Taklimat Pkjr Thn. 4
date post
26-Dec-2015Category
Documents
view
112download
2
Embed Size (px)
description
Transcript of Taklimat Pkjr Thn. 4
Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4Anjuran
UNIT 1Sub TitlePendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4Cermat Tiba SelamatKementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
Objektif Tahun 1
Objektif utama pengajaran dan pembelajaran Tahun 1 ialah:
Jalan raya merupakan tempat yang berbahaya.
Berpimpin tangan dengan orang dewasa semasa hendak melintas atau berdekatan dengan jalan raya.
Lima langkah melintas dengan selamat.
Objektif Tahun 2
Objektif utama pengajaran dan pembelajaran Tahun 2 ialah:
Jalan raya merupakan tempat yang kompleks dan berbahaya.
Kanak-kanak mudah terdedah kepada bahaya disebabkan pembatasan tahap kematangan dan saiz.
Penggunaan tali pinggang keledar dan topi keledar membantu mengurangkan tahap kecederaan.
Objektif Tahun 4
Pada akhir pembelajaran Tahun 4 murid akan dapat:
menjadi pengguna jalan raya dan pengangkutan awam yang berdikari, selamat, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan yang cermat dan bijak
2) menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya
Objektif Tahun 4 samb.
Pada akhir pembelajaran Tahun 4 murid akan dapat:
3) menjadi penunggang basikal yang selamat menggunakan basikal yang diselenggara dengan baik, memakai topi keledar dan menggunakan laluan berbasikal yang selamat.
Kit Mengajar PKJR Tahun 4
Buku Panduan Guru Tahun 4
Buku Aktiviti Murid Tahun 4
Video Teknikal Tahap 2
CD Lagu
Media (kad imbasan gambar dan poster)
Tajuk-tajuk Utama Tahun 4
Unit 1: Berjalan Secara BerdikariUnit 2: Peraturan dan Undang-undang Jalan RayaUnit 3: Sukarnya MelintasUnit 4: Keselamatan BerbasikalUnit 5: Berbasikal dengan SelamatUnit 6: Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan AwamUnit 7: DilemaUnit 8: Jalan Raya di Malaysia
UNIT 1Sub TitleUNIT 1Berjalan Secara BerdikariCermat Tiba Selamat
Rasional Unit 1
Mula BERDIKARI tetapi masih memerlukan bimbingan orang dewasa kerana:
baru belajar membuat keputusan untuk;- diri sendiri- orang lain (adik atau rakan yang lebih muda).
fizikal (saiz);- tinggi atau besar- rendah atau kecil (lebih langkah atau masa).
Rasional Unit 1 samb.
Sosial (pengaruh rakan):- tindakan selamat atau tidak selamat- hilang tumpuan akibat gangguan rakan.
Merancang perjalanan sendiri:- latihan bersama ibu bapa atau orang dewasa- pemilihan laluan yang selamat.
Tajuk-tajuk Unit 1
Jalan Bersendirian
Cabaran Pejalan Kaki
Objektif tajuk 1
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
1) berbual-bual dengan rakan tentang aspek keselamatan jalan raya semasa perjalanan mereka ke sekolah dan keadaan jalan raya yang kurang selamat
2) membina ayat yang lengkap berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi
Objektif tajuk 1 samb.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
3) menyenaraikan tingkah laku yang boleh menunjukkan mereka berdikari dan bertanggungjawab.
1. Jalan Bersendirian
Membincangkan apa yang dilihat dalam perjalanan ke sekolah. Merujuk Media 1.1.
1. Jalan Bersendirian samb.
Bersoal jawab mengapa sesetengah murid: - boleh berdikari atau bersendirian - perlu ditemani oleh orang dewasa atau kakak atau abang - dapat kepercayaan penuh daripada ibu bapa.
Segmen video Merancang perjalanan sendirian.
1. Jalan Bersendirian samb.
Sebelum memilih laluan yang selamat, fikirkan: - adakah anda terpisah dari aliran trafik?- bolehkah anda melihat kenderaan?- adakah pemandu dapat melihat anda?
Objektif tajuk 2
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
mengemukakan pandangan atau pendapat tentang keadaan jalan raya yang kurang selamat dengan bahasa yang betul
membina ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi
menyebut lima cara untuk menangani situasi mencabar yang diberi.
2. Cabaran Pejalan Kaki
Bagaimana menangani situasi persekitaran jalan raya yang mencabar atau kurang selamat. Situasi di jalan raya pada Media 1.2.
Rumusan tentang cabaran pejalan kaki.
