TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

14
PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK TAJUK 7 BAHAN BANTU MENGAJAR MATEMATIK SINOPSIS Topik ini membincangkan tentang kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik. Ciri-ciri dan kategori bahan bantu mengajar yang sesuai untuk murid-murid permulihan kkas matematik juga akan dibincangkan. Perbincangan juga akan dibuat dalam menghasilkan alat bantu mengajar bagi kelas pemulihan matematik berasaskan ICT atau pelbagai bahan untuk kit bahan bantu mengajar HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan kepentingan bahan bantu mengajar. 2. Menyenaraikan ciri-ciri dan kategori bahan bantu mengajar yang sesuai untuk murid pemulihan khas matematik 3. Membina alat bantu mengajar untuk kelas pemulihan matematik berasaskan ICT/ pelbagai bahan untuk kit bahan bantu mengajar. 84

description

Pembinaan Bahan Sumber P&P

Transcript of TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

Page 1: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 7 BAHAN BANTU MENGAJAR MATEMATIK

SINOPSIS

Topik ini membincangkan tentang kepentingan bahan bantu mengajar dalam

pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik. Ciri-ciri dan kategori bahan

bantu mengajar yang sesuai untuk murid-murid permulihan kkas matematik juga

akan dibincangkan. Perbincangan juga akan dibuat dalam menghasilkan alat bantu

mengajar bagi kelas pemulihan matematik berasaskan ICT atau pelbagai bahan

untuk kit bahan bantu mengajar

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan kepentingan bahan bantu mengajar.

2. Menyenaraikan ciri-ciri dan kategori bahan bantu mengajar yang sesuai untuk

murid pemulihan khas matematik

3. Membina alat bantu mengajar untuk kelas pemulihan matematik berasaskan ICT/

pelbagai bahan untuk kit bahan bantu mengajar.

84

Page 2: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

KERANGKA TAJUK

Rajah 7.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

KANDUNGAN ISI

7.1 Pengenalan

Sebagai seorang guru pemulihan yang dipertanggungjawab untuk

meningkatkan pencapaian, penguasaan kemahiran dan penghasilan bahan sumber

pengajaran dan pembelajaran dalam matematik dari aspek akademik khususnya

kepada murid-murid yang berpencapaian rendah perlu memikirkan pelbagai cara

bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik adalah lancar

dan berkesan. Selain menguasai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

pemulihan, guru perlu berkemahiran dalam membuat pemilihan dan pembinaan

bahan bantu mengajar.

7.2 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Fungsi utama bahan bantu mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar

memahami isi pengajaran. Bahan bantu mengajar yang berkesan haruslah dapat

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya

kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar

ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami

85

Bahan Bantu Mengajar Matematik (BBM)

Kepentingan BBM Ciri-ciri BBM Kategori BBM

Page 3: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

pengajaran guru, namun keperluan kepada bahan bantu mengajar adalah penting

tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik.

Penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya turut memberi peluang

kepada murid-murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui penggunaan

pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Senarai

bahan bantu mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik tidak terbatas. Ia

hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Rajah 7.2 menunjukkan kepentingan

bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik.

Rajah 7.2: Kepentingan Bahan Bantu Mengajar

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65),

kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

a. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

b. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

c. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

d. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di

kalangan pelajar

e. Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.

f. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata

pelajar.

86

Page 4: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

g. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih

mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin (1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti

berikut:

a. Memberi rangsangan dan minat murid-muird.

b. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak

c. Pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan

daripada murid-murid.

d. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan

pembelajaran mereka lebih kekal.

e. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh

cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan

beragam.

f. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.

g. Mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat

menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya kepentingan bahan pengajaran ialah:

a. Menjimatkan Masa

Dengan penggunan bahan bantu mengajar seperti carta-carta yang telah

disediakan dengan maklumat-maklumat penting dan kit manipulatif, guru dapat

menjimatkan masa pengajarannya kerana guru tidak perlu menulis maklumat-

maklumat itu di atas papan tulis. Kit manipulatif yang sedia ada menjimatkan masa

guru membuat sendiri.

b. Mempelbagaikan Kegiatan Atau Aktiviti-Aktiviti Murid-Murid

87

Page 5: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Pelbagai jenis bahan bantu mengajar membolehkan pengajaran guru dapat

dipelbagaikan dengan kegiatan, menarik atau aktiviti-aktiviti dilaksanakan oleh murid-

murid dengan bantuan guru. Ia juga boleh membantu guru menyampaikan

pelajarannya dengan tepat, jelas dan mudah.

