Tajuk+12.pdf

5
SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 99 Laman ashaario TAJUK 12 PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN 12.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis artikel penyelidikan tindakan. Dalam tajuk ini, pelajar akan dipandu untuk memahami format dan kandungan penulisan artikel penyelidikan tindakan yang meliputi abstrak, konteks, fokus kajian, pelan tindakan, pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data, analisis dan huraian data, refleksi dan implikasi, tindakan susulan dan sumber rujukan. Penulisan artikel penyelidikan tindakan akan mendedahkan pelajar kepada penulisan hasil penyelidikan berbentuk artikel yang akan diterbitkan atau dicetak. Ianya merupakan intisari penting daripada hasil penyelidikan sepenuhnya. 12.2 Hasil Pembelajaran i. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.

Transcript of Tajuk+12.pdf

Page 1: Tajuk+12.pdf

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

99

Laman ashaario

TAJUK 12

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

12.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis artikel

penyelidikan tindakan. Dalam tajuk ini, pelajar akan dipandu untuk memahami format dan

kandungan penulisan artikel penyelidikan tindakan yang meliputi abstrak, konteks, fokus kajian,

pelan tindakan, pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data, analisis dan huraian

data, refleksi dan implikasi, tindakan susulan dan sumber rujukan. Penulisan artikel

penyelidikan tindakan akan mendedahkan pelajar kepada penulisan hasil penyelidikan

berbentuk artikel yang akan diterbitkan atau dicetak. Ianya merupakan intisari penting daripada

hasil penyelidikan sepenuhnya.

12.2 Hasil Pembelajaran

i. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.

Page 2: Tajuk+12.pdf

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

100

Laman ashaario

Penulisan Artikel Penyelidikan

Tindakan

12.2 Kerangka Konsep Jadual Tajuk 12

12.4 Pengenalan Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan

Penulisan artikel penyelidikan tindakan perlulah mengikut format yang telah ditentukan serta

mengikut susunan kandungan yang telah ditetapkan. Perkara-perkara yang perlu diberi

perhatian dalam penulisan tersebut dibincangkan di bawah ini.

12.4.1 Abstrak

Tuliskan secara ringkas rumusan fakta utama penyelidikan yang dibuat. Abstrak perlu

mengandungi topic kajian, persoalan kajian, peserta, kaedah, keputusan, analisis data dan

kesimpulan. Implikasi kajian boleh juga dimasukkan dan kajian masa depan yang boleh

dikaitkan dengan dapatan. Abstrak ditulis dalam satu perenggan dengan jarak dua baris.

Abstrak yang ditulis adalah dalam anggaran antara 150 hingga 250 patah perkataan. Penulis

juga dikehendaki memasukkan kata kunci yang perlu ditaipkan di bahagian ini dengan

• Konteks

• Fokus Kajian

• Pelan tindakan

• Pelaksanaan pelan tindakan

• Kaedah Pengumpulan data

• Analisis dan huraian data

• Refleksi dan implikasi

• Tindakan susulan

• Sumber rujukan • Abstrak

Page 3: Tajuk+12.pdf

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

101

Laman ashaario

menggunakan huruf italik. Abstrak diletakkan sebelum bab pertama laporan (Akhiar dan

Shamsina, 2012).

12.4.2 Konteks

Dalam penulisan artikel kajian tindakan, penyelidik hendaklah menulis konteks atau latar

belakang kajian yang dibuat sama ada di bilik darjah, sekolah, atau dalam konteks-konteks lain

yang lebih luas. Ianya juga melibatkan amalan pedagogi atau amalan-malan pendidikan yang

lain yang perlu dinyatakan.

12.4.3 Fokus Kajian

Nyatakan fokus kajian berdasarkan tumpuan masalah yang dikaji. Sampel dan cara pemilihan

sampel perlu dinyatakan juga di dalam fokus kajian. Contoh focus kajian adalah seperti berikut:

Kajian ini berfokus kepada murid yang kurang memberi tumpuan semasa aktiviti hafazan

dilaksanakan.

12.4.4 Pelan Tindakan

Penyelidik hendaklah menjelaskan tentang proses penyelidikan yang telah dijalankan.

Penjelasan boleh dibuat dalam bentuk jadual yang menunjukkan peringkat pelaksanaan yang

beserta dengan tarikh dan masa yang dipilih.

12.4.5 Pelaksanaan Pelan Tindakan

Penyelidik perlu menjelaskan kesemua langkah-langkah tindakan berkaitan persoalan yang

dikaji. Langkah-langkah tersebut termasuklah langkah-langkah awal seperti refleksi awal

berdasarkan pengalaman lalu dan tinjauan literatur. Tarikh- tarikh pelaksanaan refleksi dan

mendapatkan literatur perlu dinyatakan. Masukkan juga langkah-langkah pelaksanaan tentang

tindakan semasa seperti pentadbiran instrumen kajian, pengumpulan dan analisis data,

menjalankan tinjauan serta tindakan rawatan atau campurtangan yang dilakukan ke atas

sampel untuk melaksanakan tindakan. Cara kutipan data dan jenis data juga perlu dijelaskan.

Page 4: Tajuk+12.pdf

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

102

Laman ashaario

12.4.6 Kaedah Pengumpulan Data

Penyelidik perlu menjelaskan bagaimana data dikumpul dengan menyatakan juga alat ukur

yang digunakan. Alat ukur yang biasa digunakan dalam kajian tindakan adalah ujian, tinjauan

pemerhatian, temu bual, senarai semak atau eksperimen. Strategi dan teknik yang digunakan

mengikut kesesuaian tujuan, situasi dan kemahiran penyelidik. Untuk mendapatkan kesahan

yang tinggi, triangulasi boleh dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga

teknik pengumpulan data.

12.4.7 Analisis dan Huraian Data

Dalam bahagian ini, bentangkan tentang penemuan baru atau keputusan penyelidikan yang

utama yang diperolehi pada lingkaran terakhir. Menurut model kajian tindakan McKernan, setiap

kajian tindakan mesti melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran (Noraini, 2010). Kemudian

diikuti dengan pembentangan penemuan-penemuan yang lain. Jelaskan juga sama ada

hipotesis telah dipenuhi atau dapatan tidak menyokong hipotesis. Sebaiknya penyelidik perlu

berusaha sehingga masalah atau isu dalam fokus kajian dapat diselesaikan. Oleh yang

demikian kajian berkemungkinan mengambil masa yang lama dan melibatkan sehingga

berpuluh-puluh lingkaran. Menurut Akhiar dan Shamsina (2012) penyelidik hendaklah

menyatakan bagaimana data yang diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah

perisian SPSS atau Nvivo digunakan? Penganalisisan data bergantung kepada penyelidikan

sama ada kualitatif atau kuantitatif.

12.4.8 Refleksi dan Implikasi

Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh ditingkatkan lagi.

Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti

kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam

kalangan pelajar (Noraini, 2010).

Buat refleksi bagi setiap langkah tindakan yang dijalankan. Ada kemungkinan kajian

memerlukan lanjutan kajian sekiranya timbul masalah yang baru atau memerlukan kajian yang

lebih terperinci melibatkan pembolehubah baru dan sebagainya. Nyatakan juga implikasi kajian

Page 5: Tajuk+12.pdf

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

103

Laman ashaario

ke atas amalan sendiri, institusi serta pendidikan secara keseluruhan (Akhiar dan Shamsina,

2012).

12.4.9 Tindakan Susulan

Berdasarkan refleksi dan implikasi di atas, penyelidik perlu menulis idea untuk mengatasi

masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan

penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya (Noraini, 2010). Penyelidik

perlu menyatakan dengan jelas pelan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan oleh diri

sendiri atau penyelidik-penyelidik lain. Pelan bagi tindakan susulan adalah berdasarkan

dapatan yang diperolehi atau perkara-perkara yang masih perlu dibuat penambahbaikan atau

yang masih belum dikaji tetapi mempunyai hubungkait dengan kajian semasa tersebut.

12.4.10 Sumber Rujukan

Sumber-sumber rujukan adalah sama sebagaimana dalam penyelidikan-penyelidikan lain

seperti jurnal, buku, majalah, internet dan lain-lain lagi. Setiap rujukan yang menggunakan

bahan bercetak sama ada buku atau elektronik hendaklah dimasukkan di dalam senarai

rujukan. Setiap rujukan yang digunakan hendaklah ditulis mengikut format APA.

12.4.11 Rumusan

Untuk menghasilkan artikel yang baik dan menarik dibaca, pelajar bukan sahaja mengikut

format yang telah dinyataka di atas, malah bahasa dan olahan perlu menarik dan tersusun.

Aktiviti 12 – Perbincangan

Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana anda akan menganalisis dan menghurai data

kajian yang akan dilaksanakan.

OLL 12 – Words

Secara individu, anda dikehendaki menghantar fail dalam bentuk words kepada

pensyarah anda tentang bagaimana menulis refleksi dan implikasi dalam kajian tindakan.