan anda dalam pertubuhan sedemikian kepada pihak pengurusan atasan anda apabila anda merasakan terdapat sebarang perkara yang bertentangan, atau bakal bertentangan, dengan kepentingan L’ORÉAL. Pengurus anda atau Pengurus Sumber Manusia boleh membimbing anda dalam mengambil tindakan yang sesuai. Di dalam hal ini, anda seharusnya memaklumkan rakan sekerja anda dalam Persatuan dan menarik diri daripada sebarang penglibatan dengan kempen melobi berkenaan.

5.5 - Isteri saya bekerja dengan salah satu pesaing L'ORÉAL. Kami tidak berbual tentang kerja di rumah dan saya tidak nampak Syarikat ada kena mengena dengan apa yang isteri saya lakukan dalam kehidupan profesionalnya. Tetapi, beberapa rakan sekerja saya mengatakan bahawa saya berada di dalam keadaan yang boleh menimbulkan curiga. Oleh itu, apa yang perlu saya lakukan?

Ini boleh menimbulkan percanggahan kepentingan. Untuk melindungi diri anda dan juga pihak Syarikat, anda harus mendedahkan fakta tersebut kepada pihak pengurusan anda atau Pengurus Sumber Manusia. Di samping itu, anda dan isteri anda harus mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan bahawa maklumat sulit atau maklumat empunya kedua-dua syarikat dilindungi.

Sebagai sebuah perniagaan

PERCANGGAHAN

KEPENTINGAN

Page 17: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

17

5.6 - Seorang ahli pasukan saya telah berpacaran dengan pekerjanya selama beberapa bulan. Mereka agak berhati-hati mengenainya di tempat kerja, tetapi orang lain akhirnya mendapat tahu juga. Saya tidak sepatutnya mengetahui perkara itu secara rasmi. Ia telah memulakan pelbagai khabar angin. Tentu sekali, saya mengawasi segala perkara untuk memastikan tiada bukti keadaan pilih kasih - apa kata jika mereka memutuskan hubungan dan semuanya menjadi tidak menyenangkan? Adakah harus saya berbuat sesuatu mengenainya - dan jika ya, apakah yang harus dilakukan?

Ini adalah keadaan yang amat sensitif. Di L'ORÉAL, kami menghormati kehidupan peribadi pekerja dan oleh itu kami tidak perlu atau tidak mahu tahu mengenai hubungan percintaan mereka. Walau bagaimanapun, kami mempunyai kepentingan yang sah untuk mengetahui tentang perhubungan profesional mereka, khususnya apabila seorang melapor pada yang satu lagi atau dalam kedudukan yang berkuasa atau mempunyai kawalan ke atas yang satu lagi. Keadaan yang anda terangkan itu tidak wajar kerana terdapat percanggahan kepentingan. Seseorang pengurus tidak boleh dijangka dapat menilai pekerja bawahannya secara objektif jikabeliau saling terlibat dalam hubungan percintaan. Anda harus berjumpa dengan Pengurus Sumber Manusia anda agar dapat membincangkan bagaimana untuk menangani hal ini. Cara yang paling sesuai ialah, salah seorang daripada mereka harus bertukar kerja dan kami akan berusaha bagi memastikan bahawa ini boleh dicapai dengan berhati-hati. Bergantung pada fakta dan keadaan, keadaan ini juga mungkin menjadi satu isu gangguan seksual.

5.7 - Bolehkah kakitangan L’ORÉAL juga mempunyai blog kecantikan?

Nampaknya sukar bagi kakitangan L’ORÉAL untuk menyertai blog jenis ini memandangkan mereka tidak boleh mengkritik produk kita atas sebab-sebab kesetiaan dan mereka juga tidak boleh mengkritik produk pesaing kita memandangkan itu tidak adil. Blog-blog ini hanya menarik minat jika ia menunjukkan pandangan pengguna yang sebenar. Kita hendaklah memastikan yang kita terbuka pada kritikan, sekiranya tidak, kita akan dituduh mempengaruhi perdebatan atau kurang telus.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT:sila baca dasar mengenai “Mengambil Ahli Keluarga dan Rakan untuk Bekerja”.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai percanggahan kepentingan, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Page 18: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

18

Bertukar-tukar hadiah dan hiburan boleh membantu membina persefahaman dan memperbaiki hubungan kerja, tetapi ini juga boleh menimbulkan percanggahan kepentingan antara kepentingan peribadi dan tanggungjawab profesional. Apabila menerima atau memberi hadiah atau hiburan, «pedoman penting» ialah pendedahan penuh kepada pengurusan, adalah berada dalam had yang munasabah dan sentiasa bertanya diri sendiri bagaimana perkara ini akan dilihat oleh khalayak awam yang lebih luas.

Kita hendaklah+ Memastikan bahawa semua hadiah dan hiburan

yang ditawarkan adalah sesuai dan sejajar Prinsip Etika L'ORÉAL

+ Memastikan bahawa apabila mewujudkan hubungan perniagaan baru, semua pihak tahu dari mula lagi tentang garis panduan L'ORÉAL mengenai hadiah dan hiburan. Sebaliknya kita juga perlu mengambil tahu tentang dasar rakan kongsi perniagaan kita mengenai isu-isu ini. Ini adalah perlu untuk mengelakkan sebarang salah faham untuk jangkamasa panjang

+ Segera mendedahkan kepada pengurusan kita sebarang hadiah atau jemputan yang kita terima, dan, jika perlu, patuhi prosedur pendedahan dalaman

Kita tidak boleh- Menerima hadiah atau hiburan kecuali ia jelas

bernilai simbolik

- Menerima atau memberi hadiah tunai

Beretika?6.1 - Bolehkah saya menawarkan pelanggan L'ORÉAL tiket ke konsert yang saya tidak dapat hadiri?

Seseorang dari L'ORÉAL perlu hadir dan boleh menjalankan urus niaga dengan pelanggan tersebut sebagai sebahagian dari sebarang temasya sedemikian. Peraturan yang sama dikenakan apabila menerima hiburan daripada seseorang pembekal. Ini hanya dibenarkan jika hiburan tersebut munasabah, biasa dan menjadi kelaziman bagi hubungan perniagaan anda, dan penyedia tersebut juga turut hadir.6.2 - Kami baru saja mencapai persetujuan dalam urus niaga penting dengan seorang pelanggan baru. Pengurus Jualan saya telah mencadangkan agar kami membawanya ke kelab untuk meraikan kejayaan ini. Saya rasa itu idea yang bagus - sehinggalah saya mendapat tahu bahawa ia adalah kelab tarian lucah! Saya rasa amat tidak selesa menawarkan hiburan sebegini. Adakah saya bersikap terlalu sensitif?

Hiburan yang ditawarkan kepada para pelanggan bukan sahaja harus munasabah tetapi juga boleh diterima. Kelab sebegini bukan sahaja kemungkinan bertentangan dengan SEMANGAT L'ORÉAL, tetapi juga boleh membuat pelanggan tersebut rasa amat tidak selesa, apatah lagi mana-mana ahli pasukan jualan berpendapat "hiburan" begini dibenci orang. Anda harus menggalakkan Pengurus Jualan anda mencari pilihan yang lebih wajar. Dalam jangkamasa panjang, ini akan memberi gambaran baik tentang Syarikat.6.3 - Agar dapat menjual produk yang lama, seorang pembekal baru sahaja menawarkan saya 15% diskaun secara peribadi. Bolehkah saya menerimanya?

Kecuali dalam kes diskaun luar biasa yang telah dipersetujui bersama L’ORÉAL, anda mesti memaklumkan pengurusan anda mengenai sebarang diskaun yang ditawarkan oleh pembekal.

6.4 - Sebagai sebahagian daripada tugas saya, saya menganjurkan beberapa mesyuarat, rombongan dan konvensyen perniagaan. Kini, sebuah hotel yang saya sering tempah bilik untuk pekerja L'ORÉAL telah menawarkan saya hujung minggu percuma untuk ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya. Itu adalah tanda baik hati. Bolehkah saya menerimanya?

Tidak. Walaupun anda tidak akan memperoleh faedah dari pemberian tersebut secara peribadi, menerima tawaran tersebut bakal menimbulkan kesukaran untuk kekal saksama apabila anda menguruskan penginapan hotel untuk L'ORÉAL pada masa hadapan. Malah kehadiran percanggahan kepentingan sedemikian adalah tidak wajar dan harus dielakkan dengan menolak tawaran tersebut secara sopan dan menjelaskan mengapa anda berbuat demikian.6.5 - Seorang pembekal baru sahaja menawarkan saya sebakul hadiah besar produknya. Saya tahu kosnya tidak begitu tinggi. Jadi bolehkah – dan haruskah – saya menerimanya?

Anda seharusnya mengucapkan terima kasih kepada pembekal atas kemurahan hatinya, tetapi menolak hadiah tersebut dengan sopan. Anda hanya boleh terima pemberian dan undangan yang bernilai simbolik. Contohnya, produk dengan logo syarikat pembekal dan sekotak coklat biasanya boleh diterima. Jika anda fikir ini boleh menjejaskan hubungan jika anda menolaknya, dapatkan nasihat daripada pihak pengurusan anda untuk mendapatkan cara menangani keadaan ini dengan wajar.6.6 - Saya berunding untuk menambah ruang rak kita bersama pelanggan. Hubungan saya enggan mengkaji cadangan kita, sambil mendakwa pesaing kita berhubung lebih “baik” dengannya. Saya bertanggapan dia mahukan saya memberikannya hadiah namun dia tidak meminta sesuatu yang khusus daripada saya.

Beritahu pengurusan anda mengenai keraguan anda. Mungkin anda perlu berbincang dengan pengurusan pelanggan anda kerana mereka tidak mungkin menggalakkan jenis kelakuan ini dari pekerja mereka. Dalam sebarang keadaan, jangan tertarik dengan godaan seperti ini. Rundingan yang sihat dengan pelanggan kita adalah berdasarkan kualiti produk kita dan dasar harga kita dan bukan pada kapasiti kita memberikan hadiah kepada pekerja mereka.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT: sila baca “Cara Kita Membeli” dan “Cara Kita Mencegah Rasuah”, di samping dasar hadiah dan hiburan setempat anda.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai hadiah dan hiburan, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Sebagai sebuah perniagaan

HADIAH

& HIBURAN

Page 19: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

19

Kita percaya bahawa rasuah tidak boleh diterima dan tidak sejajar dengan SEMANGAT L'ORÉAL. Ia berbahaya bagi masyarakat tempat kita beroperasi dan menjejaskan Syarikat. Rasuah dilarang di semua negara tempat kita beroperasi, terutamanya di mana wakil pihak berkuasa awam terlibat. Kita mengamalkan dasar toleransi sifar berhubung rasuah, termasuk “pembayaran pemudahan”. Ini ditakrif sebagai bayaran yang digunakan untuk menjamin atau mempercepatkan tindakan rutin sah kerajaan, seperti mengeluarkan permit atau melepaskan barang yang ditahan kastam.

