TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

29
KULIAH 3 TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA

description

Tamadun Melayu, TITAS, slides

Transcript of TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

Page 1: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

KULIAH 3

TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN

MALAYSIA

Page 2: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

HASIL PEMBELAJARAN

Objektif: Di akhir bab ini, pelajar diharap dapat:1. Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun

Melayu.2. Membincangkan tentang pengertian dan konsep

tamadun Melayu.3. Menjelaskan kesinambungan antara tamadun

Melayu dan Malaysia.4. Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai

dasar kebangsaan Malaysia.5. Membincangkan tentang kegemilangan Tanah

Melayu dan sumbangan hasil.

Page 3: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

KA

ND

UN

GA

N

Konsep

Asas-asas

Pandangan Semesta

Pencapaian

Page 4: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

TAKRIF TAMADUN MELAYU

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tamadun bermaksud kemajuan atau dalam tingkat penghidupan atau peradaban.

Maksud tamadun Melayu pula ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara.

Page 5: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

Konsep Melayu

Ras (gentetik /

biologi)

Agama Islam Bahasa

Page 6: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

Perkara 160, Perlembagaan

Malaysia, orang Melayu

ditakrifkan sebagai:

berbahasa

Melayu

mengamalkan adat istiadat

MelayuBeraga

ma Islam

Page 7: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

KONSEP MELAYU

Ringkasnya, kedatangan Islam di Kepulauan Melayu tidak dinafikan telah banyak membawa pembaharuan kepada:

corak pemikiran dan

sosiopolitik masyarakat

Melayu

melenyapkan kegemilangan

Tamadun Hindu Buddha di Alam

Melayu.

Page 8: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu merujuk kepada masyarakat yang mempunyai susunan struktur sosial yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, golongan ulama, pembesar, pedagang dan petani.

Kemunculannya secara langsung boleh dikaitkan juga dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu.

Page 9: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Masyarakat Melayu mempunyai sejarah tamadun yang tersendiri.

Sejak zaman dahulu, orang Melayu telah membina asas tradisi kebudayaan yang maju setanding dengan peradaban yang lahir di India, China, Mesir dan Mesopotamia.

Bermula sejak zaman prasejarah yakni dengan kewujudan manusia pada Zaman Paleolitik.

Bukti terpenting kewujudan manusia adalah penemuan fosil manusia di Jawa pada tahun 1890 M.

Page 10: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Zaman Neolitik menyaksikan kedatangan kumpulan manusia dari Tanah Besar ke Kepulauan Melayu.

Menjelang zaman ini, berlaku perkembangan pesat dengan kemunculan kegiatan pertanian, menternak binatang dan membuat peralatan tembikar dan logam.

Pada akhir zaman prasejarah muncul Zaman Logam yang dilambangkan dengan penemuan gendang gangsa di Dong Son, Vietnam Utara, Sungai Lang (Selangor) dan Batu Buruk (Terengganu).

Juga berlaku perkembangan dari segi kepercayaan iaitu tradisi Megalitik yakni membina batu-batu besar bagi pemujaan nenek moyang.

Merupakan serpihan gendang Dongson yang ditemui di Bukit Jati, Klang. Gendang gangsa Heger 1 ini merupakan artifak purba yang termasyhur di Asia Tenggara.

Page 11: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Selepas zaman prasejarah, muncul satu tahap baru dalam sejarah Nusantara yang dikenali sebagai zaman proto-sejarah.

Zaman ini bermula dengan kedatangan pengaruh budaya India.

Proses Indianisasi berlaku dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Buddha pada zaman Maurya dan Kushan.

Page 12: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Pada tahap ini juga muncul beberapa Kerajaan Hindu-Buddha seperti Kerajaan Funan, Chenia dan Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara, manakala kerajaan–kerajaan seperti Langkasuka, Tambralinga, Tan-tan, Kedah Tua dan Gangga Nagara di Semenanjung Tanah Melayu.

Page 13: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Menjelang abad ke-7 Masihi, Srivijaya muncul sebagai empayar yang kuat di Asia Tenggara.

Ia berjaya menguasai laluan perdagangan timur-barat dan menjadi pusat pengajian agama Buddha yang terulung di Nusantara.

Mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit.

Melaka juga berperanan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.

Page 14: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PANDANGAN SEMESTA MELAYU

Berpusatkan kepada manusia (man-centerred), bertitik tolak kepada tanggapan masyarakat Melayu terhadap alam dan kehidupan mereka.

Interaksi dengan alam melahirkan satu konsep penting yang mendasari kehidupan mereka, iaitu “peng+alam+an” (pengalaman).

Page 15: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PANDANGAN SEMESTA MELAYU

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu.

Walau bagaimanapun masih terdapat unsur-unsur pandangan semesta Hindu-Buddha-hyang yang diwarisi.

Umpamanya di Melaka, berlaku sinkretisme antara Islam dan kepercayaan Hindu-Buddha yang dapat dilihat pada salasilah kesultanan Melaka.