UNIT 1Sub TitleUNIT 2Peraturan dan Undang-undang Jalan RayaCermat Tiba Selamat
Rasional Unit 2
Belajar mengenali undang-undang dan peraturan asas jalan raya kerana: - mula berdikari atau jalan bersendirian - meningkatkan keselamatan diri atau orang lain - mendisiplinkan diri - mematuhi undang-undang adalah wajib.
Tajuk-tajuk Unit 2
Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin
Perbezaan antara Undang-undang dengan Peraturan Jalan Raya
Objektif tajuk 1
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; berbual-bual tentang peraturan serta undang-undang jalan raya menggunakan bahasa yang betul
membaca ayat-ayat penyata yang diberikan oleh guru dengan sebutan yang betul
menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya serta memahami akibat jika tidak dipatuhi.
1. Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin
Perbezaan di antara undang-undang dan peraturan:
- undang-undang jalan raya merupakan satu akta yang mewajibkan sesuatu kelakuan
- peraturan jalan raya merupakan amalan keselamatan untuk pengguna jalan raya.
1. Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin samb.
Murid didedahkan kepada asas undang-undang dan peraturan seperti:
- memakai topi keledar atau tali pinggang keledar- mematuhi lampu isyarat pejalan kaki- berjalan menghadap lalu lintas- menggunakan laluan pejalan kaki.
Gambar rajah labah-labah (Media 2.2).
Gambar rajah Labah-Labah
Media 2.2
Objektif tajuk 2
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
2) menulis ayat tunggal dan majmuk berpandukan petikan
3) menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya serta memahami akibat apabila diingkari.
2. Perbezaan antara Undang-undang dengan Peraturan Jalan Raya
Menyanyikan lagu Hati-hati di Jalan Raya.
Membezakan antara undang-undang dan peraturan jalan raya dalam borang jadual.
Hati-hati di Jalan Raya
Bila lintas jalan, jangan main-mainLihat kiri kanan, toleh ke belakangLima langkah melintas perlu dipatuhiJika tiada kereta, barulah melintas
Bila jalan kaki, ikutlah laluanLintasan belang ada di hadapanBonceng motosikal pakai topi keledarIkat ketat-ketat pastikan selamat
Jalan raya kita tempat berbahayaIkut peraturan pasti kita selamatBerhati-hati bila di jalan rayaJagalah keselamatan tanggungjawab bersama
Melodi: Air Pasang Pagi2. Perbezaan antara Undang-undang dengan Peraturan Jalan Raya samb.
UNIT 1Sub TitleUNIT 3Sukarnya MelintasCermat Tiba Selamat
Rasional Unit 3
Kanak-kanak masih mempunyai kekurangan:- pandangan sisi terhad - langkah yang pendek.
Kanak-kanak masih tidak cekap:- menganggar jarak- menganggar kelajuan- menganggar masa.
Tajuk-tajuk Unit 3
Melintas Lebih Sukar daripada yang Disangka
Berfikir Sebelum Melintas
Objektif tajuk 1
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; menyatakan pendapat tentang hasil uji kaji pandangan sisi dengan bahasa yang betul
mencatat prosedur uji kaji yang di jalankan dengan betul
menyatakan prosedur penting untuk melintas jalan raya yang perlu dipelajari dan dilatih.
1. Melintas Adalah Lebih Sukar dari yang Disangka
Bersoal jawab tentang langkah melihat lalu lintas: - Apakah yang perlu dilihat? - Arah manakah perlu dilihat? - Mengapa perlu menggerakkan kepala?
Pandangan sisi kanak-kanak masih belum berkembang seperti orang dewasa.
1. Melintas Adalah Lebih Sukar dari yang Disangka samb.
Uji kaji pandangan sisi: - melihat ibu jari - menggunakan kad titik buta (Media 3.1).
1. Melintas Adalah Lebih Sukar dari yang Disangka samb.
Kad Titik Buta
1. Melintas Adalah Lebih Sukar dari yang Disangka samb.
Menyatakan hasil uji kaji.
Terangkan kepentingan memusingkan kepala untuk melihat kenderaan.
Objektif tajuk 2
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
mendengar dan melaksanakan arahan melintas jalan raya dengan selamat
mencatat beberapa rumusan berkaitan aktiviti cara melintas yang selamat menggunakan bahasa yang betul
3) menyatakan elemen-elemen penting untuk melintas jalan raya yang perlu dipelajari dan dilatih.
2. Berfikir Sebelum Melintas
Murid bersoal jawab tentang lima langkah melintas pada Media 3.2.
2. Berfikir Sebelum Melintas samb.
Kepentingan masa dan ruang sela: - ruang sela melibatkan kelajuan, masa dan jarak.
Simulasi tentang konsep ruang sela. Rumusan kepentingan memusingkan kepala.
UNIT 1Sub TitleUNIT 4Keselamatan BerbasikalCermat Tiba Selamat
Rasional