Kita hendaklah+ Pastikan yang rakan niaga dan pengantara kita

dimaklumkan mengenai standard kita dan komited untuk menghormatinya secara khususnya apabila mereka mewakili kita di sesebuah negara di mana terdapat risiko rasuah yang tinggi

+ Maklumkan dengan serta-merta pengurus anda dan Pengurus Negara atau, bagi kakitangan Korporat atau Zon, ahli Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan yang menerima laporan kita jika kita menyedari sebarang tindakan yang mungkin bertentangan dengan dasar pencegahan rasuah kita

+ Maklumkan dengan serta-merta Pengurus Negara kita atau, bagi kakitangan Korporat atau Zon, ahli Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan yang menerima laporan kita, jika kita mengalami peras ugut atau percubaan peras ugut, iaitu, pembayaran tunai atau apa jua yang berharga untuk mengelak penjejasan segera kepada kakitangan atau wakil L’ORÉAL dan dokumenkan tuntutan ini dengan teliti

Kita tidak boleh- Menawarkan, menjanjikan atau memberi wang,

termasuk pembayaran pemudahan atau apa jua yang berharga (hadiah, hiburan, dsb.) kepada wakil pihak berkuasa awam, parti politik atau ahli politik, kesatuan sekerja atau individu yang terlibat dalam kesatuan sekerja

- Menawarkan, menjanjikan atau memberi wang atau apa jua yang berharga (hadiah, hiburan, dsb.) kepada organisasi amal atau yang serupa dengan tujuan untuk mendapatkan sebarang kelebihan bagi L’ORÉAL daripada wakil pihak berkuasa awam atau parti politik atau kesatuan sekerja

- Menawarkan, menjanjikan atau memberi wang atau apa jua yang berharga (hadiah, hiburan, dsb.) kepada kakitangan atau wakil syarikat lain yang mungkin menyebabkan mereka melanggar kewajipan kesetiaan mereka kepada syarikat mereka

- Menerima atau meminta wang atau apa jua yang berharga (hadiah, hiburan, dsb.) yang boleh menyebabkan kita melanggar kewajipan kesetiaan kita kepada L’ORÉAL atau dilihat sebagai mempengaruhi perhubungan perniagaan

- Jangan sekali-kali menggunakan pihak ketiga untuk melakukan sesuatu yang kita tidak dibenarkan untuk melakukannya atau yang kita tidak benarkan diri kita lakukan secara langsung. Ini bererti, kita perlu mengamalkan ketelitian yang bersungguh-sungguh dalam memilih serta memantau perunding, subkontraktor, ejen dan rakan niaga kita

Beretika?7.1 - Saya diberitahu bahawa saya harus menggaji "pakar runding" tempatan untuk membantu mendapatkan semua permit yang kita perlukan dari kerajaan asing. Pakar runding ini meminta bayaran retainer yang besar dan menyatakan bahawa dia akan menggunakan wang tersebut untuk “membantu mempercepatkan proses”. Memandangkan kita tidak begitu tahu ke mana wang itu akan pergi, adakah kita perlu bimbang tentangnya?

Ya. Jika anda mengesyaki bahawa mana-mana ejen bertindak tidak wajar, anda tidak boleh membayar retainer sedemikian atau sebarang jumlah lain sehingga anda telah memastikan bahawa tiada bayaran tidak wajar telah atau akan dibuat.

7.2 - Saya menubuhkan sebuah pejabat baru dan pihak autoriti tempatan meminta sedikit ganjaran sebelum mereka memasang talian telefon kita. Bolehkan saya membuat bayaran ini?

Tidak. Jika bayaran tersebut bukan yuran pemasangan sah, anda tidak boleh membayarnya.

7.3 - Saya dalam proses membekalkan produk kita kepada klien baharu. Pakar runding yang bekerja bagi klien ini menghubungi saya dan memberitahu saya bahawa dia boleh membantu dengan memberi saya maklumat sulit mengenai klien ini.

Anda hendaklah menolak tawaran ini dan memaklumkan pengurus anda. Mungkin juga perlu untuk anda memberitahu klien anda bahawa pihak ketiga ini sedang cuba menjual maklumat sulit milik mereka kepada anda.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT: sila baca “Cara Kita Mencegah Rasuah”.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai rasuah dan pembayaran pemudahan, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Kawalan Dalaman anda, Pengarah Kewangan anda, Pengarah Undang-undang anda, Pengurus Pembelian anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai “Hadiah dan Hiburan” dan «Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

RASUAH

BAYARAN PEMUDAHAN

Page 20: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

20

Maklumat itu berharga. Pendedahan maklumat dalaman tanpa kebenaran boleh menyebabkan kehilangan nilai dan memudaratkan L'ORÉAL. Kita semua hendaklah memastikan perlindungan maklumat dalaman, dengan mengikuti peraturan Kumpulan mengenai perkara ini dengan ketat. Sesiapa yang mempunyai akses kepada maklumat sulit yang dimiliki oleh rakan kongsi perniagaan adalah bertanggungjawab untuk melindunginya dari didedahkan.

Kita hendaklah

+ Mengehadkan pendedahan maklumat dalaman kepada orang mempunyai "keperluan untuk tahu" yang sah demi kepentingan L'ORÉAL

+ Pastikan anda mengetahui peraturan mengenai pengurusan maklumat Kumpulan yang terkini

+ Pastikan semua rekod sulit kakitangan, pengguna, pelanggan dan pembekal, disimpan dengan selamat, tidak kira dalam bentuk kertas mahu pun elektronik

+ Sebelum berkongsi maklumat dalaman dengan pihak ketiga di luar L’ORÉAL (termasuk terutamanya ahli keluarga kita atau apabila menggunakan media sosial), semak apa yang kita berhak sampaikan

Kita tidak boleh

- Membincangkan atau melakukan kerja dengan maklumat dalaman di tempat awam di mana perbualan boleh didengari atau keselamatan data terjejas

- Mendedahkan maklumat dalaman majikan yang terdahulu

- Menyimpan segala maklumat dalaman (termasuk semua salinan bahan asal) apabila meninggalkan L'ORÉAL

Beretika ?

8.1 - Rakan saya sering bertanya tentang tugas saya di L'ORÉAL: mereka ingin tahu apa bahan yang terkandung dalam produk kita dan apa produk baharu yang bakal kita lancarkan. Jelas sekali, banyak juga jawapan yang saya tahu melalui tugas-tugas saya - oleh itu, setakat mana yang saya boleh beritahu mereka?

Sebarang maklumat (bertulis, elektronik, lisan atau sebarang bentuk lain), yang tidak tersedia untuk awam dan anda mempunyai akses terhadapnya sebagai pekerja L'ORÉAL, harus dianggap sebagai maklumat dalaman. Mendedahkan maklumat sedemikian, walaupun kepada rakan yang boleh dipercayai, adalah tidak wajar. Ini boleh menjejaskan kepentingan L'ORÉAL.

8.2 - Pada hari ini, kita tinggal di dunia yang komunikasi lebih mudah dan tanpa had dalam revolusi digital ini. Ini mencabar prinsip kerahsiaan dalam Tataetika kita.

Memang benar, dalam dunia digital, memastikan kerahsiaan menjadi semakin sukar, justeru lebih penting. Terpulang kepada setiap orang untuk membiasakan diri dengan peraturan Kumpulan berhubung perkara ini, khususnya dalam penggunaan media sosial yang betul dan mengenai teknologi maklumat dan komunikasi.

8.3 - Tempoh hari, saya membawa pelanggan berpotensi ke satu mesyuarat. Dalam perjalanan ke bilik mesyuarat, kami melalui pejabat seorang rakan sekerja. Pintunya terbuka, dan beliau sedang bercakap kepada pelanggan lain tentang keadaan penentuan harga di fon suara. Sebaik sahaja kami melalui biliknya, kami terdengar dia menawarkan beberapa urus janji istimewa - semuanya dapat didengari oleh pelanggan saya! Tentu sekali beliau sepatutnya lebih berhati-hati?

Kita semua perlu mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melindungi kerahsiaan maklumat, walaupun di tempat kerja: contohnya, dengan menurut dasar "meja bersih',' mengunci fail, sentiasa menukar kata laluan dan berhati- hati apabila menggunakan fon suara. Anda sama sekali tidak tahu siapa yang mungkin lalu dan malah dalam kalangan pekerja L’ORÉAL, maklumat sensitif dagangan hanya perlu dikongsi berasaskan «perlu tahu».

8.4 - Seorang rakan sekerja saya yang meninggalkan L’ORÉAL memberitahu saya bahawa dia baru menyedari bahawa dia masih mempunyai dokumen dalaman L’ORÉAL di rumahnya. Apakah nasihat yang boleh saya beri kepadanya?

Jika dokumen-dokumen ini merupakan salinan, anda seharusnya meminta agar ia dimusnahkan. Jika ia dokumen asal, ia hendaklah dimajukan kepada kakitangan L’ORÉAL yang diberi kuasa untuk menerima maklumat seperti ini. Tanya pengurus anda untuk memastikan tindakan yang betul diambil.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT: sila baca “Cara Kita Membeli” berkenaan perhubungan kita dengan para pembekal dan “Cara Kita Bersaing” berkenaan perhubungan kita dengan para pesaing dan klien.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai kerahsiaan, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Sebagai sebuah perniagaan

MAKLUMAT

SULIT

Page 21: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

21

Kita hendaklah+ Bertindak dengan mengambil berat tentang

kepentingan L'ORÉAL

+ Memperlihatkan Prinsip Etika L'ORÉAL dalam kelakuan profesional dan bahasa kita

+ Memastikan tiada kekeliruan antara pandangan peribadi atau kepentingan peribadi kita dengan pandangan dan kepentingan Syarikat

+ Elak daripada memberi pandangan kita mengenai rakan sekerja dan tempat kerja di laman pembangunan profesional (seperti, LinkedIn)

+ Sentiasa perkenalkan diri sebagai kakitangan L’ORÉAL apabila kita menggunakan media sosial sebagai sebahagian daripada aktiviti profesional kita

+ Sentiasa ingat bahawa tiada sesuatu pun “rahsia” atau “persendirian” di Internet

+ Sentiasa pastikan yang sebarang komunikasi digital mengenai L’ORÉAL atau satu daripada jenamanya telah melalui persediaan yang secukupnya

Kita tidak boleh- Bercakap atau tulis atau memberi sebarang komitmen

bagi pihak L'ORÉAL kecuali diberi kebenaran seperti yang sepatutnya

- Bercakap atau menulis tentang perkara yang luar daripada kepakaran peribadi kita

- Mengguna kepala surat atau e-mel L'ORÉAL untuk menyatakan pandangan peribadi atau untuk perniagaan peribadi

Beretika?9.1 - Saya melawat blog rakan sekerja dan ternampak beliau menyatakan beberapa pandangan peribadi tentang pengurusan L'ORÉAL. Beliau tidak menyatakan bahawa beliau adalah pekerja L'ORÉAL, tetapi agak mudah untuk meneka dari maklumat lain yang beliau berikan seperti "Saya bekerja di syarikat kosmetik nombor 1"! Adakah perlu saya bercakap dengannya tentang hal ini?

