Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)
-
Upload
nurafza-iffah -
Category
Documents
-
view
29 -
download
7
description
Transcript of Tajuk 5 Peranan Guru Sek Rendah(2015)
TAJUK 5 PERANAN GURU
SEKOLAH RENDAH
Disediakan oleh
Suzilawati bt Mohamad
Siti Haryanti bt Osaman
Nor Laily bt Mohd Yusof
PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN1. Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai
pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu:- (a) perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran; (b) penyampai ilmu pengetahuan; (c) pembentuk akhlak; (d) pembimbing; dan (e) contoh teladan atau model. 2. Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta
tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. 3. Pembangunan insan dan negara terletak di atas pundak kaum guru. 4. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini
menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak.
5. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing.
6. Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan.
PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik
memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan:
(a) mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (b) berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi
ibadahibadah asas; (c) meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan
diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat;
(d) melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya; (e) menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam
kehidupan bermasyarakat; dan (f) menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah
ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat.
PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN
Jujun S. Suriasumantri (1990), sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencakupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan nuetral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti.
Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru.
PERANAN GURU
· Pengamal Ilmu dan Kemahiran · Pembimbing · Pengamal Reflektif · Penyelidik · Agen Sosial · Agen Perubahan · Pengganti Ibu Bapa · Pembentuk Tingkah Laku · Pengurus Pembelajaran
PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN
Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.
Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.
Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru
PEMBIMBING Menyemai minat dan motivasi
terhadap mata pelajaran. Mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid. Menanamkan minat dan sikap yang
sihat pada alam persekolahan & amalan seharian.
Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan
PENGAMAL REFLEKTIF
Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan.
Meningkatkan tahap profesional guru. Menambahbaik aktiviti P&P. Jika diterapkan kepada murid
membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif.
HTTP://CIKGUSEMASA.BLOGSPOT.COM/2011/05/ASAS-KEPEMIMPINAN-DAN-PERKEMBANGAN_1802.HTML
Penyelidik n Dapat meningkatkan kualiti P&P. n Menjalankan pelbagai jenis
penyelidikan yang berkaitan amalan P&P. n Menggunakan BBM dan mengkaji
keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan.
n Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual