Tajuk 4 - Reka Bentuk Kandungan Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Rendah
TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah
-
Upload
kamal-khalip -
Category
Documents
-
view
290 -
download
4
description
Transcript of TAJUK 1 Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah
Pentaksiran Pendidikan
Moral di Sekolah Rendah
Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan
kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis pentaksiran.
Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina item ujian Pendidikan Moral.
Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan.
PENGENALAN
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan.
Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambilhirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan.
Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.
Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada
bahasa Latin yang membawa maksud ”duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan.
Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.
Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.
Definisi Pentaksiran
David Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar terhadap tugasan mereka.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mengatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Mokhtar Ismail pula menyatakan pentaksiran sebagai satu langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang itu memiliki sifat tertentu.
Penilaian merupakan satu proses sistematik yang
dijalankan dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini adalah mengenai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Gage dan Berliner (1991) menyatakan bahawa penilaian sebagai aktiviti khusus dan sebahagian daripada akauntibiliti pendidikan iaitu pendidik adalah bertanggungjawab ke atas kejayaan usaha mereka. Penilai pula adalah pendidik yang membantu penggubal polisi untuk mempertingkat lagi pendidikan. contohnya, penilaian dilakukan ke atas kurikulum, pengajaran, bahan pengajaran dan juga pencapaian pelajar untuk mendapatkan data supaya kelemahan yang ada dapat diatasi.
DEFINISI PENILAIAN
Abu Bakar (1986), mentafsirkan penilaian sebagai proses yang meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat, dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan dapat memenuhi tujuan keputusan itu dibuat.
Penilaian dalam pengajaran dapat dikatakan sebagai proses yang merangkumi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maklumat tersebut dianalisis dan dibuat keputusan untuk tujuan mengambil tindakan sewajarnya.
Dalam proses penilaian ini terdapat aktiviti pengukuran dan pengujian iaitu data-data diperoleh dan diukur untuk memberikan penilaian yang tepat supaya cadangan yang tepat boleh diberikan.
Pengujian atau ujian adalah satu teknik memperoleh maklumat tentang tingkah laku seseorang untuk memenuhi proses pengukuran dan penilaian.
Gagne (1970) menerangkan ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang kerana kerana pembelajaran dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Secara mudahnya dapatlah dikatakan bahawa ujian adalah satu set soalan atau tugasan bagi pelajar memberi tindak balas.
DEFINISI PENGUJIAN
Kesimpulannya dasar penting bagi pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah.
Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Jenis-jenis Penilaian Formal
Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang bertujuan untuk membuat keputusan bagi mempertingkatkan sesuatu program.
Gronlund (1985) mengatakan empat jenis penilaian, iaitu penilaian formatif, sumatif, penempatan, dan diagnostik.
Penilaian secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
PENTAKSIRAN SECARA FORMAL
Scriven (1976) merujuk penilaian formatif
sebagai penilaian yang dibuat dalam masa pengajaran dijalankan.
Penilaian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas tentang pengajaran di samping mempengaruhi pengajaran dan proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan.
Penilaian formatif ini membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan meningkatkan pencapaian pelajar.
PENILAIAN FORMATIF
Tujuan penilaian formatif ini adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas sesuatu kemahiran diajar.
Jika keputusan penilaian lemah maka guru akan merancang aktiviti pemulihan. Bagi pelajar yang berjaya pula akan diberikan aktiviti pengayaan.
Penilaian formatif ini boleh dilakukan melalui pemerhatian guru secara tidak formal ataupun melalui tugasan dan soalan yang dikemukan oleh guru.
Melalui maklum balas yang diperolehi guru akan memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan prestasi pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus.
Tujuannya ialah untuk menentukan gred atau taraf sijil.
Dalam penilaian berpusat di peringkat kebangsaan atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM.
Gronlund (1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat pada akhir pengajaran.
Tujuannya adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa kemahiran diajar dan bagi menentukan gred pelajar, memberikan sijil atau menempatkan semula pelajar dalam kelas yang sesuai.
PENILAIAN SUMATIF
UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF
Fungsi Menghasilkan maklumat
balik kepada murid dan
guru tentang kemajuan
murid
Pensijilan murid di akhir
kursus
Masa
diberi
Sepanjang pengajaran Di akhir satu-satu kursus atau
unit
Kesukara
n item
Berubah-ubah mengikut
segmen
Semua peringkat. Ada yang
sangat senang dan ada
yg.susah
Jenis alat Alat pengukur formatif
yang di bentuk khusus
Peperiksaan akhir tahun
Contoh Ujian bulanan, lembaran
kerja dan lain-lain
UPSR, PMR, STPM,
Peperiksaan Sijil Perguruan,
pepriksaan akhir tahun
PERBANDINGAN DI ANTARA UJIAN FORMATIF DAN SUMATIF
Ujian bilik darjah bertujuan untuk
mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai serta berguna tentang pencapaian pelajar-pelajar.
Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya.
Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk merangkuminya.
UJIAN BILIK DARJAH
Membentuk jadual penentuan
ujian. Menulis item-item soalan. Menyunting item. Menjalankan pra-ujian. Mentadbir ujian atau peperiksaan.
LANGKAH-LANGKAH DAN PROSEDUR PEMBINAAN
UJIAN
Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah.
Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan.
Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostic dan ujian sumatif.
ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus.
Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.
Menentukan Tujuan Ujian
Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah
sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara menentukan objektif pengajaran
ialah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan.
Ia merupakan sistem yang mengelaskan kepada objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).
Menentukan Objektif Pengajaran Yang Akan
Diukur
Hasil pembelajaran bagi unit pelajaran (perancangan ujian) boleh dinyatakan seperti berikut:
mengetahui makna istilah pengujian. mengetahui fakta tentang
perancangan ujian. mengetahui prosedur perancangan
ujian. mengetahu prinsip-prinsip pengujian. menggunakan prinsip-prinsip dalam
perancangan ujian.
JSU ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji.
Ia menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item ujian.
Pembentukan JPU penting untuk membantunya dalam penggubalan soalan-soalan ujian.
Fungsi jadual ini ialah untuk menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan untuk memberi satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Menjadikan setiap soalan yang dibina tidak
sembarangan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina.
Sebagai satu panduan dan penentu kepada pihak yang menggubal soalan.
Menstabilkan taraf serta aras kesukaran soalan dari setahun ke setahun.
Menentukan pemberatan soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.
Tujuan JSU
Panduan dan prosedur akan membolehkan
penggubal lain membina soalan yang telah ditetapkan.
Membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.
Menggambaarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid. Konsep adil dalam memberikan soalan kepada murid tercapai di sebabkan adanya soalan yang mudah, sederhana, dan yang sukar.
Pembinaan ujian yang dijalankan hendaklah
mengikut perancangan dan keparluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan
Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang, merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan oleh murid.
JSU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji sama ada pada peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.
Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Setiap JSU dibina dengan berasaskan carta dua hala iaitu paksi tegak mengandungi tajuk-tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar mengandungi jenis kemahiran yang akan diuji.
JSU memberi gambaran tentang bilangan soalan dalam sesuatu ujian.
Setiap soalan yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot test) dan pra ujian bagi memastikan item ujiann adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan).
JSU menggambarkan bilangan soalann mmengikut aras kesukaran. Contohnya, soalan aras analisis, sintesis, atau penilaian adalah lebih susah berbanding dengan soalan pada aras pengetahuan dan kefahaman.
JSU juga dapat memastikan sama ada unit-unit pembelajaran telah dikuasai dengan baik oleh murid.
Keseimbangan sasaran ujian Keseimbangan tahap pembelajaran yang
telah dilaksanakan Format ujian sama ada item jenis soalan
objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur esei dan sebagainya.
Jumlah item soalan juga perlu diketahui oleh guru.
Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksonomi Bloom.
Elemen Penting Membina Jadual Spesifikasi Ujian
Aras
kemahiran isi
atau
kandungan
Pengetahu
an
(7.5%)
Kefahama
n
(25%)
Aplikasi
(55%)
Analisis
(10%)
Sintesis
(2.5%)
Penilaian
(2.5%)
Jumlah
Sikap bersih
fizikal &
mental
Sikap belas
kasihan
Sikap
sederhana
Sikap rajin
Sikap
berterima
kasih
1
1
1
1
1
1
5
2
1
1
4
12
4
3
1
1
2
2
6
22
8
Jumlah 3 10 22 4 1 40
JADUAL SPESIFIKASI UJIANBagi Kertas Ujian Pendidikan
Moral
Jadual di atas menunjukkan kertas soalan
Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif bagi tahun 5.
Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Dari jadual ini juga menunjukkan 2 soalan objektif (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi). 22 soalan (1 aras pengetahuan, 5 aras kefahaman, 12 aras aplikasi, 3 aras analisis dan 1 aras sintesis.
ANALISIS JADUAL
Pada umumnya dari JSU di atas peratus taburan soalannya ialah:
7.5% aras pengetahuan 25% “ kefahaman 55% “ aplikasi 10% “ analisis 2.5% “ sintesis
menunjukkan ujian dibina secara sembarangan.
menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.
menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.
menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.
membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlianan.
membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .
FAEDAH JSU
Aras kemahiran dalam bidang kognitif
Contoh soalan
1. PengetahuanMenguji pengetahuan murid-muridMengingat kembali fakta, menjelaskan erti, menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah, menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang telah dipelajari
Nyatakan lima Prinsip Rukun Negara
2. KefahamanMenguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah mereka pelajari.
Huraikan dua tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu bapanya.
3. AplikasiMenguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.
Sunil merupakan seorang murid yang malas. Dia selalu meminta bantuan orang lain untuk menyempurnakan kerja sekolahnya. Jelaskan nilai yang patut diamalkan oleh Sunil agar dia boleh menjadikan dirinya cemerlang.
Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi
Bloom
4. AnalisisMenguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.
Banding bezakan antara dua watak yang terdapat dalam cerita “Bawang Putih Bawang Merah”.
5. SintesisMenguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan
Lengkapkan peta minda berikut dengan meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul berdasarkan teks yang telah anda baca.
6. PenilaianMenguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Taksonomi Bloom Aras Kesukaran
Tugasan
• Pengetahuan
• Kefahaman
Aras Mudah
• Aplikasi
• Analisis
Aras Sederhana
• Sintesis
• Penilaian
Aras Kompleks
ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL
Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan Kata Tugas yang boleh
digunakan:
Mengetahui
Mengingat Kembali
Takrifkan Padankan Senaraikan
Perihalkan Namakan Lakarkan
Kenal pasti Nyatakan Tuliskan
Labelkan Lukiskan
Memahami
Menterjemah bahan atau idea
drp satu bentuk idea ke bentuk
lain; mentafsir bahan atau idea;
merangkakan trend masa depan
Ubahkan Tentukan Buat inferens
Anggarkan Tukarkan Hubungkaitkan
Terangkan Banding bezakan Cirikan
Berikan contoh Tambahkan Kelaskan
Ukur Ramalkan Sukat
Mengaplikasi
Menggunakan bahan atau idea
dalam situasi yang baru dan konkrit
Kirakan Hitungkan Ubahsuai
Tunjuk cara Jelaskan dgn contoh
Contoh Kata Tugas Yang Boleh Digunakan Bagi Setiap Aras Kemahiran Domain Kognitif
Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan Kata Tugas yang boleh digunakan:
Menganalisis
Mengasingkan maklumat kepada
komponen-komponennya untuk
memahami struktur
organisasinya dan perhubungan
antara komponen
Cerakinkan Jelaskan melalui contoh
Pilih Buat Urutan
Asingkan Selesaikan masalah
Buat andaian
Kawal pembolehubah
Susun mengikut keutamaan
Huraikan
Buat Kesimpulan
Mensintesis
Menggabungkan komponen-
komponen untuk menghasilkan
keseluruhan idea atau struktur
yang baru dan kreatif
Gabungkan Konsepsikan
Rancangkan Buat gambaran mental
Ringkaskan Definisi secara operasi
Binakan Buat hipotesis
Rangkakan Reka bentukkan
Buat eksperimen
Buat analogi
Buat reka cipta
Menilai
Menilai idea/maklumat/ /kaedah/
bahan berdasarkan kriteria yang
spesifik untuk tujuan yang
tertentu
Taksirkan Tafsirkan Kritik Wajarkan
Kesan kecondongan Buat keputusan Sokong
Pemerhatian Senarai semak dan skala
pemeringkatan Rekod Anekdot Hasil kerja pelajar Temu bual
Pentaksiran Secara Tidak Formal
i) Pemerhatian
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah.
Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.
ii) Senarai Semak
Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu.
Guru akan menyemak prestasi pelajar berasakan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu.
Semakin tinggi markah senarai semak menunjukkan semakin banyak tingkah laku yang dijangkakan ditonjolkan oleh murid-murid.
Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-
Nama : kelas: Tempoh :
SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR
BIL
TINGKAH LAKU
PEMERHATIAN
(YA) (TIDAK
)
1. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan
kawasan sekolah
2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain
di sekolah
3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-
undang
4. Bersopan santun
5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru
6. Selalu bersikap adil
7. Menepati masa
8. Menghabiskan tugasan yang diberikan
Jumlah skor
iii) Skala Pemeringkatan
Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala.
Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain.
Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan tidak dipengaruhi oleh kesan halo.
Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif.
Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut.
Pengaruh Kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menojol.
Nama : Kelas : Tahun:
BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA
PEMERINGKATAN)
TINGKAH LAKU SEMESTER 1 SEM ESTER 2
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1. Mematuhi peraturan
sekolah
2.Berdiri tegak semasa
menyanyikan lagu
`Negaraku’
3. Berbaris semasa
perhimpuan
4.Memberikan salam
apabila berjumpa dengan
guru
5. Tidak membuat
bising semasa
guru tidak ada dalam
kelas
6. Mendengar arahan
guru
7.Menghantar kerja
rumah pada masa yang
ditetapkan
8.Memakai pakaian
seragam sekolah yang
kemas dan bersih
Skor
Jumlah Besar
iv) Rekod Anekdot
Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu.
Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti.
Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan
haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.
Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.
REKOD ANEKDOT
Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________
Tarikh Jenis Perlakuan Komen
9.7.04
17.8.04
23.8.04
2.9. 04
3.9.04
Bergaduh di dalam kelas
Berbual-bual semasa perhimpuan
Tidak memakai lencana sekolah
Merosakkan meja di dalam kelas
Meniru ujian matematik
Tandatangan Guru
___________________
V) Hasil Kerja Pelajar
Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah.
Guru boleh menilai hasil murid-murid berasakan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja.
Aspek–aspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.
Vi) Temu bual Temu bual melibatkan interaksi bersemuka
dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan
perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka.
Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.