Tasik
-
Upload
nur-farahin -
Category
Documents
-
view
189 -
download
14
Transcript of Tasik
TUGASAN INDIVIDU
Jawab semua soalan.
1) Tasik merupakan sebuah lekukan yang berair di kawasan daratan.
a) Nyatakan empat ciri yang membezakan antara sesuatu tasik yang terbentuk di
muka bumi ini.
i. Saiz tasik
ii. Bentuk tasik
iii. Kedalaman tasik
iv. Asal kejadian tasik
b) Terangkan bagaimanakah terbentuknya ‘Tasik Sementara’ dan ‘Tasik Kekal’.
Tasik merupakan sebuah lekukan yang berair di kawasan daratan. Tasik sementara
mungkin terjadi di muka bumi yang beralun selepas berlakunya hujan lebat. Tetapi
tasik yang dalam dan yang lebih banyak mengandungi air daripada yang dapat
disejatkan akan menjadi tasik kekal.
c) Adalah tidak mustahil bahawa tasik-tasik yang terbentuk akan lenyap dari
sesuatu kawasan apabila berlakunya beberapa proses yang menyebabkan tasik-
tasik tersebut kering. Namakan dua proses tersebut.
Tasik merupakan bentuk muka bumi sementara di kerak bumi kerana pada akhirnya
tasik-tasik ini akan menyap melalui dua proses. Sekiranya hujan yang turun tidak tetap,
maka tasik di sesebuah kawasan itu akan kering dalam musim kemarau. Dua proses
tersebut adalah :
i. Proses penyaliran
ii. Proses mendapan
d) Bumi berbentuk sfera merupakan satu kebenaran yang telah diakui, dibuktikan
dan diterima oleh semua orang. Berikan justifikasi kepada pernyataan tersebut.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera. Antaranya adalah :
i) Bukti pelayaran mengelilingi bumi – Tempat permulaan dan berakhir
pelayaran mengelilingi bumi boleh dilakukan pada tempat yang sama.
ii) Melihat kapal di laut – Bahagian atas kapal akan dilihat terlebih dahulu,
barulah diikuti oleh seluruh badan kapal berkenaan.
iii) Bukti daripada kedudukan kaki langit yang melengkung. Ianya dapat dilihat di
kawasan pantai/pinggir laut.
iv) Terbit dan terbenamnya matahari pada waktu yang berbeza mengikut zon
masa antarabangsa.
v) Bumi berbentuk sfera dimana ianya dapat dilihat pada waktu gerhana bulan
(bayang).
vi) Bukti satelit - gambar bumi yang diambil melalui satelit jelas menunjukkan
bumi berbentuk sfera.
e) Biasanya tindakan glasier menghasilkan bentuk-bentuk hakisan di tanah-tanah
tinggi dan bentuk penimbunan di tanah pamah. Terangkan bagaimanakah
pembentukan glasier-glasier di kawasan tersebut.
Terdapat beberapa jenis tasik yang terbentuk oleh hakisan glasier. Antaranya ialah
tasik kori atau tarn, tasik lekuk cembung, tasik lekukan batu-batan, Tasik Empangan
Moren dan juga tasik yang dibentuk oleh timbunan hanyutan glasier.
Pembentukan tasik kori atau tarn adalah dari tindakan glasier yang bergerak
melalui kawasan lurah. Glasier ini akan meninggalkan satu lekukan yang berbentuk
bulat di ulu lurah di kawasan pergunungan. Lekukan seperti ini berbentuk kerusi
berlengan dan dinamakan kori. Dasarnya yang dalam itu mungkin dipenuhi oleh air lalu
membentuk tasik kori. Misalnya Tasik Red Tarn di daerah Tasik Inggeris. Tasik-tasik
yang terjadi di lekukan glasier panjang lagi dalam dan dinamakan tasik berjajar,
umpamanya Tasik Ullswater.
Tasik lekuk cembung pula merupakan tasik yang merupakan lekukan di dataran
lanar ais yang ditinggalkan bila kumpulan ais yang tidak bergerak menjadi cair. Tasik-
tasik ini tidak mempunyai bentuk tetap kerana pembentukan moren tidak sekata. Tasik-
tasik ini tidak besar dan tidak dalam. Contohnya tasik cetek Shropshire di England dan
tasik-tasik lekuk cembung Orkney di Scotland.