Manakala kepentingan bahan pembelajaran ialah:

a. Menyeronokkan Murid-Murid Dan Merangsang Minat Pembelajaran Murid

Bahan bantu mengajar yang menarik dan bewarna-warni boleh merangsang

minat dan menyeronokan murid-murid dalam proses pembelajaran matematik

b. Menolong Dalam Kefahaman Dan Pemerolehan Pengalaman

Bahan bantu mengajar membolehkan murid-murid menghubungkaitkan di

antara benda konkrit dengan fakta-fakta matematik yang abstrak. Dengan ini, ia

dapat mebantu murid dalam kefahaman dan pemerolehan pengalaman semasa

memperlajari atau menguasai konsep matematik

c. Memperkukuhkan Ingatan

Bantu bantu mengajar boleh memperkukuhkan ingatan. Murid-murid biasanya

boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama berbanding dengan

bahan-bahan abstrak.

d. Penyelesaian masalah

Murid-murid boleh bermain, mengkaji, dan membuat kesimpulan dengan

menggunakan bahan bantu mengajar dengan bimbingan arahan daripada guru

secara jelas dan tepat. Ini secara tidak langung mengukuhkan penguasaan murid

dan membantu murid menyelesaikan masalah matematik.

7.3 Ciri-Ciri Bahan Bantu Mengajar

88

Page 6: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

7.3.1 Komersial

a. Bahan bantu mengajar siap yang diperoleh daripada pasaran.

b. Guru mendapatkan bahan bantu mengajar mengikut kesesuaian topik yang

ingin diajar dan sesuai dengan keupayaan murid serta bersifat mesra

pengguna.

c. Contoh : Carta, lego, flash card, pembilang, sempoa dan sebagainya.

7.3.2 Kitar Semula

a. Bahan Bantu Mengajar dihasilkan melalui penggunaan bahan-bahan

terpakai seperti kotak, tin, plastik, botol air dan sebagainya.

b. Bahan Bantu Mengajar dihasilkan secara kreatif dan sesuai dengan topik

yang ingin diajar kepada murid.

c. Bahan boleh berbentuk ringkas atau tidak.

d. Contoh: model robot, model gunung berapi, model bangunan dan

sebagainya.

89

Page 7: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Model Robot

7.3.3 ICT

filem jalur dan slaid, radio, televisyen, perakam pita, video, projektor

overhead, makmal bahasa, garamator, alat pemain piring hitam dan

pembesar suara serta multimedia berasaskan komputer.

Overhead Projector (OHP) dengan transparensi dan LCD projector

90

Page 8: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Alat Tayangan (OHP, visualizer)

7.3.4 Pelbagai Bahan

a. Bahan-bahan konkrit atau maujud

Banyak digunakan sebagai bahan bantu mengajar.

Bahan maujud dapat dilihat dan dipegang (Galakkan perkembangan

psikomotor).

Contoh: daun, bunga, buah dan sebagainya

b. Bahan pelbagai deria

Terdiri daripada alat pandangan, alat pendengaran dan alat pandang

dengar.

Alat pandang: buku teks bergambar, gambar berwarna, kad imbasan

dan alat pemancar OHP.

Alat dengar: Bunyi rakaman flora dan fauna

Alat pandang dengar: TV Pendidikan, video

c. Bahan perkasasan elektronik

Penggunaan komputer dan LCD

Perisian Sains

91

Page 9: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Internet – Akses lembaran kerja, powerpoint dan permainan interaktif

7.4 Kategori Bahan Bantu Mengajar

7.4.1 Kesesuaian

Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak

Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam

bilik darjah untuk kelihatan semua murid.

Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid

Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid.

Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman murid-murid.

Sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah, seperti sama

adaelektrik, plug, dapat digelapkan dan sebagainya.

Selamat digunakan oleh murid-murid supaya tidak mendatangkan

sebarang kemalangan yang tidak diingini.