Blog menjadi bentuk pernyataan yang semakin digemari. Apabila menyertai blog, pekerja harus menjelaskan bahawa mereka menyatakan pandangan peribadi mereka sendiri dan mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi memastikan bahawa ia langsung tidak menggambarkan bahawa ia adalah pandangan L'ORÉAL. Anda harus membangkitkan isu ini dengan rakan sekerja anda dahulu, memandangkan beliau mungkin tidak sedar bahawa tindakannya mungkin bertentangan dengan kepentingan L'ORÉAL. Jika perlu, anda boleh memutuskan untuk berbincang dengan pengurus anda.

9.2 - Pasukan kami mengambil bahagian dalam satu persidangan yang melibatkan bermalam dan

makan malam di hotel tempat persidangan. Salah seorang ahli pasukan saya minum lebih daripada yang sepatutnya semasa makan malam dan mula bersikap buruk, menceritakan jenaka bodoh dan bersikap agresif dengan pekerja hotel. Apakah yang perlu saya katakan kepada beliau mengenai kelakuannya?

Walaupun kejadian tersebut berlaku semasa waktu lepas kerja, ahli pasukan anda masih dalam urusan perniagaan Syarikat. Bagi orang lain di sekelilingnya, beliau mewakili L'ORÉAL. Adalah jelas bahawa kelakuan beliau tidak boleh diterima.

9.3 - Saya menghadiri persidangan antarabangsa dan sewaktu majlis koktel alu-aluan, saya berbual dengan peserta lain mengenai aktiviti kita di L’ORÉAL. Lewat petang itu, saya menyedari bahawa wanita muda yang duduk di sebelah kami adalah wartawan yang meliputi persidangan ini. Meskipun saya tidak mendedahkan sesuatu yang terlalu sulit, saya tidak mahu pernyataan saya muncul di halaman depan akhbar.

Apabila anda berada di khalayak awam, anda hendaklah sentiasa ingat bahawa apabila anda dalam situasi profesional atau peribadi dengan kehadiran wartawan, apa yang anda ungkapkan akan diulangi. Hubungi Pengarah Komunikasi anda yang akan tahu cara untuk menasihati anda.

9.4 - Ada kalanya Internet kelihatan seperti penuh dengan maklumat yang salah tentang L'ORÉAL. Bukankah menjadi tanggungjawab saya untuk membetulkannya?

Jika terdapat maklumat yang salah tersebar kepada awam, anda harus memberitahu Jabatan Perhubungan Awam anda mengenainya dan mereka akan bertindak jika perlu. Tetapi, tiada pekerja dibenarkan mengirim maklumat Syarikat atau pendirian Syarikat di Internet atau di mana-mana pun.

9.5 - Saya menghadiri perjumpaan persatuan perdagangan buat pertama kali. Apakah langkah yang saya perlu ambil untuk memastikan tiada risiko bagi L’ORÉAL?

Rujuk pada Pengarah Undang-undang tentang jenis maklumat yang boleh dibincangkan secara bebas dan jalani latihan dalam talian dalam undang-undang persaingan. Anda juga seharusnya membaca “Cara Kita Bersaing” dan “Cara Kita Mencegah Rasuah”.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda menghadapi isu mengenai mewakili Syarikat, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Perhubungan Awam anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Reputasi L'ORÉAL bergantung pada kelakuan setiap seorang daripada kita.

MEWAKILI

SYARIKAT

Page 22: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

22

Kita semua mempunyai hak untuk privasi.L'ORÉAL beriltizam untuk menghormati kerahsiaan maklumat peribadi semua pihak berkepentingannya, termasuk kakitangan, pengguna dan rakan niaganya. Hanya data yang dianggap perlu bagi memastikan keberkesanan operasi L'ORÉAL akan diperoleh dan disimpan oleh pihak Syarikat.

Kita hendaklah+ Memastikan individu yang daripadanya kita

mengumpul data peribadi dimaklumkan mengenai jenis maklumat yang kita kumpul, bagaimana kita merancang untuk menggunakannya dan bagaimana mereka boleh menghubungi kita jika mereka ada sebarang soalan

+ Mengumpul hanya data peribadi yang perlu sahaja

+ Memusnahkan atau membetulkan sebarang data yang tidak tepat atau tidak lengkap

+ Memastikan bahawa maklumat sedemikian disimpan dengan selamat

+ Dalam lingkungan L’ORÉAL, memastikan bahawa kita hanya memberi data sedemikian kepada orang yang dibenarkan sahaja, dengan mengikuti secara ketat dasar "perlu-tahu"

+ Mendapatkan nasihat undang-undang sebelum memindahkan data peribadi demikian keluar daripada negara tempat ia dikumpul

+ Menghormati hak privasi rakan sekerja kita

+ Memastikan pihak ketiga yang kita tugaskan pengumpulan ini atau penggunaan data peribadi ini mematuhi prinsip ini

Kita tidak boleh- Mengumpul maklumat “sensitif” (yang berkaitan

khususnya dengan kesihatan, asal etnik, orientasi seksual, pandangan politik, agama) tanpa persetujuan individu yang berkenaan atau hanya jika undang-undang memerlukannya

- Menyediakan data peribadi kepada sesiapa sahaja di luar L’OREAL, melainkan diperlukan dari segi undang-undang untuk berbuat demikian atau apabila menggunakan pembekal perkhidmatan teknikal atau dengan kebenaran mereka

- Menyimpan maklumat ini lebih lama daripada yang sepatutnya bagi memenuhi tujuan undang-undang atau perniagaan yang menjadi sebab ia dikumpul

- Mengakses atau menyimpan data peribadi, melainkan kita mendapat kebenaran yang sewajarnya dan mempunyai keperluan perniagaan yang jelas berhubung maklumat tersebut

Beretika?10.1 - Mengapa L’ORÉAL perlu mendapat akses kepada data peribadi?

L’ORÉAL perlu mengumpul dan menggunakan data peribadi untuk memenuhi pelbagai keperluan kakitangan, pengguna dan pihak berkepentingannya. Sebagai contoh, kita menggunakan alamat e-mel untuk menghantar maklumat yang diperlukan oleh pengguna atau pemegang saham atau calon. Kita juga mengumpul data peribadi dalam sistuasi pemasaran seperti mengadakan cabutan bertuah dan bagi pangkalan data CRM. Kita memerlukan data peribadi mengenai kakitangan kita agar kita boleh mengurus gaji dan kerjaya mereka atau bagi tujuan undang-undang atau keselamatan. Kita hendaklah mengumpul data peribadi apabila kita memutuskan untuk bekerja dengan pelanggan atau pembekal baharu. Akhir sekali, kita mengumpul data peribadi sewaktu kajian pengguna atau di pusat-pusat penilaian kita.

10.2 - Sewaktu perjalanan profesional, bagasi saya yang ada kunci USB yang mengandungi data peribadi pelanggan telah dicuri. Malangnya, ia tidak disulitkan, tetapi saya tidak lihat apa yang boleh dilakukan oleh “pencuri” itu dengannya.

Kehilangan data peribadi boleh mengakibatkan tindakan undang-undang, boleh menjejaskan reputasi L’ORÉAL dan boleh menjejaskan orang yang datanya hilang. Kecurian identiti berdasarkan kehilangan data peribadi dalam cara ini semakin biasa berlaku. Oleh itu, penting untuk anda menghormati peraturan dan prosedur dalaman mengenai penyulitan data. Di mana mungkin, pastikan data peribadi tanpa nama atau guna nama kod.

10.3 - Bagi kajian penilaian kita, kita mempunyai akses kepada data peribadi mengenai sukarelawan/wati kita. Maklumat tertentu mungkin menarik minat syarikat lain yang bersedia untuk membelinya. Adakah kita berhak untuk menjualnya?

Di L’ORÉAL, kita benar-benar komited untuk melindungi maklumat peribadi yang kita boleh kumpul sebagai sebahagian daripada aktiviti kita. Data peribadi sedemikian tidak boleh digunakan tanpa memaklumkan orang yang berkenaan terlebih dahulu atau tanpa mendapat persetujuan bertulis daripada mereka.

10.4 - Saya perlu memindahkan maklumat peribadi mengenai pengguna kepada agensi di negara lain. Kepada siapa saya harus minta nasihat?

Cara terbaik adalah dengan menghubungi Pengarah Undang-undang. Terdapat perbezaan yang besar dari segi undang-undang satu negara ke negara yang lain. Lebih-lebih lagi, kita tidak boleh memindahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga tanpa

Sebagai sebuah perniagaan

PRIVASI

& PERLINDUNGAN DATA

Page 23: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

23

memastikan mereka telah menandatangani komitmen untuk menghormati standard perlindungan data peribadi kita.

10.5 - Jabatan Pengguna kita baru menerima e-mel daripada seorang pengguna yang ingin tahu apa maklumat peribadi yang kita ada mengenainya dan meminta kita memusnahkannya. Adakah saya wajib melakukan sedemikian?

Ya, kita sentiasa menghormati permintaan daripada pengguna yang tidak mahu kita menggunakan data peribadi bagi tujuan pemasaran dan kita hendaklah memastikan bahawa senarai ini dikemas kini dari semasa ke semasa. Di negara tertentu, terdapat senarai yang pengguna boleh mendaftar jika mereka tidak mahu maklumat peribadi mereka digunakan. Rujuk pada Pengarah Undang-undang anda untuk mendapat bantuan tentang cara terbaik untuk menjawab permintaan pengguna ini.

10.6 - Saya ingin mengirimkan satu kejutan hadiah hari jadi untuk rakan sekerja saya dan dihantar terus ke rumahnya. Saya meminta pihak Sumber Manusia untuk memberikan saya alamat peribadi beliau tetapi mereka kata mereka tidak dapat memberinya kepada saya kerana ini boleh "melanggar hak privasi beliau"! Tidakkah ini agak melampaui batas?

Jawapan Jabatan Sumber Manusia sememangnya betul - semua data peribadi kakitangan hendaklah kekal sulit. Mereka tidak boleh mula membuat pengecualian.

10.7 - Baru-baru ini saya terdengar pengurus saya bercakap dengan Sumber Manusia mengenai seorang daripada rakan sekerja saya dan hakikatnya dia sakit teruk. Dalam masa lapang saya, saya memberi khidmat sukarela untuk usaha amal yang membantu orang dengan penyakit serius dan ingin tahu jika saya dapat membantu dala apa jua cara. Bolehkah saya berjumpa terus dengan rakan sekerja saya itu atau bercakap dengan pengurus saya terlebih dahulu?