Page 16: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PANDANGAN SEMESTA MELAYU

Pada asasnya, nilai-nilai yang mempengaruhi pandangan semesta Melayu adalah seperti berikut:• Akidah Islam• Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin• Berpegang teguh kepada Adat Resam• Memuliakan yang Tua• Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan

Silaturahim• Meraikan Tetamu• Saling Menghormati• Bertimbang Rasa• Bersopan santun, Berbudi Bahasa• Bermesyuarah/Bermuafakat• Bergotong-royong

Page 17: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU

Kemunculan pusat-pusat tamadun sebelum Islam

Kerajaan–kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam adalah berasaskan ciri agaria dan juga maritim.

Kerajaan Funan, Angkor, Kedah Tua (Lembah Bujang), Srivijaya dan Majapahit.

Pembinaan negara-negara kota ini adalah asas pembentukan Tamadun Melayu di Nusantara.

Bandar-bandar pelabuhan yang menjadi pusat ketamadunan termasuklah ekonomi, sosial, politik, pendidikan, kebudayaan dan hubungan antarabangsa.

Page 18: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

Kerajaan-kerajaan Islam

Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar persuratan.

Peranan penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera (seperti Pasai, Acheh dan Riau) dan Semenanjung Tanah Melayu (seperti Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan dan Pattani).

Page 19: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU

Pemerintahan Beraja di Alam Melayu

Pentadbiran Melayu

Pembangunan Ekonomi Melayu

Pendidikan

Intelektual- Falsafah Melayu

Kepercayaan

Perubatan Melayu

Undang-Undang Melayu

Seni Budaya Melayu

Kesusasteraan Melayu

Muzik dan Drama Melayu

Seni Bina Melayu

Seni Ukir Melayu

Page 20: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU: PEMERINTAHAN BERAJA

Sistem politik di Alam Melayu amnya adalah berasaskan kepada konsepsi kosmologis.

Berasaskan konsepsi ini, lahir konsep dewaraja. Oleh yang demikian, raja dianggap mempunyai kuasa

suci dan berdaulat. Selepas kedatangan Islam, konsep

dewaraja disesuaikan dengan ajaran Islam yang mengatakan raja adalah Amirul Mukminin (ketua orang-orang Mukmin) di muka bumi.

Sehubungan itu, rakyat dikehendaki menjalankan segala titah dan perintah raja.

Page 21: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:PENDIDIKAN

Ilmu pengetahuan tidak lagi terkongkong di istana dan kalangan golongan bangsawan sahaja dalam zaman Hindu/Buddha, tetapi disebarkan di kalangan rakyat jelata melalui pendidikan dan pengajaran di masjid, surau, madrasah dan pesantren.

Page 22: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:Pentadbiran Melayu

Dalam sistem politik Melayu tradisional, unit politik yang terbesar adalah negeri.

Pemerintah tertinggi sesebuah negeri adalah sultan, raja atau Yang Dipertuan Besar.

Raja dibantu oleh pembesar-pembesar Melayu seperti bendahara, bendahari, temenggung dan syahbandar.

Page 23: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:Pembangunan ekonomi Melayu

Pada abad ke-15, Melaka mengambil alih peranan Srivijaya sebagai pusat perdagangan antarabangsa di Asia Tenggara.

Ia meneruskan tradisi perdagangan masyarakat pribumi yang berjalan sejak zaman Kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya.

Page 24: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU

Peraturan-peraturan dan tatatertib berniaga dengan sistem yang tetap diperkenalkan.

Gudang telah disediakan . Sistem undang-undang digubalkan. Mata wang logam, sistem ukuran

dan timbangan juga digunakan dalam transaksi perdagangan.

Page 25: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU

Intelektual-Falsafah Melayu Perubatan Melayu Undang-undang Kepercayaan dan agama Kewujudan Sinkretisme- pemujaan

dewaraja Kesusasteraan Muzik dan Drama Melayu Seni Bina Seni Ukir

Page 26: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:Kesusasteraan Melayu

Sastera Melayu selepas kedatangan Islam

Sastera Bukan Islam Sastera Islam

Page 27: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

KESIMPULAN

Pemahaman mengenai kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu seharusnya merangkumi tahap-tahap sebelum dan selepas kedatangan Islam.

Pengaruh dari luar ke atas kehidupan masyarakat dan perkembangan tamadun Alam Melayu berlaku melalui proses Indianisasi dan kedatangan agama Islam.

Kesan-kesan ini memberi pengaruh yang amat besar dari segi sistem politik, ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu, yang akhirnya membawa kepada kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu yang penting di rantau ini.

Page 28: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

SOALAN-SOALAN SEMINAR

Bincangkan kedudukan Melaka sebagai pusat tamadun yang penting di Alam Melayu.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pandangan Semesta Melayu?

Analisiskan peranan Raja dan Kerajaan Melayu di Asia Tenggara.

Galurkan ciri-ciri kebudayaan dan kesenian Melayu.

Page 29: TAMADUN MELAYU- Versi Pelajar.pptx

RUJUKAN

Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir, Siti Halimah Putung (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Multimedia: Selangor.

Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Raudah Ali, Mohd Hilmi Rozali, Mahdi Shuid (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Multimedia: Selangor.

Azhar Hj.Mad Ros (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan 2. Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.

Nadiah Abdul Rahman & Priscilla Law (2008). Tamadun Islam dan Asia. McGraw-Hill (Malaysia): Shah Alam.

Sazelin Arif et al. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-Hill (Malaysia): Shah Alam.

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan (1999). Tamadun Dunia. Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.