7.4.2 Pelbagai Guna

Ini dapat menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam P&P.

Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam komputer

dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan

BBM.

Boleh digunakan dalam beberapa subjek. Contohnya, bahasa melayu

dengan matematik.

Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagimengkukuhkan

ilmu mereka

92

Page 10: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

7.4.3 Mudah Alih

Senang dibawa, difahami dan dimudah alih oleh guru mahupun murid-

murid. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan.

Menyenangkan guru untuk menyimpan.

Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah

7.4.4 Jimat Kos

Tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan

dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

7.5 Membina Bahan Bantu Mengajar

Guru perlu membina bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan

dalam kelas pemulihan. Guru harus membina bahan-bahan sendiri ataupun

mencarinya daripada sumber yang ada di sekolah atau internet. Bahan-bahan yang

boleh digunakan dalam aktiviti pemulihan mesti memenuhi kriteria-kriteria yang

berikut (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2008:251):

a. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang:

i. bahan-bahan pemulihan mesti menarik dan berwarna-warni supaya ia

dapat menarikperhatian murid-murid untuk membuat aktiviti-aktiviti

tersebut.

ii. tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mestilah besar saiznya

supaya mereka dapat membaca arahan-arahan yang disediakan oleh guru

dengan mudah.

b. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah:

i. guru pemulihan mesti memastikan yang dia memberikan semua

penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas.

93

Page 11: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

ii. jika guru menggunakan alat bantu mengajar seperti pita rakaman, dia mesti

memastikan bahawa rakaman itu dibuat secara profesional.

c. Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah:

i. guru mesti memastikan yang bahan-bahan permainan/alat bantu mengajar

adalah cukup besar supaya murid-murid boleh memegangnya atau

memanipulasinya dengan mudah.

ii. segala jenis alatan bergerak dan yang berbentuk permainan mesti jenis

kuat, teguh dan bermutu.

7.5.1 Bahan-Bahan Aktiviti:

a. Bertulis – Lembaran kerja / Kad kerja

b. Lisan – Latih tubi / congak c. Bahan konkrit – Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah, alat pengukur /

penimbang

7.5.2 Kit Bahan Bantu Mengajar Matematik

Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu

mengajar matematik dan buku panduan menggunakannya. Alat-alat bantu mengajar

matematik yang terkandung dalam kit ialah;

a. Papan flanel bermagnet - semua topik

b. Abakus/dekak-dekak - Topik: nilai tempat, operasi tambah, operasi tolak.

c. Carta-carta - semua topik

d. Kad-kad nombor / kad jalur – Topik: nombor, susunan nombor mengikut

urutan menaik atau menurun .

e. Benda-benda pembilang - Topik: nombor, operasi tambah, tolak, darab

dan bahagi .

f. Lembaran-lembaran kerja / kad kerja - semua topik

94

Page 12: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Pada amnya, cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan

dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan

konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka. Bahan-bahan ini boleh

digunakan bersama dengan aktiviti pelajaran yang dicadangkan di dalam Buku

Panduan Khas Matematik.

7.5.3 Set Permainan Matematik

Terdapat berbagai jenis permainan yang berunsur pendidikan yang sesuai dan

boleh disuai guna seabgai aktiviti pengukuhan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah:

Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik

yang lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari

benda-benda yang tersembunyi.

Menyambungkan garis putus-putus atau titik untuk mencari jalan keluar.

Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar.

Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid.

Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor.

Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran

operasi tambah dan tolak

Membentuk gambar daripada tangram.

Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey)

Jigsaw puzzle bernombor

Boling nombor

Roda impian

Dart bermagnet

Pancing ikan

95

Page 13: TAJUK 7_ Pembinaan Bahan Sumber P&P OK

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Latihan 1

Berikan contoh-contoh bahan batu mengajar berdasarkan ciri-ciri berikut:

komerisial

kitar semula

ICT

pelbagai bahan.

Perbincangan

Cari bahan rujukan daripada internet / buku yang menunjukkan pelbagai bahan

bantu mengajar matematik. Bincangkan bagaimana bahan tersebut boleh

diubahsuai untuk mengajar murid pemulihan.

Latihan 2

Bina set permainan matematik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan matematik yang sesuai mengikut kemahiran.

96