Tidak, jangan hubungi rakan sekerja anda secara langsung, sebaliknya hubungi pengurus atau Jabatan Sumber Manusia. Jika mereka merasakan wajar, mereka akan menghubungi rakan sekerja anda untuk memberitahunya. Untuk menghormati privasi rakan sekerja anda, tentunya, anda tidak boleh berkongsi maklumat yang anda ada ini dengan sesiapa pun.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sesuatu kekhuatiran mengenai privasi dan/atau data peribadi, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengarah Undang-undang anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Page 24: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

24

Kita hendaklah

+ Menghormati dan lindungi aset Syarikat untuk memastikan yang ia tidak hilang, rosak, disalah guna atau dibazirkan, mahupun dipinjamkan kepada orang lain, dipindahkan, dijual atau diderma tanpa kebenaran

+ Mengakui bahawa semua aset dan dokumen Syarikat adalah milik L'ORÉAL

Kita tidak boleh

- Menggunakan aset Syarikat untuk kegunaan peribadi. Penggunaan alat komunikasi yang terhad seperti e-mel, telefon dan Internet mungkin boleh diterima asalkan ia tidak menanggung sebarang kos yang tidak munasabah dan tidak mengganggu tanggungjawab tugas kita.

- Menggunakan sistem komputer, akaun e-mel korporat dan Internet yang tidak wajar

- Menggunakan aset milih pihak ketiga (foto, filem, rencana, dsb.) tanpa memastikan bahawa L’ORÉAL berhak menggunakannya

- Membenarkan capaian ke senarai kenalan/buku alamat elektronik profesional menerusi laman media sosial (Facebook, LinkedIn, dsb.)

Beretika ?

11.1 - Saya mengesyaki bahawa salah seorang ahli pasukan saya menjalankan perniagaan perunding luar pada waktu kerja Syarikat, dan menggunakan komputer riba dan e-mel Syarikat untuk tujuan tersebut. Saya memberitahu seorang kawan dari Perkhidmatan Maklumat. Beliau boleh mengakses e-mel beliau dan telah menawarkan bantuan untuk membuat sedikit siasatan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Adakah ini OK?

Jika anda berasa sangsi sebegini, anda harus membangkitkannya terus kepada pengurus anda. Terdapat prosedur khusus bagi mengakses akaun e-mel pekerja berhubung dengan sesuatu penyiasatan salah laku. Walaupun rakan anda dari IT mempunyai akses ke akaun ini, beliau tidak patut menggunakannya untuk tujuan ini tanpa kebenaran sewajarnya melalui saluran rasmi Syarikat.

11.2 - Pencetak di rumah kami rosak dan isteri saya perlu menghantar CV untuk peluang kerja dengan segera. Bolehkah saya menaip dan mencetaknya di tempat kerja?

Anda boleh menggunakan komputer untuk menaip sebarang dokumen peribadi, selagi ia hanya dilakukan sekali-sekala, munasabah dan tidak mengganggu tanggungjawab tugas anda dan dilakukan di luar waktu kerja.

11.3 - Saya sentiasa menerima e-mel "joke of the day" daripada seorang rakan di jabatan lain, yang sesetengahnya adalah amat lucu. Saya ingin menghantarnya kepada rakan sekerja saya dan membuat mereka tersenyum pada pagi Isnin, tetapi saya tidak pasti jika pengurus saya membenarkannya. Apakah yang perlu saya lakukan? Singkirkannya dari senarai?

Anda tidak patut memajukan «jenaka» ini. Jangan lupa bukan semua orang mempunyai tahap humor yang sama. Terutamanya, anda harus ingat bahawa e-mel dan sistem akses internet Syarikat tidak boleh sekali-kali digunakan untuk mengakses, menyimpan, menghantar atau menyiarkan sebarang bahan yang tidak sejajar dengan SEMANGAT L'ORÉAL - terutamanya apabila menyentuh menghormati individu. Ini termasuk imej lucah atau kandungan berbaur seksual yang sangat jelas, kandungan politik atau agama, komen rasis atau menggalakkan keganasan, kebencian atau sikap tidak bertoleransi.

11.4 - Bolehkah saya menjual produk yang kita beli di kedai Syarikat kita kepada sahabat handai tanpa meraih keuntungan? Atau bolehkah saya menjual kepada mereka pada harga pasaran?

Produk yang anda boleh beli di kedai Syarkat adalah khusus untuk kegunaan peribadi anda dan keluarga anda sahaja dan tidak boleh dijual kembali pada apa jua harga.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda menghadapi isu mengenai penggunaan sumber Syarikat, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai «Saya ada Kekhuatiran» Perbincangan Terbuka»).

Sebagai sebuah perniagaan

Sumber syarikat bertujuan untuk membantu pekerja mencapai matlamat perniagaan L'ORÉAL. Menyalah guna atau membazirkan sumber Syarikat, termasuk masa pekerja, menjejaskan kita semua dan merosakkan prestasi operasi dan kewangan L'ORÉAL.

PENGGUNAAN

SUMBER SYARIKAT

Page 25: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

25

Kita hendaklah+ Memainkan peranan kita dalam memastikan bahawa

rekod kewangan dan perniagaan, termasuk laporan kewangan dan bukan kewangan, disimpan pada setiap masa

+ Mengekalkan rekod dengan selamat dan mengikut sebarang garis panduan mengenai proses penyimpanan rekod

+ Mengikuti prosedur usaha wajar dalaman supaya kita boleh memastikan yang kita bekerja dengan klien dengan aktiviti yang sah dan yang wangnya tidak datang daripada aktiviti jenayah

+ Bekerjasama dengan juruaudit dalaman dan luaran kita

Kita tidak boleh- Menjual, memindahkan atau melupuskan sebarang

aset L'ORÉAL tanpa kebenaran dan dokumentasi yang betul

- Menerima urus niaga tunai. Jika tiada kemungkinan lain dan hanya tertakluk pada jumlah yang sah yang dibenarkan, urus niaga tunai perlu disahkan dengan jelas, serta direkodkan dan didokumenkan dengan betul

- Menyembunyikan pembayaran melalui penggunaan pihak ketiga

Beretika?12.1 - Saya telah diminta untuk menyemak laporan jualan yang disediakan oleh pengurus daya bagi hujung tahun ini. Sewaktu melakukannya, saya mengesan apa yang saya rasakan adalah kesilapan, yang tiada sesiapa kesan. Saya agak gementar untuk menyatakannya, kerana saya tidak mahu menjejaskan perhubungan saya dengan pengurus saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda diminta menyemak laporan jualan adalah untuk memastikan tiada lagi kesilapan. Jika anda tidak mendedahkan ini, anda tidak melakukan tugas anda dengan betul dan anda tidak menjaga kepentingan Syarikat. Anda seharusnya bertanya pengurus anda mengenai apa yang anda telah temui. Tiada alasan untuk memarahi anda; sebaliknya, anda melakukan tugas dengan baik untuk mengelak maklumat yang tidak tepat daripada dimajukan ke peringkat yang lebih tinggi.

12.2 - Kehidupan kadangkala amat sibu dan saya tidak boleh sentiasa mencari semua resit yang saya perlu untuk menuntut perbelanjaan saya. Bolehkah jika

saya menambah beberapa bahan perbelanjaan rekaan yang kurang daripada amaun yang memerlukan resit, hanya untuk mendapatkan jumlah yang betul? Ini bukanlah tidak jujur, memandangkan saya tidak menuntut lebih. Saya hanya memastikan saya menerima apa yang patut.

Tidak. Ini tidak OK. Ini bermakna laporan perbelanjaan adalah tidak tepat dan menjadikan laporan perakaunan tidak tepat. Anda bertanggungjawab mencari semua resit; inilah satu-satunya jaminan bahawa anda akan menerima pembayaran yang patut diberi.

12.3 - Salah seorang pelanggan kita telah bertanya jika mereka boleh membayar melalui campuran akaun berlainan, menggunakan gabungan tunai dan cek. Adakah ini OK? Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda harus berhati-hati terutamanya dengan urus niaga sebegini. Ia mungkin pengubahan wang haram, satu proses yang dana yang diperoleh melalui cara yang menyalahi undang-undang (cth. dadah, rasuah dan pelacuran, dsb) disembunyikan, atau dibuat agar kelihatan sah. Anda hendaklah mengambil semua langkah-langkah yang mungkin untuk memastikan bahawa ini adalah urus niaga yang sebenar. Pembayaran ini hanya boleh diterima dalam keadaan yang luar biasa dan selepas menerima kelulusan daripada pengurus anda. Antara tanda-tanda bahaya yang perlu diambil perhatian adalah: bayaran yang dibuat dari mata wang selain dari yang dinyatakan dalam invois; cubaan untuk membuat bayaran tunai; bayaran dibuat oleh seseorang yang bukan pihak berkaitan dengan kontrak; bayaran ke dan dari satu akaun selain dari yang digunakan dalam hubungan perniagaan biasa; dan permintaan untuk membuat lebih bayaran. Jika akaun bukan atas nama syarikat yang mengikat kontrak, pembayaran hendaklah dinafikan.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT:mengenai ketepatan dalam rekod kewangan dan perniagaan dan mengenai usaha mencegah rasuah, sila baca “Cara Kita Mencegah Rasuah”.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai ketepatan rekod kewangan dan perniagaan, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengarah Kewangan, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa semua rekod, kewangan atau sebaliknya, adalah tepat. Ketepatan adalah paling utama bagi perniagaan yang berjaya. Ini adalah bahagian penting bagi menjalankan perniagaan kita secara sah, jujur dan cekap. Terutamanya, adalah penting untuk menyediakan maklumat yang telus, tetap dan boleh dipercayai kepada para pemegang saham kita. Akhir sekali, kita hendaklah memastikan yang aktiviti kita tidak digunakan untuk melakukan pengubahan wang haram daripada aktiviti jenayah.

REKOD KEWANGAN & PERNIAGAAN

& USAHA MENCEGAH PENGUBAHAN WANG HARAM

Page 26: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

26

Kita hendaklah

+ Menyedari bahawa menggunakan maklumat dalaman untuk membuat pelaburan boleh dimasukkan dalam skop undang-undang perdagangan orang dalam

+ Mengekalkan kerahsiaan sebarang maklumat dalaman yang kita mungkin mendapat akses untuk mengelak daripada sebarang pendedahan tidak sengaja

Kita tidak boleh

- Membeli atau menjual saham dalam L'ORÉAL atau sebarang syarikat lain jika kita mempunyai maklumat dalam pada masa itu

- Mendedahkan maklumat dalaman yang sedemikian kepada sesiapa di luar Syarikat

- Mendedahkan maklumat dalaman yang sedemikian kepada sesiapa di dalam Syarikat

Beretika?

13.1 - Saya bukan pakar undang-undang. Apa sebenarnya "maklumat dalaman"?

"Maklumat dalaman" ialah satu konsep yang ditakrif oleh undang-undang. Dalam istilah umum, ia berkaitan dengan maklumat yang tidak tersedia kepada umum yang boleh digunakan oleh pelabur yang munasabah sebagai satu sebab untuk membuat keputusan pelaburan. Maklumat sedemikian boleh merangkumi Kumpulan L’ORÉAL dengan kegiatannya, pelanggan atau pembekalnya, atau syarikat lain yang berhubung dengan Kumpulan L'ORÉAL. Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan dalam piagam Etika Pasaran Saham L’ORÉAL.

13.2 - Saya terdengar bahawa L'ORÉAL sedang bersedia untuk memperoleh syarikat lain. Bunyinya macam waktu yang bagus untuk membeli saham dalam salah satu - atau kedua-duanya, memandangkan nilainya pasti meningkat apabila urus niaga tersebut diumumkan. Adakah saya boleh untuk teruskan niat saya ini?J:Tidak.

Tidak, anda tidak boleh. Sebagai pekerja L'ORÉAL, anda paling berkemungkinan dianggap sebagai "orang dalam" dan oleh itu tidak boleh membeli atau menjual saham dalam L'ORÉAL maupun syarikat satu lagi sehingga urus niaga telah diumumkan kepada umum.

13.3 - Saya sedar bahawa saya tidak boleh membeli sendiri saham L'ORÉAL berdasarkan maklumat dalaman. Tetapi bagaimana jika saya hanya menyebut kepada teman wanita saya bahawa sekarang mungkin masa yang baik untuk membeli. Adakah ini dibolehkan?

Tidak. Ini tidak boleh diterima sama seperti anda membelinya sendiri. Di samping itu, meskipun teman wanita anda tidak mengikuti nasihat anda, hakikat anda menyampaikan khabar angin adalah pelanggaran etika kita dan undang-undang.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai perdagangan orang dalam, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengarah Undang-undang anda, Penasihat Dalaman mengenai Etika Pasaran Saham atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”). Walau bagaimanapun, sila berhati-hati untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat dalaman yang anda ketahui, jika berkenaan.

Walaupun L’ORÉAL tidak berhasrat menyekat kebebasan pekerja membuat pelaburan peribadi yang wajar, tetapi setiap daripada kita perlu sentiasa menyedari peraturan berkenaan «perdagangan orang dalam».

Sebagai sebuah perniagaan

PERDAGANGAN

ORANG DALAM

Page 27: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

27

Kita hendaklah

+ Menyimpan rekod dan buku yang tepat dan menyeluruh

+ Menyediakan borang cukai kita

Kita tidak boleh

- Dengan sengaja membenarkan L'ORÉAL mengelakkan diri daripada tanggungjawab pembayaran cukainya

Beretika?

14.1 - Saya telah cuba dipengaruhi oleh seorang pembekal yang berkata beliau mempunyai cara yang tidak boleh diganggu gugat bagi menjimatkan wang. Beliau menawarkan untuk melencongkan kertas kerja untuk membeli pesanan hujung tahun melalui negara ketiga untuk mengelak daripada membayar cukai jualan (VAT), jika tidak mereka akan mengenakan bayaran kepada kita. Kedengarannya seperti rancangan yang bijak - bolehkah saya meneruskannya?

Tidak: Sebarang percubaan untuk mengelak daripada memenuhi tanggungjawab cukai kita sepenuhnya - yang sepatutnya kita bayar - adalah melanggar undang-undang dan tidak beretika. Pembelanjawanan L'ORÉAL merangkumi peruntukan untuk membayar segala cukai yang sah.

14.2 - Saya percaya bahawa kita telah membuat kesilapan pada borang cukai beberapa tahun yang lalu yang mengurangkan kadar cukai kita pada ketika itu. Apakah yang perlu saya lakukan?

Berdasarkan prinsip, kita membayar cukai menurut undang-undang setempat dan disifatkan sebagai boleh dipercayai oleh pihak berkuasa cukai. Anda hendaklah membangkitkan perkara ini dengan Pengarah Kewangan anda atau ahli Jabatan Cukai Kumpulan supaya mereka boleh menyemak sama ada ini benar-benar satu kesilapan dan jika benar, cara untuk mendekati pihak berkuasa cukai serta memutuskan langkah mana yang perlu diambil agar kesilapan ini tidak akan dibuat lagi pada masa hadapan.

14.3 - Terdapat beberapa rencana dalam media mengenai syarikat-syarikat yang mengelak daripada cukai. Mungkinkah ini berlaku kepada L’ORÉAL?

Di L’ORÉAL, kita membayar semua cukai yang diperlukan di semua negara tempat kita beroperasi. Kita melihat ini sebagai satu cara kita boleh membuat sumbangan positif kepada negara dan masyarakat tempat kita berada.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai cukai, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengarah Kewangan, Pengurus Sumber Manusia anda, Koresponden Etika anda atau Jabatan Cukai Kumpulan; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Matlamat L'ORÉAL adalah untuk menjadi warga korporat yang baik di mana saja kita beroperasi. Ini khususnya bererti benar-benar menghormati undang-undang cukai dan membayar cukai tempatan dan negara secara keseluruhan sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang ini.

CUKAI

Page 28: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

28

Isi KandunganH A L A M A N 2 9Kesihatan, keselamatan dan jaminan 17

H A L A M A N 3 0Kepelbagaian

H A L A M A N 3 2Gangguan dan membuli

H A L A M A N 3 3Gangguan seksual

MENGHORMATI KOMITMEN KITA SEBAGAI MAJIKAN

Matlamat kita adalah untuk menjadikan L'ORÉAL tempat kerja yang paling hebat. Kami tahu bahawa kakitangan kami adalah aset yang paling berharga."

Page 29: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

29

Kita hendaklah

+ Mengambil setiap langkah berhati-hati yang munasabah untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat

+ Memastikan kita tidak meletakkan diri atau orang lain didalam keadaan yang berisiko oleh tindakan kita

+ Memastikan bahawa kita tahu apa yang perlu dilakukan jika kecemasan terjadi di tempat kerja

+ Melaporkan dengan segera kepada pengurus keselamatan tapak atau pengurusan kita, semua kemalangan, walau sekecil mana serta sebarang kelakuan, pemasangan atau item yang mungkin mengkompromi keselamatan persekitaran kerja kita

Kita tidak boleh

- Mengabaikan peraturan Syarikat mengenai kesihatan dan keselamatan di tempat kerja

Beretika?

15.1 - Pengurus saya mengatakan beliau bimbang saya tidak mendapat tidur yang cukup dan telah mencadangkan agar saya tidak harus kerap sangat keluar selepas kerja. Beliau mengatakan beliau khuatir saya mungkin terlelap dan terlibat dengan kemalangan. OK, memang sekali dua saya agak mengantuk - tetapi saya masih boleh melakukan tugasan saya. Tentu sekali apa yang saya lakukan selepas waktu kerja bukan urusan beliau, bukan? Tidakkah saya berhak untuk menjalani kehidupan peribadi saya? Saya rasa dia berkira. Apakah yang perlu saya lakukan?

Bagaimana anda meluangkan masa di waktu petang adalah terserah kepada anda. Tetapi, jika keletihan anda meletakkan diri dan orang lain pada risiko, pengurus anda berhak membangkitkan perkara ini terhadap anda - meskipun beliau harus melakukannya dengan kepekaan dan menghormati privasi anda. Walaupun kita menghormati kehidupan peribadi pekerja, kelakuan yang mungkin mewujudkan bahaya keselamatan terhadap anda atau rakan sekerja anda tidak boleh diterima. Tiada tolak-ansur dalam hal keselamatan.

15.2 - Penyelia pengeluaran saya telah mengarahkan saya untuk melakukan perkara di luar kebiasaan iaitu melumpuhkan peranti keselamatan yang memperlahankan talian pengeluaran. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda tidak harus sekali-kali memintas, memberhentikan atau melumpuhkan sebarang peranti keselamatan atau kelengkapan pemantauan tanpa kelulusan yang wajar

terlebih dahulu dari wakil keselamatan. Jika penyelia pengeluaran anda menegaskannya, anda hendaklah enggan dan memaklumkan pihak pengurusan tapak dan HR anda. Keselamatan adalah komitmen mutlak yang tidak boleh dikompromi oleh jadual pengeluaran atau apa jua sebab lain.

15.3 - Sebagai wakil jualan, saya sering memandu pada waktu malam dengan sampel produk di bandar-bandar besar dan kawasan luar bandar. Kadang kala saya rasa tidak selamat. Saya telah mengutarakan isu keselamatan kepada pengurus saya tetapi beliau tidak berbuat apa- apa mengenai kebimbangan saya mengenai perkara ini. Adakah perlu saya mengutarakannya kepada orang lain di dalam Syarikat?

Ya, anda harus berjumpa dengan Pengurus Sumber Manusia anda agar dapat membincangkan penyelesaian yang mungkin dicapai untuk mengelak situasi seperti ini.

15.4 - Saya ada seorang rakan sekerja yang sangat tertekan pada waktu ini. Saya cuba bercakap dengannya, tetapi dia enggan memberitahu. Semalam, dia pengsan di tempat kerja. Apakah yang perlu saya lakukan?

Penting untuk memaklumkan Sumber Manusia dan pengurus rakan sekerja anda dengan serta-merta supaya mereka boleh bertindak dengan segera. JIka anda tidak pasti sama ada ini telah dilaksanakan, jangan teragak-agak untuk memajukan perkara ini di pihak anda.

15.5 - Saya baru dapat tahu bahawa salah satu subkontraktor kita telah meminum arak di premis kita. Memandangkan beliau bukan pekerja L'ORÉAL secara teknikal, adakah ini masalah saya?

Anda seharusnya melaporkan kepada pengurus anda sebarang kelakuan yang menjejaskan keselamatan persekitaran kerja anda atau mendedahkan orang lain pada risiko.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda sesuatu kekhuatiran mengenai kesihatan, keselamatan dan jaminan, jangan pendamkannya Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Kesihatan dan Keselamatan anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Kita semua yang bekerja dengan dan untuk L'ORÉAL mempunyai hak terhadap persekitaran kerja yang sihat, selamat dan terjamin dan keselamatan tempat kerja bergantung pada kita semua.

KESIHATAN,

KESELAMATAN & JAMINAN

Page 30: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

30

Kita hendaklah

+ Menyokong dan mempromosi komitmen L’ORÉAL terhadap kepelbagaian, terutamanya berhubung Sumber Manusia, Pemasaran, Pembelian dan Sumbangan kepada Masyarakat

+ Memastikan bahawa para pembekal, pelanggan dan rakan kongsi perniagaan kita mengetahui dasar kepelbagaian L'ORÉAL

Kita tidak boleh

- Mendiskriminasi atau mengganggu/membuli berdasarkan: - jantina - kecacatan - status perkahwinan atau keadaan keluarga - orientasi seksual - usia - pendapat politik dan falsafah - kepercayaan agama - kegiatan kesatuan sekerja - asal usul etnik, sosial, budaya atau negara Larangan terhadap diskriminasi ini berkenaan bukan sahaja dalam hal pengambilan pekerja baharu, bahkan semua keputusan yang berkaitan dengan latihan, kenaikan pangkat, keberterusan pekerjaan dan keadaan bekerja secara am, di samping perhubungan kita dengan pembekal, klien, rakan niaga dan pihak ketiga

Beretika?

16.1 - Apakah sebenarnya yang L'ORÉAL maksudkan dengan "diskriminasi"? Adakah sama seperti takrif yang terdapat dalam undang-undang di negara saya, atau adakah ia berbeza?

Peraturan pertama ialah L'ORÉAL menghormati undang- undang negara dan oleh itu mana-mana pekerja yang mencabuli undang-undang diskriminasi dalam negara mereka mungkin dihukum. Namun begitu, terdapat negara yang undang-undang diskriminasinya tidak menghalang kelakuan tertentu yang Syarikat dapati tidak boleh diterima. Contohnya, L'ORÉAL menentang bukan sahaja diskriminasi langsung, tetapi juga diskriminasi tidak langsung. Diskriminasi langsung bermaksud sebarang tindakan yang diambil berkaitan dengan kerja, latihan, promosi, penggunaan tenaga secara berterusan atau sebarang aspek kehidupan kerja lain yakni mereka yang terjejas tidak menikmati layanan dan peluang sama rata. Diskriminasi tidak langsung adalah sebarang tindakan

yang,walaupun nampaknya biasa, meletakkan setiap orang dengan jantina, usia, kecacatan atau sifat-sifat lain tertentu sebagai kelemahan berbanding orang lain.

16.2 - HR mencadangkan supaya saya mengintegrasi individu kurang upaya ke dalam pasukan saya. Saya tahu bahawa kepelbagaian itu penting bagi L’ORÉAL, namun saya rasa individu ini akan sering mengambil cuti sakit sehinggakan ia boleh mengganggu pasukan yang selebihnya dan saya akan terpaksa memberinya layanan istimewa, yang akan mengakibatkan rasa cemburu di pihak ahli pasukan lain.

Ini semua hanyalah tanggapan awal. Pengalaman menunjukkan bahawa kehadiran individu kurang upaya tidak mengubah perhubungan kerja secara ketara. Bagi calon yang kurang upaya mahupun bagi sesiapa sahaja, pengambilan bekerja adalah berdasarkan kemahiran. Perbezaannya hanyalah keserasian jawatan kerja disemak secara sistematik. Sedikit langkah penyesuaian mungkin diperlukan namun ini sangat jarang berlaku.

16.3 - Seorang ahli dalam pasukan saya baru sahaja mencecah usia 50 tahun. Saya mahu menganjurkan majlis kecil untuk menyambutnya, tetapi dia tidak mahu dan berkata bahawa L’ORÉAL tidak menawarkan masa depan profesional bagi warga emas dan dia tidak mahu menarik perhatian kepada usianya. Apa yang harus saya kata kepadanya?

Yakinkan rakan sekerja anda dan minta dia bertemu dengan Pengurus Sumber Manusia untuk berbincang tentang rancangan kerjayanya. L’ORÉAL komited untuk menawarkan kepada semua orang kerjaya yang dinamik, tanpa mengira usia dan membolehkan semua orang menyumbang kepada pembangunan kerjaya mereka.

16.4 - Seorang daripada rakan sekerja saya tidak memilih pembekal yang, menurut pandangan saya, kelihatan seperti memenuhi semua jangkaan kita. Melihat komen yang dibuat oleh rakan sekerja ini, saya mengesyaki ia berkait dengan kewarganegaraan dan asal etnik pembekal tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sebarang diskriminasi berdasarkan warna kulit, kewarganegaraan, atau asal etnik tidak boleh diterima oleh L’ORÉAL. Ia menafikan penghormatan yang patut kita semua terima. Cuba bercakap mengenainya dengan Koresponden Kepelbagaian anda dan anda juga perlu mengutarakan perkara ini kepada pengurus atau Pengurus Pembelian anda.

Sebagai majikan

Kepelbagaian bakat individu dalam tenaga kerja kita meneguhkan kreativiti kita dan membolehkan kita membangunkan produk yang berkaitan dengan pasaran. L’ORÉAL menghargai semua jenis kecantikan.L’ORÉAL adalah majikan peluang saksama yang inklusif. Kami membantu integrasi profesional insan kurang representasi dalam tenaga kerja, terutamanya mereka dengan ketidakupayaan dan kumpulan sosial dan/atau etnik kurang representasi.

KEPELBAGAIAN

Page 31: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

31

16.5 - Saya tidak merasa selesa apabila mendengar jenaka yang menjelikkan mengenai beberapa rakan sekerja saya yang homoseksual. Apakah yang perlu saya lakukan? Haruskah saya bersuara kepada HR?

Homofobia tidak boleh diterima sama sekali. Kita masing-masing mempunyai hak untuk dihormati oleh orang lain. Kita mahukan persekitaran kerja yang terbuka dan inklusif. Jika anda menemui masalah jenis ini, cuba pastikan mereka yang berjenaka kini faham bahawa kelakuan mereka tidak boleh diterima. Sekiranya tidak, ajukan perkara ini kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda, Koresponden Kepelbagaian anda atau Koresponden Etika anda.

16.6 - Saya ingin mengakhiri setiap minggu kerja dengan mengadakan mesyuarat kumpulan setiap petang Jumaat supaya kami boleh membincangkan segala isu yang berbangkit sepanjang minggu tersebut. Saya tahu bahawa ini akan mendatangkan kesusahan kepada dua orang ahli pasukan saya yang gemar untuk pulang awal pada hari Jumaat, atas alasan agama. Adakah ini secara tidak langsung suatu diskriminasi?

Ia mungkin diskriminasi tidak langsung jika anda tiada keperluan yang sah untuk mengadakan mesyuarat pada petang Jumaat, atau jika terdapat kaedah yagn lebih sesuai untuk memenuhi keperluan anda ini. Anda kelihatan seperti mempunyai keperluan yang sah untuk mengadakan mesyuarat ini (mengawasi kemajuan pasukan anda dan bersedia untuk menjawab soalan mereka) - namun adakah anda benar-benar mahu mengadakannya pada petang Jumaat? Tidakkah anda boleh mendapatkan hasil yang sama dengan mengadakan mesyuarat lebih awal pada hari tersebut - atau pada awal pagi Isnin?

16.7 - Saya selalu mendengar bahawa kepelbagaian adalah penting untuk Kumpulan ini. Adakah ini bermakna saya perlu menggaji atau mengambil wanita atau orang dari minoriti etnik?

Tidak, ini bukanlah apa yang kita mahukan. Di L'ORÉAL, kami mengambil pekerja berdasarkan merit dan oleh itu anda haruslah memilih calon yang terbaik untuk pekerjaan tersebut. Tetapi jangan lupa bahawa kepelbagaian tidak terhad pada wanita dan minoriti etnik. la juga merangkumi kumpulan-kumpulan lain yang selalu menjadi mangsa diskriminasi, seperti orang yang kurang upaya, warga emas dan sebagainya.

16.8 - Jika saya berkongsi keyakinan keagamaan yang sama seperti beberapa rakan sekerja saya, bolehkah saya menjemput mereka ke kumpulan ibadah?

Anda boleh menjemput kakitangan yang berkongsi kepercayaan yang sama. Walau bagaimanapun, kami meminta setiap orang menghormati kepercayaan orang lain. Ini bererti menahan diri daripada mendakwah (iaitu berusaha untuk menyebabkan orang lain bertukar agama).

16.9 - Saya akan bercuti bersalin tidak lama lagi dan saya bimbang tentang apa yang akan berlaku apabila saya kembali dan peluang kerjaya masa depan saya. Kepada siapa saya harus minta nasihat?

L’ORÉAL mengamalkan dasar yang menyokong kakitangan sewaktu cuti bersalin. Di samping cuti bersalin berbayar, L’ORÉAL menjamin integrasi semula kakitangan berkenaan apabila cuti bersalin mereka berakhir, dalam jawatan terdahulu mereka atau jawatan setara dari segi status dan gaji. Anda harus membincangkan perkara ini dengan Pengurus Sumber Manusia sebelum anda bercuti bersalin.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai kepelbagaian, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda, Koresponden Kepelbagaian anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Page 32: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

32

Kita hendaklah

+ Menyokong dan menggalakkan komitmen L'ORÉAL untuk mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada semua situasi membuli dan gangguan

+ Berbudi bahasa: melayan rakan sekerja dan rakan niaga kita sebagaimana mana kita mahu mereka melayan kita

Kita tidak boleh

- Sengaja menyakitkan atau mengganggu atau memerangkap seseorang agar membuat kesalahan

Beretika?

17.1 - Apakah sebenarnya yang L'OREAL maksudkan dengan "gangguan" dan "membuli"? Saya tidak fikir yang kami mempunyai undang-undang sebegini di negara saya.

Peraturan utama ialah L'ORÉAL menghormati undang- undang tempatan dan oleh itu mana-mana pekerja yang mencabuli undang-undang gangguan di tempat kerja dalam negara mereka boleh dihukum. Namun begitu, terdapat negara yang L'ORÉAL anggap bahawa undang-undang gangguan yang ada tidak menghalang kelakuan tertentu yang tidak bolah diterima di Syarikat ini. Bergantung kepada keadaan, kelakuan tertentu mungkin dianggap tidak wajar, seperti:- Tindakan dengan niat untuk menyebabkan

kecederaan dan menyakiti hati orang lain- Sengaja memerangkap seseorang agar membuat

kesalahan- Penghinaan atau ugutan- Pemulauan fizikal atau sosial (ataupun dikenali

sebagai "layanan senyap")Gangguan juga boleh wujud antara rakan sekerja. Mungkin di negara anda tiada undang-undang bagi perkara seperti ini. Bagaimanapun, anda mungkin mendapati bahawa kelakuan seperti ini adalah dilarang oleh undang-undang, walaupun ia tidak dirujuk sebagai gangguan atau membuli.

17.2 - Pengurus saya boleh menjadi seorang yang sungguh menakutkan. Saya tahu dia mendesak kami supaya memberikan mutu kerja yang berkualiti, tetapi ada masanya beliau benar-benar boleh memalukan orang dan ini menjejaskan semangat seluruh pasukan kami. Adakah terdapat sesuatu yang boleh saya lakukan?

Pengurus anda diharapkan dapat mencabar dan memacu pasukannya agar memberi kerja berkualiti yang kita kehendaki di L'ORÉAL. Ini bermakna beliau akan mengkritik atau membuat komen tentang

prestasi setiap ahli pasukannya. Walau bagaimanapun, seseorang pengurus juga diharapkan untuk melayan setiap ahli pasukannya dengan rasa hormat dan bertindak dengan sensitif. Jika anda merasakan bahawa anda tidak dilayan secara profesional, anda seharusnya cuba bercakap mengenainya dengan pengurus anda. Anda juga boleh berjumpa dengan Pengurus Sumber Manusia anda. Suatu persekitaran kerja yang bagus hanya boleh terjadi dengan wujudnya galakan dan penglibatan dari semua pihak - pengurus dan pekerja.Ingat:

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai gangguan dan membuli, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Sebagai majikan

Setiap dari kita mempunyai hak untuk dihormati dan kemuliaan manusia. Di L'ORÉAL, prinsip tersebut menjadi asas kepada cara kita bekerja. Sebarang kelakuan atau tindakan yang kemungkinan akan mencabuli hak ini, dan, khususnya, sebarang bentuk gangguan dan membuli, adalah tidak boleh diterima.

GANGGUAN

& MEMBULI

Page 33: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

33

Kita hendaklah

+ Menyokong dan menggalakkan komitmen L'ORÉAL untuk mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada segala gangguan seksual

+ Menjauhi sebarang gangguan seksual sama ada dalaman mahupun luaran berhubung pihak ketiga yang mempunyai hubungan profesional dengan kita

Kita tidak boleh

- Meneruskan sebarang perlakuan yang kita telah dimaklumkan sebagai tidak diingini

Beretika?

18.1 - Apakah sebenarnya yang L'ORÉAL maksudkan dengan "gangguan seksual"? Adakah sama seperti takrif yang terdapat dalam undang-undang di negara saya, atau adakah ia berbeza?

Peraturan pertama ialah L'ORÉAL menghormati undang- undang tempatan dan oleh itu mana-mana pekerja yang mencabuli undang-undang gangguan seksual di dalam negara mereka boleh dihukum. Namun begitu, terdapat negara yang L'ORÉAL anggap bahawa undang-undang gangguan seksual tidak menghalang kelakuan tertentu yang tidak boleh diterima oleh pihak Syarikat. Bergantung pada keadaan, kelakuan tertentu boleh dianggap tidak wajar, kerana keseriusannya atau kekerapannya, seperti:- Sentuhan fizikal, e-mel jenaka, pandangan, dan gerak

isyarat , komen, jemputan atau permintaan yang tidak disenangi yang bersifat seksual

- Mengedar atau memaparkan dokumen, poster, objek, dsb. yang bersifat seksual

- Mensyaratkan kenaikan pangkat atau manfaat pekerjaan lain berdasarkan aktiviti seksual atau romantik

Gangguan seksual boleh meliputi lelaki dan wanita. Ia boleh berlaku di lokasi kerja L’ORÉAL atau di mana-mana tempat kita mengendalikan perniagaan.

18.2 - Sewaktu majlis pasukan, seorang rakan sekerja saya mendapati pengurus kami bertindak dengan tidak wajar terhadapnya dari segi bahasa gerak-geri dan komen. Dia takut untuk bersuara, memandangkan beliau tidak mahu dianggap sebagai seorang yang kolot, atau memudaratkan kerjaya profesionalnya. Apakah yang perlu saya lakukan mengenainya?

Anda harus menggalakkan rakan sekerja anda supaya bercakap terus dengan pengurus tersebut jika dia

merasa selesa untuk berbuat demikian. Beliau juga boleh mengadu hal tersebut kepada Pengurus Sumber Manusia. Jika rakan sekerja anda tidak bertindak, maka anda harus membuat aduan berdasarkan apa yang telah beliau beritahu anda kepada HR - walaupun anda tidak mempunyai segala fakta atau tidak melihat sendiri peristiwa gangguan tersebut. Penting untuk menghentikan kelakuan menjelikkan tersebut sebelum ia menjadi lebih teruk.

18.3 - Saya ada perjumpaan dengan seorang klien dan dia sentiasa menyentuh saya dan membuat komen mengenai bentuk badan saya dan bagaimana dia akan membeli lebih banyak daripada kita jika saya pergi makan malam dengannya. Ini klien dan bukan kakitangan L’ORÉAL yang lain, jadi saya tidak pasti sama ada L’ORÉAL akan melakukan sesuatu tentangnya.

Anda seharusnya mengajukan perkara ini kepada pengurus anda atau Pengurus Sumber Manusia anda. L’ORÉAL mengamalkan dasar yang memastikan kakitangannya tidak tertakluk pada gangguan seksual termasuk daripada rakan niaga.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai gangguan seksual, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

Setiap dari kita mempunyai hak untuk dihormati dan kemuliaan manusia. Di L'ORÉAL, prinsip tersebut menjadi asas kepada cara kita bekerja. Sebarang kelakuan atau tindakan yang kemungkinan akan mencabuli hak ini, dan, khususnya, sebarang bentuk gangguan seksual, adalah tidak boleh diterima.

GANGGUAN

SEKSUAL

Page 34: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

34

Isi KandunganH A L A M A N 3 5Kegiatan politik dan melobi

H A L A M A N 3 6Pengawasan alam sekitar

H A L A M A N 3 7Sumbangan terhadap masyarakat

MENGHORMATI KOMITMEN KITA SEBAGAI WARGA KORPORAT YANG BERTANGGUNGJAWAB

Kita memainkan peranan dalam mewujudkan dunia kecantikan dan kesaksamaan.

Page 35: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

35

Kita hendaklah

+ Jika kita menyertai aktiviti politik peribadi, nyatakan dengan jelas bahawa kita tidak mewakili L’ORÉAL dalam apa jua cara.

+ Maklumkan pengurus kita jika penyertaan kita dalam aktiviti politik boleh mencegah kita daripada memenuhi kewajipan kita di L’ORÉAL atau menghasilkan kekeliruan mengenai pandangan politik peribadi kita dengan pandangan politik L’ORÉAL (lihat bab mengenai “Konflik Kepentingan”)

+ Menghormati peraturan L’ORÉAL secara ketat berhubung hadiah dan hiburan dan pecegahan rasuah (lihat bab mengenai “Rasuah dan Bayaran Pemudahan”)

Kita tidak boleh

- Menggunakan dana dan sumber Syarikat (termasuk masa, telefon, kertas, e-mel Syarikat dan juga aset Syarikat yang lain) untuk mengendalikan atau menyokong aktiviti politik peribadi kita

- Menggunakan tempat kerja sebagai pentas politik

- Menyebabkan orang percaya L’ORÉAL menyokong aktiviti politik peribadi kita

- Menyertai perbincangan dengan wakil pihak berkuasa awam atau parti politik berhubung peraturan setempat dan antarabangsa tanpa kebenaran yang jelas daripada Pengurus Negara/Entiti kita dan tertakluk pada pendaftaran dalam daftar pelobi jika ada

Beretika?

19.1 - Saya membuat beberapa kerja sukarela untuk calon tempatan yang dasar-dasarnya adalah hampir sejajar dengan nilai-nilai L'ORÉAL. Mengelakkan segala penggunaan sumber Syarikat (termasuk waktu Syarikat, telefon, kertas, e-mel dan aset-aset lain) untuk menjalankan atau menyokong kegiatan politik peribadi kita. Bolehkah saya menggunakan mesin fotokopi untuk mencetak beberapa risalah?

Tidak. Jangan guna masa atau sebarang bentuk sumber syarikat untuk menyokong kegiatan politik.

19.2 - Pengurus saya telah bertanya jika saya ingin menderma bagi kempen datuk bandar anak perempuannya. Adakah ini wajar?

Tidak. Walaupun penyelia anda tidak mendesak anda, sebarang permintaan yang sedemikian, walaupun tidak berniat apa-apa, adalah tidak wajar dan boleh jadi memaksa.

19.3 - Saya ingin menyertai pilihanraya politik di bandar saya. Pada poster saya, saya berhasrat untuk menyatakan bahawa saya bekerja dengan L’ORÉAL.

Ini tidak wajar kerana ia boleh dilihat sebagai L’ORÉAL secara tersirat menyokong pencalonan saya.

19.4 - Apakah sebenarnya melobi? Apabila kita mendengar mengenainya di media, selalunya ia tidak memberi reputasi yang baik.

Melobi adalah aktiviti yang melibatkan usaha menyumbang kepada proses pembuatan keputusan awam berhubung peraturan yang berkemungkinan mempengaruhi aktiviti kita supaya pembuat keputusan awam boleh memahami bagaimana peraturan ini boleh mempengaruhi kita. Jika kita merasakan bahawa peraturan seperti ini mungkin menjejaskan, kita memaklumkannya dan cuba mengehadkan kesannya. L’ORÉAL sering berkomunikasi mengenai pendiriannya dan pihak berkuasa dan institusi awam yang menyertai dan yang melaluinya ia mengambil bahagian dalam perdebatan ini, dengan menghormati secara ketat semua undang-undang berkaitan yang berkuat kuasa.

19.5 - Haruskah kakitangan menyuarakan pandangan dan komitmen politik mereka di tempat kerja?

L’ORÉAL menghormati hak kakitangannya untuk menyertai sebagai individu dalam proses politik , tetapi tempat kerja bukan tempat yang tepat untuk membincangkan politik.

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda sesuatu kekhuatiran mengenai aktiviti politik atau melobi, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

L’ORÉAL tidak menyumbang kepada parti politik, ahli politik atau institusi berkaitan. Walau bagaimanapun, L’ORÉAL, sebagai peneraju industri kosmetik, meyakini bahawa ia berkewajipan untuk bersikap proaktif dan menyertai proses pembuatan keputusan awam di negara-negara tempat kita beroperasi. L’ORÉAL menghormati hak kakitangannya untuk menyertai sebagai individu dalam proses politik – asalkan mereka memastikan yang, dalam melakukan sedemikian, mereka tidak mewakili Syarikat.

KEGIATAN POLITIK

& MELOBI

Page 36: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

36

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab

Kita hendaklah

+ Melaksanakan iltizam L'ORÉAL terhadap proses mesra alam

+ Menyokong penggunaan bahan mentah boleh diperbaharui dan pembangunan pembungkusan mesra alam

+ Mempertimbangkan bagaimana perlakuan kita di dalam semua aspek tugasan menjejas persekitaran, agar kita dapat mengurangkan kesan tersebut, di mana saja yang mungkin: contohnya, dengan memotong perjalanan yang tidak perlu, menjimatkan air dan tenaga dan menghindari penghasilan sisa. Di mana penghasilan sisa tidak dapat dielakkan, kita perlu memastikan bahawa bahan itu akan dikitarkan semula atau dilupuskan dalam cara yang bertanggungjawab. Sedikit perlakuan yang kecil, seperti memisahkan sisa makanan di dalam kawasan makan Syarikat, boleh membawa perbezaan

+ Mengambil semua tindakan yang perlu untuk menghalang dan menghentikan pelanggaran dasar alam sekitar L'ORÉAL

+ Melaporkan dengan segera segala tumpahan atau pengeluaran sisa yang luar biasa ke udara dan air kepada pengurus atau Pengurus Kesihatan dan Keselamatan kita

Kita tidak boleh

- Mengabaikan peraturan Syarikat mengenai pengawasan alam sekitar

Beretika?

