tamadun mesir

12

description

seni tamadun mesir termasuk seni bina, lukisan, ukiran dan sebagainya

Transcript of tamadun mesir

PowerPoint Presentation

KesusasteraanKesusasteraan Mesir terdiri daripada cerita, puisi, lagu dan nasihat. Kebanyakan daripada kesusasteraan yang dihasilkan pada Zaman Kerajaan Tua / Peuba (3500-2700 SM) adalah berbentuk keagamaan dan falsafah. Contohnya, legenda Osiris dan Isis yang mempunyai banyak versi itu mengisahkan tentang tuhan-tuhan mereka. Begitu juga dengan nasihat-nasihat Ptahhotep (seorang cendikiawan Mesir purba) telah direkodkan ke dalam buku. Buku ini digunakan di sekolah-sekolah beberapa tahun selepasnya dan tidak syak lagi banyaklah keturunan orang Mesir yang dididik mengikut pengajarannya. Nasihat-nasihatnya amatlah mudah diamalkan. Dia mengesyorkan seseorang itu menghormati orangyang lebih tinggi darjatnya agar tidak disiksa oleh mereka dan juga orang yang lebih rendah darjatnya agar tidak dimurkai tuhan. Orang kaya baru diberi amaran supaya jangan sombong dan mengikut pendapatnya orang yang bijak sekali ialah orang yang kurang bercakap. Ptahotep juga memberi nasihat mengenai tingkahlaku dan mengenai cara-cara menjaga isteri. Katanya, "seseorang isteri perlu diberi makanan, pakaian dan minyak wangi. Janganlah hendaknya seseoang suami itu bengis kerana seseorang isteri lebih mudah menurut jika dipujuk. Kesusasteraan klasik bermula pada Zaman Kerajaan Pertengahan. Nasihat-nasihat yang berguna dikumpulkan dalam sebuah buku. Antara yang terkenal ialah Hymn To The Sun dan Book of The Dead.Seni UkirSeni ukir Mesir dapat dilihat melalui kuil-kuil, piramid, sphinx dan tiang-tiang.Seni ukir yang terdapat pada patung-patung Firaun ini tidak banyak perbezaannya buat berabad-abad lamanya. Tiang-tiang yang dibina ketika Mesir diperintah oleh raja perempuan yang bernama Hatshepsut telah diukir dengan catatan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada zamnnya. Antara perisitiwa penting itu ialah pembinaan semula rumah-rumah berhala.

Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai NilSeni BinaJuru bina yang mula-mula sekali merangka bangunan batu ialah Imhotep, penasihat utama kepada Firaun Zoser. Semasa rajanya masih hidup, beliau telah membina sebuah tugu yang berbentuk piramid di Sakkara. Piramid yang dipanggil Step Piramid ini masih ada hingga ke hari ini. Pembinaan piramid seperti ini diteruskan oleh raja-raja Mesir seterusnya. Setiap raja semasa hidupnya membina tugu-tugu besar atau piramid yang masih kekal hingga ke hari ini. Kebanyakan piramid dibina antara tahun 3000 hingga 2000 SM. Apa yang menakjubkan di sini ialah betapa berat dan susahnya kerja membina tugu-tugu besar begini bagi orang-orang zaman itu. Piramid besar yang dibina di Gizeh untuk Firaun Khufu meliputi kawasan seluas 13 ekar. Ia dibina menggunakan lebih daripada sejuta kepingan batu kapur yang beratnya 2 tan sekeping. Di dalam tugu ini terdapat lorong-lorong yang menyambungkan bilik-bilik mayat yang ada di dalamnya. Jelas sekali betapa mutlaknya kuasa raja-raja Mesir dan rajinnya rakyat kelas bawahan. Dianggarkan seramai 100,000 orang yang terdiri daripada hamba abdi dan dan pekerja yang dikerah paksa, terpaksa bekerja untuk selama 20 tahun bagi menyiapkan tugu itu. Antara tugu-tugu termasyhur yang masih kekal hingga ke hari ini ialah The Great Sphinx of Giza. Ia berupa sejenis makhluk yang mempunyai badan seekor singa dan berkepala yang menyerupai muka Firaun Khfre. Firaun Khfre telah membina 3 buah piramid di Gizeh. Sphinx-sphinx ini didirikan berhampiran dengan tugu-tugu besar. Banyak patung Firaun yang memerintah pada zaman dinasti pertama dibina di Mesir ini.Imhotep

Selain dari tugu, seni bina Mesir juga dapat dilihat melalui pembinaan kuil-kuil. Raja Pepi 1 telah membina beberapa buah rumah berhala unutk tuhan-tuhan mereka. Batu granait digunakan dalam pembinaan rumah berhala ini. Usahanya diteruskan oleh firaun-firaun yang memerintah selepasnya terutamanya Raja Hatshepsut..Kuil-kuil yang dibina itu menggunakan kemahiran yang tinggi.Semasa Mesir diperintah oleh raja perempuan yang bernama Hatshepsut, baginda memerintahkan supaya didirikan dua batang tiang peringatan semasa perayaan menyambut ulangtahun pemerintahnnya yang ke-15. Tiang-tiang itu hampir 100 kaki dan berat setiap batang ialah 350 tan. Tiang-tiang ini didirikan di hujung rumah berhala Amon yang mula dibina semasa pemerintahan ayahnya. Pembinaan tiang ini dibuat hampir 6 bulan. Tiang-tiang itu disalut dengan sejenis pancalogam. Selain dari itu banyak didirikan patung-patung firaun dan istana.Seni LukisLukisan yang dihasilkan pada zaman Mesir purba mempunyai warna yang terang. Ia biasanya menggambarkan kehidupan seharian masyarakat Mesir purba. Lukisan dapat dilihat di dinding piramid.KaligrafiOrang Mesir mula memajukan sistem tulisan semasa zaman pra-dinasti lagi. Pendeta Mesir telah menggunakan tulisan apabila hendak merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil. Tulisan awal Mesir adalah dalam bentuk gambar iaitu gambar digunakan untuk mewakili objek. Jenis tulisan ini dipanggil tulisan hieroglifik (hieroglyphic). Pada peringkat kedua perkembangan tulisan, gambar yang mewakili bunyi perkataan digunakan. Peringkat akhir perkembangan tulisan menyaksikan penciptaan huruf yang mengandungi 24 tanda. Huruf yang dicipta tidak mengandungi huruf vokal. Dakwat yang digunakan untuk menulis dibuat dengan mencampurkan air, abu dan gam sayur-sayuran. Rumput buluh halus digunakan sebagai pen. Tulisan dibuat atas tembikar, tulang dan kayu. Kemudian orang Mesir menggunakan papirus sebagai kertas.

Ilustrasi awal tamadun Mesir menggunakan warna dan kertas yang diperbuat dari papyrus

Tulisan juga memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

Sphinx Piramid