Seterusnya ialah tasik lekukan batu-batan. Tasik jenis ini terbentuk oleh hakisan
kaut ais bila glasier lurah atau litupan ais mengaut lekukan-lekukan di permukaan bumi.
Tasik-tasik yang terbentuk oleh tindakan glasier ini banyak terdapat di Finland. Inilah
sebabnya orang-orang Finland menamakan negerinya Suomi – tanag bertasik-tasik.
Finland dikatakan mengandungi lebih daripada 35000 buah tasik yang terbentuk oleh
glasier.
Tasik Empangan Moren pula terbentuk apabila glasier lurah yang selalunya
menimbunkanpuin-puin moren merentangi sebuah lukah. Bila aliran air terhalang oleh
moren itu maka terbentuklah sebuah tasik. Moren hujung dan moren tepi boleh
mengempang lurah-lurah. Umpamanya Tasik Windermere di Daerah Tasik Inggeris.
Akhir sekali ialah tasik yang dibentuk oleh timbunan hanyutan glasier. Lekukan
berselang-selang terdapat di dataran-dataran hakisan glasier yang banyak diliputi oleh
drumlin dan mempunyai saliran yang kurang baik. Lekukan ini selalunya mengandungi
air dan membentuk tasik-tasik kecil seperti di Country Downs di Ireland Utara.
f) Gunung merupakan bentuk muka bumi yang menonjol di permukaan bumi.
Terangkan mengenai pembentukan gunung dan jenis-jenis gunung yang terdapat
di permukaan bumi.
Gunung merupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa bumi di
sekitar. Gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit. Gunung terbentuk
disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung, tergelincir dan lain-lain lagi.
Terdapat beberapa jenis pertembungan yang akan menghasilkan gunung. Misalnya
pertembungan diantara plat benua dengan plat benua yang akan membentuk banjaran
gunung lipat dan juga pertembungan antara plat lautan dengan plat lautan yang akan
membentuk gunung berapi di dasar lautan. Selain itu, pertembungan diantara plat
benua dengan plat lautan pula akan menghasilkan gunung lipat. Dalam kata yang lain,
sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil.
Sebaliknya, sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung
berapi terhasil.
Terdapat lima jenis gunung yang terdapat di permukaan bumi iaitu gunung lipat,
gunung bongkah, gunung kubah, gunung berapi dan juga gunung sisa. Gunung lipat
terjadi kerana pergerakan bumi secara besar-besaran apabila terdapat tekanan-
tekanan yang kuat dalam kerak bumi menyebabkan batu batan termampat dan
kawasan yang lemah akan berkedut atau berlipat. Perlipatan ini akan mengecilkan lagi
kerak bumi dan menyebabkan permukaan bumi menjadi beralun-alun.
Gunung bongkah pula terjadi apabila kerak bumi merekah dan gelinciran
berlaku. Gelinciran mungkin disebabkan ketegangan atau mampatan iaitu dua kuasa
yang memanjangkan atau memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu
bahagian kerak bumi menurun atau meninggi dari aras sekitarnya. Pergerakan dalam
kerak bumi menyebabkan retakan/rekahan atau gelinciran /sesaran di lapisan kerak
bumi. Daya ketegangan dihasilkan apabila dua plat bergerak kearah yang
bertentangan manakala daya mampatan dihasilkan apabila dua plat bertembung. Daya
tegangan dan mampatan daripada pergerakan plat akan menyebabkan terbentuknya
gunung bongkah /horst dan lurah gelinciran/graben.
Gunung yang seterusnya ialah gunung kubah. Ia terbentuk apabila arus di
dalam mantel tertolak ke atas kerak bumi, menyebabkan batuan membonjol bulat. Di
samping gunung kubah, gunung berapi pula terbentuk daripada bahan yang keluar
melalui rekahan-rekahan di kerak bumi. Bahan-bahan ini termasuklah lava yang cair,
bara api, abu, debu dan lumpur cair. Bahan-bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong
gunung berapi itu dalam bentuk yang berlapis-lapis hingga membentuk kon gunung
berapi.
Akhir sekali ialah gunung sisa yang terjadi sebagai hasil daripada proses
gondolan. Apabila aras bumi pada umumnya menjadi rendah oleh agen-agen
gondolan, maka sesetengah kawasan yang kukuh akan terus kekal seperti biasa dan
menjadi gunung sisa. Gunung sisa juga mungkin terjadi daripada dataran tinggi yang
telah dikelar-kelar oleh sungai hingga menjadi bukit dan lembah.