Tajuk Projek : Sistem Pengumuman berSMS · Web viewSistem yang akan dibangunkan ini dapat mengawal...
Transcript of Tajuk Projek : Sistem Pengumuman berSMS · Web viewSistem yang akan dibangunkan ini dapat mengawal...
Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)
Tajuk Projek : Sis-Pantau
PENGENALAN
Internet merupakan medan rangkaian maklumat yang tiada sempadan
yang menghubungkan pelbagai pihak di seluruh dunia. Pelbagai maklumat
dapat dicapai melalui teknologi ini samada berunsurkan positif ataupun
negatif. Ia bergantung kepada individu untuk melayari sesuatu yang baik atau
sebaliknya. Sukar bagi individu ataupun sesebuah organisasi menghalang atau
menyekat kecenderungan kakitangan atau pekerja. Masing-masing
mempunyai kemahuan dan kehendak yang berbeza. Semakin maju sesuatu
teknologi atau ciptaan manusia pasti ada keburukannya, termasuklah internet
yang semakin hari kian berkembang pesat, memberi pelbagai kemudahan
dalam kehidupan manusia tetapi juga membawa keburukan. Terdapat pelbagai
cara untuk menangani masalah ini, ia bergantung kepada bagaimana cara
untuk mengatasinya samada cara itu berkesan atau tidak.
* FTSM * - 1 -
Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)
TAKRIFAN MASALAH
Internet adalah satu teknologi yang membolehkan pengguna
mendapatkan maklumat dalam sekelip mata. Ia menjadi satu teknologi yang
amat berguna bagi sesebuah organisasi untuk terus beroperasi dan berdaya
saing. Organisasi yang sedar akan kepentingan teknologi ini tidak teragak-
agak untuk menggunakan atau menyediakan teknologi ini bagi tujuan
meningkatkan produktiviti organisasi. Dengan adanya kemudahan ini,
maklumat dapat dicapai dengan cepat, penghantaran data atau penerimaan
data yang pantas dan menjimatkan masa dan kos. Namun, ada diantara pekerja
yang sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan yang disediakan oleh
organisasi luar dari aktiviti organisasi. Contohnya melayari laman-laman web
yang tidak bermoral seperti laman web lucah, berbual melalui internet
(chatting), memuat turun fail yang tidak sepatutnya (download) dan bermain
permainan komputer (computer games) dalam waktu kerja. Mustahil bagi
sesebuah organisasi untuk memantau semua pekerja pada setiap masa melalui
pemerhatian secara biasa. Dalam situasi ini, satu alternatif yang membolehkan
aktiviti pekerja dapat dipantau akan dibangunkan dalam projek ini.
* FTSM * - 2 -
Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)
RANGKA PENYELESAIAN
Satu sistem yang berupaya memaparkan aktiviti semasa dan merekod
aktiviti yang telah dilakukan oleh pekerja dapat menyelesaikan masalah ini.
Sistem yang akan dibangunkan mempuyai ciri-ciri tersebut dan dipercayai
amat berguna bagi sesebuah organisasi. Pihak pentadbiran organisasi dapat
melihat aktiviti pekerja secara langsung dan dapat mengetahui aktiviti yang
telah dilakukan oleh pekerja. Pada bila-bila masa sahaja pihak pentadbiran
dapat memantau pekerja-pekerja mereka. Sistem yang akan dibangunkan ini
dapat mengawal dan mengawasi atau memantau komputer-komputer lain
dalam satu rangkaian. Ia berfungsi memaparkan skrin komputer pekerja secara
langsung, merekod dan menyimpan aktiviti pekerja, menghalang sesuatu
alamat URL, menghantar sesuatu mesej dan mengawal komputer pekerja
melalui sesuatu arahan. Dengan wujudnya sistem ini, sesebuah organisasi
dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja merasakan diri mereka
sedang diperhati setiap masa. Pekerja akan menjadi lebih bertanggungjawab
dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menjalankan tugas
mereka tanpa gangguan perkara-perkara negatif.
* FTSM * - 3 -
Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)
RANCANGAN PEMBANGUNAN SISTEM
Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam
pembangunan sistem ini, antaranya ialah bahasa pengaturcaraan yang ingin
digunakan. Dalam perancangan awal, sistem yang akan dibangunkan adalah
dalam bentuk yang bersifat kendiri (stand-alone). Bahasa pengaturcaraan yang
sesuai dan dapat menghasilkan sistem yang bersifat kendiri adalah Visual
Basic Versi 6.0 (VB6.0). Sistem yang akan dibangunkan ini juga memerlukan
pengkalan data untuk menyimpan atau mencapai sesuatu data. Microsoft
Access akan digunakan sebagai pengkalan data untuk sistem ini kerana
memandangkan sistem ini hanya memerlukan ruang data yang kecil.
* FTSM * - 4 -
Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)
Dalam pembangunan sistem ini, proses yang digunakan ialah
berdasarkan pendekatan metodologi prototaip. Pendekatan ini bersesuaian
dengan situasi yang sedang berlaku memandangkan tempoh untuk
menyiapkan perisian ini adalah singkat. Pendekatan ini membolehkan sistem
yang akan dibangunkan dapat dibina dan diubahsuai dengan cepat.
Model Metodologi Prototaip
* FTSM * - 5 -
Identify user needs
Develop a prototype
Code the operational system
Test the operational system
Use the operational system
Prototype acceptable?
System acceptable?
No
No
Yes
Yes
Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)
Carta Gantt di bawah menerangkan mengenai perancangan
pembangunan projek yang menunjukkan perancangan perlaksanaan fasa
mengikut minggu :
Carta Gantt
* FTSM * - 6 -