20.1 - Peranti kawalan pencemaran pada sebuah peralatan pembuatan yang kritikal telah rosak. Saya baru sahaja mendapat tahu bahawa ia akan mengambil masa tiga hari untuk mendapatkan alat ganti dan memperbaikinya. Adakah kita benar-benar mampu untuk menghentikan pengeluaran apabila kita mempunyai tunggakan pesanan besar yang perlu dipenuhi?

Kita tiada pilihan lain. Komitmen kita terhadap amalan penjagaan persekitaran akan diberi keutamaan melebihi keuntungan jangka pendek atau jadual pengeluaran.

Mesin tersebut tidak harus dijalankan tanpa kawalan pencemaran yang dikehendaki. Anda hendaklah memberitahu pihak pengurusan atasan anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaiannya.

20.2 - Selagi kita mematuhi undang-undang tempatan, mengapa kita  mengapa kita perlu menurut standard alam sekitar L'ORÉAL jika ini meletakkan kita pada tahap persaingan yang kurang memberangsangkan?

Komitmen L'ORÉAL terhadap alam sekitar melebihi daripada sekadar mematuhi undang-undang biasa. Jika anda fikir bahawa terdapat isu persaingan perniagaan yang menghadapi risiko, anda perlu membincangkannya dengan pengurus anda.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT:mengenai dasar L’ORÉAL mengenai pengawasan alam sekitar, sila baca “Sasaran 2020: Berkongsi Kecantikan dengan Semual”

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda ada sebarang kekhuatiran mengenai pengawasan alam sekitar, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Kesihatan dan Keselamatan anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran: Perbincangan Terbuka”).

L'ORÉAL menghormati alam sekitar dan mencari jalan untuk meminimumkan kesan alam sekitarnya. Matlamat kita adalah untuk berkomunikasi secara terbuka mengenai pencapaian kita dalam bahagian ini, di samping cabaran-cabaran yang dihadapi.Banyak kegiatan yang terlibat dalam membawa produk kita ke pasaran mempunyai kesan langsung terhadap persekitaran. Setiap individu bertanggungjawab untuk mencari jalan bagi mengurangkan kesan tersebut, di mana mungkin. Kita semua diharapkan agar:

PENGAWASAN

ALAM SEKITAR

Page 37: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

37

Kita hendaklah

+ Memahami bahawa kedermawanan adalah komitmen jangka panjang. Segala tindakan, tanpa mengira saiz, perlu melibatkan perancangan jelas tentang bagaimana hendak membangunkan perkongsian untuk jangkamasa yang panjang

Kita tidak boleh

- Melibatkan L'ORÉAL dalam tindakan yang tidak menggambarkan Prinsip Etika dan strategi kedermawanan Kumpulan kita

- Memaksa kakitangan dan rakan niaga untuk menyumbangkan hadiah atau dana kepada projek-projek kedermawanan yang disokong oleh L’ORÉAL

Beretika?

21.1 - Program kedermawanan yang saya libatkan diri dalam masyarakat tempatan ada bertanya jika L'ORÉAL boleh memberi produk percuma untuk menyokong perjuangan mereka. Saya menyedari bahawa terdapat satu kuantiti besar syampu dan gel mandian yang akan dimusnahkan kerana ia mengguna pembungkusan yang lama. Saya boleh menguruskan pemungutannya tanpa pengetahuan sesiapa. Bolehkah saya memberinya kepada mereka?

L'ORÉAL ingin menyokong anda dalam usaha kedermawanan anda, jika ia sejajar dengan strategi Syarikat. Anda harus memberitahu pengurus anda, yang boleh lihat jika tujuan amal tersebut adalah sejajar dengan strategi L'ORÉAL dan mengesyorkannya kepada orang yang bertanggungjawab bagi program kedermawanan di negara anda.

21.2 - Hospital tempat saya bekerja secara suka rela setiap minggu meminta setiap orang membantu dapatkan sukarelawan baru dan ingin saya dapatkan penglibatan yang lebih dari pihak L'ORÉAL. Saya tahu bahawa beberapa rakan sekerja saya mungkin berminat. Adakah saya perlu bercakap dengan mereka secara langsung?

Jika hospital ini mewakili satu peluang yang sejajar dengan strategi kedermawanan keseluruhan L'ORÉAL, anda harus bercakap dengan pengurus anda untuk melihat jika terdapat kemungkinan untuk melibatkan Syarikat dalam bekerjasama dengan hospital tersebut. L’ORÉAL berusaha «melampaui batas cek» dan untuk membina perkongsian yang menggabungkan derma tunai dan bukan tunai, bahkan juga sumbangan pekerja dan terutamanya berkongsi kepakaran yang kita ada dalam pelbagai bidang untuk membantu orang lain. Anda boleh jadi penaja korporat untuk projek ini, dan

bersama-sama membina program jangka panjang yang bermakna.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT: mengenai sumbangan L’ORÉAL kepada masyarakat, sila baca “Sasaran 2020: Berkongsi Kecantikan dengan Semual”

Siapa yang perlu dihubungi: Jika anda menghadapi isu berkenaan sumbangan kepada masyarakat, jangan pendamkannya. Utarakan kepada pengurus anda, Pengurus Sumber Manusia anda atau Koresponden Etika anda; mereka akan dapat membantu dan menyokong anda (lihat juga bab mengenai "Saya ada Kekhuatiran" Perbincangan Terbuka").

L'ORÉAL adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam masyarakat, jiran yang baik dan warga yang mengambil berat yang beriltizam terhadap masyarakat tempat kita berniaga. Kami menggalakkan para pekerja agar memainkan peranan aktif dalam masyarakat.

SUMBANGAN

KEPADA MASYARAKAT

Page 38: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

38

Cara menjadi teladanSelain daripada tingkah laku sehari-harian anda, yang perlu diteladani, terdapat beberapa gerak isyarat mudah yang boleh anda buat untuk menunjukkan kepentingan yang anda letak pada etika L’ORÉAL, khususnya:- mempamerkan SEMANGAT L’ORÉAL di pejabat

anda- sentiasa mempunyai Tataetika ini bersama-sama

anda- jangan sekali-kali meminta, bahkan juga

mencadangkan kepada pasukan anda supaya mereka mengabaikan Tataetika ini

- meluangkan masa untuk menjelaskan Tataetika ini kepada kakitangan baharu

- mencari masa sepanjang tahun (dan bukan sahaja pada Hari Etika) untuk membincangkan isu-isu etika

- memikirkan dengan kerap dilema etika yang boleh berbangkit di tempat kerja anda

- jelaskan secara terperinci kecekapan seperti “Bertindak/Memimpin dengan Kesensitifan Insan” dan “Memperoleh Hasil secara Berintegriti” sewaktu penilaian tahunan kakitangan

- Sebaik sahaja anda berpeluang, iktiraf dan hargai seseorang kakitangan, terutamanya kelakuan yang beretika dan berani

Staf anda juga mungkin teragak-agak untuk datang bercakap dengan anda mengenai kekhuatiran dan persoalan etika mereka. Anda boleh membuatkan mereka merasa selesa dengan kerap memberitahu mereka bahawa anda bersedia untuk mendengar kekhuatiran mereka dan mengingatkan mereka bahawa kakitangan yang berkongsi kekhuatirannya dengan niat baik tidak akan menerima tindakan balas.

Bagaimana caranya untuk memasukkan etika dalam proses membuat keputusanApabila anda membuat sesuatu keputusan, rujuk pada soalan yang ditemui dalam bahagian “Bagaimana menggunakan Kod Ini”. Jangan lupa bahawa hanya kerana anda berhak melakukan sesuatu tidak bererti ia selaras dengan Prinsip Etika Kumpulan.

Jika anda membuat sesuatu keputusan atas sebab-sebab etika dan tertakluk pada peraturan kerahsiaan, berkongsilah dengan pasukan anda supaya mereka boleh memanfaatkan pengetahuan anda dan mengikuti contoh anda.

Cara menjawab soalan pasukan andaPastikan anda mengetahui pelbagai dasar etika Kumpulan ini. Anda bertanggungjawab untuk memastikan yang pasukan anda mengetahuinya. Di samping itu, luangkan masa untuk mendengar kakitangan anda: selalunya tidak mudah untuk mereka mengutarakan soalan jenis ini.

Jika anda tidak tahu menjawab soalan mereka, anda hendaklah menghalakannya kepada orang yang paling baik untuk memberi nasihat.

Yang mana satu lebih penting bagi saya sebagai seorang Pengurus: memenuhi kewajipan saya dari segi kewangan atau matlamat perniagaan, atau yang terkandung dalam Tataetika ini?

Kedua-duanya adalah sepenuhnya mempunyai keserasian - dan berkaitan secara langsung. Membuat perkara yang betul atas alasan yang betul adalah sentiasa perniagaan yang bagus. Segala kepentingan Syarikat tidak pernah dipenuhi melalui amalan perniagaan yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika.

Adakah Prinsip Etika berkenaan bagi semua lapisan pengurusan, sehinggalah ke yang teratas?

Prinsip Etika berkenaan bagi semua orang. Lebih besar tanggungjawab seseorang, maka ia lebih bertanggungjawab untuk mempamerkan kelakuan yang boleh diteladani. Dwistandard tidak boleh diterima dan bertentangan dengan etika L’ORÉAL.

Sebagai seorang Pengurus, anda mempunyai tanggungjawab tambahan kerana:- Anda menunjukkan teladan dan menggalakkan kelakuan beretika- Anda adalah pembuat keputusan yang berhadapan dengan isu-isu lebih rumit dan sukar- Pasukan anda akan mendapatkan nasihat dan bantuan anda

PERANAN

PENGURUS

Page 39: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

Cara kita bekerja

Diterbitkan oleh:SVP Ketua Pegawai EtikaL'ORÉAL

L'ORÉAL41, rue Martre92117 CLICHY CEDEXPerancis

Pejabat Berdaftar:14, rue Royale75008 PARISPerancis

http://ethics.loreal.wanswww.lorealethics.com

Fotograf:Stéphane de Bourgies, Stéphane Patti. Hak Cipta Terpelihara.

Reka Bentuk: www.meanings.fr

Page 40: Tataetika Cara kita bekerja - loreal-dam-front-corp-fr-cdn ... · persekitaran perniagaan kita, termasuk pesaing kita. Kita menjalankan perniagaan ini dengan penuh integriti: Kita

KECANTIKAN ETIKA - ETIKA KECANTIKAN